sitec kukuh pelaburan e-dagang penjawat awam · pdf fileutama selangorkini 16 - 23 jun 2017 3...

23
Perangi denggi habis-habisan Sekitar majlis buka puasa Sultan Sharafuddin Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 16 - 23 Jun 2017, 21 - 28 Ramadan 1438 5 BERITA PENUH MUKA � SITEC kukuh pelaburan e-dagang 10 Terbuka kepada : . Warganegara Malaysia . Berkelulusan SPM . Lelaki berumur diantara 18-30 tahun sahaja. Program persijilan ditawarkan : . Kursus Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Boxhill Instituition of Australia) . Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan System Solar (SEDA Malaysia) Tempoh pengajian : 6 bulan Yuran : . Yuran kursus ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor Elaun : . Peserta akan menerima alaun RM300 sebulan (dibiayai Kerajaan Selangor) . Elaun tambahan ditaja oleh industri. Faedah penyertaan program : . Pelajar yang berjaya menamatkan latihan/kursus BERPELUANG UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN DI INDUSTRI TERSEBUT Kerjasama dengan : E-melkan resume PROGRAM PERANTISAN KEMAHIRAN BELIA Tel : +603 551 33 560 Fex : +603 551 33 490 Web : www.shrdc.org.my Berminat sila hubungi (K14013) Selangor Human Resource Development Centre No 1, Ground Floor, Block 2, Pusat Pernigaan Worldwide, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia KOD PUSAT BERTAULIAH K140131 PENJAWAT AWAM TERBAIK MALAYSIA 6 & 7

Upload: duonglien

Post on 12-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Perangi denggi habis-habisan

Sekitar majlisbuka puasaSultan Sharafuddin

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 16 - 23 Jun 2017, 21 - 28 Ramadan 1438

5

BERITA PENUH MUKA �

SITEC kukuhpelaburan e-dagang

10

Terbuka kepada :

. Warganegara Malaysia

. Berkelulusan SPM

. Lelaki berumur diantara 18-30 tahun sahaja.

Program persijilan ditawarkan :

. Kursus Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Boxhill Instituition of Australia). Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan System Solar (SEDA Malaysia)

Tempoh pengajian : 6 bulan

Yuran :

. Yuran kursus ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor

Elaun :

. Peserta akan menerima alaun RM300 sebulan (dibiayai Kerajaan Selangor). Elaun tambahan ditaja oleh industri.

Faedah penyertaan program :

. Pelajar yang berjaya menamatkan latihan/kursus BERPELUANG UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN DI INDUSTRI TERSEBUT

Kerjasama dengan :

E-melkan resume

PROGRAM PERANTISAN KEMAHIRAN BELIA

Tel : +603 551 33 560Fex : +603 551 33 490Web : www.shrdc.org.my

Berminat sila hubungi(K14013)Selangor Human Resource Development Centre

No 1, Ground Floor, Block 2, Pusat Pernigaan Worldwide,Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,Malaysia KOD PUSAT BERTAULIAH K140131

PENJAWAT AWAM TERBAIK MALAYSIA

6&7

Page 2: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Utama2 SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Sumbangan RM1 juta

Tanda kasih rai SyawalOLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK - Kemuliaan Ramadan diraikan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif berkebajikan melalui penyampaian bantuan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan di negeri itu.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu dilaksanakan Pemer-badanan Menteri Besar (MBI) melalui agihan bantuan kepada 2000 penduduk sekitar Gombak dan Dewan Undangan Negeri, Batu Caves, pada 10 Jun lalu.

Katanya, komitmen itu diza-hirkan melalui penganjuran Pro-gram Majlis Tautan Kasih Syawal 2017 membabitkan tujuh masjid dengan agihan kewangan dan bantuan harian RM1 juta.

"Kita berikan sedikit sumban-gan tunai dan barangan makan-an asas sebagai tanda kasih ke-pada masyarakat setempat yang terkesan dengan keadaan eko-nomi semasa di peringkat Perse-

kutuan kini. "Harapannya, supaya bantu-

an ini dapat meringankan beban keluarga masing-masing sete-rusnya mereka dapat merayakan Aidilfitri dengan perasaan gem-bira, sekali gus mampu mening-katkan lagi ukhuwah antara kita," katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Mohamed Azmin turun padang menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat di tujuh masjid ber-mula di Masjid Jami’ul Huda, Kampung Melayu Ampang dan berakhir di Masjid Al Amaniah, Batu Caves.

Penerima masing-masing menerima bantuan kewangan RM500 dan barangan keperluan harian bernilai RM150.

Hadir sama mengiringi Mo-hamed Azmin adalah Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan, dan Pem-bangunan, Amiruddin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman.

Turut mengiringi, Ahli De-wan Negeri (ADN) Gombak Se-tia, Hasbullah Ridzwan dan Ke- tua Pegawai Operasi MBI, Sof-fan Effendi Aminuddin dan

Ketua Tangunggjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaa-farudin Md Ali.

Untuk rekod, Program Maj-lis Tautan Kasih Syawal adalah

program tahunan yang dilak-sanakan MBI sepanjang Ra-madan bermula 2014 lalu membabitkan beberapa DUN terpilih seluruh negeri.

Masjid, surau dan SRA Sungai Besar terima RM���,���SABAK BERNAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali menyampaikan sumba-ngan Kerajaan Negeri berjumlah RM119,500 kepada masjid, surau dan sekolah rendah agama (SRA) di Sungai Besar, di sini, pada 9 Jun lalu.

Sumbangan RM50,000 diberi-kan kepada SRA Parit 11 Timur dengan RM30,000 diperuntuk-kan bagi membiayai kos baik pu-lih pejabat, bilik mesyuarat dan

pagar sekolah, manakala bakinya RM20,000 untuk kos baik pulih musolla.

Sementara itu, RM30,000 di-sumbangkan kepada Surau Nurul Iman, Parit Satu Timur untuk me-nampung kos baik pulih dan naik taraf surau.

Pada masa sama, Surau PT3 Barat menerima sumbangan RM20,500 untuk baik pulih prasa-rana, sementara Masjid Parit 12, Sungai Panjang menerima sum-

bangan RM10,000.Turut menerima sumbangan,

KAFA Integrasi Nurul Ehsan Lu-buk Pusing dengan RM9,000 bagi membiayai kos mengecat dan pembelian penyaman udara.

Majlis disempurnakan Mo-hamed Azmin di Masjid Parit 12, sebelum Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Se-langor bersama rakyat, penyam-paian sumbangan hari raya dan perasmian masjid.

Penggunaan beg plastik turun ��%SEPANG - Penggunaan beg plastik di pasaraya dan premis per-niagaan lain di Selangor mencatatkan pengurangan sehingga 50 peratus sejak Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena, ber-mula 1 Januari lalu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pengurangan antara 60 hingga 70 peratus, pada 2018.

“Ini pencapaian yang bagus tetapi Kerajaan Negeri akan menggiatkan lagi kempen ini untuk mengurangkan penggu-naan beg plastik.

“Kita juga mendapat persetujuan menjalankan kaji selidik tambahan bagi melihat kekangan, reaksi dan bagaimana bo-leh menambah baik kempen ini,” katanya.

Elizabeth Wong berkata demikian pada program Pelancaran Kempen #BebasPlastik @ Bazar Ramadan Cyberjaya Majlis Per-bandaran Sepang (MPSepang) di Lingkaran Cyberpoint Barat, Cyberjaya, di sini, pada 8 Jun lalu.

Beliau berkata, kejayaan itu dicapai ekoran kerjasama semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan dan kesedaran pengguna sendiri, bahkan Kempen Bazar Ramadan Mampan turut menjadi landasan terbaik mendidik kesedaran kepada pengguna berkenaan kepentingan memelihara alam sekitar.

“Pada Kempen Bazar Ramadan Mampan, kita mendidik pengguna dan peniaga bazar supaya tidak membazir makan-an. Jangan buang minyak masak untuk kitar semula, jangan guna polistrin dan guna beg sendiri,” katanya.

Page 3: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Utama3SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun ini pasti lebih ber-makna apabila Kerajaan Negeri mengumumkan insentif adalah dua bulan.

Berita gembira yang dinanti-kan sejak permulaan Ramadan itu diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali pada Majlis Rapat Rama-dan Penjawat Awam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, pada 13 Jun lalu.

“Pada tahun lalu, Kerajaan Negeri meluluskan bantuan khas kewangan satu setengah

bulan gaji.“Manakala, tahun ini bantuan

khas kewangan sempena Aidil-fitri untuk seluruh anggota pen-jawat awam adalah dua bulan gaji,” katanya.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam yang hadir sambil menggayakan persalinan baju melayu serta baju kurung bagi menghidup-kan suasana Syawal yang bakal menjelma.

Insentif itu akan mula diserah-kan pada 21 Jun ini membabit-kan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam Selangor.

Dalam ucapan sama, Mo-hamed Azmin turut mengu-

mumkan Kerajaan Negeri ber-cadang membayar satu lagi insentif pada hujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan kerja pen-jawat awam.

“Saya sudah membincangkan perkara ini bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya).

“Pada enam bulan terakhir ini, bukan sahaja menilai prestasi kerja setiap pegawai dan ang-gota tetapi kita juga menuntut prestasi jabatan serta agensi supaya apabila digabungkan, membolehkan Kerajaan Negeri mengumumkan satu lagi insen-tif yang belum pernah kita de-ngar sebelum ini,” katanya.

Dua bulan bantuan kewangan khas Aidilfitri

Hadiah untuk penjawat awam

SHAH ALAM - Semua jabatan Ke-rajaan Selangor disaran menye-mak semula sasaran kerja tahunan dan prestasi semasa bagi memas-tikan ia berjalan selari dengan ja- dual mengikut tempoh suku ke-dua 2017.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, perbelanjaan sekurang-kurangnya melebihi 40 peratus daripada sasaran tahunan seha-rusnya sudah dicapai di peringkat jabatan mengikut tempoh perte-ngahan tahun ini.

“Jika belum mencapai sasaran prestasi demikian, kita perlu me-ningkatkan usaha memastikan sasaran kerja ditetapkan dicapai sepenuhnya.

“Seperti kita sedia maklum, Ke-rajaan Negeri menyediakan RM1.8 bilion bagi peruntukan pemba-

ngunan dengan sasaran prestasi perbelanjaan Dato’ Menteri Besar sebanyak 95 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Dato’ Menteri Be-sar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, pada 13 Jun lalu.

Beliau berkata, prestasi perbe-lanjaan bangunan setakat ini seka-dar 30.3 peratus sahaja, malahan terdapat jabatan yang masih di ta-hap prestasi sekitar 20 peratus.

Mohd Amin berkata, lima ja-batan utama yang diberikan pe-runtukan tinggi perlu memastikan projek dirancang dilaksana mengi-kut jadual serta siap sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan selain memilih kontraktor berwibawa menjalankan tugas.

“Setiap jabatan terutama ja-batan yang disediakan jumlah pe-

runtukan tinggi seperti pejabat Dato’ Menteri Besar, Pejabat Se-tiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Peng- airan dan Saliran (JPS) serta Ja-batan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk sentiasa memantau projek dirancang, dilaksana juga disiap-kan mengikut jadual ditetapkan.

“Proses pemilihan kontraktor perlu dilakukan secara telus dan berintegriti selain berwibawa. Mereka juga perlu mempunyai rekod kerja baik serta menawar-kan harga kompetetif juga nilai untuk wang (value for money),” katanya.

Katanya, setiap ketua jabatan perlu memastikan belanja me-ngurus diurus dengan sempurna untuk mengelakkan pembaziran menerusi penggunaan optimum serta pulangan maksimum.

Pastikan prestasi pada landasan tepat

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri giat memacu pertumbuhan pem-bangunan intelektual melalui ini-siatif penerbitan semula buku il-miah oleh ilmuan Islam serantau.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu mampu melonjak-kan lagi kuasa intelektual rakyat untuk didedahkan berkenaan pemahaman membabitkan as-pek kegemilangan falsafah Islam terdahulu.

Katanya, ia turut dizahirkan se-cara konsisten melalui pelaksanaan ‘Agenda Pencerahan’ bagi mem-perkasakan aspek pembangunan intelek masyarakat Selangor.

“Tiada Kerajaan Negeri yang berminat secara serius memba-ngunkan kuasa intelektual rakyat melalui penerbitan buku ilmiah berkualiti.

“Namun, pendirian diambil

Kerajaan Negeri Selangor ini di-dorong hasil komitmen untuk melakukan perubahaan. Inisiatif ini mendorong Selangor menjadi negeri yang terus membangun.

“Apa yang lebih penting, un-tuk menjamin kejayaan sesebuah bangsa adalah keupayaan Kera-jaan Negeri untuk fokus kepada pembangunan intelektual itu,” katanya ketika berucap pada Ma-jlis Peluncuran Buku Edisi Khas ‘A History Of Muslim Philosophy’ di Perpustakaan Raja Tun Uda, pada 7 Jun lalu.

Terdahulu, buku berkenaan menceritakan perkembangan dunia ilmuwan Islam sekitar 1,400 tahun lalu, oleh penulis M.M Sharif setebal 1812 muka surat yang ditempatkan di Per-pustakaan Raja Tun Uda untuk pembacaan dan kajian ilmiah masyarakat tempatan.

Pacu pembangunan intelektual

lSera-mai

891,685 murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara

lSelangor catat jumlah pelajar tahun satu paling ramai iaitu 89,419, diikuti Johor (54,492) dan

Terima kasih Dato’ Menteri Besar atas bantuan Aidilfitri dua bulan bagi meng-hargai sumbangan kami terhadap pem-bangunan ekonomi Selangor

Intan Khairana Md Zali, Bahagian perhubungan Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Satu pengumuman yang diharapkan penjawat awam Selangor selama ini bagi

membantu kami menyediakan perbe-lanjaan sempena sambutan Aidilfitri. Kami bersyukur dan berterima kepada Dato’ Menteri Besar atas pengumuman

ini

Anwar Faiz Othman, Pejabat Daerah Sabak Bernam

Syukur, bantuan khas Aidilfitri ini pertama kali saya terima sejak bertugas di Sela-ngor selama lima tahun memandang-kan sebelum ini berkhidmat di peringkat Persekutuan selama 12 tahun

Siti Aizam Aripin, Bahagian Teknologi Maklumat SUK

TINJAUAN ORANG RAMAI

RESPON PENJAWAT AWAM

Page 4: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Utama4 SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Rai 748 anak yatim Sepang dan Kuala Langat

Tengku Amir Shah agih bantuan RM��,���

OLEH ERMIZI MUHAMAD

CYBERJAYA - Duli Yang Tera-mat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM74,800 kepada 748 anak ya-tim di daerah Sepang dan Kuala Langat.

Bantuan disalurkan me-lalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) itu disampaikan sebagai sokongan moral kepada mereka bagi meraikan kedatangan Sya-wal.

Majlis penyampaian diada-kan di Masjid Raja Haji Fisabili-llah Cyberjaya yang turut diha- diri Exco Hal Ehwal Agama Is-lam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kam-pung Tradisi, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mufti Selangor, Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Majlis turut menyaksikan YIDE menerima sumbangan RM100,000 daripada Koridor Padu Sdn Bhd (KPSB) yang di-sampaikan Pengarah Urusan-nya, Basaruddin Ahmad Khan kepada Raja Muda Selangor un-tuk digunakan bagi tujuan ke-bajikan anak yatim itu.

Selain itu, YIDE turut mene-

rima sumbangan daripada PKNS Real Estate Sdn Bhd sebanyak RM34,000 dan RM10,000 dari-pada Datum Corp International bagi keperluan sama.

YIDE adalah sebuah orga-nisasi penuh milik Majlis Agama Islam Selangor yang dipertang-gungjawabkan menjaga hal ehwal kebajikan anak yatim, se-luruh Selangor.

Organisasi itu turut berpe-ranan menyalurkan sumba-ngan kebajikan kepada golo-ngan memerlukan termasuk menyediakan pusat dialisis di beberapa daerah, di negeri itu.

Sementara itu, Pengerusi YIDE, Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, orga-nisasi itu optimis mampu merea- lisasikan keperluan bantuan ke-bajikan kepada anak yatim atas kapasiti tanggungjawab sosial penubuhannya.

"Setiap sumbangan yang diberi-kan kepada anak yatim ini adalah hasil sumbangan anak syarikat mi-lik Kerajaan Negeri, syarikat swasta

dan individu prihatin berkenaan kebajikan golongan itu.

"Matlamat utama YIDE adalah menjaga kebajikan mereka ke-

rana anak yatim adalah antara golongan disebut di dalam Al-Quran dan perlu diberi perha-tian," katanya.

Anak yatim dua daerah terima RM���,���SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Teng-ku Amir Shah berkenan mence-mar duli dan menyerahkan sum-bangan duit raya RM224,300 kepada anak yatim bagi daerah Petaling dan Klang, pada 10 Jun lalu.

Bertempat di Masjid Sul-tan Salahuddin Abdul Aziz Shah, seramai 2,243 anak yatim menerima sumbangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) de- ngan masing-masing menerima RM100.

Baginda turut berkenan menerima sumbangan Permo-dalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) berjumlah RM150,000 di-sampaikan Pengurus Kanan Sum-ber Manusia dan Pentadbiran PNSB, Mohd Yusof Joned, khusus bagi menyalur infaq Aidilfitri ke-pada anak yatim, tahun ini.

Selain itu, baginda turut berke-nan menerima penyerahan tanah wakaf kepada YIDE di Pulau In-dah seluas 1.9 ekar oleh penyum-bang, Mohamed Mohar Ibrahim untuk dibangunkan rumah keba-jikan.

Sementara itu, Pengerusi Maj-lis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd

#zerofoodwastage ajak henti bazir makananSHAH ALAM - Sunway Ber-had melalui Sunway Ho-tels & Resorts melancarkan kempen Sunway #zerofood- wastage (Zero Food Wastage) bagi membantu golongan kurang bernasib baik, sekali gus mengatasi masalah pem-baziran makanan.

Kempen #zerofoodwastage yang memasuki tahun kedua itu adalah cetusan idea Yang Amat Mulia, Tengku Zatashah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah bertujuan menghentikan pembuangan lebihan makanan sepanjang Ramadan dari hotel.

Tengku Zatashah berti-tah, antara cabaran terbe-sar menjayakan kempen ter- babit adalah proses menjaga kebersihan dan keselamatan makanan dalam memastikan ia berkeadaan baik serta tidak tercemar.

“Kualiti makanan dijaga dan dipelihara mengikut SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan seperti dibalut menggunakan plastik kedap udara dan dipanaskan semula supaya ia selamat dimakan.

“Ramai yang menunjukkan minat untuk menyertainya, na-mun banyak juga pihak meno-lak kerana polisi tidak boleh memberi lebihan makanan dan

kita perlu faham serta meng-hormatinya,” titah baginda.

Baginda berharap, kempen itu akan mendapat lebih ba-nyak penyertaan daripada in-dustri dan sokongan semua pihak termasuk orang awam su-paya pembaziran makanan tidak berterusan.

Pada masa sama, Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Razman M Hashim berkata, le- bihan makanan yang belum ter-usik dan masih berkondisi baik bakal diagihkan kepada lebih 100 individu setiap hari dengan

kerjasama badan bukan kera-jaan (NGO) Kechara Soup Kit- chen melalui kempen itu.

Katanya, dianggarkan 270,000 tan metrik makanan dibazirkan setiap kali Ramadan, justeru ia antara inisiatif bagi mengatasi isu terbabit.

“Saya harap, program ini dapat mendidik orang awam untuk tidak membazir makan-an selain memberi kesedaran membantu mereka yang lebih memerlukan terutama golon-gan miskin bandar dan gelanda-ngan,” katanya.

YIDE dan pewakaf turut mencapai kata sepakat untuk menamakannya sebagai Rumah Kebajikan Anak Yatim Tengku Amir Shah jika mendapat perkenan Raja Muda SelangorMOHAMAD ADZIBPengerusi YIDE

Isa berkata, majlis pecah tanah rumah kebajikan berkenaan akan dimulakan, awal Januari 2018.

“YIDE dan pewakaf turut men-capai kata sepakat untuk mena-makannya sebagai Rumah Ke-bajikan Anak Yatim Tengku Amir Shah jika mendapat perkenan Raja Muda Selangor,” katanya yang juga Pengerusi YIDE.

Majlis sama turut menyaksikan lebih 3,000 kad Peduli Sihat die-darkan kepada anak yatim dan penjaga yang juga dihadiri Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tam-yes Abd Wahid.

Page 5: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Utama5SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya

Sultan Selangor rasmi Masjid Parit �� Sungai PanjangOLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Parit 12, di sini, sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya, di sini, pada 9 Jun lalu.

Baginda turut berkenan me-nyampaikan sumbangan Aidil-fitri berjumlah RM187,500 ke-pada 281 asnaf fakir dan miskin serta 94 mualaf dengan masing-masing menerima RM500.

Mengiringi baginda, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd.

Hadir sama, Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr

Ahmad Yunus Hairi serta Muf-ti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Sultan Selangor turut berkenan menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat Terawih, se-belum berangkat pulang.

Masjid Parit 12 dibina sekitar 1904 di atas sebidang tanah sawah berkeluasan 20 kaki persegi yang diwakafkan.

Pada 3 Disember 2014, Per-badanan Wakaf Selangor diberikan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah bagi menggunakan Dana Saham Wakaf Selangor berjumlah RM2 juta bagi kerja pembinaan semula masjid.

Pada Jun 2015, kerja pembinaan mula dilakukan dan mengambil masa sembilan bulan untuk disiap-kan sepenuhnya.

Masjid berkenaan kini pilihan untuk solat Jumaat dan solat su-nat hari raya selain menjadi simbol kepada usaha Perbadanan Wakaf Selangor dalam meningkatkan ke-sedaran masyarakat akan kepen-tingan berwakaf.

Rai pegawai dan anggota TLDMLUMUT - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah berkenan be-rangkat ke majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Dewan Shariff, Pang-kalan TLDM, di sini, pada 10 Jun lalu.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Panglima

TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarud-din dan barisan kepimpinan ter-tinggi TLDM, lapor BERNAMA.

Sementara menantikan azan Maghrib dan berbuka puasa, Sul-tan Sharafuddin yang juga Kap-ten Yang Dipertua TLDM menyer-tai bacaan tahlil.

Baginda kemudian berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah

dan bersantap bersama kira-kira 3,000 tetamu.

Selepas itu, baginda menunai-kan solat Isyak dan Terawih berje-maah.

Terdahulu, Ahmad Kamarulza-man dalam ucapannya berkata, keberangkatan Sultan Selangor ke majlis itu menzahirkan soko-ngan padu dan keprihatinan baginda kepada pegawai serta anggota TLDM.

Tengku Permaisuri sampaikan sumbangan Aidilfitri SHAH ALAM - Tengku Permai-suri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan duit raya kepada 140 anak-anak yatim dan Rohingya, pada Majlis Iftar PEKAWANIS, pada 7 Jun lalu.

Baginda diiringi Penaung Per-tubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Paduka Tengku Puteri Ara-fiah ibni Almarhum Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah dan Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamshida Taharin.

Shamshida berkata, majlis an-juran bersama PEKAWANIS dan Persatuan Taska Negeri Selangor

(PTNS) itu selaras matlamat per-tubuhannya mempergiat kerja amal di negeri berkenaan.

“Ini selaras dengan hasrat Ke-rajaan Negeri memperkasakan wanita dan gagasan Memba-ngun Bangsa dan Memakmur Negeri,” katanya.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menunaikan so-lat Terawih berjemaah serta men-dengar tazkirah bersama kira-kira 1,150 hadirin.

Sumbangan duit raya ihsan JAKEL dan PEKAWANIS disampai-kan kepada 100 anak yatim dari Kuala Selangor dan 40 anak Ro-hingya dari Selayang.

JAKEL menyumbangkan RM10,000 sementara PEKAWANIS pula RM4,000 yang menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan RM14,000 dengan setiap anak berkenaan menerima RM100 seorang.

Page 6: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Fokus6 SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Pelbagai inisiatif tradisional dan moden

Kaedah rawat denggiAPA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah penyakit berjangkit yang merbahaya yang bo-leh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.

Denggi biasa terjadi dalam kala- ngan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk Aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Adakah wabak demam denggi mampu dirawat melalui kae-dah tradisional berasaskan tumbuh-tumbuhan atau penggunaan makan-an tambahan kesihatan di pasaran?

Umumnya, pesakit denggi meng-gunakan pelbagai inisiatif berte-raskan kaedah tradisional dan pe-

makanan tambahan yang diragui keberkesanannya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malay-sia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, sesuatu produk tradi-sional atau herba hanya didaftarkan di bawah kategori tradisional kriteria keselamatan PBKD.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada sebarang produk tradisio-nal atau makanan tambahan kesihat-an yang didaftarkan di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi tujuan rawatan denggi.

"Pada masa ini, indikasi atau tun-tutan yang dibenarkan untuk produk

tradisional adalah mengikut kegu-naan ramuan atau formulasi

produk itu secara tradisional yang dirujuk daripada ruju-

kan farmakopeia ubat tradisional."Tuntutan terapeutik tidak dibenar-

kan untuk produk di bawah kategori ini kerana ia tidak menjalankan kajian klinikal untuk menyokong tuntutan

terapeutik."Jika sesuatu produk tradisional

atau herba ingin membuat tuntutan terapeutik, kajian klinikal lengkap ser-ta menepati piawaian antarabangsa perlu dijalankan terhadap produk itu.

"Ini bagi membolehkan supaya bukti tuntutan itu dapat dinilai dari-pada segi keberkesanan dan kesela-matan oleh PBKD," katanya dalam ke-nyataan.

Antara kaedah tradisional dikait-kan dengan pencegahan dan rawatan denggi termasuk pokok betik.

Kajian keselamatan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) adalah dos tertinggi iaitu 2000 mg bagi se-tiap kilogram berat badan sudah diuji bagi tujuan keberkesanan perubatan itu.

Noor Hisham berkata, kajian klini-kal oleh IMR terhadap jus daun betik di dalam pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan bahawa pengam-

bilan 30ml (dua sudu besar) jus dari dua helai daun betik matang setiap hari, sela-ma tiga hari menaikkan jumlah platelet.

"Kenaikan platelet ini hanya salah satu daripada pelbagai proses yang berlaku di dalam kalangan pesakit yang menghidap demam denggi. Kajian masih lagi berjalan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi, namun kementerian tidak menyediakan jus daun betik di hospital kerajaan," katanya.

JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI Wolbachia sekat penularan virus SHAH ALAM - Pelaksanaan mem-bebaskan 39,500 nyamuk Aedes Wolbachia disifatkan sebagai kae-dah terbaik menangani penularan wabak denggi, di Selangor

Inisiatif itu dilaksanakan membabitkan kawasan hotspot denggi di AU2, Keramat dan Sek-syen 7, Shah Alam melalui kerjasa-ma Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), pada Mei lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Da-royah Alwi berkata, pihaknya opti-mis kaedah sama boleh dijalankan untuk tempoh akan datang selepas hasil kajian keberkesanan positif pendekatan itu dilaksanakan.

“Ini kaedah baru yang disyor-kan Pertubuhan Kesihatan Sedu-nia (WHO) dan diguna pakai di beberapa negara seperti Australia, China, Indonesia, Vietnam terma-suk Singapura.

"Sebelum ini, pelepasan su-dah dijalankan di AU2 iaitu 16,000 nyamuk berWolbachia, pada 28 Mac lalu. Manakala di Seksyen 7, kita melepaskan 23,500 nyamuk, pada 13 Mei lalu,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam ber-kata, kajian menunjukkan nyamuk Aedes Wolbachia tidak dapat me-nyebarkan virus denggi dan akan menyekat penularan virus itu ke-pada manusia.

Mikroorganisme Woolbachia diperkenalkan Januari tahun lalu oleh IMR dengan kerjasama Lan-cester University, United Kingdom.

Ketua Pengarah Kesihatan, Da-tuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan mikroorga-

TERDAPAT 2 JENIS PENYAKIT DENGGI IAITU:

a. Demam denggi klasikal.Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan,

sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya ti-dak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam je-nis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.

b. Demam denggi berdarah.Biasanya terjadi kepada kanak-kanak terutama dalam

lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bin-tik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berda-rah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia adalah virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ‘serotype’ virus yang dikenal pasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan anti-bodi yang berbeza-beza. Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh ter-hadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.

Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia me-lalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tem-poh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal pe-nyakit.

TEMPAT PEMBIAKANNyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah. Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

A. Di dalam rumahlIa membiak di dalam piring alas pasu bunga.lTadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.lPerangkap semut.

B. Di luar rumahlDi dalam tayar buruk.lSaluran air hujan.lTin-tin kosong atau botol.lBata bangunan atau kawasan pembinaanlCawan getahlLubang pokoklTunggul buluhlKetiak daun seperti pandan dan nenas

nisme Wolbachia yang disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes Aegypti sebagai kaedah untuk mengha-lang penularan virus dalam kala-ngan manusia.

Katanya, nyamuk aedes yang terhasil daripada telur yang disun-

tik itu tidak membawa virus denggi seterusnya menghalang penyeba-ran denggi, namun, pelaksanaan pendekatan terbabit masih belum diputuskan di peringkat nasional sebelum sebarang kertas siasatan lanjutan dikeluarkan.

Page 7: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Fokus7SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Basmi denggi

�� PBT terima RM�.� jutaOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Langkah membas-mi denggi di peringkat Kerajaan Negeri diperhebat melalui pelak-sanaan Program Pest Control O-perator (PCO) membabitkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, RM2.66 juta diperuntukkan bagi melak-sanakan pelan itu untuk diagih-kan kepada PBT seluruh negeri yang mula dilaksanakan, sejak Januari lalu.

“Peruntukan ini akan kita agih-kan kepada semua 12 PBT untuk bersiap sedia melaksanakan ak-tiviti banteras denggi, sehingga akhir tahun ini.

“Kita juga menyerahkan RM100,000 kepada setiap PBT untuk melaksanakan program pencegahan denggi di kawasan masing-masing,” katanya.

Dr Daroyah optimis pelaksa-naan program berkenaan mam-

pu mengawal penularan wabak itu sejak ia mula dilaksanakan, tahun lalu.

"Pelaksanaan PCO tahun lalu memberi keberkesanan sa-ngat positif apabila kes denggi menunjukkan penurunan, sejak awal Januari tahun ini.

“Oleh itu, peruntukan ini kita siapkan bagi mengawal kes denggi sehingga akhir tahun yang dijangka bakal meningkat dengan pelbagai faktor antara-nya perubahan cuaca dan musim hujan tidak menentu.

“Selain itu, pembiakan aedes di dalam peremis juga antara punca kes denggi meningkat. Ini berlaku kerana pegawai kesihat-an tidak dapat membuat peme-riksaan serta memberi penera-ngan berkenaan aktiviti kawalan denggi, di dalam rumah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Majlis Perbandaran Subang Jaya mencatatkan penurunan dras-tik kes denggi 47 peratus di ka-wasan perbandaran itu, pada Februari lalu.

Dilaporkan, 895 kes demam denggi dicatatkan berbanding 1,707 dalam tempoh sama, tahun lalu.

Sementara itu, didapati 17 lo-kasi demam denggi dilaporkan termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang, Seri Kembangan, Kinrara dan Subang Jaya.

Bagaimanapun, Dr Daroyah sebelum ini menegaskan, PBT perlu bekerjasama dengan Pe-jabat Kesihatan Daerah masing-masing menjalankan kerja pem-basmian melalui aktiviti 'fogging' dan 'larvasiding'.

"Ahli Majlis digalak melak-sanakan aktiviti gotong-royong bersama jawatankuasa pen-duduk untuk menghapuskan tempat pembiakan aedes.

"Pada masa sama, Kerajaan Negeri sebelum ini mengelu-arkan peruntukan RM10,000 di setiap DUN untuk program sem-buran aerosol dan inisiatif kem-pen pembasmian denggi kepada masyarakat," katanya.

Bayangan maut, suhu cecah �� darjahSHAH ALAM - Simptom keseju-kan diikuti rasa loya yang dia-lami Muhammad Shahid Rodzi, 25, awalnya hanya disangka de-mam panas.

Namun, selepas beberapa hari, tahap kesihatannya sema-kin menurun dengan keadaan diri mula mengalami cirit-birit, sakit otot melampau serta ke-sakitan pedih ulu hati.

"Saya hanya menyangka ia demam biasa, namun apabila dirujuk ke hospital dan mem-buat pemeriksaan darah, kepu-tusan menunjukkan saya meng-hidap denggi pada bacaan sekitar 70 platlet.

"Keadaan lebih memburuk-kan apabila suhu badan hampir mencecah 40 darjah celcius dan saya ketika itu amat lemah.

"Saya kemudiannya ditem-patkan di hospital lebih seming-

gu dan mendapat pemantauan rapi daripada doktor," katanya kepada SelangorKini, di sini, ba-ru-baru ini.

Katanya, dia dirawat melalui dua kaedah perubatan antara-nya memasukkan dua liter air se-hari menggunakan kaedah 'drip' bagi pemantauan lanjutan.

"Setiap hari darah diambil dan ada satu ketika sampai da-rah tidak boleh diambil lang-sung. Hingga saya disuntik ber-ulang kali menyebabkan lebam, pada tangan.

"Berat badan mula menu-run dan waktu itu saya hanya mampu berserah kepada Allah SWT untuk pulih seperti biasa. Hakikatnya, dijangkiti denggi benar-benar menguji diri dan ia sangat memberi kesan kepada

saya untuk lebih berwaspada selepas ini," katanya.

Sementara itu, Pembantu Pe-rubatan Sunway Medical Centre, Nurazreen Suhada, 28, berkong-si pengalaman merawat pesakit denggi.

"Keadaan paling teruk pada fasa denggi 'shock'. Pesakit wak-tu ini berada dalam keadaan le-mah yang menunjukkan tanda 'vital' berada pada tahap teren-dah dengan suhu badan paling tinggi.

"Pada masa sama, tekanan darah semakin menurun de-ngan kadar jantung semakin laju yang menyebabkan keti-daktetuan pada kesihatan pe-sakit," katanya.

Beliau berkata, fasa denggi terbahagi kepada tiga pering-kat dengan permulaan simpton menunjukkan tanda kesejukan dan demam beberapa hari.

"Apabila demam mula menu-run, fasa kiraan platelet akan menurun hingga fasa terakhir sekitar 10 hari bacaan platelet naik, baru pesakit akan mula sihat.

"Namun keadaan pesakit perlu dipantau berterusan, di samping kesedaran umum ter-hadap bahaya penyakit ini ke-rana boleh membawa maut," katanya.

SITUASI DENGGI DI SELANGOR SEHINGGA 3 JUN 2017 ( MINGGU EPID 22)

Jumlah Kes Terkumpul Malaysia: 41,574Jumlah Kes Kematian Malaysia: 97Jumlah Kes Terkumpul Selangor: 22,282 Jumlah Kes Kematian Selangor: 36

KES DAFTAR DENGGI SELANGOR SEHINGGA 3 JUN 2017

PETALING : MINGGU EPID 21 (385 KES)

MINGGU EPID 22 (356 KES)

HULU LANGAT : MINGGU EPID 21 (402 KES)

MINGGU EPID 22 (537 KES)

KLANG : MINGGU EPID 21 (190 KES)

MINGGU EPID 22 (185 KES)

GOMBAK : MINGGU EPID 21 (144 KES)

MINGGU EPID 22 (178 KES)

SEPANG : MINGGU EPID 21 (51 KES)

MINGGU EPID 22 (54 KES)

KUALA LANGAT : MINGGU EPID 21 (35

KES) MINGGU EPID 22 (37 KES)

HULU SELANGOR : MINGGU EPID 21

(17 KES) MINGGU EPID 22 (19 KES)

KUALA SELANGOR : MINGGU EPID 21

(18 KES) MINGGU EPID 22 (13 KES)

SABAK BERNAM : MINGGU EPID 21 (3 KES) MINGGU EPID 22 (4 KES)

SUMBER : http://kebajikan-selangor.tripod.com

RAWATANSetakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

1. Rawatan Demam Denggi KlasikalRawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:

lmengurangkan demam (suhu badan)lmengelakkan dari perdarahan berlaku

2. Rawatan Demam Denggi Berdarah

l Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

l Demam yang sangat panas meningkatkan risiko ter-jadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan an-tipiretik.

l Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.

lPemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Page 8: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Nasional8 SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Ramalan penganalisis politik

Gelombang Melayu PRU-��OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Penganalisis Politik, Mohamad Sayuti Omar meramalkan berlakunya gelom-bang peralihan undi masyarakat Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, peralihan undi kaum itu kepada komponen PA-KATAN berlaku ekoran pengaruh besar bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dengan terbentuknya seteru Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BER-SATU).

“Walaupun gelombang ini ti-dak sama hebatnya ketika Refor-masi 1998 mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perubahan besar sokongan orang Melayu ketika itu, namun senario poli-tik kini tentunya membolehkan kedudukan Umno akan terjejas.

“Tidak mustahil gelombang peralihan undi membabitkan

'TAWARAN' mampu atasi TN��SHAH ALAM - Pakatan Hara-pan (PAKATAN) bakal mem-perkenalkan Tawaran Anak Muda (TAWARAN) dalam tem-poh dua bulan lagi khusus un-tuk memberdaya belia di ne-gara ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, perkara itu akan diumumkan bersama manisfesto PAKATAN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan diyakini mampu mengatasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Katanya, TAWARAN lebih menyeluruh merangkumi cadangan dasar seperti pendi-dikan percuma untuk semua dan perubahan kepada dasar perumahan yang memudahkan golongan belia memiliki kediaman sendiri.

“TN50 berkata Bangsa Malaysia bakal men-jadi kenyataan pada 2050 tetapi PAKATAN menawarkan Bangsa Malaysia sekarang, dalam 2017 atau 2018.

“Tiada keperluan menung-gu sehingga 2050 kerana kami akan melakukannya sekarang jika dipilih bersama pendi-dikan, perumahan dan pe-kerjaan lebih baik,” katanya dipetik MalaysianInsight, baru-baru ini.

Pada masa sama, Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inova-si negeri yakin rakyat akan menerima kekuatan dimiliki

TAWARAN berbanding TN50.“TAWARAN juga memasukkan usul untuk

menjadikannya lebih berkemampuan bagi pe-minat bola sepak menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol La Liga.

“Manifesto biasa mempunyai dasar pendi-dikan, pekerjaan dan perumahan. Jadi, kami akan mengambil komponen belia serta menja-dikannya pakej dalam TAWARAN untuk diberi kepada Pemuda PAKATAN,” katanya.

‘Pelik’ SPRM mahu lihat duluSHAH ALAM - Isu membabitkan kredibiliti pemimpin tertinggi negara tidak seharusnya dile-ngahkan kerana akan menim-bulkan lebih banyak persoalan umum, kata Naib Presiden KE-ADILAN, Tian Chua.

Beliau berkata, kegagalan Su-ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tin-dakan berhubung skandal RM9.5 juta membabitkan Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak diper-soalkan.

“Ia skandal yang sangat be-sar, namun saya pelik kenapa

SPRM masih belum ambil tinda-kan begitu juga dengan pejabat Peguam Negara.

“Perkara ini berkait isu kredi-biliti negara dan maruah jabatan Peguam Negara, justeru ia tidak seharusnya dibiarkan juga perlu diberi keutamaan supaya pesalah itu didakwa serta dikenakan tin-dakan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruh-jaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ah-mad mengambil pendirian un-tuk ‘tunggu dan lihat’ sebelum sebarang kemungkinan lanjutan

kes berkenaan dilakukan dan pi-haknya juga belum membuat ketetapan untuk menyiasat kes itu atau sebaliknya.

Pada masa sama, banyak pihak tampil membuat laporan polis su-paya kes itu dibuka ekoran skan-dal penyaluran wang berkenaan ke dalam akaun peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Untuk rekod, siasatan kes berkenaan boleh dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana penyalahgunaan dana awam jika aliran kewangan seperti didakwa berkaitan 1MDB.

Pada 31 Mei lalu, Sarawak Re-port mendakwa RM4.3 juta dide-positkan daripada akaun Am-bank milik Najib yang dikaitkan dengan skandal 1MDB ke akaun peribadi Shafee.

Media sama turut mendakwa wang itu dimasukkan selepas se-bulan setengah Pengasas Kum-pulan Perbankan Arab- Malay-sian (AMBANK), Hussein Ahmad mati dibunuh, pada 28 Julai 2013.

Pembayaran kedua berjumlah RM5.2 juta pula didakwa dilaku-kan melalui akaun sama, pada 17 Februari 2014 iaitu dua minggu

Walaupun gelombang ini tidak sama hebatnya ketika Reformasi 1998 mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perubahan besar sokongan orang Melayu ketika itu, namun senario politik kini tentunya membolehkan kedudukan Umno akan terjejasMOHAMAD SAYUTIPenganalisis Politikmasyarakat Melayu berlaku, seka-li gus menggugat kedudukan Da-tuk Seri Najib Razak sebagai Pre- siden Umno dan Perdana Men-teri,” katanya ketika dihubungi

SelangorKini, baru-baru ini.Beliau berkata demikian se-

bagai mengulas kenyataan Pre-siden BERSATU, Tan Sri Muh-yiddin Yassin yang menyatakan kesediaan parti itu untuk me-nembusi kubu kuat Umno-BN pada PRU-14.

Sayuti berkata, pembentukan

BERSATU bersama komponen PAKATAN lain juga memung-kinkan berlakunya perolehan undi lebih besar jika pemuafaka-tan komponen pembangkang di peringkat nasional dapat disele-saikan.

Katanya, kelebihan itu juga sekali gus membolehkan PAKA-

TAN menawan Putrajaya dari-pada cengkaman pentadbiran Umno-BN.

“Sebarang kemungkinan bo-leh berlaku. Jika penyatuan itu terjadi menjelang PRU nanti, saya percaya kemenangan itu boleh berpihak kepada PAKATAN,” ka-tanya.

sebelum keputusan rayuan kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan Shafee sebagai Pendakwa Raya mewakili Jabatan Peguam Negara.

Page 9: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Nasional9SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Isu Felda Global Ventures Holdings Berhad

SPRM jangan lengah siasatanOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa tidak melengah-kan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) seperti dilaporkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Arshad.

Pengerusi Biro Felda dan Per-ladangan KEADILAN, Shamsul Is-kandar Mohd Akin berkata, per-

golakan dalaman FGV yang turut membabitkan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah peluang terbaik membersihkan FGV dan mengembalikan hak peneroka FELDA.

“Saya amat terkesan dengan kenyataan Zakaria yang meminta SPRM menyiasat perkara ini kera-na ia menunjukkan sesuatu yang serius. SPRM jangan berlengah.

“Saya harap, SPRM jangan berdalih kerana percaya badan itu mempunyai bukti. Sebagai

Pengerusi Biro FELDA yang se-belumnya memegang Pasukan Khas FELDA Selangor, saya minta supaya dua tokoh ini memberi penjelasan secara terbuka kepa-da rakyat,” katanya kepada Sela-ngorKini, baru-baru ini.

Katanya, penjelasan itu perlu dibuat khususnya kepada pe-neroka FELDA yang mempu-nyai kesan signifikan dengan perkembangan FGV terutama apabila saham FGV jatuh meru-dum.

Shamsul Iskandar yang juga Naib Presiden KEADILAN ber-kata, Isa juga perlu meletakkan jawatan apabila berlaku salah urus tadbir korporat syarikat itu.

“Ini padahnya apabila lan-tik orang yang pernah terpalit dengan skandal politik wang. Isa Samad perlu berhenti lama dulu tetapi diberikan peluang sekali lagi dan apabila terdapat salah urus tadbir korporat, maka sewajarnya pengerusi FGV me-letak jawatan,” katanya.

Lima universiti tersenarai ��� terbaik duniaSHAH ALAM - Lima universiti penyeli-dikan Malaysia tersenarai dalam ka-langan 300 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai dikeluarkan Quac-quarelli Symonds (QS) World University Ranking 2017-2018.

Universiti berkenaan adalah Univer-siti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Uni-versiti Teknologi Malaysia, dan Univer-siti Sains Malaysia.

Pencapaian itu, sekali gus meletak-kan universiti terbabit dalam kelompok

satu peratus teratas dunia dari 26,000 universiti seluruh dunia.

UM kini berada pada kedudukan ke-114 universiti terbaik dunia, meningkat 19 tangga berbanding 133 tahun lalu iaitu di ambang kelompok 100 terbaik dunia.

Manakala, UPM berada di kedudukan ke-229 terbaik dunia, UKM pula mening-kat kepada 72 tangga di kedudukan ke-230 berbanding tahun lalu iaitu 302, sementara dua lagi universiti iaitu UTM (253) dan USM (264).

Penumpang Terminal SkyPark bakal meningkatSHAH ALAM - Terminal Sky-Park menjangkakan peningka-tan dalam aliran trafik penum- pang berdasarkan inisiatif diam-bil memperbaiki rangkaian, kos dan kemudahan lain.

Pengarah Eksekutif Subang SkyPark Sdn Bhd, Tan Sri Ravin-dran Menon berkata, ia termasuk meningkatkan rangkaian keluar masuk lapangan terbang melalui kereta api dan jalan raya.

Katanya, SkyPark KTM Rail Link yang dijadual siap menjelang akhir tahun ini adalah lanjutan kepada landasan KTM Subang Jaya seterusnya menghubung-

kan Terminal SkyPark dengan KL Sentral.

“Terminal Skypark sudah me-lepasi kiraan 15 juta penumpang, berbanding hanya 300,000 pe-numpang pada tahun pertama kami beroperasi iaitu, pada 2008.

“Kami percaya, usaha diam-bil mampu meningkatkan bila- ngan penumpang ke-rana ia le-bih memudah dan menjimatkan kos bagi mereka bergerak lancar dari satu tempat ke tempat lain,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Ravindran berkata, pihaknya turut merancang memperluas-

kan lapangan terbang berkenaan melalui cadangan pembangunan Terminal 2.

“Ia dijangka bermula pada penghujung tahun ini dan bakal membawa kepada tambahan lima juta penumpang,” katanya.

Pada Oktober 2009, Terminal SkyPark dengan seni bina baru dan moden mula dibuka secara rasmi untuk orang ramai.

Terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Terminal SkyPark adalah 'base' utama untuk syarikat penerba-ngan Malindo Air, Firely serta jet peribadi dan korporat.

Sum

ber g

rafik

BH

ON

LIN

E

Page 10: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

10Ekonomi

SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited mengukuhkan pela-buran ekonomi digital e-dagang melalui Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC) membabitkan pelbagai teras uta-ma.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengang-kutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, Selangor akan memacu ekonomi digital itu secara berte-rusan sebagai negeri penyum-bang tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ketika ini, Malaysia mengalami perubahan ekonomi digital dan menyumbang kira-kira 17 peratus kepada KDNK negara.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri me-lalui SITEC akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memupuk penjanaan ekonomi e-dagang melalui pelbagai teras,” katanya kepada SelangorKini, .i sini, baru-baru ini,

Chang Khim berkata, SITEC kini berkembang dengan pelbagai ini-siatif antaranya memberikan pen-didikan percuma kepada peniaga dalam bentuk pembelajaran alam maya dan akademi SITEC.

Katanya, kemunculan Zon Perdagangan Bebas Digital adalah satu lagi bentuk peruba-han dan ia memerlukan peluang juga cabaran dengan perubahan yang datang.

“Saya yakin peniaga e-dagang bukan sahaja akan menggunakan peluang yang ada untuk mengu-kuhkan lagi jenama dan pendapa-tan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping berkata, pihaknya berjaya men-didik lebih 3,000 peserta dan melatih 200 peniaga di bawah program 100 'online' dengan

menjana pendapatan RM3 juta melalui 10,000 pesanan produk, tahun lalu.

“Kami amat menggalakkan pe-niaga tempatan menyertai pernia- gaan dalam talian dan menyo-kong lebih 400 gabungan aplikasi mudah alih di Google Playstore dan Apple Store yang dibangun-kan SITEC.

“Tahun ini, kami mensasarkan untuk melaksana lebih banyak program kepada orang ramai. Ter-baru, kami berjaya melancarkan dua lagi produk percuma bagi pe-niaga bukan sahaja Selangor teta-pi Malaysia,” katanya.

Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor

Kukuh pelaburan ekonomi e-dagang

Teng Chang Khim

SHAH ALAM - Kira-kira 100 penia-ga e-dagang dijangka mengambil bahagian dalam ‘Malaysia Top E-Commerce Merchant Award’ yang akan diadakan di Pusat Konven-syen Setia City, di sini, pada 9 Sep-tember ini.

Memasuki penganjuran kali kedua itu, Majlis Teknologi In-formasi dan E-Dagang Selangor (SITEC) menawarkan wang tunai RM25,000 dan hadiah menarik lain antaranya trofi, sijil, kursus pemasaran atas talian dan beng-kel pemasaran e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Kai Ping berkata, SITEC se-cara agresif terbabit dengan ko-muniti e-dagang tempatan sejak penubuhannya, pada pertenga-han 2015.

Katanya, ‘Malaysia Top E-Com-merce Merchant Award’ itu disi-fatkan sebagai salah satu peluang tambah nilai yang disediakan bagi peniaga tempatan.

“Mereka boleh bersaing untuk membuktikan keberanian mereka sebagai peniaga e-dagang di Ma-laysia.

“Pada masa sama, peniaga yang mengambil bahagian bo-leh mendapat manfaat daripada peningkatan pengiktirafan dan peluang untuk meningkatkan lagi jenama mereka dalam kalangan industri serta pengguna,” katanya.

‘Malaysia Top E-Commerce Mer-chant Award’ akan diadili panel pertandingan yang terdiri dari 11 Street, Lazada, MDEC, Internet Alli-ance, SITEC dan EC Insider.

Kai Ping berharap, penganjuran anugerah itu dapat menggalakkan

Peniaga yang mengambil bahagian boleh mendapat manfaat daripada pening-katan pengiktirafan dan peluang untuk meningkatkan lagi jenama mereka dalam kalangan industri serta pengguna

YONG KAI PINGKetua Pegawai Eksekutif Majlis Teknologi Informasi dan E-Da-gang Selangor (SITEC)

Malaysia Top E-Commerce Merchant Award peluang tingkat jenama

dan memupuk amalan terbaik in-dustri juga semangat persaingan yang sihat serta inovatif dalam ka-langan peruncit dalam talian.

Hal itu kerana, ia adalah asas ke-pada pertumbuhan ekonomi digi-tal di Malaysia sebagai perkhid- matan dan barangan pembekal untuk orang ramai.

Tahun lalu, anugerah itu mendapat penyertaan 70 penia-ga tempatan dan Sally Fashion merangkul gelaran juara diikuti Gundam.my dan DIYPrintingSup-ply.com. yang diadakan, di Empire Subang.

‘Malaysia Top E-Commerce Merchant Award’ diadakan ber-tujuan memupuk semangat per-saingan dan penyediaan kualiti perkhidmatan yang tinggi dalam kalangan e-pedagang, ganja-ran, kreatif serta inovatif peniaga dalam talian tempatan.

KUALA LUMPUR - Rangkaian lapangan terbang Malaysia Air-ports Holdings Bhd (MAHB) men-catatkan 10.6 juta pergerakan penumpang pada Mei lalu iaitu pertumbuhan 6.3 peratus ber-banding tempoh sama, tahun lalu.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia , MAHB berkata, trafik penumpang antarabang-sanya meningkat 12.6 peratus ta-hun ke tahun kepada 4.8 juta pe- numpang pada Mei lalu, manaka-la trafik domestik berkembang 1.5 peratus kepada 5.8 juta.

Pada asas 12 bulan lalu, rang-kaian lapangan terbang MAHB mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus dengan 122.9 juta pe-numpang iaitu trafik tertinggi kendaliannya, dalam tempoh 12 bulan.

MAHB berkata, trafik pada Mei

lalu untuk terminal utama Lapa- ngan Terbang Antarabangsa Kua-la Lumpur (KLIA) meningkat 12.7 peratus tahun ke tahun, manaka-la trafik untuk KLIA2 naik 11.6 peratus.

“Keseluruhannya, pergerakan pesawat meningkat 0.7 peratus dengan pergerakan antarabang-sa naik 4.8 peratus, manakala do-mestik merosot 1.6 peratus, ber-banding Mei 2016,” katanya.

MAHB berkata, lapangan ter-bang di Malaysia mencatat 7.9 juta penumpang pada Mei lalu iaitu pertumbuhan 8.5 peratus tahun ke tahun, berbanding Mei 2016.

“Keseluruhan purata faktor muatan juga meningkat kepada 75.1 peratus pada Mei lalu iaitu kenaikan 1.5 peratus berban-ding bulan sama, tahun lalu,” tambahnya.

Pergerakan penumpang penerbangan naik �.�%

Keseluruhannya, pergerakan pesawat meningkat 0.7 peratus dengan pergerakan antarabangsa naik 4.8 peratus, manakala domestik merosot 1.6 peratus berbanding Mei 2016

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BHD (MAHB)

Page 11: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

11SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

ADN

OLEH SYAZWANI SUFIAN

PUCHONG - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20,000 bagi menjayakan Sistem Penuai- an Air Hujan (SPAH) di Pangsa-puri Sri Kesidang sebagai projek perintis, di kawasan Puchong.

Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han berkata, hal itu kerana SPAH adalah alternatif efektif dalam mengurangkan penggunaan air terawat selain memberi banyak faedah kepa-da penduduk dalam pelbagai urusan harian.

“Kami memilih pangsapuri ini untuk melaksanakan SPAH kerana terdapat sumber mata

air semula jadi dari bawah ta-nah yang boleh diambil selain membuat takungan air hujan.

“Sistem ini memberi banyak faedah kepada badan pengu-rusan dan penduduk di pangsa-puri ini bagi kegunaan pember-sihan tandas, mencuci lantai, menyiram pokok, kerja pember-sihan awam, kolam renang ser-ta mencuci kenderaan,” katanya kepada SelangorKini, baru-baru ini.

Beliau turut bercadang meneruskan sistem itu jika di-beri peruntukan tambahan un-tuk dipasang ke kawasan lain selepas melihat keberkesaan mengurangkan kebergantu-

ngan terhadap air terawat.Sementara itu, Pengerusi

Jawatankuasa Penduduk Pang-sapuri Sri Kesidang, Yap Chee Meng berkata, pelbagai kebai-kan diterima hampir 299 unit rumah di kawasan itu, sejak sistem berkenaan dipasang.

“Kebiasaannya dalam se-bulan, kolam renang di sini memerlukan air 165,000 liter membabitkan kos RM400.

“Selepas wujudnya SPAH, kita boleh jimat hampir 25 pera-tus penggunaan air apabila dua tangki ini mampu menakung hampir 40,000 liter air dalam se-bulan mengikut keadaan cuaca apabila hujan,” katanya.

Sistem Penuaian Air Hujan Pangsapuri Sri Kesidang

Jimat guna air, mesra ekonomi

SHAH ALAM - Tindakan terge-sa-gesa Putrajaya dalam me-ngenakan cukai pelancongan mengakibatkan operator ho-tel serta mereka yang terbabit dalam industri itu berada dalam keadaan keliru, kata Ahli Dewan Negeri Damansara, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, pelaksanaan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang begitu cepat walaupun baru sahaja di-luluskan beberapa bulan lalu menunjukkan kantung Putraja-ya semakin kering dan memak-sa Kerajaan Pusat memerah le-bih banyak hasil daripada orang ramai dalam apa juga cara.

"Dilaporkan, kadar cukai itu antara RM20, RM10, RM5 dan RM2.50 sebilik untuk satu malam bagi hotel dengan lima, empat, satu hingga tiga bintang dan penilaian lain masing-ma-sing.

"Pelaksanaan pantas un-dang-undang diluluskan Parli-men ini sangat berbeza dengan pelaksanaan Daftar Pelaku Je-nayah Kanak-kanak yang dipe-runtukkan dalam Pindaan Akta Kanak-kanak 2016," katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan tidak dapat melengkapkan daftar itu yang mengandungi rekod pesalah melakukan jenayah terhadap kanak-kanak termasuk seksual walaupun sembilan bulan su-dah berlalu selepas ia dilulus-kan Parlimen (April 2016) dan enam bulan selepas undang-undang diwartakan (Julai 2016).

"Bagi Akta Cukai Pelancon-gan 2017, kerajaan nampaknya tidak sabar lagi mahu melak-sanakannya walaupun belum diwartakan.

"Kami tidak melihat keper-

luan untuk melaksanakan Akta Pelancongan 2017. Jika perlu, masanya sangat tidak sesuai dan akan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan yang ketika ini sedang dalam proses pemulihan.

"Mengenakan cukai pelan-congan di saat jumlah ketibaan pelancongan belum pulih ke ta-hap tahun 2014 adalah bersifat ‘counter productive’ terhadap apa sahaja usaha yang dijalan-kan untuk mempertingkatkan angka ketibaan pelancong ke Malaysia," katanya.

Bee Yin berkata, pelanco-ngan domestik juga mungkin terkesan ekoran pelancong tempatan juga harus membayar cukai pelancongan, di samping cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sudah sedia me-ningkatkan kos pelancongan dalam negeri.

Cukai pelancongan tidak wajar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menuntut siasatan rasmi di-jalankan terhadap punca se-benar kematian dalam tahanan polis membabitkan inkues ke-matian S Balamurugan, pada 7 Februari lalu.

Beliau berkata, Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 339 Kanun sama menetapkan siasatan perlu diadakan bagi mengenal pasti punca dan keadaan berkait ter-hadap kematian itu.

“Jelas, peruntukan itu men-zahirkan pandangan serius Parlimen berkenaan kematian dalam tahanan dan pendakwa raya awam sebagai pelindung keadilan diberikan secara spe-sifik bagi memastikan peruntu-kan itu dikuatkuasakan,” kata- nya dalam kenyataan, baru-ba-ru ini.

Beliau berkata, pejabat Peguam Negara sewajarnya bertindak berpandukan lunas undang-undang itu bagi me-mastikan kes kematian dalam tahanan diselesaikan segera.

“Orang awam mesti diya-kinkan balai polis selamat. Itu sebabnya, peruntukan berke-naan wujud untuk memasti-kan punca dan keadaan berkait dengan kematian terbabit di-pertanggungjawabkan,” ka-tanya.

Balamurugan, 44, disah-kan meninggal dunia tiga hari selepas ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Klang.

Menurut ahli keluarga mang-sa yang membuat pengecaman mayat di Hospital Tengku Am-

Siasat punca tahanan mati dalam lokap

puan Rahimah (HTAR), muka Balamurugan didapati menga-lami lebam teruk dan berdarah.

Sementara itu, peguam me-wakili keluarga mangsa, N Surendran mendedahkan ter-dapat 82 gambar jelas menun-jukkan berlaku pelbagai trau-ma hentakan tumpul kepada mangsa yang membawa kepa-da kegagalan jantung.

Itu sebabnya, peruntukan berkenaan wujud untuk memastikan punca dan keadaan berkait dengan kematian terbabit diper-tanggungjawabkan

GOBIND SINGH DEOAhli Parlimen Puchong

Page 12: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Lensa Lensa13SelangorKini 16 - 23 Jun 201712 SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Dis

edia

kan

oleh

Rah

eem

ie A

rifin

01ADN Hulu Klang, Saari Sungib turun padang memeriahkan Program Jom Shopping Raya

di DUN beliau

03ADN Rawang, Gan Pei Nei turun padang

menyantuni peserta Jom Shopping Raya di DUN beliau

05Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin

turun padang mengedarkan apron dan kurma kepada masyarakat di Bazar

Ramadan Bukit Antarabangsa

02ADN Dusun Tua, Razaly Hassan turun padang mengagihkan bubur lambuk percuma kepada masyarakat setempat di DUN beliau

04ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menyantuni peserta Jom Shopping Raya termasuk golongan istimewa

06ADN Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz turut serta bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk agihan kepada masyarakat setempat

RAMADAN Madrasah Kesatuan Ummah

Menjadi harapan kita agar ibadah kita di bulan yang mulia ini dapat menyembuhkan luka-luka perpeca-

han dan persengketaan di kalangan umat Islam dan manusia keseluruhannya.

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliAktiviti Ahli Dewan

Negeri dan Ahli Parlimen Selangor

di kawasan masing-masing

1 2

3

4

5 6

Page 13: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

14Wawancara

SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Sebagai orang lama di UNISEL, apa yang dapat Prof lihat pada mahasiswa masa kini daripada segi kendiri?

Universiti satu tempat persim-pangan antara zaman perseko-lahan dengan pekerjaan dan berkeluarga. Oleh itu, di dalam konteks sebagai seorang maha-siswa, mereka harus bersiap siaga untuk menuju ke alam kerjaya. Jadi dalam tempoh tiga ke empat tahun berada di universiti, me-reka harus menyiapkan diri se- bagai seorang yang berkemahi-ran. Sebagai seorang mahasiswa, mereka harus berfikir secara matang, objektif dan rasional. Daripada situ, mereka boleh menjadi manusia berguna. Tetapi dalam waktu sama, mahasiswa juga harus melengkapkan diri se-bagai tenaga kerja selain melatih diri menjadi seorang berkepimpi-nan tinggi. Dalam tempoh ini juga, persiapan diri harus diiringi dengan keputusan yang baik un-tuk dijadikan bekalan ketika bera-da di alam pekerjaan. Di samping itu, aktiviti berpersatuan ketika di universiti juga adalah nilai tam-bah pada pendidikan. Daripada situ, lahirnya insan atau manusia yang keluar dari universiti dan pergi ke dunia lebih mencabar di luar sana.

Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia kini berjaya mela-hirkan ribuan graduan. Boleh-kah Prof berkongsi sedikit tips kepada pelajar untuk mem-buat persiapan melangkah ke dunia pekerjaan?

Setiap IPT mempunyai pen-dekatan berbeza yang tersendiri dan bergantung pada universiti itu. Terdapat beberapa universiti yang memfokuskan ke arah ke- usahawanan, maka banyak subjek-subjek keusahawanan ditekankan. Ada juga univer-siti yang memfokuskan kepada bidang-bidang tertentu con-tohnya kejuruteraan, jadi pelajar itu dibekalkan dengan ilmu yang sesuai supaya apabila mereka melangkah keluar ia sesuai de-ngan apa yang universiti mahu lahirkan. Dalam konteks UNISEL, universiti ini sebuah IPTS yang mempunyai cara dan pendekatan tersendiri. Contohnya, kita mem-punyai beberapa pendekatan transformasi yang sedang giat dilakukan berkait rapat dengan

Mahasiswa perlu kreatif

Jangan hanyatunggu kerja

Mahasiswa adalah ge-nerasi pewaris masa ha-dapan negara, namun sering didengar kega-

galan mereka mendapat peluang pekerjaan sebaik tamat pengajian. Apakah faktor yang memungkinkan masalah ini terjadi? Ikuti temubual bersama Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) Universiti Sela-ngor (UNISEL), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin dalam mengu-pas lebih lanjut berhubung isu ini.

yang kita cuba hasilkan dalam konteks hal ehwal pelajar. Yang pertamanya, kita memastikan supaya mahasiswa dipupuk un-tuk mempunyai sifat kepimpinan dalam diri mereka kerana itulah bekalan yang bakal dibawa ke alam pekerjaan. Yang keduanya, mereka mempunyai nilai-nilai pengantarabangsaan kerana ini adalah dunia global, jadi apabila dunia semakin meluas dengan adanya pelbagai teknologi, kita harus melahirkan ciri-ciri pelajar berkepimpinan antarabangsa, jadi mereka harus dihantar ke luar negara. Semangat kesukare-laan dalam kalangan mahasiswa juga akan dilahirkan dengan mengadakan pelbagai program khidmat bakti yang banyak me-nyentuh isu kemasyarakatan su-paya pelajar dapat berkhidmat untuk komuniti dan masyarakat.

Kita juga mahukan mahasiswa yang mempunyai nilai-nilai keus-ahawanan dengan menyediakan banyak program berkait rapat dengan bidang keusahawanan. Pada waktu sama, kita hendak melahirkan insan yang mempu-nyai jati diri, budaya dan fizikal yang dapat membentuk keperi-badian pelajar. Inilah yang cuba dibentuk UNISEL dalam hasrat utamanya supaya apabila me- reka keluar ke dunia pasaran nan-ti, mahasiswa siap dan lengkap dengan semua jati diri yang saya sebutkan tadi. Inilah persiapan

yang universiti perlu wujudkan dalam konteks melahirkan pela-jar bersepadu, berketerampilan dan berkepimpinan.

Penggabungan tiga fakulti ke-pada satu fakulti bertujuan mendidik pelajar mempunyai pelbagai kelebihan. Adakah peluang pekerjaan akan men-jadi lebih meluas selepas tamat pengajian?

Ya, hasratnya begitu kerana universiti di Malaysia dan seluruh dunia juga sudah menumpukan perhatian kepada rasionalisasi fakulti. Jika suatu ketika dahulu, program di universiti lebih mem-fokuskan kepada pembentukan tenaga kerja yang mengkhusus-kan pada satu perkara sahaja se- bagai contoh bidang kejurute-raan hanya terhad kepada me-kanikal, elektrikal, dan awam, manakala bidang bioteknolo-gi hanya tertumpu kepada bioteknologi sahaja.

Oleh yang demikian, apa-bila suasana pengkhususan itu pergi ke dunia pa-saran, mereka janggal untuk berinteraksi den-gan pasaran semasa yang lebih tertumpu kepada multidisiplin. Oleh itu, kita menjalankan proses transformasi ini bertujuan mela-hirkan mahasiswa yang lengkap dengan pelbagai kemahiran se-lain dapat menjimatkan kos pen-gurusan.

Antara cabaran masa kini yang bakal ditempuhi mahasiswa selepas tamat pengajian?

Ya, cabarannya besar. Dunia belajar penuh dengan idealisma. Idealisma bermaksud ketika be-lajar suasana yang sesuai. Maha-siswa bercampur dengan diri-sendiri, sama umur, sedangkan masyarakat itu bezanya sangat luas. Perbezaan daripada segi kaum, masyarakat, politik dan pelbagai lagi. Itu suasana yang ada dalam masyarakat sekarang, jadi cabaran paling besar pada mahasiswa adalah bagaimana dia mesti keluar daripada dunia idealisma itu kepada dunia se-benar, realiti yang sebenarnya. Apabila keluar, cabaran yang pasti ditempuhi ialah keluarga mengharapkan sesuatu daripada pelajar itu. Dia inginkan supaya mahasiswa yang tamat pengaji-an itu harus menyumbang kepa-da keluarga atau yang keduanya, pelajar itu sendiri ingin membina keluarga sendiri. Itulah cabaran paling besar.

Yang ketiga, seiring dia ke-luar itu adalah keluaran ratusan ribu lagi dari universiti lain, jadi pelajar harus bersaing dengan yang lain. Siapa yang paling ter-ampil, menyerlah dialah yang akan diterima di pasaran. Itulah cabaran globalisasinya, anta-rabangsanya, dengan ekono-mi yang semakin menghimpit.

bagaimana rasionalisasi fakulti iaitu penggabungan beberapa fakulti menjadi satu fakulti dapat melahirkan ciri mahasiswa yang kita kehendaki. Sebagai contoh, apabila kita mahu melahirkan teknokrat jurutera yang berasas-kan kepada sains, maka fakulti digabungkan dengan satu matla-mat iaitu melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran pelbagai. Penggabungan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklu-mat, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Komunikasi dan Media juga diharap mampu mela-hirkan mahasiswa berkemahiran dalam pelbagai bidang dan ber-daya saing dalam dunia sebenar. Inilah transformasi yang cuba diwujudkan UNISEL. Kita mem-punyai fokus tinggi untuk mem-bentuk mahasiswa itu mengikut acuan yang kita tetapkan. Apabi-la kita ingin menghasilkan pela-jar, maknanya kita akan fokuskan kepada apa yang nak lahir itu. Kita tidak mengharapkan maha-siswa bekerja di sektor kerajaan sahaja tetapi mahu mereka di-dedahkan kepada keusahawan-an, swasta dan sebagainya.

Seperti UNISEL, kami akan berusaha memastikan bahawa kita betul-betul melahirkan ma-hasiswa berasaskan kualiti yang saya sebut sebagai contohnya dalam konteks hal ehwal pelajar, misal kata, hal ehwal pelajar se-bahagian dari universiti ini. Kom-ponen yang membentuk jati diri mahasiswa untuk menjadi apa

Inilah transformasi yang cuba diwujudkan UNISEL. Kita mem-punyai fokus tinggi untuk membentuk mahasiswa itu me-ngikut acuan yang kita tetapkan. Apabila kita ingin menghasil-kan pelajar, maknan-ya kita akan fokuskan kepada apa yang nak lahir itu. Kita tidak mengharapkan maha-siswa bekerja di sektor kerajaan sahaja tetapi mahu mereka didedahkan kepada keusahawanan, swasta dan sebagainya.

Page 14: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Jadi, semua itu bercampur dan macam mana pelajar yang sudah tamat pe- ngajian dalam sesebuah univer-siti nak masuk dalam suasana masyarakat tadi yang penuh dengan pancaroba. Itu-lah cabaran besarnya. Selain daripada itu, seperti yang dikatakan tadi, dia ke-luar dari zaman ramajanya pergi ke dunia yang sebenar dan itulah cabaran besar. Di samping cabaran yang besar, pasti dalam suasana meleset ini bagaimana cuba mendapatkan pekerjaan sesuai de-ngan apa dipelajari mereka.

Daripada apa yang Prof katakan se-bentar tadi, bolehkah kita simpulkan bahawa pelajar itu sendiri sebelum tamat pengajian harus sudah menjalin hubungan dengan industri?

Jika pelajar pandai mencari peluang, dia akan gunakan peluang itu sebaik mung-kin iaitu memahami makna interaksi ketika belajar bukan hanya antara rakan-rakan dan pensyarah sahaja. Pelajar harus bijak berinteraksi dengan masyarakat serta in-dustri luar. Pada waktu sama, pelajar harus menggunakan segala peluang yang ada termasuk peluang apa disebutkan tadi iai-tu latihan industri yang kini semua pelajar diwajibkan untuk melaksanakannya. Sama ada latihan industri yang dibekalkan oleh universiti atau pelajar mempu-nyai inisiatif mencari sendiri. Kebiasaanya, jika pihak universiti yang menetapkan program lati-han industri, kebanyakannya akan mencari yang terbaik untuk pelajar. Terbaik bermak-sud sesuai dengan bidang yang pelajar ingin ceburi. Kita di Selangor mempunyai banyak syarikat, perbadanan dan yayasan yang pelajar boleh ceburi, jadi maknanya komunikasi di antara universiti dengan in-dustri itu agak erat. Ke-rana itu kita cuba bekalkan pelajar dengan latihan yang ses-uai, namun ada cabarannya di situ.

Pelajar lazimnya akan cuba untuk pasti-kan dia pergi ke latihan industri berdeka-tan rumah. Dekat dengan rumah makna-nya senang duduk di rumah dalam jarak terdekat. Walaupun adakala tidak sesuai dengan bidang dipelajari, namun dia cari sendiri benda yang dekat dengan rumah. Yang itu saya rasa pelajar harus semak semula pengalaman yang bakal dikecapi selama tiga ke empat bulan ketika latihan industri. Latihan yang itulah yang akan membekalkan pelajar dengan networking dan mungkin jika syarikat melihat potensi kerja pelajar, maka syarikat akan menye-rap masuk pelajar terbabit di dalam dunia pekerjaan. Contohnya, jika kita memberi-kan latihan industri untuk pelajar komu-

nikasi di syarikat penerbitan, sudah pasti kita mahukan pelajar mempunyai komu-nikasi yang baik dengan akhbar itu jika dia menunjukkan prestasi yang baik. Terdapat banyak contoh pelajar kita ketika latihan industri dibuat di The Star, akhirnya mere-ka mendapat tempat di syarikat itu kerana keterampilan mereka diketahui pihak pe-ngurusan dan terus diserap untuk beker-ja di sana. Peluang inilah adakala pelajar tidak sedar. Pelajar hanya melihat dekat dengan rumah, syarikat milik keluarga. Ka-lau boleh, ruang itu dibuat pelajar ketika melalui latihan industri.

Pada pendapat Prof, apakah yang perlu menjadi fokus utama buat mahasiswa selepas tamat pengajian?

Pertamanya, sudah pasti mendapat-kan pekerjaan yang baik. Dalam setahun dua, pelajar perlu berada di dunia kerjaya sesuai dengan apa yang diminati. Yang keduanya, menginginkan keluarga yang harmoni dan baik, jadi di situlah persedi-aan yang seharusnya dibuat pelajar. Jadi bagi saya, mahasiswa di peringkat awal ja- ngan terlalu memilih pekerjaan. Yang pentingnya, boleh hidup berdikari. Caba-ran besarnya jika mahasiswa itu tersang-kut di rumah selama beberapa bulan tanpa melakukan apa-apa, maka dia akan ke-hilangan tempoh. Jadi, selepas bergradu-asi carilah apa juga pekerjaan untuk mem-bolehkan hidup secara berdikari. Daripada situ, berkemungkinan kita akan cari peker-jaan lebih sesuai dengan diri kita.

Malaysia kini sedang menempuhi ke-adaan ekonomi tidak menentu, apakah kaedah terbaik bagi mahasiswa untuk menghadapi zaman kemelesetan eko-nomi?

Jangan tunggu kerja, tetapi cari kerja. Itu yang pertama, suasana ekonomi seka-rang tidak mengizinkan untuk beberapa bidang tertentu sebagai contoh yang su-dah dikira outdated dan tidak sesuai de-ngan dunia pekerjaan sekarang. Terdapat sektor tertentu mengalami penurunan dan kenaikan, jadi kita harus cari peluang. Mana terbaik untuk anda dan keluarga itu yang penting. Bagi saya, jangan memilih pekerjaan atau jika kita mahu memulakan dunia perniagaan sebagai usahawan dan sebagainya start from scratch. Ada banyak jenis pinjaman diberikan sama ada dari-pada Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Jika mendapat peluang bekerja, gunakan kesempatan itu sebaik mungkin.

PEMBERITAHUANPUBLISITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN KUALA LANGAT 2030

(DRTKL 2030) DI BAWAH SEKSYEN 13, AKTA 172

Segala pandangan atau cadangan berkenaan dengan DRTKL 2030 tersebut bolehdikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan, surat, email ataumemorandum kepada butiran di bawah sebelum atau pada 23hb. Jun, 2017.

Tempat Tarikh Masa

Tingkat 16, PLANMalaysia@Selangor (JPBD Selangor), Bangunan Darul Ehsan, 40646 Shah Alam

22hb. Mei, – 23hb. Jun, 2017

8.30 pg - 4.30 ptg

Lobi Majlis Daerah Kuala Langat, PersiaranMajlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting,Selangor

22hb. Mei, – 23hb. Jun, 2017

8.30 pg - 4.30 ptg

NOTIS

Menurut Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), dengan inidiberitahu bahawa publisiti berkenaan Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030(DRTKL 2030) telah tersedia untuk diperiksa bermula dari 22hb. Mei, – 23hb. Jun, 2017pada hari bekerja di tempat-tempat seperti berikut :

PengarahPLANMalaysia@Selangor(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor)Tingkat 15-18, Bangunan Darul EhsanNo.3, Jalan Indah, Seksyen 1440646 Shah AlamSelangor Darul EhsanNo. Tel. : 03-5511 6666No. Faks : 03-5510 5051Email : [email protected] Web : www.jpbdselangor.gov.my

Yang DiPertuaMajlis Daerah Kuala LangatPersiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,42700 Banting, SelangorSelangor Darul EhsanNo. Tel. : 03-3187 2825 No. Faks : 03-3187 9304Email : [email protected] Web : www.mdkl.gov.my

Timba pengalaman dahulu. Tapi jangan melompat pekerjaan, zaman sekarang ra-mai graduan melompat di alam pekerjaan dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan lain. Ini tindakan kurang matang. Seharusnya, jika dia sudah mempunyai pekerjaan sta-bil, maka terus dan majukan diri kemudian buat keputusuan sama ada kamu ingin menumpukan perhatian pada pekerjaan sedia ada atau menceburi dunia keusaha-wanan kerana saya lihat pelajar sekarang mudah tertarik dengan dunia perniagaan. Paling penting, lahirkan semangat inovasi dan kreativiti dalam diri-sendiri.

Stigma masyarakat yang mementing-kan kelulusan akademik dalam mencari pekerjaan. Pada pendapat Prof, adakah ini penyebab utama kepada sesetengah graduan memilih kerjaya? Perlu atau ti-dak graduan memilih kerjaya pada ke-tika keadaan ekonomi yang tidak me-nentu ini?

Jangan memilih pekerjaan, pergilah ke mana sahaja. Bagi saya, pelajar perlu pan-dai hidup berdikari. Keluarlah daripada kongkongan keluarga atau terlalu bergan-tung pada keluarga. Penting bagi pelajar

untuk berada dalam lingkungan keluarga tetapi selalunya ia adalah zon selesa. Jika diberi peluang merantau ke negeri lain, pergilah. Jika masih tinggal bersama ke-luarga, pastikan kita memberi sumbangan kepada mereka. Jangan terlalu duduk di zon selesa kerana anda tidak akan dapat belajar apa-apa. Akhirnya terikat dengan keadaan yang tidak bebas.

Mesej juga pesanan Prof kepada maha-siswa yang bakal tamat pengajian?

Gunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin ketika belajar di universiti. Kita berikan banyak kemudahan yang tersedia. Jadi, berikan keutamaan kepada kemuda-han sedia ada itu seperti tempat rekreasi, sukarelawan dan keusahawanan. Terdapat juga beberapa kursus yang memupuk jati diri seperti kepimpinan. Jika di UNISEL, kita mempunyai lebih kurang 81 persa-tuan pelajar di dua kampus iaitu Bestari Jaya dan Shah Alam. Kita juga ada perun-tukan menghantar pelajar ke luar negara. Maknanya, gunakan segala kelengkapan dan kemudahan sedia ada, jadi itulah se-benarnya yang akan membina keterampi-lan seseorang.

15SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Wawancara

Page 15: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

OLEH ARIFF MUSTAFFA HAMZAH

Di dalam sebuah zoo, seekor babi hutan – setelah novel Animal Farm milik seorang

pengunjung terjatuh ke dalam kandangnya dan setelah meng-khatamkannya berkali-kali – mampu bertutur bahasa Ing-geris dengan lancar. Dia cuba berkomunikasi dengan kawan sebabi yang lain, malangnya mereka tidak memahami. Secara serta-merta bahasa ibundanya dilupakan, hilang seperti bau kentutnya di udara.

Sejak itu, si babi hutan mem-pelajari sekitar dan suasana. Dia berasakan lumpur, pokok, din- ding batu, najis, makanan, pagar dan bulu-bulu yang gugur sea-kan ingin berbicara dengannya. Dia juga meneliti sifat dan ta-biat sekalian kawan sekandang-nya. Apakah yang ada di sebalik dinding batu dan pagar besi ini? Siapakah raja segala haiwan? Mengapakah langit berwarna biru? Pelbagai persoalan men-deru masuk ke dalam kepala. Dia tidak tahu mengapa spesiesnya dibenci oleh semua manusia dan haiwan lain, lebih-lebih lagi monyet yang bebas berkeliaran di sekitar zoo pada waktu siang.

Setelah tidak mampu bertutur lagi dalam bahasa ibundanya, dia mulai jelik dengan kawan-kawan sendiri, lalu mengalihkan pan-dangan dan pemikiran jauh ke luar kandang. Dia tidak percaya dunia hanya sekecil itu. Tentu ada dunia yang lebih besar di sebalik kandang dan zoo itu. Barangkali ada spesiesnya yang pandai men-gendalikan kenderaan, atau ma-hir menggunakan telefon pintar seperti pengunjung zoo. Berkali-kali dia cuba merancang untuk melompat keluar dari pagar besi kandang, tetapi gagal. Keempat-

RALAT: Keterangan gambar keluaran lalu sepatutnya ial-ah Syafiq Ghazali (paling kiri) bersama Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan (dua dari kanan) dan dua pemenang Hadiah Sastera SelangorKini 2015.

empat kakinya terlalu pendek. Kaum sejenisnya menjarakkan diri. Dia dipulau dan disisih- kan. Mereka tidak suka dengan perubahan sikap itu, yang boleh menjejaskan keamanan seluruh kandang.

Dia mencuri dengar perbua-lan pelbagai spesies burung yang singgah di kandang. Segala mak-lumat dunia sekitar tumpah ke dalam kepalanya. Semakin hari dia bertambah bijak dan berin-telektual tinggi. Dia mampu ber-cerita isu perang, politik, hiburan, sejarah dan kisah dongeng rakyat tanpa henti. Dia nekad. Dia harus keluar dari kurungan itu. Jiwa dan jasadnya terseksa. Tokoh seperti- nya tidak boleh disekat kebe-basan, dan meyakini bahawa tanggungjawabnya untuk mem-bebaskan rakan-rakan haiwan lain.

Suatu malam, si babi hutan bermimpi bertemu dengan Ma-jor Tua yang kelihatan montel, muda dan cergas. Bukankah tuan sudah mati, soal si babi hutan ke-hairanan kepada Major Tua. Ma-jor Tua menerangkan mengenai hak kesamarataan antara haiwan dan manusia. Si babi hutan teru-ja dengan ideologi itu. Sungguh genius, pujinya. Apabila terjaga, dia kembali mendapat semangat dan kekuatan. Barangkali Major Tua ialah moyangnya, fikir si babi hutan, dan dia muncul untuk me-mandu keturunannya ke jalan yang benar.

Sesudah berminggu-minggu menggali terowong rahsia ber-hampiran sebatang pokok di dalam kandangnya, si babi hutan berjaya meloloskan diri dari ku-rungan. Terowong itu tembus di tengah-tengah zoo, berhampiran rumah reptilia. Haiwan pertama yang ditujuinya ialah gajah. Ajaib-nya, dia mampu bertutur bahasa

gajah, malah semua haiwan di dalam zoo, kecuali bahasa asalnya. Melalui pertandingan teka-teki, dia berjaya mempengaruhi gajah agar menjadi pengikut setia.

Dengan tertunduknya gajah di kaki si babi hutan, seluruh peng-huni zoo dikuasai satu demi satu; bermula daripada singa, antelop, unta, panda, tapir, penguin, beru-ang sehinggalah kepada kandau. Hanya koala yang gagal dikuasai kerana sering tertidur apabila si babi hutan membuat kunjungan ke sangkarnya, manakala anjing laut mengambil sikap berkecuali kerana tidak mahu dikaitkan de-ngan najis mughalazah.

Si babi hutan merancang un-tuk menggulingkan manusia, se-terusnya menguasai keseluruhan zoo. Bermula dari penguasaan itu, dia boleh merangka pelan yang lebih besar, contohnya mengua-sai langit biru yang terbentang. Segala haiwan sudah bersiap se-dia di posisi masing-masing un-tuk menyerang manusia apabila pekerja zoo terawal masuk beker-ja pada waktu subuh.

Seekor gagak hinggap di da-han pokok berhampiran si babi hutan yang sedang berapi-api menyampaikan amanat terakhir. Perbuatan anda sia-sia, pesan gagak dengan serius, zoo ini tetap tidak menjadi tempat yang lebih baik dengan mengguling-kan manusia, sambungnya lagi. Kau menghalang perubahan, tuduh si babi hutan lalu memba-ling batu ke arah burung hitam itu. Marah, si gagak melayang pergi, pulang semula ke tempat asalnya.

Masanya sudah tiba. Cahaya pagi lahir di Timur. Dua orang pekerja tiba di pintu masuk zoo. Tanpa menunggu lagi, sekalian haiwan pimpinan si babi hutan menyerbu ke arah mereka. Ked-

ua-dua manusia malang itu mati di tempat kejadian. Serangan kita berjaya, jerit si babi hutan sam-bil menari-nari di atas mayat, lalu mengambil kunci pintu pagar dari poket salah seorang yang ter-kulai layu di tanah. Haiwan ber-pesta gembira, melompat dan melolong.

Kegembiraan cuma sebentar. Tidak lama kemudian, bingit kipas helikopter mencalar suasana. Lam-punya menyuluh ke arah haiwan. Sekumpulan manusia bertopeng, berpakaian hitam serta lengkap bersenjata memecah masuk ke dalam kawasan zoo dari segenap arah. Senjata canggih import di tangan mereka menghamburkan peluru, menembus kulit dan da-ging para pejuang haiwan. Aku tidak menjangka keadaan ini, bisik si babi hutan, terkejut.

Dalam kekalutan, dan dalam ketewasan rakan-rakan haiwan-nya oleh serbuan itu, si babi hutan bertempiaran lari menuju ke tero-wong rahsia. Rancangan menggu-lingkan manusia telah tergulung. Manusia ternyata lebih cerdik dan licik. Dia turun ke medan perang tanpa mengkaji siapa musuhnya. Kali ini, dia perlu berundur dan merangka strategi baharu. Dari ekor mata, dia sempat menangkap imej si koala berpakaian celoreng hijau sedang menghisap cerut buatan Cuba, menghembus asap ke udara sambil tersengih.

Page 16: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

17SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Page 17: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

18PBT

SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA) giat menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan golongan penia-ga dan pengguna bagi menja-yakan misi Ke Arah Shah Alam Bandaraya Rendah Karbon 2030.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, antaranya Bazar Ramadan Mampan Selangor yang mula dianjurkan, sejak tiga tahun lalu.

“Sejak dua hingga tiga tahun lalu, kita mengambil pelbagai ini-siatif untuk menjayakan bandar raya rendah karbon, menjelang 2030. Program ini juga sebaha-gian inisiatif MBSA mendekati pengusaha makanan di Bazar Ra-madan, di tempat ini,” katanya.

Ahmad Zaharin berkata demikian pada program Bazar

Ramadan Mampan Negeri Se-langor 2017 di Bazar Ramadan Bazarena Seksyen 13, di sini, pada 6 Jun lalu.

Katanya, program itu dia-dakan bagi memberi keseda-ran awam kepada masyarakat berkenaan kepentingan pengu-rangan penggunaan beg plastik dan menggalakkan penggunaan beg biodegradasi serta penguat-kuasaan larangan penggunaan polistirena, di Selangor.

Sebelum itu, Exco Pelancon-gan, Alam Sekitar, Teknologi Hi-jau, Hal Ehwal Pengguna dan Kebebasan Maklumat, Elizabeth Wong melancarkan program berkenaan.

Selain itu, Elizabeth Wong tu-rut mengagihkan barangan ke-lengkapan pengendali makanan seperti apron, topi dan bekas makanan mesra alam kepada penjaja makanan di bazar itu.

Ke Arah Shah Alam Bandaraya Rendah Karbon 2030

Giat usaha didik masyarakat

SHAH ALAM - Penduduk daerah Kuala Langat disaran mengguna-kan tong roro di bawah seliaan dan pendaftaran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sahaja bagi mengurangkan masalah pem-buangan sampah haram, di ka-wasan itu.

MDKL dalam kenyataannya me-maklumkan, sudah menyediakan tong roro panel milik pihak berkua-sa tempatan itu bagi pengurusan kutipan sampah bersistematik di kawasan perbandarannya.

“Pemantauan berkala giat dilak-sanakan terhadap pemilik premis yang menyewa tong roro bukan milik panel MDKL.

“Orang awam dinasihat meng-gunakan perkhidmatan tong roro hanya daripada panel berdaftar sahaja dalam usaha membanteras masalah pembuangan sampah ha-ram,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, MDKL mengedar-kan tong sampah jenis roro bersaiz

240 liter selaras inisiatif menangani aduan sampah masyarakat serta merintis pengindahan kawasan persekitaran lebih bersih dan be-bas sampah.

Terdahulu, MDKL menjalankan operasi pemantauan di kawasan perbandaran Bandar Saujana Putra bagi mengenal pasti premis yang melanggar ketetapan majlis itu, se-belum ini.

Pada masa sama, penduduk diingatkan supaya tidak memba-ngunkan sebarang premis tamba-han di kediaman masing-masing tanpa mendapat sebarang kelulu-san MDKL.

“Hasil pemantauan mendapa-ti, ada pemilik premis kediaman mendirikan bangunan tambahan tanpa kebenaran serta menutup parit terbuka. Keadaan ini akan mendatangkan kesukaran kepada kontraktor MDKL untuk melakukan kerja pembersihan longkang,” ka-tanya.

Banteras masalah sampah haram

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Ampang Jaya (MPAJ) mendu-kung pendekatan dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk mewujud-kan dasar ‘Citizen Enggagement’ dalam komunitinya.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussein berkata, pem-baikan inisiatif itu dilaksanakan melalui penganjuran program komuniti bagi mendapatkan se-barang maklum balas setempat.

“Program mendekatkan kami dan masyarakat diaturkan sepan-jang tahun antaranya berbasikal, program bersama pelajar, aktiviti gotong-royong, majlis dialog dan pembasmian denggi.

“Turut diadakan program fokus yang memberi tumpuan terhadap penerangan kursus ke-pada penduduk kawasan rumah bertingkat terhadap isu berbang-kit,” katanya dalam kenyataan ke-pada SelangorKini.

Pada masa sama, katanya, pelaksanaan itu turut mendapat maklum balas positif masyarakat ke arah pembaikan pengurusan perbandaran MPAJ.

“Maklum balas positif ini akan diterjemahkan melalui pelan tin-dakan dan perancangan jangka panjang MPAJ untuk kekal mem-bangunkan perbandaran ini,” ka-tanya.

Terdahulu, ‘Citizen Enggage-ment’ antara komponen diba-ngunkan dalam pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat yang mem-beri tumpuan terhadap pelaksa-naan kebajikan masyarakat ban-dar dan pinggir bandar, seluruh negeri.

Tumpuannya turut menekan-kan kualiti hidup rakyat supaya dapat dipertingkatkan ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani.

Ia dilaksanakan sebagai seba-hagian agenda Smart Selangor bagi merealisasikan Selangor se-bagai negeri pintar, menjelang 2025.

MPAJ–komuniti bangun perbandaran bersama

SUBANG JAYA - Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) me- nguatkuasakan larangan peng-gunaan bekas makanan polis-terin dan tidak memberikan beg plastik percuma kepada pelang-gan di semua bazar Ramadan, tahun ini.

Pemangku Yang Dipertuanya, Mohd Zulkarnain Che Ali berka-ta, inisiatif itu bertujuan mem-berikan kesedaran awam berke-naan keperluan penjagaan alam sekitar selain selari dengan kon-sep ‘Go Green’ yang diperkenal-kan mereka.

“Kempen bebas plastik di ba-

zar Ramadan MPSJ ini adalah program tahunan yang turut menggalakkan orang ramai membawa bekas plastik untuk membeli makanan, sejak 2013.

“Ketetapan itu seiring pe-nguatkuasaan dasar baru dan la-rangan pengunaan plastik serta polisterina di peringkat Kerajaan Negeri, sebelum ini,” katanya selepas melakukan tinjauan di bazar Ramadan di Bandar Kin-rara 5, baru-baru ini.

Mohd Zulkarnain berkata, usaha mengurangkan penggu-naan beg plastik turut dilaksana di semua 21 lokasi bazar Rama-

dan MPSJ dengan mengenakan bayaran 20 sen kepada pelang-gan yang mahu menggunakan-nya membabitkan 1,393 gerai beroperasi di seluruh bazar.

Terdahulu, Kerajaan Ne- geri menguatkuasakan lara-ngan penggunaan plastik dan polisterinasebagai inisiatif men-jadikan Selangor sebagai ne-geri karbon rendah di Malaysia, berkuatkuasa Januari lalu.

Dasar baru itu juga menetap-kan kadar cas 20 sen dikenakan bagi setiap penggunaan beg plastik di pasar raya seluruh ne-geri.

Bazar Ramadan tak guna polisterina

Page 18: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

19SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

PBT

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan lima teras utama dalam pelaksanaan pro-gram PJKITA tahun ini dengan kerjasama empat syarikat berkepentingan melalui memorandum perse-fahaman (MOU) yang dimeterai, baru-baru ini.

Datuk Ban-dar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain ber-kata, lima prinsip itu adalah kesukarelawan, jali-nan kerjasama, perkongsian strategik, budaya dan gaya hi-dup serta 'digital fabrication'.

“Melalui pelaksanaan teras ini, MBPJ memeterai satu MOU ber-sama empat ‘stakeholders’ iaitu Medan Prestasi Sdn Bhd yang juga anak syarikat Mk Lands Hol-ding Berhad dan Kolej Perkem-bangan Awal Kanak-Kanak.

“Kita juga menjalin kerjasama strategik dengan Malaysia Social

Enterprise Development Asso-ciation (MSEDA) dan Majlis Per-wakilan Penduduk Zon 1 dalam membangunkan Urban Park 1, di Damansara Damai,” katanya.

Mohd Azizi berkata, wawasan MBPJ adalah menjadi bandar

raya mampan dan berdaya-huni dengan imej juga

urus tadbir baik serta persekitaran sela-

mat, harmoni selain se-jahtera.Katanya, pi-

hak berkuasa tem-patan itu turut me-

nyediakan rangka kerja pembangunan mampan

jangka masa panjang ‘Sustain-able Petaling Jaya 2030’ dengan menetapkan lima hala tuju uta-ma iaitu alam sekitar, ekonomi berdaya saing, budaya dan ko-muniti, habitat berdayahuni dan urus tadbir baik.

“Kita juga akan melak-sanakan beberapa projek uta-ma antaranya projek Taman Komuniti yang dirancang di bawah segmen #Pjkitapark.

“MBPJ turut bercadang mewujudkan beberapa Taman Tema PJKITA (Series Of PJKI-TA Park) yang mempunyai ciri keunikan dan identiti tersendi-ri,” katanya.

Pada masa sama, katanya, PJKITA i-Play Park pula berkon-sepkan ‘outdoor classroom’ yang membolehkan golongan muda menikmati keseronokan bermain sambil belajar menju-rus kepada teknologi, alam seki-tar, kesenian dan kebudayaan.

Mohd Azizi berkata, konsep dan pendekatan sama turut digunapakai bagi pembangu-nan PJKITA Park kedua di PJS 6/3b, Kampung Lindungan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan penduduk setempat.

“Ia mengandungi lima seg-men utama iaitu i-Think, i-Grow, i-Fun, i-Ranger dan i-Green yang juga idea serta kehendak kanak-kanak setempat.

“Justeru, masyarakat Daman-sara Damai perlu merasai ‘wwn-ership’ dan ‘self-belonging’ ter-hadap taman itu,” katanya.

Kerjasama empat syarikat berkepentingan

Lima teras jayakan PJKITA

SHAH ALAM - Majlis Daerah Sa-bak Bernam menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan polisterina di Bazar Rama-dan seluruh pentadbirannya.

Setiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria berkata, ketetapan itu dibuat seiring komitmen Kem-pen Bebas Polisterina dilak-sanakan di seluruh negeri, ber-mula awal tahun ini.

"Peniaga diingatkan supaya melaksanakan kempen bebas polisterina serta memastikan bekas atau balang makanan di-basuh bersih," katanya lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengedarkan maklumat peke-li-ling kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak pertenga-han tahun ini terhadap larangan penggunaan beg plastik dan polisterin, di Sela-ngor.

Keputusan itu dibuat selaras

komitmen menjadikan negeri itu sebagai peneraju karbon rendah di Malaysia, namun pengunaan ‘biodegrable bag’ dibolehkan bagi tujuan bungkusan makanan dan perniagaan sebagai alterna-tif kepada larangan penggunaan plastik juga polisterin.

Pada masa sama, MDSB akan mengenakan tindakan tegas ter-hadap peniaga yang gagal men-jaga kebersihan makanan dan tapak niaga.

Awaluddin berkata, Unit Pe-nguatkuasaan MDSB akan di-tempatkan di Bazar Ramadan seluruh Sabak Bernam bagi menjalankan pemantauan.

"Jika didapati ada peniaga yang gagal jaga kebersihan, kita akan tegur terlebih dahulu. Teta-pi jika masih berdegil, mereka akan berdepan tindakan kom-paun maksimum RM1,000," ka-tanya.

Larangan guna plastik kekal

SHAH ALAM - Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan 142 perkhid-matan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi perkhidmatan sampah pukal, sempena Ai-dilfitri.

Ketua Bahagian Korpo-rat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad ber-kata, pihaknya menyediakan tong RORO bersaiz tiga tan yang akan diletakkan di seki-tar bandar raya Shah Alam antaranya dari Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.

“Tong RORO ini bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal antaranya perabot lama dan barangan elektrik seperti almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televi-syen, pengecas bateri dan telefon bimbit.

“Perkhidmatan secara percuma ini akan bermula dari 9 hingga 20 Jun ini dengan me-letakkan tong RORO di lokasi sesuai secara berperingkat untuk kemudahan penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, perkhidmatan itu ber-tujuan memberi kemudahan kepada pen-duduk melaksanakan aktiviti gotong-royong secara persendirian di kediaman masing-

KENYATAAN TENDER

Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 12 hb Jun 2017 hingga 04 hb Julai 2017 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 04 hb Julai 2017.

Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN

BIDANG

HARGA DOKUMEN

1. MP Sepang 400-10/12-

41/2017 KEJ

CADANGAN KERJA MEMBAIKPULIH LONGKANG DI JALAN PERSIARAN RIA, SUNGAI PELEK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

CIDB, SPKK,G3 CE21 &

(UPEN)

RM150.00

2. MP Sepang 400-10/12-

42/2017 KEJ

CADANGAN KERJA MEMBAIKI DAN MEMBAIKPULIH LONGKANG ROSAK DI JALAN ST1C/10, ST1C/11, ST 1C/12, ST 1C/14, ST 1C/16 DAN ST1C/18, TAMAN ANGGERIK, BBST UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 CE21 &

(UPEN)

RM150.00

3. MP Sepang 400-10/12-

43/2017 KEJ

CADANGAN KERJA MEMBAIKPULIH LONGKANG, MEMBAIKPULIH LONGKANG PERIMETER DAN LONGKANG BELAKANG DI JALAN SRI BAYU 19, JALAN SRI BAYU 20, JALAN SRI BAYU 21, JALAN SRI BAYU 22, JALAN SRI BAYU 23, JALAN SRI BAYU 24, JALAN SRI BAYU 25, JALAN SRI BAYU 26, JALAN SRI BAYU 27 DAN JALAN SRI BAYU INDAH, TAMAN SERI BAYU, SG PELEK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 CE21 &

(UPEN)

RM150.00

4. MP Sepang 400-10/12-

44/2017 KEJ

CADANGAN KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN PP 13/1, 13/4, 13/7, 13/8, 13/9, 14, 15/2, 15/3, 15/4, 15/5, 15/6, 15/7 ,15/8, 15/9, 15/10, 15/14 LA COTTAGE TAMAN PUTRA PERDANA UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G4 CE21 &

(UPEN)

RM150.00

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut :

Tong RORO percuma sempena Aidilfitri

masing.Selain itu, katanya, ia juga memberi di-

dikan kepada warga Shah Alam berkenaan pengurusan sampah pukal dengan cara betul.

“MBSA berharap penduduk dapat mem-beri kerjasama dengan meletakkan sampah pukal di dalam tong RORO disediakan bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar,” katanya.

Tong RORO ini bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal antaranya perabot lama dan barangan elektrik seperti almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri

dan telefon bimbit

SHAHRIN AHMADKetua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA

Page 19: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

20Pendidikan

SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Prasarana pendidikan Islam dipertingkat

Lulus Maahad Tahfiz Pandan Indah RM�� juta OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri meluluskan projek pembinaan se-buah lagi Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) di Pan-dan Indah dengan peruntukan RM30 juta bagi memenuhi permin-taan tinggi kemasukan pelajar.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jum-lah permintaan ke Sekolah Mene-ngah Agama (SAM) dan MITS me-lebihi 20,000 permohonan setiap tahun, sedangkan institusi pendi-dikan agama hanya mampu me-nampung 3,924 pelajar sahaja.

“Kerajaan Negeri bersetuju membina sebuah lagi MITS di Pan-dan Indah selain sedia ada iaitu MITS Istana Bandar di Kuala La-ngat, MITS Alam Impian di Klang, MITS Bagan Terap di Sabak Bernam dan MITS Bagan Lalang di Sepang.

“Baru-baru ini, saya menan-datangani surat kelulusan mem-bina dua maahad tahfiz swasta bernilai RM6 juta setiap satu

di Jenjarom, Kuala Langat dan Jeram, Kuala Selangor,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, keputusan ce-merlang pelajar sekolah agama mendorong lebih ramai ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah terbabit.

“Ini boleh dilihat saban tahun apabila Bahagian Pendidikan Islam JAIS menerima permohonan ke-masukan yang semakin mening- kat, sedangkan tempat ditawar-kan terhad.

“Kerajaan Negeri juga dalam proses membina tiga Sekolah Rendah Agama (SRA) iaitu SRA Sungai Besar, SRA Sungai Kantan dan SRA Taman Bunga Raya de-ngan kos pembinaan RM8.5 juta setiap satu.

“Kerajaan Negeri juga melulus-kan permohonan membangun-kan tiga lagi SRA iaitu SRA Bandar Country Homes, SRA Denai Alam dan SRA Damansara Damai de-ngan RM10 juta setiap satu pem-bangunan,” katanya.

SERDANG - Universiti Putra Ma-laysia (UPM) berjaya mengutip sumbangan RM8 juta melalui Dana Wakaf Ilmu yang diwujud-kan sejak 2011 bagi tujuan pendi-dikan.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata, pi-haknya berterima kasih kepada semua penyumbang wakaf itu dan berharap mereka dibalas de-ngan kebaikan di dunia dan akhi-rat.

“Hasrat utama dana ini diwu-judkan untuk pembiayaan pendi-dikan bagi generasi akan datang terutama golongan miskin, jus-

teru bagi 2016, ia menyediakan kemudahan biasiswa kepada pe-lajar asasi sains pertanian, diplo-ma, sarjana muda, biasiswa khas OKU, dermasiswa dan fasiliti,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Te-rawih bersama DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut dihadiri Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.di Masjid UPM, di sini, pada 1 Jun lalu.

Dana Wakaf Ilmu disempur-nakan pelancarannya oleh Sultan Sharafuddin selaku Tuanku Canselor UPM, pada 16 Ogos 2011.

Beliau berkata, kehadiran ba-ginda ke majlis itu secara berterusan memberi semangat kepada warga UPM dalam mengurus kemajuan dan kejayaan.

Di samping itu, katanya, UPM akan berasa dekat dengan masyara-kat kerana universiti itu berperanan terhadap kewujudan peradaban bangsa unggul di Selangor.

“Penghayatan konsep ‘IHSAN’ setiap warga UPM akan dapat me-mastikan kerja diamanahkan mam-pu dilaksanakan dengan sebaiknya kerana kita sedar Allah SWT sentiasa mengawasi dan Maha melihat,” ka-tanya.

Dana Wakaf Ilmu permudah pelajar miskin

Selebriti sambung pengajian di KUISSHAH ALAM - Finalis program Pentas Da’i Pendakwah Nusan-tara, Mohamad Saiful Marzuki, 19, memilih Kolej Universiti Islam Se-langor (KUIS) bagi menyambung pengajian peringkat diploma pe-ngambilan sesi pertama, bulan ini.

Meneruskan pengajian dalam bidang Al-Quran dan Sunnah, anak kelahiran Pulau Pinang itu akan berada di KUIS bagi tempoh dua tahun setengah di bawah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Difahamkan, beliau mula mendaftar masuk ketika sesi pendaftaran semester baru peng-gal pertama 2017, pada 3 Jun lalu.

Mohamad Saiful sebelum ini menyertai program dakwah Pen-tas Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat yang bersiaran di sebuah stesen televisyen swasta, pada Ogos 2016.

Pencapaian terbaik beliau pada program berkenaan apabila men-jadi peserta pilihan penonton dan pernah menduduki tangga per-tama beberapa minggu program bersiaran.

Terdahulu, KUIS membuka pe-luang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

menyambung pengajian di pe-ringkat diploma dan ijazah.

Mengekalkan jaringan pendi-dikan berteraskan sahsiah holistik dan Islam, KUIS konsisten melahir-kan tenaga kerja profesional Islam di Selangor.

Syarat kemasukan bagi pe- ngajian diploma adalah tiga kredit SPM, dua kredit STPM bagi lanju-tan ijazah sarjana muda dan lima kredit bagi pengajian asasi KUIS.

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di KUIS bo-leh membuat pendaftaran di www.kuis.edu.my atau menghubungi talian 03-89117000.

Syarat kemasukan bagi pengajian diploma adalah tiga kredit SPM, dua kredit STPM bagi lanjutan ijazah sarjana muda dan lima kredit bagi pengajian asasi KUIS

Page 20: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

21SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Agama

SHAH ALAM - Masyarakat seluruh ne-geri disaran mengimarahkan masjid sebagai institusi rumah ibadat yang mampu mendukung kepada pemben-tukan kemajuan ummah, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali.

Beliau berkata, masjid menjadi lan-dasan terbaik kepada seluruh masyara-kat Islam untuk mendekati rumah Allah SWT itu berpaksikan kepada ajaran Is-lam sebenar.

“Kemajuan ummah sama sekali ti-dak boleh terpisah dengan peranan masjid yang berpaksikan prinsip tauhid dan ubudiyyah iaitu pengabdian kepa-da Allah SWT.

“Justeru, Kerajaan Negeri mendukung penuh segala usaha mengimarahkan dan memakmurkan masjid di seluruh negeri.

“Kerajaan Negeri percaya institusi masjid dapat menjadi pusat aktiviti dan wadah pemberdayaan ummah demi menjamin kelestarian perpaduan um-mah melalui kesatuan aqidah (wahdatul

Perkasa institusi masjid

Tingkat kesatuan Ummah

GLOBAL - Sebuah Masjid Dar Ul-Isra Mosque di Cardiff, Wales mengundang masyarakat bukan Islam berbuka pua-sa bersama sempena Ramadan.

Inisiatif itu sebahagian daripada projek ‘Bridges for Communities’ iaitu sebuah badan amal yang bekerja un-tuk mempromosikan pemahaman an-tara komuniti pelbagai agama.

Jururawat University Hospital of Wales, Sarah Evans berkata, beliau yang membantu pengurusan program itu memperuntukkan 150 ruang untuk tujuan pelaksanaannya.

Masjid itu menjangkakan menye-diakan juadah bagi tempoh sebulan

Ramadan ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, lapor media tempatan Wales Online.

Seorang anggota masjid itu, Mo-hammed Alamgir menyatakan pro-gram agihan makanan berkenaan se- karang sudah memasuki tahun keenam.

Sukarelawan akan menyediakan makanan apabila waktu berbuka puasa antara jam 8 sehingga 10 malam.

Pada 2015, kira-kira 100 masyarakat pelbagai agama sekitar Wales bertemu di Masjid Cardiff untuk pertama kali un-tuk menunjukkan kesatuan bagi me-nyatakan bantahan terhadap ekstre-misme dan rasisme.

*SUMBER: http://www.walesonline.co.uk/news/wales-news/mosque-invi-ting-non-muslims-come-13096737

Masjid Cardiff undang bukan Islam buka puasa

aqidah),” katanya.Mohamed Azmin berkata demikian

dalam kenyataannya sempena Majlis Pe-rasmian Masjid Hospital Sungai Buloh yang disempurnakan Duli Yang Maha Mu-lia, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Id-

ris Shah, pada 6 Jun lalu.Pada masa sama, masjid yang dibina

pada 10 Febuari 2012 itu adalah sebaha-gian daripada fasa pembinaan Kuarters Integrasi di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menelan belanja RM3.15 juta, masjid berkelua-san 2,137.57 meter persegi berkonsepkan tradisional Melayu itu mampu memuatkan 1,800 jemaah, pada satu-satu masa.

Masjid itu juga dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bilik imam, bilik pengurusan jenazah, tempat wuduk, menara azan, ruang letak kenderaan, ruang kuliah dan ruang majlis.

WAKTU SOLAT SELANGOR16 - 23 Jun 2017

21 - 28 Ramadan 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

16 Jumaat 5:31 5:41 7:04 1:17 4:42 7:26 8:4117 Sabtu 5:31 5:41 7:04 1:17 4:43 7:26 8:4218 Ahad 5:31 5:41 7:04 1:17 4:43 7:26 8:4219 Isnin 5:32 5:42 7:05 1:17 4:43 7:26 8:4220 Selasa 5:32 5:42 7:05 1:18 4:43 7:27 8:4221 Rabu 5:32 5:42 7:05 1:18 4:44 7:27 8:4322 Khamis 5:32 5:42 7:05 1:18 4:44 7:27 8:4323 Jumaat 5:32 5:42 7:05 1:18 4:44 7:27 8:43

16 Jumaat 5:33 5:43 7:05 1:19 4:45 7:28 8:4417 Sabtu 5:33 5:43 7:05 1:19 4:45 7:28 8:4418 Ahad 5:33 5:43 7:05 1:19 4:45 7:28 8:4419 Isnin 5:34 5:44 7:05 1:20 4:45 7:29 8:4420 Selasa 5:34 5:44 7:05 1:20 4:46 7:29 8:4521 Rabu 5:34 5:44 7:06 1:20 4:46 7:29 8:4522 Khamis 5:34 5:44 7:06 1:20 4:46 7:29 8:4523 Jumaat 5:34 5:44 7:06 1:20 4:46 7:30 8:45

Page 21: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

22Kebajikan

SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang mengimarahkan ke-berkatan Ramadan dengan menyumbang pelbagai jenis kuih raya untuk diserahkan kepada badan kebajikan seluruh ne-geri, sempena Syawal.

Inisiatif itu diusahakan Zielo Events melalui penganjuran projek amal Sebalang Kasih dengan mensasarkan sumba-ngan 1000 balang kuih raya daripada masyarakat.

Penaung Zielo Events, Raja Mariam Raja Hairuddin berka-ta, inisiatif itu dilaksanakan bagi mendidik masyarakat awam berkenaan amalan bersedekah dalam bulan Ramadan.

“Sebalang Kasih adalah satu projek amal yang sangat dekat di hati kami kerana i- ngin masyarakat awam meraikan amalan berse-dekah dan membantu golongan memerlukan, se-tiap Ramadan.

“Oleh itu, sempena Rama-dan 2017 ini, kami mengalu-alukan orang ramai untuk membeli sambil menyum-bang kuih raya.

“Tahun ini, sasaran kami untuk mendapatkan 1000 atau lebih balang kuih raya untuk diserahkan kepada projek kuih ‘Wanita Hari Ini’.

“Sementara sebahagian lagi akan diserahkan kepa-da badan kebajikan di Selangor serta agihan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada SelangorKini.

Untuk sebarang sumbangan, orang ramai boleh menyum-bang ke Bazaar Klasik Raya di Hartamas Shopping Centre me-lalui Projek Amal Sebalang Kasih.

SHAH ALAM - SACC Convec merai-kan 43 anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus dalam majlis berbuka puasa di Dewan Plenary, Pusat Kon-vensyen Shah Alam (SACC), baru-baru ini.

Pengurus Besar SACC Convec, Nasrudin Abu Bakar berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menyemarak-kan keberkatan Ramadan dengan aktiviti bersedekah dan amal jariah.

Katanya, peluang itu juga diman-faatkan sebaiknya untuk menghu-lurkan bantuan kepada anak yatim bagi menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi.

“Tentunya majlis ini dapat meng-hilangkan kerinduan mereka terha-dap keluarga tersayang dan lebih ceria dalam suasana Ramadan serta sambutan Syawal.

“Namun, Ramadan yang dilalui ini lebih banyak membawa keinsafan ke-pada diri kita dan melatih diri menjadi individu lebih bertimbang rasa, sekali gus melahirkan hati serta fikiran ber-sih,” katanya.

Pada majlis itu, SACC Convec turut menyampaikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada anak yatim berke-naan sebagai komitmen juga soko-ngan moral serta keprihatinan sosial

membabitkan insan kurang bernasib baik.

Majlis itu turut meraikan kakita-ngan SACC Convec dan penggiat me-dia bagi merapatkan silaturahim ber-sama pengurusan tertinggi SACC.

Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuk Ahli Lembaga Penga-rah SACC, Siti Zubaidah Abdul Jabar; Ketua Exco SACC Convec, Mohamad Sharif Mok Sum; Pengurus Besar O-perasi Kelab Gold Seri Selangor, Hairul Hisham Mohamad Zaini dan Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubu-han Islam Malaysia (MAPIM), Abdul Aziz Abu Bakar.

SACC penghuni Rumah Amal Al-Firdaus

Imarah Ramadan agih ���� balang kuih raya

Sebalang Kasih adalah satu projek amal yang sangat dekat di hati kami kerana ingin masyarakat awam meraikan amalan bersedekah dan membantu golongan me- merlukan setiap Ramadan

SHAH ALAM - Keberkatan Ra-madan terus dimanfaat Kera-jaan Negeri dengan meraikan anak-anak yatim dan ibu tung-gal dalam satu acara khas di Wisma PKPS, di sini, pada 8 Jun lalu.

Majlis Iftar Ramadhan dan Tautan Kasih Anak Yatim dan Ibu Tunggal itu turut meraikan golongan berkenaan dengan pelbagai aktiviti seperti sukane-ka dalaman, permainan televi-syen 3D, persembahan badut selain sumbangan duit raya dan cenderamata.

Mereka juga turut diraikan dengan persembahan daripada

Majlis Iftar Ramadhan dan Tautan Kasih Anak Yatim dan Ibu Tunggal

Santuni keberkatan Ramadan

kumpulan nasyid UNIC juga taz-kirah Ramadan bertajuk ‘Hebat Keluarga Kita Kerana Ramadan’ yang disampaikan Ustazah Isfa-diah Mohd Dasuki.

Majlis disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehw-al Wanita dan Keluarga, Dr Da-royah Alwi.

”Alhamdulillah keceriaan ter-pancar di wajah mereka teruta-ma anak yatim apabila pelbagai aktiviti menarik diadakan.

”Terima kasih Selgate Corpo-ration atas sumbangan duit raya dan Ahli Dewan Negeri Meru, Dr Abd Rani Osman kerana turut hadir meraikan,” katanya.

Alhamdulillah keceriaan terpancar di wajah mereka terutama anak yatim apabila pelbagai aktiviti menarik diadakan

DAROYAH ALWIExco Kebajikan

Page 22: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

23SelangorKini 16 - 23 Jun 2017

Sukan

SHAH ALAM - Kehadiran penyerang kela-hiran Sepanyol, Rufino Segovia del Burgo dijangka mampu membawa Selangor kembali cemerlang menjelang aksi Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal ber-sambung, bulan depan.

Kapten skuad Selangor, Mohd Razman Roslan ber-kata, Segovia menunjuk-kan keupayaannya ber-sama pasukan ketika sesi latihan dan memiliki as-pek yang jarang dimiliki pemain import lain seperti kepantasan juga ketajaman, di hadapan gol.

Sebagai rekod, kehadiran Segovia, 32, untuk melengkapkan kuota empat pe-main import skuad Gergasi Merah selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak melanjutkan kontrak pemain Timor Leste, Juliano Mineiro yang berakhir, bulan ini.

“Saya harap kehadiran dia bersama dua lagi bekas pemain yang kembali iaitu An-dik (Vermansyah) dan Amri (Yahyah) dapat memberi dimensi baharu buat pasukan dalam mengharungi jadual, bulan depan,” katanya dipetik KOSMO.

Segovia pemain ketiga didaftarkan

skuad kendalian P Maniam pada jendela perpindahan kedua selain Andik serta Amri yang dibawa daripada pasukan Mela-ka United.

Seorang lagi pemain import, Victor Astafei tidak dilanjutkan kon-traknya.

Berasal dari Madrid, Segovia juga pernah ber-aksi bersama Rayo Valleca-

no dalam saingan La Liga sebelum berkelana ke be-

berapa kelab di Eropah ter-masuk Honved di Hungary

dan Poli Timisoara di Romania.Kelab terakhir beliau adalah

Kitchee di Hong Kong dengan aksi se-lama dua musim, sejak Januari 2016.

Sementara itu, Razman enggan mem-bandingkan Segovia dengan bekas penye- rang import Gergasi Merah sebelum ini kerana setiap pemain memiliki kelebihan dan teknik tersendiri.

“Saya tidak mahu membuat perbandi- ngan tetapi berdasarkan pengalaman saya, dia boleh menyerlah jika segera me-nyesuaikan diri dengan saingan Liga Ma-laysia,” kata pemain pertahanan berusia 33 tahun itu.

SHAH ALAM - Beberapa per-aturan teknikal khususnya di dalam kategori CP150 akan dikaji dan dipinda sebelum bermula- nya saingan Pusingan 5 Ke-juaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan ber-langsung, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pindaan ke atas peraturan perlumbaan jarang dilakukan pada pertengahan musim, na-mun semua pasukan sudah me-nyatakan persetujuan untuk melakukan pindaan terhadap peraturan teknikal jentera pada pertengahan musim sebaik ka-tegori CP150 mula berlangsung, tahun ini.

Pengumpulan data terhadap kategori baharu perlu dilakukan sebelum sebarang pindaan per-

aturan dilakukan terutama de- ngan teknologi terkini dalam ke-las CP150 dalam usaha untuk me-mastikan persaingan lebih sengit dan seimbang antara pasukan bertanding.

“Matlamat utama adalah un-tuk meningkatkan tahap persai- ngan dan perlumbaan lebih seimbang di dalam kelas CP150.

“Kami berharap kaedah atau peraturan baharu yang diumum-kan nanti akan diterima semua pasukan,” kata Ron Hogg iaitu Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd selaku promoter perlum-baan Kejuaraan Cub Prix Malay-sia.

Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijadu-alkan berlangsung di MAEPS, Ser-dang, pada 15 hingga 16 Julai ini.

Kedudukan terkini FIFA

Malaysia sebaris Papua New Guinea dan Maldives

KUALA LUMPUR - Malaysia be-rada pada kedudukan ke-155 dalam ‘ranking’ terkini Perseku-tuan Persatuan Bola Sepak Anta-rabangsa (FIFA).

Malaysia kini berada dalam ke-lompok pasukan seperti Papua New Guinea yang berada pada ranking ke-153, Chad (154), Mal-dives (156) dan Singapura (157).

Menurut laman sesawang FIFA www.fifa.com , skuad Hari-

mau Malaya kini mengumpul 148 mata walaupun tidak bermain se-barang perlawanan, dalam masa dua bulan lalu.

Malaysia boleh meningkatkan lagi kedudukan jika skuad itu di bawah kendalian jurulatih Por-tugis yang baharu dilantik, Nelo Vingada, jika mencapai kepu-tusan positif dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.

Sementara itu, tiada peruba-

han besar direkodkan dalam ka-langan 10 pasukan teratas bu-lan ini, kecuali Poland yang naik satu anak berkongsi tangga ke-10 bersama Sepanyol, manakala Brazil di tangga teratas di hada-pan jirannya Argentina diikuti Jerman dan Chile.

Ranking bulanan yang dikelu-arkan FIFA itu membabitkan 206 negara.

Amaran kehebatanRufino Segovia

Kaji pinda peraturan teknikal CP���

KENYATAAN TENDER

(410762-D)

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar mengikut syarat-syarat pendaftaran di bawah dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Butir-Butir Tawaran

No Tender: WHB/PU/OT/ENV/07/17 PROPOSED SUPPLY AND FABRICATE HIGH TENSILE VERTICAL SILO WASTE CONTAINER AT SHAH ALAM TRANSFER STATION (SATS), SECTION 21, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

No

A

Syarat-Syarat Pendaftaran

BERDAFTAR -SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) - 5 TAHUN PENGALAMAN DALAM “STEEL TANKER FABRICATION WORK”

Harga

Bayaran Dokumen

Tender RM50.00

(Tidak akan Dikembalikan)

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

15 Jun 2017sehingga

23 Jun 2017

Di pejabat:WORLDWIDE HOLDINGS

BERHADNo.1, Worldwide @ 7

Lot 24, Jalan Lazuardi 7/29Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

T: 03-5510 2525F: 03-5510 4448

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg - 12.30 t/hari2.30ptg - 5.00 ptg

Tarikh Tutup Tender:-

Sebelum atau pada jam 12.00t/hari, 7 Julai 2017 (Jumaat)

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

JABATAN PEROLEHANWORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

ARAS 4, NO 1 WORLDWIDE@7 JALAN LAZUARDI 7/29

40000 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel : 03-55102525 No. Fax 03-55104448

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan

Adalah DISARANKAN kepada petender untuk menghadiri lawatan tapak seperti yang tertera di bawah:

Tarikh & Waktu Pegawai Bertugas Tempat

Waktu PejabatIsnin - Jumaat

9.00 pg – 12.30 tgh&

2.30 ptg – 4.30 ptg

- En Hamran Mohamad ([email protected])- En Zulhanis Tuhanis([email protected])

SHAH ALAM TRANSFER STATION, Section 21, 40300 Shah Alam, Selangor

Page 23: SITEC kukuh pelaburan e-dagang PENJAWAT AWAM · PDF fileUtama SelangorKini 16 - 23 Jun 2017 3 OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sambutan Aidil-fitri buat penjawat awam di Se-langor tahun

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

Malaysia sebaris Papua NewGuinea dan

Maldives

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - PKNS FC membawa masuk dua pemain import baru bagi memperku-kuh pasukan dan memperbaiki kedudukan dalam baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia 2017.

Setiausaha PKNS FC, Md Adi Harmizi A-riffin berkata, bekas pemain skuad simpanan Chel-sea, Fabio Ferreira dari Portugal men-jadi pemain pertama dibawa masuk diikuti pemain tengah dari Ko-

rea Selatan, Park Kwang Il.Park pernah bermain di

Liga J2 Jepun dan Indian Super League turut men-

jaringkan gol ketika di-turunkan dalam per-

lawanan persahabatan menentang MISC

MIFA, baru-baru ini.Kemasukan

d u a

pemain import baru itu menyaksikan Lu-cas Sebastian Espindola dan Matias Nicolas Hadwa masing-masing terpaksa mening-galkan Red Ants lebih awal sebelum saingan Piala Malaysia, pada Julai ini.

Pasukan itu turut mengu-mumkan perkhabaran gembira apabila kem-bali mendapat-kan khidmat pe-main tengah, M u h a m m a d Khairu Azrin

selepas Mela-ka United ber-

setuju melepaskan beliau bagi meng-

harungi baki saingan liga musim ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook se-lain mengucapkan terima ka-sih kepada Timbalan Presiden Melaka United Soccer Associa-tion (MUSA), Datuk Wira Yu-soff Mahadi yang membenar-kan Khairu Azrin kembali ke PKNS FC.

BATU CAVES - Kerajaan Negeri menegas-kan tiada ‘tangan ajaib’ yang mencam-puri urusan permohonan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk skuad Red Giants kembali beraksi, di Stadium Shah Alam.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari berkata, setakat ini pihak pengurusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak merujuk kepada kuasa negeri berkenaan permohonan terbabit.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya per-caya keputusan yang dilakukan MBSA se-laras dengan pendirian Kerajaan Negeri yang tidak lagi menjadikan FAS sebagai rakan kongsi berdasarkan faktor diperjelas-kan sebelum ini.

“Tidak timbul isu ‘tangan ghaib’ kerana saya tidak dirujuk dalam isu ini. Namun, keputusan MBSA selaras dengan pendirian

Kerajaan Negeri sebelum ini,” katanya kepa-da SelangorKini.

Mengulas lanjut permohonan berke-naan, Amirudin berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan kebenaran jika ter-dapat keperluan mendesak, namun ketika ini belum sesuai.

Katanya, skuad gergasi merah kuning itu masih dibenarkan bermain di Stadium Se-layang sebelum mereka mencari stadium lebih baik.

“Saya melihat mereka masih bermain di Selayang dan itu masih di bawah Kerajaan Negeri. Setakat ini, tiada masalah kerana kita membenarkannya sebelum mereka mencari stadium lebih baik,” katanya.

Terdahulu, FAS mungkin melupakan has-rat bermain di Stadium Shah Alam musim ini ekoran MBSA masih belum memberi kata putus.

Tiada ‘tangan ajaib’ isu Stadium Shah Alam

Liga Super dan Piala Malaysia 2017

Pemain import baru kukuh PKNS FC

Gambar sumber internet