teks ucapan ketua pengarah jabatan kimia … · abdul razak pada majlis sambutan hari pekerja...

21
TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5/2014 _______________________________________ 22 MEI 2014 (KHAMIS) IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: truongdat

Post on 03-Jul-2019

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BIL. 5/2014

_______________________________________

22 MEI 2014 (KHAMIS)

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

1

Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara

Majlis,

Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

2

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia

Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2014

pada pagi yang berbahagia ini.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan terima kasih kepada

warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan

(BKP), penganjur perhimpunan bulanan bulan

Mei 2014 kerana telah berusaha gigih dalam

memastikan perhimpunan kali ini berjalan

dengan jayanya.

Page 4: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

3

3. Pada kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu

kepada warga kerja wanita Jabatan Kimia

Malaysia yang telah menyambutnya pada 11

Mei 2014 (Ahad) yang lalu. Telah diketahui dan

diiktiraf umum bahawa pengorbanan ibu –ibu

amatlah besar dan tiada dapat digambarkan

dengan kata-kata. Perasaan luhur dan cinta

kasih sayang daripada seorang ibu kepada

anaknya amatlah hebat impaknya dan hanya

dapat dirasai dengan perasaan. Untuk

membalas jasa seorang ibu tidak mungkin

dapat dilunaskan dengan segunung emas,

selautan intan ataupun seangkasa wang

ringgit. Setiap insan yang bergelar ibu tidak

Page 5: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

4

pernah mengharapkan apa-apa pembalasan

daripada anak-anaknya yang telah dikandung

dan dilahirkan mahupun anak-anak angkat

yang telah dibesarkannya dengan penuh kasih

sayang yang sejati. Bukan mudah bagi

seorang wanita untuk memikul tanggungjawab

sebagai ibu apatah lagi sekiranya bekerja.

Oleh itu setiap orang anak mestilah

menghargai, menyayangi dan mengucapkan

terima kasih kepada ibunya.

Hadirin sekalian,

SAMBUTAN HARI PEKERJA PENJAWAT

AWAM 2014

4. Saya juga ingin mengambil kesempatan

ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut

Page 6: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

5

Pekerja Penjawat Awam kepada warga kerja

Jabatan Kimia Malaysia samada yang berada

di IbuPejabat mahupun Makmal Cawangan.

Seperti yang kita sedia maklum, bulan Mei

merupakan bulan penghargaan kepada

pekerja dan tarikh 01 Mei setiap tahun telah

dipilih sebagai Hari Pekerja dan ia diisytiharkan

sebagai cuti umum untuk memberi peluang

kepada warga pekerja berehat. Ini kerana hari

tersebut merupakan hari istimewa yang

disambut oleh lebih 80 buah negara di seluruh

dunia bagi mengiktiraf sumbangan pekerja

terhadap kemajuan negara.

Page 7: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

6

5. Sambutan ini telah disambut pada 01 Mei

yang lalu di Dewan Wawasan ,Jitra, Kedah

bertemakan “Penjawat Awam: Tiang Seri

Negara”. Memetik ucapan Perdana Menteri

kita, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji

Abdul Razak pada majlis sambutan Hari

Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang

lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat awam

mesti dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan

kebolehan tertentu yang bertunjangkan kepada

lima (5) prinsip/kriteria tiang seri negara iaitu

berilmu, kebolepercayaan, budaya amalan

kerja terbaik, semangat patriotik dan budaya

keberhasilan yang berteraskan ‘outcome

based’ .

Page 8: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

7

6. Jika kelima-lima kriteria tiang seri

tersebut diamalkan, maka tidak timbullah isu-

isu seperti ketirisan perolehan kerajaan,

rasuah dan salahguna kuasa. Penjawat awam

juga boleh menjadi benteng hadapan dalam

menangkis dan memperbetulkan tohmahan-

tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah

pihak yang cuba untuk memburuk-burukkan

kerajaan. Dalam usaha memajukan negara ,

kita perlu peka mengenai cabaran-cabaran

yang harus ditempuhi supaya sentiasa berada

dalam keadaan kompetitif. Justeru itu, generasi

muda dan pelapis ini mempunyai peranan

yang besar dalam menentukan bagaimana

negara ini ditadbir dan diurus pada masa

Page 9: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

8

hadapan.

Hadirin sekalian,

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG

7. Jabatan telah menganjurkan majlis

anugerah perkhidmatan cemerlang pada 08

Mei 2014 (Khamis) yang lalu. Seramai 99

warga kerja Jabatan Kimia Malaysia yang

menerima anugerah ini. Ini merupakan

pengiktirafan atas daya usaha, dedikasi dan

komitmen warga KIMIA dalam melaksanakan

tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

Saya berharap warga KIMIA sekalian akan

terus berusaha untuk menerapkan budaya

berprestasi tinggi atau ‘high performance

Page 10: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

9

culture’ dalam organisasi. Sekiranya kita tidak

menitikberatkan budaya berprestasi tinggi,

organisasi kita tidak akan dapat memacu ke

hadapan dalam memenuhi aspirasi untuk

menjadi organisasi bertaraf ‘world-class’.

8. Tahniah dan syabas saya ucapkan sekali

lagi kepada penerima-penerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini.

Semoga anugerah ini akan menjadikan tuan-

tuan dan puan-puan lebih bersemangat dalam

mencurahkan khidmat bakti kepada negara

Malaysia yang tercinta ini.

Page 11: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

10

Hadirin sekalian

PROJEK CSR JABATAN KIMIA MALAYSIA

2014: CINTAI DAN HARGAI HUTAN BAKAU

9. Pada 17 Mei yang lalu, Jabatan Kimia

Malaysia telah menganjurkan projek CSR yang

bertemakan “Cintai dan Hargai Hutan Bakau”.

Matlamat utama yang ingin dicapai dengan

pelaksanaan program ini ialah untuk memupuk

kesedaran dan rasa cintakan alam semula jadi;

membantu negara kita dalam membuat

persediaan untuk bencana alam; mengakui

dan memahami bahawa menjaga alam sekitar

adalah tanggungjawab semua orang. Di

samping itu, dalam proses pelaksanaan projek

Page 12: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

11

ini, sudah tentu memberi peluang kepada

pelbagai pihak untuk berinteraksi, berkenalan

dan mengeratkan lagi hubungan.

10. Di kesempatan ini saya ingin

mengucapkan tahniah kepada pihak

jawatankuasa pelaksana projek yang

bertungkus lumus memastikan projek berjalan

dengan lancar dan saya juga ingin

merakamkan setinggi penghargaan kepada

rakan-rakan strategik kita iaitu Jabatan

Perhutanan Daerah Pantai Klang yang

menyediakan tapak penanaman bakau,

membekalkan anak benih serta memberi

taklimat tunjuk ajar dan memantau aktiviti

Page 13: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

12

penanaman pokok bakau, Jabatan Kerja Raya

Daerah Sabak Bernam yang menyediakan tiga

(3) buah khemah untuk kita berteduh, SYABAS

Wilayah Sabak Bernam yang menyediakan

satu tangki air bersih dan Kementerian Sains

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membekalkan

sebuah bas beserta pemandu.

11. Tidak lupa juga ribuan terima kasih

kepada pegawai kanan Jabatan Kimia

Malaysia (C48-JUSA B) yang menyumbangkan

wang ringgit untuk memastikan projek ini

berjalan lancar. Terima kasih dan tahniah

kepada semua warga KIMIA yang terlibat

Page 14: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

13

secara langsung mahupun tidak langsung

dalam projek ini.

Hadirin Sekalian

PROGRAM KIMIA KE DESA ANJURAN JKM

CAWANGAN PULAU PINANG

12. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian

Inovasi dan Pengkomersilan Kementerian

Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah

mengadakan Program Outreach STI-

Science4U: Kimia Ke Desa Zon Utara pada 10

Mei 2014 (Sabtu) , bertempat di Kg. Sg.

Chenaam, Nibong Tebal. Program ini

dirasmikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli Mohamed

Page 15: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

14

Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI).

13. Program ini bertujuan untuk memupuk

minat golongan belia dan pelajar dalam bidang

sains terutamanya sains kimia di samping

memberi kesedaran kepada penduduk

terhadap kepentingan kimia dalam kehidupan

seharian. Antara aktiviti yang diadakan

termasuklah pameran oleh agensi kerajaan,

swasta dan NGO, aktiviti sukan rakyat dan

aktiviti sains inspirasiku serta aktiviti jualan

produk-produk IKS penduduk tempatan.

Page 16: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

15

14. Di kesempatan ini, saya ingin

merakamkan setinggi tahniah kepada Jabatan

Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang

kerana menganjurkan program ini dengan

jayanya. Saya juga mengharapkan IbuPejabat

dan Cawangan-cawangan lain akan

mengadakan program sedemikian untuk

mendedahkan KIMIA Malaysia khususnya

kepada awam untuk memupuk minat dalam

sains dan teknologi.

Hadirin Sekalian

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU IRAMA

MALAYSIA

Page 17: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

16

15. Kelab Sukan dan Kebajikan Kimia

Malaysia telah menganjurkan pertandingan

nyanyian lagu Irama Malaysia pada 10 Mei

2014 (Sabtu) yang lalu. Pertandingan ini

mendapat sambutan yang hangat. Seramai 16

orang peserta yang telah mengambil bahagian.

Saya ingin merakamkan setinggi tahniah

kepada biro kebudayaan yang diketuai oleh

Pn. Aniza binti Abdul Ghani kerana berusaha

gigih demi menjayakan program ini. Tahniah di

ucapkan kepada yang berjaya di dalam

pertandingan ini.

Hadirin Sekalian

THE BIG LOOSER

Page 18: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

17

16. Kelab Sukan dan Kebajikan di bawah

Jawatankuasa Kebajikan dengan kerjasama

PEMURNI telah mengambil inisiatif untuk

menjayakan program penurunan dan

pengawalan berat badan di peringkat Jabatan

Kimia Petaling Jaya. Program ini akan

berlangsung mulai dari Mei sehingga

November 2014.

17. Objektif program ini diadakan adalah

untuk memberikan maklumat yang tepat dan

kaedah yang betul kepada kakitangan

berkaitan dengan penurunan dan pengawalan

berat badan. Kesedaran tentang perlunya

menjaga tahap kegemukan rata-ratanya

Page 19: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

18

difahami dengan baik oleh semua. Malangnya,

kesempatan ini telah digunakan oleh

sesetengah pihak untuk menjual berbagai

produk makanan kesihatan yang menjanjikan

berbagai keajaiban dalam tempoh yang

singkat. Sesetengah dakwaan ini adalah tidak

berasas dan apa yang lebih membimbangkan

ialah penggunaan bahan bahan terlarang

yang dapat memberikan kesan yang segera

tetapi mendatangkan kesan yang buruk

terhadap kesihatan pengguna.

18. Penurunan dan pengawalan berat badan

yang seimbang sememangnya boleh dicapai

jika seseorang itu mengamalkan gaya hidup

Page 20: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

19

yang sihat. Asas yang paling penting ialah

pengetahuan yang betul, kaedah yang

bersesuaian, dan semangat yang tinggi pada

nafas yang panjang untuk merealisasikannya,

lebih-lebih lagi jika dijalankan secara

berkumpulan. Oleh yang demikian, diharapkan

semua warga kerja Kimia Malaysia menyertai

program ini tanpa perlu berasa malu dan

bimbang tentang pencapaian di hujung

program nanti. Apa yang kita harapkan adalah

mencapai tahap kesihatan yang optimum.

PENUTUP – ULANGTAHUN KELAHIRAN

DAN CAHAYAMATA BARU

Page 21: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat ... kesedaran

20

19. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya

ingin mengucapkan selamat panjang umur dan

murah rezeki kepada warga KIMIA yang

menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan

Mei ini dan tahniah kepada warga KIMIA yang

menyambut kelahiran cahayamata baru.

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.