sistem semakan produk halal...

25
i SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN TEKNOLOGI WAP NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOVEMBER 2007

Upload: nguyendan

Post on 08-Mar-2018

265 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

i

SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN

TEKNOLOGI WAP

NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2007

Page 2: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

ii

Page 3: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

iii

Page 4: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

iv

Page 5: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, Segala Puji-pujian bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas

junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat baginda serta kaum

Muslimin dan Muslimat. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurnia dan limpahNya laporan

akhir projek sarjana muda ini disiapkan.

Ungkapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga yang tercinta.

Buat ayah dan mama tersayang yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang,

nasihat dan dorongan.

Penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada penyelia projek, En Noh Abd Samad di

atas tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan laporan dan

pembangunan projek ini.

Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang membantu dalam menyiapkan

laporan dan pembangunan sistem ini secara langsung dan tidak langsung. Jasamu tidak

akan dilupakan. Akhir kata, hanya Allah Yang Maha Esa dapat membalasnya dan

‘Membangun Bersama Islam’.

Page 6: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

vi

ABSTRAK

Permintaan terhadap produk makanan dan minuman yang halal semakin

meningkat dan menjadi keperluan utama kepada masyarakat pada masa kini. Menerusi

perkembangan pesat teknologi maklumat terutamanya dalam bidang komunikasi telah

membuka ruang bagi penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan kehendak dan

keperluan harian manusia. Kewujudan sistem yang berasaskan teknologi tanpa wayar

(WAP) ini membolehkan pengguna mengetahui status halal sesuatu produk makanan dan

minuman dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka yang menyokong capaian

WAP dan pada masa yang sama aduan boleh dibuat sekiranya terdapat produk yang

diragui status halalnya. Selain itu, penggunan laman web digunakan untuk membolehkan

JAKIM menguruskan rekod produk serta rekod aduan yang telah dihantar oleh pengguna.

Secara tidak langsung JAKIM dapat mengenalpasti produk-produk yang melanggari

peraturan penggunaan logo halal. Selain itu, turut membantu pengeluar mempromosikan

produk-produk halal yang lain. Metodologi prototaip digunakan dalam pembangunan

kerana proses penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang bagi

memantapkan lagi fungsi yang ada. Kewujudan sistem ini sedikit sebanyak memberi

impak yang berkesan dalam kehidupan harian kita.

Page 7: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

vii

ABSTRACT

High demand for halal food and baverages is increasing day by day and had

become more important for generations nowdays. Through information technology

rapidly developed especially in communication, open an oppurtunity to solve human

problems and fulfill basic needs. The existance of technology based on Wireless

Application Protocol (WAP) enable user to identify food and beverages halal status via

handphone has supported the WAP function and at the same time enable user to post a

report if they curious about the product status. Beside that, through website, JAKIM be

enable to manage product records and report submitted by user. Also JAKIM can identify

products which is violated the usage of halal icons status. Thus, it helps manufacturer to

promote their other halal products. In this system, evolution prototype being used to

enable modification and enchancement in future. The existance of this system, gave a

substantial impact on our daily life as a muslim.

Page 8: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI ISTILAH xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN PROJEK 1-5

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Matlamat 4

1.4 Objektif 4

1.5 Skop 4

Page 9: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

ix

1.6 Justifikasi / Kepentingan 5

2 KAJIAN LITERATUR 7-25

2.1 Pendahuluan 7

2.2 Semakan Produk Halal Semasa 8

2.3 Analisis Masalah Mengenai Sistem Sedia Ada 9

2.4 Proses Permohonan Logo Halal 10

2.5 Protokol Aplikasi Tanpa Wayar (WAP) 12

2.5.1 Perbandingan Di antara Internet Konvensional dan

Aplikasi Tanpa Wayar 14

2.5.2 Senibina WAP 14

2.5.2.1 Lapisan Aplikasi 16

2.5.2.2 Lapisan Sesi 16

2.5.2.3 Lapisan Transaksi 17

2.5.2.4 Lapisan Keselamatan 18

2.5.2.5 Lapisan Pengangkutan 19

2.5.3 Kelebihan dan Kelemahan WAP 19

2.6 Pembangunan Aplikasi WAP 20

2.6.1 Keselamatan dalam WAP 20

2.6.2 Komponen-komponen WAP 20

2.7 Wireless Markup Language (WAP) 21

2.8 Hypertext Preprocessor (PHP) 22

2.8.1 Kelebihan PHP 23

2.8.2 Kekurangan PHP 23

2.9 APACHE versi 2.2.4 23

2.10 Nokia Mobile Toolkit versi 4.1 24

2.11 Macromedia Dreamweaver MX 2004 25

2.12 Ringkasan 25

Page 10: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

x

3 METODOLOGI 26-33

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Metodologi Prototaip 27

3.2.1 Fasa Perancangan 28

3.2.2 Fasa Analisis 29

3.2.3 Fasa Rekabentuk 29

3.2.4 Fasa Implementasi dan Pengujian 30

3.3 Justifikasi Penggunaan Metodologi 30

3.4 Analisis Keperluan Sistem 31

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan 31

3.4.2 Spesifikasi Perisian 31

3.5 Ringkasan 33

4 ANALISIS DAN REKABENTUK 34-66

4.1 Pendahuluan 34

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 35

4.3 Rajah Kes Guna 36

4.3.1 Model Rajah Kes Guna 37

4.3.1.1 Aktor Pengguna Sistem 38

4.3.1.2 Aktor Pentadbir Sistem 39

4.4 Keterangan Kes Guna 39

4.4.1 Keterangan Kes Guna untuk Pengguna 39

4.4.2 Keterangan Kes Guna untuk Pentadbir Sistem 41

4.5 Rajah Jujukan 42

4.5.1 Rajah Jujukan Pentadbir Sistem 42

4.5.2 Rajah jujukan Pengguna 43

4.6 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 48

4.6.1 Antaramuka Pentadbir Sistem 48

4.6.1.1 Antaramuka Menu Utama 50

4.6.1.2 Antaramuka Senarai Pentadbir Sistem 51

4.6.1.3 Antaramuka Senarai Produk 52

Page 11: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xi

4.6.1.4 Antaramuka Senarai Pengeluar 53

4.6.1.5 Antaramuka Senarai Aduan 54

4.6.2 Antaramuka Pengguna WAP 55

4.6.2.1 Antaramuka Semakan Produk 56

4.6.2.2 Antaramuka Logo Halal 58

4.6.2.3 Antaramuka Info Halal 59

4.6.2.4 Antaramuka Aduan 60

4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 61

4.7.1 Rekabentuk Pangkalan Data Logikal 62

4.7.2 Rekabentuk Pangkalan Data Fizikal 62

4.7.2.1 Jadual Pentadbir Sistem (Admin) 62

4.7.2.2 Jadual Produk 63

4.7.2.3 Jadual Pengeluar 64

4.7.2.4 Jadual Aduan 65

4.8 Ringkasaan 66

5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 67-86

5.1 Pendahuluan 67

5.2 Teknologi Pembangunan Aplikasi 68

5.3 Implementasi 68

5.3.1 Aturcara Untuk Laman Web 69

5.3.1.1 Mengisytihar Pangkalan Data 69

5.3.1.2 Login ke Sistem oleh Pentadbir Sistem 70

5.3.1.3 Lihat Senarai Pada Pangkalan Data 73

5.3.1.4 Menambah Data Ke Dalam Pangkalan Data 74

5.3.1.5 Mengemaskini Data di Pangkalan Data 75

5.3.1.6 Memadam Data di Pangkalan Data 76

5.3.1.7 Proses Carian Data di Pangkalan Data 76

5.3.2 Aturcara Untuk Sistem Pada Telefon Bimbit (WAP) 76

5.3.2.1 Aturcara Untuk Semakan 77

5.3.2.2 Aturcara Untuk Aduan 79

5.4 Proses Pengujian 81

Page 12: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xii

5.4.1 Pengujian Kotak Hitam 82

5.4.2 Pengujian Kotak Putih 82

5.4.3 Pengujian Penerimaan 83

5.5 Pengujian Sistem 83

5.5.1 Pengujian Login Pentadbir Sistem 83

5.5.2 Pengujian Menambah Data 84

5.5.3 Pengujian Kemaskini Data 84

5.5.4 Pengujian Semakan Produk dan Pengeluar 85

5.5.5. Pengujian Aduan 86

5.6 Ringkasan 86

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 87-90

6.1 Hasil dan Pencapaian 87

6.2 Masalah dan Kelemahan Sistem 88

6.3 Cadangan Pembaikan 89

6.4 Kesimpulan 90

RUJUKAN 92-93

LAMPIRAN A-H 94-131

Page 13: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Perbandingan antara Internet Konvensional dan

Aplikasi Tanpa Wayar 14

2.2 Fungsi Pelayan Mikro Pada WAE 16

2.3 Kelebihan dan Kelemahan WAP 19

2.4 Komponen-komponen Asas WAP 21

4.1 Jadual Admin (Pentadbir Sistem) 63

4.2 Jadual Produk 64

4.3 Jadual Pengeluar 65

4.4 Jadual Aduan 66

5.1 Keputusan bagi Pengujian Login untuk

Pentadbir Sistem 84

5.2 Hasil bagi Pengujian Memasukkan Data Baru 84

5.3 Hasil Pengujian Kemaskini Data 85

5.4 Hasil Pengujian Semakan dari Pengguna 85

5.5 Hasil Pengujian Aduan dari Pengguna 86

Page 14: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Hubungan Antara Telefon Bimbit ke Internet 13

2.2 Himpunan Protokol 15

2.3 Kod Aturcara Untuk header WML 24

3.1 Metodologi Prototaip 28

4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 35

4.2 Kes Guna Pentadbir Sistem 37

4.3 Kes Guna Pengguna 38

4.4 Rajah Jujukan bagi Pentadbir Sistem 43

4.5 Rajah Jujukan Pengguna bagi Menu Utama 44

4.6 Rajah Jujukan Pengguna bagi Menu Semakan 45

4.7 Rajah Jujukan Pengguna bagi Menu Logo Halal

dan Info Halal 46

4.8 Rajah Jujukan Pengguna bagi Aduan 47

4.9 Laman Pertama Sistem 48

4.10 Login Pentadbir Sistem 49

4.11 Menu Utama 50

4.12 Senarai Pentadbir 51

4.13 Senarai Produk 52

4.14 Senarai Pengeluar 53

4.15 Senarai Aduan 54

4.16 Menu Utama 55

4.17 Menu Semakan 56

4.18 Menu Semakan Nama Pengeluar 57

Page 15: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xv

4.19 Menu Logo Halal 58

4.20 Menu Info Halal 59

4.21 Menu Aduan 60

4.22 Sub Menu Borang Aduan 61

5.1 Pengisytiharan Pangkalan Data Kaedah Wizard 69

5.2 Pengisytiharan Pangkalan Data Kaedah Biasa 69

5.3 Kod Aturcara PHP untuk Pentadbir Sistem 71

5.4 Kod Aturcara restrict access to page 72

5.5 Kod Aturcara Papar Senarai 73

5.6 Kod Aturcara Simpan Data ke Pangkalan Data 74

5.7 Kemaskini Data di Pangkalan Data 75

5.8 Kod Aturcara Memadam Data di Pangkalan Data 76

5.9 Kod Aturcara Menu Utama di Telefon Bimbit WAP 77

5.10 Kod Aturcara Semakan Melalui Bar Kod 78

5.11 Kod Aturcara Keputusan Semakan Melalui Bar Kod 78

5.12 Kod Aturcara Semakan Melalui Nama Pengeluar 79

5.13 Kod Aturcara Bagi Aduan 80

5.14 Kod Aturcara Bagi Aduan Menerusi Panggilan

Telefon 80

5.15 Kod Aturcara Bagi Aduan 80

5.16 Kod Aturcara Keputusan Aduan 81

Page 16: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xvi

SENARAI SINGKATAN

ASP - Active Server Page

CPU - Central Processor Unit

GPRS - General Packet Radio Services

HTML - Hypertext Markup Language

JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri

MAIN - Majlis Agama Islam Negeri

OLAP - Online Analytical Processing

OSI - Open System Interconnection

PDA - Personal Digital Assistant

PHP - Hypertext Preprocessor

RAM - Random Access Memory

ROM - Read Only Memory

SSL - Secure Socket Layer

SMS - Short Messaging System

TCP/IP - Transmission Control Protocol/ Internet Protocol

TLS - Transport Layer Security

UML - Unified Modeling Language

URL - Uniform Resource Locator

WAE - Wireless Application Enviornment

WAP - Wireless Application Protocol

WDP - Wireless Datagram Protocol

WML - Wireless Markup Language

WSP Wireless Session Protocol

WTLS - Wireless Transport Layer Security

Page 17: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xvii

WTP - Wireless Transaction Protocol

WWW - World Wide Web

Page 18: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xviii

SENARAI ISTILAH

BAHASA MALAYSIA BAHASA INGGERIS

Cakera Keras Hard Disk

Jalur Lebar Bandwidth

Laman Web Website

Katalaluan Password

Log Masuk Login

Log Keluar Logout

Papan Kekunci Keypad/keyboard

Pelayan Server

Pelayan Mikro Microbrowser

Rangkaian Tanpa Wayar Wireless Network

Skrin Screen

Skrip Script

Tanpa Wayar Wireless

Tanpa Sambungan Connectionsless

Telefon Bimbit Handphone

Tetikus Mouse

Tulisan Text

Page 19: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Gantt Projek PSM 1 95

B Carta Gantt Projek PSM 2 97

C Carta Organisasi JAKIM 99

D Borang Kaji Selidik 101

E Antaramuka Sistem Sedia Ada (Portal Halal) 103

F Antaramuka Sistem Sedia Ada (SMS) 105

G Ralat Sistem 108

H Manual Pengguna 111

Page 20: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xx

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Ketika ini terdapat pelbagai teknologi maklumat baru muncul dengan pesatnya

disebabkan kadar permintaan dan keperluan yang tinggi oleh masyarakat pada masa ini

dengan anggapan bahawa teknologi ini dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja

serta urusan masing-masing. Lantaran itu terdapat banyak aplikasi-aplikasi teknologi

maklumat yang menggunakan kaedah aplikasi jenis berwayar seakan tidak relevan

digunakan lagi. Oleh sebab itu teknologi protokol aplikasi tanpa wayar (WAP) dicipta

untuk beroperasi pada peranti tanpa wayar bagi mencapai internet. Melalui teknologi ini,

penghantaran maklumat seperti semakan produk halal boleh dicapai dengan mudah dan

pantas di mana hanya diperlukan telefon bimbit sahaja.

Secara asasnya WAP merupakan teknologi yang membolehkan pengguna

mencapai aplikasi interaktif seperti melayari Internet dari telefon bimbit. Melalui WAP,

kandungan yang disedia khusus bagi aplikasi ini akan dapat dilayari walaupun dengan

menggunakan input melalui papan kekunci kecil dan monitor terhad di telefon bimbit.

WAP juga dapat memberikan kebolehan lebih dari sekadar perkhidmatan pesanan ringkas

atau Short Messaging System (SMS) seperti mana yang ditawarkan oleh telefon bimbit

digital sekarang ini. Jika SMS membenarkan pesanan teks statik sahaja, aplikasi WAP

pula boleh disediakan dalam bentuk gambar, teks dan bersifat interaktif.

Adanya Sistem Semakan Produk Halal Berasaskan Teknologi WAP ini, pengguna

dapat mengakses sistem ini menerusi telefon bimbit masing-masing di mana sahaja berada

Page 21: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xxi

bagi memastikan bahawa produk yang mereka ingin beli tersebut adalah disahkan halal

atau tidak. Sementara itu aduan boleh dibuat secara terus kepada pihak JAKIM sekiranya

terdapat keraguan pada penggunaan logo halal sesuatu produk makanan dan minuman.

Secara tidak langsung membantu pihak yang terbabit iaitu JAKIM dapat

mengenalpasti pengeluar yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan setelah

mengambil kira aduan yang telah dibuat oleh pengguna menerusi sistem ini. Pengguna

juga dapat melihat produk halal yang lain dari pengeluar yang sama sekiranya semakan

tersebut menunjukkan status sijil sah halal atau status sijil tamat tempoh. Pada masa yang

sama membantu pengeluar mempromosikan produk-produk halal mereka yang lain.

1.2 Latar Belakang Masalah Pada masa ini keperluan terhadap produk halal semakin meningkat. Justeru itu,

pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan sistem semakan

produk halal di pasaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan orang

ramai terutamanya pengguna untuk mengetahui status produk tersebut. Namun terdapat

kelemahan dan kekurangan pada sistem tersebut.

Pertama, sistem yang sedia ada tidak memaparkan dan menerangkan maklumat

dengan terperinci, di mana selepas bar kod sesuatu produk yang hendak disemak dihantar

ke 32728, pengguna hanya memperolehi maklumat berbentuk teks sahaja dalam tiga

keadaan sahaja iaitu sijil sah, sijil tamat tempoh dan tiada dalam senarai serta maklumat

syarikat iaitu pengeluar produk tersebut.

Di samping itu, format bagi penggunaan untuk menulis perkhidmatan SMS adalah

agak terhad untuk beberapa jenis model. Ini kerana terdapat beberapa model telefon

bimbit yang lama mempunyai format capian untuk menggunakan SMS kurang dari 160

patah perkataan. Selain itu juga, perkhidmatan SMS tidak dapat menampung format yang

berasaskan gambar. Sekiranyan gambar dapat dimuatkan bersama sistem semakan ini

Page 22: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xxii

ianya dapat mengesahkan produk tersebut merupakan produk yang disemak oleh

pengguna.

Selain itu sistem sebelum ini tidak menyediakan fungsi yang membolehkan

pengguna membuat laporan atau aduan sekiranya status produk tidak sah halal atau tiada

dalam senarai JAKIM walhal terdapat logo halal pada produk tersebut.

Di samping itu, pengguna tidak dapat melihat atau menyemak produk-produk yang

lain dikeluarkan oleh syarikat terbabit. Sebagai contoh selepas semakan dibuat status

produk akan dipaparkan, namun gambar produk yang disemak tidak dipaparkan dan

pengguna tidak boleh melihat produk lain yang dikeluarkan oleh pengeluar terbabit.

Sistem yang menggunakan SMS boleh dirujuk pada LAMPIRAN F.

Selain kelemahan pada perkhidmatan SMS, penggunaan pada Internet juga dikenal

pasti iaitu pengguna yang tidak mempunyai perkhidmatan Internet di rumah atau kesulitan

untuk mencari kafe siber untuk membuat semakan serta laporan pada laman web JAKIM.

Kesukaran untuk menggunakan laman web yang disediakan oleh pihak JAKIM kerana

mempunyai pelbagai maklumat yang tidak berkaitan dengan cara untuk membuat

semakan dan aduan. Sistem sedia ada yang berasaskan laman web boleh dirujuk pada

LAMPIRAN E.

Terdapat juga kelemahan kecil yang dikenal pasti iaitu waktu puncak atau terdapat

proses menaik taraf daripada pihak ‘provider’ menyebabkan sistem perkidmatan pesanan

ringkat dan Internet gagal berfungsi dengan sempurna.

Page 23: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xxiii

1.3 Matlamat Matlamat projek ini ialah untuk menghasilkan sebuah sistem semakan produk

halal dengan menggunakan WAP menerusi telefon bimbit yang dapat membantu

khususnya pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan produk-produk halal

dengan mudah dan jelas. Disamping itu, fungsi aduan dapat dibuat terus kepada JAKIM

sekiranya terdapat produk yang diragui kesahihan status halalnya.

1.4 Objektif Objektif bagi projek ini adalah:

i. Membangunkan sistem semakan produk halal yang sistematik dan mudah

berasaskan WAP.

ii. Menyediakan fungsi semakan untuk mengetahui status halal sesuatu produk dan

fungsi aduan sekiranya terdapat produk yang diragui status halalnya.

iii. Membolehkan pihak JAKIM mengenalpasti produk makanan dan minuman yang

melanggar peraturan yang telah ditetapkan menerusi aduan daripada pengguna.

1.5 Skop Skop projek ini merangkumi seperti berikut:

i. Mengedarkan borang kaji selidik bagi memahami dan mengetahui

kehendak pengguna dalam memilih sesuatu produk.

ii. Hanya kepada pengguna yang memiliki telefon mudah alih yang

mempunyai capaian GPRS dan teknologi protokol aplikasi tanpa wayar

(WAP).

iii. Sistem ini dijalankan dengan merujuk kepada pihak JAKIM.

iv. Semakan hanya tertumpu kepada produk berteraskan minuman dan

makanan sahaja.

Page 24: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xxiv

v. Pembangunan sistem ini dijalankan dalam persekitaran Windows XP.

1.6 Justifikasi/Kepentingan Projek sistem semakan produk halal ini akan dibangunkan sebagai tuntutan

keperluan kepada pengguna yang berhak untuk mengetahui setiap produk yang mereka

ingin miliki terutamanya produk yang berasaskan keperluan harian khasnya makanan dan

minuman. Secara langsung dapat mengelakkan daripada orang ramai terutama pengguna

daripada tertipu dengan produk yang terdapat di pasaran ketika ini. Ini kerana dalam Islam

sendiri ada menyebutkan ‘mencari yang halal adalah fardu kepada umatnya’ ianya bagi

menjamin kesucian fizikal serta rohani setiap manusia.

Faedah yang terdapat setelah projek ini setelah dihasilkan ialah:

i. Dapat memudahkan serta mempercepatkan proses mengetahui status

produk yang hendak dibeli.

ii. Dapat memberi maklumat yang lengkap untuk sesuatu produk yang

disemak.

iii. Mengelakkan kekeliruan atau penipuan terhadap produk yang halal atau

haram.

iv. Memantau hasil produk yang dikeluarkan mestilah betul-betul mendapat

pengesahan halal.

v. Membantu pihak yang berkuasa mengambil tindakan sekiranya berlaku

penipuan serta penyalahgunaan logo dan perkataan halal.

vi. Membantu peningkatan atau melariskan hasil produk yang dikeluarkan.

Pihak yang akan memperolehi faedah-faedah tersebut ialah:

i. Orang ramai terutamanya pengguna yang hendak membeli sesuatu produk

makanan dan minuman.

Page 25: SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKANir.fsksm.utm.my/106/1/nikmazrulhamdymohammadcc043053d07ttp.pdfFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT ... SENARAI JADUAL xii ... CPU - Central

xxv

ii. Pihak berkuasa seperti JAKIM dan lain-lain.

iii. Pihak syarikat (pengeluar) yang mengeluarkan produk betul-betul halal.