majlis perbandaran klang - · pdf fileboleh merosakkan komponen di dalam cpu. cpu yang terkena...

19
MANUAL MPK BIL: 165 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA DAN PENCETAK

Upload: builiem

Post on 04-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

MANUAL MPK BIL: 165 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN

KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA

DAN PENCETAK

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 5

4.0 CARTA BAHAGIAN 6

5.0 SUMBER KUASA 7

6.0 SKOP KERJA 7

7.0 PROSES KERJA 8

8.0 CARTA ALIR 19

9.0 PENUTUP 20

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Penjagaan peralatan ICT selalunya tidak diberi perhatian

yang sewajarnya.Namun begitu penjagaan yang betul dan penyelenggaraan ringkas oleh pengguna sangat penting bagi menyelamatkan sistem dari kerosakan serius.Ini adalah untuk memastikan jangka hayat perkakasan lebih panjang. Sebagai usaha penambahbaikan manual penjagaan tiga kategori perkakasan ICT yang paling utama di MPK disediakan.Manual ini adalah khas untuk panduan penjagaan komputer peribadi, komputer riba dan pencetak. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan bin Mukri Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Kecemerlangan sesebuah organisasi boleh diukur melalui kualiti

perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan.

Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual

MPK) yang dikumpul daripada pelbagai proses kerja di setiap

jabatan dan bahagian ini akan memastikan dokumen/maklumat

yang sama dan standard menjadi rujukan kakitangan dalam menjalankan tugas

masing-masing.

Sebagai menyahut seruan tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan Mohd

Ehsan bin Mukri bagi melaksanakan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik

[PATH] MPK 2013, Saya bersama kakitangan bersatu hati untuk membuat

perubahan dan penambahbaikan dengan menyediakan manual proses kerja dalam

setiap bidang tugas yang menjadi tanggungjawab Jabatan Teknologi Maklumat.

Tujuan Asas Manual Penggunaan Komputer Peribadi, Komputer Bimbit dan

Pencetak disediakan adalah untuk memastikan pengguna/penerima peralatan ICT

tersebut menggunakannya dengan cara yang betul. Penggunaan dengan cara yang

betul dapat mengurangkan risiko kerosakan dan memanjangkan hayat peralatan

ICT. Selain daripada itu ia juga mengambilkira kesihatan pengguna dalam

mengendalikan peralatan tersebut.

Adalah menjadi harapan saya perubahan dan penambahbaikan ini dapat

meningkatkan hasil kerja setiap kakitangan yang terlibat dan seterusnya

meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

"Together We Can Do It"

”Bersama Kita Berubah”.

Sekian, Terima kasih.

Nor Hasyimah binti Tamziz Pengarah Teknologi Maklumat

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 5

TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

1.3 Menjamin urusan pentadbiran, aktiviti dan sistem penyampaian MPK berjalan lancar dan berterusan;

1.4 Meminimumkan kerosakan, kemusnahan dan kehilangan melalui

usaha pencegahan atau usaha mengurangkan kesan kejadian yang tidak diingini;

1.5 Memanjangkan jangka hayat perkakasan dengan melindungi

perkakasan daripada kerosakan serius akibat kecuaian pengguna;

1.6 Mengurangkan insiden keselamatan yang akan menjejaskan integriti, kebolehsediaan perkhidmatan;

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Komputer Peribadi, Komputer Riba dan Pencetak merupakan tiga kemudahan ICT paling utama yang dibekalkan di setiap jabatan di MPK.

2.2 Kemudahan ini diberikan kepada kakitangan untuk menyokong aktiviti

dan operasi harian dalam mempercepatkan tugas-tugas rutin, memudahkan pelaksanaan tugasan serta meningkatkan mutu kerja yang dihasilkan.

2.3 Bagi memastikan perkakasan tersebut mempunyai jangka hayat yang

panjang dan tidak mudah rosak, ia memerlukan penjagaan yang betul oleh setiap pengguna.

3.0 DEFINISI/SINGKATAN

3.1 Komputer Peribadi – merupakan mesin pemerosesan data yang terdiri daripada Monitor, CPU,Keyboard dan mouse dan beroperasi dengan bantuan perisian.

3.2 Komputer Riba – merupakan mesin pemerosesan data mudah alih

yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan komputer peribadi.

3.3 Pencetak – merupakan mesin untuk mengeluarkan output berbentuk dokumen cetakan sama ada daripada komputer peribadi, komputer riba atau peralatan pemerosesan yang lain.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 6

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGOPERASIAN PERKAKASAN DAN RANGKAIAN ICT

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Pengarah Teknologi Maklumat

Timb. Pengarah Teknologi Maklumat

Pegawai Teknologi Maklumat F41

Pen. PegawaiTeknologi Maklumat F29

Juruteknik FT17

Juruteknik FT17

Juruteknik FT17

Juruteknik FT17

Juruteknik FT17

Juruteknik FT17

Pem Tadbir N17

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 7

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Sumber kuasa yang menjadirujukan jabatan bagi pelaksanaan Manual penjagaan komputer peribadi, komputer riba dan pencetak adalah berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976(akta 171). ii. Arahan Teknologi Maklumat 2007; iii. Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 – Rangka Dasar Keselamatan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan; iv. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 – Pengurusan

Aset Alih Kerajaan v. Dasar Keselamatan ICT MPKlang vi. Prosedur MS ISO 9001:2008 MPK – Prosedur Pengendalian

Kerosakan ICT vii. Prosedur MS ISO 9001:2008 MPK – Garis Panduan

Penyelenggaraan ICT viii. Garis Panduan Mambawa Keluar Peralatan ICT MPK ix. Pekeliling dan Surat Pekeliling yang berkaitan; x. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha.

6.0 SKOP KERJA

6.1 Skop Kerja bagi penjagaan komputer peribadi, komputer riba dan pencetak adalah seperti berikut :

6.1.1 Tanggungjawab Pengguna

6.1.2 Penjagaan Komputer Peribadi

6.1.3 Penjagaan Komputer Riba

6.1.4 Penjagaan Perisian pada Komputer Peribadi dan Komputer

Riba

6.1.5 Penjagaan Pencetak

6.1.6 Langkah-langkah Ergonomik yang Perlu Diikuti

6.2 Skop kerja ini perlu hendaklah diambil tindakan dan dipatuhi bagi memastikan kebolehsediaan peralatan ICT MPK terjamin.

7.0 PROSES KERJA

7.1 Tanggungjawab pengguna

7.1.1 Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah semua pengguna termasuk kakitangan, ahli majlis, individu, atau agensi yang menggunakan peralatan ICT MPK.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 8

7.1.2 Perkara-perkara yang mesti dipatuhi bagi memastikan peralatan ICT dijaga dengan baikadalah seperti berikut:

i. Pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua

peralatan di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna;

ii. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

peralatan ICT masing-masing dan tidak dibenarkan membuat pertukaran perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan;

iii. Pengguna dilarang sama sekali menambah, menanggal

atau mengganti sebarang peralatan ICT yang telah ditetapkan;

iv. Pengguna hendaklah melindungi peralatan ICT daripada kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran;

v. Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan

atau kehilangan peralatan ICT di bawah kawalannya;

vi. Pengguna hendaklah menempatkan peralatan ICT di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

7.2 Penjagaan Komputer Peribadi

7.2.1 Penjagaan komputer peribadi terdiri dari pada dua kategori iaitu perkakasan dan perisian.

7.2.2 Penjagaan perkakasan adalah seperti berikut:

a) Monitor

i. Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.

Cara yang salah Monitor yang tertutup

Cara yang betul

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 9

menghalang aliran udara keluar dan masuk.

ii. Jarakkan monitor dan dinding sebanyak 20 CM untuk

laluan udara

Cara yang salah

Jarak monitor kurang dari 20cm menghalang laluan udara dibelakang monitor

Cara yang betul

b) Central Processing Unit (CPU)

i. Dapatkan sedikit ruang lebih kurang 20 cm antara CPU dan dinding untuk laluan udara.

ruangan antara CPU dan dinding kurang darijarak yang sepatutnya akan menghalang laluan udara seterusnya menyebabkan perkakasan cepat panas.

ii. Pastikan CPU jauh dari medan magnet yang boleh mengganggu prestasi komputer.

iii. Letakkan di kawasan yang sejuk dan kering, serta

jauh dari pancaran matahari. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.

iv. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalaman, vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan dibantu berus kecil. Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 10

di atas sink haba dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.

v. Susun kabel-kabel dalam CPU agar laluan udara tidak dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.

c) Papan Kekunci (Keyboard) dan Tetikus (Mouse)

i. Cuci perrmukaan papan kekunci dengan kain atau tisu lembab

ii. Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus

kecil serta gunakan cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.

iii. Gunakan berus kecil untuk membersihkan tetikus dan keluarkan bebola tetikus untuk dibersihkan isinya (sekiranya ada).

penggunaan berus bagi membersihkan papan kekunci

penggunaan kain bagi membersihkan papan kekunci

Keyboard merupakan perkakasan luar yang paling banyak bergerak dan mudah rosak

penggunaan berus bagi membersihkan tetikus

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 11

iv. Jangan membiasakan makan dan minum di depan komputer.

Air minum yang tertumpah pada papan kekunci boleh mengakibatkan takungan air di dalamnya dan merosakkan papan kekunci

d) Bekalan Kuasa (Power Supply)

i. Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan di laluan udara B (rujuk Gambar rajah 13). Dalam masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan cepat menyimpan debu dan boleh menganggu operasi kipas.

ii. Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben

tidak menghalang arah udara masuk di bahagian B.

iii. Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas unit bekalan kuasa tidak dihalang.

iv. Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak stabil seperti berikut:

o Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding. o Bekalan elektrik terlalu rendah menyebabkan komputer

sering restart. Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply atau Voltage Stabilizer) boleh menapis kebisingan dan

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 12

menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.Selain itu, UPS dapat menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil.Oleh itu, untuk menutup komputer, pengguna perlu melakukan Shut Down yang sempurna.

7.3 Penjagaan Komputer Riba

7.3.1 Sama seperti komputer peribadi, penjagaan komputer riba juga melibatkan perkakasan dan perisian.

7.3.2 Penjagaan perkakasan komputer riba adalah seperti berikut: i. Hindarkan dari menggunakan bateri dan pengecaj (charger)

yang tidak sesuai dengan komputer riba yang digunakan. Hubungi khidmat pelanggan (customer service) dari pembekal sekiranya bateri dan pengecaj tidak boleh mengecaj komputer riba yang digunakan.

ii. Elakkan menggunakan komputer riba di atas paha atau di atas karpet kerana permukaan yang lembut akan menyebabkan udara tidak dapat berjalan dengan sempurna di bawah komputer riba dan menjadikan ia overheating.

Cara yang salah Menggunakan komputer riba di atas peha.

iii. Jangan meletakkan beban berat di atas komputer riba. Ia akan mengakibatkan litar (circuit) di dalam bateri menjadi mudah rosak.

iv. Jauhkan kedudukan bateri dengan sebarang benda yang diperbuat dari logam.

v. Tidak meletakkan komputer riba di tempat yang terkena pancaran matahari atau dibiarkan lama di dalam kenderaan.

vi. Tidak menumpahkan air di atas komputer riba. Walaupun mengering dan berfungsi secara normal kembali, namun litar di dalam komputer riba ataupun bateri secara perlahan-perlahan akan berkarat.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 13

Cara yang salah Membiarkan air minuman di atas komputer riba boleh menyebabkan ia tertumpah

vii. Menjaga komputer riba dan bateri mengikut panduan.

viii. Gunakan salah satu bekalan kuasa dalam sesuatu masa, sama ada bateri yang dicaj penuh atau pemasangan komputer riba terus ke plug.

7.4 Penjagaan Perisian pada Komputer Peribadi dan Komputer Riba

7.4.1 Penjagaan perisian pada komputer peribadi dan komputer riba tidak jauh berbeza.

7.4.2 Cara penjagaan perisian adalah seperti berikut:

i. Simpan atau download semua driver serta manual yang dibekalkan kerana sekiranya ada masalah pada sistem, pemasangan dapat dibuat semula dengan mudah.

ii. Salin semua driver ke satu direktori dalam cakera keras atau USB.

iii. Pastikan komputer peribadi dan komputer riba dipasang

dengan program anti-virus dan sentiasa dikemas kini (update).

iv. Jalankan checkdisk dan scandisk setiap minggu atau bila disyaki sistem terganggu.

v. Buat defragment pada cakera keras (hard disk) setiap

minggu atau sebulan sekali. Tujuannya supaya sistem tersusun kemas dan cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada pencarian program atau fail.

vi. Hapus (delete) fail yang tidak perlu. Fail-fail yang tidak perlu

ini termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk, fail-fail log dan fail-fail yang digunakan sementara (temporary files) termasukcookies atau history sekiranya perlu dalam browser (Contoh: Internet Explorer atau Mozilla Firefox).

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 14

vii. Buang program yang tidak digunakan (uninstall). Proses

uninstall dibuat dengan memilih program tersebut dan pilih menu uninstall. Sila rujuk kepada Jabatan Teknologi Maklumat untuk bantuan dan nasihat.

viii. Membuat salinan data (copy) pada storan tambahan seperti USB atau external harddisk sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kerosakan tidak dijangka pada harddisk, yang boleh menyebabkan kehilangan data.

7.4.3 Selain penjagaan perkakasan dan perisian, cara penggunaan juga memainkan peranan seperti: a) Tutup komputer anda dengan betul iaitu dengan menekan

menu START - SHUT DOWN/TURN OFF COMPUTER – OK/TURN OFF. Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda disyorkan menggunakan menu STAND BY.

b) Letakkan CD-ROM di dalam bekasnya (Jewel Box) untuk elak dari debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan kilat.

7.5 Penjagaan Pencetak

7.5.1 Pencetak merupakan peralatan penting yang membantu mengeluarkan output sama ada daripada komputer peribadi atau komputer riba.

7.5.2 Ia sangat sensitif kepada habuk dan perlu penjagaan seperti berikut:

i. Bersihkan atau lap badan pencetak dengan kain atau tisu lembab

Kerap mengelap pencetak dengan kain untuk menghilangkan habuk.

ii. Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau berus kecil sebaik-baiknya setiap satu atau dua minggu.

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 15

Buka penutup pencetak untuk membersihkan kawasan dalam pencetak yang berhabuk.

iii. Jika perlu, bungkus pencetak dengan plastik agar terhindar dari kotoran.

iv. Keluarkan bekas ink/toner dan cuci di kawasan tersebut. Kartrij pencetak dipenuhi penghubung halus yang mempengaruhi hasil cetakan, pastikan pemasangan ink/toner mengikut panduan yang disediakan di dalam kotak.

v. Jimatkan penggunaan pencetak jika perlu agar kualiti cetakan sentiasa optimum dan penggunaan dakwat menjadi lancar.

vi. Matikan suis pencetak jika tidak digunakan.

vii. Gunakan Diagnostic Tools yang selalunya dibekalkan bersama pencetak. Pelajari perisian tersebut kerana maklumat yang disediakan boleh membantu pengguna mengatasi permasalahan dalam mencetak serta panduan penggunaan.

viii. Matikan pencetak jika gagal mencetak. Kegagalan mencetak boleh diatasi dengan mematikan butang suis pencetak, kemudian cabut kabel dari PC yang digunakan (Local Printer). Setelah sepuluh minit, pasangkan kabel tersebut pada plug, hidupkan semula pencetak. Kemudian cuba cetak kembali. Sekiranya masalah masih berlarutan, sila hubungi talian helpdesk jabatan teknologi Maklumat (JTM) ditalian sambungan 1110 untuk nasihat dan bantuan.

7.6 Langkah-langkah Ergonomik yang Perlu Diikuti

7.6.1 Amalkan langkah-langkah ‘ergonomik’ (istilah yang merujuk kepada sesuatu reka bentuk peralatan yang direka untuk kesesuaian fizikal manusia) di ruang kerja bagi mengelakkan simptom-simptom seperti:

i. Computer Vision Syndrome (CVS) - Sindrom sementara yang disebabkan oleh pemfokusan mata dengan computer

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 16

display akibat kerja computer terlalu lama. Antara simptom CVS adalah seperti pening, keletihan dan sakit leher.

ii. Repetitive Strain Injury (RSI) - Kerosakan tisu dan otot yang boleh mengakibatkan kesakitan, akibat keletihan yang melampau.

7.6.2 Langkah-langkah ergonomik yang disarankan adalah seperti berikut:

i. Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ke tahap sederhana dan pastikan skrin monitor di kedudukan yang kurang atau tiada silau. Silau dari tingkap boleh dikurangkan dengan kedudukan monitor yang menghadang tingkap atau penggunaan langsir supaya kecerahan ruang kerja boleh diubah dari semasa ke semasa.

ii. Menggunakan komputer terlalu lama tanpa henti boleh menyebabkan keletihan pada mata. Anda dinasihatkan mengalih pandangan dari skrin monitor sesekali dan fokus pada sesuatu objek yang jauh.

iii. Tempatkan monitor di kedudukan hadapan anda dengan jarak yang selesa. Jika banyak menggunakan dokumen, anda dinasihatkan untuk meletakkannya di hadapan anda dan monitor pada sebelahnya. Cuba posisikan kedudukan paling atas skrin di bawah garis pandangan anda semasa duduk menghadap papan kekunci.

iv. Sebelum memulakan kerja:

Ubah kedudukan skrin monitor, papan kekunci, tetikus dan dokumen tugasan pada kedudukan yang paling selesa. Pastikan ada ruang untuk menggunakan tetikus dengan mudah dan rehatkan pergelangan tangan semasa tidak menaip.

Ubah kedudukan pada kedudukan yang selesa dari segi jarak penglihatan dan postur. Skrin seharusnya mempunyai jarak 18 hingga 30 inci dari anda mengikut kesesuaian.

Teknik penggunaan papan kekunci dan tetikus adalah penting. Pastikan kedudukan bahagian atas badan berada pada kedudukan yang tenang dan jangan memaksa pergelangan tangan serta jari anda bergerak berlebihan. Secara amnya, lengan anda perlulah berada di kedudukan mendatar dan siku berada sejajar dengan papan kekuncidan tetikus seperti rajah di bawah:

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 17

Kedudukan yang betul Siku sejajar dengan papan kekunci

v. Sekiranya kaki tidak sampai pada lantai di kedudukan anda

yang paling selesa, gunakan tempat rehat kaki.

vi. Gunakan pemegang dokumen (document holder) jika melakukan kerja-kerja salinan dari dokumen ke komputer.

7.6.3 Jenis kerja dan peralatan media yang digunakan menjadi

penentu kepada jangka masa yang perlu diambil untuk berehat bagi mengelakkan keletihan. Secara amnya:

i. Anda perlu berhenti seketika sebelum benar-benar letih.

ii. Berehat dalam masa yang pendek tetapi kerap lebih memuaskan dari berehat dalam jangka masa yang lama. Berehat dalam jangka masa30 saat - 2 minit setelah 20 – 30 minit menggunakan komputer adalah lebih efektif berbanding 15 minit setiap 2 jam.

iii. Sebaik-baiknya jauhkan pandangan dari skrin semasa berehat dan elakkan aktiviti yang hampir sama dengan kerja anda seperti menulis atau bermain silang kata.

7.6.4 Tutup komputer peribadi dan pencetak dengan penutup plastik

atau kain sekiranya ia tidak digunakan agak lama

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 18

8.0 CARTA ALIR CARTA ALIR PROSES PENYELENGGARAAN ICT JABATAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

Penyelenggaraan pencegahan

Jadual penyelenggaraan pencegahan

Senarai kakitangan dan peralatan ICT

Penyelenggaraan

Prosedur aduan kerosakan

Penyelenggaran selesai

Tidak

Ya

Tamat

OK

Baiki

Mula

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileboleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 165 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Penjagaan Dan Penggunaan Komputer Peribadi,Komputer Riba Dan Pencetak 19

9.0 PENUTUP

9.1 Jangka hayat dan ketahanan komputer peribadi, komputer riba dan pencetak sangat bergantung kepada bagaimana cara penggunaan dan penjagaan oleh pengguna.

9.2 Dengan adanya manual ini ia dapat membantu pengguna untuk menjaga

dan menggunakan perkakasan seperti komputer peribadi, komputer riba dan pencetak dengan betul seterusnya mlancarkan tugas harian.