i
SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN
TEKNOLOGI WAP
NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOVEMBER 2007
ii
iii
iv
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah, Segala Puji-pujian bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat baginda serta kaum
Muslimin dan Muslimat. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurnia dan limpahNya laporan
akhir projek sarjana muda ini disiapkan.
Ungkapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga yang tercinta.
Buat ayah dan mama tersayang yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang,
nasihat dan dorongan.
Penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada penyelia projek, En Noh Abd Samad di
atas tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan laporan dan
pembangunan projek ini.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang membantu dalam menyiapkan
laporan dan pembangunan sistem ini secara langsung dan tidak langsung. Jasamu tidak
akan dilupakan. Akhir kata, hanya Allah Yang Maha Esa dapat membalasnya dan
‘Membangun Bersama Islam’.
vi
ABSTRAK
Permintaan terhadap produk makanan dan minuman yang halal semakin
meningkat dan menjadi keperluan utama kepada masyarakat pada masa kini. Menerusi
perkembangan pesat teknologi maklumat terutamanya dalam bidang komunikasi telah
membuka ruang bagi penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan kehendak dan
keperluan harian manusia. Kewujudan sistem yang berasaskan teknologi tanpa wayar
(WAP) ini membolehkan pengguna mengetahui status halal sesuatu produk makanan dan
minuman dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka yang menyokong capaian
WAP dan pada masa yang sama aduan boleh dibuat sekiranya terdapat produk yang
diragui status halalnya. Selain itu, penggunan laman web digunakan untuk membolehkan
JAKIM menguruskan rekod produk serta rekod aduan yang telah dihantar oleh pengguna.
Secara tidak langsung JAKIM dapat mengenalpasti produk-produk yang melanggari
peraturan penggunaan logo halal. Selain itu, turut membantu pengeluar mempromosikan
produk-produk halal yang lain. Metodologi prototaip digunakan dalam pembangunan
kerana proses penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang bagi
memantapkan lagi fungsi yang ada. Kewujudan sistem ini sedikit sebanyak memberi
impak yang berkesan dalam kehidupan harian kita.
vii
ABSTRACT
High demand for halal food and baverages is increasing day by day and had
become more important for generations nowdays. Through information technology
rapidly developed especially in communication, open an oppurtunity to solve human
problems and fulfill basic needs. The existance of technology based on Wireless
Application Protocol (WAP) enable user to identify food and beverages halal status via
handphone has supported the WAP function and at the same time enable user to post a
report if they curious about the product status. Beside that, through website, JAKIM be
enable to manage product records and report submitted by user. Also JAKIM can identify
products which is violated the usage of halal icons status. Thus, it helps manufacturer to
promote their other halal products. In this system, evolution prototype being used to
enable modification and enchancement in future. The existance of this system, gave a
substantial impact on our daily life as a muslim.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI ISTILAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENGENALAN PROJEK 1-5
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Matlamat 4
1.4 Objektif 4
1.5 Skop 4
ix
1.6 Justifikasi / Kepentingan 5
2 KAJIAN LITERATUR 7-25
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Semakan Produk Halal Semasa 8
2.3 Analisis Masalah Mengenai Sistem Sedia Ada 9
2.4 Proses Permohonan Logo Halal 10
2.5 Protokol Aplikasi Tanpa Wayar (WAP) 12
2.5.1 Perbandingan Di antara Internet Konvensional dan
Aplikasi Tanpa Wayar 14
2.5.2 Senibina WAP 14
2.5.2.1 Lapisan Aplikasi 16
2.5.2.2 Lapisan Sesi 16
2.5.2.3 Lapisan Transaksi 17
2.5.2.4 Lapisan Keselamatan 18
2.5.2.5 Lapisan Pengangkutan 19
2.5.3 Kelebihan dan Kelemahan WAP 19
2.6 Pembangunan Aplikasi WAP 20
2.6.1 Keselamatan dalam WAP 20
2.6.2 Komponen-komponen WAP 20
2.7 Wireless Markup Language (WAP) 21
2.8 Hypertext Preprocessor (PHP) 22
2.8.1 Kelebihan PHP 23
2.8.2 Kekurangan PHP 23
2.9 APACHE versi 2.2.4 23
2.10 Nokia Mobile Toolkit versi 4.1 24
2.11 Macromedia Dreamweaver MX 2004 25
2.12 Ringkasan 25
x
3 METODOLOGI 26-33
3.1 Pendahuluan 26
3.2 Metodologi Prototaip 27
3.2.1 Fasa Perancangan 28
3.2.2 Fasa Analisis 29
3.2.3 Fasa Rekabentuk 29
3.2.4 Fasa Implementasi dan Pengujian 30
3.3 Justifikasi Penggunaan Metodologi 30
3.4 Analisis Keperluan Sistem 31
3.4.1 Spesifikasi Perkakasan 31
3.4.2 Spesifikasi Perisian 31
3.5 Ringkasan 33
4 ANALISIS DAN REKABENTUK 34-66
4.1 Pendahuluan 34
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 35
4.3 Rajah Kes Guna 36
4.3.1 Model Rajah Kes Guna 37
4.3.1.1 Aktor Pengguna Sistem 38
4.3.1.2 Aktor Pentadbir Sistem 39
4.4 Keterangan Kes Guna 39
4.4.1 Keterangan Kes Guna untuk Pengguna 39
4.4.2 Keterangan Kes Guna untuk Pentadbir Sistem 41
4.5 Rajah Jujukan 42
4.5.1 Rajah Jujukan Pentadbir Sistem 42
4.5.2 Rajah jujukan Pengguna 43
4.6 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 48
4.6.1 Antaramuka Pentadbir Sistem 48
4.6.1.1 Antaramuka Menu Utama 50
4.6.1.2 Antaramuka Senarai Pentadbir Sistem 51
4.6.1.3 Antaramuka Senarai Produk 52
xi
4.6.1.4 Antaramuka Senarai Pengeluar 53
4.6.1.5 Antaramuka Senarai Aduan 54
4.6.2 Antaramuka Pengguna WAP 55
4.6.2.1 Antaramuka Semakan Produk 56
4.6.2.2 Antaramuka Logo Halal 58
4.6.2.3 Antaramuka Info Halal 59
4.6.2.4 Antaramuka Aduan 60
4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 61
4.7.1 Rekabentuk Pangkalan Data Logikal 62
4.7.2 Rekabentuk Pangkalan Data Fizikal 62
4.7.2.1 Jadual Pentadbir Sistem (Admin) 62
4.7.2.2 Jadual Produk 63
4.7.2.3 Jadual Pengeluar 64
4.7.2.4 Jadual Aduan 65
4.8 Ringkasaan 66
5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 67-86
5.1 Pendahuluan 67
5.2 Teknologi Pembangunan Aplikasi 68
5.3 Implementasi 68
5.3.1 Aturcara Untuk Laman Web 69
5.3.1.1 Mengisytihar Pangkalan Data 69
5.3.1.2 Login ke Sistem oleh Pentadbir Sistem 70
5.3.1.3 Lihat Senarai Pada Pangkalan Data 73
5.3.1.4 Menambah Data Ke Dalam Pangkalan Data 74
5.3.1.5 Mengemaskini Data di Pangkalan Data 75
5.3.1.6 Memadam Data di Pangkalan Data 76
5.3.1.7 Proses Carian Data di Pangkalan Data 76
5.3.2 Aturcara Untuk Sistem Pada Telefon Bimbit (WAP) 76
5.3.2.1 Aturcara Untuk Semakan 77
5.3.2.2 Aturcara Untuk Aduan 79
5.4 Proses Pengujian 81
xii
5.4.1 Pengujian Kotak Hitam 82
5.4.2 Pengujian Kotak Putih 82
5.4.3 Pengujian Penerimaan 83
5.5 Pengujian Sistem 83
5.5.1 Pengujian Login Pentadbir Sistem 83
5.5.2 Pengujian Menambah Data 84
5.5.3 Pengujian Kemaskini Data 84
5.5.4 Pengujian Semakan Produk dan Pengeluar 85
5.5.5. Pengujian Aduan 86
5.6 Ringkasan 86
6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 87-90
6.1 Hasil dan Pencapaian 87
6.2 Masalah dan Kelemahan Sistem 88
6.3 Cadangan Pembaikan 89
6.4 Kesimpulan 90
RUJUKAN 92-93
LAMPIRAN A-H 94-131
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbandingan antara Internet Konvensional dan
Aplikasi Tanpa Wayar 14
2.2 Fungsi Pelayan Mikro Pada WAE 16
2.3 Kelebihan dan Kelemahan WAP 19
2.4 Komponen-komponen Asas WAP 21
4.1 Jadual Admin (Pentadbir Sistem) 63
4.2 Jadual Produk 64
4.3 Jadual Pengeluar 65
4.4 Jadual Aduan 66
5.1 Keputusan bagi Pengujian Login untuk
Pentadbir Sistem 84
5.2 Hasil bagi Pengujian Memasukkan Data Baru 84
5.3 Hasil Pengujian Kemaskini Data 85
5.4 Hasil Pengujian Semakan dari Pengguna 85
5.5 Hasil Pengujian Aduan dari Pengguna 86
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Hubungan Antara Telefon Bimbit ke Internet 13
2.2 Himpunan Protokol 15
2.3 Kod Aturcara Untuk header WML 24
3.1 Metodologi Prototaip 28
4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 35
4.2 Kes Guna Pentadbir Sistem 37
4.3 Kes Guna Pengguna 38
4.4 Rajah Jujukan bagi Pentadbir Sistem 43
4.5 Rajah Jujukan Pengguna bagi Menu Utama 44
4.6 Rajah Jujukan Pengguna bagi Menu Semakan 45
4.7 Rajah Jujukan Pengguna bagi Menu Logo Halal
dan Info Halal 46
4.8 Rajah Jujukan Pengguna bagi Aduan 47
4.9 Laman Pertama Sistem 48
4.10 Login Pentadbir Sistem 49
4.11 Menu Utama 50
4.12 Senarai Pentadbir 51
4.13 Senarai Produk 52
4.14 Senarai Pengeluar 53
4.15 Senarai Aduan 54
4.16 Menu Utama 55
4.17 Menu Semakan 56
4.18 Menu Semakan Nama Pengeluar 57
xv
4.19 Menu Logo Halal 58
4.20 Menu Info Halal 59
4.21 Menu Aduan 60
4.22 Sub Menu Borang Aduan 61
5.1 Pengisytiharan Pangkalan Data Kaedah Wizard 69
5.2 Pengisytiharan Pangkalan Data Kaedah Biasa 69
5.3 Kod Aturcara PHP untuk Pentadbir Sistem 71
5.4 Kod Aturcara restrict access to page 72
5.5 Kod Aturcara Papar Senarai 73
5.6 Kod Aturcara Simpan Data ke Pangkalan Data 74
5.7 Kemaskini Data di Pangkalan Data 75
5.8 Kod Aturcara Memadam Data di Pangkalan Data 76
5.9 Kod Aturcara Menu Utama di Telefon Bimbit WAP 77
5.10 Kod Aturcara Semakan Melalui Bar Kod 78
5.11 Kod Aturcara Keputusan Semakan Melalui Bar Kod 78
5.12 Kod Aturcara Semakan Melalui Nama Pengeluar 79
5.13 Kod Aturcara Bagi Aduan 80
5.14 Kod Aturcara Bagi Aduan Menerusi Panggilan
Telefon 80
5.15 Kod Aturcara Bagi Aduan 80
5.16 Kod Aturcara Keputusan Aduan 81
xvi
SENARAI SINGKATAN
ASP - Active Server Page
CPU - Central Processor Unit
GPRS - General Packet Radio Services
HTML - Hypertext Markup Language
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri
MAIN - Majlis Agama Islam Negeri
OLAP - Online Analytical Processing
OSI - Open System Interconnection
PDA - Personal Digital Assistant
PHP - Hypertext Preprocessor
RAM - Random Access Memory
ROM - Read Only Memory
SSL - Secure Socket Layer
SMS - Short Messaging System
TCP/IP - Transmission Control Protocol/ Internet Protocol
TLS - Transport Layer Security
UML - Unified Modeling Language
URL - Uniform Resource Locator
WAE - Wireless Application Enviornment
WAP - Wireless Application Protocol
WDP - Wireless Datagram Protocol
WML - Wireless Markup Language
WSP Wireless Session Protocol
WTLS - Wireless Transport Layer Security
xvii
WTP - Wireless Transaction Protocol
WWW - World Wide Web
xviii
SENARAI ISTILAH
BAHASA MALAYSIA BAHASA INGGERIS
Cakera Keras Hard Disk
Jalur Lebar Bandwidth
Laman Web Website
Katalaluan Password
Log Masuk Login
Log Keluar Logout
Papan Kekunci Keypad/keyboard
Pelayan Server
Pelayan Mikro Microbrowser
Rangkaian Tanpa Wayar Wireless Network
Skrin Screen
Skrip Script
Tanpa Wayar Wireless
Tanpa Sambungan Connectionsless
Telefon Bimbit Handphone
Tetikus Mouse
Tulisan Text
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Gantt Projek PSM 1 95
B Carta Gantt Projek PSM 2 97
C Carta Organisasi JAKIM 99
D Borang Kaji Selidik 101
E Antaramuka Sistem Sedia Ada (Portal Halal) 103
F Antaramuka Sistem Sedia Ada (SMS) 105
G Ralat Sistem 108
H Manual Pengguna 111
xx
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Ketika ini terdapat pelbagai teknologi maklumat baru muncul dengan pesatnya
disebabkan kadar permintaan dan keperluan yang tinggi oleh masyarakat pada masa ini
dengan anggapan bahawa teknologi ini dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja
serta urusan masing-masing. Lantaran itu terdapat banyak aplikasi-aplikasi teknologi
maklumat yang menggunakan kaedah aplikasi jenis berwayar seakan tidak relevan
digunakan lagi. Oleh sebab itu teknologi protokol aplikasi tanpa wayar (WAP) dicipta
untuk beroperasi pada peranti tanpa wayar bagi mencapai internet. Melalui teknologi ini,
penghantaran maklumat seperti semakan produk halal boleh dicapai dengan mudah dan
pantas di mana hanya diperlukan telefon bimbit sahaja.
Secara asasnya WAP merupakan teknologi yang membolehkan pengguna
mencapai aplikasi interaktif seperti melayari Internet dari telefon bimbit. Melalui WAP,
kandungan yang disedia khusus bagi aplikasi ini akan dapat dilayari walaupun dengan
menggunakan input melalui papan kekunci kecil dan monitor terhad di telefon bimbit.
WAP juga dapat memberikan kebolehan lebih dari sekadar perkhidmatan pesanan ringkas
atau Short Messaging System (SMS) seperti mana yang ditawarkan oleh telefon bimbit
digital sekarang ini. Jika SMS membenarkan pesanan teks statik sahaja, aplikasi WAP
pula boleh disediakan dalam bentuk gambar, teks dan bersifat interaktif.
Adanya Sistem Semakan Produk Halal Berasaskan Teknologi WAP ini, pengguna
dapat mengakses sistem ini menerusi telefon bimbit masing-masing di mana sahaja berada
xxi
bagi memastikan bahawa produk yang mereka ingin beli tersebut adalah disahkan halal
atau tidak. Sementara itu aduan boleh dibuat secara terus kepada pihak JAKIM sekiranya
terdapat keraguan pada penggunaan logo halal sesuatu produk makanan dan minuman.
Secara tidak langsung membantu pihak yang terbabit iaitu JAKIM dapat
mengenalpasti pengeluar yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan setelah
mengambil kira aduan yang telah dibuat oleh pengguna menerusi sistem ini. Pengguna
juga dapat melihat produk halal yang lain dari pengeluar yang sama sekiranya semakan
tersebut menunjukkan status sijil sah halal atau status sijil tamat tempoh. Pada masa yang
sama membantu pengeluar mempromosikan produk-produk halal mereka yang lain.
1.2 Latar Belakang Masalah Pada masa ini keperluan terhadap produk halal semakin meningkat. Justeru itu,
pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan sistem semakan
produk halal di pasaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan orang
ramai terutamanya pengguna untuk mengetahui status produk tersebut. Namun terdapat
kelemahan dan kekurangan pada sistem tersebut.
Pertama, sistem yang sedia ada tidak memaparkan dan menerangkan maklumat
dengan terperinci, di mana selepas bar kod sesuatu produk yang hendak disemak dihantar
ke 32728, pengguna hanya memperolehi maklumat berbentuk teks sahaja dalam tiga
keadaan sahaja iaitu sijil sah, sijil tamat tempoh dan tiada dalam senarai serta maklumat
syarikat iaitu pengeluar produk tersebut.
Di samping itu, format bagi penggunaan untuk menulis perkhidmatan SMS adalah
agak terhad untuk beberapa jenis model. Ini kerana terdapat beberapa model telefon
bimbit yang lama mempunyai format capian untuk menggunakan SMS kurang dari 160
patah perkataan. Selain itu juga, perkhidmatan SMS tidak dapat menampung format yang
berasaskan gambar. Sekiranyan gambar dapat dimuatkan bersama sistem semakan ini
xxii
ianya dapat mengesahkan produk tersebut merupakan produk yang disemak oleh
pengguna.
Selain itu sistem sebelum ini tidak menyediakan fungsi yang membolehkan
pengguna membuat laporan atau aduan sekiranya status produk tidak sah halal atau tiada
dalam senarai JAKIM walhal terdapat logo halal pada produk tersebut.
Di samping itu, pengguna tidak dapat melihat atau menyemak produk-produk yang
lain dikeluarkan oleh syarikat terbabit. Sebagai contoh selepas semakan dibuat status
produk akan dipaparkan, namun gambar produk yang disemak tidak dipaparkan dan
pengguna tidak boleh melihat produk lain yang dikeluarkan oleh pengeluar terbabit.
Sistem yang menggunakan SMS boleh dirujuk pada LAMPIRAN F.
Selain kelemahan pada perkhidmatan SMS, penggunaan pada Internet juga dikenal
pasti iaitu pengguna yang tidak mempunyai perkhidmatan Internet di rumah atau kesulitan
untuk mencari kafe siber untuk membuat semakan serta laporan pada laman web JAKIM.
Kesukaran untuk menggunakan laman web yang disediakan oleh pihak JAKIM kerana
mempunyai pelbagai maklumat yang tidak berkaitan dengan cara untuk membuat
semakan dan aduan. Sistem sedia ada yang berasaskan laman web boleh dirujuk pada
LAMPIRAN E.
Terdapat juga kelemahan kecil yang dikenal pasti iaitu waktu puncak atau terdapat
proses menaik taraf daripada pihak ‘provider’ menyebabkan sistem perkidmatan pesanan
ringkat dan Internet gagal berfungsi dengan sempurna.
xxiii
1.3 Matlamat Matlamat projek ini ialah untuk menghasilkan sebuah sistem semakan produk
halal dengan menggunakan WAP menerusi telefon bimbit yang dapat membantu
khususnya pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan produk-produk halal
dengan mudah dan jelas. Disamping itu, fungsi aduan dapat dibuat terus kepada JAKIM
sekiranya terdapat produk yang diragui kesahihan status halalnya.
1.4 Objektif Objektif bagi projek ini adalah:
i. Membangunkan sistem semakan produk halal yang sistematik dan mudah
berasaskan WAP.
ii. Menyediakan fungsi semakan untuk mengetahui status halal sesuatu produk dan
fungsi aduan sekiranya terdapat produk yang diragui status halalnya.
iii. Membolehkan pihak JAKIM mengenalpasti produk makanan dan minuman yang
melanggar peraturan yang telah ditetapkan menerusi aduan daripada pengguna.
1.5 Skop Skop projek ini merangkumi seperti berikut:
i. Mengedarkan borang kaji selidik bagi memahami dan mengetahui
kehendak pengguna dalam memilih sesuatu produk.
ii. Hanya kepada pengguna yang memiliki telefon mudah alih yang
mempunyai capaian GPRS dan teknologi protokol aplikasi tanpa wayar
(WAP).
iii. Sistem ini dijalankan dengan merujuk kepada pihak JAKIM.
iv. Semakan hanya tertumpu kepada produk berteraskan minuman dan
makanan sahaja.
xxiv
v. Pembangunan sistem ini dijalankan dalam persekitaran Windows XP.
1.6 Justifikasi/Kepentingan Projek sistem semakan produk halal ini akan dibangunkan sebagai tuntutan
keperluan kepada pengguna yang berhak untuk mengetahui setiap produk yang mereka
ingin miliki terutamanya produk yang berasaskan keperluan harian khasnya makanan dan
minuman. Secara langsung dapat mengelakkan daripada orang ramai terutama pengguna
daripada tertipu dengan produk yang terdapat di pasaran ketika ini. Ini kerana dalam Islam
sendiri ada menyebutkan ‘mencari yang halal adalah fardu kepada umatnya’ ianya bagi
menjamin kesucian fizikal serta rohani setiap manusia.
Faedah yang terdapat setelah projek ini setelah dihasilkan ialah:
i. Dapat memudahkan serta mempercepatkan proses mengetahui status
produk yang hendak dibeli.
ii. Dapat memberi maklumat yang lengkap untuk sesuatu produk yang
disemak.
iii. Mengelakkan kekeliruan atau penipuan terhadap produk yang halal atau
haram.
iv. Memantau hasil produk yang dikeluarkan mestilah betul-betul mendapat
pengesahan halal.
v. Membantu pihak yang berkuasa mengambil tindakan sekiranya berlaku
penipuan serta penyalahgunaan logo dan perkataan halal.
vi. Membantu peningkatan atau melariskan hasil produk yang dikeluarkan.
Pihak yang akan memperolehi faedah-faedah tersebut ialah:
i. Orang ramai terutamanya pengguna yang hendak membeli sesuatu produk
makanan dan minuman.
xxv
ii. Pihak berkuasa seperti JAKIM dan lain-lain.
iii. Pihak syarikat (pengeluar) yang mengeluarkan produk betul-betul halal.