sistem rumah

28
Sistem Rumah merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) premier. Pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua Sekolah Berasrama Penuh. Ini merupakan langkah proaktif Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai misi dan matlamat SBP dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diharapkan pelaksanaan Sistem Rumah akan melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah, berkepimpinan dan mempunyai daya saing tinggi yang akan memacu masyarakat masa depan ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. 2.1 FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2.2 MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH PENDAHULUAN Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembang kebolehan murid-murid yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Upload: zazali-mohamad

Post on 11-Mar-2016

280 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Panduan Sistem Rumah

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Rumah

Sistem Rumah merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama

Penuh (SBP) premier. Pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua

Sekolah Berasrama Penuh. Ini merupakan langkah proaktif Sektor Sekolah Berasrama

Penuh, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai misi dan

matlamat SBP dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diharapkan

pelaksanaan Sistem Rumah akan melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah,

berkepimpinan dan mempunyai daya saing tinggi yang akan memacu masyarakat masa

depan ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

2.1 FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

2.2 MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

2.3

MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH

PENDAHULUAN

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi

menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna

untuk memupuk dan memperkembang kebolehan murid-murid yang berpotensi

ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan

bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan

negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan

ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme

bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi

aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21.

Page 2: Sistem Rumah

2.4 NILAI-NILAI TERAS SEKOLAH BERASRAMA PENUH

3.

KONSEP DAN PRINSIP SISTEM RUMAH

Sistem Rumah merupakan pelaksanaan penempatan murid di bawah satu bumbung

(Rumah) dengan pendekatan vertikal berbanding dengan pendekatan horizontal di

bilik darjah. Alternatif ini merupakan pendekatan ke arah memupuk semangat

1. Mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif

2. Memperbanyakkan murid bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara

3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kepemimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat

4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia

5. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja

6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat alam remaja

7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang

8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan murid SBP

9. Menghasilkan murid-murid yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana

10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020

Berpegang teguh pada agama Berilmu Berfikir Rajin Berani Ikram Sentiasa mengejar kecemerlangan Berbakti

Page 3: Sistem Rumah

kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan murid yang berasal dari latar

belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan budaya yang berbeza. Justeru Sistem Rumah akan meningkatkan jalinan kerjasama dan pembangunan darjah emosi (EQ) untuk menghasilkan murid-murid yang mempunyai jati diri, berketerampilan dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi, sebagai sumber tenaga cemerlang dan bijaksana kepada pembangunan masa depan negara. Sistem Rumah ini juga berperanan sebagai perekayasa sosial (social

reengineering) bagi melahirkan amalan budaya positif dalam kalangan murid untuk

mencapai kecemerlangan modal insan seterusnya memupuk dan mengembangkan

semangat kekitaan.

3.1 Matlamat Strategik

3.1.1 melahirkan sekolah yang unik dan istimewa ‘school with character’.

(Sekolah Berwatak).

3.1.2 membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek,

3.1.3 memperkasa jati diri murid, berketrampilan, berkeyakinan, berdaya

saing dan berdaya pimpin,

3.1.4 mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan

murid ,

3.1.5 mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan ’sense of

belonging’ dengan menanam perasaan “menyayangi yang muda,

menghormati yang tua” di antara ahli Rumah.

3.2 Konsep Asas

3.2.1 Setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya empat ( 4 ) buah

Rumah tetapi tidak melebihi daripada enam ( 6 ) buah Rumah.

Page 4: Sistem Rumah

3.2.2 Rumah boleh dinamakan mengikut kesesuaian pihak sekolah,

contohnya tokoh sejarah, ilmuan dan individu yang berjasa kepada

negara.

3.2.3 Setiap murid dan guru mesti mempunyai Rumah kecuali Pengetua.

3.2.4 Pembahagian Rumah bagi murid dan guru kekal sepanjang

persekolahan dan perkhidmatan di sekolah berkenaan.

3.2.5 Setiap Rumah dikehendaki mempunyai identiti sendiri meliputi warna,

logo, motto, bendera, lagu Rumah dan lagu sorak.

3.2.6 Setiap Rumah mempunyai struktur organisasi seperti yang telah

ditetapkan.

3.2.7 Ketua Rumah yang dilantik mestilah seorang Pengawas.

3.2.8 Penempatan murid di kelas tidak semestinya mengikut Rumah.

3.3 Elemen

Sistem Rumah mempunyai elemen tersendiri yang sewajarnya dijadikan garis

panduan kepada semua Sekolah Berasrama Penuh. Elemen-elemen tersebut

berdasarkan :

3.3.1 Penempatana. Penempatan murid di asrama bermula semasa pendaftaran ke

Tingkatan 1, 4 dan/atau Tingkatan 6 Bawah.

b. Pengagihan murid adalah berdasarkan analisis statistik strata

(stratified statistical analysis):

i. Status murid – biasa dan projek khas

ii. Anak-anak bekas murid (alumni)

iii. Adik beradik kembar

iv. Murid yang mempunyai kakak/abang yang sedang

menuntut di sekolah yang sama.

BIL STATUS MURID PENEMPATAN RUMAH

1. Setiap murid dikategorikan

mengikut :

i. murid biasa

Setiap Rumah hendaklah dianggotai

secara seimbang berdasarkan status

murid daripada setiap kategori

Page 5: Sistem Rumah

ii. projek khas

2. Anak-anak bekas murid Ditempatkan di Rumah yang sama

seperti ayah atau ibunya

3. Adik beradik kembar Adik beradik kembar ditempatkan

dalam Rumah yang sama

4. Murid yang mempunyai

kakak/abang yang sedang

menuntut di sekolah yang sama

Ditempatkan di Rumah yang sama

dengan kakak atau abangnya

c. Penempatan murid boleh dilaksanakan berdasarkan empat

(4 )

model berikut:-

Model A : Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 di bawah

satu blok / aras / kamar

( 1+2+3+4+5 )

Model B : Tingkatan 1 berasingan

Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 di bawah satu

blok / aras / kamar

(1) + (2+3+4+5)

Model C : Tingkatan 1, 2, 3, 4 di dalam satu

blok / aras / kamar

Tingkatan 5 berasingan

(1+2+3+4) + (5)

Model D : Tingkatan 1 berasingan

Tingkatan 2, 3, 4 di dalam satu

blok / aras / kamar

Tingkatan 5 berasingan

(1) + (2+3+4) + (5)

d. Penempatan Rumah adalah mengikut blok tetapi dalam

keadaan prasarana terhad, penempatan Rumah dibenarkan

mengikut aras dan kamar, di mana setiap aras atau kamar

didiami oleh ahli Rumah yang sama.

e. Penempatan Warden juga adalah mengikut Rumah / blok.

Warden berkenaan secara automatik bertanggungjawab

sepenuhnya kepada ahli Rumah / blok yang didiaminya.

Page 6: Sistem Rumah

f. Kedudukan di dewan makan adalah berasaskan kepada setiap

meja dianggotai oleh murid daripada pelbagai tingkatan dari

Rumah yang sama

3.3.2 Penilaian

Penilaian Sistem Rumah mengambil kira pencapaian murid dalam

akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K (Keselamatan, Keceriaan dan

Kebersihan). Pencapaian cemerlang oleh ahli Rumah akan diberi

pengiktirafan manakala pencapaian yang tidak sampai ke tahap yang

ditetapkan akan dikenakan penalti. Sistem ini akan mewujudkan satu

persaingan yang sihat dalam kalangan murid dengan menanamkan

sifat ingin bertanding dan menyumbangkan sesuatu kejayaan bagi

meningkatkan kecemerlangan Rumah.

3.3.3 Pengiktirafan

Majlis pengiktirafan Sistem Rumah hendaklah diadakan sekali atau

dua kali setahun.

Kategori yang diberi pengiktirafan adalah seperti berikut ;

i. Rumah Terbaik Akademik

i. Rumah Terbaik Kokurikulum

ii. Rumah Terbaik Sahsiah

iii. Rumah Terbaik 3K

iv.Murid Terbaik Keseluruhan

v. Rumah Terbaik Keseluruhan

Semua anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian tertinggi pada

tahun semasa dalam kategori yang berkaitan. Sekiranya berlaku

persamaan markah untuk Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan atau

Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan, Pengetua mempunyai kata

pemutus di mana pertimbangan utama adalah berasaskan markah

akademik.

4 PELAKSANAAN SISTEM RUMAH

Page 7: Sistem Rumah

4.1Struktur Organisasi Pengurusan Sistem Rumah

4.1.1 Induk

Gur

Penolong Kanan HEMPenolong Kanan

Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras

Penolong Penyelaras

Ketua Guru Rumah Ketua Guru Rumah Ketua Guru Rumah Ketua Guru Rumah

Pen. Ketua Guru Rumah

Guru Biro Akademik Guru Biro Kokurikulum Guru Biro Sahsiah Guru Biro 3K

Guru Rumah Guru Rumah Guru Rumah Guru Rumah

Pengetua

Page 8: Sistem Rumah

4.1.2 Murid

PANDUAN TUGAS AJK RUMAH

4.2.10 Ketua Rumah

i. Membantu Ketua Guru Rumah dan Guru-guru Rumah untuk

mencapai kecemerlangan Rumah

ii. Menjadi contoh kepada semua ahli Rumah

iii. Memastikan semua rekod dan dokumen yang berkaitan dengan

Rumah disimpan dan dikemaskini dengan baik

Ketua Guru Rumah

Pen. Ketua Guru Rumah

Guru Rumah

Ketua Rumah

Pen. Ketua Rumah

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

Ketua Biro Akademik Ketua Biro Kokurikulum Ketua Biro Sahsiah Ketua Biro 3K

Wakil Tingkatan Sukan / Permainan

Kelab/Persatuan

Badan Berunifom

Disiplin

Kerohanian

Kebajikan

Ketua Kamar

Ketua Bilik Khas

Page 9: Sistem Rumah

iv. Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan ahli Rumah

v. Memantau keselamatan,kebersihan dan keceriaan kamar/blok di

bawah kawalannya

vi. Memberi semangat kepada ahli Rumah untuk mencapai

kecemerlangan Rumah

vii. Mempengerusikan perjumpaan Rumah

viii. Meneliti laporan daripada ketua kamar/biro di bawah kawalannya dan

mengambil tindakan yang sewajarnya

ix. Mengadakan perbincangan dengan Ketua Guru Rumah untuk

merancang strategi Rumah dalam mencapai kecemerlangan

x. Memastikan setiap ahli memberi komitmen terhadap aktiviti yang

dianjurkan oleh pihak sekolah

4.2.11 Penolong Ketua Rumah

i. Membantu Ketua Rumah mencapai kecemerlangan Rumah

ii. Menjalankan tugas Ketua Rumah sewaktu ketiadaannya.

4.2.10 Setiausaha Rumah

i. Mencatat minit mesyuarat dan perjumpaan Rumah.

ii. Merekod kehadiran ahli Rumah dalam setiap aktiviti

iii. Menyediakan laporan aktiviti yang dijalankan.

iv. Menyediakan draf surat rasmi untuk diluluskan oleh Ketua Guru

Rumah

v. Merekod dan menyimpan surat-surat rasmi.

vi. Merekodkan biodata setiap ahli Rumah

vii. Menyimpan semua rekod pemarkahan Rumah

viii. Mengadakan perbincangan dengan Jawatan Kuasa Rumah untuk

meningkatkan kecemerlangan Rumah

4.2.11 Penolong Setiausaha Rumah

i. Membantu Ketua Rumah mencapai kecemerlangan Rumahii. Menjalankan tugas Ketua Rumah sewaktu ketiadaannya

Page 10: Sistem Rumah

4.2.12 Bendahari Rumah

i. Membantu guru mengutip sejumlah wang untuk kegunaan aktiviti Rumah sebagaimana yang diluluskan oleh Pengetua

ii. Merekodkan semua kutipan wang sebelum diserahkan kepada Ketua Guru Rumah

iii. Menguruskan dan merekod perbelanjaan Rumah untuk sesuatu aktiviti.

iv. Menyediakan dan menyerahkan laporan kewangan kepada Ketua Guru Rumah sebelum cuti akhir tahun

4.2.13 Ketua Biro Akademik

i. Memaklumkan pencapaian akademik kepada semua ahli Rumah

sewaktu perjumpaan Rumah

ii. Menyimpan rekod pencapaian akademik ahli Rumah.

iii. Merancang strategi untuk kecemerlangan akademik ahli Rumah

bersama dengan Ketua Rumah

iv. Memastikan aktiviti akademik yang dirancang berjalan dengan lancar

4.2.12 Ketua Biro Kokurikulum

i. Membantu Ketua Rumah meningkatkan kecemerlangan kokurikulum

Rumah

ii. Menggalakkan penglibatan ahli Rumah secara maksimum dalam

semua aktiviti kokurikulum

iii. Membantu Guru Biro mengemaskini rekod kokurikulum

4.2.13 Ketua Biro Sahsiah/Disiplin/Kerohanian

i. Membantu Ketua Rumah meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah

ahli Rumah

ii. Memastikan ahli Rumah sentiasa menjaga akhlak

iii. Memaklumkan markah disiplin dan sahsiah sewaktu perjumpaan

Rumah

Page 11: Sistem Rumah

4.2.14 Ketua Biro 3K

i. Memastikan kamar dan bilik-bilik khas sentiasa selamat, bersih,

kemas dan ceria

ii. Bekerjasama dengan Ketua Kamar untuk memastikan buku laporan

3K dikemaskini setiap hari

iii. Memaklumkan kepada semua ahli Rumah tentang markah kamar

dan Rumah pada setiap perjumpaan Rumah

iv. Membuat ulasan/komen kepada ahli Rumah setiap kali perjumpaan

Rumah diadakan

v. Menerima laporan segala jenis kerosakan dan memaklumkan kepada

Ketua Guru Rumah dengan kadar segera

vi. Memastikan semua kamar mempunyai pelan pengosongan bangunan

yang akan digunakan sekiranya berlaku kebakaran

4.2.15 Ketua Kamar

i. Mengenali nama dan latar belakang semua ahli kamar.

ii. Menyediakan jadual bertugas ahli kamar.

iii. Memastikan kamar sentiasa bersih dan kemas

iv. Memastikan segala kemudahan asas dijaga dengan baik

v. Melaporkan kepada warden/Ketua Rumah sekiranya ahli kamar sakit

atau menghadapi masalah.

vi. Melaporkan dengan kadar segera sekiranya berlaku kerosakan

kepada Ketua Biro 3K

vii. Menjadi orang yang terakhir meninggalkan kamar untuk memastikan

semua peralatan elektrik ditutup dan kamar dalam keadaan bersih

viii. Memberi perangsang kepada ahli kamar untuk meningkatkan tahap

kebersihan kamar

ix. Melaporkan kepada warden bertugas sekiranya terdapat ahli kamar

yang belum pulang selepas balik bermalam / outing.

x. Memastikan ahli kamar berada dalam kamar selepas lampu

dipadamkan

xi. Memastikan pintu kamar dikunci selepas lampu dipadamkan

Page 12: Sistem Rumah

4.3 Modus Operandi

Keberkesanan Sistem Rumah bergantung kepada pengurusan yang cekap

dalam semua peringkat pelaksanaan. Modus Operandinya adalah seperti

berikut :

4.3.1 Pembentukan Jawatankuasa Induk Sistem Rumah4.3.2 Mesyuarat Jawatankuasa Induk4.3.3 Taklimat Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Rumah4.3.4 Penubuhan Rumah 4.3.5 Pengagihan Blok / Kamar mengikut Rumah4.3.6 Pengagihan murid mengikut Rumah4.3.7 Penempatan murid mengikut kamar4.3.8 Hebahan maklumat mengenai Sistem Rumah kepada semua

warga sekolah4.3.9 Pembentukan Jawatankuasa Murid4.3.10 Menyediakan papan kenyataan Sistem Rumah4.3.11 Mengadakan kursus dalaman tentang perisian ISIS4.3.12 Mengemaskini data asas Sistem Rumah ke dalam ISIS4.3.13 Menjalankan aktiviti yang telah dirancang berdasarkan kepada 4

aspek penilaian Sistem Rumah iaitu akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K

4.3.14 Mengemaskini markah yang berkaitan4.3.15 Mempamerkan markah Rumah di Papan Markah yang telah

ditetapkan4.3.16 Memberi pengiktirafan berdasarkan anugerah yang telah

ditetapkan4.3.17 Memantau dan menyelia pelaksanaan Sistem Rumah secara

sistematik sepanjang masa4.3.18 Proses Kerja / Carta Alir / Senarai Semak Pelaksanaan Sistem

Rumah

Page 13: Sistem Rumah

4 Program Sokongan

4.4.1 Buku Piawaian Kualiti Asrama (PKA)

Buku Piawaian Kualiti Asrama, Sekolah Berasrama Penuh diterbitkan

sebagai satu usaha untuk mewujudkan tahap penandarasan

(benchmarking) yang perlu ada di asrama. Kekemasan, keceriaan dan

kebersihan asrama merupakan faktor utama dalam menyediakan

persekitaran asrama yang selesa dan kondusif. Oleh itu kemudahan

asrama dan prasarana adalah amat penting dan perlu sentiasa diberi

perhatian yang teliti.

4.4.2 Mentor-Mentee

i. Sistem ‘mentor-mentee’ merupakan pendekatan ‘parenting’ oleh

Guru-guru Rumah yang dianggap sebagai ‘mentor’ dengan murid-

murid di asrama yang dianggap sebagai ‘mentee’.

ii. Tujuan sistem ‘mentor-mentee’ adalah untuk:

mewujudkan hubungan yang jeleket dengan mentee untuk

mengenali mentee dengan lebih mendalam dari aspek

latarbelakang, kedudukan akademik dan disiplin

membantu mentee dalam apa bentuk yang difikirkan wajar dan

sesuai

mentor menjadi pendengar yang baik kepada masalah mentee

dan mencadangkan penyelesaian masalah

membantu urusan kebajikan mentee untuk mengurangkan

tekanan dalam kehidupan di asrama

iii. Sistem mentor-mentee berasaskan rumah yang sama dan boleh

dilaksanakan mengikut model berikut:

Model A – mentee adalah mengikut tingkatan dalam setiap

rumah

Model B – mentee mengikut kamar – campuran dari semua

tingkatan dalam satu kamar.

Page 14: Sistem Rumah

4.4.3 Abang / Kakak Angkat (College Sister (CS) / College Brother (CB)

i. Semasa pendaftaran murid Tingkatan 1, setiap murid baru akan

disediakan seorang kakak / abang angkat yang terdiri

daripada

murid tingkatan 5.

ii. Peranan Abang / Kakak Angkat untuk;

Membantu murid-murid tingkatan 1 melalui kehidupan di

sekolah / asrama dengan teratur.

Memberi dorongan dan nasihat (kaunseling) kepada murid

tingkatan 1 yang mempunyai masalah.

Mengajar cara-cara kehidupan sebenar di sekolah /asrama.

Menjadi contoh ikutan kepada murid tingkatan 1 daripada segi

perilaku dan pelajaran.

Membimbing murid tingkatan 1 dalam mencapai

kecemerlangan akademik.

Memperkenalkan kawasan sekitar sekolah / asrama semasa

orientasi.

Membantu dan membimbing murid hidup berdikari.

4.4.4 Rakan Sebaya (RS)i. Semasa pendaftaran murid Tingkatan 4, setiap murid baru

akan disediakan seorang rakan sebaya yang juga terdiri daripada

murid tingkatan 4.

ii. Peranan Rakan Sebaya (RS) adalah untuk:

Membimbing rakan-rakan kearah kecemerlangan akademik.

Menjadi teladan untuk dicontohi.

Memupuk semangat juang dalam diri rakan.

Nasihat-menasihati kearah kebaikan.

Menjadi tempat untuk meluahkan masalah yang dihadapi.

Dapat bertukar-tukar pendapat.

Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah

Dapat dijadikan sumber inspirasi.

Page 15: Sistem Rumah

4.4.5 Guru Kamar/Blok/Aras/Bilik Khas

Guru Rumah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan memastikan

kamar/ahli kamar seperti yang ditentukan oleh Ketua Guru Rumah

sebagai usaha menyemarakkan semangat Rumah kepada semua guru.

4 PEMARKAHAN SISTEM RUMAHPanduan Pemarkahan ini merupakan satu garis panduan kepada semua SBP

mengenai pemberatan yang perlu digunakan dalam pemberian markah. Prinsip

yang digunakan dalam menyediakan panduan ini adalah berdasarkan kelarasan,

potensi / bakat murid-murid, pembentukan sahsiah / akhlak, adil dan kemampuan

pelaksanaan.

Penilaian Sistem Rumah adalah berdasarkan kepada aturan pemarkahan seperti

berikut:

5.1 Akademik

Pencapaian murid-murid dalam bidang akademik akan menyumbangkan

markah kepada Rumah dan juga dirinya. Markah akan diberi berdasarkan

kepada Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperolehi oleh murid

tersebut berdasarkan kepada jadual di bawah :

5.1.1 Menengah Atas

PNG Keseluruhan Mata4.0 +503.75-3.99 +403.50-3.74 +353.00-3.49 +302.75-2.99 +202.50- 2.74 +102.00 - 2.49 01.50 – 1.99 -100- 1.49 -20

5.1.2 Menengah Rendah

Page 16: Sistem Rumah

PNG Keseluruhan Mata4.0 +503.75-3.99 +403.50-3.74 +303.00-3.49 +202.75-2.99 +52.50- 2.74 02.00 - 2.49 -101.50 – 1.99 -200- 1.49 -30

Hanya 4 peperiksaan akan diambil kira untuk dihimpunkan ke dalam markah

Sistem Rumah seperti di bawah :

Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 Peperiksaan Pertengahan Tahun Peperiksaan Pertengahan Penggal 2 Peperiksaan Akhir Tahun / Peperiksaan Percubaan PMR /

Peperiksaan Percubaan SPM(Nota : Pencapaian murid dalam setiap subjek tidak akan diambil kira di dalam pengiraan markah untuk Sistem Rumah )

5.1 Kokurikulum

Tiga aspek kokurikulum akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah

iaitu

Penglibatan murid dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab,

Badan Beruniform dan Sukan/Permainan

Pencapaian murid dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab,

Badan Beruniform dan Sukan/Permainan dan

Penglibatan murid dalam sesuatu acara seperti Merentas Desa,

Kejohanan Olahraga dan Sukantara

5.1.1 Markah Penglibatan

Peringkat MarkahSekolah 3Zon/Daerah/SBP (Zon) 5Negeri / SBP (Kebangsaan) 10Kebangsaan 15Antarabangsa 20

Page 17: Sistem Rumah

5.1.2 Markah Pencapaian

Peringkat Johan Naib Johan KetigaSekolah 3 2 1Zon/Daerah/SBP (Zon) 5 4 3Negeri / SBP (Kebangsaan)

10 8 6

Kebangsaan 15 13 11Antarabangsa 20 18 16

(Nota : Tiada perbezaan markah berdasarkan jenis acara samada individu atau kumpulan)

5.2.3 Markah Acara

Acara KategoriPenyertaan Kelayakan Pencapaian

Merentas desa

1 2

Johan – 20; Naib Johan- 18Ke-3 – 16; Ke-4 – 14; Ke-5 –12Ke-6 – 10; Ke-7 – 9; Ke-8 – 8Ke-9 – 7; Ke-10 – 6

Sukantara 1 2Road Relay

1 -

Johan – 20; Naib Johan- 18Ke-3 – 16; Ke-4 – 14; Ke-5 – 12 Ke-6 – 10;Ke-7 – 9; Ke-8 – 8Ke-9 – 7; Ke-10 – 6

Perbarisan 1 - Johan – 20;Naib Johan - 10Ke-3 - 5

Contoh:Seorang murid telah mendapat Johan dalam acara Merentas Desa. Markah yang dipungut oleh beliau ialah 23 ( 1 untuk penyertaan, 2 untuk kelayakan dan 20 untuk pencapaian )

5.2 Sahsiah

Aspek sahsiah yang akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah adalah

i. Salah laku ( Demerit )ii. Kepimpinan (Jawatan yang disandang )iii. Khidmat bakti dan “Special Talent”

Page 18: Sistem Rumah

5.3.1 Salah laku

Markah negatif ( demerit ) akan dikenakan kepada semua salah laku

disiplin mengikut kategori seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil KP(BS)8591/Jld. XV11(7) bertarikh 29 Oktober 2003.

Kategori salah laku MarkahBerat -30Sederhana -10Ringan -3

(Nota : Markah tidak dipengaruhi oleh jenis tindakan yang dikenakan ke atas murid apabila melakukan sesuatu salah laku disiplin. Sebagai contoh ‘walaupun seseorang murid itu telah digantung persekolahannya kerana telah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran , markah yang dikenakan ke atas beliau dan rumahnya adalah -10 kerana kesalahan ini adalah di bawah kategori kesalahan sederhana. )

5.3.2 Kepimpinan

Markah untuk kepimpinan murid akan diberi berdasarkan kepada

peringkat jawatan yang disandang iaitu

Peringkat Tinggi Peringkat Sederhana dan Peringkat Biasa

Jawatan MarkahPERINGKAT TINGGIKetua Pengawas 50Penolong Ketua Pengawas 40Kapten Rumah(Kapten Rumah mesti dilantik dari kalangan pengawas)

35

Setiausaha Pengawas 30Bendahari Pengawas 25PERINGKAT SEDERHANAPengawas biasa 20Ketua-ketua Badan Kepimpinan murid yang lain 20Ketua Imam 20PERINGKAT BIASAAJK Badan Kepimpinan murid 10Imam/Bilal 10Naqib/Naqibah 7Ketua Kelas/Ketua Dorm/Ketua Blok 7

Page 19: Sistem Rumah

( Nota : Sekiranya seseorang murid memegang lebih dari satu jawatan, hanya markah dari jawatan yang paling tinggi akan diambil kira )

5.3.3 Khidmat Bakti dan “Special Talent”

Penglibatan murid dalam khidmat bakti di dalam dan luar sekolah juga

akan diberi pengiktirafan dalam Sistem Rumah. Markah-markah akan

diberikan berdasarkan kepada peringkat penglibatan murid-murid dalam

khidmat bakti iaitu:

Khidmat Bakti Peringkat SekolahKhidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan

sekolah oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan

Pelajaran Negeri atau mana-mana institusi di bawah

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara contoh aktiviti khidmat bakti di peringkat sekolah

adalah terlibat sebagai AJK acara rasmi sekolah seperti

Pendaftaran Murid Baru, Kejohanan Olahraga Tahunan,

Kejohanan Merentas Desa, Sambutan Hari Guru, Hari

Kecemerlangan Sekolah dan sebagainya.

Khidmat Bakti Peringkat Masyarakat

Khidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan sekolah oleh institusi atau badan-badan selain dari institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara contoh khidmat bakti di peringkat luar sekolah adalah menghulurkan bantuan perkhidmatan sosial kepada masyarakat luar sekolah yang dibenarkan seperti:

mengambil bahagian dalam aktiviti gotong royong membersihkan kubur

memberi bantuan di rumah orang-orang tua. memberi bantuan di rumah /pusat orang-orang cacat mewakili kumpulan koir untuk sesuatu acara yang

dianjurkan Majlis Daerah. mengambil bahagian dalam malam kebudayaan anjuran Persatuan Murid-

murid

Peringkat penglibatan MarkahSekolah 2Luar Sekolah / Masyarakat 4

Page 20: Sistem Rumah

5.3.4 “Special Talent”

Markah akan diberi kepada murid dan rumah sebagai mengiktiraf kebolehan seseorang murid dalam bidang-bidang tertentu seperti bermain piano, melukis , menulis perisian komputer dan sebagainya yang tiada pertandingan khusus dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, SBP atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Markah tidak diberi kepada penglibatan tetapi hanya ke atas pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan seperti jadual di bawah. :

Negeri Kebangsaan AntarabangsaJohan 10 15 20Naib Johan 8 13 18Ketiga 6 11 16

5.3 Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan (3K)

Markah akan diberi kepada Rumah dan individu yang menganggotai kelas dan

kamar yang berjaya melepasi tahap piawai . Kelas atau kamar yang berjaya

melepasi tahap piawai minimum akan diberi markah manakala kelas atau kamar

yang gagal melepasi piawai ini akan ditolak markah.

5.4.1 Markah untuk 3K (Kelas)

Markah untuk individu

Melepasi piawai ( > 70 %) Zon selesa Tidak melepasi piawai61 %- 70 % 50 % - 60% 0 – 49 %

Johan : + 50 -2 -3Naib Johan : +3

Ketiga : + 2Lain-lain : +1

5.4.2 Markah untuk 3K (Asrama)

Markah untuk Rumah

Melepasi piawai ( > 70 %) Zon selesa Tidak melepasi piawai61 % - 70 % 50 % - 60% 0 – 49 %

Johan : + 500 -20 -30Naib Johan : +30

Ketiga : + 20Lain-lain : +10

Page 21: Sistem Rumah

6 KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH & PENOLONG KETUA RUMAH

6.1 Rasional

Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh. Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berkesan, murid-murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Untuk itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepemimpinan kepada murid-murid yang telah diberi amanah sebagai Ketua Rumah agar mereka akan menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.

6.1 Objektif Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah

6.1.1 Membina sikap dan gaya kepimpinan murid sebagai Ketua Rumah di SBP.6.1.2 Meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan kepada Ketua Rumah di

SBP.6.1.3 Mewujudkan kejelekitan yang “authentic” dalam menjalankan tanggungjawab

sebagai Ketua Rumah.6.1.4 Melaksanakan tugas dan peranan Ketua Rumah yang diamanahkan dengan

penuh tanggungjawab.6.1.5 Melahirkan Ketua Rumah yang berkeyakinan, berwawasan dan mempunyai

sahsiah diri yang terpuji.

6.2 Metodologi

6.2.1 Taklimat6.2.2 Ice-Breaking6.2.3 Ceramah6.2.4 PDK6.2.5 Latihan Praktikal6.2.6 Riadah6.2.7 Kerohanian6.2.8 Bengkel6.2.9 Kembara Minda6.2.10 Pembentangan6.2.11 Penilaian6.2.12 Majlis Penutup

6.3 Personel

6.3.1 Pegawai-pegawai SBP6.3.2 Pengetua6.3.3 Penolong Kanan HEM6.3.4 Penyelaras Sistem Rumah6.3.5 Penceramah Jemputan6.3.6 Pegawai-pegawai Urusetia

6.4 Tentatif Program

Page 22: Sistem Rumah

Seperti Jadual Kursus.

6.5 Tema Kursus

“KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG”

6.6 Penutup

Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan serta memenuhi objektif yang ditetapkan dengan sokongan, kerjasama serta komitmen daripada semua pihak. Diharapkan program ini melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dalam kalangan murid dan seterusnya merealisasikan misi dan matlamat Sekolah Berasrama Penuh.