sistem rangka

3
PJM3106 ANATONI FISIOLOGI NOTA KULIAH 1 Sistem rangka Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Tulang dinamakan mengikut tempatnya. 2 bahagian sistem rangka manusia iaitu: 1. Rangka paksi o Tengkorak o Turus vertebra o Sangkar rusuk 2. Rangka apendaj o Lengkungan pektoral o Lengkungan pelvis o Tulang-tulang anggota hadapan o Tulang-tulang anggota Belakang Tengkorak Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala. Bahagian-bahagian tengkorak ialah: 1. Kranium o Berfungsi untuk melindungi otak. o Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak). 2. Soket mata (atau Orbit) o Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata. 3. Tulang hidung o Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut. 4. Lubang telinga o Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga. 5. Rahang atas (atau Maksila) o Berfungsi menyokong barisan gigi atas. 6. Rahang bawah (atau Mendibel) o Berfungsi menyokong barisan gigi bawah. o Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya. 7. Bukaan pada dasar tengkorak o Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.

Upload: haizat-fabregas

Post on 21-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

LSDNKLASDNHKJLASASDJOSJDKLASJDOIRUEWIORUEWITYEWIUTY98324570893475483985734858934759348DFHKJLNDFKJG

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Rangka

PJM3106 ANATONI FISIOLOGI NOTA KULIAH

1

Sistem rangka

Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Tulang dinamakan mengikut

tempatnya. 2 bahagian sistem rangka manusia iaitu:

1. Rangka paksi

o Tengkorak

o Turus vertebra

o Sangkar rusuk

2. Rangka apendaj

o Lengkungan pektoral

o Lengkungan pelvis

o Tulang-tulang anggota hadapan

o Tulang-tulang anggota Belakang

Tengkorak

Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala.

Bahagian-bahagian tengkorak ialah:

1. Kranium

o Berfungsi untuk melindungi otak.

o Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak

bergerak).

2. Soket mata (atau Orbit)

o Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.

3. Tulang hidung

o Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.

4. Lubang telinga

o Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga.

5. Rahang atas (atau Maksila)

o Berfungsi menyokong barisan gigi atas.

6. Rahang bawah (atau Mendibel)

o Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.

o Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya.

7. Bukaan pada dasar tengkorak

o Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.

Page 2: Sistem Rangka

PJM3106 ANATONI FISIOLOGI NOTA KULIAH

2

Turus vertebra

Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu

turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian

tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk

penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.

Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:

7 vertebra serviks - Bahagian leher

12 vertebra toraks - Bahagian toraks

5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang

5 vertebra sakrum - Bahagian punggung

4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang

Bahagian-bahagian vertebrata

1. Sentrum

o Bersifat Pejal dan tegar

o Memberi sokongan

o Menentang daya mampatan

2. Arka

o Merupakan lengkuk saraf

o Terletak pada bahagian dorsal sentrum

o Melindungi saraf tunjang

3. Salur saraf

o Merupakan salur rongga kosong

o Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang

4. Zigapofisis

o Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.

o Prazigapofisis mengarah ke atas.

o Postzigapofisis mengarah ke bawah.

5. Cuaran spina

o Berfungsi untuk melekatkan otot

6. Cuaran melintang

o Berfungsi untuk melekatkan otot

Page 3: Sistem Rangka

PJM3106 ANATONI FISIOLOGI NOTA KULIAH

3

Sangkar rusuk

Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu.

Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:

12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.

7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.

3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.

3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum.

Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.

Lengkungan pektoral

Terdiri daripada 2 tulang iaitu:

1. Tulang klavikel

o Berbentuk rod dan melengkung sedikit.

o Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung

yang lain.

o Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.

2. Tulang skapula

o Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.

o Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula.

o Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus

anggota hadapan.

Lengkungan pelvis

Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini

bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi

kepada:

Ilium yang bersendi dengan sakrum.

Iskium (atau tulang pelana)

Pubis (atau tulang ari-ari)