sistem persekolahan sebagai satu birokrasi

8
SISTEM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU BIROKRASI. BINCANGKAN DALAM KONTEKS SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN BERIKAN CONTOH YANG BERSESUAIAN 1.0 PENGENALAN Merujuk kepada penyataan di atas, sekolah dikatakan sebagai satu birokrasi. Untuk melihat perkara ini dengan lebih lanjut, kita perlu melihat dahulu kepada pengertian dan definasi birokrasi itu sendiri. Wikipedia mendefinasikan birokrasi sebagai satu konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, dan tidak melibatkan hubungan peribadi serta melibatkan sesuatu yang disebut hieraki. Wikipedia turut memberikan beberapa contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk birokrasi kerajaan, angkatan bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamah, kementerian, dan sekolah. Selain daripada itu, satu penyelidikan diuniversiti Malaya oleh Sufean Hussin, menyatakan bahawa birokrasi adalah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian kerja mengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut taraf serta kedudukan mengikut jawatan dan kuasa seseorang itu. Melihat kepeda definasi ini, secara tidak langsung, kita dapat mengaitkan birokrasi dengan sistem persekolahan. Bagaimanakah sekolah dikatakan satu birokrasi? Lihat kepada contoh ini. Seorang pengetua membuat keputusan terhadap sesuatu perkara dengan sendiri tanpa berbincang dengan lebih lanjut dengan guru- guru di sekelilingnya. Tanpa perbincangan yang dilakukan, guru- guru diberikan arahan dan diminta mengikut arahan yang dibuat. Sistem yang diamalkan oleh pengetua tersebut merupakan sistem birokrasi. Selain birokrasi, terdapat juga sekolah yang masih mengamalkan sestem demokrasi di mana pengetua bersama-sama guru berbincang mengenai sesuatu masalah serta mengenakan undian bagi memilih cara terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun, sistem ini sudah menjadi kurang popular di kalangan pentadbiran sekolah.

Upload: chu-wai-seng

Post on 29-Jun-2015

1.235 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Persekolahan Sebagai Satu Birokrasi

SISTEM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU BIROKRASI. BINCANGKAN DALAM

KONTEKS SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN BERIKAN CONTOH YANG

BERSESUAIAN

1.0 PENGENALAN

Merujuk kepada penyataan di atas, sekolah dikatakan sebagai satu birokrasi. Untuk

melihat perkara ini dengan lebih lanjut, kita perlu melihat dahulu kepada pengertian dan

definasi birokrasi itu sendiri. Wikipedia mendefinasikan birokrasi sebagai satu konsep

sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara pentadbiran melaksanakan dan

menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan

dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, dan tidak melibatkan

hubungan peribadi serta melibatkan sesuatu yang disebut hieraki. Wikipedia turut

memberikan beberapa contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk birokrasi kerajaan, angkatan

bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamah, kementerian, dan sekolah.

Selain daripada itu, satu penyelidikan diuniversiti Malaya oleh Sufean Hussin,

menyatakan bahawa birokrasi adalah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian

kerja mengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut taraf serta kedudukan mengikut

jawatan dan kuasa seseorang itu. Melihat kepeda definasi ini, secara tidak langsung, kita dapat

mengaitkan birokrasi dengan sistem persekolahan. Bagaimanakah sekolah dikatakan satu

birokrasi?

Lihat kepada contoh ini. Seorang pengetua membuat keputusan terhadap sesuatu

perkara dengan sendiri tanpa berbincang dengan lebih lanjut dengan guru- guru di

sekelilingnya. Tanpa perbincangan yang dilakukan, guru- guru diberikan arahan dan diminta

mengikut arahan yang dibuat. Sistem yang diamalkan oleh pengetua tersebut merupakan

sistem birokrasi. Selain birokrasi, terdapat juga sekolah yang masih mengamalkan sestem

demokrasi di mana pengetua bersama-sama guru berbincang mengenai sesuatu masalah serta

mengenakan undian bagi memilih cara terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun,

sistem ini sudah menjadi kurang popular di kalangan pentadbiran sekolah.

2.0 PEMBIROKRASIAN PENDIDIKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

Page 2: Sistem Persekolahan Sebagai Satu Birokrasi

Seperti yang kita ketahui pembirokrasian merupakan salah satu konsep sosiologi dan

sains politik yang mana berkait rapat dengan pentadbiran melaksanakan dan

menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Manakala pendidikan

merupakan modal rakyat untuk digunakan dalam persaingan dunia globalisasi yang kian

berkembang dengan pesatnya. Sistem persekolahan dikatakan merupakan satu birokrasi.

Birokrasi sistem pendidikan tidak ditadbir secara mutlak oleh pemerintah, hal ini

terbukti dengan adanya pendidikan swatsa yang disebut yayasan. Sistem yang dilaksanakan

oleh yayasan secara peratusan adalah kurang lebih 75% perusahaan yang mencari keuntungan

dan 10% amal dan 15% pendidikan. Pembirokrasian di Malaysia berlaku melalui

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang mana merupakan satu organisasi yang

bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan pendidikan di Malaysia secara berpusat. KPM

mempunyai kuasa untuk mentadbir, menentukan dasar- dasar yang boleh meningkatkan mutu

pendidikan di Malaysia, menetapkan peraturan, membuat pemantauan agar sistem pendidikan

di Malaysia sentiasa berjalan dengan lancar, membuat penyelarasan serta kewangan agar

sistem pendidikan di Malaysia selaras dan tidak mempunyai masalah kewangan. Segala dasar

dan peraturan yang dikemukakan oleh KPM akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah

di seluruh negara. Dasar- dasar dan peraturan yang dilaksanakan akan dipantau oleh pihak

KPM dari semasa ke semasa. Dan dari pemantauan yang dibuat, pihak KPM akan buat

penyelarasan untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia.

Pembirokrasian pendidikan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah berlaku sebelum

negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu apabila Laporan Barnes dikemukakan pada awal

tahun 1951. Di mana dalam laporan itu mencadangkan supaya pendidikan sekolah rendah dari

darjah satu sehingga darjah enam percuma kepada kanak-kanak. Selain itu harus ditubuhkan

sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa

Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan

ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran

Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina. Kemudian ianya diikuti

dengan Laporan Fenn-Wu (1951) di mana laporan ini mengemukakan untuk penggunaan tiga

bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina dijadikan sebagai bahasa

pengantar. Ordinan Pelajaran (1952) dan Laporan Razak (1957). Selepas beberapa tahun,

pada tahun 1960, Laporan Talib dikemukakan. Disusuli oleh Ordinan Pelajaran (1967) dan

Laporan Kabinet (1979) dimana ia mencadangkan enam aspek penting yang perlu diberi

perhatian dalam sistem pendidikan di Malaysia, iaitu penegasan kepada paradigma kurikulum

Page 3: Sistem Persekolahan Sebagai Satu Birokrasi

ala Malaysia, penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira)

dan pengajaran pemulihan, pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan

vokasional, peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun, pendidikan kerohanian yang

kukuh dan peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

Selepas beberapa tahun, wujudnya Akta Pelajaran (1961), kemudian Akta Pendidikan

iaitu pada tahun 1995 dan 1996. Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550

adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996

tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud

melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Walaupun Akta Pendidikan 1996 adalah satu akta baru, tetapi masih merupakan

kesinambungan kepada dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini masih berpaksikan kepada

perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas kepada Dasar Pendidikan

Kebangsaan selama ini. Justeru itu, Akta Pendidikan 1996 telah mengekalkan banyak

peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang didapati masih relevan.

Akta Pendidikan 1996 menekankan tiga perkara penting iaitu yang pertama bahasa

Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam

sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah rendah jenis kebangsaan.Manakala yang kedua

pula, satu kurikulum kebangsaan yang wajib digunakan oleh semua sekolah di seluruh

Malaysia termasuk juga sekolah-sekolah swasta di Malaysia. Perkara yang ketiga adalah

memperkenalkan peperiksaan awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

sahaja. Secara ringkasnya, semua laporan-laporan dan akta-akta di atas tadi telah dirangka dan

dibentuk untuk dilaksanakan secara centralisasi dan birokrasi di seluruh negara melalui:

i. Perlaksanaan dasar pendidikan negara yang diperkenalkan seperti perlaksanaan

Akta Pendidikan .

ii. Pertukaran dasar pendidikan negara.

iii. Surat-surat pekeliling dari semasa ke semasa.

iv. Kempen-kempen

Max Weber, Frederick Taylor dan Henri Fayol yang merupakan pelopor pengurusan klasik

dan saintifik terhadap reka bentuk organisasi. Mereka berpendapat bahawa sesebuah

organisasi yang paling cekap dan efektif adalah sebuah organisasi yang mempunyai

suatu struktur hierarki yang berasaskan autoriti yang formal dan sah. Menurutnya lagi, Max

Weber menyatakan bahawa organisasi yang mempunyai struktur sedemikian adalah sebagai

Page 4: Sistem Persekolahan Sebagai Satu Birokrasi

birokrasi. Oleh itu sistem pendidikan yang baik adalah menggunakan konsep birokrasi.

Seperti yang telah kita lihat dari laporan-laporan dan akta-akta yang digubal ini, sistem

persekolahan di Malaysia telah dijadikan sebagai satu birokrasi. Di Malaysia, organisasi di

sekolah berhirarki. Dimana terdapatnya orang atasan dan orang bawahan. Selain daripada itu

terdapatnya kakitangan yang berkhususan sebagai contoh guru bertanggungjawab untuk

mengajar murid, pengetua lebih kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah. Dari sini

wujudnya pembahagian kerja, walaubagaimanapun sebarang keputusan yang hendak dibuat

haruslah dirujuk kepada orang atasan terlebih dahulu. Ini kerana setiap perkerja di sekolah

mendapat autoritinya melalui jawatan yang dijawat bukan kepakarannya, sebagai contoh guru

di sekolah haruslah mendapat kebenaran daripada pengetua atau penolong kanan atas segala

keputusan yang hendak dibuat, walaupun guru tersebut memang mempunyai kepakaran yang

mendalam tentang hal tersebut. Tambahan pula, kemasukan seorang guru adalah mengikut

kelulusannya bukan kepakaran yang ada. Dan kenaikan pangkat atau erti kata lain kenaikan

autoriti adalah mengikut senioriti atau kekananan, seseorang guru yang telah lama berkhidmat

akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk naik pangkat berbanding guru yang baru

masuk. Walaupun guru baru tersebut mempunyai kelulusan yang baik berbanding guru lama,

guru baru mempunyai peluang yang amat tipis untuk naik pangkat.

Bukan hanya di peringkat sekolah, malah di peringkat yang lebih tinggi juga

menggunakan konsep yang sama. Jikalau kita lihat organisasi Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) juga menggunakan konsep birokrasi. Jikalau kita imbas kembali ciri utama

birokrasi iaitu pembahagian kerja yang jelas, adanya hirarki, susunan formal, hubungan yang

impersonal, dan kerja berdasarkan kelulusan. Organisasi KPM mempunyai pembahagian kerja

yang jelas, dimana KPM dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagai contoh bahagian

operasi pendidikan, bahagian dasar pembangunan pendidikan dan pembangunan

profesionalisme keguruan. Selain itu organisasi mempunyai hirarki posisi, dalam organisasi

KPM, posisi yang paling atas adalah seorang menteri iaitu Menteri Pelajaran, kemudian

diikuti dua orang Timbalan Menteri. Selepas itu disusuli oleh Ketua Setiausaha dan Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia. Dibawah Ketua Setiausaha terdapat dua Timbalan Ketua

Setiausaha yang masing- masing menguruskan pembangunan dan pengurusan. Manakala

dibawah jagaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) adalah tiga orang Timbalam

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, yang masing- masing menguruskan dasar pembangunan

pendidikan, operasi pendidikan dan pembangunan profesionalisme keguruan. Dalam

organisasi KPM juga terdapatnya susunan formal yang mana perilaku pekerja diatur secara

samarata. Ianya mampu untuk menjamin prestasi kerja yang cemerlang dalam organisasi.

Page 5: Sistem Persekolahan Sebagai Satu Birokrasi

Selain daripada itu tiada hubungan yang personal, yang bermaksud orang-orang pihak atasan

bekerja secara profesional. Dimana mereka tidak membandingkan saudara mara dengan orang

yang lain. Dalam erti kata lain mereka memantau orang-orang bawahan dengan adil dan

saksama. Organisasi KPM juga memilih pekerja dengan kriteria yang telah ditentukan. Oleh

itu, bukan sebarang orang boleh jadi Ketua Setiausaha, hanya orang yang telah memenuhi

kriteria sahaja boleh pegang jawatan Ketua Setiausaha. Bukannya ahli kelurga yang terdekat

atau kawan baik yang langsung tidak memenuhi kriteria sebagai Ketua Setiausaha. Ini kerana

sebarang kesilapan dalam pemilihan pekerja boleh membawa kepada kecacatan pada sistem

pendidikan itu sendiri.

Malaysia terdiri daripada beberapa buah negeri, oleh itu untuk menyelaraskan dan

menguruskan sistem pendidikan di Malaysia. Pihak KPM dibantu oleh Jabatan Pelajaran

Negeri. Dimana dibawah jabatan ini terdapatnya Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah.

Untuk memastikan segala dasar dan peraturan itu dapat dilaksanakan dengan sempurna, pihak

KPM akan memaklumkan kepada setiap Jabatan Pelajaran Negeri di Malaysia. Sebagai

contoh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, jabatan ini akan memaklumkan kepada semua PPD

yang ada di negeri Sabah, dan PPD akan memaklumkan semua sekolah yang termasuk dalam

jagaannya. Pihak KPM hanya mengawal semua sekolah sama ada sekolah rendah dan sekolah

menengah. Manakala kolej-kolej, universiti- universiti awam dan swasta adalah di bawah

pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Dikatakan birokrasi sangat penting dalam sistem pendidikan di Malaysia ini kerana

ianya mampu untuk melicinkan perjalanan atau pentadbiran sistem pendidikan yang ditadbir

dan diuruskan oleh pihak KPM dan KPT. Oleh kerana dalam birokrasi hanya pihak atasan

yang membuat keputusan, oleh itu terdapatnya rungutan dalam setiap keputusan yang dibuat

ini kerana, jikalau dilihat pihat atasan yang sering membuat keputusan selalunya tidak

merujuk kepada pihak yang terlibat. Struktur organisasi KPM mempunyai birokrasi yang

ketat, sebagai contoh, bukan semua orang boleh berjumpa dan berbincang dengan Menteri

Pelajaran. Pengetua tidak mempunyai autoriti untuk berbincang dengan Menteri Pelajaran.

Selain daripada itu, setiap dasar atau peraturan yang hendak dilaksanakan haruslah disusuli

oleh surat pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah

Pelajaran. Kemudian ianya akan diberikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), kemudian

JPN akan maklumkan kepada PPD, PPD maklumkan sekolah. Dan setiap surat pekeliling

yang hendak dihantar memakan masa yang panjang. Ini akan memberikan tanggapan yang

buruk kepada sistem pendidikan negara kita. Ketiadaan hak bersuara dan juga membuat

keputusan memyebabkan beberapa pihak kecewa seperti guru- guru, ibu bapa dan pelajar.

Page 6: Sistem Persekolahan Sebagai Satu Birokrasi

Kekecewaan ini sedikit- sebanyak akan menganggu prestasi kerja seseorang guru tersebut.

Bukan itu sahaja sebarang pembahagian tugas dan penambahan jawatan dalam sekolah

haruslah mempunyai surat rasmi dari pihak atasan, sekolah tidak boleh sesuka hati menambah

jawatan atau membahagika tugas dalam sekolah, ini boleh menganggu kelicinan pentadbiran

sesebuah sekolah

3.0 PENUTUP

Secara ringkasnya sistem birokrasi yang diamalkan disekolah mempunyai kesan yang

positif dan negatif bergantung kepada pandangan setiap individu. Sikap autoriti yang

diamalkan dalam system birokrasi di sekolah oleh pihak atasan dianggap satu perkara yang

memudahkan pihak guru disekolah kerana mereka diberikan garis panduan untuk cara

pengajaran mereka sendiri tetapi mendatangkan akibat kepada pelajar kerana penerimaan

setiap pelajar dalam pembelajaran adalah berbeza. Sebaliknya, pihak guru merasakan perkara

ini memberikan tekanan kepada mereka kerana tidak diberi peluang untuk mencuba kaedah

mereka sendiri malah terpaksa mengharungi masalah dengan pelajar yang tidak dapat

menerima cara pembelajaran mereka yang telah diatur. Terdapat juga guru yang secara senyap

menentang perubahan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana peraturan dan pekeliling

yang diterima tidak memenuhi kehendak dan mendengar suara serta pandangan guru. Guru-

guru juga akan menzahirkan protes secara senyap melalui prestasi kerja yang tidak menentu

akibat perlu terikat dengan peraturan-peraturan rasmi yang kadangkala tidak praktikal untuk

dilaksanakan di sesetengah sekolah.

Tetapi faedah daripada sistem birokrasi juga memberikan kesan yang baik kepada

organisasi sekolah kerana semua pihak mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi dan ini

menjamin kepada pengurusan yang lebih sistematik kepada para guru, pelajar dan ibubapa.

“Sistem sosial organisasi pendidikan mempunyai peraturan dan arahan untuk membentuk

tingkah laku yang baik dan berkesan. Selain peraturan dan arahan yang formal, terdapat juga

keadaan biasa yang membentuk tingkah laku manusia dalam menjalani tugasan dan fungsi

masing-masing di dalam organisasi.” (Rahmad Sukor Ab. Samad et al).

Kebanyakan guru-guru dan ibubapa lebih bersetuju menggunakan sistem sosial yang

terbuka disekolah kerana sikap keterbukaan yang diamalkan disekolah memberikan peluang

kepada para guru dan ibubapa untuk menyuarakan pendapat mereka dalam menjamin

kemajuan anak mereka dalam pendidikan. Menurut Cole (1995) sistem sosial adalah

berasaskan perhubungan dan sistem keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi.

Page 7: Sistem Persekolahan Sebagai Satu Birokrasi

Organisasi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti dikenal pasti sebagai

mengamalkan sistem sosial kerana di dalam organisasi ini terdapat sekumpulan manusia yang

berinteraksi antara satu dengan yang lain, bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan juga

berinteraksi dengan persekitaran luarnya (Lunenburg, 1995).

Walaubagaimanapun cara untuk menyuarakan pendapat adalah mengikut prosedur yang

baik. Menurut Rahmad Sukor Ab. Samad et al. sistem sosial organisasi pendidikan

mempunyai beberapa elemen yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku manusia di

dalamnya untuk bekerja ke arah matlamat yang telah ditetapkan (Hoy & Miskel, 2005).

Elemen-elemen penting sistem sosial yang dinyatakan oleh Hoy dan Miskel (2005) adalah

struktur, individu, budaya dan politik. Elemen-elemen ini diambil kira dalam menguruskan

sistem sosial organisasi pendidikan adalah bagi keseimbangan di dalam organisasi (Evers &

Lakomski, 2001).

Akhir sekali, pihak kementerian perlu melihat semula faedah dan akibat yang ada pada

sekolah yang mengamalkan sistem birokrasi di sekolah dan membuat keputusan yang tebaik

untuk menjana system pendidikan kepada kualiti yang paling optimum.