skn - · pdf filemenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta...

29
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Aras Bawah, Wisma Innoprise, Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah. Tel: 088-328000 Fax: 088-328209 Email: [email protected] http://www.compserv.sabah.gov.my/skn

Upload: phunghanh

Post on 31-Jan-2018

279 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,

Aras Bawah, Wisma Innoprise, Teluk Likas,

88817 Kota Kinabalu Sabah.

Tel: 088-328000 Fax: 088-328209

Email: [email protected]

http://www.compserv.sabah.gov.my/skn

Page 2: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

2

SIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN M/S

Pengenalan 3

Profil Bahagian 4

Carta Organisasi 5

Jabatan Seliaan 6

Sistem Seliaan 7 - 8

Pencapaian 2013 9

Perancangan 2014 10

Pembangunan Sumber Manusia

11 - 12

Pelancaran Laman Web Pejabat HENDP

13

Seminar ICT JKM 2013 14

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam 2013 Peringkat Negeri Sabah

15

Apa Itu KIK ? 16

Program Ibadah Qurban Dan Dakwah

17

Album Kenangan 2013 18-17

Page 3: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

3

Kumpulan Sokongan IT – Setiausaha Kerajaan Negeri (KSIT-SKN) ditubuhkan pada

Nov 2000 bertujuan untuk membantu jabatan-jabatan dibawah naungan Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) dan Jabatan Ketua

Menteri yang bertempat di bangunan Menara Tun Mustapha (dulunya dikenali sebagai

bangunan Yayasan Sabah).

Apabila bangunan Wisma Innoprise siap didirikan pada september 2001 sebahagian

pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah turut berpindah ke bangunan baru. Untuk memberikan

perkhidmatan ICT yang lebih cekap dan berkesan kakitangan KSIT-SKN telah dibahagi

kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama termasuklah Ketua KSIT-SKN yang terdiri

daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Penolong Pegawai Teknologi

Maklumat dan dua orang Juruteknik Komputer ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri, Tingkat 6, Wisma Innoprise dan kumpulan kedua pula terdiri daripada seorang

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer dikekalkan di

bangunan Menara Tun Mustapha. Kini, kumpulan pertama ini telah berpindah ke Tingkat 1

bersebelahan dengan Bilik Persidangan Wisma Innoprise.

Selain daripada kedua-dua bangunan ini, KSIT-SKN juga memberikan khidmat ICT kepada

Dewan Undangan Negeri, MAKSAK, Bilik VIP ( KKIA Terminal -1 ) Bahagian Istiadat dan

Protokol, PUSPANITA serta stesen-stesen UPKR sekitar Kota Kinabalu.

KSIT-SKN yang pada masa sekarang ini dianggotai oleh enam orang kakitangan yang

diketuai oleh En. Sariwan Jamanih. Banyak transformasi telah dilakukan melalui

penggunaan ICT yang memberi impak besar kepada cara kerja kakitangan awam,

contohnya mempercepatkan permohonan permit-permit hiburan melalui Sistem E-Permit

dan kemaskini rekod pewartaan tanah melalui Sistem E-Warta. KSIT-SKN akan terus

berusaha memberikan perkhidmatan ICT yang lebih mantap dalam membantu Kerajaan

Negeri Sabah membawanya agar lebih dekat kepada masyarakat selaras dengan VISI

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri iaitu menjadi ” Peneraju Transformasi

Perkhidmatan Awam Negeri untuk Mencapai Connected Government”.

Page 4: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

4

VISI

Untuk menjadi Kumpulan Sokongan IT yang dinamik

dalam pembangunan dan transformasi ICT kepada

kakitangan perkhidmatan awam

MISI Membawa pendekatan ICT yang lebih berkesan dan

tepat kepada kakitangan perkhidmatan awam

MOTO

Bersama Mencapai Connected Government

Page 5: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

5

Pegawai Teknologi Maklumat ( FA41 ) SARIWAN JAMANIH

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA32 )

ADRIAN SIKAJAT

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA29 )

JOSLYNE JANE M.

Juruteknik Komputer ( FT22 ) ALI HASSAN MAHALI

Juruteknik Komputer ( FT17 ) NOORAMALIA JAINAL

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA SUKARTI BIN WAKIMAN

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

Juruteknik Komputer ( FT22 ) ROHANA WAHAB

Page 6: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

6

Kumpulan 2 - Menara Tun Mustapha

1. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (A)

2. Bahagian. Istiadat Dan Protokol

3. Pejabat Peguam Besar

4. Pejabat Hasil Bumi

5. Unit Biodiversiti

6. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat

7. Wisma Puspanita

8. Majlis Kebajikan Dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan

Negeri Sabah ( MAKSAK )

9. Bilik VIP BIP (KKIA – Terminal 1)

Kumpulan 1 - Wisma Innoprise

1. Pejabat Ketua Menteri

2. Pejabat Menteri kepada Ketua Menteri

3. Pejabat Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

4. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

5. Bahagian. Pengurusan dan Kewangan

6. Bahagian. Kabinet dan Dasar

7. Pejabat Akhbar dan Penerbitan

8. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan

9. Unit Fail JKM

10. Dewan Undangan Negeri

Page 7: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

7

Bil Nama Sistem Keterangan Sistem Jabatan Pengguna

1 Sistem Surat Versi Web Merekod surat masuk dalam pejabat.

Memudahkan carian surat masuk dan penjanaan laporan.

Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri, Pejabat

HEDNP & Pejabat Ketua

Menteri

2 Sistem Rekod Gaji Merekod gaji kakitangan berdasarkan kad gaji sedia ada.

Membolehkan carian mengikut no. pekerja. Penjanaan

laporan mengikut standard kad gaji untuk dihantar ke

Bendahari.

Bahagian Pentabiran dan

Kewangan (JKM)

3 Waran Perjalanan Udara

Awam

Merekod no waran, no. invois, no baucer dan maklumat

kakitangan yang membuat tempahan penerbangan.

Membolehkan carian mengikut no. pekerja, no. waran, no.

invois & no. baucer. Penjanaan laporan mengikut standard

kad gaji untuk dihantar ke Bendahari.

Bahagian Pentabiran dan

Kewangan (JKM)

4 Sistem Kurniaan Pingat,

Bintang dan Darjah

Kebesaran Negeri Sabah

Merekod senarai calon penerima pingat.

Menyediakan laporan awal untuk ahli jawatan kuasa

membuat keputusan.

Memudahkan carian rekod bintang yang telah diterima dan

menghasilkan laporan berdasarkan keputusan yang dibuat.

Menyediakan laporan senarai calon kakitangan awam

mengikut kementerian dan jabatan.

Menyediakan laporan akhir senarai penerima pingat.

Pejabat Hal Ehwal Dalam

Negeri & Penyelidikan

5 Sistem Maklumat Pas

Kerja Atas Talian

Merekod permohonan pas kerja.

Menyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan

dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan

selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang

dimasukkan.

Pejabat Hal Ehwal Dalam

Negeri & Penyelidikan

6 Sistem Rekod

Permohonan Pas Tinggal

Tetap

Merekod butir maklumat pemohon dan keluarga

permohonan tinggal tetap. Menyediakan laporan senarai

yang lulus dan dalam proses.

Pejabat Hal Ehwal Dalam

Negeri & Penyelidikan

Page 8: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

8

7 Sistem Penduduk Tetap Merekod maklumat penduduk di sesuatu kawasan.

Merekod maklumat peribadi seperti pengenalan diri, isteri

atau suami, senarai isi rumah, anak-anak atau

tanggungan serta ketua keluarga mengikut nombor

rumah yang ditetapkan.

Menyediakan laporan mengikut senarai rumah dan ketua

keluarga.

Menyediakan laporan pengenalan diri untuk

mengenalpasti pemegang dokumen sah.

Pejabat Hal Ehwal Dalam

Negeri & Penyelidikan

(Unit Penempatan)

8 Sistem Laporan Rekod

Prestasi

Merekod jumlah markah prestasi untuk tujuan

penyediaan laporan ringkas dan sijil bagi pihak

jawatankuasa.

Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri.

9 Sistem Inventori Aksessori

Pakaian Istiadat Rasmi

(SIPIR)

Menetapkan harga aksessori dan miniatur.

Mencetak resit sementara.

Memantau bilangan stok akesssori dan miniatur.

Menyediakan laporan kepada pengurusan.

Pejabat Hal Ehwal Dalam

Negeri & Penyelidikan .

10 Permohonan Tempahan

Aksessori Pakaian Istiadat

Rasmi Atas Talian

Menempah aksessori pakaian istiadat rasmi kerajaan

negeri sabah secara atas talian.

Pejabat Hal Ehwal Dalam

Negeri & Penyelidikan .

11 Sistem E-Warta Atas Talian Merekod menjejak status permohonan projek berkaitan pengambilan tanah di Negeri Sabah

Pejabat Hasil Bumi.

Page 9: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

9

Ringkasan Aktiviti / Projek

Objektif Aktiviti / Projek

Menaiktaraf Sistem Permit Kutipan Awam kepada secara atas talian untuk Pejabat HEDNP

1. 2.

Menyimpan rekod permohonan mengadakan kutipan awam Pemohon membuat permohonan dan menyemak status secara online

Menaiktaraf Sistem Permit Hiburan kepada secara atas talian untuk Pejabat HEDNP

1. 2.

Menyimpan rekod permohonan mengadakan pertunjukan hiburan Pemohon membuat permohonan dan menyemak status secara online

Membangunkan sistem Permit Penggambaran untuk kegunaan Pejabat HEDNP

Merekodkan status permohonan permit penggambaran filem di negeri Sabah.

- Digabungkan dan dinamakan sistem ePermit. - Demo kepada pengguna pada 27 Sept 2013 dan dalam proses semakan. - Dalam proses semakan perlu penambahbaikan mengikut keperluan pengguna

Pelaksanaan Sistem e-Kurnia untuk Pejabat HEDNP (http://www.ekurnia.sabah.gov.my/)

1. 2.

Pencalonan penerima Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan bagi Kakitangan Awam dibuat secara atas talian Merekod senarai penerima Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan negeri Sabah.

- Demo kepada semua CIO Kementerian dan Jabatan pada 19 Julai 2013 - Perlu penambahbaikan mengikut keperluan pengguna

Pelancaran Laman Web Rasmi Pejabat HEDNP

Laman Web Rasmi Pejabat HEDNP diubahsuai mengikut keperluan pejabat dan memenuhi syarat-syarat piawai yang ditetapkan MAMPU.

Penambahbaikan sistem e-Warta untuk kegunaan Pejabat Hasil Bumi

Merekod serta menjejak status permohonan projek berkaitan pengambilan tanah di negeri Sabah

Page 10: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

10

Ringkasan Aktiviti / Projek

Objektif Aktiviti / Projek

Tempoh Pelaksanaan

Pelaksanaan Sistem e-Permit untuk Pejabat HEDNP

1. 2.

Menyimpan rekod permohonan mengadakan kutipan awam, pertunjukan hiburan dan penggambaran. Pemohon membuat permohonan dan menyemak status secara online

Januari – Februari 2014

Menaiktaraf Sistem Penduduk Tetap kepada secara atas talian untuk Pejabat HEDNP

Menyimpan rekod permohonan permit untuk tinggal tetap di negeri Sabah (pemohon bukan orang Sabah).

April – Jun 2014

Seminar ICT JKM 2014

Pendedahan ICT yang berterusan kepada kakitangan penjawat awam dibawah JKM

15 April 2014

Membangunkan Sistem Kuari secara atas talian untuk Pejabat Hasil Bumi

Merekodkan permohonan Projek Kuari di negeri Sabah dan diakses secara atas talian oleh pegawai berkaitan.

Januari – Februari 2014

Membangunkan sistem Conversion secara atas talian untuk Pejabat Hasil Bumi

Merekodkan permohonan penukaran syarat guna tanah dan tambah guna syarat guna tanah di negeri Sabah dan diakses secara atas talian oleh pegawai berkaitan.

Mac – April 2014

Membangunkan Sistem Permohonan Tanah secara atas talian untuk Pejabat Hasil Bumi

Merekodkan permohonan tanah oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di negeri Sabah dan diakses secara atas talian oleh pegawai berkaitan.

Mei – Jun 2014

Latihan –Latihan yang telah dilaksanakan KSIT-SKN untuk tahun 2013

Latihan MyMeeting kepada Pejabat SKN dan Pejabat HEDNP pada 19 Februari 2013.

Latihan SISPHANS kepada Pegawai Aset JKM pada 20 Ogos 2013 di Makmal Latihan, INSAN

Seminar ICT JKM pada 3 Oktober 2013 di Shangri-La's Tanjung Aru Resort (STAR)

Page 11: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

11

Joslyne

Sariwan

Adrian

• Seminar Move From Good To Great: YES YOU CAN ( 16 Januari 2013 ) – Ballroom1, Level 1,The Pacific Sutera, Kota Kinabalu.

• Information Systems in Developing Country ( 14 Februari 2013 ) – Hotel Le Meridien Kota Kinabalu

• Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) ( 27 Februari - 1 March 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan

• Kursus The making of Great Leader ( 22 - 23 Mei 2013 ) – Hotel Park Royal, Kuala Lumpur

• Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas Dan CPR ( 11 June 2013 ) – Bilik Persidangan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Wisma Innoprise

• Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif ( 29 Ogos 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan

• Software Testing Conference (Softec) 2013 ( 2 - 5 September 2013 ) – Sunway Resot & SPA ,Kuala Lumpur

• Latihan Pementoran Jabatan (JPKN) ( 19 september 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan

• Kursus PHP & MySQL (Asas & Pertengahan) ( 23 - 26 September 2013 ) – Jom Training Center, 1 Puchong Business Center, Selangor

• Kursus PHP 101 ( 7 - 10 Oktober 2013 ) – Makmal Latihan ICT, Tingkat 2 JPKN

• Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.

• Persidangan Keselamatan ICT ( 13 - 14 November 2013 ) – Grand Ballroom, Ming Garden Hotel & Residence, Kota Kinabalu

• Lawatan Sambil Belajar ke Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 (30 November-3 Disember 2013) – Borneo Convention Center, Kuching Sarawak

• Lawatan Teknikal & Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ( 9 - 10 Disember 2013 ) – Kudat Golf & Marina Resort Kudat.

• Taklimat Tatacara Pindaan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 ( 11 Januari 2013 ) – Makmal ICT, Tingkat 2, JPKN • JPKN Info Sharing Siri 2/2013: Audit Kualiti Sistem Aplikasi ( 18 March 2013 ) – Makmal ICT, Tingkat 2, JPKN

• Kursus Blue Ocean Strategi ( 7 - 8 Mei 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan

• Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas Dan CPR ( 11 June 2013 ) – Bilik Persidangan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Wisma Innoprise.

• Taklimat Content Collaboration & Unified Communication ( 24 June 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan

• Latihan Sistem Pengurusan Harta Awam Negeri ( 20 Ogos 2013 ) – Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Blok B, Wisma MUIS.

• Taklimat My Mesyuarat ( 21 Ogos 2013 ) – Makmal ICT, Tingkat 2 JPKN

• Seminar ICT Peringkat Negeri Sabah 2013 ( 10 September 2013 ) – Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni UMS

• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) – Shangri-La Tanjung Aru Resort

• Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.

• Seminar Sabah Trend Micro OfficeScan ( 5 Disember 2013 ) – Ming Garden Hotel & Residence, Kota Kinabalu

• Seminar Sophos Mobile Control 2.5 simplify the process of managing and protecting mobile devices and data. ( 22 Jan 2013 ) Dewan Mataking, Aras Bawah, Perpustakaan Negeri Sabah

• JPKN Info Sharing Siri 1/2013 ( 28 Jan 2013 ) – Makmal Latihan ICT, Tingkat 2, JPKN

• Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) JPKN ( 27 Feb 2013 -1 Mac 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan

• Kursus "Blue Ocean Strategy" Siri 1/2013 ( 2 - 3 Apr 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan

• Persidangan CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2013 & Mesyuarat Ketua-Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ke 24 ( 2 - 3 Jul 2013 ) – Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan.

• Seminar ICT Peringkat Negeri Sabah 2013 ( 10 Sep 2013 ) – Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni, UMS

• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) – Shangri-La Tanjung Aru Resort

• Bengkel JPKN 2013 ( 24-26 Okt 2013 ) Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, kota Kinabalu

• Seminar Sehari Trend Micro OfficeScan 10.6 ( 5 Dis 2013 ) – Ming Garden Hotel & Residences, Kota Kinabalu

• Kursus PHP 101 ( Kumpulan 2 ) ( 9 -13 Dis 2013 ) – Makmal Latihan IT INSAN. Tingkat 1, Blok A, Wisma MUIS

Page 12: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

12

• Kursus Keselamatan ICT ( 2 - 3 September 2013 ) – Bilik Kuliah Utama INSAN, tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS

• Konvensyen Juruteknik komputer Sektor Awam Negeri ( 18 September 2013 ) The Palace Hotel, Kota Kinabalu

• Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.

• Program Bicara Eksekutif Bersama Institut Integriti Malaysia ( 8 November 2013 ) Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus INTAN Sabah

• Seminar Pemantapan Perkhidmatan Pelanggan ( 20 November 2013 ) Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus INTAN Sabah

• Program Kesedaran Pengguna (Penjawat Awam);Kepentingan Menjaga Kesihatan Ke Arah Bersama Menerajui Kecemerlangan Perkhidmatan Awam ( 26 November 2013 ) Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah

• Ceramah Agama - Diambang Ramadhan ( 28 June 2013 ) Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan.

• Kursus Kecemerlangan Diri & Kerja ( 3-4 September 2013 ) Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan.

• Konvensyen Juruteknik komputer Sektor Awam Negeri ( 18 September 2013 ) The Palace Hotel, Kota Kinabalu

• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) Shangri-La Tanjung Aru Resort

• Bengkel JPKN 2013 ( 24-26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.

• Program Bicara Eksekutif Bersama Institut Integriti Malaysia (8 November 2013 ) Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus INTAN Sabah

• Team Building Program OBS ( 20-22 Mei 2013 ) – OBS Kinarut

• Kursus Keselamatan ICT ( 2-3 September 2013 ) – Bilik Kuliah Utama INSAN, tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS

• Konvensyen Juruteknik komputer Sektor Awam Negeri ( 18 September 2013 ) – The Palace Hotel, Kota Kinabalu

• Latihan Pementoran Jabatan (JPKN) ( 19 september 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan

• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) – Shangri-La Tanjung Aru Resort

• Bengkel JPKN 2013 ( 24-26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.

• Program Kesedaran Pengguna (Penjawat Awam);Kepentingan Menjaga Kesihatan Ke Arah Bersama Menerajui Kecemerlangan Perkhidmatan Awam ( 26 November 2013 ) Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah

Rohana

Ali

Nooramalia

Page 13: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

13

22 hb Januari 2013 merupakan satu tarikh bersejarah dalam dairi Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan kerana ini merupakan tarikh pelancaran Laman Web baru Pejabat HENDP.

Majlis Pelancaran Laman Web Pejabat HEDNP ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat HEDNP, tingkat 4, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu. Serentak dengan itu juga Mesyuarat CIO juga dijalankan. Seramai 26 kakitangan yang hadir menyaksikan pelancaran tersebut. En.Tuan Hj. Moktar Bin Ajam telah merasmikan majlis dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa CIO jabatan.

Dalam mesyuarat CIO jabatan pada kali ini En. Sariwan dan En. Adrian telah diberikan Sijil Penghargaan atas usaha dan kerjasama yang diberikan dalam membina laman web Pejabat HEDNP. Mereka juga telah dilantik menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa CIO Pejabat Hal Ehwal Dalam

Negeri Dan Penyelidikan.

Page 14: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

14

Seminar ICT Jabatan Ketua Menteri 2013 Sektor Awam Negeri

telah diadakan pada 3 Oktober 2013 bertempat di Shangri-La

Tanjung Aru Resort. Seminar ini dianjurkan dengan gabungan

kerjasama antara KSIT-SKN, KSIT-JPAN dan KSIT-TSKN (D).

Program ini mensasarkan para CIO jabatan dan kakitangan-

kakitangan kerajaan di bawah naungan Jabatan Ketua Menteri

gred 41 ke bawah di sekitar Kota Kinabalu.

Dengan bertemakan Pemantapan Peranan Penjawat Awam

melalui ICT” untuk tahun 2013, seminar ini merupakan

program tahunan bagi Jabatan Ketua Menteri dan semua

jabatan di bawahnya sebagai satu inisiatif untuk menambah

kesedaran dan pengetahuan ICT kepada kakitangan sektor

awam di peringkat Jabatan Ketua Menteri agar mereka dapat

mengikuti perkembangan ICT semasa dan seterusnya

menanamkan sifat cintakan ICT dalam diri setiap penjawat

awam. Selain itu seminar ini juga memberi kesedaran dan

pendedahan terhadap pembaharuan dan penambahbaikan

dalam penyampaian perkhidmatan awam negeri yang

dilaksanakan melalui ICT.

Objektif seminar pada tahun ini adalah :-

1) Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran:

• terhadap pembaharuan dan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan awam negeri yang dilaksanakan melalui ICT;

• terhadap peranan penjawat awam dalam penggunaan ICT seiring dengan tranformasi yang berlaku dalam sektor awam negeri; dan

• terhadap keperluan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum.

2) Sebagai platfom:

• untuk meningkatkan pengetahuan selari dengan perkembangan ICT global;

• untuk mendapatkan maklumbalas mengenai isu dan cabaran dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif ICT; dan

• untuk memperatkan jalinan hubungan (networking) di kalangan penjawat awam dalam pertemuan tahunan penjawat awam di peringkat wilayah.

Antara tetamu khas yang hadir ialah

TSKN(Pembangunan) Datuk Joseph Guntavid yang telah

merasmikan seminar tersebut, Tuan Hj. Ahmad Shah

Mohd. Talip, CIO Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

mewakili Pengarah JPAN dan Dr. Hj. Mingu Hj. Jumaan,

Pengarah JPKN.

Seminar dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan

Sabah Tanah AirKu. Seterusnya Bacaan Doa oleh

kakitangan JHEAINS dan ucapan alu-aluan oleh

Pengarah Program En. Ajman Bin Jumadai, KKSIT JPAN.

Acara dirasmikan dengan Ucapan Perasmian oleh Datuk

Joseph Guntavid. Antara topic-topik yang dibawa pada

hari tersebut ialah Pemantapan Peranan Penjawat

Awam Melalui ICT dibentangkan oleh Dr Hj Mingu

Jumaan, Pengarah JPKN, topic Inovasi Dalam Sistem

Penyampaian Perkhidmatan Awam oleh En. David

Augustine, Ketua BPS, JPKN, En. Ralih Karto @ Roslee,

Ketua Unit ICT, INSAN membentangkan Latihan ICT –

Pemantapan Penjawat Awam, isu Disposable E –

Waste Management dibawa oleh Pn. Cornelia Gregory

Han, Ketua BRN dan akhir sekali isu Keselamatan ICT

diberikan penekanan oleh Encik Daniel Ng Chai Chong,

Ketua BSK, JPKN

Seminar tamat pada sekitar jam 5 petang dengan para

peserta membawa pulang ‘Goodies Bag’ berisi ’Thumb

Drive’ . Adalah diharapkan seminar ini memberikan

manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan memenuhi

objektif demi untuk memartabatkan perkhidmatan awam

negeri khususnya di Jabatan Ketua Menteri.

............sambungan mukasurat 23

Page 15: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

15

Konvensyen KIK- Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif

Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2013 telah diadakan

pada 10 Oktober 2013 bertempat di Mini Teater Tun Hamdan,

Yayasan Sabah. Acara dirasmikan oleh Pengarah Jabatan

Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Konvensyen ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Sabah dan

dilaksanakan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan

Negeri (Pentadbiran). KSIT-SKN telah terlibat sebagai

sebahagian AJK Pelaksana dalam memberikan bantuan ICT

yang diperlukan untuk menjayakan konvensyen tersebut.

Program ini disertai oleh 8 kumpulan dari 5 agensi kerajaan

negeri antaranya Kumpulan Powook dari Jabatan Perpustakaan

Negeri Sabah, Kumpulan B.A.H dari Jabatan Perkhidmatan

Awam Negeri, Kumpulan KIK Strategi dari Jabatan Pengairan

Dan Saliran, Daerah Kota Belud, Kumpulan TAGAL dari Ko-

Nelayan, Kumpulan M-16 dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan &

Perusahaan Ternak. Akhir sekali Jabatan Perkhidmatan

Komputer Negeri yang telah menghantar pasukan teramai

sebanyak 3 kumpulan iaitu Kumpulan KIK BPS, Kumpulan Maya

dan Kumpulan Krenomax.

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Sabah

mempertandingkan 2 kategori iaitu Kategori Pengurusan dan

Kategori Teknikal. Kategori Pengurusan telah dijuarai oleh

Kumpulan Poowok, Kumpulan B.A.H di tempat kedua manakala

Kumpulan Krenomax JPKN di tempat ketiga. Bagi Kategori

Pengurusan, Kumpulan Poowok telah mewakili Sabah ke

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan

yang diadakan di Kuching Sarawak pada 30 November hingga 4

Disember 2013 manakala Kategori Teknikal telah diwakili oleh

Kumpulan M-16.

Kumpulan Krenomax JPKN

…………sambungan mukasurat 23

Page 16: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

16

-

-

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.

Berdasarkan Panduan KIK dari MAMPU, ianya didefinasikan sebagai kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktivit sesuatu organisasi. Idea-idea ini boleh menrangkumi apa-apa

perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

DEFINISI INOVATIF

PENGENALAN

1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan

2. Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam;

3. Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan

4. Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

5. Dalam proses mengenalpasti projek/masalah, kumpulan KIK adalah dinasihatkan supaya tidak membincangkan beberapa perkara berikut iaitu:

• Dasar Jabatan;

• Perjanjian Kesatuan;

• Perkara mengenai tindakan tatatertib;

• Hal-hal peribadi;

• Gaji dan elaun-elaun;

• Belanjawan jabatan;

• Syarat-syarat perkhidmatan;

• Pembahagian tugas;

• Dasar kenaikan pangkat dan;

• Perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja.

OBJEKTIF KIK

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan

Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

Page 17: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

17

Assalamualaikum wbth.

Terlebih dahulu syukur alhamdulillah diucapkan kerana

PERKIS JPKN telah diberi kepercayaan oleh staff JPKN

dan keluarga untuk mengurus Ibadah Qurban dan Aqiqah

saudara-saudari. Semoga AJK yang terlibat diberi

kekuatan untuk meneruskan aktiviti ini di masa-masa yang

mendatang demi mengimarahkan program ibadah qurban

yang telah di syariatkan kepada Umat Islam.

Program ini telah dijalankan pada 2 peringkat iaitu;

Penyembelihan Lembu dan aktiviti melapah dan

menimbang pada 18 Oktober 2013 di Pusat Teknologi

Daging, Kinarut dan Penyerahan Daging Qurban pada 19

Oktober 2013 di Surau Islah Kg. Lobou, Menggatal.

Program pada 18 Oktober 2013 (Hari Tasyrik yang ke-3)

telah bermula pada jam 7.30 pagi, berkumpul di rumah Kak

Asmah Din Kassim untuk bersarapan pagi sambil

silaturrahim dan menyusun strategi bersama Pengerusi

Saudara Sariwan Jamanih. Selesai bersarapan pagi kami

bergerak ke Pusat Teknologi Daging, Kinarut untuk proses

penyembelihan daging Qurban. Pada tahun ini sebanyak 4

ekor lembu telah dikorbankan yang melibatkan 25 bahagian

untuk Ibadah Qurban staff atau keluarga dan 3 bahagian

lagi untuk aqiqah anak staff JPKN yang terdiri daripada

kakitangan di Kota Kinabalu, Tawau, Keningau dan

Sandakan. (Nama saya tak laporkan untuk menjamin

keikhlasan ibadah kepada Allah s.w.t semata-mata) laporan

terperinci dengan Bendahari PERKIS JPKN.

Selesai penyembelihan, melapah dan menimbang, daging

lembu telah dihantar ke pusat pendinginan swasta di

Kinarut untuk penyimpanan. ....sambungan mukasurat 24

Page 18: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

18

Kursus The Making of Great Leader pada 22 - 23 Mei 2013 bertempat di

Hotel Park Royal, Kuala Lumpur

Menghadiri Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas Dan CPR pada 11 June 2013 bertempat di Bilik Persidangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Innoprise.

Page 19: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

19

Persidangan CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2013 & Mesyuarat Ketua-Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ke 24 ( 2 - 3 Jul 2013 ) – Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan.

Mesyuarat KSIT-SKN bil 1/2013 bertempat di Bilik Persidangan, Tkt 1, Wisma Innoprise.

Page 20: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

20

Bertugas semasa Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013/ 1434 Masihi Kepada Pasukan Keselamatan

( 25 Julai 2013 ) bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae.

Latihan SISPHANS kepada Pegawai Aset JKM diadakan pada 20 Ogos 2013 bertempat di Makmal Latihan, INSAN

Page 21: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

21

Seminar ICT Peringkat Negeri Sabah 2013 pada 10 Sep 203

bertempat di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni, UMS

Page 22: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

22

Konvensyen Juruteknik Komputer Sektor Awam Negeri diadakan pada

18 September 2013 bertempat di Palace Hotel, Kota Kinabalu

Page 23: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

23

Seminar ICT Jabatan Ketua Menteri 2013 Sektor Awam Negeri pada 3 Oktober 2013

bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort.

Page 24: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

24

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2013 10 Oktober 2013

Mini Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah.

para panel juri

perserta pemenang

AJK program

Page 25: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

25

Program Ibadah Qurban & Dakwah 18 Oktober 2013 - Penyembelihan Lembu dan aktiviti melapah dan menimbang di Pusat Teknologi Daging, Kinarut

19 Oktober 2013 - Penyerahan Daging Qurban pada di Surau Islah Kg. Lobou, Menggatal.

Page 26: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

26

Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.

Page 27: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

27

Bertugas semasa Program Kesedaran Pengguna (Penjawat Awam); Kepentingan Menjaga Kesihatan Ke Arah Bersama Menerajui Kecemerlangan Perkhidmatan Awam pada 26 November 2013 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah

Page 28: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

28

Kursus PHP 101 anjuran JPKN kepada kakitangan jabatan telah diadakan pada 9-11

Disember 2013 bertempat di Maklmal ICT INSAN, Tingkat 1, Blok A, Wims MUIS

Page 29: skn - · PDF fileMenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang dimasukkan

29

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan

terima kasih kepada semua yang terlibat

samada secara langsung dan tidak

langsung dalam usaha menerbitkan

majalah KSIT-SKN 2013 ini.

Sekalung Penghargaan