sistem merit n dmerit

7
SK MERSING KANAN 223 JALAN ABDULLAH 86800 MERSING PROGRAM KELAS KUSAYANG “SISTEM MERIT DAN DEMERIT” Cemerlang Sahsiah Cemerlang Akademik ANJURAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN BADAN DISIPLIN SK MERSING KANAN TARIKH PERLAKSANAAN: SEPANJANG TAHUN 2010

Upload: muratrani-murat

Post on 11-Jul-2016

282 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Merit n Dmerit

SK MERSING KANAN223 JALAN ABDULLAH 86800 MERSING

PROGRAMKELAS KUSAYANG

“SISTEM MERIT DAN DEMERIT”Cemerlang Sahsiah Cemerlang Akademik

ANJURANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

DAN BADAN DISIPLIN

SK MERSING KANAN

TARIKH PERLAKSANAAN:SEPANJANG TAHUN 2010

Page 2: Sistem Merit n Dmerit

PengenalanPelbagai usaha telah dibuat untuk menangani masalah disiplin di kalangan murid-murid di sekolah dalam usaha memupuk kecemerlangan sahsiah dan akademik. Usaha ini merupakan salah satu usaha terbaru pihak sekolah untuk menjadikan warga murid SK Mersing Kanan merlumba-lumba menunjukkan kecemerlangan sahsiah di kalangan mereka mengikut kelas masing-masing agar sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing kerana setiap kebaikan dan kesalahan disiplin yang mereka lakukan akan dinilai dan diberi markah. Markah terkumpul mengikut kelas menjadi penanda aras tahap disiplin dan sahsiah murid-murid dalam kelas tersebut.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh dibuat oleh pentadbiran sekolah ialah: Sentiasa mengingatkan murid dalam perhimpunan mengenai keburukan kegiatan samseng,

pelanggaran peraturan sekolah dan kesan jika kerap melakukan kesalahan yang sama di sekolah. Memberi penekanan kepada murid agar mengamalkan cara hidup positif memalui mata

pelajaran moral dan agama serta bimbingan kaunseling.

Langkah Pencegahan Mengenalpasti latar belakang murid bermasalah Mendapatkan maklumat sejauhmana keterlibatan murid dalam kesalahan besar di sekolah Memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid yang terlibat

Program system merit dan demerit ini member penekanan kepada Disiplin Mencegah, Disiplin Membantu dan Disiplin Pemulihan.

Sistem Merit dan Demerit digunakan untuk meningkatkan tingkah laku positif di kalangan murid dan juga untuk menyelesaikan masalah disiplin di kalangan mereka. Sistem ini juga digunakan di kebanyakan sekolah elit di Malaysia.

Tujuan Sistem Merit dan DemeritSebagai langkah untuk melahirkan insane kamil dan cemerlang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sistem merit dan Demerit diperkenalkan oleh sekolah bertujuan untuk meningkatkan sikap positif murid dan mengekalkan budi pekerti tinggi di kalangan mereka. Selain daripada itu mereka boleh bersaing untuk mengumpul markah merit untuk kelas dan individu serta mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan pemotongan markah.

Rasional Sistem Merit-Demerit Ganjaran dan penghargaan diberikan kepada murid-murid melalui markah merit supaya dapat

memotivasikan mereka dan meningkatkan kecemerlangan diri secara individu dan kumpulan(kelas)

Murid berkeupayaan untuk berubah tingkah laku mereka daripada yang kurang memuaskan kepada yang lebih baik memalui pemotongan markah merit.

Kaedah Pelaksanaan Sistem Merit – Demerit Setiap murid diperuntukkan Markah sebanyak 150 (contoh) apabila mereka didaftarkan sebagai

murid sekolah. Sekiranya murid melakukan kesalahan disiplin markah akan dipotong berdasarkan kepada jenis

kesalahan yang dilakukan. Markah yang dipotong itu akan dikumpulkan dari setahun kesetahun bergantung kepada lama

mana murid tersebut bersekolah.

Page 3: Sistem Merit n Dmerit

Pelaksanaan Sistem Sistem Demerit1. Tahap Pertama: 50 markah(demerit)

1.1 Amaran bertulis kali pertama diberikan oleh pihak sekolah dan salinan surat kepada ibu bapa

1.2 Murid dihantar ke sesi kaunseling dan dinasihat untuk mengubah tingkah laku

2. Tahap Kedua : 80 markah2.1 Amaran kali kedua diberi secara bertulis dan salinan kepada ibu bapa2.2 Murid dihantar ke sesi kaunseling untuk pembentukan sahsiah2.3 Ibu bapa/waris dikehendaki dating untuk perbincangan

3. Tahap Ketiga: 120 markah3.1 Surat amaran ketiga diberikan dan salinan kepada ibu bapa3.2 Murid dihantar ke sesi kaunseling untuk pembentukan sahsiah.3.3 Ibu bapa dikehendaki dating untuk perbincangan.

4. Tahap Keempat: 150 markah4.1 Murid diberikan tindakan berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan

berat, namanya disenarai hitamkan.4.2 Tindakan gantung sekolah, denda atau atau buang sekolah boleh dikenakan.4.3 Pelajar akan dibawa ke mahkamah Lembaga Disiplin untuk diputuskan tindakan sewajarnya

yang akan diambil4.4 Surat tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil akan dikeluarkan.

(SEMUA KESALAHAN SAMA ADA RINGAN, SENDERHANA ATAU BERAT HENDAKLAH DIRUJUK)

Kriteria Pemberian Markah(Merit)Merit boleh diberikan kepada seseorang murid mengikut darjah penglibatan dan pencapaiannya di dalam setiap bidang berikut:

Akademik Kokurikulum Tatasusila(tingkah laku) Tugas-tugas khas Pengiktirafan dan pencapaian dalam peraduan/pertandingan

Pemberian Poin dan markah Semua guru berkah untuk menentukan nilai merit seseorang murid berdasarkan kepada amalan

yang baik di sekolah. Nilai poin merit yang diperuntukan bagi setiap bidang adalah mengikut keutamaan bidang itu

untuk membaiki disiplin murid di sekolah.

Pemberian Poin dan Markah Semua guru berhak untuk menentukan nilai merit seseorang murid berdasarkan kepada amalan

yang baik di sekolah.

Page 4: Sistem Merit n Dmerit

Nilai poin merit yang diperuntukan bagi setiap bidang adalah mengikut keutamaan bidang itu untuk memperbaiki disiplin murid di sekolah.

Sebagai contoh lihat jadual berikut:

Bidang Peruntukan Poin Markah Merit BOleh Dikumpul

Jawatan Khas Tatasusila Akademik Kokurikulum Pengiktirafan/pencapaian

dalam pertandingan/peraduan

101010105

5050505025

Nota: 1 poin = 5 markah

*Jawatan khas termasuk Ketua pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Pengawas Kanan, Pengawas Biasa, Ketua Kelas, Pnolong Ketua Kelas, AJK Kelas, Pengawas Perpustakaan, Pengerusi Kelab, persatuan dan badan beruniform dan AJK Kelab, persatuan dan badan beruniform.

KokurikulumPeringkat Pencapaian Merit

1. Sekolah

2. Daerah

3. Negeri

4. Kebangsaan

JohanN.JohanKetigaPenyertaan

JohanN.JohanKetigaPenyertaan

JohanN. JohanKetigaPenyertaan

JohanN.JohanKetigaPenyertaan

3 Markah2 Markah1 Markah1 Markah

5 Markah4 Markah3 Markah2 Markah

10 Markah8 Markah6 Markah6 Markah

15 Markah13 Markah11 Markah11 Markah

Tatasusila/Tingkah laku

Page 5: Sistem Merit n Dmerit

Pemberian markah bagi perkara di atas adalah berdasarkan kepada tingkah laku murid yang boleh dicontohi dan diperakui oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. Antara perkara baik yang boleh diberi markah adalah:

Melaporkan kerosakan di bilik/sekolah Membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan Memulangkan benda-benda yang hilang yang dijumpai Sentiasa bersih dan kemas Menepati masa Menghormati guru, pelawat dan rakan-rakan Meleraikan pergaduhan rakan-rakan Membantu guru untuk kerja-kerja sukarela

AkademikMarkah diberikan kerana pencapaian dalam peperiksaan di sekolah dan peperiksaan UPSR. Markah juga diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan purata 5% dalam peperiksaan pertengahan tahun dari tahun 1 hingga tahun enam.

Sistem DemeritTerdapat 2 tahap kesalahan yang dikenakan tindakan dan demerit. Pada tahap pertama, kesalahan dilakukan yang boleh menjejaskan kesihatan, kebajikan, keselamatan warga sekolah , peralatan dan persekitarannya. Kesalahan-kesalahan ini dianggap berat oleh pentadbiran sekolah dan memerlukan perbincangan dengan ibu bapa serta boleh membawa kepada tindakan polis dan mahkamah. Kesalahan-kesalahan tahap kedua, boleh dikenakan tindakan antara demerit 5-15 demerit dan penggantungan juga boleh dikenakan berdasarkan kepada jenis kesalahan yang dilakukan seperti berikut:

Salah guna dadah, rokok, minuman keras dan seakan-akan dadahTindakan: penggantungan sekolah 10 hari dan 15 markah demerit.

Menyerang Memeilik senjata dan alat berbahaya Ugutan yang menakutkan dan buli melampau Memecahkan dan memasuki sekolah

Semua kesalahan di atas dikenakan hukuman pengantungan selama 10 hari dan 15 markah demerit dikenakan.Sistem poin dikenakan untuk mengatasi masalah disiplin. Ianya digunakan di bawah sistem pemantauan bilik darjah dan bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang baik dan menghindari murid dari melakukan kesalahan. Murid yang mengumpul 10 poin demerit akan dirotan sekali serta diberikan nasihat. Murid yang mengumpul 80 poin demerit akan dikenakan hukuman gantung persekolahan selama 2 minggu.

KesimpulanKeberkesanan program ini banyak bergantung kepada kerjasama semua warga sekolah dan ibu bapa serta murid-murid SKMK. Setiap pengorbanan dan kesungguhan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu yang baIK jika dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab dan niat yang baik.