sistem kewangan islam

Upload: sukmakustika

Post on 18-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ski

TRANSCRIPT

1

PAGE

1. PENDAHULUANPasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) merupakan satu komponen daripada keseluruhan pasaran modal di Malaysia. Ia memainkan peranan penting dalam menjanakan pertumbuhan ekonomi bagi negara ini. Fungsi pasaran ini adalah sebagai sebuah pasaran yang selari dengan pasaran modal konvensional, dan memainkan peranan sebagai pelengkap kepada sistem perbankan Islam dalam memperluas dan memperdalam pasaran kewangan Islam di Malaysia. Ketika pasaran menjadi semakin kompleks dan canggih, ia memerlukan sokongan infrastruktur supaya sistemnya boleh beroperasi dan berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Inisiatif awal Securities Commission (Suruhanjaya Sekuriti) dalam menubuhkan sebuah Jabatan Pasaran Modal Islam (ICMD) yang berdedikasi dalam Kumpulan Urusan Strategi dan Pembangunannya adalah untuk menyediakan sokongan infrastruktur yang amat diperlukan. Mandat bagi ICMD adalah untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk membentuk dan memudahcarakan satu pelan jangka panjang bagi memperkukuh pasran modal Islam di Malaysia. Hari ini, terdapat pelbagai produk pasaran modal untuk orang Islam yang mahu melabur dan berurus niaga dalam pasaran modal Islam. Produk-produk tersebut termasuk dalam senarai sekuriti patuh Syariah antaranya ialah sukuk , unit amanah Islam, indeks Syariah, waran (TSR), waran panggilan dan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah.

.

2. DEFINISI SUKUK

Sukuk bermaksud sijil yang menggambarkan hak penyertaan terhadap sesuatu aset. Tujuan pembentukannya sama seperti tujuan penerbitan bon dalam ekonomi konvensional, oleh itu ia juga dikenali sebagai bon Islam. Ianya bagi memenuhi kehendak syariah yang mengharamkan riba dalam sekuriti pengoperasian sukuk walaupun hampir menyamai bon sebagaimana amalan di dalam ekonomi konvensional, tetapi tidak melibatkan riba. Sukuk akan dikaitkan dengan aset secara langsung kerana konsep pensekuritian aset akan cuba mengelakkan amalan riba. Pembentukan sukuk pada asasnya adalah sama dengan pembentukan pensekuritian aset dalam ekonomi konvensional yang mana ia berdasarkan proses pensekuritian. Proses pensekuritian ini boleh dilakukan untuk pelbagai jenis aset.

Perbezaan utama di antara sukuk dengan bon konvensional dan pensekuritian konvensional ialah dalam bentuk tanggungannya. Bon konvensional menggambarkan bentuk tanggungan hutang penuh kepada penerbit yang mana penerbit akan menaggung segala kos dividen dan bonus tanpa mengira apakah prestasi sebenar perusahaan pengusaha. Akan tetapi sukuk menunjukkan hubungan risiko kredit dengan aset sebenar bagi penerbit sukuk. Risiko perusahaan akan ditanggung bersama oleh pengusaha dan pemodal dalam bentuk perkongsian untung atau perolehan. Selain itu bon mewujudkan hubungan langsung urusan hutang di antara pemberi pinjam dan peminjam sedangkan bentuk hubungan sukuk bergantung kepada jenis kontrak syariah yang digunakan oleh penerbit sukuk.

Sukuk menggambarkan peratusan milikan ke atas sesuatu aset bagi satu tempoh masa tertentu sedangkan risiko dan pulangan dikaitkan secara langsung dengan aset nyata yang ditanggung oleh pelabur. Para pelabur atau pembeli sukuk adalah pemilik aset yang mana risiko dan pulangan bagi sesuatu aset itu akan ditanggung bersama oleh pemilik sukuk dan penerbit sukuk ( Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad 2009).Dan dalam definisi umum sukuk adalah sekuriti yang mematuhi hukum syarak serta prinsip-prinsip pelaburannya dan melarang mengenakan bayaran atau membayar faedah (interest) (ibsid.wordpress.com 2009).

3. FUNGSI SUKUKSukuk berfungsi menjadi instrumen pembiayaan yang penting sama ada untuk kerajaan atau korporat. Ia berperanan sebagai cara untuk mendapatkan dana daripada pemodal. Penerbitan Sukuk Negara digunakan untuk pembiayaan negara secra umum (general funding) atau untuk pembiayaan projek-projek tertentu misalnya pembangunan telekomunikasi, pembangunan hospital, pembangunan sekolah, unit pembangunan bandar udara dan sebagainya. Terdapat beberapa negara dunia telah menjadi pengeluar sukuk, di antaranya ialah Bahrain, Pakistan, Malaysia, United Emirat Arab, Brunei Darussalam, Qatar dan State of Saxony Anhalt (Jerman).

Bagi penerbitan sukuk korporat pula ia digunakan untuk memenuhi dua tujuan iaitu pertama untuk mendapatkan dana bagi memulakan perniagaan. Korporat yang ingin memulakan perniagaan dan memerlukan modal boleh mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pelabur. Jika ia penerbitan baru dan ditawarkan terus kepada pelabur di dalam pasaran primer maka proses penerbitan dan penawaran sukuk kepada umum dinamakan IPO (initial public offering). Kedua, ialah untuk mengembangkan lagi perusahaan. Apabila korporat memerlukan dana tambahan maka ia boleh juga cuba mendapatkan dana tambahan tersebut melalui penerbitan sukuk (Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad 2009).

Selain itu, sukuk juga dapat digunakan untuk keperluan pembiayaan keperluan tunai mendesak (cash-mismatch) iaitu dengan menggunakan sukuk jangka pendek (Islamic Treasury Bills) untuk dapat digunakan sebagai instrumen pasaran wang. Langkah ini dilakukan oleh pelabur yang memerlukan tunai segera dan tidak sanggup menunggu lebih lama sehingga masa matang sukuk. Kemudahan mencairkan dana pelaburan ini dilakukan dalam pasaran sekunder dan amat penting bagi menjadikan dana pelaburan lebih cair.

Sukuk boleh distrukturkan dengan pelbagai cara. Jika bon konvensional menganggap bon sebagai hutang yang akan dibayar balik, sebaliknya sukuk melambangkan milikan separa. Jenis pemilikan bergantung kepada struktur sukuk (ibsid.wordpress.com 2009).4. PELAKSANAAN SUKUK DI MALAYSIAMalaysia telah menjadi negara pelopor dalam bon Islam atau sukuk kira-kira 15 tahun yang lalu dan kini merupakan satu-satunya negara yang mendahului dalam mewujudkan sebuah pusat kewangan Islam global. Menurut data Bank Negara Malaysia, pada akhir 2007 negara telah menjadi pasaran sukuk terbesar dunia, kira-kira 68.9% atau US$ 62 bilion dalam menguasai dunia bon Islam.

Purata kadar pertumbuhan tahunan pasaran sukuk rakyat Malaysia di antara 2001 dan 2007 adalah 22% dan secara global, sambutan sangat menggalakkan apabila lahirnya syarikat yang menjalankan aktiviti sukuk seperti Khazanah Exchangeable Sukuk, Mukah Mudharabah Sukuk dan Plus Musharakah Sukuk. Sekitar sejak awal 1980-an bon Islam lebih tertumpu pada sektor awam atau kerajaan dalam menaja isu-isu hutang, dan aktiviti-aktiviti pasaran awal terbatas untuk pengeluaran sekuriti kerajaan sahaja atau keperluan bagi memenuhi kehendak pentadbiran dan undang-undang (findarticles.com 2009).

Pasaran sukuk Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Dalam tahun 2007, lebih 76% daripada semua bon yang diluluskan oleh SC merupakan sukuk dengan jumlah nilai RM121.3 bilion. Sebahagian besar daripada ini adalah struktur inovatif berdasarkan prinsip yang diterima meluas, seperti musyarakah, ijarah, dan istisna`. Islamic Capital Market (ICM) Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai pusat inovasi dalam tahun 2007 dengan penerbitan besar, seperti sukuk terbesar dan program pembiayaan bon konvensional bernilai RM60 bilion oleh Cagamas Bhd, penerbitan sukuk bernilai RM15.4 bilion oleh Binariang GSM Sdn Bhd, sukuk boleh tukar terbesar bernilai AS$850 juta oleh Khazanah Nasional Bhd dan RM3 juta TM Islamic Stapled Income Securities oleh Telekom Malaysia dan Hijrah Pertama Bhd. SC memperkenalkan kerangka kerja fasilitatif bagi penerbitan sukuk denominasi mata wang asing untuk mempromosi Malaysia menjadi pusat sukuk antarabangsa (www.sc.com.my 2007).5. TERBITAN SUKUK BBA (AL-BAI BITHAMAN AJIL)

Sukuk al-bai bithaman Ajil (BBA) adalah kalimah Arab yang bermaksud sijil kewangan berdasarkan kontrak al-BaiBithaman Ajil yang membuktikan hak pemilikan pelabur untuk penetuan aset. Sukuk BBA bukanlah bon kerana bon menunjukkan ikatan hutang, tetapi sukuk BBA adalah satu kewajipan yang menunjukkan obligasi kewangan sebagai kertas hutang. Pada zaman awal Islam dipanggil Sakk (sukuk) yang mana berkaitan dengan transaksi orang Eropah yang dinamakan cek ( berasal daripada bahasa Parsi) bermaksud apa-apa dokumen mewakili suatu kontrak atau pemindahan hak-hak, kewajipan-kewajipan atau wang yang berpandukan syariah. Bukti empirikal menunjukkan yang sukuk adalah satu produk yang digunakan dengan meluas semasa zaman Islam pertengahan untuk memindahkan tanggungan kewangan berasal daripada perdagangan dan aktiviti-aktiviti perdagangan lain. (wikipedia.org/wiki/Sukuk )5.1 DEFINISI AL-BAI BITHAMAN AJIL (BBA)

Al bai bi thaman ajil ialah satu kontrak oleh pembiayaan untuk membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan. Pembiaya akan menjual harta yang dibelinya itu kepada pelanggan tersebut dengan harga pokok dan keuntungan.

Bagaimanapun pelanggan terbabit akan membayarnya secara tertangguh mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan dibayar dengan jumlah tertentu secara beransur-ansur

Malah ia juga dikenali sebagai jual harga tertangguh. Urus niaga bai bi thaman ajil melibatkan proses menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang dan ditangguhkan pembayarannya sehingga ke satu waktu atau tempoh yang telah ditetapkan (Osman Sabran 2000).

.

5.2 ASAS HUKUMAktiviti jual beli adalah diharuskan dalam Islam. Urus niaga bai bi thaman ajil merupakan aktiviti perniagaan jual beli tangguh yang diharuskan oleh Islam sama seperti jual beli biasa. Perbezaan antara jual beli biasa dengan jual beli secara tangguh adalah harga jualan. Harga jualan jual beli secara tangguh lebih mahal daripada jual beli biasa kerana harga jual beli secara tangguh mengikut tempoh masa penangguhan yang dikehendaki oleh pelanggan. Firman Allah S.W.T:

Ayat diatas menjelaskan bahawa jual beli adalah dihalalkan sekiranya aktiviti tersebut tidak melibatkan unsur riba. Oleh itu, bai bi thaman ajil merupakan satu mekanisme dalam jual beli Islam yang memelihara rukun dan syarat jual beli yang ada dalam muamalat Islam. Firman Allah:

Dan hendaklah kamu mendatangkan saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah orang yang menulis dan yang menjadi saksi itu saling menyulitkan.

Ayat ini juga menjelaskan jual beli adalah diharuskan. Jika jual beli adalah dalam bentuk tunai, maka hendaklah ada saksi. Manakala jual beli berbentuk hutang pula hendaklah transaksi tersebut dilaksanakan secara bertulis. Syarat ini bertujuan untuk memudahkan kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam urus niaga jual beli secara hutang. Malah syarat ini juga bertujuan untuk menghindarkan salah faham, penipuan dan pergaduhan di kemudian hari dan bukan untuk menyusahkan serta mendatangkan masalah kepada kedua-dua belah pihak. Firman Allah:

tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia(keuntungan hasil perniagaan) daripada Allah tuhanmu

Ayat diatas menghalalkan pengambilan keuntungan dalam jual beli dengan cara halal. Jual beli mesti dilaksanakan dengan perasaan redha meredhai antara satu sama lain dan mengikut lunas-lunas Islam. Oleh itu, mekanisme jual beli yang menggunakan bai bi thaman ajil yang melibatkan pengambilan keuntungan melalui perniagaan jual beli harta dengan bayaran tertangguh adalah diharuskan.

Hadith Rasulullah s.a.w, daripada Aishah r.a yang bermaksud:

Sesungguhnya nabi s.a.w telah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan menangguhkan bayaran kepada tempoh yang ditentukan dan mencagarkan baju besinya sebagai jaminan.

Hadith ini menunjukkan bahawa bai bi thaman ajil iaitu barang dengan bayaran tangguh pernah diamalkan oleh Rasulullah sendiri. Baginda yang membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan menangguhkan bayarannya (http:www.nazrichik.com).

Ulama fiqh Islam sepakat mengharuskan jual beli barangan dengan menangguhkan bayaran. Imam Shafie menjelaskan bahawa tidak mengapa dengan seorang lelaki menjual barang dengan bayaran tertangguh dan membelinya semula daripada pembeli dengan bayaran tunai yang lebih rendah. Imam Malik juga mengharuskan jual beli dengan bayaran tangguh. Bagi Imam Hanafi, sesiapa yang menjual sesuatu barangan dengan harga tunai dan kemudiannya menangguhkan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, maka hukumnya sah dan ia menjadi hutang.

Ibn al-Humam pula menjelaskan bahawa dalil yang mengharuskan jual barang dengan bayaran lebih kerana tangguh adalah berdasarkan riwayat Ibn Umar r.a yang mengatakan bahawa Setelah Rasulullah s.a.w memperlengkapkan tentera, baginda memerintahkanku supaya membeli seekor unta dengan harga dua ekor unta secara tangguh. Peristiwa ini merupakan hujah bagi mengharuskan jual beli dengan bayaran lebih kerana tangguh. Maka, jelaslah bahawa pembiayaan bai bi thaman ajil yang telah dilaksanakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad, bank konvensional melalui Skim Perbankan Islam dan sebagainya adalah diharuskan mengikut nas al-Quran, al-Sunnah, dan Ijma Ulama(Osman Sabran 2000).

6. TUJUAN PENERBITAN SUKUK BBA Tujuan penerbitan sukuk adalah untuk melakukan perubahan sistem konvensional yang menggunakan kadar faedah tetap yang menjadi larangan oleh undang-undang Islam maka ekonomi Islam boleh dibangunkan tanpa pencampuran riba. Sukuk BBA dicipta untuk perkhidmatan yang diperlukan dalam pasaran modal, atau untuk membuat pembiayaan semula hutang sedia ada, atau digunakan dalam sektor pengangkutan (terutama dalam sektor perkapalan dan pesawat), hartanah, pembinaan dan projek-projek petrokimia dalam beberapa negara (ibsid.wordpress.com 2009). 7. KEPENTINGAN SUKUK BBA

Pada masa kini hampir semua orang melakukan aktiviti Bai Bithaman Ajil (BBA) dalam setiap transaksi. Oleh itu, ini situasi terbaik yang boleh menyokong penerbitan Sukuk BBA dan menjadi satu kewajipan yang boleh menarik masyarakat melakukan kaedah ini. Realitinya, aset pensekuritian adalah satu kos efisien dan teknik struktur kewangan yang fleksibel serta pemindahan mudah tunai dan pemindahan risiko, di mana adanya pertukaran atau tuntutan aset yang akan datang dalam keadaan yang berbeza dan kualiti kepada sekuriti hutang yang boleh didagangkan.

Walaupun pelbagai kaedah pensekuritian telah ditawarkan, tetapi setakat ini yang ditemui adalah terbatas dalam penerimaan kewangan Islam samada pada jualan dan pembelian hutang berfaedah telah menyebabkan pelabur berminat melakukan transaksi di bawah perundangan Islam. Dalam masa lima tahun ini, kematangan pensekuritian pasaran Islam telah menunjukkan pembangunan yang positif dan diterima dalam pasaran utama, serta diterima baik dalam persekitaran makroekonomi, dan pembaharuan institusi kewangan untuk melahirkan institusi yang patuh syariah.

Selain itu, kepentingan sukuk BBA adalah dalam kes-kes jualan di mana pembayaran harga adalah tertangguh seperti mana persetujuan dalam kontrak dan diketahui oleh kedua-dua belah pihak dalam menetapkan masa dan jumlah bayaran yang dipastikan dan tidak perlu untuk menyatakan harga kos dan jumlah tokokan (jika didedahkan ianya juga adalah satu murabahah) (ibsid.wordpress.com 2009).

8. PROSES SUKUK BBA

Proses Sukuk BBA tercipta adalah di atas satu prinsip Murabahah beserta faedah pembayaran keuntungan daripada pemiutang, sijil tersebut (sukuk holders) akan diterima dimana-mana tempat yang menerima pakai prinsip sukuk. Sebagai contoh : Pengeluar jualan berkehendak menjual aset-aset asas kepada pelabur dengan penentuan harga wang tunai contohnya RM 10 ribu dan kemudian membeli balik sekali lagi dengan cara kredit berjumlah RM 1000. Ini bermakna pengeluar mempunyai hutang dengan pelabur sebanyak RM11 ribu. Dan untuk mengesahkan hutang itu, pengeluar akan mengeluarkan Sukuk BBA untuk pelabur tersebut (ibsid.wordpress.com 2009).

8.1 Pihak Yang Terlibat Dalam Sukuk BBA

Banyak pihak yang terlibat dalam Sukuk BBA dan antaranya adalah transaksi Wakaf di Malaysia, transaksi dagangan dan sebagainya. Dapat dilihat, kebanyakan bon Islam dikeluarkan oleh syarikat-syarikat hari ini telah dengan pesat dengan menggunakan struktur bay al inah dan bay al dayn, namun, kontrak-kontrak ini kurang diterima oleh pelabur-pelabur Timur Tengah, ianya boleh mempengaruhi cubaan-cubaan untuk menarik banyak aliran masuk modal keperluan terutama dari Timur Tengah ke dalam pasaran modal negara dalam keadaan sumber-sumber dari Barat yang kurang memberansangkan.

Oleh itu, penting untuk memahami dasar proses penerbitan bon Islam di Malaysia, dan setakat mana ianya tidak sejajar dengan pemikiran pakar-pakar dari golongan Timur Tengah. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh syarikat-syarikat Malaysia untuk menghapuskan kontroversi-kontroversi ini supaya mereka boleh memperoleh sumber-sumber modal daripada pelabur-pelabur Timur Tengah (ibsid.wordpress.com 2009).

8.2 Kewajipan Pihak- Pihak Yang Terlibat Dalam Sukuk BBA

Murabahah / BBA sukuk hanya boleh didagangkan dalam pasaran domestik Malaysia atau mungkin beberapa pasaran-pasaran dalam negara yang mengguna pakai fatwa rakyat Malaysia berasaskan bay` al `inah dan bay` al dayn. Ianya tidak sesuai untuk global atau pasaran GCC. Kewajipan pihak-pihak masing-masing adalah sentiasa berlandaskan kontrak Ba'I Bithaman Ajil (ibsid.wordpress.com 2009).

8.3 Hak Antara Kedua-dua Pihak Dalam Sukuk BBA

Dalam Sukuk BBA, penerbit sukuk mempunyai hak mendapat dana daripada pelabur, sementara itu pelabur mempunyai hak untuk menjual semula sukuk tersebut dengan pelabur lain untuk menambah dana sekali lagi dengan tambahan keuntungan. Jika nilai sebenar sukuk BBA tersebut adalah tidak bersesuaian dengan kontrak sebelum ini, maka pelabur-pelabur itu mempunyai hak untuk membuat aduan dan memulangkan kembali kepada penerbit sukuk (ibsid.wordpress.com 2009).

9. KONSEP DAN KAEDAH SUKUK BBA DI MALAYSIA

Penjelasan mengenai konsep dan kaedah sukuk BBA adalah sebagaimana rajah berikut:

Keterangan Rajah:1) Setelah memiliki benefecial ownership ke atas aset syarikat, SPV menjualkan aset tersebut kepada pelabur dengan harga RM300 juta tunai.

2) Dana RM300 juta diserahkan kepada syarikat bagi kegunaan projek yang juga merupakan tujuan sukuk ini diterbitkan.

3) Pihak pelabur menjual kembali aset tersebut kepada SPV dengan nilai RM300 juta + keuntungan disasarkan, secara bayaran tangguh dalam masa 5 tahun.

4) SPV menerbitkan sukuk BBA bagi mewakili hak pelabur untuk menerima bayaran tangguh (hutang) daripada SPV dan syarikat.

5) SPV akan membayar secara tangguh, hasilnya pelabur akan mendapat kembali modal beserta untungnya yang disasarkan sepanjang tempoh 5 tahun tersebut.

6) Sepanjang tempoh 5 tahun itu, pihak pelabur bebas untuk menyimpan dan menerima bayaran secara ansuran daripada pihak SPV atau menjualnya di pasaran kedua bagi memperoleh tunai dengan segera. Jika ia dijual, ia akan menggunakan konsep jualan hutang (Bai al-Dayn) (Zaharuddin 2009).10. KESIMPULANSukuk merupakan satu alternatif instrumen pembiayaan yang berpandukan syariah serta bebas dari riba. Malaysia telah menjadi negara pelopor dalam bon Islam atau sukuk kira-kira 15 tahun yang lalu dan kini merupakan satu-satunya negara yang mendahului dalam mewujudkan sebuah pusat kewangan Islam global. Dengan kemajuan yang dicapai ini, pelbagai struktur sukuk dibentuk bagi memenuhi keperluan dan lebih fleksibel. Struktur sukuk BBA tebentuk bagi memenuhi keperluan pembiayaan hutang yang boleh menguntungkan semua pihak yang telibat.

Pembangunan kewangan Islam ini secara umum dan pasaran sukuk khususnya kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh para pelabur tempatan mahupun peringkat internasional. Dengan ini langkah yang lebih meluas perlu dilaksanakan bagi menjamin keutuhannya dan diharapkan sitem kewangan Islam ini terus meningkat maju dan mampu mengatasi sistem kewangan konvensional. 11. RUJUKANAl- QuranHailani Muji Tahir & Sanep Ahmad, 2009, Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.Osman Sabran, 2000, Urus Niaga Al-Bai Bithaman Ajil Dalam Mekanisme Pembiayaan Tanpa Riba. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Zaharuddin Abd. Rahman, 2009, Panduan Perbankan Islam, Kontrak dan Produk Asas. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.http://findarticles.com/p/articles/mi_qn6207/is_20090101/ai_n31193777/http://ibsid.wordpress.com/2009/06/13/the-comprehensive-description-of-sukuk-bba/http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid=291&newsid=&linkid=&type=

http://wikipedia.org/wiki/Sukuk

6) Jual Sukuk BBA

2) Dana

5)Bayaran

4) Sukuk BBA

1) Jual aset

3) Jual semula

SYARIKAT

PERLUKAN MODAL

PASARAN KEDUA

(Secondary Subscriber)

SPV

PENERBIT SUKUK

PELABUR UTAMA

(Primary Subscriber)

al-Quran, Al Baqarah 2: 275.

al-Quran, Al baqarah 2: 282.

Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir pimpinan al-Qurran kepada kepada pengertian al-Quran, edisi kelapan, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1987).

al-Quran, Al Baqarah 2: 198.

al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, bab jual beli.

Beneficial ownership bermaksud bahawa satu pihak (biasanya bank) telah memiliki sesuatu aset sejurus setelah menandatangani dokumen-dokumen yang perlu.