pusat pendidikan kewangan islam antarabangsa …

12
PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA ANUGERAH PRODUK TERBURUK ANTARABANGSA AMALAN PENJIMATAN ELEKTRIK DI RUMAH DAN PEJABAT PERKHIDMATAN INTERNET TIDAK MEMUASKAN PENGGUNAAN KENDERAAN SECARA BIJAK FUNGSI DAN SUMBER MINERAL UNTUK KESIHATAN PROTOKOL KYOTO - KURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA ANUGERAH PRODUK TERBURUK ANTARABANGSA AMALAN PENJIMATAN ELEKTRIK DI RUMAH DAN PEJABAT PERKHIDMATAN INTERNET TIDAK MEMUASKAN PENGGUNAAN KENDERAAN SECARA BIJAK FUNGSI DAN SUMBER MINERAL UNTUK KESIHATAN PROTOKOL KYOTO - KURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM 1

Upload: others

Post on 09-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA

ANUGERAH PRODUK TERBURUK ANTARABANGSA

AMALAN PENJIMATAN ELEKTRIK DI RUMAH DAN PEJABAT

PERKHIDMATAN INTERNET TIDAK MEMUASKAN

PENGGUNAAN KENDERAAN SECARA BIJAK

FUNGSI DAN SUMBER MINERAL UNTUK KESIHATAN

PROTOKOL KYOTO - KURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL

PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA

ANUGERAH PRODUK TERBURUK ANTARABANGSA

AMALAN PENJIMATAN ELEKTRIK DI RUMAH DAN PEJABAT

PERKHIDMATAN INTERNET TIDAK MEMUASKAN

PENGGUNAAN KENDERAAN SECARA BIJAK

FUNGSI DAN SUMBER MINERAL UNTUK KESIHATAN

PROTOKOL KYOTO - KURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM1

Page 2: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. Dato’ Mohd Zain bin Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGDr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNorliana bte Ismail

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

MINDA EDITOR

Kanak-kanak sering terdedah dengan pelbagai bahaya. Adakalanya bahayatersebut ada di rumah. Ini termasuklah peralatan yang boleh membahayakanapabila terkena pada diri atau dimakan secara tidak sengaja seperti benda yangtajam, bahan kimia yang memudaratkan dan sebagainya.

Demikian juga dengan peralatan yang sering mereka dampingi, iaitu alatpermainan yang menjadi kesukaan mereka. Mereka akan memegang, menciumdan adakalanya memasukkan ke dalam mulut. Jika ada alat permainan tersebutyang kecil, mungkin mereka akan tertelan sehingga adakalanya menyebabkantercekik. Jika permainan tersebut tajam, boleh mencederakan jika terkena padatubuh mereka.

Kini terdapat kajian menunjukkan sebahagian besar daripada alat permainanitu mengandungi bahan berbahaya yang memudaratkan kesihatan, iaitukandungan plumbum yang tinggi. Plumbum ini sering terdapat dalam pewarnayang digunakan pada alat permainan.

Ironisnya kebanyakan alat permainan yang didakwa mengandungi kandunganplumbum yang tinggi diperbuat dari negara China. Dua pengeluar utama alatpermainan, iaitu Mattel dan Fisher-Price telah menarik balik alat permainan yangdi bawah jenama mereka dari pasaran, yang sebahagian besarnya dibuat di negaraChina.

Biarpun begitu, ini tidak boleh melepaskan pengeluar alat permainan tersebutdaripada tanggungjawab sosial. Oleh kerana alat permainan tersebut di bawahjenama mereka, sudah semestinya mereka perlu memastikan alat permainantersebut mematuhi standard tertentu.

Walau di negara mana juga alat permainan tersebut dikeluarkan, maka iahendaklah mempunyai standard yang sama. Apa yang seolah-olah cubaditonjolkan oleh Mattel dan Fisher-Price ialah hanya alat permainan daripadanegara China sahaja yang bermasalah. Di samping itu, mereka juga cubamenunjukkan bahawa masalah tersebut dilakukan oleh pengeluar di China, yangbukannya di bawah kawalan mereka.

Pengguna hanya tahu bahawa alat permainan tersebut berjenama Mattel atauFisher-Price. Mereka tidak mahu tahu siapa yang sebenarnya mengeluarkannya.Syarikat yang memegang jenama perlu bertanggungjawab terhadap produk yangmereka keluarkan.

Sikap inilah menyebabkan Consumers International dalam KongresSedunianya yang berlangsung di Sydney telah menganugerahkan Mattel sebagaipengeluar alat permainan terburuk antarabangsa. Ini sebagai pengajaran kepadasikap tidak bertanggungjawab syarikat multinasional itu terhadap produk jenamamereka.

Kini telah menjadi sesuatu yang lazim bagi sesebuah syarikat menggunakanjenama yang dimiliki walaupun dikeluar oleh syarikat yang lain. Ini biasa berlakukepada syarikat pemasaran produk, syarikat jualan langsung dan pasar raya besar.Adakalanya pengeluar berkenaan juga merupakan pengeluar bagi produk jenamapesaing mereka. Cuma yang berbeza ialah jenama tetapi kualiti adalah sama.

Dalam hal ini, akan timbul persoalan jika berlaku sesuatu masalah kepadaproduk tersebut. Siapa yang bertanggungjawab dalam aspek pembaikan ataugantirugi. Adakah pemilik jenama atau pengeluar?

Biasanya jika berlaku sesuatu masalah terhadap produk, kita akanmenghantarkannya ke pusat servis dilantik oleh pengeluar produk tersebut. Jikagagal diperbaiki dalam tempoh tertentu, ia akan diganti dengan yang baru. Tetapijika yang rosak itu menggunakan jenama pasar raya besar, tempat untukmendapatkan tebus rugi ialah di pasar raya tersebut, yang merupakan pihak ketiga,bukannya terus kepada pengeluar produk berkenaan.

Sudah pasti khidmat pembaikan dan ganti rugi akan mengambil masa keranapasar raya besar perlu menghantar kepada pengeluar sebenar untuk mengenalpasti masalah produk itu.

Demikian juga ada pengguna yang menggunakan sesuatu produk keranakeyakinan kepada pengeluarnya. Tetapi jika jenama telah ditukar kepada jenamadimiliki oleh pasar raya besar, di mana letaknya keyakinan tersebut.

Kini menjadi kebiasaan bagi pasar raya besar mengeluarkan produkmenggunakan jenama sendiri yang bersaing dengan produk berjenama lain.Harga produk pasar raya besar lebih rendah dan lebih ditonjolkan dalampameran di rak. Ini menyebabkan pengguna akan lebih memilih produk jenamapasar raya kerana faktor penonjolan dan harga.

Bagi memastikan bahawa pemilik jenama bertanggungjawab terhadap produkyang menggunakan jenama mereka, maka perlu diwujudkan peraturan agarmereka boleh dipertanggungjawabkan.

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM2

Page 3: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

ISU PENGGUNA

NOVEMBER 2007 > 3

Alat permainan sering menjadi perhatian kanak-kanakkerana ia boleh menghiburkan mereka. Ia juga bolehdijadikan sebagai bahan pendidikan dan membantu dalammeningkatkan imaginasi kanak-kanak.

Namun begitu, alat permainan juga bolehmendedahkan kanak-kanak kepada bahaya. Ini keranaterdapat alat permainan yang mengandungi bahan-bahantertentu yang boleh menimbulkan masalah kesihatankepada kanak-kanak yang menggunakannya. Di antarabahan berbahaya tersebut ialah plumbum.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AmerikaSyarikat telah melaporkan sekurang-kurangnya 16 orangkanak-kanak di bawah usia 9 tahun telah meninggal duniaakibat kecederaan berkaitan dengan alat permainan.Dalam tempoh 1990 hingga 2004, seramai 210,300 orangtelah mendapat rawatan kecemasan kerana kecederaanakibat alat permainan.

Sebelum ini, media telah melaporkan bahawa duasyarikat pengeluar alat permainan terbesar di dunia iaituMattel dan Fisher-Price telah menarik balik alat permainandaripada pasaran kerana mengandungi kadar plumbumyang tinggi. Semua alat permainan yang ditarik balik itudikeluarkan di China. Mattel umpamanya telah menarikbalik sebanyak 55,000 alat permainan dari pasaran.Manakala Fisher-Price pula menarik balik 83 jenispermainan, yang melibatkan sebanyak 976,000 barangandari seluruh dunia.

Selain itu, peruncit alat permainan kanak-kanak yangterbesar, iaitu Toys “R” Us, telah menarik balik 16,000model mainan Elite Operations daripada pasaran.Manakala pada bulan Oktober lalu, mereka menarik balik15,000 unit Totally Me! Funky Room Decor Sets, 380000patung aksi Galaxy Warriors, dan 1,500 unit papanpermainan Simply Fun Ribbit. Ini disebabkan permainantersebut mengandungi kadar plumbum yang tinggi.

Menurut sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) pula, dianggarkan bahawa antara 15 - 18 juta

kanak-kanak di negara-negara membangun mengalamikerosakan otak yang berkekalan akibat daripadakeracunan plumbum.

Pada masa ini masih belum terdapat kajian oleh pihakberkuasa terhadap kandungan plumbum dalam alatpermainan kanak-kanak yang dijual di pasaran tempatan.Oleh sebab itu, Persatuan Pengguna Standard Malaysia(Standards Users) telah mengambil inisiatif melakukankajian terhadap 24 alat permainan yang dibeli di pelbagaikedai, termasuk kedai permainan dan pasar raya besar.Kajian tersebut dibuat dengan menggunakan kit kajianberjenama “Leadcheck” yang dibeli dari Amerika Syarikat.Hasil kajian tersebut mendapati bahawa daripada 24 alatpermainan yang dikaji, 23 alat permainan tersebutmempunyai kandungan plumbum yang tinggi. Kandunganplumbum yang dikesan adalah di antara 0.7 hingga 0.9peratus.

Di Malaysia, terdapat beberapa standard permainankanak-kanak telah dibangunkan oleh Jabatan StandardMalaysia. Di antara standard tersebut ialah:

MS1774: Part 6: 1998 - Safety of Toys – Part 6 :Graphical; Symbol for Age Warning LabellingMS1774: Part 4: 1998 - Safety of Toys – Part 4 :Experimental Sets for Chemistry and Related ActivitiesMS1774 : Part 5 : 1998 - Safety of Toys – Part 5 :Chemical Toys (Set) Other Than Experimental SetsMS1725: 2004 - Safety of Electric ToysMS ISO 8124-3:2002 – Safety of Toys : Part 3 :Migration of Certain ElementsMS ISO 8124-1 : 2001 – Safety of Toys : Part 1 : SafetyAspects Related to Mechanical and PhysicalPropertiesMS ISO 8124-2:1999 – Safety of Toys : Part 2 :Flammability

Alat PermainanMembahayakan Kanak-Kanak

... bersambung ke muka 4

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM3

Page 4: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

4 < NOVEMBER 2007

Di bawah standard-standard ini, kandungan plumbumyang dibenarkan adalah tidak boleh melebihi 90ppm atau0.009 peratus.Walau bagaimanapun standard-standardini adalah bersifat sukarela dari segi perlaksanaannya.

Apakah itu plumbum?Plumbum merupakan bahan kimia yang telah

digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia diklasifikasikansebagai logam berat, yang tidak mempunyai sebarangfaedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun.Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu bendayang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masukke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempohyang lama.

Sumber-sumber plumbumTanah tanih yang tercemar dan serpihan-serpihan catDebu-debu yang mengandungi plumbum di dalam air,udara dan makananAir yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yangmengandungi plumbumMenyimpan makanan atau buah-buahan, terutamayang berasid dalam bekas berplumbumSesetengah barangan kosmetikUbat-ubat yang tercemar kebanyakannya terdiri darikeluaran bahan-bahan tradisionalRelau pemprosesan logam dan kemudahan kitar-semula plumbumPembakaran surat khabar, bekas bateri dan kayu sertaperabut kayu yang dicat dengan cat yangmengandungi plumbumPensil warna dan warna air apabila dimakan

Kaedah Plumbum masuk ke dalam badanMelalui sentuhan di mulut atau digigit

dari muka 3 ...

Disentuh dengan tangan dan kemudian digunakanuntuk mengambil makanan dan dimasukkan dalammulut tanpa tangan itu dibasuh terlebih dahulu.Mengambil makanan atau minuman yangmengandungi kandungan plumbum.

Bahaya plumbum kepada kanak-kanakMembantutkan perkembangan tulang dan ototAnemia (kekurangan darah) sehinggalah koma (tidaksedarkan diri).Pertumbuhan fizikal dan pembangunan mental.Kerosakan sistem saraf di otak.Pengurangan tahap kecerdasan (IQ) kanak-kanak.Kesukaran belajar, kurang beri tumpuan dantingkahlaku luar biasa.

Cara mengenal pasti kandungan plumbumPastikan alat permainan yang dibeli terdapat label yangmenyatakan “lead free” atau “zero lead” yang diktiraf.Permukaan alat permainan mengandungi plumbumyang tinggi kebanyakannya berwarna kelabu, merahterang atau kuning.

Sekiranya alat permainan mengandungiplumbum

Jika ibu bapa mendapati anak mereka berusia 6 tahunke bawah telah mengigit, mengunyah atau menghisapalat permainan tersebut, dapatkan ujian darah dengannasihat doktor.Jika terdapat pengumuman penarikan balik alatpermainan, yang telah dibeli, simpan alat permainantersebut jauh daripada kanak-kanak. Jangan dibuangatau dibakar.

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM4

Page 5: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

NOVEMBER 2007 > 5Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF)

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan tujuan untuk

membangunkan modal insan dalam kewangan Islam bagi

memenuhi keperluan industri kewangan Islam global yang kini

berkembang dengan pesat.

INCEIF merupakan satu inisiatif Malaysia bagi menggalakkan

kecemerlangan pendidikan dalam bidang kewangan Islam

untuk komuniti kewangan domestik dan antarabangsa. Misi

utama INCEIF adalah untuk memartabatkan dan memper-

kasakan amalan kewangan Islam di persada antarabangsa.

Bagi menyokong misi yang agak unik ini, INCEIF melibatkan

cendekiawan ternama dan terkenal dari dalam dan luar

negeri. INCEIF juga menjalinkan hubungan strategik dengan

institusi tinggi tempatan dan Rakan

strategik yang lain termasuk bank-bank pusat dan pertubuhan

pendidikan luar negeri.

Model perniagaan INCEIF berbeza dengan apa yang diamalkan di sekolah-sekolah atau fakulti

perniagaan di institusi pengajian swasta yang lain. INCEIF merupakan satu-satunya institusi yang

menawarkan keseluruhan spektrum pengetahuan tentang Islam, termasuk program

Persijilan Kewangan Islam Profesional (CIFP), ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang

kewangan Islam.

CIFP,P yang merupakan program teras INCEIF , boleh diikuti secara sepenuh masa atau secara dalam

talian dari mana-mana lokasi di dunia. Program ini bertujuan profesional yang

berkaliber, berkemahiran dan teknikal yang diperlukan dalam kewangan Islam,

akaful.

CIFP memberi peluang yang unik kepada individu bagi menambahkan pengetahuan

yang oleh Selain teori, pelajar program INCEIF juga

berpeluang dengan profesor dan tenaga pengajar, kerja

CIFP dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian menawarkan modul menyeluruh yang

secara strategiknya menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, ketrampilan dan

pengalaman.

Bahagian I

Penekanan diberikan pada

aspek pengetahuan asas

pelajar dalam kewangan

Islam dari segi teori dan etika

perancangan dan peng-

urusan kewangan. Penilaian

dibuat melalui peperiksaan,

penganalisisan kes dan

penulisan kertas projek

sebelum pelajar diiktiraf se-

bagai Ahli Bersekutu.

Bahagian II

Pelajar mendapat kemahiran yang

diperlukan bagi menangani isu-isu

operasi dan transaksi kewangan

Islam. Pelajar mempunyai pilihan

membuat pengkhususan dalam

bidang perbankan dan/ atau takaful.

Bagi mendapat pengiktirafan se-

bagai Ahli Berkemahiran, pelajar

perlu lulus peperiksaan, membuat

kertas projek, menjalankan projek

baru dan menyediakan dokumen

transaksi.

Bahagian III

Penekanan diberikan

pada pembinaan

ketrampilan dan

pengalaman melalui

program latihan amali

yang dijalankan

selama enam bulan di

institusi kewangan

Islam.

Untuk maklumat lanjut tentang INCEIF, sila layari www.inceif.org

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM5

Page 6: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

6 < NOVEMBER 2007

ISU PENGGUNA

Consumers International (CI) telah mengumumkanPemenang Anugerah Produk Terburuk Antarabangsa.Pengumuman tersebut dibuat bersempena denganKongres Sedunia Consumers International, di Sydney,Australia, yang berlangsung pada 29 Oktober 2007sehingga 1 November 2007. Pengumuman tersebutdibuat di hadapan 400 orang perwakilan yang terdiridaripada persatuan pengguna dan perwakilan agensikerajaan dari seluruh dunia

Consumers International merupakan persekutuanpersatuan pengguna antarabangsa yang dianggotai oleh220 persatuan pengguna di 115 buah negara.

Tujuan anugerah ini diwujudkan untuk mendedahkankepada masyarakat pengguna tentang produk yang dijualoleh syarikat multinasional yang boleh membahayakanmereka.

Ia juga bertujuan untuk memberikan amaran kepadasyarikat multinasional yang gagal melaksanakantanggungjawab sosialnya serta menyalahgunakankeyakinan para pengguna yang diberikan oleh badanpengiktirafan jenama antarabangsa. .

Pemilihan pemenang anugerah Produk TerburukAntarabangsa ini dibuat berdasarkan kepada pencalonanoleh ahli-ahli CI di seluruh dunia. Sebanyak empat kategoripemenang telah diwujudkan, termasuk pemenangkeseluruhan. Pemilihan pemenang anugerah telahdilakukan oleh Sekretariat CI di London. Kriteria pemilihanperingkat akhir berdasarkan kepada saiz syarikat,penjualan dan pemasaran peringkat global, kesan teruskepada pengguna serta potensi perubahan tindakan olehsyarikat.

Pemenang bagi Anugerah Produk TerburukAntarabangsa bagi tahun 2007 ialah:

Coca-Cola – masih meneruskan penjualan airminuman dalam botol berjenama “Dasani” diperingkat antarabangsa, walaupun mengakuibahawa sumber air minuman tersebut sebenarnyadaripada air paip.Kellogg’s – menggunakan karakter kartun danproduk yang disasarkan kepada kanak-kanakdalam memasarkan produk keluarannya di seluruhdunia, walaupun produk keluarannya mengandungikadar gula dan garam yang tinggi.Mattel – kerana cuba menghalang penyiasatankongres Amerika serta mengelak daripadabertanggungjawab terhadap penarikan balik 21 jutaproduknya seluruh dunia.

Pemenang keseluruhan:Takeda Pharmaceuticals – mengambil peluangdaripada peraturan di Amerika Syarikat yang lemah.

Anugerah ProdukTerburuk Antarabangsa

Syarikat ini mengiklankan produk pil tidur untukkanak-kanak, walaupun telah terdapat amarankesihatan penggunaan pediatrik.

Menurut Richard Lloyd, Ketua Pengarah ConsumersInternational, “Syarikat multinasional ini merupakanpengeluar produk berjenama global. Mereka sewajarnyabersikap jujur, boleh dipertanggungjawabkan danbertanggungjawab. Dengan mendedahkan keburukanproduk yang dikeluarkan oleh syarikat ini, ConsumersInternational serta 220 ahlinya inginkan meletakkantanggungjawab kepada syarikat kerana mengeluarkanproduk yang membahayakan pengguna, serta mendesaksektor perniagaan agar serius dalam menjalankantanggungjawab sosialnya.”

Kewujudan Anugerah Pemenang Produk TerburukAntarabangsa 2007 ini merupakan langkah permulaanoleh CI. Ia sebagai amaran kepada syarikat multinasionalbahawa produk keluaran mereka sentiasa dipantau olehpergerakan pengguna di seluruh dunia. Denganmengumumkan nama pemenang, CI memberikan isyaratkepada para pengguna agar menjauhi produk yangdihasilkan oleh syarikat multinasional tersebut keranasyarikat tersebut tidak mengambil berat terhadapkepentingan pengguna serta gagal melaksanakantanggungjawab sosial korporat mereka.

Sumber: www.consumersinternational.org

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM6

Page 7: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

Pelbagai cara boleh digunakan dalam menjimatkanpengguna tenaga sama ada di rumah atau di pejabat.Amalan ini bukan sahaja dalam mengelakkan pembazirandan mengurangkan bil elektrik, tetapi juga menggalakkanpenggunaan sumber tenaga secara lestari.

Berikut adalah di antara beberapa amalan yang bolehdilakukan di rumah dan pejabat bagi menjimatkanpengguna tenaga elektrik.

Lakukan audit penggunaan tenaga elektrik dirumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaianyang betul di rumah dan pejabat.Penapis pendingin hawa mesti dibersihkan dengankerap. Aliran udara yang lancar dapatmengurangkan penggunaan tenaga.Kompresor mesti dibersihkan. Gunakan hos getah(pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikanterlebih dahulu). Pastikan tumbuh-tumbuhanterletak 1 kaki daripada kompresor.Tutup lampu pada waktu siang.Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasankepada rumah.Gunakan kipas siling untuk aliran udara.Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliranudara semulaj adi juga boleh digunakan.Set kipas pada pendingin hawa kepada "ON"daripada "AUTO". Pengaliran udara yang sekatadapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.Beli alat pendingin hawa yang bersaiz betul untukkegunaan di rumah atau pejabat. Unit yang besarakan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.Setkan suhu pendingin hawa di antara 24°C hingga26°C, iaitu paras rendah (24°C) semasa cuacapanas dan paras tinggi (26°C) pada musim hujan.

Amalan PenjimatanElektrik di Rumah

dan Pejabat

NOVEMBER 2007 > 7PENGGUNA LESTARI

Seboleh-bolehnya gunakan aliran udara semulajadi.Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antararendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.Gunakan penyembur air yang jimat air, air yangkurang bermakna penggunaan tenaga yangkurang.Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jikamelibatkan perkakas air panas.Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalamtub mandian. Lebih banyak air panas digunakanlebih banyak pembaziran tenaga.Peralatan dapur yang kecil membantumengurangkan penggunaan tenaga. Terdapatperalatan yang menggunakan 75% tenaga kurangdaripada oven yang besar.Koil peti sejuk mesti divakum sekurang-kurangnya2 kali setahun untuk memastikan kompresorberfungsi dengan baik.30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintupeti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.Jangan memasukkan makanan melebihi muatanpeti sejuk. Ini kerana udara sejuk perlu mengalirdengan bebas untuk memastikan makanandisimpan pada suhu yang betul.Letakkan peti sejuk di bahagian yangmembolehkan pintunya akan tertutup dengansendirinya apabila dibiarkan terbuka. Ini akanmengelakkan pembaziran tenaga.Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkanwang kertas satu ringgit dan tutup pintu. Jika wangkertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnetini (gasket).Gunakan kemudahan oven yang mencuci sendirisejurus selepas memasak, apabila oven masih

... bersambung ke muka 11

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM7

Page 8: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

RUANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < NOVEMBER 2007

NCCC telah menerima satu aduan daripada seorangpengguna yang menyatakan bahawa beliau telahmendaftar untuk perkhidmatan Streamyx pada awalbulan April 2007. Namun begitu, sejak dari awal lagi,perkhidmatan tersebut telah mendatangkankesukaran kepada beliau kerana wujud beberapamasalah yang berpunca daripada perkhidmatan itusendiri.

Sehubungan dengan itu, beliau tidak dapatmenggunakan perkhidmatan Streamyx seperti yangdijangkakan malah menyebabkan beliau terpaksamenanggung kerugian apabila terpaksa melangganperkhidmatan lain untuk menggunakan internet.Pengadu telah beberapa kali membuat aduanmengenai perkara ini kepada pihak yang berkuasa,namun hanya aduan kali pertama yang mendapatlayanan daripada pihak berkuasa sekalipun ia masihtidak menyelesaikan masalah yang dihadapi olehbeliau. Tambahan lagi, beliau kemudiannyamenerima pesanan ringkas yang meminta beliaumenjelaskan bil bagi perkhidmatan Streamyxtersebut. Oleh yang demikian, beliau telah membuataduan dan meminta bantuan NCCC untukmenyelesaikan masalah ini serta melindungi hakbeliau sebagai pengguna.

TINDAKAN NCCCNCCC telah menulis surat rasmi kepada Telekom

Malaysia dan memberikan salinan kepada pegawaidi Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediaMalaysia, Encik Amarjit Singh. NCCC memberikantempoh 14 hari kepada Telekom Malaysia bagimenyediakan penyelesaian terhadap aduan yangdikemukakan serta memohon supaya perkara inidapat diselesaikan secara muafakat kedua-duabelah pihak.

Akhirnya, NCCC telah menerima maklumbalasdaripada pegawai yang bertanggungjawab yangmenyatakan bahawa pihak Telekom Malaysia telahmenjalankan siasatan terhadap aduan tersebut dantelah mengenal pasti masalah yang dihadapi olehpengadu. Telekom Malaysia kemudiannya telahmemaklumkan bahawa kerosakan tersebut telah

PerkhidmatanInternet

Tidak Memuaskan

berjaya dibaik pulih dan mereka juga telahmeluluskan proses pelarasan kredit ke akaunpengadu.

NASIHAT NCCCMana-mana syarikat yang ingin menawarkan

perkhidmatan kepada pelanggan perlulah menepatitahap kualiti bagi perkhidmatan yang disediakan. Inikerana setiap perkhidmatan yang disediakanmerupakan perkhidmatan yang berbayar. Dalamkeadaan ini pelanggan mempunyai hak untukmendapatkan perkhidmatan yang menepatistandard yang sewajarnya. Oleh itu, jika berlakunyasebarang masalah dalam sistem perkhidmatantersebut, pengguna bolehlah membuat aduankepada pihak yang berkenaan untukmemperbaikinya dan menjadi tanggungjawabkepada pihak terbabit untuk menyelesaikan masalahyang dihadapi oleh pelanggan.

Dalam kes ini, NCCC berjaya membantupengadu menyelesaikan masalah yang dihadapinyatanpa perlu melibatkan tindakan berlanjutan kemahkamah.

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM8

Page 9: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

NOVEMBER 2007 > 9KELAB PENGGUNA

Apabila cuaca sejuk dan hujan, ramaipengguna memilih menggunakan keretaberbanding kenderaan yang lain. Tetapisedarkah anda bahawa sumber asli sepertipetrol dan tenaga semakin berkurangan didunia ini, tahukah anda menggunakankereta boleh menyumbang kepadapencemaran alam sekitar, bunyi, udara dankesan kepada pemanasan global.

Oleh itu, apakah terdapat alternatif ataucara lain bagi mengatasi masalah ini?

a) Aktiviti di bawah boleh membantupelajar menilai tahap penggunaankenderaan dalam kehidupanseharian.

b) Pelajar juga harus memikirkankesan penggunaan ini dalamkonteks sosial, ekonomi dan alamsekitar mengikut situasi yang dipilih.Sila letakkan rating dari 1 hingga 5 .1= sangat tidak mesra alam 2=tidakmesra alam 3=tidak pasti 4=mesraalam dan 5=sangat mesra alam.

c) Nyatakan tahap mesra alamterhadap cara pengangkutan andake sekolah, ke pasaraya, hujungminggu, aktiviti senggang, berjumparakan dan semasa bercuti.

d) Panduan kepada guru, pelajar yangmenggunakan kereta ke sesuatudestinasi adalah di anggap tidakmesra alam. Manakala, pelajar yangmenggunakan bas dan keretapi dianggap mesra alam dan merekayang berbasikal dan berjalan kaki dikatakan sangat mesra alam.

e) Selepas aktiviti ini, pelajar bolehmembincangkan mengapa merekatidak mengamalkan mesra alam?Adakah disebabkan factorpersekitaran, peredaran masa,perubahan cara hidup, peningkatanekonomi dan sebagainya.

f) Bincangkan juga cadangan-cadangan dan langkah-langkahyang perlu dilakukan untukmenggalakkan penggunaan lestarisecara mampan.

Pengunaan KenderaanSecara Bijak

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM9

Page 10: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

10 < NOVEMBER 2007

Fungsi dan SumberMineral untuk kesihatan

PEMAKANAN

Tubuh badan manusia memerlukan mineral dan vitamin yang mencukupi untuk menjamin kesihatan. Lebih kurang15 jenis mineral dan 15 jenis vitamin diperlukan oleh tubuh badan. Kekurangan mineral dan vitamin akan menyebabkanmasalah kesihatan dan mengurangkan daya tahan dalam badan.

Sebagai panduan kepada para pengguna, berikut adalah beberapa jenis mineral untuk mengetahui fungsi dansumbernya.

Sumber: Buah: Khasiat Makanan dan Ubatan, Ong Hean Chooi, Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM10

Page 11: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

NOVEMBER 2007 > 11

panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untukpemanasan semula.Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masamemasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikutsaiz pembakar.Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan arasair di set pada aras yang betul.Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian,air panas hanya perlu digunakan untuk pakaianyang terlalu kotor sahaja.Elakkan penggunaan pengering pada hari yangcera. Kita dikurniakan dengan cahaya matahariyang banyak. Ultraviolet daripada cahaya mataharimembunuh kuman.Lampu kalimantang kompak menggunakan 75%tenaga kurang daripada lampu kalimantang biasadan mempunyai jangka hayat 10 kali juga.Penukaran kepada lampu ini dapat menjimatkantenaga.Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik ataukawasan tertentu tidak digunakan.Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habukboleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya.Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabatboleh membantu penjimatan tenaga.Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidakdigunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanyakomputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrikwalaupun suisnya telah ditutup.

Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat,gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dansofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akanmembantu mencegah kemasukan haba daripadaluar dan kehilangan kesejukan dari dalambangunan.Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasayang panjang, pastikan untuk menutup semuaperkakas elektrik yang boleh di tutup.Melaburlah dengan membeli peralatan elektrik yangmempunyai kemampuan `Cekap Tenaga’. Wangyang dijimatkan melalui penjimatan tenaga ini dapatmemulangkan kos pelaburan tersebut dalambeberapa tahun.Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul.Pastikan anda membanding alatan yang setara.Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yangbesar dalam jenama yang sama. Jangan tertipudengan jualan murah dan janji daripada promoter.Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalahpenting. Pembelian yang melebihi keperluankeluarga akan menyebabkan pembaziran wangdan juga penggunaan tenaga.Jika peralatan elektrik melebihi 10 - 15 tahun.Praktiskan penukaran semula kepada peralatanbaru yang cekap tenaga.Pastikan label "EnergyStar" ada pada peralatancekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripadapihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikanperalatan ini menggunakan tenaga elektrik secaracekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia,lihat label “Cekap Tenaga” yang dikeluarkan olehSuruhanjaya Tenaga.

dari muka 7 ...

Senda Pengguna

Bila membeli permainan untuk anak anda, pilih kualiti lebih daripada membeli hanya yang lebih murah.

Mudah pecahatau rapuh? Mempunyai alat yang

mudah ditelan?

Mempunyaibuncu-buncuyang tajam?

Mengandungitoksin?

Mudahterbakar?

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM11

Page 12: PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA …

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

ALAM SEKITAR

12 < NOVEMBER 2007

Masalah pemanasan global sering dikaitkan denganpengeluaran gas rumah hijau. Oleh itu ia menarikperhatian pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.Dalam usaha untuk kekurangan kesan ini, telahdiwujudkan pelbagai perjanjian dan protokol yangberkaitan dengan persoalan ini. Di antara protokol yangdiwujudkan berkaitan dengan pengeluaran gas rumahhijau ialah protokol kyoto.

Apakah itu Protokol Kyoto?Ia merupakan perjanjian antarabangsa di bawah

Konvensyen Rangka kerja Perubahan iklim PBB atau dikenali sebagai United Nations Framework Convention onClimate Change (UNFCCC). Negara-negara yangmenandatangani perjanjian ini mesti mengurangkanpengeluaran karbon dioksida dan lima lagi gas rumahHijau.

Sebanyak 170 negara telah menandatanganiperjanjian ini dan hanya Amerika Syarikat dan Kazakhstantidak mengikuti terma perjanjian. Perjanjian ini akan tamatpada tahun 2012 dan satu pertemuan untuk rundinganbaru akan dijalankan di Bali, Indonesia pada bulanDisember 2007 untuk menjayakan serta menyambungperjanjian ini.

Apakah tujuan utama Kyoto Protokol?Negara-negara Annex 1 (iaitu negara perindustrian

yang telah menerima rangka kerja Kyoto Protokol) akanmengurangkan penghasilan Gas Rumah Hijau. Manakalanegara-negara bukan Annex 1 tidak terlibat dalampengurangan gas rumah hijau boleh mengikutiMekanisma Pengeluaran Bersih.

Adakah Kyoto Protokol berjaya mengurangkanpenghasilan Gas Rumah Hijau?

Salah satu kegagalan utama adalah Amerika Syarikattidak ingin mengikuti perjanjian ini. Negara inidikategorikan sebagai negara pencemar yang terbesardi dunia. Kebanyakan negara bukan Annex 1 telahmeningkatkan penghasilan gas rumah hijau dan kadarpengurangan oleh negara Annex 1 juga tidak begitu

memberangsangkan.

Apakah kesan gas rumah hijau?Gas-gas rumah hijau mempunyai kesan kepada

perubahan iklim dunia. Gas-gas ini memerangkap habadalam atmosfera. Pemerangkapan ini akanmemyebabkan peningkatan suhu dunia danmenyebabkan ais di kutub utara dan selatan melebur.Peleburan ini akan menyebabkan peningkatan aras airlaut dan menengelamkan negara-negara yangmempunyai aras tanah yang rendah.

Di samping itu, peningkatan suhu dunia akanmenyebabkan perubahan aliran udara dan seterusnyamengubah iklim dunia.

Apakah kesan perubahan iklim dunia?Perubahan iklim dunia akan menyebabkan perubahan

kepada ekosistem di dunia. Kemusnahan hutan dantanaman serta ternakan. Ini akan menyebabkankemusnahan bekalan makanan. Kebuluran, penyakit,kemusnahan harta benda dan banyak lagi. Mengikutstatistik, jika masyarakat dunia berhenti menghasilkan gasrumah hijau sekarang, kesan pengurangan perubahaniklim dunia hanya dapat di lihat selepas 50 tahun.

Bagaimana pengguna dapat membantupengurangan pengeluaran gas rumah hijau?

Pastikan anda merancang perjalanan anda untukmemastikan tidak membazir bahan api denganbanyak.Sokong industri yang mesra alam, khususnya yangmemberi kesan rumah hijau yang minimum.Sebagai pengguna adalah penting untuk andamengambil tahu akan aktiviti harian anda yangmenyumbang kepada kesan rumah hijau danmengurangkan penglibatan dalam aktiviti-aktivitibeginiAmalkan penggunaan lestari untuk menjamin masadepan yang sejahtera.

Protokol Kyoto - Kurangkan KesanPemanasan Global

Buletin 0711 op.p65 24-Jan-08, 7:03 PM12