sistem bumi.pdf

20
PROJEK GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL PRA-U (STPM) TEMA 1: SISTEM BUMI. BAB 1 : KONSEP, CIRI ,DAN JENIS ALAM SEKITAR FIZIKAL. BAB 2 : SISTEM SURIA DAN SISTEM BUMI. BAB 3 : TENAGA DAN PERANANNYA KEPADA SISTEM BUMI. NAMA PELAJAR : 1. NUUR RAFIDAH BINTI BAHARUDDIN. (910407-14-5870) 2. NORFUZIATY BT MOHD FUAD. (910207-14-5374)

Upload: ejatts

Post on 24-Sep-2015

296 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • PROJEK GEOGRAFI

    ALAM SEKITAR FIZIKAL PRA-U (STPM)

    TEMA 1: SISTEM BUMI.

    BAB 1 : KONSEP, CIRI ,DAN JENIS ALAM SEKITAR FIZIKAL.

    BAB 2 : SISTEM SURIA DAN SISTEM BUMI.BAB 3 : TENAGA DAN PERANANNYA KEPADA SISTEM BUMI.

    NAMA PELAJAR :

    1. NUUR RAFIDAH BINTI BAHARUDDIN. (910407-14-5870)

    2. NORFUZIATY BT MOHD FUAD. (910207-14-5374)

  • TEMA 1

    BAB 1: KONSEP,CIRI,DAN JENIS SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL.

    SOALAN 1:

    a) Huraikan jenis-jenis sistem alam fizikal. [10 markah]b) Berdasarkan contoh-contoh tertentu,tunjukkan keadaan saling bergantung antara sistem-sistem bumi. [15 markah]

    Jawapan:

    a) terdapat 3 jenis sistem alam sekitar fizikal iaitu:

    Sistem terpencil (isolated system): sistem jenis ini mempunyai sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke dalamnya.Siskem ini terdapat di dalam makmal sahaja.

    Sistem tertutup (closed system): sistem ini mempunyai sempadan tertentu yang hanya Membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan.

    Contohnya bumi dengan matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja daripada matahari.

    Sistem terbuka (open system): sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan Menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dab beroperasi sampai ketahap stabil. Sistem Ini banyak terdapat di alam nyata. Contohnya sistem cerun,sistem hutan dan lain-lain.

    b) Saling kebergantungan antara sistem-sistem bumi ialah: Sistem bumi terdiri daripada empat sistem alam sekitar fizikal yang saling berinteraksi dalam Hubungan yang kompleks iaitu sistem geomorfilogi,sistem atmosfera,sistem ekologi dan sistem hidrologi. Sebarang perubahan atau gangguan kepada sesebuah sistem akan turut mempengaruhi sistem-sistem Yang lain. Contohnya saling kaitan dalam konteks kitaran hidrologi,proses sejatan berlaku di

  • permukaan air seperti laut,di ikuti pula oleh proses pemeluwapan dan kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera. Seterusnya proses pintasan/cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi. Air hujan yang turun akan sampai ke permukaan sehingga berlaku proses larian permukaan dan proses Infitrasi yang berlaku dalam sistem geomorfologi.Akhirnya rembesan aliran air bawah tanah, kuifer yang membekalkan air kepada sungai, tasik, kolam dan empangan dalam, sistem hidrologi. Dalam konteks ini sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem lain sebagai medium/bahantaranya kerana peringkat-peringkat dalam, kitaran hidrologi akan melibatkan keempat-empat sistem tersebut.

    Soalan 2:

    a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal. [6 markah]b) Huraikan cirri-ciri sistem alam sekitar fizikal. [7 markah]c) Merujuk contoh-contoh yang khusus,tunjukkan kesan terhadap sistem-sistem fizikal yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan. [12 markah

    Jawapan: a) Maksud sistem : Sistem adalah satu set angkubah/pembolehubah atau unsur-unsur/objek/komponen-komponen Yang saling bertindak antara satu sama lain sebagai satu keseluruhan yang kompleks untuk Mencapai keseimbangan bagi sesuatu sistem.

    b) Ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal : Sesuatu sistem itu mempunyai

    Objek-objek/komponen/pemboleh ubah/angkubah yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

    Mempunyai sempadan tertentu yang jelas dan boleh dibezakan dengan sistem lain.

    Mempunyai jisim/bahan seperti air,mineral yang boleh keluar masuk dari sempadan sistem tersebut.

    Mempunyai tenaga yang boleh mengalir,masuk dan keluar dari sempadan sistem itu.

    Kesemua angkubah/objek berinteraksi untuk mencapai kestabilan/tahap keseimbangan.

    Dinamik iaitu akan mengalami perubahan/tindakbalas ke atas sesuatu gangguan untuk mencapai keseimbangan. Tidak balas dalam sistem boleh bersifat positif atau negatif.

  • c) Kesan yang dialami oleh sistem-sistem fizikal lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan

    Contohnya : Pemanasan suhu global. Mekanisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon adalah gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang diterima oleh bumi menjadi tidak seumbang.Bumi telah menerima lebihan bahangan suria menyebakan suhu dunia meningkat. Kesannya yang akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua dan pergunungan Cair. membanjiri laut, menenggelamkan daratan yang rendah di samping meningkatkan kadar hakisan Ombak.Kesan lain ialah penenggelaman daratan akan memberi risiko besar kepada sistem ekologi terutama Manusia untuk hidup,mendirikan petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian selain pemanasan global Juga menjejaskan kesihatan manusia dengan pelbagai penyakit seperti barah kulit,katarak mata dan lain-lain. Disamping itu, manusia akan sentiasa panas dan tidak selesa.

    Soalan 3:a) Bezakan konsep sistem terbuka dengan sistem tertutup. [6 markah]b) Pilih satu jenis sistem terbuka :1:Huraikan peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut. [7 markah]2:Terangkan kepentingan sistem yang anda pilih itu kepada sistem-sistem alam sekitar fizikal yang lain. [12 markah]

    Jawapan:

    a) perbezaan antara sistem terbuka dengan suistem tertutup Sistem terbuka mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga Sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan. Contohnya bumi dengan matahari iaitu bumi menetima tenaga sahaja daripada matahari.

    Sistem terbuka adalah sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan Menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata.Contohnya sistem cerun,sistem hutan dan lain-lain.

    b) Sistem terbuka dipilih contohnya dalam sebuah ekosistem hutan hujan tropika.

    Peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut adalah: 1. Tenaga suria akan membekalkan tenaga untuk proses fotosintesis tenaga itu Disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan dalam daun, batang ,bunga, buah dan sebagainya.2. Tumbuhan tersebut akan dimakan oleh haiwan lain melalui rantaian Makanan dan memindahkan tenaga ke setiap komponen dalan ekosistem tersebut.3. Tumbuhan-tumbuhan juga akan melakukan proses perpeluhan dan akan tersejat peluhan ke atmosfera dengan adanya tenaga suria.

  • 4. Tenaga suria juga akan menyejat air dari tasik,sungai dan tumbuhan melalui proses sejat peluhan untuk membentuk wap air di atmosfera sehingga berkumpul membentuk awan dan seterusnya menghasilkan hujan apabila berlaku pembebasan haba pendam.

    c) kepentingan ekosistem hutan hujan tropika kepada sistem-sistem alam sekitar fizikal yang lain ialah :

    1. kepada sistem ekologi: Hutan hujan tropika menjadi habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar yang boleh hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam ekositem hutan yang stabil tanpa gangguan manusia.

    2. Kepada sistem geomorfologi: Hutan hujan tropika merupakan pelindung Daripada hakisan tanah. Litupan tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan Percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian Air permukaan. Sistem akarnya membantu mengurangkan hakisan terutama Di cerun-cerun.

    3. Kepada sistem hidrologi: Hutan berperanan mengawal keseimbangan kitar Hidrologi iaitu sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan bekalan Air sungai, tasik, kolam, paya dan empangan serta berfungsi menyerap air Masuk ke dalam tanah melalui proses infiltrasi/susupan serta menjamin bekalan air bawah tanah.

    4. Kepada sistem atmosfera: Hutan tebal juga berlakunya proses transpirasi Yang membebaskan wap air keudara.Wap air ini akan tersejat ke atmosfera Dan menjadi punca kepada kelembapan udara dan seterusnya mengawal suhu Udara. Hutan juga mengawal imbangan gas di udara apabila menggunakan karbon Dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera.Selain itu hutan juga berperanan mengurangkan kelajuan angin dengan berkesan.

  • TEMA 1

    BAB 2: SITEM BUMI

    SOALAN STPM 2003:

    a) Huraikan secara ringkas tentang sistem. [5 markah]b) Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi sudah cukup untuk menggerakkan sistem-sistem bumi. Jelaskan. [12markah]c) Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa. [8 markah]

    Jawapan:

    a) Sistem alam fizikal secara mudahnya boleh ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur Yang saling bertindak atau berhubung kait antara satu sama lain.Selain itu sesebuah sistem itu juga Mempunyai tenaga dan bahan yang boleh masuk dan keluar dari sistem tersebut. Tenaga khususnya Dari matahari penting sebagai penggerak seluruh operasi sistem berkenaan. Dengan adanya tenaga Inilah seluruh di dalam sistem fizikal itu berfungsi dan bergerak untuk mencapai tahap keseimbangan (steady state system). Sistem-sistem bumi juga mempunyai sempadannya sendiri du samping memiliki sifat pemulihan kendiri (self regulation).

    b) Matahari merupakan punca tenaga yang utama bagi meneruskan kelangsungan proses dalam Sistem bumi. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi semua aspek seperti:

    Kepada sistem suria

    Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba dari Matahari. Tanpa tenaga haba, tindakan angin, hujan atau kerpasan, ribut taufan,petir dan lain-lain Lagi tidak akan berlaku. Sebagai contoh dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga Suria yang akan memanaskan permukaan air seperti laut dan sungai. Tenaga haba yang Mencukupi di perlukan untuk membolehkan wap-wap air naik ke udara proses kondensasi Akan berlaku yang menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin Berkurangan atau suhu di dalamnya semakin rendah sehinggalah wap-wap air tadi tepu untuk Turun sebagai hujan.

    Begitu juga dengan angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah ada perbezaan Tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu

  • atau tenaga haba Di antara dua tempat. Mengikut hokum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara Menjadi rendah dan apabila suhu rendah,maka tekanan udara menjadi tinggi. Angin akan bertiup Dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini maka angin Akan bertukar menjadi ribut, taufan, tornando dan sebagainya.

    Kepada sistem geomorfologi

    Untuk membolehkan semua proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan Dan pemendapan berlaku mesti ada tenaga haba dari sinar matahari. Tenaga ini akan bertukar Kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi dan juga tenaga kinetik. Kedua-dua tenaga inilah Yang menjadi penentu kepada kelangsungan proses-proses geomorfologi di muka bumi ini.

    Dalam proses luluhawa fizikal tenaga matahari (haba) diperlukan untuk meningkatkan Dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam. Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga diperlukan untuk membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff Syarat mula luluhawa bertindak ialah pada suhu 10 darjah Celsius maka kadar tindak balas kimia Batuan akan meningkat dua atau tiga kali ganda.

    Dalam proses hakisan pula,tenaga yang bertindak ialah tenaga kinetik yang juga berasal daripada tenaga haba matahari yabg telah mengalami perubahan. Semakin laju pergerakan Sama ada sungai,ombak,atau glasier maka tenaga kinetik yang terhasil adalah tinggi dan ini Akan menyebabkan kadar hakisan juga menjadi tinggi. Dalam hakisan glasier misalnya kadar Hakisan akan berganda pada musim panas karana pada masa itu adalah banyak. Kecairan Glasier hanya berlaku apabila mempunyai tenaga haba yang mencukupi. Kepada sistem hidrologi

    Kitar hidrologi biasanya dimulakan dengan proses sejatan permukaan dan juga sejat peluhan Tumbuhan serta tanih. Untuk memulakan proses dalam kitar hidrologi ini maka sejumlah tenaga Matahari (haba) yang cukup diperlukan mengikut R.J CHORLEY (1969) untuk memulakan Sejatan dipermukaan air laut,tasik dan sungai memerlukan sejumlah 600 kalori tenaga haba Bagi 1 gram air pada suhu 0 darjah Celsius dan 540 kalori tenaga haba bagi setiap satu gram Air pada suhu 100 darjah Celsius. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah tenaga haba yang amat Tinggi diperlukan bagi membolehkan kitar hidrologi bermula dan berterusan.

    Begitu juga dengan sejat-peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih. Tumbuhan Memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap-wap Air terbebas menerusi liang romanya.Semakin tinggi tenaga haba maka kadar transpirasi Semakin meningkat.Wap-wap air ini mengalami tukaran

  • adiabatic,proses pemeluwapan ,Menjadi tepu dan turun kembali ke bumi sebagai kerpasan atau hujan.

    Kepada sistem ekologi

    Dalam konteks ekologi,kepentingan tenaga suria boleh di lihat daripada dua aspek. Pertama Kepentingannya kepada ekosistem dan kedua kepentingannya kepada tumbesaran

    Tumbuhan dalam ekosistem tersebut. Ekosistem melibatkan rantaian makanan, untuk membolehkan rantaian makanan dalam ekosistem berlaku ia mesti bermula dengan bekalan Tenaga matahari yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar. Tanpa Tenaga matahari tumbuhan tidak boleh melakukan proses fotosintesis untuk membuat makanannya. Dengan perkataan lain,tanpa tenaga matahari maka tumbuhan tidak akan wujud. Apabila Tumbuhan tidak wujud maka rantaian makanan tidak mungkin boleh berlaku. Justeru Kepentingan tenaga suria kepada ekosistem adalah diperingkat asas dan permulaan rantaian makanan.

    c) Tenaga suria atau tenaga matahari amat penting dalam menentukan keterusan proses luluhawa Kimia dan juga luluhawa fizikal.Ini boleh dibuktikan seperti berikut:

    Tindakan pemanasan batuan akibat pancaran matahari.

    Dalam proses luluhawa fizikal tenaga matahari (haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu Mengikut perubahan siang dan malam.Perubahan tenaga haba ini menyebabkan batuan menjadi Panas dan sejuk dan seterusnya tersepai.Proses ini dinamakan sebagai pengembangan dan Pengecutan.Di kawasan gurun panas.sinaran matahari yang terik menyebabkan suhu lazim pada waktu siang ialah antara 35 darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius sedangkan waktu Malamya menurun dengan mendadak sehingga 5 darjah Celsius atau 0 darjah Celsius. Perubahan suhu sekitar yang ekstrem ini akan turut mengimpak batuan.Waktu siangnya suhu Tinggi akan memanaskan batuan sehingga mineral-mineral batuan mengalami pengembangan Manakala waktu malamnya pula suhu yang sejuk akan menyejukkan batuan dan mineral batuan Akan mengalami pengecutan. Pengembangan dan pengecutan yang berlaku berulang kali membolehkan Batuan itu pecah dan tersepai dari jisim.

    Tindakan ibun/fros.Luluhawa fizikal ini berlaku di kawasan sederhana dunia yang Mengalami empat musim.Pada musim sejuk, kerpasan seperti salji atau fros akan memasuki Rekahan batuan dan membeku di dalamnya. Pembekuan air di dalam rekahan ini akan menyebabkan Isi padunya bertambah sebanyak 10% dan menambahkan kuasa tekanan sebanyak 140kg bagi setiap Satu sentimeter persegi luas dinding rekahan batuan.Kesannya dinding rekahan mengalami

  • Ketegangan. Apabila tiba musim panas pancaran suria akan membekalkan tenaga haba yang cukup Untuk mencairkan ais dalam rekahan batuan.Pencairan ais membolehkan dinding rekahan Mengalami kenduran kerana tekanan ais semakin berkurangan.Akibat proses beku-cair Yang berulang kali rekahan akan mengalami ketegangan dan kenduran yang berulang kali Dan akhirnya pecah serta tersepai.

    Tindakan garam.Penghabluran garam ialah proses pemecahan batuan akibat Pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Kadar Sejatan yang tinggi akibat cuaca panas yang melampau (sinar matahari yang terik) khususnya Di kawasan gurun panas mampu menarik garam-garam galian dari dalam bumi naik ke permukaan Melalui daya tarikan kapilari.Garam-garam galian yang naik ke permukaan bumi ini adalah Dalam bentuk larutan.Apabila memasuki rekahan yang hampir dengan permukaan bumi,air tersejat Ke udara meninggalkan garam-garam galian di dalam rekahan-rekahan tersebut. proses yang berterusan Garam galian akan bertambah besar membentuk hablur yang keras.Pembesaran hablur garam Akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan ke atas dinding-dinding rekahan sehinggalah Rekahan menjadi luas,dalam dan seterusnya pecah tersepai.Begitu juga dengan luluhawa kimia, suria yang membekalkan tenaga haba amat Diperlukan untuk membolehkan luluhawa kimia beroperasi.Mengikut prinsip Vant hoff Syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada 10 darjah Celsius dan setiap kali suhu Meningkat sebanyak 10 darjah Celsius maka kadar tindak balas kimia batuan akan turut Meningkat dua atau tiga kali ganda.Dengan adanya tenaga suria yang cukup maka luluhawa Kimia boleh beroperasi dengan berkesan sekali.

    SOALAN STPM 1999:a) Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi? [5 markah]b) Huraikan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya musim ekuinoks. [10 markah] c) Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia. [10 markah]

    Jawapan: a) Tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi melalui dua cara:

    Pemindahan tenaga haba melalui bahangan matahari.bahangan matahari akan di tapis Diserap, diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan partikel-partikel Dalam udara.

    Pemindahan tenaga haba secara gelombang electromagnet dan cahaya.

  • b) Keadaan berlakunya ekuinoks-panjang antara siang dan malam adalah sama di semua tempat.

    Ciri-ciri di permukaan bumi semasa ekuinoks:

    1. Pancaran matahari waktu tengah hari tepat di atas garisan Khatulistiwa pada 21 mac Dan 23 september.

    2. Tenaga matahari maksimum di terima di kawasan Khatulistiwa.

    3. Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana.4. Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana.5. Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari.6. Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan

    angin dan juga hujan.

    d) Kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia:

    1. Kesan kepada kulit menjadi gelap dan terbakar.Pendedahan yang begitu lama Boleh menyebabkan barah kulit.

    2. Kesan kepada mata merosakkan penglihatan manusia/penyakit katarak mata.

    3. Melemahkan sistem pelalian manusia (Imunisasi)4. Kehilangan air badan sescara berlebihan.

    5. Mempengaruhi genetic manusia-menyebabkan kecacatan.

    6. Kekurangan sumber makanan-akibat perubahan/kekurangan pembentukan

    Zooplankton,fitoplankton dan lain-lain.7. Mengehadkan luar rumah akibat pemanasan global

    seperti aktiviti riadah.

    SOALAN 3:

    a) Namakan lapan planet yang terdapat dalam sistem suria. [8 markah]b) Kenapakah bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang hidup.[7 markah]c) Huraikan lima kesan yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi. [10 markah]

  • Jawapan:

    a) 8 planet yang terdapat dalam sistem suria ialah: Utarid Zuhrah Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus Neptun

    b) Bumi dikatakan sebagai sebuah planet hidup kerana planet ini mempunyai tenaga dari matahari. Tenaga ialah satu daya atau kemampuan untuk mengoperasi kerja atau menghasilkan sesuatu. Tenaga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tenaga haba, tenaga kinetik, tenaga potensi, Tenaga kimia dan tenaga elektrik.Tenaga bukan sahaja penting untuk manusia dan binatang Malah ia amat penting bagi sistem bumi. Terdapat 4 komponen yang penting dalam sistem bumi iaitu komponen atmosfera, Litosfera, hidrosfera, dan biosfera yang menyebabkan bumi dipanggil sebuah planet hidup. Atmosfera adalah lapisan udara di sekeliling bumi.Ketebalannya dianggarkan melebihi 1000km Dan terbahagi kepada beberapa lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera Ionosfera dan eksosfera. Setiap lapisan ini berbeza di antara satu sama lain yang menjadi tempat Berlangsungnya pelbagai fenomena iklim serta cuaca. Komponen kedua ialah hidrosfera.Hidrosfera ialah semua bahagian bumi yang Mengandungi air seperti laut, tasik, paya, kolam dan sungai. Kira-kira 70% daripada keseluruhan Muka bumi adalah terdiri daripada komponen hidrosfera ini.Komponen ini amat penting kepada Sistem bumi seperti membekalkan air hujan,menyerdahanakan suhu sekitar, mewujudkan Ekosistem maritime dan lain-lain lagi di planet ini sehingga ia dikatakan sebuah planet yang Hidup. Komponen ketiga ialah litosfera.Litosfera atau kerak bumi merupakan lapisan luar Bumi yang sangat pejal.Komposisi utama litosfera ialah batuan yang terdiri daripada pelbagai Sifat kimia dan fizikal yang menyebabkan keanekaan rupa bentuk muka bumi di litosfera. Komponen ini penting sebagai pentas untuk segala hidupan menjadikannya habitat semla jadi dan untuk melakukan aktiviti pertanian,perlombongan,membina petempatan dan sebagainya.

    d) 5 kesan yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi ialah:

    Kejadian siang dan malam berlaku disebabkan putaran bumi di atas paksinya yang condong

    Pada sudut 23.5 darjah pada satah tegak.Bumi berputar dari barat ke timur.Hal ini Menyebabkan matahari kelihatan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.Satu putaran bumi mengambil masa 24 jam.Semasa berputar permukaan bumi yang

  • Menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan bumi yang terlindung Akan mengalami malam.

    Fenomena pasang surut air laut juga berlaku kerana putaran bumi.Pasang surut air Laut merujuk kepada kejadian aras air tinggi dan aras air rendah di laut. Tarikan Graviti bulan akan menarik air laut ke permukaan bumi yang menghadap ke bulan Menyebabkan kawasan barat dan timur bumi mengalami pertambahan air laut atau Pasang manakala pada masa yang sama bahagian utara dan selatan bumi mengalami Penurunan air laut atau air surut.Kedudukan air pasang dan surut ini akan berubah apabila Kedudukan bulan berada di utara atau bumi dan pada masa itu bahagian barat dan Timur bumi akan mengalami air surut manakala bahagian utara da selatan bumi mengalami Air pasang.

    Kejadian empat musim dan kejadian gerhana pula berlaku kerana bumi beredar Mengelilingi matahari dalam orbitnya.Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut Arah lawan jam.Satu edaran bumi yang lengkap mengambil masa satu tahun. Kejadian empat musim terdiri daripada musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim Sejuk. Kejadian empat musim berlaku apabila perubahan ketinggian matahari sama Ada di garisan khatulistiwa, sartan dan jadi pada tarikh-tarikh yang tertentu.

    Kejadian gerhana berlaku apabila kedudukan bulan,matahari dan bumi berada pada Satu satah mendatar yang sama. Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara Matahari dengan bulan maka bayangan bumi akan jatuh pada bulan kerana cahaya Matahari telah dihalang oleh bumi.Namun begitu, gerhana bulan berlaku secara beransur-ansur Iaitu daripada gerhana bulan 2/3 menjadi gerhana bulan 1/3,gerhana bulan penuh Dan kejadian gerhana bulan ini akan berulang-ulang. Gerhana matahari pula berlaku Apabila bulan berada di antara matahari dengan bumi maka bayangan bulan akan jatuh Pada permukaan bumi. Cahaya matahari yang terlindung oleh bulan menyebabkan Bayangan bulan akan jatuh pada permukaan bumi.

    SOALAN 4 :

  • a) Nyatakan lima sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tenaga matahari. [5 markah]b) Mengapakah sesetengah kawasan mengalami musim panas dan sejuk tetapi tidak berlaku di sesetengah kawasan yang lain? [10 markah]c) Terangkan bagaimana pengaruh matahari menentukan kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap. [10 markah]

    Jawapan:

    a) Lima sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tenaga matahari ialah:

    I. Bumi berbentuk sfera II. Bumi berputar pada paksinya

    III. Bumi beredar mengelilingi matahariIV. Kedudukan bulan dan matahari V. Jarak di antara bumi dengan matahari

    b) Sesetengah kawasan mengalami musim panas dan sejuk tetapi tidak di sesetengah kawasan yang lain kerana perbezaan jumlah tenaga suria yang di terima oleh sesuatu permukaan. Terdapat factor yang mempengaruhi kadar penerimaan tenaga suria yang berbeza-beza Oleh permukaan bumi.

    Tempoh masa antara siang dan malam di kawasan yang berlainan Iklim. Dikawasan khatulistiwa beza antara masa siang dan malamnya tidak ketara Ini menyebabkan ia sentiasa menerima tenaga suria yang konstan dan sentiasa Tinggi sepanjang tahun.Hal ini amat berbeza dengan kawasan kutub. Pada ketika Tertentu tempoh siang dan malamnya adalah 24 jam.Begitu juga dengan kawasan yang Mengalami empat musim seperti iklim sederhana,siang lebih panjang pada musim panas dan Menjadi singkat pada waktu sejuk.Hal ini menyebabkan jumlah tenaga suria yang Di terima antara masa siang dan malam,antara musim panas dan sejuk adalah berbeza.

    Faktor komposisi, ketebalan dan kelutsinaran lapisan atmosfera di sesuatu Tempat.Lapisan ini boleh menyekat antara 10% hingga 75% sinar suria dari terus ke bumi. Hal ini bergantung kepada komposisi,ketebalan dan kelutsinarannya.Sebagai contoh Kawasan gurun panas yang memiliki lapisan atmosfera yang nipis hanya mampu menyekat, menyerap. Menyerak dan memantul sinar suria dengan kadar yang minimum. Kesannya Kawasan gurun panas menerima tenaga suria dengan kadar yang tinggi pada waktu malam Manakala pada waktu siang suhu gurun akan turun dengan mendadak kerana lapisan Atmosfera yang nipis tidak mampu menghalang bahangan bumi daripada terus lesap ke Angkasa.

    Faktor pancaran sinar suria. Kawasan yang menerima sinar suria secara sudut Tepat (90 darjah) ia akan menerima tenaga haba yang tinggi kerana sudut tepat akan Menyebabkan pancaran tertumpu berbanding dengan sudut serong yang mempunyai Pancaran tersebar dan tenaga matahari juga turut tersebar.Sudut serong menyebabkan tenaga Suria mengambil masa yang lama untuk sampai ke permukaan bumi dan jaraknya menjadi Lebih jauh.Hal ini

  • menyebabkan tenaga suria tersebut lebih banyak hilang menerusi serakan, Balikan, serapan dan pantulan atmosfera.

    Faktor perihelion dan aphelion.Ketika bumi beredar mengeliling matahari Dalam orbit bujurnya maka terdapat jarak yang berbeza pada lokasi yang berbeza Antara bumi dengan matahari.Pada jarak yang lebih dekat,ia dikenali sebagai perihelion Maka bumi akan menerima banyak tenaga suria manakala pada jarak yang jauh dikenali Sebagai afelion pada jarak ini bumi akan menerima jumlah tenaga suria yang sedikit.

    Faktor ciri litupan permukaan bumi yang berbeza.Kadar resapan dan Pembalikan bahangan matahari yang dialami oleh litupan tersebut adalah berbeza-beza Ciri-ciri muka bumi ditentukan oleh tekstur,warna dan struktur permukaan, komposisi Mineral,ketebalan dan jenis litupan dan juga aspek.Warna permukaan yang gelap seperti Hutan, batuan lebih banyak menyerap sinar suria berbanding dengan permukaan yang cerah Seperti salji. Muka bumi yang bertekstur kasar dan kasap lebih banyak menyerap haba Berbanding dengan permukaan bumi yang licin dan rata. Permukaan yang menghadap matahari pula akan menerima tenaga suria yang banyak berbanding dengan permukaan bumi yang Terlindung atau membelakanginya.

    b) Matahari berpengaruh menentukan kegiatan pertanian dikawasan tropika lembap kerana ia amat penting untuk kegiatan pertanian. Membolehkan aktiviti pertanian dijalankan sepanjang tahun. Hal ini kerana tanaman mendapat bekalan tenaga matahari yang cukup untuk menjalankan proses fotosintesis berlaku sepenuhnya. Tanaman yang ditanam misalnya padi sawah mendapat bekalan tenaga matahari yang cukup untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan ia membuat makanan,tumbuh,membesar,berbuah dan matang tepat pada masanya. Selain itu proses fotosintesis yang cukup,menjamin pokok-pokok dengan subur dan proses tumbesaran yang tidak terencat. Hasil-hasil pertanian seperti padi sawah juga dapat dituai dan dikeringkan pada Musim panas ketika sinaran matahari yang terik.Sinaran matahari tepat dengan masa Penuaiannya. Hal ini mempercepatkan kerja-kerja pengutipan hasil tanpa gangguan. Proses sejat peluhan(evapotranspiration) berlaku dengan sempurna kerana Mendapat bekalan tenaga matahari yang cukup.Tanaman tidak mengalami masalah Lebihan atau kekurangan air. Tenaga matahari membolehkan tumbuhan dan tanaman Membebaskan wap-wap air menerusi proses transpirasi.Wap-wap air tersebut dibebaskanMelalui liang stomata daun.

    Proses penanaman semula boleh dijalankan selepas penuaian seperti pembakaran Jerami padi,dan sisa tebu kerana cuaca panas dari matahari memudahkan pembakaranSisa tersebut untuk membolehkan musim penanaman yang baru dimulakan.

    Selain itu,bekalan tenaga matahari yang cukup menyebabkan petani tidak Perlu membina rumah kacauntuk memerangkap tenaga bagi membolehkan tanaman Seperti sayuran hidup dan membesar.Hal ini dapat menjimatkan kos pengeluaran Pertanian.

    TEMA 1

  • BAB 3: TENAGA DAN PERANANNYA KEPADA SISTEM BUMI

    SOALAN 1 :

    a) Nyatakan enam pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi. [6 markah]b) Mengapakah pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria yang berlebihan? [9 markah]c) Huraikan lima kesan negatif terhadap sistem dan hidupan di bumi apabila ia terpaksa menerima tenaga suria berlebihan. [10 markah]

    Jawapan:

    a) Enam pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi ialah:

    I. Penternakan membolehkan kegiatan pindah ternak (transhumance) padaMusim panas ternakan dibiarkan meragut bebas sementara pada musim sejukLembu dikurung dalam kandang.

    II. Pertanian tenaga suria akan mempengaruhi bilangan hari-hari untuk bertani.Biasanya tanaman padi perlu musim panas untuk padi masak dan menuai.Kegiatan penanaman sayuran dapat dijalankan sepanjang tahun.

    III. Pelancongan musim panas dan musim sejuk.IV. Pembalakan musim salji dikawasan sederhana.V. Perlombongan kawasan khatulistiwa berbeza dengan kutub kerana kegiatan dapat

    Dijalankan sepanjang tahun.VI. Aktiviti sosial pakaian dan tempat tinggal.

    b) Pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria yang berlebihan kerana:

    Sinaran matahari dapat menembusi ruang atmosfera dengan lebih banyak kerana berlaku Penipisan lapisan ozon menyebabkan bahang matahari sampai lebih banyak ke bumi. Bahang bumi tidak dapat dikeluarkan ke angkasa kerana pelbagai gas pencemar di atmosfera Menyekat bahang bumi dibebaskan.Ini menyebabkan berlaku lebihan bahangan di ruang Atmosfera bumi. c) Kesan lebihan tenaga suria terhadap sistem bumi dan kehidupan manusia:

  • I. Peningkatan suhu global mencairkan ais kutub dan menenggelamkan kawasan rendah serta meningkatkan kadar hakisan ombak.

    II. Peningkatan kemasukan pancaran ultraungu memberi kesan kepada kulit iaitu Kulit menjadi gelap dan pendedahan yang lama akan menyebabkan barah kulit.

    III. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan suhu mengurangkan

    Pembentukan plankton seterusnya mengurangkan jumlah ikan dan hasil laut.

    IV. Menghadkan aktiviti luar rumah pemanasan akan menjadikan keadaan rimas, Panas dan tidak selesa.

    V. Kehilangan air daripada sistem badan berlaku dengan lebih cepat atau berlebihan. VI. Peningkatan pancaran ultraungu melemahkan sistem pelalian manusia dan mempengaruhi Genetic sehingga menyebabkan kecacatan.

    SOALAN 2 :a) Jelaskan perbezaan tenaga endogenik dan eksogenik. [6 markah]b) Tunjukkan empat kepentingan tenaga eksigenik terhadap sistem-sistem bumi. [9 markah]c) Jelaskan pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga suria. [10 markah] Jawapan : a) Perbezaan tenaga endogenik dan tenaga eksogenik :

    Tenaga eksogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca dari dalam bumi seperti Tenaga gravity radiogenik dan tenaga haba yang amat penting untuk proses Tektonik kerak bumi seperti gempa bumi,gunung berapi, lipatan,gelinciran dan Sebagainya.Tenaga endogenik termasuklah tenaga seismik (gempa bumi), Tenaga vulkanik (gunung berapi) dan tenaga atomic daripada galian plutonium, Uranium dan lain-lain.

    Tenaga eksogenik ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu tenaga matahari Yang akan digunakan oleh

  • hidupan di bumi dengan menukarkam kepada Bentuk tenaga lain seperti kima, kinetik dan potensi.

    b) Empat kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem bumi ialah:

    SISTEM ATMOSFERA tenaga suria diperlukan untuk memanaskan permukaan Air bagi membolehkan air tersejat menjadi wap air. Semakin tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi berlaku dan akhirnya turun sebagai hujan.

    SISTEM GEOMORFOLOGI Dalam luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan Untuk meningkatkan suhu dan menurunkan suhu memgikut perubahan siang dan Malam sehingga menyebabkan batuan pecah.

    SISTEM HIDROLOGI Untuk memulakan proses-proses dalam kitaran hirologi seperti sejat peluhan tenaga matahari diperlukan misalnya sejumlah 600 kalori Tenaga baba bagi setiap 1 gm air pada suhu 0 darjah.

    SISTEM EKOLOGI Tenaga suria penting untuk tumbesaran tumbuhan karana proses Fotosintesis memerlukan bekalan tenaga suria yang cukup kepada tumbuhan yang Bertindak sebagai pengeluar.

    d) Pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga suria ialah:

    bumi Warna permukaan yang gelap seperti hutan, batuan, permukaan bertar lebih banyak menyerap tenaga suria berbanding permukaan yang cerah seperti salji yang lebih banyak membalikkan tenaga suria. Ini menyebabkan nilai albedo atau pembalikan tenaga suria oleh permukaan bumi adalah berbeza-beza.

    Permukaan bumi yang bertekstur kasar seperti permukaan bertar dan dinding konkrit Adalah lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan yang rata dan licin.

  • Struktur bumi yang mendatar lebih banyak menerina haba berbanding dengan struktur Permukaan yang tegak.

    Daratan dan air.Daratan lebih cepat panas dan cepat sejuk berbanding air.

    SOALAN 3 :

    a) Nyatakan lima kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi akibat pwnipisan lapisan ozon. [5 markah]b) Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi? [10 markah]c) Jelaskan lima kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima lebihan tenaga eksogenik. [10 markah] Jawapan:

    a) lima kesan lebihan bahagian matahari yang diterima oleh bumi akibat penipisan lapisan ozon.

    Kesan kepada kulit menjadi gelap dan terbakar.Pendedahan yang begitu lama Boleh menyebabkan barah kulit yang berpunca daripada menerima sinar UV(ultra violet) yang berlebihan. Sel-sel kulit akan mati.

    Kesan kepada mata merosakkan penglihatan manusia (penyakit) katarak mata) Retina mata akan rosak apabila dipaksa menerima lebihan pancaran matahari.

    Melemahkan sistem pelalian manusia juga berpunca daripada penerimaan

    Sinar UV yang berlebihan.

    Kehilangan air badan secara berlebihan badan cepat berpeluh akibat peningkatan Metabolisme yang berpunca daripada cuaca panas.kehilangan tenaga/kelesuan Yang kelak memudaratkan kesihatan manusia.

  • Mempengaruhi genetic manusia menyebabkan kecacatan yang berpunca daripada radiasi bahangan matahari secara berlebihan.

    Kekurangan sumber makanan akibat perubahan/kekurangan pembentukan

    Zooplankton dan lain-lain.Tumbuhan menjadi layu,proses fotosintesis sukar di jalankan, Spesies ikan kurang membiak dan mungkin berhijrah ke kawasan lain akibat cuaca yang Terlalu panas.

    Mengehadkan aktiviti di luar rumah akibat pemanasan global boleh menyebabkan Fenomena lain seperti jerebu yang mengganggu aktiviti dan membahayakan kesihatan

    Manusia.

    b) Terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi kerana:

    Warna permukaan bumi permukaan cerah kadar penyerapan bahangan Matahari adalah rendah manakala permukaan gelap mampu menyerap bahanganMatahari yang tinggi.

    Struktur permukaan bumi permukaan bumi yang mengandungi binaan bangunan Daripada konkrit dan simen,kadar penyerapan bahangan matahari adalah tinggi. Permukaan bumi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan hijau pula kadar penyerapan bahangan matahari adalah rendah.

    Kandungan mineral dalam batuan batuan yang mengandungi ferum akan berwarna hitam keperangan menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari adalah tinggi.Batuan yang terdiri daripada batu kapur berwarna putih menyebabkan kadar Penyerapan bahangan matahari adalah rendah.

    Aspek/kedudukan permukaan bumi merujuk kepada kedudukan permukaan Bumi sama ada berhadapan dengan pancaran matahari atau membelakangi pancaran

  • Matahari.Permukaan bumi berhadapan dengan pancaran matahari secara terus akan menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding permukaan bumi yang terlindung Tidak dapat menyerap bahangan matahari.

    Tekstur permukaan permukaan bumi yang kasar mampu menyerap bahangan Matahari yang banyak berbanding permukaan bumi bertekstur halus. Permukaan Tanah yang lembap pula lambat menyerap bahangan matahari berbanding permukaan Tanah kering.

    c) Lima kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima lebihan tenaga eksogenik ialah:

    -Fenomena penggurunan: saiz kawasan gurun semakin besar akibat cuaca dan persekitaran di kawasan gurun semakin kering-kontang,tandus dan gersang.Proses-proses luluhawa fizikal serta hakisan layangan angin semakin dominan.-Pencairan ais kutub: misalnya litupan ais antartika dan Greenland.Pencairan ini menyebabkan kenaikan aras laut serta risiko daratan yang rendah tenggelam.-Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan tinggikerana litupan ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.-Banjir laut: Peningkatan paras laut yang menyebabkan kadar hakisan pantai meningkat/ saiz pantai semakin sempit. -Peningkatan kadar luluhawa fizikal: Pemanasan batuan yang menyebabkan batuan mudah pecah dan tersepai.