siri kesedaran pendidikan belajar, berfikir, bertindak...makanan seperti teh, buah beri, buah...

20
Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak Dikarang oleh: Krystal Ng Lu Shin, Nurliyana Awalludin, Mandy Thoo, Murallitharan M Memerangi mitos nutrisi kanser 1

Upload: others

Post on 27-Nov-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Siri Kesedaran PendidikanBelajar, Berfikir, Bertindak

Dikarang oleh:Krystal Ng Lu Shin, Nurliyana Awalludin, Mandy Thoo, Murallitharan M

Memerangi mitos nutrisi kanser 1

Page 2: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Siri ini diterbitkan hasil dari sumbangan oleh pelari-pelari dari Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019,

keluarga dan rakan-rakan.

Page 3: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Hakmilik © 2020 National Cancer Society MalaysiaHakmilik terpelihara. Mana-mana bahagian buku ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa juga bentuk tanpakebenaran pengarang terlebih dahulu.

Isi kandunganPeringatan sebelum membaca...................................................

Kepentingan sumber maklumat pemakanan yang sahih............

Fakta dan Mitos..........................................................................

• Gula menggalakkan pertumbuhan sel kanser......................

• Kanser tidak boleh hidup dalam persekitaran yang

beralkali................................................................................

• “Superfoods” boleh membunuh kanser ...............................

• Daun Belalai gajah adalah ubat yang dapat

menyembuhkan kanser ........................................................

• Suplemen mengurangkan risiko anda mendapat kanser......

Empat asas pemakanan sihat.....................................................

Piramid makanan Malaysia.........................................................

Saranan saiz hidangan................................................................

Karbohidrat: Kompleks vs Ringkas .............................................

Sayur: Berkanji vs Tidak berkanji................................................

Sumber maklumat pemakanan yang sahih.................................

1

2

3

3

4

5

6

7

8

9

10

14

15

16

Page 4: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

1

Peringatan sebelum membaca…

Risalah ini bertujuan sebagai panduan asas untuk kegunaan pesakit. Maklumat yang terkandung di dalam risalah ini tidak dimaksudkan sebagai pengganti kepada nasihat daripada pakar kesihatan.

Sebelum mengubah corak pemakanan anda atau mengamalkan cara yang baru, anda dinasihatkan supaya mendapat nasihat dan penilaian daripada ahli kesihatan professional untuk menentukan keupayaan dan kekangan anda.

Pegawai Dietetik / Pegawai Nutrisi Pemakanan boleh membantu anda mengubahsuai pengambilan pemakanan anda dengan sewajarnya.

Page 5: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Kepentingan sumber maklumat pemakanan yang sahih

Apabila didiagnos dengan kanser, individu yang hidup dengan kanser menjadi lebih peka terhadap kesihatan mereka secara menyeluruh dan ingin mendapatkan maklumat tentang pemakanan yang sihat. Mereka sering melakukan ”kajian” sendiri tentang makanan yang terbaik untuk membantu mereka melawan kanser1. Kebanyakan individu mendapat maklumat tentang pemakanan melalui ahli keluarga, rakan-rakan, internet dan saluran media. Namun, keban-yakan maklumat yang diperolehi seringkali tidak tepat. Di samping itu, kekurangan peluang untuk mendapat nasihat daripada ahli kesihatan professional boleh menjadi halangan kepada individu yang hidup dengan kanser untuk memperolehi maklumat pemakanan yang sahih1.

Kekeliruan mengenai jenis makanan yang boleh dimakan (atau tidak boleh dimakan) serta persepsi negatif tentang makanan juga boleh menghalang individu daripada mengamalkan cara pemakanan yang betul semasa dan selepas menjalani rawatan kanser2,3. Akibat daripada persepsi sebegini, mereka mungkin akan mengalami:

• Kekurangan nutrisi• Penurunan berat tubuh secara tidak sihat• Gangguan emosi / kemurungan• Penjejasan kualiti hidup

Maka, adalah penting untuk memberikan maklumat yang sahih tentang pemakanan kepada golongan ini dan menghapuskan mitos mengenai pemakanan yang mungkin wujud dalam kalangan mereka. Sumber maklumat pemakanan yang sahih bertujuan memberi panduan kepada individu yang hidup dengan kanser untuk mengamalkan cara pema-kanan yang sihat

1. Beeken RJ, Williams K, Wardle J, Croker H. “What about diet?” A qualitative study of cancer survivors’ views on diet and cancer and their sources of information. Eur J Cancer Care (Engl). 2016;25(5):774-783.2. Srivastava R, Gupta VG, Dhawan D, Geeta K. Poor nutritional knowledge and food restrictions among families of children with cancer and their impact : A cross-sectional study of 700 families. J Psychosoc Oncol. 2019;36(5):658-666.3. Salas S, Mercier S, Moheng B, et al. Nutritional status and quality of life of cancer patients needing exclusive chemotherapy : a longitudinal study. Health Qual Life Outcomes. 2017;15(85):1-7.

2

Page 6: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Mitos 1: Gula menggalakkan pertumbuhan sel kanser

MitosMemakan sebarang jenis gula (putih / perang) atau makanan yang mengandungi karbohidrat (cth: nasi, mi dan roti) menggalakkan pertumbuhan sel kanser.

FaktaGula adalah sumber tenaga utama bagi sel-sel tubuh untuk berfungsi. Kedua-dua sel kanser dan sel biasa memerlukan gula. Maka, jika anda menyingkirkan gula dari pengambilan makanan untuk membuatkan sel kanser “lapar”, anda juga secara tidak lang-sung akan membuatkan sel tubuh “lapar” dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Sel tubuh yang sihat adalah tunjang pertahanan untuk melawan kanser4.

Namun, kenapa orang mengaitkan gula dengan kanser?

Gula tidak mempunyai kaitan secara terus dengan kanser. Namun, obe-siti adalah faktor risiko yang boleh menyebabkan kanser. Pengambilan makanan yang tinggi dalam kandungan gula tambahan boleh menyebabkan masalah obesiti5,6 dan seterusnya kecenderungan terha-dap seseorang itu mendapat kanser.

Gula secara semulajadinya datang dari sumber karbohidrat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, bijian dan kekacang, susu dan hasil tenusu. Sumber karbohidrat ini akan dipecahkan dan menjadi gula dalam tubuh anda. Namun, gula juga boleh dihasilkan secara komersial dan ditambah kepada makanan atau minuman, termasuk minuman berkarbonat, sirap, gula-gula dan kek. Gula sebegini dinamakan gula tambahan.

3

4. American Institute for Cancer Research. Sugar and cancer risk. Available from https://www.aicr.org/news/the-sugarcancer- connection [Accessed 12 March 2020].5. Arnold M, Pandeya N, Byrnes G, et al. Global burden of cancer attributable to high body-mass index in 2012: A population-based study. Lancet Oncol. 2015;16(1):36-46.6. Makarem N, Bandera E V., Nicholson JM, Parekh N. Consumption of Sugars, Sugary Foods, and Sugary Beverages in Relation to Cancer Risk: A Systematic Review of Longitudinal Studies. Annu Rev Nutr. 2018;38(1):17-39.

GULA TAMBAHAN

Page 7: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Mitos 2: Kanser tidak boleh hidup dalam persekitaran yang beralkali

MitosMinum air beralkali atau memakan makanan yang “beralkali” boleh meneutralkan pH darah yang dikatakan “berasid” dan melindungi anda daripada kanser.

Fakta

Jenis makanan atau minuman yang anda ambil tidak memberikan kesan kepada pH darah tubuh7. Makanan “beralkali” adalah makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran seperti timun, tembikai, avokado. Memakan makanan yang “beralkali” atau mengamalkan tabiat minum air “beralkali” tidak akan menjadikan pH darah anda beralkali.

Paras pH dalam darah anda adalah dikawal oleh buah pinggang. Dalam keadaan yang biasa, buah pinggang akan membuang bahan kumuh yang beralkali atau berasid dan menyingkirkannya melalui air kencing. Maka, pH air kencinglah yang dapat berubah dari masa ke semasa mengikut kandungan bahan kumuh yang dibuang dari tubuh anda. PH darah adalah tetap berterusan dalam tubuh dan tidak boleh diubah8. Sebarang perubahan yang kecil sekalipun dalam nilai pH darah menandakan ketidakseimbangan elektrolit dan kegagalan fungsi organ yang berlaku akibat masalah kesihatan yang amat serius.

Oleh itu, minumlah air dengan mencukupi (air biasa, bukannya air “beralkali”) dan makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran (bukannya hanya yang digelar sebagai makanan “beralkali”) seperti yang disarankan.

4

7. American Institute for Cancer Research. Another Cancer and Diet Claim: The Alkaline Diet. Available from https://www.aicr.org/ resources/blog/another-cancer-and-diet-claim-the-alkaline-diet [Accessed 12 March 2020].8. Fenton TR, Huang T. Systematic review of the association between dietary acid load, alkaline water and cancer. BMJ Open. 2016;6(6):1-5.

Page 8: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Mitos 3: Superfoods boleh membunuh kanser

Mitos

Radikal bebas

Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’ semulajadi untuk merawat kanser. Ini adalah disebabkan oleh kan-dungan antioksidan yang dipercayai boleh memusnahkan radikal bebas di dalam tubuh anda.*Radikal bebas adalah bahan yang boleh memusnahkan sel tubuh dan telah diketahui mempunyai hubungkait yang jelas dengan kanser.

Fakta

Tiada makanan ajaib yang mempunyai ‘kuasa khas’ untuk mengha-puskan radikal bebas di dalam tubuh9. Walaupun antioksidan didapati mampu memusnahkan radikal bebas dalam kajian makmal9,10, keupayaan dan keberkesanannya terhadap manusia masih belum diketahui11. Maka, masih terlalu awal untuk anda memutuskan bahawa makan ‘superfoods’ atau makanan yang mengandungi antioksida ini dapat merawat atau mencegah kanser. Jauh lebih banyak kajian adalah diperlukan untuk memastikan keberkesanan-nya. Sebaliknya, adalah memadai apabila anda memakan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran tidak berkanji setiap hari12.*Sila rujuk halaman 15 untuk senarai sayur-sayuran tidak berkanji

5

9. Inoue-Choi M, Oppeneer SJ, Robien K. Reality check: There is no such thing as a miracle food. Nutr Cancer. 2013;65(2):165-168.10. Abbaoui B, Lucas CR, Riedl KM, Clinton SK, Mortazavi A. Cruciferous Vegetables, Isothiocyanates, and Bladder Cancer Prevention. Mol Nutr Food Res. 2018;62(18):1800079.11. Vieira AR, Abar L, Vingeliene S, et al. Fruits, vegetables and lung cancer risk: A systematic review and meta-analysis. Ann Oncol. 2016;27(1):81-96.12. World Cancer Research Fund/American Institute for Cancer Research. Recommendations and public health and policy implications. Continous Updat Proj. 2018:10-40.

vs

5 SEHARI

Page 9: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Mitos 4: Daun belalai gajah adalah ubat yang dapat menyembuhkan kanser

Mitos

Memakan daun belalai gajah atau kapsul/ tablet yang men-gandungi belalai gajah boleh mencegah atau merawat kanser.

Fakta

Daun belalai gajah mengandungi fitokimia dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk menguatkan daya tahan tubuh13. Namun, tiada kajian pada hari ini yang boleh menge-sahkan kesan terapeutiknya dalam menyembuh atau mence-gah kanser.

Malah, selain kesangsian mengenai keberkesanannya, pengambilan daun belalai gajah berpotensi mengakibatkan14 :

• Ketoksikan/kecederaan hati• Peningkatan dalam risiko pendarahan• Pengurangan keberkesanan dalam rawatan kanser yang sedia ada*Fitokimia adalah bahan yang terdapat pada tumbuhan yang dapat mengu-rangkan keradangan dan melindungi sel tubuh dari kerosakan.

6

13. Ghazali WASW, Alim AA, Kannan TP, Ali NAM, Abdullah NA, Mokhtar KI. Anticancer properties of Malaysian herbs: a review. USM Arch Orofac Sci. 2016;11(2):19-25. 14. Ben-Arye E, Samuels N, Goldstein LH, et al. Potential risks associated with traditional herbal medicine use in cancer care: A study of Middle Eastern oncology health care professionals. Cancer. 2016;122(4):598-610.

Page 10: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Mitos 5: Suplemen boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser

Memakan suplemen yang mengandungi nutrien tertentu yang mengandungi dos tinggi boleh melindungi sel tubuh dari kanser.

7

MENCEGAHKANSER

Mitos

Fakta

Suplemen pemakanan seperti multivitamin dan mineral disa-rankan kepada individu yang mengalami kekurangan nutrisi tertentu dalam tubuh. Namun, pertubuhan penyelidikan terke-muka sedunia, World Cancer Research Fund (WCRF) tidak men-yarankan anda untuk mengambil supplemen sebagai cara untuk mencegah kanser12.

Pengambilan suplemen yang tidak diperlukan boleh meningkat-kan risiko kelebihan kadar nutrien tertentu berbanding keperluan harian. Kadar nutrien yang berlebihan ini tidak semestinya bermaksud bahawa ianya bagus untuk tubuh anda, kerana kele-bihan nutrien tertentu dapat menyebabkan kemudaratan. Con-tohnya, kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid folik secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser prostat15, manakala pengambilan beta-karotin (vitamin A) secara berle-bihan dapat meningkatkan risiko kanser paru-paru dan kanser perut16. Oleh itu, pengambilan suplemen pemakanan juga berke-mungkinan meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser.

12. World Cancer Research Fund/American Institute for Cancer Research. Recommendations and public health and policy implications. Continous Updat Proj. 2018:10-40.15. Wien TN, Pike E, Wisløff T, Staff A, Smeland S, Klemp M. Cancer risk with folic acid supplements: A systematic review and meta-analysis. BMJ Open. 2012;2(1):1-13. 16. Druesne-Pecollo N, Latino-Martel P, Norat T, et al. Beta-carotene supplementation and cancer risk: A systematic review and metaanalysis of randomized controlled trials. Int J Cancer. 2010;127(1):172-184.

Page 11: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Tiada satu makanan khas pun yang boleh membekalkan anda dengan semua nutrien yang diperlukan untuk menyokong proses perkembangan di samping mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Oleh itu, gunakanlah empat petunjuk ini sebagai panduan untuk anda makan secara sihat.

• Makan makanan yang membekalkan jumlah nutrien, tenaga dan serat yang mencukupi.• Cth: Ambil 4 – 8 hidangan bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian setiap hari. *sila rujuk halaman 10 untuk saranan saiz hidangan

Empat asas pemakanan sihat

1 Kecukupan

• Makan makanan dalam jumlah yang betul (tidak terlalu sikit atau terlalu banyak).• Cth: Garam adalah sumber utama natrium yang membantu untuk menyeimbangkan paras kandungan cecair dan darah dalam tubuh. Namun, pengambilan garam yang berlebihan dapat meningkatkan risiko hipertensi dan penyakit jantung.

2 Kesederhanaan

• Makan secara seimbang dengan merangkumi pelbagai jenis nutrien dalam kuantiti yang disarankan termasuk karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral.• Cth: Pinggan hidangan anda harus terdiri daripada pecahan berikut: ¼ bijirin, ¼ ikan/ayam/daging atau kekacang dan ½ buah-buahan dan sayur-sayuran.

3 Keseimbangan

• Pilih jenis makanan yang berbeza dari semua kumpulan makanan yang berlainan. Tiada dua jenis makanan yang dapat menyumbang kandungan nutrien yang sama dan ini adalah sebabnya amat penting untuk anda makan pelbagai jenis makanan.• Cth: Pilih sayur-sayuran yang warnanya berbeza-beza dalam makanan anda.

4 Kepelbagaian

8

17. Ministry of Health (2010). Malaysian Dietary Guidelines. Nutrition Division, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Page 12: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Piramid makanan Malaysia mengandungi empat tingkat, dari tingkat paling bawah dengan luas permukaan terbesar ke tingkat paling tinggi dengan luas permukaan terkecil. Luas permukaan piramid ini meng-gambarkan saiz ataupun jumlah makanan yang anda perlu ambil pada setiap waktu makan. Anda perlu makan lebih banyak jenis makanan yang digambarkan di tingkat bawah piramid dan mengurangkan pengambilan jenis makanan yang digambarkan di tingkat paling tinggi.

Terdapat lima kumpulan makanan dalam piramid ini, iaitu:

Kumpulan 1: Nasi, mi, roti, bijirin dan hasil bijirin, serta ubi-ubianKumpulan 2: Buah-buahan dan sayur-sayuranKumpulan 3: Ikan, hasil ternakan, daging dan kekacangKumpulan 4: Susu dan hasil tenusuKumpulan 5: Lemak, minyak, gula dan garam

Piramid makanan Malaysia

9

17. Ministry of Health (2010). Malaysian Dietary Guidelines. Nutrition Division, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Piramid Makanan Malaysia

Kumpulan 3

Kumpulan 2

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 4

Kumpulan 5Lemak, minyak, gula dan garamMakan sedikit

Ikan, hasil ternakan, daging dan kekacang1/2 - 2 hidangan hasil ternakan, daging, telur setiap hari1 hidangan ikan setiap hari1/2 - 1 hidangan kekacang setiap hariMakan secara sederhana

Susu dan hasil tenusu1-3 hidangan sehari

Makan secara sederhana

Sayur-sayuran3 hidangan sehari

Makan banyak

Buah-buahan2 hidangan sehariMakan banyak

Nasi, mi, roti, bijirin dan hasil bijirin, serta ubi-ubian

4-8 hidangan sehariMakan secukupnya

Page 13: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Kumpulan makanan 1:

Nasi, mi, roti, bijirin dan hasil bijirin, serta ubi-ubian

Saranan saiz hidangan

10

18. Tee et al. Nutrient Composition of Malaysia Foods, 4th Edition 1997.

Nasi, dimasak

Bubur, dimasak

Kue tiow, digoreng

Bihun, digoreng

Oat, tidak dimasak

Bijirin sarapan

Roti

Krim kraker

Capati

Tosai

Idli

Jagung

Kentang

2 senduk nasi

4 senduk nasi

2 senduk nasi

3 senduk nasi

6 sudu makan

6 sudu makan

2 keping

6 keping

1 keping

1 keping

2 keping

1 tongkol sederhana

1 biji sederhana

100

332

170

170

40

35

60

46

80

120

120

120

168

Makanan Satu hidangan Berat (g)

Page 14: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Kumpulan makanan 2:

Buah-buahan

Sayur-sayuran

11

18. Tee et al. Nutrient Composition of Malaysia Foods, 4th Edition 1997.

Belimbing

Jambu batu

Betik

Epal hijau

Pisang mas

Nanas

Anggur

Kiwi

Kurma, kering

1 biji sederhana

½ biji sederhana

1 potong

1 biji sederhana

2 biji sederhana

1 potong

8 biji

2 biji

3 biji

299

150

211

141

70

142

92

90

30

Buah-buahan Satu hidangan Berat (g)

Kobis bunga

Kacang buncis, dimasak

Sayuran berdaunhijau, dimasak

Ulam raja, mentah

8 sudu makan

4 sudu makan

Green leafy4 sudu makan

8 sudu makan

112

60

Green leafy60

20

Sayur-sayuran Satu hidangan Berat (g)

Page 15: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Kumpulan makanan 3:

Ikan, hasil ternakan, daging dan kekacang

12

18. Tee et al. Nutrient Composition of Malaysia Foods, 4th Edition 1997.

Daging tanpa lemak/hasil ternakan (ayam/itik)

Ikan

Udang

Sotong

Telur ayam

Taukua

Fucuk

Tempeh

1 tapak tangan

1 ekor sederhana

6 ekor sederhana

2 ekor sederhana

2 ekor sederhana

1 biji

3 keping

2 keping

80

80

62

80

126

120

60

90

Makanan Satu hidangan Berat (g)

Kumpulan makanan 4:

Susu dan hasil tenusu

Susu UHT

Susu tepung

Keju cedar

Yoghurt (kosong, rendah lemak)

1 gelas

4 sudu makan

2 keping

Yoghurt 1 cawan

240 (ml)

30

30

Yoghurt 135

Makanan Satu hidangan Berat (g)

Page 16: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Kumpulan makanan 5:

Lemak, minyak, gula dan garam

13

18. Tee et al. Nutrient Composition of Malaysia Foods, 4th Edition 1997.

Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak haiwan, asid lemak trans, gula dan garam.

Page 17: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Karbohidrat merupakan nutrien utama yang membekalkan anda tenaga untuk kegunaan harian. Ia wujud samada dalam bentuk kompleks atau ringkas, bergantung kepada bentuk molekulnya (panjang struktur rantai), serta kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam tubuh anda.

Berbanding dengan karbohidrat kompleks, karbohidrat ringkas mempu-nyai rantai molekul yang ringkas (panjang struktur rantai yang lebih pendek), menyebabkannya mudah dicerna dan diserap oleh tubuh anda. Pengambilan karbohidrat ringkas boleh meningkatkan paras gula dalam tubuh pada masa yang singkat.

Contoh karbohidrat kompleks adalah nasi, mi, roti, biskut, bijirin atau hasil bijirin dan ubi-ubian. Karbohidrat ringkas pula adalah seperti minu-man berkarbonat, biskut, coklat dan gula-gula.

Anda digalakkan untuk mengambil 4-8 hidangan bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian setiap hari. Hadkan pengambilan makanan dan minu-man yang mengandungi kandungan gula tambahan yang tinggi.

Karbohidrat: Ringkas vs Kompleks

14

17. Ministry of Health (2010). Malaysian Dietary Guidelines. Nutrition Division, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Karbohidratkompleks

Karbohidratringkas

(gula tambahan)

X

Page 18: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Sayur-sayuran adalah kaya dengan vitamin, mineral, serat dan fitokimia. Terdapat dua kategori sayur-sayuran iaitu berkanji dan tidak berkanji. Sayur-sayuran berkanji mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga yang banyak kepada tubuh, sama seperti nasi, mi, roti dan bijirin.

Jadual berikut menujukkan senarai contoh sayur-sayuran berkanji dan tidak berkanji.

• Jagung• Kentang• Ubi keledek• Ubi keladi

Sayur: Berkanji vs Tidak berkanji

15

17. Ministry of Health (2010). Malaysian Dietary Guidelines. Nutrition Division, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Sayur-sayuran berkanji

• Kacang• Taugeh• Brokoli• Kobis• Lobak merah• Kobis bunga• Saderi• Timun• Terung

• Bendi• Cendawan• Bawang• Lada benggala• Daun salad• Bayam• Tomato

Sayur-sayuran tidak berkanji

Page 19: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Memperolehi maklumat yang sahih dan terkini mengenai pemakanan adalah sangat penting kerana ia boleh memberi panduan kepada anda untuk makan dengan betul dan menjadi sihat. Abaikan mitos pema-kanan yang dikatakan boleh mencegah kanser.

Dapatkan maklumat serta fakta pemakanan yang sebenar di pautan berikut:

The American Institute for Cancer Research Pautan: https://www.aicr.org/cancer-prevention/food-facts/

The Academy of Nutrition and Dietetics Pautan: https://www.eatright.org/health/diseases- andconditions/cancer/nutrition-during-and-after- cancertreatment

The American Cancer Society Pautan: https://www.cancer.org/treatment/survivorshipduring -and-after-treatment/staying-active/nutrition.html

The Cancer Research UK Pautan: https://www.cancerresearchuk.org/aboutcancer/caus es-of-cancer/diet-and-cancer

Sumber maklumat pemakanan yang sahih

16

Page 20: Siri Kesedaran Pendidikan Belajar, Berfikir, Bertindak...Makanan seperti teh, buah beri, buah delima, brokoli dan cendawan merupakan makanan yang sering dikatakan sebagai ‘superfoods’

Pengarang

www.cancer.org.my

National Cancer Society Malaysia, No. 66, Jln Raja Muda Abdul Aziz, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia

T: 03 2698 7300 F: 03 2698 4300 E: [email protected]

Hospital SelayangB21, Lebuhraya Selayang - Kepong, 68100 Batu Caves, Selangor

T: 03 6126 3333

National Cancer Society Malaysia

ncsmalaysia nationalcancersocietymy

ncsmalaysia

Pakar pemakanan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan menjalankan kajian mengenai kualiti pemakanan dan kualiti hidup (HRQoL) dalam kalangan pesakit kanser payudara. Bidang kepakaran adalah intervensi pemakanan untuk pesakit kanser.

Krystal Ng Lu Shin, BSc Dietetics (Hons), MSc Clinical Nutrition (UPM)

Dengan kerjasama

Terbitan oleh:-

Pakar Dietetik di Hospital Selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau merupakan ahli anggota Pasukan Sokongan Pemakanan (NSTeam) di Hospital Selayang dan menganjurkan program latihan untuk profesional penjagaan kesihatan tentang pemakanan enteral. Selain itu, beliau merupakan Setiausaha The Parenteral and Enteral Nutrition Society of Malaysia (PENSMA) dari tahun 2011 hingga 2018 dan terus terlibat dalam pelaksanaan program latihan dan penjagaan pemakanan enteral.

Nurliyana Awalludin, BSc Dietetics (Hons), MSc Clinical Nutrition (UPM)

Pengarah Perubatan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Beliau merupakan doktor kesihatan awam serta merupakan penerima biasiswa Chevening tahun 2015/2016 di London School of Economics dan London School of Hygiene & Tropical Medicine. Beliau juga merupakan penerima biasiswa doktor falsafah ASEAN Economic Community di Chulalongkorn University.

Dr Murallitharan M, MD MCommHSc MSc PhD

Ketua Bahagian Pendidikan, Literasi, Promosi dan Polisi Kesihatan (HELPP) di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Sebelum berkhidmat di NCSM, beliau merupakan penulis artikel sains di Australia dan merupakan seorang kolumnis sains di The Star Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang penggerak yang menganjurkan dan melaksanakan kerja berkaitan polisi dalam bidang penyakit tidak berjangkit (NCD).

Mandy Thoo, BBiotech (ANU), MSciComm (ANU)