siri herba malaysia – kantan _ myagri.com
TRANSCRIPT
-
8/17/2019 Siri Herba Malaysia – Kantan _ Myagri.com
1/4
SIRI HERBA MALAYSIA – KANTAN
Famili : Zingiberaceae
Genus : Phaeomeria
Spesies : Phaeomeria speciosa
PENGENALAN
Kantan atau lebih dikenali sebagai bunga kantan adalah dari keluarga halia (zingiberaceae). Ada
sesetengah masyarakat menggelarkan pokok bunga kantan sebagai bunga siantan. Ia merupakan
sejenis pokok herba jenis berumpun saka yang hidup subur di kawasan tropika terutama di Asia
Tenggara.
Ianya sangat sinonim dengan masakan laksa dan nasi kerabu sebagai bahan perisa dan penambah
rasa kerana bunga kantan mempunyai rasa segar dan agak pedas. Kelopak bunga kantan yang
belum berkembang boleh dihiris halus dan dijadikan kerabu atau dijadikan ulam ulaman. Ia juga
menjadikan makanan tambah menarik kerana warna bunga kantan yang berwarna merah jambu
kekal apabila dimasak.
Di Malaysia, bunga kantan ditanam secara komersial di sekitar Selangor, Perak, Johhor dan Pahang.
Ia juga ditanam secara selingan di kawasan penanaman kelapa sawit dan getah kerana tumbuhan
rimbun ini memerlukan kawasan yang teduh dan bersaliran baik untuk hidup subur. Ianya ditanam
secara kecil kecilan di keliling rumah atau secara komersial kerana khasiat yang terkandung di dalam
bunga , batang dan umbi kantan sangat berguna untuk kesihatan manusia.
-
8/17/2019 Siri Herba Malaysia – Kantan _ Myagri.com
2/4
MORFOLOGI BUNGA KANTAN
Pokok kantan ialah tumbuhan rimbun yang boleh mencapai ketinggian 4 hingga 5 meter. Batang
hijau berbentuk bulat dan lurus menegak dan ianya mempunyai rizom besar yang akan tumbuh
mengeluarkan sulur bunga dan sulur daun. Setiap batang daun akan mengeluarkan satu kuntum
bunga yang berwarna merah jambu. Dalam setiap bunga mempunyai 240 hingga 345 kelompak
bunga yang akan berkembang menjadi bunga yang berwarna merah sekiranya tidak dipotong.Daun
pokok kantan berbentuk tirus memanjang 25 hingga 45 cm panjang dan berwarna hijau pekat.Terdapat 2 jenis bunga kantan yang boleh ditemui di pasaran iaitu bunga kantan putih dan bunga
kantan merah. Bunga kantan putih mempunyai bunga berwana putih kemerahan (warna merah
jambu pucat) manakala bunga kantan merah mempunyai bunga berwarna merah jambu berkilat.
KAEDAH PENANAMAN
Pokok kantan adalah tumbuhan yang tumbuh subur di tanah jenis sedikit berpasir, kawasan teduh
dan lembap. Ianya biasa ditemui berhampiran pinggir sungai atau kawasan berair.Kawasan
penanaman perlu dibersihkan, digembur dan dibajai dan disembur dengan racun rumpai seperti
paraquat (gramoxone) atau basta (glufosinate ammonia) bagi mengawal rumpai agar tidak tumbuh
di atas batas. Tanah juga boleh digaul dengan baja CIRP sebanyak 50 kg/ hektar. (Mardi, 2005).
Batas yang mempunyai alur disediakan dengan ketinggian 20 cm dan 20 cm lebar.
-
8/17/2019 Siri Herba Malaysia – Kantan _ Myagri.com
3/4
Kantan dibiakkan melalui rizom, biji benih atau belahan rumpun. Batang rizom yang telah dibuang
daun ditanam di dalam tanah pada bahagian pangkal. Batang pucuk perlu disungkup dengan daun
daun reput bagi mengelakkan kekeringan dan akhirnya akan melambatkan pertumbuhan tunas.
Siraman secara manual adalah digalakkan pada awal fasa penanaman pokok kantan.
Pada minggu ke 16, baja organik tahi ayam perlu digaul di tanah sekeliling rumpun dengan kadar
1kg per rumpun. Baja NPK 12:12:17:2 juga digaul di tanah pada kadar 30: 70:100 g serumpun
masing masing pada umur pokok 5, 7 dan 9 bulan. 6 bulan selepas penanaman, kapur di tabur
disekeliling rumpun pada kadar 200 g serumpun. Daun tua (warna kekuningan) dan yang terkena
penyakit perlu dibuang dari rumpun bagi menggalakan kemunculan sulur daun baru (Mardi, 2005).
Pada minggu ke 38 hingga 42 selepas ditanam, bunga akan keluar dan ianya sesuai untuk penuaian.
Pokok kantan sepanjang 30 cm akan dipotong dan dikumpulkan. 100 rumpun kantan akan dibalut
dengan surat khabar lembap untuk mengekalkan kesegaran.
Generasi Felda telah melahirkan seorang usahawan kantan iaitu Tuan Hj Rahmat Saidi yangmenanam kantan sejak 2003. Selain dijadikan tumbuhan hiasan landskap, ia juga dapat menambah
pendapatan beliau sekeluarga dimana hasil tuaian kantan sebanyak 3000 hingga 4000 kuntum
kantan pada sekali tuaian pada tanah seluas 1.2 hektar (Buletin Felda, 2009)
SERANGGA DAN PENYAKIT
Setakat ini tiada laporan mengenai serangga perosak atau penyakit yang melanda pokok kantan. Ini
kerana daun bunga kantan bersifat panas dan berbau wangi.
KEGUNAAN & KHASIAT
Pokok kantan mengandungi bahan antioksida iaitu karatinoid yang dapat mengurangkan risiko untuk
mendapat penyakit kanser selain ianya dapat mengekalkan awet muda. Air rebusan kantan juga
boleh digunakan untuk membasuh luka.
Bagi pesakit gaut, air rebusan 3 batang kuntum bersama 4.5 liter air perlu dimasak dan kemudian
diminum selama 3 hari berturut turut. Dengan izin Allah, ia akan dapat menyembuhkan bengkak di
sendi akibat gaut.
Bagi wanita selepas bersalin pula, air mandian bunga kantan dapat menghilangkan bau badan dan
juga menyegarkan badan (Siti FauziahYusof, 2012)
Kongsi artikel ini dengan rakan anda:
-
8/17/2019 Siri Herba Malaysia – Kantan _ Myagri.com
4/4