sekiranya sesuatu produk herba ingin di malaysia

23
Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ‘Drug Registration Guidance Document’ (DRGD Appendix 12) dan segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan. Mengapa Langkah ini perlu? Bincangkan. Mengapa Perlu Menggunakan Ubat Berdaftar? Pengenalan Semua ubat-ubatan sama ada ubat farmaseutikal mahupun ubat tradisional perlu terlebih dahulu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ianya boleh diimport, dikilangkan atau dijual di Malaysia. Objektif pendaftaran produk adalah bagi memastikan semua produk farmaseutikal yang didaftarkan telah dinilai dari aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti, manakala produk tradisional dinilai dan diuji dari aspek keselamatan dan kualiti dengan tujuan utama bagi melindungi dan menjamin kesihatan rakyat. Kebaikan Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk memastikan produk yang dapat dicapai dan digunakan oleh masyarakat umum adalah selamat dan berkualiti. Ubat-ubatan Terkawal yang mengandungi bahan racun berjadual dan ubat tanpa racun (Ubat Am) adalah dipastikan selamat,berkualiti dan berkesan sebagaimana untuk kegunaan yang dikehendaki. Manakala ubat-ubatan tradisional dipastikan berkualiti dan selamat di mana paras bahan mikrob, logam berat, merkuri dan plumbum adalah pada tahap yang dibenarkan. Sebelum suatu produk diluluskan untuk dipasarkan di Malaysia, ia perlu terlebih dahulu melalui pelbagai tahap penilaian dan pengujian berasaskan prinsip- prinsip kualiti, keberkesanan dan juga keselamatan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) selaku sekretariat kepada PBKD. Selain itu, BPFK turut memantau produk yang telah berdaftar melalui aktiviti pengawasan (surveillance) dan juga farmakovigilans (pemantauan kesan advers ubat) bagi memastikan mutu ubat-ubatan yang dipasarkan di Malaysia kekal berkualiti, selamat dan berkesan serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh PBKD. Perbezaan Ubat Berdaftar & Ubat Tidak Berdaftar Ubat berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh PBKD untuk dijual atau digunakan oleh pengguna di Malaysia. Ubat ini telah dinilai, diuji serta terbukti dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya. Ubat-ubatan yang tidak berdaftar sebaliknya tidak melalui proses penilaian dan pengujian sepertimana yang dinyatakan di atas. Dengan itu, penggunaan ubat-ubatan tersebut tidak terjamin dari aspek keselamatannya. Selain itu, ubat-ubatan tidak berdaftar juga mungkin mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam

Upload: siti-saidah

Post on 28-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

produk herba

TRANSCRIPT

Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Drug Registration Guidance Document (DRGD Appendix 12) dan segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan. Mengapa Langkah ini perlu? Bincangkan.MengapaPerlu Menggunakan Ubat Berdaftar?PengenalanSemua ubat-ubatan sama ada ubat farmaseutikal mahupun ubat tradisional perlu terlebih dahulu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ianya boleh diimport, dikilangkan atau dijual di Malaysia. Objektif pendaftaran produk adalah bagi memastikan semua produk farmaseutikal yang didaftarkan telah dinilai dari aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti, manakala produk tradisional dinilai dan diuji dari aspek keselamatan dan kualiti dengan tujuan utama bagi melindungi dan menjamin kesihatan rakyat.KebaikanPelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk memastikan produk yang dapat dicapai dan digunakan oleh masyarakat umum adalah selamat dan berkualiti. Ubat-ubatan Terkawal yang mengandungi bahan racun berjadual dan ubat tanpa racun (Ubat Am) adalah dipastikan selamat,berkualiti dan berkesan sebagaimana untuk kegunaan yang dikehendaki. Manakala ubat-ubatan tradisional dipastikan berkualiti dan selamat di mana paras bahan mikrob, logam berat, merkuri dan plumbum adalah pada tahap yang dibenarkan. Sebelum suatu produk diluluskan untuk dipasarkan di Malaysia, ia perlu terlebih dahulu melalui pelbagai tahap penilaian dan pengujian berasaskan prinsip-prinsip kualiti, keberkesanan dan juga keselamatan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) selaku sekretariat kepada PBKD. Selain itu, BPFK turut memantau produk yang telah berdaftar melalui aktiviti pengawasan (surveillance) dan juga farmakovigilans (pemantauan kesan advers ubat) bagi memastikan mutu ubat-ubatan yang dipasarkan di Malaysia kekal berkualiti, selamat dan berkesan serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh PBKD.Perbezaan Ubat Berdaftar & Ubat Tidak BerdaftarUbat berdaftaradalah ubat yang telah diluluskan oleh PBKD untuk dijual atau digunakan oleh pengguna di Malaysia. Ubat ini telah dinilai, diuji serta terbukti dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya.Ubat-ubatan yang tidak berdaftarsebaliknya tidak melalui proses penilaian dan pengujian sepertimana yang dinyatakan di atas. Dengan itu, penggunaan ubat-ubatan tersebut tidak terjamin dari aspek keselamatannya. Selain itu, ubat-ubatan tidak berdaftar juga mungkin mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.Tips Kepada Pengguna Dapatkan ubat anda daripada sumber yang boleh dipercayai seperti farmasi, klinik dan juga hospital. Semak ketulenan nombor pendaftaran ubat dan label hologram meditag pada kotak ubat yang dibeli. Semak label terlebih dahulu sebelum membeli atau menggunakan sebarang ubat. Pastikan ubat-ubatan yang digunakan telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia.Berhati-hati dengan produk-produk kesihatan yang mempunyai tuntutan yang berlebihan seperti kencing manis, strok dan sebagainya. Dapatkan nasihat dan maklumat lanjut berkaitan ubat-ubatan daripada doktor atau ahli farmasi anda.Semakan Pendaftaran ProdukPara pengguna boleh menyemak sama ada sesuatu produk itu berdaftar dengan PBKD melalui perkhidmatan Registered Products Search menerusi laman sesawang BPFK (www.bpfk.gov.my) seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah di bawah. Semakan melalui pangkalan data ini boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk, nombor pendaftaran produk, nama pemegang pendaftaran produk, nama bahan aktif ataupun nama pengilang produk. Asas-asas keselamatan; Tidak mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan apabila digunakan secara betul. Pengilang perlu mengumpulkan maklumat teknikal berkaitan produk yang di kilang. Komponen bahan mentah dan produk siap perlu dinilai dari aspek keselamatan. Produk dihasilkan mematuhi keperluan APB. Data-data keselamatan perlu disediakan. Mematuhi keperluan pelabelan.

ProdukADAKAH PRODUK MINUMAN DAN MAKANAN KESIHATAN BERTUJUAN UNTUK PELANGSINGAN BADAN BERDAFTAR DENGAN KKM?Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM.Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-88833888. Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.This help enough up51% down49% 167 Baca lebih lanjutmengenai Adakah produk minuman dan makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar dengan KKM? 4618 bacaanBAGAIMANAKAH MENGENAL PASTI PRODUK/UBAT YANG BERDAFTAR?

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan diwww.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk memastikan produk yang dapat dicapai dan digunakan oleh masyarakat umum adalah selamat dan berkualiti. Ubat-ubatan Terkawal yang mengandungi bahan racun berjadual dan ubat tanpa racun (Ubat Am) adalah dipastikan selamat,berkualiti dan berkesan sebagaimana untuk kegunaan yang dikehendaki. Manakala ubat-ubatan tradisional dipastikan berkualiti dan selamat di mana paras bahan mikrob, logam berat, merkuri dan plumbum adalah pada tahap yang dibenarkan. Sebelum suatu produk diluluskan untuk dipasarkan di Malaysia, ia perlu terlebih dahulu melalui pelbagai tahap penilaian dan pengujian berasaskan prinsip-prinsip kualiti, keberkesanan dan juga keselamatan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) selaku sekretariat kepada PBKD. Selain itu, BPFK turut memantau produk yang telah berdaftar melalui aktiviti pengawasan (surveillance) dan juga farmakovigilans (pemantauan kesan advers ubat) bagi memastikan mutu ubat-ubatan yang dipasarkan di Malaysia kekal berkualiti, selamat dan berkesan serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh PBKD.

This help enough up46% down54% 4 Baca lebih lanjutmengenai Bagaimanakah mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar? 6282 bacaanAPAKAH PROSEDUR UNTUK PENDAFTARAN DENGAN KKM BAGI PRODUK KECANTIKAN. BAGAIMANAKAH PROSEDUR DAN SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN TERSEBUT?Salam sejahtera,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa tanggungjawab Pihak Berkuasa Kawalan Dadah adalah untuk mengawal pemasaran produk herba dan ubatan di pasaran agar pihak pengeluar tidak sewenang-wenangnya memasarkan produk herba tanpa melalui ujian dan penilaian terlebih dahululangkah ini melindungi pengguna daripada terjerumus dalam masalah kesihatan akibat pengambilan produk herba yang boleh memudaratkan kesihatan . Selain produk herba, semua produk kecantikan atau kosmetik juga perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Unit Kosmetik, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkenaan prosedur notifikasi kosmetik. BPFK boleh dihubungi di 03-78835400 atau layari laman web rasmi BPFK dihttp://www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Cosmetics' untuk memuat turun garis panduan yang digunakan untuk notifikasi produk kosmetik. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadualhydroquinone,yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.Oleh itu, produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.Produk yang mengandungi hydroquinone adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Hydroquinone biasanya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi. Penggunaanhydroquinonetanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini. Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungiBiro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta danmemanggilbalik kesemuastok fizikalproduk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkanpemilikanproduk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. Apa-apa bahan atau persediaan yang dicadang untuk digunakan atau dikatakan sebagai boleh digunakan ke atas beberapa bahagian luaran tubuh badan manusia (epidermis, sistem rambut, kuku, bibir, organ genital luaran dll) atau ke atas gigi dan membran mukosa di dalam rongga mulut, bagi membersih, mewangi, memperbaiki/ mengubah atau mencantikkan kulit muka dan /atau menghilangkan bau badan, dan /atau menghindar atau menjaga dalam keadaan yang baik. Pihak Industri adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan kualiti dan performance atau efikasi Produk Kosmetik. Agensi kerajaan diberi mandat dan kuasa untuk mendapatkan maklumat dari pemohon dan menjalankan pemeriksaan mengikut Amalan Perkilangan Baik di premis pengilang dan diberi mandat untuk memantau Produk Kosmetik di pasaran. Pengguna perlu diberikan maklumat yang cukup dan lengkap untuk membuat pilihan yang bijak (informed choice) serta cara penggunaan yang betul. Apakah Produk Kosmetik? Bagaimana pemasar memastikan keselamatan sesuatu produk? Apa yang diperlukan oleh penguatkuasa untuk melaksanakan kawalan? Bagaimana kita dapat menentukan kesesuaian sesuatu bahan/ ingredient? Apakah ciri-ciri pelabelan yang berkesan? Mempercepatkan proses pelancaran sesuatu produk. Prosedur pengawalan yang mudah. Menghadkan berleluasanya produk-produk yang kurang berkualiti di pasaran. Merapatkan hubungan dengan Regulator. Mempercepatkan proses pelancaran sesuatu produk. Prosedur pengawalan yang mudah. Menghadkan berleluasanya produk-produk yang kurang berkualiti di pasaran. Merapatkan hubungan dengan Regulator. Mekanisme pengawalan yang mencukupi dan berkesan untuk kepentingan pengguna. Informasi yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti surveilans yang berkesan. Merapatkan hubungan dengan pihak industri.

DATO EISAH BINTI A. RAH- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=52&action=view&retrieveid=472#sthash.bBBuZbvy.dpufAmaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar "Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang"Tarikh: 11 Julai 2013 - 3:36pmKategori berita:Siaran AkhbarTarikh terbit:Isnin, 8 Julai 20131. Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakanPRODUK TIDAK BERDAFTARyang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama MAAJUN KUAT KHASIAT SAKIT PINGGANG.PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN2. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima sebanyak dua (2) laporan kesan advers yang melibatkan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang. Kesan-kesan advers yang dilaporkan ialah Cushings Syndrome, lemah otot dan kesan advers kulit yang serius Stevens Johnson Syndrome.3. Hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati produk ini disyaki mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label pada produk tersebut menyatakan bahawa ia berkhasiat untuk sakit-sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak-bengkak ringan, sakit pinggang dan lengu-lenguh seluruh badan. Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ianya hanya mengandungi ramuan semulajadi sahaja.PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL4. Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana ia perlu diambil dengan dos yang sesuai mengikut keadaan pesakit. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.5. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaucoma. Pesakit juga boleh mengalami Cushings Syndrome yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI6. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM7. Orang awam yang sedang menggunakan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang adalah dinasihatkan supayaSEGERAmendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual pada harga tidak munasabah dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.8. Pesakit yang mengidap penyakit kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.9. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidamatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel [email protected] menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.10. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawangwww.bpfk.gov.my.DATO EISAH BINTI ABDUL RAHMANPengarah Kanan Perkhidmatan FarmasiKementerian Kesihatan MalaysiaMengapaPerlu Menggunakan Ubat Berdaftar?Pengenalan

Salam sejahtera,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa Pendaftaran produk tertakluk kepada pematuhan pada peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 untuk mengelakkan pengeluaran dan pengedaran ubat-ubatan tiruan.Semua ubat-ubatan sama ada ubat farmaseutikal mahupun ubat tradisional perlu terlebih dahulu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ianya boleh diimport, dikilangkan atau dijual di Malaysia. Objektif pendaftaran produk adalah bagi memastikan semua produk farmaseutikal yang didaftarkan telah dinilai dari aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti, manakala produk tradisional dinilai dan diuji dari aspek keselamatan dan kualiti dengan tujuan utama bagi melindungi dan menjamin kesihatan rakyat.Terdapat perbezaan di antara ubat yang berdaftar dengan tidak berdaftar. Ubat berdaftaradalah ubat yang telah diluluskan oleh PBKD untuk dijual atau digunakan oleh pengguna di Malaysia. Ubat ini telah dinilai, diuji serta terbukti dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya.Ubat-ubatan yang tidak berdaftarsebaliknya tidak melalui proses penilaian dan pengujian sepertimana yang dinyatakan di atas. Dengan itu, penggunaan ubat-ubatan tersebut tidak terjamin dari aspek keselamatannya. Selain itu, ubat-ubatan tidak berdaftar juga mungkin mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Salam Ukhwah,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa pendaftaran dan penilaian terhadap produk ini perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam. / para pengguna. Di bawah ini saya akan berikan beberapa tips kepada pengguna bagi mengelakkan tertipu terhadap produk yang tidak berdaftar.Tips Kepada Pengguna Dapatkan ubat anda daripada sumber yang boleh dipercayai seperti farmasi, klinik dan juga hospital. Semak ketulenan nombor pendaftaran ubat dan label hologram meditag pada kotak ubat yang dibeli. Semak label terlebih dahulu sebelum membeli atau menggunakan sebarang ubat. Pastikan ubat-ubatan yang digunakan telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia.Berhati-hati dengan produk-produk kesihatan yang mempunyai tuntutan yang berlebihan seperti kencing manis, strok dan sebagainya. Dapatkan nasihat dan maklumat lanjut berkaitan ubat-ubatan daripada doktor atau ahli farmasi anda.

Salam sejahtera,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati jika sekiranya hendak membeli produk herba ini. Pastikan kesahihan produk ini dan betul-betul telh mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.Berikut saya sertakan tips bagi semakan pendaftaran baruPara pengguna boleh menyemak sama ada sesuatu produk itu berdaftar dengan PBKD melalui perkhidmatan Registered Products Search menerusi laman sesawang BPFK (www.bpfk.gov.my) seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah di bawah. Semakan melalui pangkalan data ini boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk, nombor pendaftaran produk, nama pemegang pendaftaran produk, nama bahan aktif ataupun nama pengilang produk.Oleh itu, sebagai pengguna, kita perlulah berhati-hati semasa hendak membeli produk herba atau kosmetik yang berlambak di pasaran.

Semakan Status Produk Yang Mengandungi Bahan TerlarangPengguna boleh melayari laman sesawangwww.pharmacy.gov.myuntuk menyemak produk berdaftar dan tidak berdaftar yang telah dikenal pasti mengandungi bahan terlarang.Nombor Pendaftaran Produk (Nombor 'MAL')Ubat-ubat yang telah didaftarkan akan diberikan nombor pendaftaran yang wajib dicetak pada label dan pembungkusan ubat tersebut. Nombor pendaftaran ini bermula dengan MAL (akronim untuk Malaysia) diikuti dengan lapan angka dan pada penghujungnya terdapat abjad/huruf yang menggambarkan kategori ubat tersebut. Contoh nombor pendaftaran adalah seperti yang diterangkan di bawah:-

Label HologramBagi memudahkan pengenalan ubat berdaftar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan pelekat label Hologram MeditagTM mulai 1 Mei 2005, selain daripada nombor pendaftaran produk pada setiap ubat berdaftar. Langkah ini merupakan satu lagi usaha proaktif pihak kementerian bagi meningkatkan keselamatan dan identiti produk serta dalam usaha mengesan dan membanteras ubat palsu, imitasi (counterfeit) dan juga produk tidak berdaftar. Pengguna boleh membuat pengesahan ketulenan pelekat hologram bagi produk yang dibeli dengan menggunakan alat dekoder yang telah dibekalkan dan terdapat di farmasi utama di seluruh negara. Alat ini diletakkan pada kaunter di premis farmasi tersebut agar senang digunakan oleh orang ramai untuk membuat pengesahan ketulenan produk yang dibeli seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Semakan Akhir:23 April 2014

Penulis:Azlina bt. Ismail

Akreditor:Norhayati bt. Musa

Penyemak:Mazlan bin Ismail

Aduan Pengguna Terhadap Kesan Sampingan Ubat-Ubatanhttp://www.youtube.com/watch?v=gsCwNS7ySD0P. Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din - Ubat (Do Re Mi OST)Adakah anda pernah mengalami kesan sampingan akibat pengambilan ubat?Apakah itu kesan sampingan ubat?Kesan sampingan atau kesan advers ubat merupakan simptom yang tidak diingini berlaku akibat penggunaan sesuatu ubat termasuk suplemen kesihatan, ubat tradisional dan kosmetik. Kesan sampingan adalah pelbagai. Sesetengah ubat mengakibatkan kesan sampingan yang ringan seperti kegatalan ringan pada kulit, loya dan muntah manakala kesan sampingan yang lebih serius seperti kerosakan hati dan kegagalan jantung juga boleh terjadi. Kesan sampingan boleh berlaku dalam tempoh masa yang singkat selepas pengambilan ubat-ubatan atau selepas penggunaan untuk jangka masa yang panjang.Mengapa kesan sampingan ubat perlu dilaporkan?Ubat-ubatan yang terdapat di Malaysia, termasuk yang dikelaskan sebagai suplemen kesihatan dan produk tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hanya ubat-ubatan farmaseutikal yang dinilai sebagai selamat, berkesan dan berkualiti, serta supplemen kesihatan dan produk tradisional yang selamat dan berkualiti sahaja akan didaftarkan.Walaupun ubat-ubatan telah dikaji dalam percubaan klinikal sebelum ianya didaftarkan, sesetengah kesan sampingan seperti yang jarang berlaku atau berlaku berikutan penggunaan jangka masa yang panjang hanya boleh dikesan selepas ubat-ubatan tersebut digunakan oleh populasi yang lebih besar. Melalui pelaporan kesan sampingan ubat, risiko keselamatan yang baru dan perubahan dalam kekerapan berlakunya sesuatu kesan sampingan dapat dikenalpasti. Di samping itu, penilaian terhadap nisbah antara kebaikan dan risiko ubat-ubatan juga dapat dilakukan.Dari segi undang-undang, di bawah Peraturan 28, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (r28 CDCR'84), pemegang pendaftaran atau sesiapa yang memiliki/menggunakan ubat-ubatan yang berdaftar perlu melaporkan kesan sampingan yang berlaku kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).Segala maklumat berkenaan dengan pelapor tidak akan didedahkan. Sekiranya pengguna mengalami kesan terapeutik yang tidak dijangka terutama dari pengambilan produk tradisional dan mengesyaki ia mengandungi bahan lain, maka laporan sewajarnya boleh dibuat dengan segera. Dalam kes ini, pelapor dinasihatkan supaya menghantar sampel produk bersama-sama dengan laporan tersebut.Bila kesan sampingan perlu dilaporkan dan bagaimana?Kesan sampingan perlu dilaporkan secepat mungkin terutamanya jika kesan sampingan tersebut mengganggu aktiviti harian ataupun melibatkan kesan yang serius, seperti menyebabkan kematian, mengancam nyawa, kemasukan ke hospital, kecacatan dan kecacatan kelahiran.Terdapat dua cara yang mudah untuk melaporkan kesan sampingan ubat-ubatan:Melaporkannya kepada pengamal perubatan atau Ahli Farmasi di mana ubat itu diperolehi.Melaporkan kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan yang bertempat di BPFK. Laporan boleh dibuat melalui telefon atau mengisi Borang Laporan Aduan Ubat-ubatan yang boleh diperolehi melalui laman sesawang BPFK,www.bpfk.gov.my, di bawah subseksyen MADRAC.Pelaporan kesan sampingan ubat-ubatan oleh pengguna adalah sangat penting bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemonitoran keselamatan ubat-ubatan kerana penentuan kadar berlakunya kesan sampingan untuk demografi tempatan dapat ditentukan agar langkah pencegahan sewajarnya dapat diambil.----------------------------------------Ubat bertukar racunOleh MEGAT LUTFI MEGAT [email protected] perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan________________________________________DEWASA ini penggunaan ubat-ubatan tradisional dan komplementari (TCM) semakin mendapat kepercayaan berikutan kerancakan aktiviti penyelidikan dan kecanggihan teknologi yang digunakan pengeluar.Ubat itu termasuk ubat tradisional Melayu dan Cina, selain rawatan ayurveda, homeopati dan akupuntur.Bagaimanapun, bukan semua produk yang dikatakan ubat itu boleh menyembuhkan penyakit. Malah, banyak kes berkaitan ubat tradisional dan alternatif sebelum ini didapati mendatangkan mudarat.Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 11,885 produk TCM telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) setakat ini.Namun, pada tahun lepas, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) menerima 127 laporan kesan mudarat akibat penggunaan produk tradisional termasuk yang didaftarkan dengan PBKD.UjianBPFK mengesan pelbagai produk tradisional yang dicemari dengan bahan terkawal atau racun berjadual seperti steroid, sibutramine (ubat langsing) dan sildenafil (ubat kuat lelaki).Bahan-bahan terkawal itu berfungsi untuk menahan kesakitan selain bertindak melangsingkan badan seseorang. Ia juga didakwa mampu menambah kekuatan tenaga batin lelaki dan wanita.Mengulas isu ini, Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis memberitahu, kebanyakan ubat tradisional dan alternatif tidak melalui fasa ujian klinikal bagi mengenal pasti produk tersebut selamat digunakan.Produk yang telah didaftarkan ini hanya melalui ujian keselamatan penting di BPFK seperti saringan steroid, logam berat dan bahan terlarang berdasarkan dakwaan khasiat oleh pengeluar atau pengedar.Dakwaan yang dinyatakan oleh pengeluar mungkin terhad kepada kajian ke atas haiwan, testimoni pengguna dan rujukan secara turun-temurun, katanya.Namun begitu, Razak menjelaskan tidak semua produk tradisional memberi kesan sampingan kepada pengguna.Sama seperti ubat-ubatan moden, ada yang memberi kesan sampingan dan ada yang tidak.Apa yang penting pengguna yang mengambil ubat ini perlu merujuk pakar perubatan terlebih dahulu, katanya.Beliau juga mengingatkan penghidap penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis bahawa rawatan moden dan tradisional hanya berfungsi untuk mengawal penyakit tersebut dan bukan memulihkannya.

JANGAN berhenti mengambil ubat-ubatan moden walaupun serasi dengan ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan________________________________________PakarKatanya lagi, pesakit tidak harus berhenti daripada mengambil ubat-ubatan moden walaupun mereka sedang mencuba rawatan alternatif.Ini kerana ubat-ubatan tersebut dapat membantu mengelakkan penyakit tersebut daripada melarat.Ubat moden mesti diambil walaupun ubat tradisional terbabit mula menunjukkan kesan positif, katanya.Ujarnya lagi, ini bagi menggelakkan sebarang interaksi bahaya antara ubat-ubatan.Ubat tradisional berfungsi pada bahagian tertentu dalam badan sama seperti ubatan moden.Jika saling berinteraksi, ia mungkin mendatangkan bahaya pada individu itu selain mendedahkan pengguna kepada penyakit seperti kerosakan buah pinggang, katanya.Razak menambah, status kesihatan dan penyakit sedia ada adalah faktor yang mempengaruhi keberkesanan ubat tradisional.Sentiasa rujuk pada label dan kandungan ubat tersebut. Jika ragu-ragu, beli ubat tersebut di farmasi berdaftar, katanya.Seorang pakar farmasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Aida Azlina Ali, berkata bukan semua orang perlu mengambil ubat-ubatan tradisional.Jika seseorang telah mengamalkan diet yang sempurna dan berkhasiat, tubuh mereka tidak memerlukan ubat tersebut.Ini kerana pengambilan ubat tradisional tanpa mengikut keperluan boleh bertukar menjadi toksik yang membahayakan tubuh, katanya.Beliau turut menasihatkan mereka yang ingin mengambil produk TCM supaya bertanya kepada pakar perubatan sebelum menggunakannya.Mungkin ubat itu berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Teliti dahulu kandungannya serta rujuklah pakar.Selain itu, jangan sekali-kali meninggalkan ubat moden kerana kebanyakan ubat sebegini telah menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum diluluskan, katanya.------------------------------------------------------------Bahan bahaya dalam ubat tradisionalKUALA LUMPUR 10 April - Kementerian Kesihatan telah mengesan produk ubat tradisional tempatan yang dipasarkan di luar negara mengandungi campuran bahan kimia berbahaya sehingga menjejaskan imej negara.Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan berkata, pihaknya telah menerima laporan dari luar negara mengenai campuran kandungan bahan kimia dalam rumusan herba ubat tradisional keluaran Malaysia."Tindakan pengusaha produk tradisional ini telah memberi imej negatif serta menjejaskan maruah negara di mata dunia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Berikutan tindakan itu, katanya, Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada pengusaha supaya jangan campur kandungan bahan kimia berbahaya dalam rumusan herba ubat tradisional bagi meningkatkan keberkesanan produk keluaran mereka.Katanya kementerian berkenaan telah melaksanakan sistem pendaftaran ubat-ubatan termasuk ubat tradisional bagi memastikan kandungannya hanya mengandungi bahan herba dan semulajadi sahaja.Bagaimanapun, biro itu berkata, masih terdapat ubat tradisional di pasaran yang mengandungi bahan berbahaya seperti sildenafil, tadalafil dan steroid.Menurut kenyataan itu, dari tahun 2006 hingga 2008, terdapat 17 produk untuk kesihatan lelaki, enam produk pelangsing badan, lima ubat batuk dan empat ubat sakit sendi yang mengandungi bahan campuran berbahaya."Perkara ini sangat serius kerana penggunaan ubat-ubatan ini berpotensi mengakibatkan kesan buruk kepada pengguna yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi atau mereka yang sedang menggunakan ubat-ubat lain," katanya.Katanya, kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat atau pengeluar termasuk membatalkan pendaftaran produk dan lesen pengilang di bawah Akta Jualan Dadah 1952. BERNAMA-----------------------------------------------------------------------------http://www.utusan.com.my/utusan/info.asphttp://www.myhealth.gov.my//aduan-pengguna-terhadap-kesan-http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asphttp://panduanpercuma.info//ubatan-herba-tradisional-berb/http://panduanpercuma.info//serai-mencegah-penyakit-kanser/Operasi gempur dan siasatan keatas barangan ubatan hospital dan tradisional herba di kedai luar berikutan banyak aduan dan dakwaan pengguna ianya mengandungi bahan berbahaya dan beracun akan dilaksanakan secara senyap dan pantas...pesanan sayang dan khidmat masyarakat drp. KOMANDER universal city hunter organization dan universal city hunter BEYOND team dan JUSTICE LEAGUEEmotikon wink

Top of FormSukaKomenKongsi

Tulis komen...Bottom of Form