sinopsis · web viewselain itu, melalui program seperti ini mahasiswa dapat mendekatkan diri...
TRANSCRIPT
Sinopsis
Festival Kesenian dan Kebudayaan Kolej Ungku Omar (FESKUO’14). Program
kebudayaan ini dicadangkan untuk dijalankan pada 1 Mac 2014. Menurut Kamus
Dewan, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah,
sistem, adat, dan lain -lain yang baru. Bersesuaian dengan hasrat kolej untuk
meningkatkan produktviti dari segi inovasi, pelbagai aktiviti yang sesuai telah
dirancang untuk dijalankan sepanjang program, dan dipercayai akan mampu
mencungkil bakat mahasiswa bukan sahaja daripada dalam UKM sendiri, tetapi
juga dari universiti-universiti luar. Selain itu, melalui program seperti ini
mahasiswa dapat mendekatkan diri unsur-unsur kesenian di samping membina
kemahiran insaniah dalam diri masing-masing.
Isi kandungan
ContentsSinopsis......................................................................................................................1
Isi kandungan.............................................................................................................2
Pengenalan.................................................................................................................3
Pernyataan masalah...................................................................................................6
Kaedah Penyelesaian.................................................................................................7
Perbincangan.............................................................................................................8
Hasil dan implikasi....................................................................................................9
Kesimpulan..............................................................................................................10
Lampiran..................................................................................................................11
Pengenalan
Sekretariat Kebudayaan Kolej ungku Omar adalah sebuah sekretariat yang telah
tertubuh di bawah Eksekutif Kebudayaan dan Warisan Kolej Ungku Omar.
Sepanjang penubuhannya, sekretariat ini lebih tertumpu kepada program-program
yang berkonsepkan kemasyarakatan, kebudayaan, latihan kendiri, aktiviti-aktiviti
berbentuk persembahan, dan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh
Pusat Kebudayaan UKM. Idea untuk menganjurkan festival ini bertujuan untuk
mengembalikan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi Kolej Ungku Omar tentang
nilai estetika dan keunikan seni warisan dan budaya yang terdapat di Malaysia di
samping menerapkan unsur perubahan dan pembaharuan. Unsur inovasi yang
diterapkan dalam festival kali ini diharapkan dapat memberi nafas baharu dalam
bidang kebudayaan dan kesenian.
MISI
Mencetuskan inovasi menerusi unsur-unsur kebudayaan dan kesenian di samping
membina kemahiran insaniah dalam diri para mahasiswa dan mahasiswi.
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang boleh mengeluarkan hasil pemikiran dan
kemampuan diri melalui aktiviti berunsurkan kebudayaan dan warisan.
Memberi pengetahuan mengenai keunikan seni warisan dan budaya
masyarakat Malaysia.
Mendedahkan mahasiswa dengan aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan.
Melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelektual
dan emosi.
OBJEKTIF
Supaya peserta dapat menghargai bakat dan seni bangsa tanpa mengira kaum dan
batas negara serta memupuk semangat bertanggungjawab terhadap kesihatan badan
dan minda melalui aktiviti yang sihat.
Bidang tugas sebagai Naib setiausaha
SEBELUM PROGRAM
Mendapatkan maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan
2. Berbincang dengan ahli jawatankuasa mengenai keperluan aktiviti.
3. Mengumpul maklumat mengenai program.
4. Membantu ahli jawatankuasa yang lain
5. Berbincang dengan ahli pihak yang terlibat tentang pelaksanaan
aktiviti yangakan dijalankan.
6. Berbincang dengan ahli jawatankuasa yang lain dengan aktiviti yang
akandijalankan
.7. Menyediakan surat lantikan ahli jawatankuasa
.8. Membantu setiausaha merangka kertas kerja.
9. Meminta pandangan dan nasihat dari pensyarah pembimbing.
10. Membantu setiausaha memperbaiki kertas kerja.
11. Membantu setiausaha menyiapkan kertas kerja.
12. Akan memangku jawatan dan tugas-tugas setiausaha semasa ketiadaanya.
SEMASA PROGRAM
1. Membantu ahli jawatan kuasa yang lain.
2. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar
Pernyataan masalah
Terdapat masalah yang dihadapi semasa menjalankan program kerana kurang pengalaman serta bimbingan . Masalah dalam berkomunikasi antara permasalahan yang ketara berlaku . Antara masalah lain
1) Kekurangan dana untuk melaksanakan projek
2) ) Peserta untuk pertandingan kurang mendapat sambutan
3) Ahli jawatankuasa kurang member komitmen terhadap tugas
4) Kelemahan dalam membuat aktiviti surat menyurat
5) Program Festival Keseniaan dan Kebudayaan kurang publisiti
Kaedah Penyelesaian
Semasa melaksanakan program tersebut pelbagai kaedah penyelesaian yang yang lakukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sebelum semasa program FESKUO berlangsung
Antara kaedah yang dilakukan apabila berdepan dengan masalah kewangan , semua ahli jawatankuasa bersama-sama bermesyuarat dan memberi idea dengan melakukan street marketing . Ada yang membuat street marketing ke syarikat –syarikat besar , kedai- kedai runcit serta orang ramai . Selain itu , beberapa daripada kami melakukan jamming di Pasar Seni sambil menjual baju , bookmark walaupon berhadapan dengan perasaan malu tetapi kami tetapi tetap komited dalam mendapatkan dana.
Masalah kerana kurang kemahiran menjadi naib setiausaha dalam aktiviti surat menyurat juga antara yang dikenal pasti . Dengan merujuk kepada ketua program serta bertanya kepada bekas setiausaha terdahulu telah member jalan penyelesaian dalam membuat aktiviti surat menyurat seperti contoh surat jemputan ke semua institusi pengajian sekitar Bangi dan Selangor.
Hebahan yang tidak menyeluruh juga menjadi masalah yang timbul. Justeru itu , hebahan besar – besaran di media sosial terutama di Facebook telah dilakukan oleh semua ahli jawatankuasa untuk menarik peserta untuk menyertai pertandingan yang dijalankan .
Perbincangan
Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat telah memberi pelbagai manfaat kepada pelajar dalam mengendali maklumat dan pembelajaran secra berterusan. Kebanyakan maklumat banyak mempengaruhi pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam diri mereka
Terdapat masalah yang berlaku semasa menjalankan program seperti kekurangan dana untuk melaksanakan projek ,peserta untuk pertandingan kurang mendapat sambutan ,ahli jawatankuasa kurang memberi komitmen terhadap tugas,kelemahan dalam membuat aktiviti surat menyurat program Festival Keseniaan dan Kebudayaan serta kurang publisiti.
Masalah tersebut diatasi dengan bersama-sama bermesyuarat dan memberi idea dengan melakukan street marketing . Ada yang membuat street marketing ke syarikat –syarikat besar , kedai- kedai runcit serta orang ramai . . Dengan merujuk kepada ketua program serta bertanya kepada bekas setiausaha terdahulu telah member jalan penyelesaian dalam membuat aktiviti surat menyurat seperti contoh surat jemputan ke semua institusi pengajian sekitar Bangi dan Selangor.
Hasil dan implikasi
Hasil yang dipelajari dalam HP Pembelajaran Sepanjang Hayat ini adalah dapat meningkat kemahiran dalam menguruskan masalah yang berlaku serta dapat meningkat kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.
Implikasi program ini telah banyak membantu saya dalam pembelajaran akan datang dalam mengatasi masalah yang berlaku . Impliasi ini member kesan yang positif dalam diri saya dan dapat dipraktikkan dalam program akan datang . Justeru itu HP ini sangat membantu saya dalam meningkatkan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.
Kesimpulan
Program FESKUO ini memberi kelebihan dalam melahirkan pelajar yang boleh mengeluarkan hasil pemikiran dan kemampuan diri dan juga melalui aktiviti berunsurkan kebudayaan dan warisan serta meningkatkan motivasi golongan mahasiswa/i untuk membentuk dan mengembangkan potensi kebolehan semul selain mendedahkan mahasiswa dengan aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan.
Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar. Festival Keseniaan dan Kebudayaan Kolej Ungku Omar 2014 (FESKUO’14) ini juga dapat memberi pengalaman baru terutamanya kepada ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program. Tambahan lagi, program ini juga telah mendapat pujian daripada semua pihak yang terlibat samaada secara langsung dan secara tidak langsung . Diharapkan agar program ini dapat meningkatkan lagi keyakinan dan kemahiran pelajar dalam menguruskan sesuatu program.
Lampiran
Mesyuarat bersama ahlijawatankuasa FESKUO
Persiapan FESKUO
Ahli jawatankuasa yang terlibat dalam FESKUO
Persiapan tempat untuk pertandingan berlangsung