program pemantapan prestasi tingkatan 5 …...kepentingan diri sendiri dan maksiat. 4. memiliki jiwa...

14
PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 SPM 2017 MODUL 1 SKEMA TASAWWUR ISLAM Kertas 2

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5

SPM 2017

MODUL 1

SKEMA TASAWWUR ISLAM

Kertas 2

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

2

SKEMA JAWAPAN MODUL 1 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2

1 (a) Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Uluhiyyah?. [ 2 markah ]

Uluhiyyahialah mengakui bahawa hanya Allah SWT. yang Esa/

yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

1x 2m = 2m

(ii)

Berikan dua perbezaan antara orang yang beragama dengan

orang yang tidak beragama.

[ 4 markah ]

Dua perbezaan antara orang yang beragama dengan orang yang

tidak beragama:

Beragama Tidak beragama

1. Sentiasa redha dengan

ketentuan daripada Allah

SWT.

Berasa keluh kesah, kecewa,

putus asa dan akhirnya

melakukan kemudharatan

kepada diri

2. Melakukan sesuatu dengan

ikhlas untuk memperoleh

ganjaran daripada Allah SWT.

Melakukan sesuatu untuk

kepentingan diri dan

mengharapkan pujian serta

sanjungan daripada

manusia.

3. Bersyukur dengan nikmat

yang dimiliki dengan cara

memanfaatkannya ke jalan

Allah SWT. seperti sedekah.

Ingkar dengan ketentuan

Allah SWT. Segala nikmat

yang dimiliki hanya untuk

kepentingan diri sendiri dan

maksiat.

4. Memiliki jiwa yang mantap

dan teguh di atas prinsip

kebenaran.

Mudah terpengaruh dengan

unsur-unsur yang

merosakkan.

5. Memiliki kesempurnaan

akhlak, menghormati rakan,

jiran dan tidak cinta akan

dunia.

Berakhlak buruk, suka

menimbulkan kekacauan

dan bermatlamatkan

kehidupan di dunia sahaja.

2x 2m = 4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

3

(b) Alam terbahagi kepada dua bahagian iaitu alam ghaib dan alam musyahadah.

(i) Nyatakan empat contoh alam ghaib. [ 4 markah ]

Empat contoh alam ghaib ialah:

i. Syurga v. Mizan

ii. Neraka vi.Pahala

iii. Hari Kiamat vii.Titian sirat

iv. Dosa

Jawapan munasabah diterima.

4x 1m = 4m

(ii) Terangkan tiga hikmah Allah SWT. merahsiakan alam ghaib. [6 markah ]

Tiga hikmah Allah SWT. merahsiakan alam ghaib :

i. Menunjukkan kekuasaan Allah SWT. (isi) yang

menjadikan seluruh alam ini dengan kehendakNya

(huraian)

ii. Menguji keimanan manusia (isi) kepada perkara ghaib

(huraian)

iii. Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia (isi) dengan

mengkaji perkara-perkara ghaib (huraian)

iv. Menilai sejauh mana ketaatan manusia (isi) kepada

perintah Allah SWT. (huraian)

v. Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan (isi) kepada

Allah SWT(huraian).

3x 2m = 6m

(c) Masyarakat kini mudah terpengaruh dengan fahaman anti hadis.

Pada pandangan anda, apakah implikasi yang akan berlaku sekiranya

masalah ini tidak dibendung?.

[ 4 markah ]

Contoh jawapan:

Berlakunya perpecahan ke atas umat Islam. (Isi)

Disebabkan perbezaan pendapat (Huraian)

Hal ini mengakibatkan masyarakat tidak bersatu padu. (Huraian

Lengkap).

Oleh itu, umat Islam perlu berpegang teguh dengan ajaran yang

dibawa oleh Rasulullah SAW. (Kesimpulan).

Isi : 1

markah

Huraian : 1

markah

Huraian

Lengkap : 1

markah

Kesimpulan

: 1 markah

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

4

2 (a) Waqi'iyyah bermaksud realiti.

(i) Nyatakandua prinsip waqi'iyyah. [ 4 markah ]

Dua prinsip waqi'iyyah:

i. Ajaran Islam bersifat praktikal bukan utopia

ii. Menyelesaikan masalah

iii. Menekankan kesederhanaan

iv. Positif terhadap pemikiran

2x 2m = 4m

(ii) Terangkan dua bukti yang menunjukkan waqi'iyyah dalam

ibadat.

[ 4 markah ]

Dua bukti yang menunjukkan waqi'iyyah dalam ibadat

ialah

i. Ibadat tidak membebankan dan menyusahkan manusia

(Isi) dilakukan mengikut kemampuan dan keadaan

seseorang (Huraian)

ii. Ibadat dalam Islam sesuai dengan fitrah manusia (Isi)

seperti diharuskan berbuka puasa sekiranya sakit

(huraian)

iii. Setiap amalan yang dilakukan akan diberi pembalasan

(Isi) samada di dunia atau di akhirat (Huraian)

2x 2m = 4m

(b) (i ) Nyatakan dua contoh konsep murunah. [ 2 markah ]

Dua contoh konsep murunah ialah:

i. Solat qasar dan jamak

ii. Solat ketika sakit

iii. Upah haji

Jawapan munasabah diterima

2x 1m = 2m

(ii) Jelaskan dua kebaikan sifat murunah yang terdapat dalam Islam. [ 4 markah ]

Tiga kebaikan sifat murunah yang terdapat dalam Islam ialah:

i. Menunjukkan sifat toleransi (Isi) yang tidak bertentangan

dengan ajaran Islam. (Huraian)

ii. Menarik minat orang bukan Islam untuk memahami ajaran

Islam (Isi) dengan lebih mendalam. (Huraian)

iii. Menggalakkan umat Islam melaksanakan perintah Allah (Isi)

dengan sempurna (Huraian)

iv. Memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya (Isi) di

dunia ini (Huraian).

2x 2m = 4m

(c) (i ) Berikan pengertian thabat. [ 2 markah ]

Thabat ialah ajaran Islam tetap, teguh dan tidak berubah dalam apa

jua keadaan.

2x 1m = 2m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

5

(ii) Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum

dan agama.

Bagaimanakah konsep waqi’iyyah dapat diaplikasikan dalam bidang

sosial?.

[ 4 markah ]

Tiada paksaan dalam memeluk Islam. (Isi). Hal ini kerana, setiap

individu berhak mengamalkan ajaran agama masing-masing.

(Huraian). Kesannya masyarakat dapat hidup dalam suasana harmoni.

(Huraian Lengkap)

Kesimpulannya, ajaran Islam mengamalkan kebebasan beragama

demi menjamin keamanan sesebuah negara.(Kesimpulan)

Isi : 1

markah

Huraian : 1

markah

Huraian

Lengkap : 1

markah

Kesimpulan

: 1 markah

3 (a) (i) Senaraikan empat elemen penting dalam pembentukan negara

Islam.

[ 4 markah ]

Empat elemen penting dalam pembentukan negara

Islam.

i. Wilayah

ii. Majlis Syura

iii. Ketua negara

iv. Pentadbiran dan penguatkuasaan

v. Badan kehakiman

vi. Undang-undang

vii. Rakyat

4x 1m = 4m

(ii) Jelaskan dua tanggungjawab khalifah dalam Islam. [ 4 markah ]

Dua tanggungjawab khalifah dalam Islam

i. Melaksanakan hukum syariat (Isi) tanpa mengira

masa dan tempat. (Huraian)

ii. Amar makruf dan nahi mungkar (Isi) daripada

terus berlaku (Huraian)

iii. Menjaga kedaulatan negara (Isi) daripada dijajah

oleh kuasa asing (Huraian)

iv. Melaksanakan undang-undang jenayah (Isi)

secara menyeluruh (Huraian)

v. Berjihad (Isi) menentang musuh Islam (Huraian)

vi. Mengagihkan harta negara kepada yang berhak

(Isi) secara telus (Huraian)

vii. Melantik orang-orang yang cekap untuk

membantu mentadbir negara (Isi) agar

2x 2m = 4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

6

pentadbiran berjalan lancar (Huraian)

viii. Mengawasi segala urusan (Isi) tanpa berlepas

tangan (Huraian)

ix. Memelihara dan memulihara alam (Isi) supaya

dapat memberi manfaat kepada seluruh makhluk.

x. Menggalakkan rakyat supaya membangunkan

diri masyarakat dan negara (Isi) demi mencapai

kemajuan (Huraian)

xi. Menjaga keharmonian dan perpaduan (Isi) demi

kesejahteraan bersama (Huraian)

(b) (i) Terangkan dua matlamat sistem kehakiman Islam. [ 4 markah ]

Dua matlamat sistem kehakiman Islam ialah:

i. Menegakkan keadilan (Isi) tanpa mengira kedudukan

dan taraf seseorang (Huraian).

ii. Menentang kezaliman (Isi) agar tidak menggugat

keamanan (Huraian)

iii. Membela yang dizalimi (Isi) untuk mengelakkan

penindasan (Huraian)

2x 2m = 4m

(ii) Nyatakan dua etika kehakiman Islam. [ 2 markah ]

Duaetika kehakiman Islam ialah:

i. Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak

ii. Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam tugasnya

iii. Tidak boleh menghakimi orang yang ada kepentingan

dengannya

iv. Tidak boleh mensabitkan kesalahan jika ada keraguan

2x 1m = 2m

(iii) Senaraikan dua ciri rakyat yang bertanggungjawab. [ 2 markah ]

Dua ciri rakyat yang bertanggungjawab ialah:

i. Menumpukan taat setia kepada negara

ii. Bekerjasama membanteras kemungkaran

iii. Bekerjasama mempertahankan negara

iv. Menuntut ilmu

v. Menghormati kebebasan beragama

vi. Melindungi pemimpin Islam

vii. Menasihati pemimpin

viii. Menjaga keamanan dan keharmonian hidup

bermasyarakat

2x 1m = 2m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

7

(c) Remaja adalah aset penting sesebuah negara. Namun begitu

sebilangan besar remaja hari ini terlibat dengan gejala sosial.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Bincangkan.

[ 4markah ]

Contoh jawapan:

Kurang didikan agama sejak kecil (Isi) kerana ibu bapa sibuk dengan

kejaya (Huraian). Kesannya mereka mudah terpengaruh dengan

gejala sosial seperti pergaulan bebas. (Huraian Lengkap) Oleh itu,

ibu bapa perlu menitikberatkan didikan agama yang sempurna kepada

anak-anak. (Kesimpulan)

Isi : 1

markah

Huraian : 1

markah

Huraian

Lengkap : 1

markah

Kesimpulan

: 1 markah

4 (a) Harta adalah amanah Allah SWT yang mesti diuruskan dengan

sempurna .

(i) Terangkan dua cara menguruskan harta secara Islam . [ 4 markah ]

Dua cara menguruskan harta secara Islam ialah :

- Menunaikan hak yang wajib terhadap harta (Isi) seperti

mengeluarkan zakat, memberi nafkah kepada ibu bapa dan

keluarga (Huraian).

- Melaksanakan tanggungjawab sosial yang dapat

mewujudkan perpaduan (Isi) seperti sedekah, derma dan

wakaf (Huraian).

- Memanfaatkan harta untuk kepentingan orang ramai (Isi)

seperti membina kemudahan awam (Huraian)

- Membelanjakan harta dengan berhemat (Isi) untuk

mengelakkan pembaziran (Huraian).

- Memelihara dan memulihara sumber alam (Isi) dengan baik

(Huraian).

- Sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan (Isi) untuk

dimanfaatkan ke arah kebaikan (Huraian).

2x2m = 4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

8

(ii) Jelaskan dua sebab Islam menggalakkan umatnya mencari

harta

[ 4 markah ]

Dua sebab Islam menggalakkan umatnya mencari harta :

- Memiliki harta merupakan fitrah manusia (Isi) yang

sukakan harta (Huraian).

- Harta digunakan untuk memenuhi keperluan diri dan

keluarga (Isi) seperti makanan dan pakaian (Huraian).

- Harta yang diperoleh digunakan untuk membantu golongan

yang memerlukan (Isi) seperti mengeluarkan zakat

(Huraian).

- Harta dapat mengurangkan kadar kemiskinan umat Islam

(Isi) dengan berwakaf atau sedekah (Huraian).

2x 2m = 4m

(b) (i) Nyatakan empat sumber harta yang diperolehi secara haram. [ 4 markah ]

Empat sumber harta yang haram :

- Harta yang diperolehi secara zalim seperti mencuri,

menipu, monopoli.

- Harta yang diperolehi dengan cara menindas seperti riba,

rasuah dan pecah amanah.

- Harta yang diperolehi melalui barangan haram seperti

menjual arak, dadah, khinzir dan berhala.

- Harta yang diperolehi melalui cara yang salah di sisi syarak

seperti menilik nasib, bekerja di tempat hiburan, disko dan

ceti haram

● Jawapan munasabah diterima contoh mencuri, menipu,

monopoli,manipulasi, riba, rasuah.

4x1m = 4m

(ii) Terangkan dua kesan memperoleh harta secara haram terhadap

individu

[ 4 markah ]

Dua kesan memperolehi harta secara haram terhadap individu :

- Harta yang dimiliki tidak diberkati (Isi) oleh Allah SWT

(Huraian).

- Hidup tidak tenang (Isi) kerana sering ditimpa masalah

(Huraian).

- Diri disisih oleh masyarakat (Isi)kerana dapat harta melalui

cara yang salah (Huraian).

2x2m = 4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

9

(c) Islam mengharamkan riba. Namun begitu terdapat sistem perbankan

yang masih mengamalkan riba dalam urus niaga mereka.

Sebagai pelanggan, bagaimanakah anda mengatasi masalah

ini?.Bincangkan.

[4 markah]

Contoh jawapan:

Saya akan memilih sistem perbankan Islam(Isi) yang menyediakan

pelbagai bentuk muamalah secara Islam (Huraian). Sebagai contoh

Al-Wadiah, Al-Murabahah dan lain-lain (Huraian Lengkap).

Kesimpulannya, kita hendaklah memilih sistem perbankan Islam

yang memenuhi kehendak syarak (Kesimpulan).

Isi : 1

markah

Huraian : 1

markah

Huraian

Lengkap : 1

markah

Kesimpulan :

1 markah

5 (a) Perundangan Islam diturunkan oleh Allah SWT. sebagai asas untuk

panduan umat Islam .

Jelaskan dua keistimewaan perundangan Islam. [ 4 markah ]

Dua keistimewaan perundangan Islam :

- Adil / memenuhi keperluan manusia / sesuai dengan fitrah

manusia.

- Datang dari Allah SWT. / bukan ciptaan manusia.

- Sesuai / dilaksanakan sepanjang zaman.

- Berbentuk pendidikan bukan balas dendam.

- Menjaga keselamatan harta, jiwa, nyawa, keturunan dan akal.

Jawapan munasabah diterima

2x2m = 4m

(b) Al-Quran dan al-hadis merupakan rujukan utama perundangan .

Terangkan dua sebab al-Quran dan al-hadis merupakan rujukan

utama perundangan Islam.

[ 4 markah ]

Dua sebab al-Quran dan al-hadis menjadi rujukan utama

perundangan Islam :

- Al-Quran dan Al-Hadis mempunyai kebenaran yang mutlak,

tidak dapat ditandingi oleh pakar-pakar bahasa dan sastera.

- Ajaran Al-Quran dan Al-Hadis sesuai diamalkan sepanjang masa

dan di setiap tempat.

- Al-Quran dan Al-Hadis merangkumi semua aspek kehidupan

manusia seperti akhlak, muamalah, munakahat dan lain-lain.

2x2m=4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

10

(c) (i) Apakah maksud hukum haram ? [ 2 markah ]

Hukum haram ialah larangan Allah SWT. yang mesti

ditinggalkan / jika ditinggalkan dapat pahala, jika dilakukan

mendapat dosa.

1x2m = 2m

(ii) Senaraikan dua contoh hukum haram ? [ 2 markah ]

o Berzina,

o mencuri,

o riba,

o derhaka ibu bapa,

o berjudi

jawapan munasabah diterima

2x1m =2m

(d) Ibadat yang berkualiti akan melahirkan individu yang berakhlak.

Jelaskan dua cara untuk meningkatkan kualiti dalam ibadat .

[ 4 markah ]

Dua cara meningkatkan kualiti ibadat :

- Mengingati Allah SWT semasa melakukan pekerjaan dengan

cara memulakan setiap pekerjaan dengan Basmalah.

- Meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan tentang sesuatu

ibadat contoh ilmu tentang solat.

- Mendampingi orang-orang yang berilmu supaya dapat

mendalami ilmu dari mereka.

- Melakukan ibadat secara berterusan (konsisten) tidak

terpengaruh dengan perkara-perkara negatif seperti tidak

menutup aurat.

- Mencukupi atau menyempurnakan rukun dan syarat.

- Mana-mana jawapan munasabah diterima.

2x2m =4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

11

(e) Bagi memastikan keturunan manusia tidak di cemari , beberapa

peraturan telah ditetapkan oleh syariat Islam.

Terangkan dua peraturan untuk menyelamatkan keturunan manusia

dari dicerobohi .

[ 4 markah ]

Dua peraturan untuk menyelamatkan keturunan manusia dari

dicerobohi :

- Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan keturunan

manusia seperti zina, liwat, homoseks dan lesbian.

- Mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan

manusia yang sempurna dan suci.

- Menjatuhkan hukuman sebat atau hukuman rejam kepada orang

yang berzina

2x2m=4m

6 (a) Islam telah menggariskan beberapa cara dalam menyelesaikan

pelbagai masalah dalam kehidupan .

(i) Huraikan dua langkah menyelesaikan masalah menurut Islam [ 4 markah ]

Dua langkah menyelesaikan masalah menurut Islam ialah :

- Mengenal pasti setiap masalah yang berlaku.

- Mengenal pasti punca masalah secara terperinci dan

menyeluruh.

- Mengenal pasti kaedah dan strategi untuk menyelesaikan

masalah.

- Menguji dan mengaplikasikan kaedah penyelesaian

masalah.

- Melakukan penilaian semula.

2x2m=4m

(ii) Berdoa adalah antara amalan yang dapat menyelesaikan

masalah .Senaraikan empat adab berdoa mengikut Islam.

[ 4 markah ]

Adab-adab berdoa :

- Berdoa dengan ikhlas.

- Dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan hadas besar.

- Khusyuk dan tenang

- Mengadap kiblat

4x1m = 4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

12

- Melunakkan suara.

- Memulakan dengan memuji Allah dan mengakhiri dengan

selawat.

- Berdoa dengan sepenuh hati.

(b) Jelaskan tiga matlamat penyelesaian masalah terhadap

masyarakat menurut Islam .

[ 6 markah ]

Tiga matlamat penyelesaian masalah terhadap masyarakat :

- Menegakkan keadilan tanpa mengira pangkat dan

kedudukan.

- Melahirkan semangat kerjasama dan perpaduan tanpa

mengira kaum.

- Hidup dengan aman dan selesa.

3x2m = 6m

(c) Tingkah laku tidak menghormati guru masih lagi berlaku di

sekolah .

Huraikan tiga cara yang boleh anda lakukan untuk membantu

menangani masalah tersebut.

[ 6 markah ]

Tiga cara yang boleh dilakukan untuk membantu menangani

masalah tersebut :

- Melaporkan kejadian tersebut kepada pihak pentadbiran

sekolah supaya diambil tindakan.

- Menasihati rakan yang bersikap biadab supaya mereka

sedar akan perbuatan tersebut.

- Sebagai seorang pelajar hendaklah menjadi contoh teladan

yang baik kepada rakan yang lain.

3x2m = 6m

7 (a) ‘Jati diri ummah bermaksud memiliki daya kreativiti dalam

memantapkan kehidupan berwawasan’.

Terangkan tiga cara mewujudkan jati diri . [ 6 markah ]

Tiga cara mewujudkan jati diri ummah : 3x2m=6m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

13

- Melalui penguasaan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

- Melalui perancangan yang kemas dan rapi ketika menyiapkan

tugasan.

- Melalui penggunaan sumber tenaga yang baik dan berkesan

(b) Nyatakan dua kepentingan semangat juang dalam kehidupan

seseorang bagi melahirkan muslim yang berakhlak dan beriman.

[ 4 markah ]

Dua kepentingan semangat juang dalam kehidupan seseorang

muslim yang beriman.

- Sentiasa memperbaiki kelemahan diri untuk mencapai kejayaan

- Bermotivasi dan tidak mudah putus asa apabila ditimpa

masalah.

- Berdisiplin tinggi dalam apa jua keadaan

- Berkeyakinan diri dalam menghadapi cabaran

2x2m = 4m

(c) Perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat semakin

parah.

Jelaskan tiga cara untuk menangani masalah ini ?

[ 6 markah ]

Tiga cara untuk menangani perpecahan dan persengketaan dalam

masyarakat :

- memupuk semangat bekerjasama dan toleransi antara satu sama

lain

- menghindari sikap mementingkan diri sendiri seperti tidak

bertegur sapa

- merujuk al-quran dan hadis jika timbul perselisihan faham

- menghayati nilai murni dalam kehidupan seharian

3x2m = 6m

(d) Penyelesaian masalah secara Islam dan konvensional mempunyai

perbezaan yang ketara .

Terangkan dua perbezaan antara penyelesaian masalah menurut

Islam dan konvensional .

[ 4 markah ]

Perbezaan penyelesaian masalah secara Islam dengan konvensional.

2x2m =4m

5226/2 © Hak Cipta MPSM Kedah 2017 [ SULIT

14

Cara Islam Cara konvensional

1. Sumber utama penyelesaian

masalah daripada Allah

SWT. iaitu al-Quan dan

hadis.

Sumbernya berasaskan

kefahaman rasional

manusia.

2. Matlamat unuk dunia dan

akhirat

Bersifat keduniaan dan

sementara

3. Dapat menambahkan

keyakinan dan ketakwaan

kepada Allah SWT.

Menjauhkan diri daripada

rahmat Allah SWT.

4. Berteraskan nilai-nilai

akhlak yang murni

Lebih berteraskan kepada

sentimen dan emosi

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT