silat cekak 2

Upload: kamalia89

Post on 06-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 silat cekak 2

    1/6

    KERJA KERSUS SILAT CEKAK 2

    (UKK 2241)

    TUGASAN B (KUMPULAN)

    TENAGA PENGAJAR:

    KUMPULAN: A

    Nama No. matrik Sem. Program No. Tel

    Nurfadhilah Binti Mohd. Doom D20091034884 3 Fizik 0145156658

    Ayu Diana Binti Mohd. Ibrahim D20091034891 3 Fizik 0195293088

    Zulaiha Binti Abd Latip D20091034892 3 Fizik 0134429719

    Nurhafiza Binti Md Disa D20091034893 3 Fizik 0135936477

    Azrina Binti Awang Besar D20091034894 3 Fizik 0134262580

    Nadia binti Abu Daha D20091034901 3 Fizik 0135906065

    Hamirah Binti Samsudin D20091034903 3 Fizik 0134522448

    Fatin Nadia Binti Che Ramlee D20091034917 3 Fizik 0136289170

    Noor Fatinah Binti Md Nor@Ab Rahim D20091034918 3 Fizik 0139658549

    Norkamaliah Binti Osman@Mohd

    Nordin

    D20091035111 3 Sains 0137067371

  • 8/3/2019 silat cekak 2

    2/6

    BUAH JATUH

    Peringkat jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah

    mahir membuat buah- buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah- buah jatuh.

    Pada peringkat ini setiap buah akan diajar hingga sempurna termasuk teknik- teknik pemakan

    dan kuncian.

    Buah Pertama

    Pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran

    terakhir.

    Buah Keputusan Gayung Patani Pecahan Pertama

    Satu untuk bertindak terhadap penyerang yang menarik balik penumbuk untuk mengubah ke

    cara serangan yang lain. Ini akan mengakibatkan penyerang akan dijatuhkan, dikunci pelipat

    dan tangannya serta khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir.

    Buah Keputusan Gayung Patani Pecahan Kedua

    Pecahan kedua pula digunakan sekiranya musuh melangkah kehadapan untuk menyerang

    semula dengan menggunakan kaki. Akibatnya penyerang akan dikunci pelipatnya.

    Buah Keptutsan Gayung Patani Pecahan Ketiga

    Pecahan ketiga pula digunakan untuk menangkis musuh apabila musuh menggunakan kaki

    untuk menyepak rusuk atau paha pengamal. Akibatnya kaki penyerang akan dikunci dengan

    tangan dicelah kangkangnya dan pelipat kaki yang satu lagi dikunci rapat ke bumi.

  • 8/3/2019 silat cekak 2

    3/6

    Buah Keputusan Gayung Patani Pecahan Keempat

    Pecahan keempat pula untuk penyerang yang cuba turunkan badan kebawah dengan niat

    untuk menyepak kaki pengamal. Akibatnya pelipat kaki dan tangan akan dikunci rapat.

    Sebagai kesimpulan keputusan buah gayung patani ini ialah untuk membuat pukulan dan

    kuncian pada gerakan kedua penyerang. Penyudahnya mengikut rentak lanjut pergerakan

    kedua penyerang tersebut.

    Buah Keputusan Sendeng Atas

    Buah yang dapat memeranjatkan penyerang dengan tangan dan rusuk menjadi sasaran.

    Matlamat terakhirnya ialah mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi.

    Buah Kilas Belakang

    Buah yang dapat menjatuh dan mengunci sehingga hilang pertimbangan dan tidak dapat

    bergerak.

    Buah Kilas Hadapan

    Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan tangan dari bawah termasuk layangan

    kerambit dan menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke bawah. Buah ini akan

    mengakibatkan tangan penyerang dikunci berserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya

    ialah dada dan muka.

  • 8/3/2019 silat cekak 2

    4/6

    Buah Kidong Kiri

    Buah yang dapat digunakan teristimewa untuk menangkis serangan secara simbat, dengan

    tangan dan kaki penyerang dikunci rapat.

    Buah Kuntau Jatuh

    Buah yang dapat menjatuhkan penyerang secara cepat dengan kakinya dikunci kemas.

    Sasaran terakhirnya ialah nyawa penyerang.

    Buah Kuntau Kiri

    Buah pantas yang dapat mengunci kaki dan tangan penyerang rapat ke bumi dengan cepat.

    Sasaran terakhirnya ialah membuat penyerang memakan pasir.

    Buah Kuntau Kiri Gantung

    Buah yang akan menyebabkan keseimbangan lawan tergugat secara memeranjatkan. Kaki

    penyerang akan terkunci dan pemkan terakhirnya ialah tengkok penyerang.

    Buah Kuntau Kanan Gantung

    Penyerang akan dikunci kakinya dengan kemas dan buah ini dapat mencabutkan kedua-dua

    sendi lengan penyerang.

    Buah Hentak

    Kaedah mudah yang dapat menjatuh dan mangunci rapat penyerang ke bumi dengan tiba-tiba.

    Pemakan terakhirnya ialah penyawa, dada dan muka.

  • 8/3/2019 silat cekak 2

    5/6

    Buah Ali Patah Atas

    Buah ini dapat mengunci kedua-dua tangan penyerang dengan sebelah tangan pengamal

    sahaja, manakala kaki penyerang akan terkunci rapat ke bumi. Penekanan terakhirnya ialah

    rusuk muda.

    Buah Ali Patah Sudah

    Kedua-dua pecahan ali patah sudah ini akan menyebabkan leher lawan terkunci. Ia hanya

    akan sudah dengan khalkum penyerang terjurat akibat henjutan mudah.

    Buah Selendang

    Buah ini akan menyelendangkan tangan penyerang secara kemas. Pemakannya yang terakhirialah dada penyerang dan pematahan siku.

    Buah Gari Pecahan Pertama

    Leher penyerang akan dikunci kemas berserta dengan tangannya sekali. Kemudian diturunkan

    ke bumi dengan tangan masih terkunci. Pemakan yang terakhir ialah leher penyerang.

    Buah Gari Gunting

    Kaedah yang dapat mengacip leher penyerang dengan menggunakan kombinasi kaki dan

    tangan pengamal. Tangan penyerang juga dapat dikunci kemas.

    Buah Paras Pecahan Pertama

    Tamparan dan tetakan yang akan menyebabkan penyerang terperanjat dan hilang ingatan

    seketika. Tangan musuh dikunci dan siku pengamal menekan leher penyerang menyebabkan

    kesakitan yang amat sangat.

    Buah Paras Pecahan Kedua

    Buah ini dapat membuatkan penyerang hilang ingatan seketika. Ia mempunyai kuncian

    menyeluruh yang kemas dan seluruh anggota penyerang tidak dapat bergerak.

  • 8/3/2019 silat cekak 2

    6/6

    Buah Paras Pecahan Ketiga

    Buah ini juga akan menyebabkan penyerang hilang ingatan seketika. Tangan penyerang akan

    dikunci dengan menggunakan kaki, menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Sasaran

    terakhir akan dapat mematahkan sendi tangan penyerang.

    Buah Keputusan Pasung Kemanga

    Tamparan yang terdapat dalam kaedah buah ini akan menyebabkan penyerang terperanjat dan

    jika bersenjata akan terlepas senjatanya. Tangan dan kaki penyerang akan dikunci kemas

    seolah-olah dipasung dan tidak dapat bergerak lagi. Pukulan terakhir ialah di leher penyerang.

    Buah Keputusan Terlak

    Buah ini sangat sesuai untuk menangkis serangan tangan kosong atau senjata pendek yang

    dilakukan secara tikaman dari luar. Ia mempunyai kaedah kuncian tangan yang istimewa,

    tangan penyerang akan dikunci yang kedudukannya akan menyebabkan seluruh anggotanya

    tidak dapat bergerak. tangan penyerang juga boleh dipatahkan.

    Buah Keputusan Lintau

    Buah ini mempunyai kaedah tamparan yang akan memeranjatkan dan menggoyahkan badan

    penyerang. Sasaran pukulan terakhirnya ialah perut dan leher penyerang.

    Buah Hempok

    Istimewa untuk menghadapi musuh yang ditujukan ke bahagian kepala, badan musuh akan

    dijatuhkan terlangkup. Manakala kaki dan tangan dikunci kemas.