sifat pengetua

4
Sifat-sifat Kepengetuaan dan Guru Besar Seseorang pengetua dan guru besar perlu memiliki suatu kualiti yang p dirinya supaya bukan sahaja dapat mentadbir dan mengurus sekolah dengan baik malah be dalam meningkatkan profesionalisme guru. Kejayaan pengetua dan guru besar dalam pengu dan pentadbiran sekolah bukan hanya bergantung terhadap kebijaksanaannya mala pengetua dan guru besar terhadap guru, kakitangan sokongan sekolah, pelajar, masyarak juga segala perkara di sekelilingnya. Terdapat enam sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seor pengetua dan guru besar supaya berupaya meningkatkan profesionalisme guru-guru di sek Pengetua dan guru besar yang mengetuai kepemimpinan sekolah perlu mempunyai sif kepimpinan yang berkesan. Ini kerana, seorang pengetua dan guru besar yang dapat melahirkan bukan sahajaguru yang berkesanyang mana secaratidaklangsung meningkatkan tahap profesionalisme para guru di sekolahnya malah juga dapat pelajar yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan yang ada pada seorang penge besar mampu untuk mendorong dan mempengaruhi orang lain dalam usaha ke arah pencapaia sesuatu objektif sekolah atau suatu program yang di jalankan di sekolah. Pengetua dan guru besar yang bagus juga perlu membimbing guru-guru di bawahnya arah hala tuju pendidikan yang betul. Bimbingan ini berkait rapat dengan sifat penget besar yang mana memerlukan sifat kepimpinan yang berkesan. Hal ini adalah daya kepimpinan yang tinggi seseorang pengetua dan guru besar itu mampu untuk memaink perananyang penting dalam menyelesaikan suatumasalah dan bukanlahhanya mencari kesalahan guru-guru bawahannya tanpa mencari jalan penyelesaian yang berkesan.

Upload: siti-ida-madiha

Post on 21-Jul-2015

88 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sifat-sifat Kepengetuaan dan Guru Besar

Seseorang pengetua dan guru besar perlu memiliki suatu kualiti yang perlu ada dalam dirinya supaya bukan sahaja dapat mentadbir dan mengurus sekolah dengan baik malah berjaya dalam meningkatkan profesionalisme guru. Kejayaan pengetua dan guru besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah bukan hanya bergantung terhadap kebijaksanaannya malah kepekaan pengetua dan guru besar terhadap guru, kakitangan sokongan sekolah, pelajar, masyarakat dan juga segala perkara di sekelilingnya. Terdapat enam sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang pengetua dan guru besar supaya berupaya meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah. Pengetua dan guru besar yang mengetuai kepemimpinan sekolah perlu mempunyai sifat kepimpinan yang berkesan. Ini kerana, seorang pengetua dan guru besar yang berkesan akan dapat melahirkan bukan sahaja guru yang berkesan yang mana secara tidak langsung meningkatkan tahap profesionalisme para guru di sekolahnya malah juga dapat membentuk pelajar yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan yang ada pada seorang pengetua dan guru besar mampu untuk mendorong dan mempengaruhi orang lain dalam usaha ke arah pencapaian sesuatu objektif sekolah atau suatu program yang di jalankan di sekolah. Pengetua dan guru besar yang bagus juga perlu membimbing guru-guru di bawahnya ke arah hala tuju pendidikan yang betul. Bimbingan ini berkait rapat dengan sifat pengetua dan guru besar yang mana memerlukan sifat kepimpinan yang berkesan. Hal ini adalah kerana, dengan daya kepimpinan yang tinggi seseorang pengetua dan guru besar itu mampu untuk memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan suatu masalah dan bukanlah hanya mencari kesalahan guru-guru bawahannya tanpa mencari jalan penyelesaian yang berkesan.

Sifat pengetua yang mengutamakan kepimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan kepimpinan seorang pengetua dan guru besar di sesebuah sekolah di bawah pengurusan dan pentadbirannya. Pengetua dan guru besar yang mengamalkan demokrasi akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada guru-guru dan staf-staf bawahannya. Mereka pada masa yang sama turut melibatkan diri dan membuka ruang kepada guru-guru lain untuk menyatakan pendapat masing-masing. Sumbangan yang diperoleh daripada corak kepimpinan demokratik adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih berkualiti berbanding dengan suatu keputusan di bawah kepimpinan yang bersifat autokratik yang mana kebiasaannya membuat keputusan secara bersendirian tanpa mengambil kira pandangan orang-orang bawahannya. Lazimnya, seorang pengetua dan guru besar yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah di damping oleh guru. Sifat seterusnya yang perlu ada pada seorang pengetua dan guru besar adalah menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sifat menghargai tugas ini bukan hanya terhad kepada guru bahkan kepada semua staf sokongan sekolah yang banyak bertindak dalam pentadbiran sekolah dan juga pengurusan kawasan sekolah seperti kerani, pembantu am dan juga tukang kebun sekolah. Sebagai seorang pengetua dan guru besar yang demokratik, beliau juga perlu mampu untuk mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Pengetua dan guru besar merupakan sumber kepada kakitangan bawahan ini untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, pengetua dan guru besar hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minta terhadap guru-guru dan kakitangan lain supaya dapat menyumbangkan

tenaga dan idea dari semasa dan semasa. Dalam konteks ini, pengetua dan guru besar itu perlu mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Pengetua dan guru besar juga perlu menunjukkan sifat sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka dan seorang yang peramah. Beliau juga perlu menunjukkan wajah yang sentiasa menyenangkan guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain. Maka, dari situ ia dapat membentuk budaya kerja dan persekitaran sekolah yang ceria. Komunikasi yang terbuka ini merujuk kepada komunikasi yang berlaku dua hala tanpa ada perasaan ego dan juga tidak menekankan kepada sifat autokratik. Apa yang penting terhadap pengetua dan guru besar adalah dengan menggunakan saluran demokrasi secara terpimpin kerana demokrasi tanpa batasan akhirnya akan membawa kepada kepimpinan Laissez-faire. Teori kepimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa autonomi kepada orang bawahan. Seperti di sekolah, guru dan kakitangan lain mempunyai ruang yang amat bebas untuk membuat keputusan. Sekiranya ini terjadi, sistem pentadbiran sekolah dan juga suasananya akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamatnya lagi.

Melalui beberapa huraian ringkas ini, adalah benar apabila menampakkan kepada kita bahawa, pengetua dan guru besar adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Seandainya, pengetua dan guru besar sudah tidak mempunyai kredibiliti dan karisma yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam suasana yang pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu segalagalanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa saling mentaati dan saling menghargai di antara satu sama lain. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan

dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.