sidang redaksi fm mengucapkan.. - · pdf filekemasukan markah peperiksaan akhir se- ... pada...

2
Berita & Makluman Al-fatihah. Takziah diucapkan kepada PM. Dr. Robiah Adnan di atas pemergian ayahanda beliau pada 15 Mei 2016. Semoga roh allah- yarham ditempatkan di kalangan roh para solihin. Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr. Nur Arina Bazilah Aziz di atas kelahiran cahaya- mata lelaki yang merupakan anak ke-5 beliau pada 5 Jun 2016. Turut dikurniakan cahayamata ialah Dr. Zaiton Mat Isa yang telah selamat me- lahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Jun 2016. Mabrouk! Kemasukan Markah Peperiksaan Akhir Se- mester II 2015/2016. Tarikh akhir kemasukan markah bagi Kursus Sarjana Muda ke dalam sistem AIMS adalah pada 27 Jun 2016 manakala tarikh akhir kema- sukan markah bagi Postgraduate ke dalam sistem GSMS adalah pada 2 Julai 2016. Selamat menan- da! Slide In Staf. Pihak pengurusan Universiti memandang serius rekod kehadiran staf utk kepentingan dan keper- luan berikut: 1. Pengesahan jawatan 2. Kenaikan pangkat 3. Markah prestasi e-LPPT/e-LNPT Mulai 1 Jun 2016, sekiranya rekod kehadiran staf berstatus DLTA (Datang Lambat Tanpa Alasan), staf diwajibkan mengisi borang penjelasan hadir lewat. Diwajibkan kepada staf bukan akademik. Kepada staf akademik, rekod kehadiran yang berstatus tiada rekod mulai 1 Jun 2016 akan dipanjangkan kepada Dekan. Perhimpunan Bulanan (Jun) Bersama NC akan diadakan pada 13 Jun 2016 di Dewan Senat & Dewan Bankuet UTMJB pada jam 8.00 pagi. Lantikan Ahli Task Force. Task force Program Jamuan Raya 1437H JSM. Tarikh kuatkuasa: 31 Mei 2016. Staf terlibat: Dr. Mohd Ariff Admon (Pengerusi), PM. Dr. Shari- dan Shafie (Pen. Pengerusi), Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah, En. Wan Rohaizad Wan Ibrahim, En. Mohd Fauzi Md. Arif dan Pn. Zari- na Mohamed. Geran Penyelidikan. Geran Dana Pem- bangunan Pengajaran (GUP DPP) 2016 telah dibuka bermula 30 Mei 2016 sehingga 15 Jun 2016. Permohonan perlu dibuat secara online melalui sistem RADIS (https://radis.utm.my) selewat-lewatnya pada 15 Jun 2016. GUP DPP adalah dana yang membiayai staf akademik melakukan aktiviti penyelidikan dan pem- bangunan yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kuali- ti proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di UTM. FM16.06 12 Jun 2016 JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS Shazirawati (Ketua Editor) Tok Itam Taufiq Khairi Anati Mohd Fauzi Zarina Sidang Redaksi We’re on the web! hp://science.utm.my/ mathemacs/fm SIRI 20/97/724 Program Pembiayaan Kos Jamuan Berbuka Puasa 1437H Masjid UTM. Seperti biasa, Pusat Islam UTM akan mengada- kan Majlis Berbuka Puasa sepanjang bulan Ramadan 1437H, bertempat di MSI untuk seramai 1000-1500 orang jemaah yang terdiri daripada mahasiswa, staf UTM dan masyarakat setempat. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin me- nyumbang, bolehlah berbuat demikian dengan memberikan sumbangan tersebut kepada wakil JSM seperti berikut: 1. En. Muhammad Fauzee Hamdan 2. Dr. Mohd Ariff Admon 3. Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah Jika anda mempunyai sebarang berita atau heba- han yang ingin dikongsikan, sila emelkan kepada: [email protected] [email protected] Terima kasih. Sidang redaksi FM mengucapkan.. kepada semua staf dan mahasiswa.. Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2016 Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM yang berlangsung pada 31 Mei 2016 di Dewan Sultan Iskandar, UTM JB. Staf yang menerima anugerah adalah: Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd Aziz, Dr. Arifah Bahar, Dr. Fong Wan Heng, PM Dr. Sharidan Shafie, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Dr. Syarifah Zyurina Nordin, Dr. Mohd Ariff Admon dan En. Zulfauzi Zakaria. Liga Ilmu Ramadan Pusat Islam UTM. Di sepanjang bulan Ramadan, semua Program Membudayakan Al-Quran akan digantikan dengan Program Liga Ilmu Ramadan anjuran Pusat Islam UTM. Berikut merupakan senarai program sepan- jang bulan: 9 Jun 2016: Ramadan Bulan Keberkatan. Penceramah: Dr. Abd. Rahman Hamzah (Timb. Pengarah PIUTM) 16 Jun 2016: Produktiviti Berkualiti, Keluarga Lestari. Ahli Panel: PM. Dr. Syarifah Hayaati Syed Ismail (Pensyarah UM), PM. Dr. Ajmain Safar (Pensyarah FTI UTM), PM. Dr. Karim De- raman (Pensyarah FS UTM) dan PM. Dr. Aminuddin Ruskam (UTM) sebagai moderator. 23 Jun 2016: Meraih Berkat Dengan Berzakat. Penceramah: Ustaz Hj. Yosree Ikhsan (MAINJ). 30 Jun 2016: Lailatul Qadar Satu Pencarian. Penceramah: PM. Dr. Hj. Mohd Ismail Mustari (Pensyarah FTI UTM). Tadarus Al-Quran JSM. Program Tadarus Al-Quran di JSM berlangsung di sepanjang bulan Ramadan bermula 9 Jun 2016 dan dijadualkan berakhir pada 26 Jun 2016. Pada tahun ini, kita mendapat penyertaan daripada beberapa orang staf lelaki. Program diketuai oleh PM. Hazimah.

Upload: doankiet

Post on 03-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sidang redaksi FM mengucapkan.. -   · PDF fileKemasukan Markah Peperiksaan Akhir Se- ... Pada tahun ini, ... seminar dimulai dengan ucapan aluan dari ketua kumpulan AAAG,

Ber ita & Makluman

Al-fatihah. Takziah diucapkan kepada PM.

Dr. Robiah Adnan di atas pemergian ayahanda

beliau pada 15 Mei 2016. Semoga roh allah-

yarham ditempatkan di kalangan roh para solihin.

Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr .

Nur Arina Bazilah Aziz di atas kelahiran cahaya-

mata lelaki yang merupakan anak ke-5 beliau

pada 5 Jun 2016. Turut dikurniakan cahayamata

ialah Dr. Zaiton Mat Isa yang telah selamat me-

lahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Jun 2016.

Mabrouk!

Kemasukan Markah Peperiksaan Akhir Se-

mester II 2015/2016.

Tarikh akhir kemasukan markah bagi Kursus

Sarjana Muda ke dalam sistem AIMS adalah pada

27 Jun 2016 manakala tar ikh akhir kema-

sukan markah bagi Postgraduate ke dalam sistem

GSMS adalah pada 2 Julai 2016. Selamat menan-

da!

Slide In Staf.

Pihak pengurusan Universiti memandang serius

rekod kehadiran staf utk kepentingan dan keper-

luan berikut:

1. Pengesahan jawatan

2. Kenaikan pangkat

3. Markah prestasi e-LPPT/e-LNPT

Mulai 1 Jun 2016, sekiranya rekod kehadiran staf

berstatus DLTA (Datang Lambat Tanpa Alasan),

staf diwajibkan mengisi borang penjelasan hadir

lewat. Diwajibkan kepada staf bukan akademik.

Kepada staf akademik, rekod kehadiran yang

berstatus tiada rekod mulai 1 Jun 2016 akan

dipanjangkan kepada Dekan.

Perhimpunan Bulanan (Jun) Bersama NC

akan diadakan pada 13 Jun 2016 di Dewan Senat

& Dewan Bankuet UTMJB pada jam 8.00 pagi.

Lantikan Ahli Task Force.

Task force Program Jamuan Raya 1437H JSM.

Tarikh kuatkuasa: 31 Mei 2016. Staf terlibat: Dr.

Mohd Ariff Admon (Pengerusi), PM. Dr. Shari-

dan Shafie (Pen. Pengerusi), Dr. Nor Muhainiah

Mohd Ali, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Pn. Wan

Rukaida Wan Abdullah, En. Wan Rohaizad Wan

Ibrahim, En. Mohd Fauzi Md. Arif dan Pn. Zari-

na Mohamed.

Geran Penyelidikan. Geran Dana Pem-

bangunan Pengajaran (GUP DPP) 2016 telah

dibuka bermula 30 Mei 2016 sehingga 15 Jun

2016. Permohonan perlu dibuat secara online

melalui sistem RADIS (https://radis.utm.my)

selewat-lewatnya pada 15 Jun 2016. GUP DPP

adalah dana yang membiayai staf akademik

melakukan aktiviti penyelidikan dan pem-

bangunan yang menyumbang kepada kreativiti

dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kuali-

ti proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di

UTM.

FM16.06

12 Jun 2016

JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS

Shazirawati (Ketua Editor)

Tok Itam

Taufiq Khairi

Anati

Mohd Fauzi

Zarina

Sidang Redaksi

We’re on the web!

http://science.utm.my/mathematics/fm

SIRI 20/97/724

Program

Pembiayaan Kos

Jamuan Berbuka

Puasa 1437H Masjid UTM.

Seperti biasa, Pusat Islam UTM akan mengada-

kan Majlis Berbuka Puasa sepanjang bulan

Ramadan 1437H, bertempat di MSI untuk

seramai 1000-1500 orang jemaah yang terdiri

daripada mahasiswa, staf UTM dan masyarakat

setempat.

Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin me-

nyumbang, bolehlah berbuat demikian dengan

memberikan sumbangan tersebut kepada wakil

JSM seperti berikut:

1. En. Muhammad Fauzee Hamdan

2. Dr. Mohd Ariff Admon

3. Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah

Jika anda mempunyai sebarang berita atau heba-han yang ingin dikongsikan,

sila emelkan kepada:

[email protected] [email protected]

Terima kasih.

Sidang redaksi FM mengucapkan..

kepada semua staf dan mahasiswa..

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2016

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM yang berlangsung pada 31

Mei 2016 di Dewan Sultan Iskandar, UTM JB. Staf yang menerima anugerah adalah:

Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd Aziz, Dr. Arifah Bahar, Dr. Fong Wan Heng, PM Dr. Sharidan Shafie, Dr. Shazirawati

Mohd Puzi, Dr. Syarifah Zyurina Nordin, Dr. Mohd Ariff Admon dan En. Zulfauzi Zakaria.

Liga Ilmu Ramadan Pusat Islam UTM.

Di sepanjang bulan Ramadan, semua Program Membudayakan Al-Quran akan digantikan dengan

Program Liga Ilmu Ramadan anjuran Pusat Islam UTM. Berikut merupakan senarai program sepan-

jang bulan:

9 Jun 2016: Ramadan Bulan Keberkatan. Penceramah: Dr. Abd. Rahman Hamzah (Timb.

Pengarah PIUTM)

16 Jun 2016: Produktiviti Berkualiti, Keluarga Lestari. Ahli Panel: PM. Dr. Syarifah Hayaati

Syed Ismail (Pensyarah UM), PM. Dr. Ajmain Safar (Pensyarah FTI UTM), PM. Dr. Karim De-

raman (Pensyarah FS UTM) dan PM. Dr. Aminuddin Ruskam (UTM) sebagai moderator.

23 Jun 2016: Meraih Berkat Dengan Berzakat. Penceramah: Ustaz Hj. Yosree Ikhsan (MAINJ).

30 Jun 2016: Lailatul Qadar Satu Pencarian. Penceramah: PM. Dr. Hj. Mohd Ismail Mustari

(Pensyarah FTI UTM).

Tadarus Al-Quran JSM. Program Tadarus Al-Quran di JSM berlangsung di sepanjang bulan

Ramadan bermula 9 Jun 2016 dan dijadualkan berakhir pada 26 Jun 2016. Pada tahun ini, kita

mendapat penyertaan daripada beberapa orang staf lelaki. Program diketuai oleh PM. Hazimah.

Page 2: Sidang redaksi FM mengucapkan.. -   · PDF fileKemasukan Markah Peperiksaan Akhir Se- ... Pada tahun ini, ... seminar dimulai dengan ucapan aluan dari ketua kumpulan AAAG,

F M 1 6 . 0 6 1 2 J U N 2 0 1 6

Kumpulan Penyelidikan Applied Algebra and Analysis Group (AAAG)

dengan kerjasama Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Interna-

tional dan Kumpulan Penyelidikan Aljabar dari Institut Teknologi Ban-

dung (ITB) telah mengadakan seminar sehari (UTM-ITB Algebra Sem-

inar) pada hari Ahad, 15 Mei 2016 yang lalu bertempat di Bilik Seminar

3, Aras 5, Blok T05 (Kluster, Fakulti Sains). Seminar ini adalah susulan

daripada seminar kali pertama yang telah diadakan di ITB dalam tahun

2013.

Seminar sehari ini telah dihadiri oleh seramai 45 orang peserta yang

terdiri daripada 17 orang pensyarah dan selebihnya ialah pelajar pasca

ijazah (11 orang delegasi dari ITB, 16 orang dari AAAG dan 18 orang

dari IPT lain di Malaysia iaitu USM, UMP, UTHM, USIM, dan UniSel).

Seminar ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan penyelidik dalam

bidang aljabar dan sekaligus peserta dapat bertukar-tukar dan berkongsi

idea penyelidikan masing-masing. Dari kalangan peserta tersebut, 14

orang telah diberi mandat untuk membentang dan berkongsi hasil kajian

mereka. Pembentang tersebut terdiri daripada seorang pensyarah dari

UPM, 6 orang pensyarah dan pelajar dari ITB dan 8 orang pelajar dari

AAAG.

Pada jam 8.30 pagi, seminar dimulai dengan ucapan aluan dari ketua

kumpulan AAAG, Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin dan wakil Kumpulan

Penyelidikan Aljabar ITB, PM Dr Intan Muchtadi. Ketua kumpulan

AAAG juga telah memaparkan video korporat UTM iaitu https://

www.youtube.com/watch?v=mk6F7uYCpTY dan video berkenaan negeri

Johor untuk tatapan peserta-peserta seminar.

Sesi pembentangan pertama bermula pada jam 10.00 pagi, di mana tujuh

orang pembentang dari ITB, UPM dan AAAG membentang hasil kajian

mereka secara bergilir-gilir. Pembentangan disusuli dengan sesi soal ja-

wab daripada peserta-peserta seminar. Seminar berhenti rehat pada jam

12.30 tengahari dan bersambung kembali pada jam 2.00 petang dengan

sesi pembentangan kedua. Dalam sesi kedua ini, tujuh orang lagi pemben-

tang dari UTM dan ITB membentangkan hasil kajian mereka.

Maklumat lanjut mengenai seminar ini boleh di lihat di laman http://

science.utm.my/aaag/utm-itb-algebra-seminar-2016/. Seminar telah ber-

jalan dengan lancar dan jayanya. Semoga seminar seperti ini dapat dija-

lankan lagi di masa akan datang.

Disediakan oleh,

Dr Nor Muhainiah Mohd Ali

Pengarah, UTM-ITB Algebra Seminar 2016

AKt iv it i bergambar

Program 360 Biodi_Education J-Biotech Di Taman Negara

Endau Rompin J-Biotech bersama UTM-CIAM, 28-31 Mei 2016.

Wakil UTM-CIAM dan JSM yang terlibat ialah : En. Taufiq Khairi

Ahmad Khairuddin, En Mohd Farid bin Ismail (RO UTM-CIAM),

En. Amir Syafiq Syamin Syah bin Amir Hamzah (pelajar PhD), En.

Ahmad Qushairi bin Mohamad (pelajar PhD), dan En. Saiful Adham

bin Shukor (pelajar MSc).

Educational Visit ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, 17

Mei 2016.

Program disertai oleh 36 orang pelajar Tahun 3 SSCM dan SSCE ber-

sama pensyarah pengiring Dr. Zuhaila Ismail dan Dr. Shazirawati

Mohd Puzi. Program berbentuk lawatan ke industri ini merupakan

aktiviti road-map fakulti bagi pelajar Tahun 3 yang bertujuan untuk

memberi pendedahan secara lebih dekat kepada para pelajar terhadap

persekitaran industri dan selok-belok bidang pekerjaan dan pengurusan

yang akan mereka tempuhi suatu masa nanti.