sidang penerbit - mara.gov.my umi/2009/umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun islam telah menyebabkan...

12
PENASIHAT KETUA PENERBIT EDITOR REKA BENTUK GRAFIK EDARAN Rosni Zainal Abidin Anita Kudin Rosmaliza Hj. Hassim Aidarinah Nur Ibrahim Haliza Abd Hamid Hapipah Abd Wali Hairi Fitri Ahmad Mohd Faizal Abd Rahim Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2008, sila layari laman Sumber Media Kreatif di maranet SIDANG PENERBIT DAFTAR KANDUNGAN Bacaan Pendidik diterbitkan 6 kali setahun oleh Bahagian Pembangunan Sumber (BPS). Sebarang sumbangan berita, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi majalah ini amatlah kami alu-alukan dan hendaklah dialamatkan kepada : Bahagian Pembangunan Sumber Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur. Tel : 03-26903644 Fax : 03-26910075 email: [email protected] Kepentingan Menguasai Ilmu Yang Bermanfaat Menangani Kebosanan Padam Detik Hitam Jauhi Makanan Segera Al-Khaizan- Kuasai Matematik dan Astronomi Koleksi Teka-teki Detik Rabi ul-awwal Down and Dirty Trick with Photoshop m/s 1-2 m/s 3 m/s 4 m/s 5 -6 m/s 7 m/s 8 m/s 9 - 10 m/s 11

Upload: lamkhanh

Post on 18-Mar-2018

244 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

PENASIHAT

KETUA PENERBIT EDITOR

REKA BENTUK GRAFIK

EDARAN

Rosni Zainal Abidin

Anita Kudin Rosmaliza Hj. HassimAidarinah Nur Ibrahim

Haliza Abd Hamid

Hapipah Abd WaliHairi Fitri AhmadMohd Faizal Abd Rahim

Untuk mendapatkan koleksi bahan bacaan terbitan Bahagian Pembangunan Sumber bagi tahun 2008, sila layari laman Sumber Media Kreatif di maranet

SIDANG PENERBIT

DAFTAR KANDUNGAN

Bacaan Pendidik diterbitkan 6 kali setahun oleh Bahagian Pembangunan Sumber (BPS). Sebarang sumbangan berita, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi majalah ini amatlah kami alu-alukan dan

hendaklah dialamatkan kepada :

Bahagian Pembangunan SumberTingkat 4, Ibu Pejabat MARA

21, Jalan Raja Laut50609 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26903644 Fax : 03-26910075email: [email protected]

Kepentingan Menguasai Ilmu Yang Bermanfaat

Menangani Kebosanan

Padam Detik Hitam

Jauhi Makanan Segera

Al-Khaizan- Kuasai Matematik dan Astronomi

Koleksi Teka-teki

Detik Rabi ul-awwal

Down and Dirty Trick with Photoshop

m/s 1-2

m/s 3

m/s 4

m/s 5 -6

m/s 7

m/s 8

m/s 9 - 10

m/s 11

Page 2: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

1

Al-Quran memberikan asas tentang ilman nafia atau ilmu yang bermanfaat dan yanfaunnas atau sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Sejarah pertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak tertutup untuk memanfaatkan faedah berbanding dari tradisi keilmuan orang lain. Ada asas-asas universal yang terdapat pada ilmu yang berkenaan yang tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.

Kunjungan al Biruni ke India, pengembaraan Ibn Battuta ke serata ceruk dunia, penguasaan al Farabi, Ibn Sina terhadap ilmu-ilmu falsafah Greek-Yunani, anjuran Rasulullah supaya ilmu dituntut hingga ke negeri China.

Begitu juga kaedah menebus diri tawanan perang dengan mengajarkan anak-anak Islam kemahiran membaca dan menulis pada zaman Rasulullah. Semuanya adalah asas sandaran bahawa di samping pemerkasaan ilmu-ilmu Islam, ilmu yang bermanfaat dari tradisi dan tamadun lain harus dicari selagi ia tidak bercanggah.

Lebih-lebih lagi dewasa ini umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat dan Timur. Hasil kekuatan sains dan teknologi ini kuasa-kuasa Barat memiliki upaya menakluk dan menjajah dan kuasa-kuasa sedang muncul sebagai negara maju dan bakal menjadi kuasa besar.

Penaklukan dan penjajahan kini tidak seperti dulu. Kehebatan teknologi langit terbuka, rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi, kesuburan media cetak dan elektronik, rangkaian Internet dan sistem komputer yang canggih telah memberikan bentuk ‘penjajahan’ baru kepada umat Islam.

Cabaran untuk mengetahui aspek-aspek teknologi amat dituntut supaya umat Islam tidak selamanya menjadi pengguna kepada keunggulan ilmu dan teknologi Barat umpamanya sehingga Barat dijadikan indikator maju, moden, membangun dan berubah secara mutlak.

Mempelajari teknologi atau ilmu alat tidaklah

salah. Teknologi dari sudut Islam selamanya alat. Ia bukan

matlamat. Matlamat dalam komputer dan Internet umpamanya ialah untuk memperkaya, mempercepat dan mempelbagaikan maklumat supaya pemikiran manusia menjadi lebih luas.Secara mekanistiknya tidaklah salah. Tetapi terdapat sesetengah maklumat, perisian, input dan program dalam komputer dan Internet mengandungi hal-hal yang sifatnya menyalahi. Ia memerlukan daya saring yang tinggi di kalangan pengguna supaya pengguna dapat membezakan yang baik dengan yang buruk dan yang bermanfaat atau sebaliknya.

Adalah menjadi cabaran remaja untuk memahami keadaan ini supaya para remaja tidak terjebak dalam perangkap Barat atau yang boleh merosakkan minda remaja. Persoalan maklumat berkait rapat dengan pemikiran. Orientasi maklumat yang datang dari budaya orang lain kadang-kadang membawa orientasi dan nilai yang tidak sama dengan nilai-nilai Islam.

Page 3: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

2

Apa yang patut dilakukan oleh remaja ialah memiliki tekad dan azam yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari orang lain, tradisi lain malah tamadun lain. Oleh kerana sifat sains dan teknologi berkembang, para remaja harus bersedia untuk menguasai ilmu-ilmu baru supaya umat Islam sentiasa semasa dengan perkembangan zaman.

Namun begitu para remaja harus terlebih dahulu menguasai asas-asas ilmu dan pemikiran Islam. Ulama dan ilmuwan Islam di zaman gemilang dulu menguasai ilmu-ilmu mengenai akidah, syariah, ibadah dan akhlak supaya mereka memiliki jati diri sebagai seorang Islam yang berilmu dan menghayati ilmu. Asas-asas ini sangat penting untuk memberikan para remaja kekuatan diri menghadapi maklumat, data dan fakta dari sumber-sumber orang lain atau sumber berbanding.

Apabila dewasa kelak, ia akan berkembang kerana sifat ilmu dan maklumat tidaklah statik. Batas fardu ain umpamanya tidak memadai bagi remaja. Ini kerana corak cabaran semasa jauh menuntut supaya penguasaan ilmu alat seperti sains dan teknologi, komputer dan penyelidikan, pengurusan dan perundangan, ekonomi dan kajian ilmu-ilmu kemanusiaan, tamadun dan sistem nilai supaya remaja mempunyai perspektif yang betul dan asas yang jelas mengenai ilmu Islam dan kaitannya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari sumber orang lain.Adalah tidak memadai seorang umat Islam yang menguasai ilmu fardu kifayah maka semua yang terlepas dosa. Ia adalah syarat fikah yang minimum.

Tamadun Barat pada hari ini banyak menumpukan kepada faktor-faktor memajukan benda dan pemikiran

berasaskan faham sekular dan liberal.

Faham ini amat berbahaya bagi orang-orang Islam kerana ia menolak kepentingan agama dan sistem nilai.

Oleh itu para remaja yang memiliki asas ilmu Islam yang baik tidak mempunyai masalah untuk memanfaatkan sumber-sumber dari Barat atau Timur sekiranya para remaja dapat membezakan buruk-baik akan sesuatu dan dapat mengenal sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.

Teknologi komputer umpamanya adalah sesuatu yang baik untuk di pelajari. Dari sudut perkakasan (hardware) dan teknologinya tidaklah ada masalah bagi remaja dan teknologinya tidaklah ada masalah bagi remaja mempelajarinya. Tetapi apabila menggunakannya sistem nilai dan kekuatan agama adalah perlu bagi memandu remaja melayari yang baik dan menghindarkan yang tidak berfaedah.

Yang memberikan perbezaan dari segi penggunaan ialah sistem nilai dan etika yang dimiliki oleh remaja. Sekiranya sistem nilai dan etika itu lahir dari penghayatan tradisi Islam, maka para remaja akan memiliki kekuatan serta berupaya memilih dan menyaring sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.

Dalam masa yang sama, remaja harus rasa tercabar untuk meneroka dan menghasilkan perisian yang selari dengan proses pembudayaan

dan pemikiran yang sejalan dengan nilai-nilai Islam. Ia adalah proses yang tidak mudah dan menuntut masa yang lama dan panjang kerana sifat teknologi dan maklumat selalunya dinamik dan tidak statik.

Ia adalah suatu usaha yang berterusan.

Cara sebegini jugalah yang pernah berlaku di Eropah dalam proses memanfaatkan ilmu-ilmu Islam di kalangan sarjana mereka. Walaupun mereka menguasai bahasa di mana ilmu Islam itu lahir dan tumbuh tetapi sumber ilmu ditatang

dengan menggunakan bahasa Latin dan Ibrani dan

dewasa dalam kehidupan zaman reformasi dan Renaissance sehingga menjadikan ilmu itu terpisah dengan sistem nilai dimana ilmu itu asalnya subur.Lama kelamaan ilmu itu menjadi sekular dan berkembang secara liberal tanpa terikat dengan nilai-nilai agama.Remaja Islam harus mempunyai tekad untuk menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik sehingga dewasanya nanti memiliki keahlian dan kepakaran dalam bidang-bidang yang tertentu.

Kesediaan dan keterbukaan perlu ada untuk memanfaatkan faedah-faedah berbanding dalam ilmu-ilmu dari sumber dan tamadun lain supaya akhirnya ilmu tersebut berkembang dalam orientasi dan budaya Islam.

Inilah asas-asas integrasi dan Islamisasi yang sedang berlaku supaya ilmu-ilmu yang bermanfaat terbentuk dalam acuan kita sendiri. Darinya umat Islam akan menjadi maju di samping keunggulan ilmu dan tamadunnya sendiri. Penyuburan ilmu-ilmu Islam seharusnya berlaku supaya Penyuburan ilmu-ilmu Islam seharusnya berlaku supaya ia menjadi teras membangun acuan sendiri yang sifatnya menyumbang dan memperkayakan.

Ilmu dan maklumat

bukanlah sesuatu yang sifatnya berkecuali. Tumbuhnya ilmu dan suburnya maklumat adalah dari pengalaman budaya dan sistem nilai yang dimiliki dan diwarisi oleh sesuatu bangsa dan tamadun.

Ilmu dan maklumat bukanlah

sesuatu yang sifatnya berkecuali.

Tumbuhnya ilmu dan suburnya

maklumat adalah dari pengala-

man budaya dan sistem nilai yang

dimiliki dan diwarisi oleh sesuatu

bangsa dan tamadun.

Page 4: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

3

Sumber: carian internetOleh: Dr. Ismail Zin

Sumber: carian internetOleh: Dr. Ismail Zin

SETIAP individu kebiasaannya akan mengalami kebosanan. Terdapat banyak faktor kenapa kebosanan boleh berlaku pada diri kini. Pada golongan pelajar rasa bosan yang terdapat di dalam jiwa kita boleh memberi kesan yang buruk dalam proses pembelajaran.

Oleh itu rasa kebosanan ini tidak boleh dibiarkan meresapi di jiwa kita secara berleluasa. Langkah yang merupai perancangan harus diatur agar kebosanan dapat ditangani ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih tenang dan efektif.

Di antara perancangan yang harus dilakukan adalah seperti berikut:Pengurusan masa yang strategik: Pengurusan masa merupakan factor yang penting dalam menentukan tindakan seseorang pelajar. Jika masa dapat diurus dengan baik, setiap detik akan dipenuhi dengan tindakan. Tidak timbul masa terluang yang akan menyebabkan seseorang pelajar itu merasa ketidaktentuan yang mendorong ke arah kebosanan.

Penumpuan dalam kelas: Salah satu faktor yang menyebabkan kebosanan terhadap sesuatu mata pelajaran ialah kekeliruan atau ketidakfahaman dalam mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Kebiasaannya pelajar yang kerap merasa bosan ialah pelajar yang bersifat pasif, tidak mahu bertanya serta kurang berinteraksi dengan guru untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan dalam pelajaran. Maka akhibatnya pelajar tersebut akan merasa malas, kurang berminat untuk belajar dan terus dihantui dengan kebosanan. Oleh itu untuk

mengelakkannya seseorang pelajar

harus sentiasa bersedia untuk

menghadapi pelajaran, meumpukan sepenuh

perhatian dalam kelas, bertanya dan berinteraksi dengan guru untuk

mendapat penjelasan. Jika setiap pelajaran yang diberikan oleh guru itu

dapat difahami oleh pelajar maka sudah tentu rasa bosan untuk belajar dapat

diatasi dan tidak akan wujud dalam jiwa pelajar.

Strategi belajar. “Study smart not hard” begitulah kata-kata yang menunjukkan strategi belajar adalah penting dalam menentukan kejayaan. Di sini bermaksud seseorang pelajar harus mempelbagaikan strategi belajarnya. Membaca dengan menggunakan pancaindera mata sahaja akan menyebabkan seseorang itu meras letih dan seterusnya akan mengalamai kebosanan. Oleh itu pelajar harus bijak menggunakan strategti lain seperti catatan nota kecil, peta minda, diskusi atau melayari internet (Portal Pendidikan Utusan – www.tutor.com.my banyak menyediakan nota dan latihan untuk para pelajar) untuk mendapat bahan dan latihan tambahan.

Keyakinan diri: Faktor yang penting yang dapat mempengaruhi diri kita ialah keyakinan diri. Para pelajar harus meyakini diri sendiri dengan menganggapkan apa sahaja perkara-perkara yang baik yang dapat dilakukan oleh seseorang itu dapat juga dilakukan oleh anda. Dengan adanya sistem meritrokrasi anda harus melakukan sesuatu yang terbaik untuk melayakkan diri anda ke IPT Ini bermakna sisitem meritrokrasi ini menganggapkan anda dapat melakukan yang terbaik tidak kira bangsa atau keturunan. Hanya dengan keyakinan diri sahajalah sesutu yang dianggap mustahil ini akan menjadi kenyataan bagi anda melakukannya. Semoga kebosanan yang melanda di jiwa anda dapat dibendung ke arah memantapkan diri kita menghadap segala cabaran dalam proses menimba ilmu pengetahuan.

Page 5: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

4

Sumber: carian internetOleh: Dr. Ismail Zin

SETAHUN yang berlalu membawa kita ke pelbagai peristiwa pahit dan manis dalam melayari kehidupan. Peristiwa pahit memerlukan penambahbaikan manakala peristiwa manis memerlukan proses kesinambungan. Peristiwa yang dialami mampu memperkasa diri ke arah membentuk satu perubahan yang positif dan produktif melalui nilai dan etika yang menuju ke arah kecemerlangan.

Sebagai seorang pelajar, segala bentuk perlakuan yang negatif serta teguran yang positif oleh orang lain harus diberi perhatian dan tindakan segera. Dalam hal ini ciri-ciri `senarai hitam’ yang ada pada kita harus dianalisis untuk melihat kelemahan diri, aras kematangan, aras kesabaran dan aras ketahanan diri. Daripada senarai yang menunjukkan perlakuan, maka perubahan serta penambahbaikan bolehlah dirancang dan dilaksanakan.

Sebagai contoh perlakuan ponteng sekolah, membuli rakan, menghisap rokok, malas membuat latihan, tidak memberi perhatian dalam kelas, tidak berminat untuk belajar serta yang seumpama dengannya adalah di antara ciri-ciri diri yang membawa kehancuran dalam dunia pendidikan.Hal ini harus ditangani segera agar `penyakit’ ini tidak menular ke tahun 2008 dan orang yang patut mengambil tindakan ialah anda sendiri!

Setiap kes harus dikaji dari akar umbinya agar seseorang itu dapat mengetahui punca perlakuan dan tabiat yang menjadi penyebab kepada tindakan yang negatif itu. Sebagai contoh perlakuan ponteng sekolah boleh berlaku berpunca daripada beberapa sebab yang mempunyai kaitan dengan perkara lain.Pada peringkat permulaannya ponteng sekolah mungkin berpunca kerana bangun lewat. Kelewatan ini berlaku kerana pada malamnya seseorang itu terlibat dengan kegiatan lepak bersama-sama rakan yang lain.

Penglibatan melepak dengan rakan-rakan mungkin kerana seseorang itu rasa jemu atau bosan dengan kerja-kerja rutin di sekolah tanpa memahami setiap topik dengan mendalam.Tidak memahami isi mata pelajaran pula mungkin berpunca daripada tidak memberi perhatian dalam kelas kerana tidak berminat terhadap mata pelajaran atau topik tersebut. Perhatian dan minat ada kaitannya dengan pemahaman, penghayatan serta strategi belajar yang menjadi tanggungjawab semua pihak. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah setiap kelemahan yang berlaku pada diri seseorang itu mempunyai rangkaian

yang berkaitan antara satu sama lain. Masalah tidak akan selesai jika kita hanya memberi tumpuan pada perlakuan itu sahaja tetapi perhatian dan pemulihan harus dibuat pada setiap rangkaian yang berkaitan yang menjadi punca berlakunya kelemahan tersebut. Sebagai seorang pelajar, setiap kelemahan harus dikaji dengan melihat kembali tindakan-tindakan yang diambil, perhubungan dengan rakan sebaya, aras pemikiran, perasaan serta aras kebijaksanaan membuat keputusan dalam menentukan tindakan. Setiap tahap harus dibuat penambahbaikan agar kesilapan dan kelemahan yang sama tidak berulang pada tahun ini.

Amalan dan tindakan yang positif harus dikekalkan dan diteruskan sebagai pegangan dalam kehidupan.Nilai murni seperti menghormati ibu bapa, menghormati guru, bertolak ansur dengan rakan dan sentiasa bersifat peramah adalah di antara nilai diri yang mampu mewujudkan keharmonian, perpaduan serta mampu membina negara bangsa yang dinamis yang menjadi aspirasi negara sepertimana tercatat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Sesungguhnya masalah disiplin berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni dalam diri seseorang.Perasaan marah, bersifat kurang ajar, sombong, mementingkan diri sendiri, kurang didikan agama serta tidak bersifat toleransi adalah antara punca yang boleh mencetuskan pertengkaran sesama rakan yang mungkin berakhir dengan peristiwa yang tragis. Sebagai seorang pelajar, perkara begini harus dihindari kerana kesannya amat buruk dan boleh menjejaskan proses pembelajaran.

Nilai diri yang murni seperti bersifat rajin, bersemangat, bermatlamat, berjiwa besar dan berfikiran terbuka mampu menjadi tonggak kepada kecemerlangan diri serta benteng kepada segala bentuk cabaran.Nilai-nilai murni ini boleh diterapkan melalui aktiviti formal seperti pembelajaran dalam kelas atau secara tidak formal melalui aktiviti harian atau melalui program motivasi diri. Diharapkan melalui amalan nilai-nilai diri yang murni mampu memberi ketenangan dan keselesaan menghadapi pelajaran dan seterusnya menghasilkan kejayaan pada tahun 2008 ini.

Page 6: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

Apakah itu makanan segera?Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.

Bolehkah anda mengambil makanan segera?Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.

Pilih dan ambil makanan segera dengan bijak serta hadkan pengambilannya sehingga 1 hingga 2 kali sebulan kerana makanan segera lazimnya mengandungi kandungan lemak, kolesterol dan garam yang tinggi.

Beberapa garis panduan boleh diambil, antaranya adalah seperti berikut :

Memesan ayam panggang bagi •menggantikan ayam goreng atau ikan goreng. Memesan sajian makanan segera yang •bersaiz kecil. Mengetahui kandungan lemak dalam •beberapa jenis makanan segera. Pilih menu yang mengandungi kurang dari 20 hingga 25g lemak. Sebagai contoh, pesan sandwich ayam panggang tanpa mayonis (mengandungi 8g lemak) dan kentang saiz sederhana (mengandungi 12g lemak) ; atau pilih burger keju bersaiz kecil (mengandungi 13 hingga 29g lemak) tanpa mengambil kentang goreng. Elakkan mengambil hidangan pencuci •mulut, manisan, milk shake, pai bersama-sama dengan sajian makanan segera anda.

Tidak •mengambil mayonis bagi mengurangkan jumlah kalori ( 1 sudu mayonis=100 kalori) dan tambahkan mustard, tomato, daun salad, acar dan / atau bawang. Pilih minuman gas berkalori rendah, susu rendah lemak, •jus buah-buahan, teh atau air dan elakkan pengambilan minuman yang berkalori tinggi. Elakkan pengambilan makanan berkalori tinggi. Kalori •boleh meningkat sehingga lebih dari dua kali ganda dengan pengambilan makanan bergoreng. Hadkan pengambilan sos salad,pasta salad, salad •kentang, keju dan kekacang. Ambil daun salad, tomato, cendawan, lobak merah, saderi dan timun dengan banyak.Ambil sos salad yang rendah kalori. Bawa sebiji buah-buahan segar seperti buah pisang, epal •atau oren sebagai tambahan kepada menu makanan segera anda. Pilih kentang bakar.Tambahkan keju, sos cili/tomato •atau 2 sudu makan keju kisar dan/ atau krim masam pada kentang bakar tersebut.

Kandungan nutrien dalam makanan segera.Kandungan kalori makanan-makanan segera bergantung kepada :

Saiz makanan tersebut. •Penambahan bahan lain seperti sos atau serbuk-serbuk •roti. Kaedah memasak yang digunakan (goreng atau bakar) •Kandungan kalori bahan makanan mentah sebelum •dimasak/disediakan.

Sila rujuk jadual di sebelah :

5

Page 7: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

6

Page 8: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

7

ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi

di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.

Keluarga al-Khazin berasal dari Saba iaitu sebuah kota di benua Arab. Tempat itu lebih dikenali sebagai Sheba berdasarkan cerita Raja Solomon dan Ratu Sheba.Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Rayy ketika itu berada di bawah pemerintahan Dinasti Buyid iaitu ketuanya dikenali sebagai Adud ad-Dawlah.

Adud memerintah Rayy dari tahun 949 Masehi hingga 983 Masehi.Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah

garisan Khatulistiwa di bumi.Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya.”

Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua.Al-Khazin pernah dikritik oleh al-Biruni yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan yang tidak perlu berhubung ulasannya terhadap teori aloi oleh Ptolemy.

Hanya satu bahagian kecil daripada ulasan itu dapat diselamatkan iaitu yang mengandungi topik perbincangan al-Khazin mengenai pendapat Ptolemy yang menyatakan alam

Sumber: carian internetOleh: Rohana Man

semesta adalah berbentuk sfera.

Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.

Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x, y, z.Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy.

Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi.Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.

Beliau meninggal dunia pada tahun 971 Masehi.

Page 9: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

8

Soalan 1: Gajah lalu titi patah, lepas

tu kambing pula lalu. Apa

yang patah pulak?

Soalan 2: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Soalan 3: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 4: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Soalan 5: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Soalan 6: Kenapa doktor bedah kalau

melakukan pembedahan

mulutnya ditutup ?

Soalan 7: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 8: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Soalan 9: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 10:

Apakah benda bertali yang

apabila kita pegang, ia akan

mati, tetapi bila dilepaskan ia

akan hidup, namun akan mati

juga bila dibiarkan lama-lama?

Soalan 11:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi

tinggi?

Soalan 12: Negara apa yang banjir dulu

lepas tu baru hujan?

Soalan 13: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan di muka 9

Page 10: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

ITULAH sebahagian rangkap daripada lagu mengenai kelahiran Nabi junjungan yang adik dan

abang kena hafal. Sebab dua hari lagi, sekolah adik dan abang buat perarakan hari Maulidur-Rasul. Lagi pun adik dengan abang baru darjah satu. Tambahan pula kami sekelas sebab kami adalah kembar. Adik tanya abang sebab adik tak tahu apa-apa.

“Abang…Maulidur-Rasul tu apa ? Kenapa kita kena buat perarakan beramai-ramai?” Adik pening kepala. Banyak sangat yang adik tak faham. Abang pun geleng kepala. Katanya abang pun tak tau. Yang abang tau kita kena berarak ramai-ramai satu sekolah sambil berselawat sama-sama.

“Adik… apa kata malam ni kita tanya ayah. Mungkin ayah boleh bagitau.” kata abang.

“Betul juga. Nanti kita boleh cerita pada kawan-kawan yang lain.” Adik mengangguk kepala tanda setuju.

Malam kian menjelma. Hari siang mula berlabuh menandakan tibanya waktu malam. Malam ni adik dengan abang nak tanya ayah

apa itu Maulidur-rasul. Kenapa kita perlu menyambutnya setiap tahun?. Adik tau ayah mesti tau erti Maulidur-Rasul. Sebab ayah adik ustaz. Ustaz di sekolah menengah agama. Adik dengan abang nak ikut jejak ayah satu hari nanti.

Setelah menunaikan solat Isyak bersama, abang menanyakan soalan yang terbuku di hati. Soalan yang tidak terjawab pagi tadi. “Ayah… abang nak tanya boleh tak ?” suaranya tersekat-sekat bila berhadapan dengan ayah. Adik pula tersenyum saja. Ibu dengan kakak hanya mendengar sahaja.

“Nak tanya apa?” ayah jawab dengan perlahan.

“Sebenarnya… aaaa…. mmmm” suara abang tersekat lagi.

“Maulidur-Rasul tu apa ayah?” cepat-cepat adik menyampuk.

“ Ooo.. itu yang nak ditanya. Ayah ingat soalan apa tadi.” Ayah jawab dengan tenang. Sesekali ayah tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih. Sesekali juga menampakkan kedut muka ayah yang kian tua. “Tak apa. Hari ni

ayah nak bercerita sikit tentang Maulidur-Rasul. Kalau mak kamu dan kakak kamu nak dengar sekali apa salahnya. Bukannya kena bayar pun.” Ayah berseloroh panjang.

“Mak…kakak marilah kita dengar bersama. Mesti seronok nanti,” abang bersungguh-sungguh mengajak emak dan kakak untuk mendengar sekali.

“Maulidur-Rasul maknanya hari kelahiran Rasul junjungan kita.” Ayah mula menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

“ Lagi pun adik dengan abang kan menyambut hari lahir setiap tahun. Begitu juga dengan kelahiran Nabi Junjungan kita yang dikasihi dan dicintai. Tapi cara menyambutnya lain dengan dengan cara kita.” Ayah menambah lagi.

“Tapi kenapa kita kena sambutnya?. Adik tengok setiap tahum mesti ada Maulidur-Rasul?”

“Yalah ayah. Kenapa kita kena sambutnya setiap tahun. Lepas tu pula apa yang lainnya tu?” abang tiba-tiba mencelah.

“TERCIPTA SATU LEMBARAN SEJARAHDI TANAH SUCI KOTA MEKAHHARI YANG MULIA PENUH SAADAHBERMULALAH SEBUAH KISAH

MALAM ISNIN SUBUH YANG INDAH12 RABIUL-AWAL YANG CERAH20 APRIL TAHUN GAJAHLAHIRLAH ZURIAT YANG SAADAH”

9

Page 11: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat

10

“Adik… abang… dengar dulu apa yang ayah nak cerita tu.” Emak menasihati kedua anak kembarnya.

Ayah tau perasaan adik dan abang. Mereka keliru. “Sebenarnya untuk mengingati kelahirannya setiap tahun. Sebab di atas jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam bermula di Makkah sehingga ke seluruh dunia. Sampailah sekarang,” ayah bercerita lagi.

“Cara kita sambut Maulidur-Rasul tu agak lain juka dibandingkan dengan cara menyambut hari lahir kita. Caranya dengan kita sebagai umat Islam akan berkumpul beramai-ramai di sebuah satu tempat kemudian kita akan berarak menuju ke satu tempat. Di samping itu juga kita akan berselawat kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ,” tambah ayah lagi.

“Oooo... begitu.” Adik dengan abang jawab serentak tanda kami faham.

“Sejarah kelahiran Nabi junjungan kita bermula begini. Baginda lahir ke dunia pada pagi Isnin yang cerah 12 Rabiul Awal bersamaan tahun gajah atau 20 April 571 Masihi. Semasa lahirnya baginda ke dunia didapati ada satu cahaya yang teang benderang menyinari ke seluruh Bandar Makkah.”

“Kenapa tahun tu di panggil Tahun Gajah?” adik tanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Abang pula khusyuk mendengarnya. Sehingga tidak berkelip matanya.

“Dinamakan tahun kelahirannya Tahun Gajah kerana pada tahun tersebut ada seorang maharaja Habsyi bernama Abrahah yang telah mengirimkan tentera bergajah untuk meruntuhkan kaabah. Abrahah berbuat demikian kerana tiada seorang pun yang datang ke tempatnya untuk beribadah. Tapi Allah Taa’la membinasakan tentera-tentera bergajah untuk memuliakan sejarah kelahiran nabi junjungan kita semua. Semua ini ada tercatat di dalam Al-Quran surah Al-Fil . Adik dengan abang ingat lagi tak apa dia surah Al-Fil?”Adik dengan abang mengangguk kepala tanda ingat surah yang ayah cakap.

Ayah bercerita lagi. “Ketika itu jua, keadaan sekeliling menjadi seolah-olah menyambut kelahiran baginda. Burung-burung menyanyi dan bersiul-siul. Hari yang redup. Udara yang nyaman. Serta pepohon mengeluarkan bunga-bunga yang harum mewangi. Juga tumbuh-tumbuhan hidup dalam keadaan segar dan hijau. Baginda dilahirkan dalam keadaan tertiarap di mana kedudukannya seolah-olah sujud kepada Allah Taa’la. Baginda juga tidak menangis ketika dilahirkan. Kedua-dua telunjuknya terangkat ke atas memberi tanda atas kekuasaan dan keesaan Allah Ta’ala .”

“Adik dengan abang menangis tak masa kecil dulu?” adik mencelah sambil tanya kehairanan.

“Adik… semua orang bila lahir ke dunia akan menangis,” kakak menjawab soalan adik. Ayah dan emak hanya tersenyum sahaja.

Ayah sambung lagi.“Semasa baginda dilahirkan, ayahnya sudah pun meninggal dunia semasa baginda dalam kandungan lagi. Ayahnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Makkah dari negeri Syam setelah berniaga di sana. Ketika itu ayahnya berusia 18 tahun. Ada satu lagi. Ada satu tempat penyembahan api untuk orang majusi. Kalau orang Islam meyembah Allah di satu tempat namanya masjid, tapi orang majusi terkenal dengan menyembah api di satu kawasan. Api di situ menyala hampir 1000 tahun tak pernah padam. Tapi lihat setelah kelahiran nabi junjungan kita, tiba-tiba api tersebut padam .”

“Wahh…hebatnya kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ,” abang melopong bila mendengar ayah bercerita. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 10.00 malam. Ayah sibuk bercerita tentang Maulidur-Rasul pada adik dan abang. Tapi ayah lihat adik sudah tertidur. Abang pula khusyuk mendengarnya. “Abang… ayah berhenti dululah sampai sini. Besok lusa kita sambung lagi. Adik pun dah tertidur tu. Pergi kejutkan adik. suruh adik masuk bilik.”

Abang mengangguk kepala sahaja. Hari ini abang sangat gembira. Sebab ayah menceritakan detik-detik Rabiul-Awal pada abang dan juga adik. Nanti bila hari Maulidur-Rasul tiba boleh abang ceritakan pada kawan-kawan. mesti menarik. Abang tak boleh menunggu hari tersebut.

Jawapan 1: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.Jawapan 2: Stokin tu basah lah.... Jawapan 3: Telur Jawapan 4: Kuih DonutJawapan 5: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)Jawapan 6: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! Jawapan 7: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.Jawapan 8: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok. Jawapan 9: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”Jawapan 10: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. Jawapan 11:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.Jawapan 12: Bahrain - bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan... Jawapan 13: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Jawapan Teka-teki

Page 12: SIDANG PENERBIT - mara.gov.my Umi/2009/Umi_2.pdfpertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak ... pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat ... Matlamat