sidang 5 - skim latihan kepimpinan

6
Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) – KP 2976 Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 33 Sidang 5: SKIM LATIHAN KEPIMPINAN Akta Parlimen 1968; Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974; Pindaan Akta 409, 1989 Bahagian X, Seksyen I: LATIHAN BAGI PEMIMPIN 396 Latihan bagi pemimpin-pemimpin yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah dengan maksud supaya memberi sokongan peribadi dan latihan yang dikehendakan oleh pemimpin-pemimpin bagi membolehkan mereka menggunakan Cara Pengakap untuk mencapai tujuan Persekutuan ini iaitu bagi tiap- tiap seorang ahlinya menolong budak-budak dan belia-belia dalam asuhan dan perkembangan dalam beberapa perkara seperti akal, jasmani, rohani dan pergaulan melalui satu sistem latihan yang progresif berasas kepada Persetiaan dan Undang- undang Pengakap. 397 Tujuan mengadakan latihan bagi pemimpin-pemimpin ialah untuk menolong mereka memberi latihan didikan yang lebih baik dan berkesan kepada PENGAKAP yang dipimpimnya. Dengan yang demikian, latihan adalah sebahagian yang penting dalam kegiatan-kegiatan pemimpin itu yang mesti mereka dengan seberapa boleh mengambilnya. Demikian juga kepada jurulatih-jurulatih yang memberi latihan kepada pemimpin-pemimpin, latihan adalah juga sebahagian penting dalam kegiatan-kegiatan mereka dan mereka hendaklah sentiasa mengemaskinikan ilmu dan pengalaman pengakap.

Upload: hakimisetapa1979

Post on 09-Sep-2015

120 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

  • Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

    Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 33

    Sidang 5: SKIM LATIHAN KEPIMPINAN

    Akta Parlimen 1968; Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974; Pindaan

    Akta 409, 1989

    Bahagian X, Seksyen I: LATIHAN BAGI PEMIMPIN

    396 Latihan bagi pemimpin-pemimpin yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap

    Malaysia adalah dengan maksud supaya memberi sokongan peribadi dan latihan

    yang dikehendakan oleh pemimpin-pemimpin bagi membolehkan mereka

    menggunakan Cara Pengakap untuk mencapai tujuan Persekutuan ini iaitu bagi tiap-

    tiap seorang ahlinya menolong budak-budak dan belia-belia dalam asuhan dan

    perkembangan dalam beberapa perkara seperti akal, jasmani, rohani dan pergaulan

    melalui satu sistem latihan yang progresif berasas kepada Persetiaan dan Undang-

    undang Pengakap.

    397 Tujuan mengadakan latihan bagi pemimpin-pemimpin ialah untuk menolong mereka

    memberi latihan didikan yang lebih baik dan berkesan kepada PENGAKAP yang

    dipimpimnya. Dengan yang demikian, latihan adalah sebahagian yang penting dalam

    kegiatan-kegiatan pemimpin itu yang mesti mereka dengan seberapa boleh

    mengambilnya. Demikian juga kepada jurulatih-jurulatih yang memberi latihan

    kepada pemimpin-pemimpin, latihan adalah juga sebahagian penting dalam

    kegiatan-kegiatan mereka dan mereka hendaklah sentiasa mengemaskinikan ilmu

    dan pengalaman pengakap.

  • Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

    Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 34

    SEJARAH RINGKAS MANIKAYU

    Apabila Gilwell Park dibeli untuk Pergerakan Pengakap pada tahun 1919 dan Latihan

    Pemimpin yang formal diperkenalkan, Lord B-P berpendapat bahawa Pegawai Pengakap

    (seperti yang dinamakan pada masa itu) yang telah melengkapkan suatu kursus latihan,

    patut menerima sesuatu pengakuan. Pada mulanya, beliau bahawa mereka yang telah

    melalui latihan Gilwell perlu memakai hiasan rumbai pada topi Pengakap mereka tetapi 2

    butir manik diikat pada lilitan tali topi atau pada lubang butang kot telah diperkenalkan dan

    digelar Manik Kayu. Tidak lama kemudian, pemakaian manik pada topi diberhentikan dan

    diganti dengan pemakaiannya di leher yang diikat pada tali kulit atau tali but, satu tradisi

    yang diteruskan sehingga kini.

    Manik Kayu yang pertama diperbuat daripada manik yang diambil daripada

    rantai kepunyaan seorang Ketua Puak Zulu bernama Dinizulu, yang B-P

    jumpai semasa beliau berada di Zululand pada tahun 1888. Semasa perayaan

    negeri, Dinizulu akan memakai seutas rantai yang panjangnya 12 kaki dan

    mengandungi kira-kira 1000 manik yang diperbuat daripada kayu kuning

    Acacia Afrika Selatan. Kayu ini mempunyai teras yang lembut di tengah, yang

    memudahkan tali dimasukkan melaluinya dari hujung-ke-hujung dan inilah

    caranya 1000 butir manik disusun. Manik-manik tersebut berbeza saiz dari yang kecil

    sehingga ke 4 inci panjang. Rantai ini dianggap sebagai sangat suci, yang menjadi anugerah

    yang diberikan kepada kerabat diraja dan pahlawan terkemuka.

    Apabila B-P mencari suatu token untuk dianugerahkan kepada mereka

    yang telah melalui kursus latihan Gilwell, beliau teringat berkenaan

    rantai Dinizulu dan tali kulit yang diberikan kepadanya oleh seorang

    orang tua Afrika di Mafeking. Beliau mengambil dua butir manik yang

    kecil, membuat lubang pada tengahnya dan memasukkan tali kulit

    melaluinya dan menamakannya Manik Kayu.

    Manik Kayu awal yang dianugerahkan diambil daripada rantai asal

    tetapi bekalannya kehabisan dengan cepat. Maka, salah satu amalan semasa kursus awal

    adalah sebutir manik Acacia dberikan kepada peserta dan disuruh untuk mengukir sebutir

    lagi daripada kayu pokok renek yang kukuh (hornbeam) atau kayu pokok bic (beech).

    Lama-kelamaan kayu pokok bic menjadi kebiasaannya dan untuk sebilangan tahun dibuat

    oleh kakitangan Gilwell Park semasa masa lapang mereka. Pada awalnya, peserta kursus

    Manik Kayu menerima satu butir manik selepas melalui kursus praktikal di Gilwell Park dan

    menerima manik keduanya selepas melengkapkan bahagian teori (menjawab soalan) dan

    satu jangka masa latihan dalam perkhidmatan.

    Tali Kulit (Leather Thong)

    Satu bahagian yang penting Manik Kayu, selain daripada maniknya,

    adalah tali kulitnya. B-P pada asalnya diberikan seutas tali kulit semasa

    Perang di Mafeking pada tahun 1899/1900 semasa keadaan tidak begitu

    baik. Seorang orang tua berjumpa dengan beliau dan bertanyakan

    kepada beliau berkenaan air mukanya yang jarang sedih. Kemudian,

  • Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

    Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 35

    orang tua tersebut mengambil tali kulit yang dipakainya pada leher dan meletakkannya

    pada tangan B-P. Pakai ini katanya. Ia diberikan oleh ibu saya untuk tuah. Sekarang ia

    akan membawa tuah kepada anda. Maka, daripada kedua-dua cenderamata dari kerjaya

    ketenteraannya di Afrika, tali kulit daripada seorang orang tua dan manik daripada rantai

    Dinizulu, B-P telah menghasilkan Manik Kayu yang kini dikenali di seluruh dunia.

    Skaf Gilwell

    William de Bois Maclaren, seorang peniaga warga Scotland dan Pesuruhjaya

    Daerah Rossneath, Dunbartonshire, telah membayar 7,000 pada tahun

    1919 untuk membeli Gilwell Park, estet seluas 55 ekar di pinggir Hutan

    Epping, London, sebagai pusat latihan untuk Pemimpin Pengakap dan

    sebagai tapak perkhemahan bagi Pengakap-pengakap. Beliau juga membayar

    3,000 untuk membaik-pulih White House, yang ditinggalkan dan terbiar di

    sana selama 14 tahun. Apabila Gilwell Park dibuka dengan rasminya pada

    26hb Julai 1919, Puan Maclaren menggunting riben berwarna warna

    Pengakap (hijau dan kuning) yang digantung melintasi pintu masuk

    White House menandakan pembukaannya. B-P kemudiannya

    menganugerahkan Anugerah Serigala Perak (Silver Wolf) kepada

    Maclaren sebagai tanda terhutang budi Pergerakan Pengakap kepada

    beliau.

    Tidak banyak diketahui tentang Maclaren, selain daripada beberapa buku yang ditulis

    olehnya yang merangkumi Climbs and Changes, Chuckles from a Cheery Corner, The

    Rubber Tree Book dan Word Pictures of War (sebuah buku puisi berdasarkan pengalaman

    Perang Dunia Pertama). Beliau meninggal dunia pada tahun 1921. Sebagai tanda

    penghargaan kepada beliau, kakitangan Gilwell Park memakai skaf yang diperbuat daripada

    tartan Maclaren. Namun demikian, untuk mengurangkan kos, ia diganti dengan skaf

    berwarna dove grey (warna rendah diri) dengan lapik berwarna warm

    red (menandakan perasaan mesra) dan sehelai tartan Maclaren pada

    pangkal skarf dan dipakai oleh mereka yang telah lulus Kursus Praktikal

    Gilwell. Pada tahun 1924 penggunaan skaf Gilwell telah dihadkan

    kepada pemegang Manikayu sahaja. Pada masa kini, skaf Gilwell lebih

    berwarna kuning air keperangan daripada kelabu tetapi sebab dan tarikh

    perkembangan ini tidak diketahui.

    Wogel Gilwell

    Wogel ini telah direka buat pertama sekalinya oleh Bill Shankley, seorang

    kakitangan Gilwell Park pada awal tahun 1920-an. Beliau menghasilkan

    wogel Simpul Raga dua-lapis (Two-strand Turks Head) yang kemudiannya

    diambil sebagai wogel rasmi. Pada tahun 1943, John Thurman, Ketua Kem

    Gilwell Park, menginginkan sesuatu pengiktirafan kepada mereka yang

    melengkapkan setiap bahagian program Latihan Pemmpin dan ia kelihatan logik

    untuk memberikan sebahagian daripada lambang Manikayu setelah melengkapkan bahagian

    yang dikatakan Latihan Asas. Maka, mulai tahun 1943 sehingga 1989, Wogel Gilwell telah

    dianugerahkan kepada mereka yang tamat Latihan Asas dan Skaf Gilwell berserta Manikayu

    dianugerahkan setelah tamat Latihan Lanjutan. Wogel Gilwell masih boleh dibeli oleh

    Pemimpin Dewasa kini untuk kegunaan bersama Skaf Kumpulan atau Skaf Gilwell.

  • Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

    Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 36

    Tanduk Kudu (Kudu Horn)

    Kudu merupakan sejenis antelop Afrika berjalur putih dan tanduk

    berbelit. Seekor kudu jantan boleh membesar lebih daripada 5 kaki

    tinggi dan berwarna dari kelabu-kemerahan ke hampir kebiruan.

    Binatang ini mempunyai pendengaran dan bau yang amat baik dan

    ketangkasan yang cepat menjadikan ia sukar untuk ditangkap.

    Sebagai seorang Kolonel di Afrika Selatan pada tahun 1896, B-P telah

    memerintah bahagian penerbangan semasa kempen Matabele. Pertama kali B-P terdengar

    semboyan Kudu adalah semasa pertempuran di Sungai Shangani. Beliau terkejut dengan

    ketangkasan semboyan amaran disebarkan di kalangan orang Matabele, sehingga beliau

    menyedari bahawa mereka menggunakan semboyan perang yang mempunyai kuasa

    penyebaran yang hebat. Suatu jenis kod digunakan. Sejurus selepas musuh kelihatan,

    amaran telah dibunyikan menggunakan tanduk kudu yang kemudiannya dibawa beberapa

    batu jauhnya dalam masa yang singkat.

    Tanduk kudu inilah yang telah dijadikan sebagai semboyan yang

    membangkitkan Pengakap-pengakap terawal semasa Perkhemahan

    Percubaan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, pada musim panas

    1907. Apabila B-P mengumpulkan budak-budak di Pulau Brownsea,

    B-P teringat tentang tanduk kudu yang beliau bawa pulang dari

    Peperangan Matabele, dan beliau gunakannya untuk menambahkan

    perasaan adventur dan keseronokan kepada perkhemahan itu.

    Selepas Pulau Brownsea, tanduk kudu telah pulang ke rumah B-P

    dan tidak dibunyikan lagi selama 12 tahun. Kemudian, pada tahun 1919, B-P telah

    menyerahkan tanduk kudu kepada Gilwell Park untuk digunakan semasa Kursus Latihan

    Pemimpin yang pertama.

    Diadaptasi dan dterjemahkan dari: The Origin of the Wood Badge, The Scout Association UK (2003) dan

    laman web Pine Tree Web www.pinetreeweb.com oleh Lewis P. Orans

  • Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

    Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 37

    CARTA PERLAKSANAAN KURSUS

    LATIHAN MANIKAYU (2 butir)

    KURSUS PERINGKAT PENGENALAN [8 JAM]

    Latihan Amali selama 2 bulan

    di antara kursus

    KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1 Dijalankan secara berkhemah selama 3 hari 2 malam mengikut unit

    Dibenarkan memakai

    Gilwell Woggle

    KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 2 Latihan Dalam Perkhidmatan di Kumpulan ( 3 bulan )

    KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 3 Dijalankan secara 2 bahagian mengikut unit

    Bahagian [1] kesemua unit PKK / PM / PR / PK

    dijalankan secara berkhemah 3 hari 2 malam

    4-8 minggu diantara Bahagian [1] & [2]

    Bahagian [2] unit PKK dijalankan secara berkhemah 3 hari 2 malam

    Bahagian [2] unit PM / PR / PK dijalankan secara berkhemah 4 hari 3 malam

    KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 4 Penilaian 4 bulan

    PENCALONAN MANIKAYU

    ANUGERAH MANIKAYU - 2 BUTIR

    Latihan Asas

    Latihan Lanjutan

  • Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

    Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 38

    SELEPAS MENDAPAT 2 BUTIR

    MANIKAYU

    Tambah Unit

    Setiap unit Pengakap (PKK, PM, PR, PK) mempunyai Manikayunya tersendiri. Anda boleh

    menghadiri Kursus Manikayu Peringkat 1 bagi unit yang lain dan meneruskan latihan bagi

    unit tersebut sehingga mendapatkan Sijil Manikayu Tambahan bagi unit tersebut. Namun

    demikian, anda masih memakai 2 butir Manikayu sahaja pada pakaian seragam Pengakap.

    Penolong Jurulatih (Assistant Leader Trainer) - 3 Manikayu

    Bagi mereka yang minat dan serius dalam bidang latihan, bolehlah

    meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapatkan butir

    manikayu ketiga dan dilantik sebagai Penolong Jurulatih.

    Syarat-syarat:

    - Telah memakai 2 Manikayu sekurang-kurangnya 3 tahun.

    - Minat dan membantu dalam Kursus Latihan Pengakapan.

    - Pemimpin yang aktif.

    - Dicalunkan oleh PPM Daerah atau Negeri.

    - Menghadiri Kursus Penolong Jurulatih (Course for Assistant Leader Trainers-CALT) di

    dalam atau luar negara.

    - Menyempurnakan Tugasan selepas Kursus Penolong Jurulatih:

    Menjadi Ketua Kursus Manikayu Pengenalan 2 kali

    Menjadi Ketua Kursus Manikayu Peringkat 1 2 kali

    Menjadi Pembimbing Kursus Manikayu Peringkat 3 2 kali

    Menghadiri/membantu dalam Kursus Teknikal

    Tugasan Kerja Bertulis

    Jurulatih (Leader Trainer) - 4 Manikayu

    Bagi mereka yang ingin meneruskan latihan kejurulatihan yang lebih

    lanjut, mereka boleh berusaha untuk mendapatkan manikayu keempat

    dan dilantik sebagai Jurulatih.

    Syarat-syarat:

    - Telah memakai 3 Manikayu sekurang-kurangnya 3 tahun.

    - Aktif dengan Pasukan Latihan Daerah / Negeri & mempunyai bakat.

    - Dicalunkan oleh PPM Negeri.

    - Menghadiri Kursus Jurulatih Kebangsaan (Course for Leader TrainersCLT) di dalam atau

    luar negara.

    - Menyempurnakan Tugasan selepas Kursus Jurulatih Kebangsaan:

    Menjadi Ketua Kursus Manikayu Peringkat 3[1] & 3[2] 2 kali

    Menjadi Pembimbing Kursus Kebangsaan 1 kali

    Menghadiri/membantu dalam Kursus Teknikal

    Tugasan Kerja Bertulis