set soalan lengkap (pendidikan moral)

9
MPW 1153 Pendidikan Moral Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012 Set A Bahagian A/Objektif [60 Markah] Jawab semua soalan di bahagian ini dan hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 1. Moral berasal daripada perkataan Latin Mores. Moral juga boleh didefinisikan sebagai . i. pertimbangan dan tingkah laku ii. adat dan kegunaan iii. set peraturan tingkahlaku iv. falsafah moral a. i dan ii b. ii, iii dan iv c. iii dan iv d. semua di atas 2. Ciri-ciri di atas adalah mengenai . a. ethos b. mores c. kemoralan d. ethis 3. ialah satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Ia juga memerlukan individu atau kumpulan kecil mengikutinya. a. Kemoralan b. Motif c. Keadilan d. Nilai 4. Berikut merupakan pernyataan normatif dengan pertimbangan moral: a. Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi. b. Saya tidak memberus gigi dengan cara yang betul. c. Kehidupannya tidak bahagia. d. Kereta itu elok. Halaman 2 daripada 10 Berasal daripada perkataan Latin Merupakan hak mutlak yang harus dimiliki Sejajar dengan tatasusila Merupakan tatahukum

Upload: izzwandy

Post on 04-Aug-2015

2.937 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

soalan dan jawapan

TRANSCRIPT

Page 1: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

Bahagian A/Objektif

[60 Markah]

Jawab semua soalan di bahagian ini dan hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan

objektif yang disediakan.

1. Moral berasal daripada perkataan Latin Mores. Moral juga boleh didefinisikan sebagai

.

i. pertimbangan dan tingkah laku

ii. adat dan kegunaan

iii. set peraturan tingkahlaku

iv. falsafah moral

a. i dan ii

b. ii, iii dan iv

c. iii dan iv

d. semua di atas

2.

Ciri-ciri di atas adalah mengenai .

a. ethos

b. mores

c. kemoralan

d. ethis

3. ialah satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin

individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Ia juga memerlukan individu atau

kumpulan kecil mengikutinya.

a. Kemoralan

b. Motif

c. Keadilan

d. Nilai

4. Berikut merupakan pernyataan normatif dengan pertimbangan moral:

a. Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi.

b. Saya tidak memberus gigi dengan cara yang betul.

c. Kehidupannya tidak bahagia.

d. Kereta itu elok.

Halaman 2 daripada 10

Berasal daripada perkataan Latin

Merupakan hak mutlak yang harus dimiliki

Sejajar dengan tatasusila

Merupakan tatahukum

Page 2: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

5. Deontologi bermaksud .

a. matlamat

b. kewajipan

c. akibat

d. kebahagiaan

6.

Contoh di atas dapat menerangkan nilai dari aspek .

a. Intrinsik

b. Aritmetik

c. Altruisme

d. Utiliti

7. Berikut ialah pelaksanaan cabaran keempat Wawasan 2020 oleh kerajaan Malaysia.

a. Mewajibkan semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun untuk mengundi

b. Mewajibkan subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di semua sekolah

c. Mewajibkan semua rakyat mematuhi undang-undang jalan raya

d. Mewajibkan semua rakyat memakai topi keledar untuk memandu motosikal

8. Seseorang yang mengikuti prinsip kewajipan akan

a. memilih dengan bebas.

b. membuat keputusan yang tetap.

c. mengikut peraturan.

d. memaksimumkan kebahagiaan.

9. Ajaran Confusius terkandung dalam buku-buku yang dikenali sebagai dan

Empat Buku.

a. Dua Klasik

b. Tiga Klasik

c. Empat Klasik

d. Lima Klasik

10. Pilih contoh pertimbangan Aretaik bukan moral.

a. Demokrasi ialah bentuk kerajaan yang terbaik.

b. Siti perlu membeli kasut baru.

c. Pelajar digalakkan tidur awal.

d. Calon wajib membaca soalan dengan teliti.

Halaman 3 daripada 10

Seseorang kanak-kanak yang diajar tentang nilai bersopan santun akan bertutur

dengan cara yang bersopan dan berkelakuan baik, hanya jika kanak-kanak itu

dapat memahami dan menghayati nilai yang dipelajarinya.

Page 3: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

11. Berikut ialah ciri-ciri nilai objektif kecuali:

i. Kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan peribadi atau pihak yang tertentu

ii. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau

kebanyakan orang

iii. Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu

iv. Ia adalah berbeza-beza antara masyarakat dan boleh berubah mengikut masa

a. i dan ii

b. ii dan iii

c. iii dan iv

d. semua di atas

12. Kehidupan sosial masyarakat adalah dipengaruhi oleh undang-undang, adat resam dan

komunikasi di antara individu dalam masyarakat. Pernyataan ini merujuk kepada Teori

.

a. Keperibadian mulia

b. Kemoralan sosial

c. Teleologikal

d. Teori Deontologikal

13.

Contoh di atas boleh dipadankan dengan penerangan ini.

a. Nilai boleh digambarkan dengan gerak-geri.

b. Kadang-kadang nilai boleh berubah dari semasa ke semasa.

c. Nilai mempunyai kesan terhadap personaliti.

d. Nilai membenarkan kita mengetahui apa yang boleh dibuat.

14.

Ciri-ciri di atas adalah mengenai jenis bentuk nilai yang dikenali sebagai .

a. Objektif

b. Relatif

c. Instrumental

d. Intrinsik

Halaman 4 daripada 10

Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat

Bergantung pada nilai lain untuk mencapai matlamat

Contoh: mengenakan hukum gantung kepada pengedar dadah bagi menghapuskan

kegiatan pengedaran dadah

‘Nilai kejiranan berbeza dari segi intensitinya bagi masyarakat di kampung dengan

yang di bandar.

Tetapi asas nilai kejiranan memang wujud di kalangan mereka dan stabil dalam

kehidupan mereka’.

Page 4: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

15. Ciri-ciri nilai yang bersifat ‘absolute’ atau mutlak ialah seperti berikut:

i. Bersifat universal

ii. Bersifat spesifik

iii. Kekal sepanjang masa

iv. Terbukti sebagai baik atau buruk

a. i dan ii

b. i, iii dan iv

c. ii dan iii

d. Semua di atas

16. “Bersimpati dengan seorang bayi yang menghidap Leukemia” mengandungi elemen

dimensi moral seperti .

i. penaakulan moral

ii. perasaan moral

iii. perlakuan moral

iv. pemahaman moral

a. ii sahaja

b. ii dan iii

c. iii dan iv

d. Semua di atas

17.

Penerangan di atas adalah mengenai .

a. keadilan

b. situasional

c. altruisme

d. dilema sosial

18. Berikut ialah jenis-jenis konflik kecuali:

a. konflik di antara manusia

b. konflik di antara nilai

c. konflik di antara satu hak dengan yang lain

d. konflik di antara konsep

Halaman 5 daripada 10

“Sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan

dan prihatin terhadap orang lain”. Belas kasihan, simpati, menghargai dan

mengambil berat tentang kebajikan orang lain.

Page 5: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

19. Berikut merupakan ciri-ciri masyarakat birokratik:

i. Peraturan ditetapkan oleh autoriti

ii. Memerlukan peraturan khas untuk mengawal ahlinya

iii. Memerlukan nasihat untuk mengawal tindakan

iv. Orang lain di bawah jagaan perlu mematuhinya

a. i dan ii

b. i, ii dan iv

c. iii dan iv

d. semua di atas

20. Berikut ialah proses yang terlibat dalam strategi analisis nilai Fraenkal dan Coomb:

i. Meninjau kesan-kesan yang mungkin terjadi

ii. Mengutamakan nilai yang paling asas

iii. Menjaga perasaan dan kebajikan orang yang terlibat

iv. Mementingkan akibat keseluruhan

a. i dan ii

b. ii, iii dan iv

c. i, iii dan iv

d. semua di atas

21. “Melakukan sesuatu tindakan dengan kesan tindakan yang boleh membawa keseronokan

atau memanfaatkan banyak orang”. Prinsip ini adalah berkaitan dengan prinsip .

a. Utilitarianisme

b. Egoisme

c. Kemoralan sosial

d. Kewajipan

22. Berikut ialah peringkat yang terlibat dalam strategi pencairan masalah:

i. pembinaan alternatif bagi mengelakkan masalah

ii. merancang sesuatu dengan lebih rapi

iii. tindakan yang memuaskan hati kedua pihak

iv. menyusun pangkat mengikut kepentingan

a. i dan ii

b. ii, iii dan iv

c. i, iii dan iv

d. i, ii dan iii

23. Teori merangkumi pantang larang masyarakat dalam menjaga kerukunan

sosial.

a. Deontologikal

b. Teleologikal

c. Kemoralan sosial

d. Keperibadian mulia

Halaman 6 daripada 1

Page 6: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

24. Perkara-perkara yang disandarkan pada perkataan, perbuatan, tingkah laku, akhlak serta

pengakuan Rasulullah dikenali sebagai .

a. Al-Quran

b. Hadis

c. Iman

d. Akidah

25. Sesuatu yang baik tanpa syarat dalam sesuatu tindakan yang dijelaskam oleh Immenual

Kant adalah mengenai konsep .

a. Perintah mutlak

b. Tekad baik

c. Eksistensialisme

d. Relativisme

26.

Ciri-ciri di atas menerangkan tentang teori .

a. Deontologikal

b. Kemoralan sosial

c. Teleologikal

d. Utilitarianisme

27. Dalam teori keperibadian mulia, pembentukan keperibadian adalah unsur secara

beransur-ansur seperti berikut:

a. Kanak-kanak mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman.

b. Remaja mematuhi peraturan untuk mengelakkan denda.

c. Dewasa mematuhi peraturan kerana memahami implikasi sahaja.

d. Orang tua mematuhi peraturan untuk kebaikan.

28. Prinsip peraturan sosial yang distrukturkan kepada empat kelas sosial dikenali sebagai

.

a. Upanishad

b. Dharma

c. Varna

d. Dukkha

Halaman 7 daripada 10

Peraturan-peraturan berasaskan akibat atau tujuan yang dibawa oleh mereka.

Mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu

perbuatan.

Sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih

banyak kebaikan atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada

keburukan.

Page 7: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

29. Berikut ialah interpretasi tentang roh yang dipercayai oleh penganut Kristian iaitu

manusia mempunyai roh .

i. perasaan

ii. tumbesaran

iii. intelektual

iv. kemahiran

a. i dan ii

b. ii, iii dan iv

c. i, ii dan iii

d. semua di atas

30. Kitab Suci bagi penganut agama Sikh dikenali sebagai .

a. Guru Grant Sahib Ji

b. Guru Nanak

c. Guru Gobind Singh

d. Panj Piare

Halaman 8 daripada 10

Page 8: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

Bahagian B/Struktur

[30 Markah]

Jawab SEMUA soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan.

1. Huraikan maksud egoisme psikologi dan egoisme etika.

(3 Markah)

2. Nyatakan satu kelemahan bentuk etika situasional secara ringkas.

(3 Markah)

3. Tuliskan satu contoh kelakuan tidak bermoral yang dapat anda lihat semasa anda makan

di kantin sekolah.

(3 Markah)

4. Huraikan kefahaman anda mengenai proses “interiorized”.

(3 Markah)

5. Apakah yang anda faham tentang aliran pemikiran rasional?

(3 Markah)

6. Prinsip Utilitarianisme adalah sebahagian daripada teori teleologikal dalam subjek

Pendidikan Moral. Huraikan prinsip Utilitarianisme dengan ringkas.

(3 Markah)

7. Konflik sering terjadi dalam kehidupan seseorang manusia. Huraikan satu faktor

berlakunya konflik dalam kumpulan.

(3 Markah)

8. Jika anda telah menjemput rakan anda yang beragama Islam ke majlis hari jadi anda,

anda perlu sediakan makanan halal untuk mereka. Huraikan kefahaman anda mengenai

makanan halal menurut agama Islam.

(3 Markah)

9. Nyatakan satu contoh tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk

mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam negara kita.

(3 Markah)

10. Kegiatan ragut semakin berleluasa pada masa kini sehingga membahayakan keselamatan

anggota masyarakat. Huraikan satu langkah yang boleh diambil oleh anggota masyarakat

untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial ini.

(3 Markah)

Halaman 9 daripada 10

Page 9: Set Soalan Lengkap (Pendidikan Moral)

MPW 1153 Pendidikan Moral

Peperiksaan Akhir Semester, Julai 2012

Set A

Bahagian C/Esei

[10 Markah]

Jawab SATU soalan di bahagian ini pada kertas jawapan yang disediakan.

1. Salah satu fenomena yang menjadi duri dalam masyarakat Malaysia ialah masalah

keruntuhan akhlak remaja. Bincangkan contoh-contoh keruntuhan akhlak remaja

masa kini dan berikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita untuk

menangani jenayah tersebut.

(10 Markah)

2. Media massa merupakan ejen maklumat bagi rakyat Malaysia. Namun remaja masa

kini sering menyalahgunakan media massa untuk kepentingan diri. Huraikan peranan

media massa kepada remaja dan kesan-kesan penyalahgunaan media massa yang

membawa keburukan kepada remaja.

(10 Markah)

3. Agama Sikh merupakan salah satu agama yang di amalkan oleh masyarakat di

Malaysia. Huraikan perkara-perkara asas yang menjadi kepercayaan penganut

agama Sikh. Bincangkan keperibadian mulia menurut agama Sikh yang telah anda

pelajari dalam subjek Pendidikan Moral.

(10 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh Muhamad Izzwandy B. Mamat

Centre for Pre-University Studies

Halaman 10 daripada 10