tahap penguasaan pelajar pendidikan · pdf filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan...

28
TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SITI HAJAR BINTI RAMZAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhhuong

Post on 09-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM

KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI HAJAR BINTI RAMZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM

KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

SAYA: SITI HAJAR BINTI RAMZAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

Disahkan oleh

____________________________________ _________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: POS 26, KM. 3, PRT. KEROMA, TUAN. HJ MEOR IBRAHIM JLN. TEMENGGONG AHMAD, BIN KAMARUDDIN84000 MUAR, JOHOR. Nama Penyelia TARIKH: TARIKH:

SULIT

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TIDAK TERHAD

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM

KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI HAJAR BINTI RAMZAN

Tesis ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(MATEMATIK)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 4: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan:

Nama Penyelia : TN HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDIN

Tarikh:

Page 5: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

iii

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan:

Nama Penulis: SITI HAJAR BINTI RAMZAN

Tarikh :

Page 6: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat mak dan abah,

Encik Ramzan Bin Taib dan Puan Puziah Bte Ismail,

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak

kaki ini mula melangkah ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…

sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…

Buat semua ahli keluarga,

Terima kasih di atas segalanya…

Buat teman,

Rakan-rakan seperjuangan…Nurul Huda, Norwahida, Jacinta, Natasha dan Hasriani

Pengorbanan anda adalah besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini...

Dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T...

Page 7: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNya, penulisan ini dapat disiapkan akhirnya. Selawat dan salam ke atas nabi

junjungan Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Tuan Hj. Meor

Ibrahim Bin Kamarudin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, menasihat,

menyemak, memberi cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu sepanjang tempoh

projek ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak

menyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. Tidak lupa juga kepada para

pelajar pendidikan Matematik tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia, terima

kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah

memberi dorongan, sokongan dan kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini dengan jayanya. Dengan kerjasama semua, maka kajian ini dapat berjalan dengan

lancar dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala

jasa baik kalian.

Page 8: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak kesilapan pelajar dalam

pembelajaran topik `Lines and Angles` Tingkatan Satu dan Tiga. Antara aspek

kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji terdiri daripada

mendefinisi sudut, mengenalpasti jenis-jenis sudut, mengenalpasti jenis-jenis garisan,

sudut pada garis lurus, sudut pada satu titik dan penyelesaian soalan masalah. Kajian

telah dijalankan ke atas 59 responden yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Kimia)-4SPM dan pelajar Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Komputer)-4SPT tahun empat di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and

Angles` yang terdiri daripada 19 item merangkumi semua aspek yang dikaji menjadi

instrumen untuk mengumpulkan data. Data dikumpulkan dan dianalisis secara

kualitatif serta pemerhatian dijalankan terhadap corak kesilapan yang dilakukan oleh

responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden menghadapi masalah dalam

semua aspek kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji. Bagi

mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa cadangan tindakan pemulihan

dikemukakan. Antaranya ialah pembaikan proses penyampaian guru yang perlu

memberi perhatian lebih kepada penanaman definisi istilah matematik dan menggilap

tahap penguasaan Bahasa Inggeris responden.

Page 9: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the patterns of errors made by students

in the topic of Lines and Angles. This study focused on defining the angles,

identification of lines and angles, identification of angles on a straight line,

identification of angles at a point and problems solving. 59 respondents from

Bachelor of Science with Education (Mathematics-Chemistry) course, 4SPM and the

Bachelor of Science with Education (Mathematics-Computer) course, 4SPT were

chosen as the sample of this study. A set questionnaire consists of 19 items on all

aspects above was used as the instrument of collecting the data. Data were collected

and analyzed qualitatively. Patterns of errors made by the respondents were observed

manually based on their solution. The finding of this study shows that the

respondents face some difficulties in all aspects of Lines and Angles. Several ideas

and suggestions were forwarded such as reconstructing the process of delivering the

contents by focusing more on the definitions of mathematical terms and improve the

English language of the respondents.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

Page 11: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

ix

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Diagnosis 9

1.8.2 Kesalahan Lazim 9

1.8.3 Mengenalpasti 9

1.8.4 `Lines and Angles` 10

1.8.5 Masalah 10

1.8.6 Konsep 10

1.9 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep Tajuk `Lines and Angles` 13

Tingkatan Satu

2.3 Masalah Pembelajaran dalam Tajuk 17

`Lines and Angles`

2.4 Diagnostik Kesalahan Matematik 22

2.5 Penguasaan Bahasa Inggeris 26

2.6 Strategi Pemulihan dan Pengayaan 28

2.7 Penutup 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Kajian Rintis 34

3.4 Lokasi Kajian 35

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.6.1 Soalan Ujian Diagnosis 37

3.7 Analisis Data 38

3.7.1 Analisis Soalan Ujian 39

Page 12: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

x

Diagnosis Matematik

3.7.1.1 Analisis Tahap 39

Kefahaman

3.7.1.2 Analisis 39

Kesalahan Lazim

Yang Dilakukan

3.8 Penutup 41

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Data 43

4.2.1 Latar Belakang 43

Responden

4.2.2 Tahap Penguasaan 44

Responden dalam Topik

`Lines and Angles`

4.2.2.1 Aspek Simbol 47

Sudut

4.2.2.2 Aspek Definisi 48

Sudut

4.2.2.3 Aspek Unit Sudut 49

4.2.2.4 Aspek Melukis 50

Sudut

4.2.2.5 Aspek Jenis-jenis 52

Sudut

4.2.2.6 Aspek Jenis-jenis 58

Garisan

4.2.2.7 Aspek Sudut Pada 62

Garis Lurus

4.2.2.8 Aspek Sudut Pada 64

Satu Titik

Page 13: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

xi

4.2.2.9 Aspek Soalan 65

Penyelesaian

Masalah

4.3 Penutup 71

BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Kesimpulan Dapatan 72

5.3 Implikasi Kajian 73

5.3.1 Masalah Pelajar Dalam 74

Simbol, Definisi, Unit, dan

Melukis Sudut.

5.3.2 Masalah Pelajar Dalam 74

Jenis-jenis Sudut

5.3.3 Masalah Pelajar Dalam 75

Jenis-jenis Garisan

5.3.4 Masalah Pelajar Dalam 76

Sudut Pada Garis Lurus

5.3.5 Masalah Pelajar Dalam 76

Sudut Pada Satu Titik

5.3.6 Masalah Pelajar Dalam 76

Soalan Penyelesaian Masalah

5.4 Cadangan 77

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 79

5.6 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN 86

Page 14: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan sampel kajian mengikut kursus 36

3.2 Spesifikasi soalan Ujian Diagnosis 38

3.3 Jadual pengkelasan tahap penguasaan berdasarkan 39

skor markah betul

4.1 Pengkelasan latar belakang responden berdasarkan 43

jantina dan Gred PMR

4.2 Pengkelasan tahap penguasaan berdasarkan skor 44

betul

4.3 Analisis kesilapan secara keseluruhan 45

4.4 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 47

4.5 Contoh salah aplikasi bagi penamaan sudut 47

4.6 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 48

4.7 Contoh salah aplikasi bagi mendefinisi sudut 49

4.8 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 49

4.9 Contoh salah aplikasi bagi unit sudut 50

4.10 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 50

4.11 Contoh salah aplikasi bagi melukis sudut 51

4.12 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 52

4.13 Contoh salah aplikasi bagi jenis-jenis sudut 54

4.14 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 58

4.15 Contoh salah aplikasi bagi jenis-jenis garisan 60

4.16 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 62

Page 15: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

xiii

4.17 Contoh salah aplikasi bagi sudut pada garis lurus 63

4.18 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 64

4.19 Contoh salah aplikasi bagi sudut pada satu titik 65

4.20 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 65

4.21 Contoh salah aplikasi bagi soalan penyelesaian 67

masalah

Page 16: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulumm Bersepadu Sekolah Rendah

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

ICT - Information Centre Technology

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik-

Komputer)

SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik-

Kimia)

SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia-

Matematik)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KP - Kesilapan pemahaman

KM - Kesilapan tafsir maklumat

KF - Miskonsepsi fakta

KT - Kesilapan transformasi

KC - Kesilapan cuai

Page 17: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soalan Ujian Diagnosis 86

B Borang Pengesahan Ujian Diagnosis 98

Page 18: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan).

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan satu kurikulum matematik

sekolah menengah digubal yang bertujuan untuk membentuk individu yang

berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan

matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan

harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001).

Page 19: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

2

Peranan matematik dalam kemajuan tamadun hari ini memang tidak dapat

dinafikan lagi. Aplikasi matematik ke dalam pelbagai bidang sains dan teknologi

telah mendatangkan suatu pembaharuan dan perubahan yang besar kepada dunia.

Matematik boleh dikatakan kunci kepada peluang pekerjaan dan kerjaya di mana

kebolehan menyelesaikan masalah dalam matematik adalah mustahak sebagai asas

pendemokrasian dalam era teknologi terkini (Mazlan, 2002). Yang terkini, pemilihan

Dr. Sheikh Muzaffar Shah sebagai angkasawan Malaysia yang pertama merupakan

satu contoh dimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah melahirkan satu generasi

yang mampu membawa impak besar kepada negara. Ilmu matematik merupakan

bidang yang luas dan meliputi semua aspek kehidupan. Tidak salah jika dikatakan

bahawa kehidupan seharian manusia semuanya berkisarkan aplikasi matematik.

Devis dan Hersh (1981, dalam Zaimas, 1999) menyatakan bahawa matematik gunaan

secara automatik merentas disiplin ilmu yang lain. Matematik sentiasa diamalkan

dalam setiap bidang kehidupan termasuklah sains semulajadi, sains sosial,

perniagaan dan sebagainya.

Perkembangan pembelajaran matematik adalah meliputi perolehan

pengetahuan tentang pembinaan idea, pemilihan konsep dan fakta, perlaksanaan

prosedur, kemahiran mengira dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pelajaran

matematik merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir

untuk menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan

terhadap konsep, fakta dan prosedur dalam ilmu matematik. Selari dengan kemajuan

sains dan teknologi, pelbagai alat canggih direka dan dicipta bagi menyelesaikan

masalah matematik. Namun jika diletakkan alat canggih itu didepan mata berserta

satu soalan matematik yang mudah, soalan matematik tersebut tidak akan dapat

diselesaikan tanpa pemahaman konsep dan formula yang dikehendaki. Jelas dapat

dilihat bahawa penggunaan alat elektronik hanya mampu memudahkan dan

memendekkan cara pengiraan bagi mendapatkan jawapan. Mustahil bagi seseorang

yang tidak mengenali formula matematik dapat menyelesaikan satu soalan matematik

hanya menggunakan sebuah alat elektronik yang canggih.

Page 20: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

3

Walaupun bagaimanapun, pencapaian dan minat pelajar terhadap mata

pelajaran Matematik tidak begitu menggalakkan (Mazlan, 2002). Persepsi pelajar

terhadap matapelajaran matematik sebagai satu subjek yang sukar masih tidak dapat

ditangani. Pelbagai perubahan dalam dunia pendidikan termasuklah dari segi corak

pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penggunaan teknologi

komputer dan kalkulator, penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,

pembelajaran masteri dan perubahan bahasa Sains dan Matematik belum mampu

mengikis persepsi pelajar terhadap matapelajaran matematik. Maka, disinilah tugas

berat seorang pendidik dalam memastikan anak didiknya yang terdiri daripada

pelbagai ragam menerima ilmu matematik yang disampaikan dengan jelas dan tepat

disamping menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kandungan matematik KBSM merupakan satu kontinum daripada Tingkatan

Satu hingga ke Tingkatan Lima yang diolah mengikut tiga bidang yang saling berkait

iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang, dan Perkaitan. Skop pengetahuan dan kemahiran

bagi suatu tajuk disusun mengikut hierarki dan hubungkait di antara tajuk-tajuk.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum ini menegaskan pembinaan

konsep dan penguasaan kemahiran dengan menyeluruh dan mengambil kira aspek

penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi dalam matematik dan membuat

perkaitan Sharifah Maimunah (2001, dalam Noraini, 2007).

Sukatan Pelajaran Tingkatan Satu untuk topik `Lines and Angles` ini terdiri

daripada cara-cara melukis dan mengukur sudut, jenis-jenis sudut, sudut pada satu

garis lurus, sudut pada satu titik, dan ciri-ciri garisan selari, garisan serenjang dan

garisan bersilang. Kemahiran melukis dan mengukur sudut yang perlu dikuasai

pelajar adalah hanya menggunakan pembaris dan protaktor. Manakala konsep asas

yang perlu dikuasai dalam topik ini termasuklah empat jenis sudut dan julat setiap

Page 21: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

4

sudut tersebut, ciri-ciri sudut yang terbentuk pada satu garis lurus dan pada satu titik,

dan ciri-ciri sudut yang terbentuk daripada garisan selari, garisan serenjang dan

garisan bersilang. Dalam sukatan pelajaran Tingkatan Tiga untuk topik `Lines and

Angles` ini pula terdiri daripada ciri-ciri sudut yang terbentuk apabila satu garis

melintang pada dua atau lebih garisan selari. Terdapat tiga jenis sudut iaitu sudut

sejajar, sudut selang-seli, sudut bertentangan dan sudut pedalaman.

Lomas (1979, dalam Zaimas, 1999) menyatakan kebanyakan pelajar

menggunakan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah matematik

dibandingkan dengan matapelajaran lain. Terdapat tahap-tahap kesukaran tertentu

yang menggagalkan proses penyelesaian masalah. Tahap-tahap kesukaran tersebut

berhirarki dan bermula dari peringkat mengamati, memahami, mempelajari dan

memproses maklumat matematik secara tersendiri (Malik, 1999).

Seringkali pelajar menghadapi masalah dengan soalan permasalahan

matematik apabila melibatkan keupayaan pelajar mentafsir maklumat secara visual

dan spatial. Pelajar tidak dapat mengaplikasikan maklumat daripada simbol-simbol

matematik kepada bentuk ayat mudah, dan ini mengakibatkan kesilapan pelajar

dalam memilih teorem dan formula yang tepat dalam menyelesaikan soalan tersebut.

Penggunaan gambarajah yang banyak dalam topik `Lines and Angles` ini merupakan

masalah pokok kepada pelajar dalam menyelesaikan soalan permasalahan.

Penggunaan `Lines and Angles` tidak terhad dalam matapelajaran matematik sahaja

malah juga dalam matapelajaran fizik, sains, biologi dan sebagainya. Kelemahan

pelajar di peringkat awal akan menghalang pelajar menguasai peringkat kemahiran

yang lebih tinggi. Kelemahan pembelajaran ini termasuklah kesilapan pengiraan

sistematik, kesilapan pengiraan arithmetik atau kesilapan akibat kecuaian.

Seterusnya, masalah ini akan menjejaskan prestasi pekerjaan pelajar pada masa akan

datang yang akan bergelar seorang pendidik.

”Para pendidik seharusnya mengenalpasti punca-punca kemerosotan

pencapaian sekolah kebangsaan dan harus bertindak untuk

Page 22: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

5

mengatasinya. Mereka juga seharusnya sanggup menerima punca

sebenar walaupun ia mendedahkan kesilapan yang lepas.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, The Star, 2 September 2001)

Memandangkan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM

merupakan pelajar tahun akhir yang bakal bergelar seorang pendidik, maka usaha-

usaha pemulihan perlulah diambil bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan dan

mendatangkan kesukaran kepada pelajar semasa menjalankan tanggungjawab

sebagai seorang pendidik.

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik kini merupakan subjek penting di sekolah dan juga di pusat

pengajian tinggi.

“ Matematik bukan saja satu mata pelajaran yang dipelajari di

sekolah tetapi asasnya boleh diperkembangkan kepada bidang

professional seperti perakaunan, pelaburan, perniagaan, dan

keusahawanan.”

( Tun Dr. Mahathir Mohamad, Berita Harian, 20 Oktober 1998)

Tajuk `Lines and Angles` dalam sukatan pembelajaran matematik Tingkatan

Satu dan Tiga merupakan antara pengetahuan asas dalam matematik yang sering

diaplikasikan kepada beberapa matapelajaran lain. Kesukaran pelajar dalam

memahami dan mengaplikasikan konsep `Lines and Angles` seharusnya diberi

perhatian agar para pelajar tidak menghadapi masalah dalam matapelajaran

seterusnya. Pelbagai langkah pemulihan dan penggayaan perlulah diatur bagi

mengelakkan prestasi pelajar menurun dan menyebabkan pelajar hilang minat

Page 23: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

6

terhadap matapelajaran matematik. Maka kajian ini mengambil satu pendekatan

diagnosis bagi mengenalpasti tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik di

UTM dalam tajuk `Lines and Angles`.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif iaitu:

a) Menentukan tahap penguasaan konsep `Lines and Angles` pelajar

pendidikan matematik di UTM.

b) Mengenalpasti kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar

pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu :

a) Apakah tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik di UTM

dalam tajuk `Lines and Angles`?

b) Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar

pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`?

Page 24: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

7

1.6 Kepentingan Kajian

Cox (1975, dalam Shahrina, 2006) mendapati bahawa tanpa pengajaran

pemulihan kesilapan sistematik akan berterusan bagi tempoh masa yang panjang.

Beliau menyatakan bahawa 23.0% daripada pelajar-pelajar yang melakukan

kesilapan sistematik akan terus melakukan kesilapan yang sama dan serupa pada

masa-masa yang berikutnya.

Analisis pengagihan soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari tahun

2000 hingga 2007 menunjukkan bahawa terdapat soalan dari tajuk `Lines and

Angles` dalam kertas Matematik Satu. Oleh yang demikian, soalan dari tajuk `Lines

and Angles` menjadi soalan wajib bagi pelajar. Ini menunjukkan penekanan tajuk

`Lines and Angles` adalah dititikberatkan dalam silibus Pembelajaran Matematik

Menengah Rendah.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan diagnosis bagi

mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar dalam tajuk `Lines and Angles`.

Kesalahan-kesalahan lazim dan langkah-langkah penyelesaian pelajar dianalisis

untuk mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam tajuk `Lines and Angles` dan

seterusnya mencadangkan beberapa langkah pemulihan dan penggayaan bagi

mengatasi masalah-masalah tersebut. Pendekatan pemulihan bertujuan membantu

para pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan mendalami bidang

kesukaran mereka. Manakala pendekatan pengayaan kebiasaannya dapat membantu

pelajar yang mengalami masalah lambat faham atau lebih dikenali sebagai `slow

learner`. Selain itu langkah pemulihan dan pengayaan ini membolehkan para guru

mencuba pelbagai pendekatan baru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi

mengelakkan kesilapan berulang yang dilakukan pelajar. Maklum balas dari kajian

ini juga dapat mengenalpasti bagaimana seseorang pelajar itu mentafsirkan sesuatu

masalah dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

Page 25: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

8

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat dalam bidang pendidikan

terutamanya kepada bakal guru Matematik. Disebabkan kekangan masa, dapatan

kajian ini hanya akan mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan konsep `Lines

and Angles` dalam kalangan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM.

Setelah usaha-usaha pemulihan dan pengayaan dilaksanakan, diharap prestasi bakal-

bakal guru dari UTM dapat ditingkatkan.

1.7 Batasan Kajian

Beberapa batasan kajian telah ditetapkan iaitu:

a) Kajian ini hanya melibatkan para pelajar pendidikan matematik di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sahaja.

b) Kajian ini melibatkan ujian diagnosis untuk mengenalpasti

kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar pendidikan

matematik.

c) Kesimpulan kajian ini tidak dapat mentafsirkan pemahaman para

pelajar di Malaysia dan kejayaan kajian ini bergantung kepada

kerjasama sampel yang dipilih dan pihak-pihak yang berkaitan.

1.8 Definisi Istilah

Kajian ini menumpukan beberapa definisi istilah bagi membolehkan kajian

dijalankan dengan lebih tepat dan jelas.

Page 26: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

9

1.8.1 Diagnosis

Kamus Dewan edisi ketiga (2003) mentakrifkan diagnosis sebagai perbuatan

mengenalpasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya. Dalam koteks

pendidikan, diagnosis boleh dinyatakan sebagai usaha mencari alasan-alasan

mengapa para pelajar melakukan kesilapan atau menghadapi kesukaran dengan

meneliti serta mengenalpasti pola kesalahan yang mereka lakukan.

1.8.2 Kesalahan Lazim

Kesalahan lazim dalam konteks kajian ini bermaksud jenis-jenis kesilapan

yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan-soalan dalam topik

`Lines and Angles`.

1.8.3 Mengenalpasti

Mengenalpasti membawa maksud mengetahui atau mengecam dengan

sebenar sehingga dapat menyatakan dengan pasti sesuatu perkara itu berdasarkan

fakta-fakta atau statistik yang diperolehi.

Page 27: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

10

1.8.4 `Lines and Angles`

`Lines and Angles` merupakan salah satu topik dalam sukatan pelajaran

matematik Tingkatan Satu dan Tiga. Topik ini membincangkan cara-cara melukis

dan mengukur sudut, jenis-jenis sudut, sudut pada garis lurus, sudut pada satu titik,

ciri-ciri garisan selari, garisan serenjang dan garisan bersilang, dan ciri-ciri sudut

sejajar, sudut selang-seli dan sudut dalaman.

1.8.5 Masalah

Masalah diklasifikasikan sebagai satu situasi sama ada bersifat kuantitatif

atau sebaliknya yang dihadapi oleh pelajar atau sekumpulan pelajar yang

memerlukan penyelesaian tetapi pelajar tersebut tidak mengetahui sebarang kaedah

atau cara jelas untuk menghasilkanpenyelesaian tersebut.

1.8.6 Konsep

Konsep dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran dan perkara-perkara asas

dalam tajuk `Lines and Angles` yang perlu dikuasai oleh pelajar.

Page 28: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR PENDIDIKAN · PDF filemenyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. ... Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and ... SPM - Ijazah Sarjana

11

1.9 Penutup

Oleh kerana pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM merupakan

pelajar tahun akhir dan bakal bergelar seoarang pendidik, maka masalah penguasaan

isi matapelajaran dalam tajuk `Lines and Angles` ini perlulah dititikberatkan. Melalui

kajian ini tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM

dalam tajuk `Lines and Angles` dapat dikenalpasti.

Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini akan digunakan dalam

mengemukakan beberapa langkah pemulihan dan penyelesaian kepada bakal-bakal

guru yang menghadapi masalah dalam tajuk `Lines and Angles`.