set soalan bahasa melayu

25
SULIT SK LANGKAWI, KEDAH UJIAN BULANAN 1 TAHUN 4 BAHASA MELAYU Kertas 1 Arahan : 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan obejktif 2. Jawab soalan soalan. 3. Masa menjawab ialah 50 minit. SULIT

Upload: shaman1702-shangkari

Post on 13-Apr-2016

313 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SK LANGKAWITAHUN 4

TRANSCRIPT

Page 1: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

SK LANGKAWI, KEDAHUJIAN BULANAN 1

TAHUN 4

BAHASA MELAYUKertas 1

Arahan :

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan obejktif 2. Jawab soalan soalan.3. Masa menjawab ialah 50 minit.

NAMA : ____________________KELAS : ____________________

SULIT

Page 2: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

Arahan Am :

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 15

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “__________ mesti menyerahkan laporan Mesyuarat Agong Tahunan

ini kepada guru besar sekarang,” kata Roshan kepada Jesma.

A. Saudara

B. Kami

C. Kamu

D. Tuanku

2. Kakak sedang __________ ikan di dapur untuk hidangan makan

malam.

A. memasak

B. membasuh

C. menyimpan

D. menggoreng

SULIT

Page 3: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Puan Rohana sedang __________ bawang dengan menggunakan

sebilah pisau yang tajam.

A. menghiris

B. membelah

C.menyiang

D.menebang

4. Liana ______ air kelapa muda di dalam kelapa itu dengan menggunakan straw.

A. menelan

    B. meneguk    

   C. menyedut 

    D. merasa

SULIT

Page 4: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

5. Monalisa akan sentiasa berada di __________ ibu apabila ada

tetamu datang ke rumah.

A. atas

B. sisi

C. hujung

D. bawah

6. Negeri Perlis terletak di __________ Semenanjung 5Malaysia

A. Hadapan   

B. Selatan

C. Utara

D. Atas

7. Suasana di Kampung Mustafa itu damai dan sawah padi

___________ luas di kaki bukit.

A. terbentang

B. terdampar

C. terhampar

D. terlantar

8. __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun

Kuala Woh itu.

A. Indah

B. Muram

C. Kelam

D. Sayup

SULIT

Page 5: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

9. “__________ hari hujan, perlawanan bola jarring itu akan

dibatalkan,” kata Cikgu Roslina kepada Cikgu Ruzana.

A. Jika

B. Semenjak

C. Tatkala

D. Malahan

10. “Makanlah kuih karipap ini dahulu __________ kamu tidak lapar

dalam perjalanan ke Muzium Negara nanti,” kata Puan Amutha

kepada anaknya.

A. hingga

B. sewaktu

C. sementara

D. agar

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

SULIT

Page 6: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

11. Semua penumpang bas mesti berada di __________ 20 minit

sebelum waktu berlepas.

A. ruang tunggu

B. ruang menunggu

C. ruang penungguan   

D. ruang penunggu      

  

12.  Aiman _______ dalam jurusan kedoktoran di Universiti Sains

Malaysia.

A. ajar      

B.berajar          

C. belajar              

D. pelajaran

13. “Nah, ambillah tiga __________ buah betik ini!” kata Chong kepada

adik perempuannya.

A. butir

B. potong

C. ulas

D. kerat   

14. Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak

Cik Salmah kepada Jamilah.

A. cuit

B. cubit

C. colet

D. genggam

SULIT

Page 7: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

15. Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.

A. gelung

B. papan

C. mata

D. biji     

16. Rahman meminta kebenaran daripada ibunya untuk ________

aktiviti perkhemahan.

A. Sertai

B. Penyertaan

C. Disertai

D. Menyertai

17. Ceramah itu diadakan untuk menyedarkan murid-murid

tentang __________ najis dadah.

A. menyalahgunakan

B. penyalahgunaan

C. disalahgunakan

D. kesalahgunaan     

18. “Mengapakah kamu tidak __________ tentang pelajaran kamu

sedangkan peperiksaan pertengahan tahun sudah hampir?”

kata Cikgu Siva kepada Kautham.

A. ambil angin

B. ulat buku

C. ambil hati

D. ambil berat

SULIT

Page 8: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

19. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar

ataupun majalah kerana dia _______________.

A. buta hati

B. buta huruf

C. buta kayu

D. buta gaji

20. Sampan Pak Cik Abu itu ___________ dipukul ombak yang

kuat ditengah laut.

A.terayun-ayun

B. tergoyang-goyang

C. terumbang-ambing

D. terpontang-panting  

21. Pak Cik Abdul meletakkan _________ untuk menyangga tiang

itu.

A. tetupai

B. sesiku

C. kekuda

D. jejari                                                                

22. Perasaan Mariam __________ apabila permohonannya untuk

melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.

A. seperti kaca terhempas ke batu

B. seperti bulan jatuh ke riba

C. seperti ular kena palu

SULIT

Page 9: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

D. seperti mencurah air ke daun keladi        

Soalan 23Pilih kata seerti yang sesuai.

23. Daniel berasa bangga kerana kakaknya berjaya melanjutkan  pelajaran

ke luar negara. Pilih perkataan seerti bagi bangga.A. bongkak

B. kagum

C. megah

D. sukacita                                                                                          

Soalan 24Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24.I Meja makan di rumah Datuk Khairul diperbuat daripada kayu

yang keras.

II Ramli memang seorang budak yang keras kepala.

III Pemandu kenderaan dilarang sama sekali mengambil

minumam keras.

IV Anjing itu menyalak dengan keras apabila melihat pengemis itu

berada di pintu pagar.

A. I dan II

B. I dan III

C. I, II dan III

D. II, III dan IV               

SULIT

Page 10: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

25.  I. Kassim sedang   menonton televisyenketika kami tiba di rumahnya.

II.  Masita masih sedang belajar di sekolah rendah.

III.  Adik Siti sedang membuat kerja rumah di dalam bilik.

IV.  Seluar panjang yang dijahit oleh emak sedang untuk adik saya.

 

A. I dan II

B. I dan IV     

C. I, III dan IV   

D. I, II, III dan IV

26.I Peraturan di sekolah berasrama itu agak ketat.

       II Baju yang baru dibeli itu tidak muat kerana terlalu ketat.

      III Sejak perselisihan faham itu, Akmal menjadi musuh ketat   saya.

       IV Buku-buku di perpustakaan itu disusun dengan ketat.

A. I dan II

B. I dan III

C. I, II dan III

D. II,III dan IV                                                                   

Soalan 27 dan 28Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

27.Beg tangan daripada songket itu dijahit oleh Puan Rokiah.

A. Puan Rokiah menjahit beg tangan daripada songket itu.

B. Puan Rokiah akan menjahit beg tangan daripada songket itu.

C. Puan Rokiah jahit beg tangan daripada songket itu.

D. Puan Rokiah menjahit beg tangan untuk saya daripada songket itu.

SULIT

Page 11: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

      

28. Danial dan Luqman akan singgah di rumah Ikram dalam perjalanan

pulang darisekolah nanti.

A.“Saya akan singgah di rumah kamu dalam perjalanan pulang dari

sekolahnanti,” kata Danial kepada Luqman dan Ikram.

B.“Dalam perjalanan pulang dari rumah Ikram, kami akan singgah di

rumahkamu, Luqman,” kata Danial.

C.“Singgahlah di rumah saya semasa kamu pulang dari sekolah nanti,”

kata Ikram kepada Danial dan Luqman.

D.“Kami akan singgah di rumah Ikram semasa pulang dari sekolah nanti,”kata Danial dan Luqman

Soalan 29Pilih ayat yang betul.

29.I Hashril pergi ke kedai runcit untuk membeli santan.

II Adik merengek-rengek minta dibelikan aiskrim.

        III Kaki seluar abang yang koyak itu kakak jahit.

    IV Pengerusi majlis meminta para-para tetamu duduk di atas kerusi.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV                                                                                     

SULIT

Page 12: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

30. I. Wah,atas kejayaan anda memenangi acara itu buat kali ketiga

berturut-turut

      II  "Cis, di sini rupa-rupanya kamu bermalam!" kata pengemis itu

kepada kawannya.

      III  Aduh, lihatlah sendiri perangai budak-budak muda yang suka

berlumba haram itu!

      IV  Eh, kamu rupa-rupanya yang mengetuk pintu dapur rumah saya!

  A   I dan II

   B  I dan III    

   C  II dan III    

   D  II dan IV

SULIT

Page 13: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

SOALAN 31 - 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru

Besar,barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-

rakan yangdikasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan

syarahan yang bertajuk “Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di

Sekolah”.

          Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

          Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai

setiap murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit beruniform,

persatuan,kelab dan sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan

kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan.

        Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan

ilmu pengetahuan. Segala aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran

di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyertaan setiap murid adalah penting

untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang mendalam

berkaitan dengan pelajaran yang

dipelajari. 

        Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolong

menolong, bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu

sama lain. Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam

menjalani kehidupan.

SULIT

Page 14: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

        Hadirin yang dihormati,

       Melalui kegiatan kokurikulum kita berpeluang menyumbangkan tenaga

dan bakti kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotong-

royong yang dijalankan oleh Persatuan Puteri Islam menggalakkan ahli-ahli

Puteri Islam supaya bersatu padu dan bekerjasama di samping menjalin

hubungan yang erat dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini, lahirlah

generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun.

       Selain itu, aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa

kegiatan kokurikulum dapat membina kecerdasan fizikal dan mental kita.

Sebagai mengakhiri syarahan saya pada pagi ini, saya ingin menegaskan

bahawa kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan

kepada kita khususnya para pelajar.

Sekian, terima kasih.

31. Siapakah yang wajib menyertai aktiviti kokurikulum?

A. Ibu bapa

B. Murid-murid sekolah

C. Guru-guru dan kakitangan

D. Ahli jawatankuasa sekolah

32. Yang manakah bukan faedah mengikuti aktiviti kokurikulum?

A. Dapat memenuhi masa lapang.

B. Dapat mengurangkan masa senggang.

C. Boleh bergaul dengan rakan di sekolah.

D. Tidak menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan.

SULIT

Page 15: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

33. Nyatakan sikap-sikap baik yang boleh dipupuk melalui aktiviti

kokurikulum.

A. Berjimat-cermat dan hormat-menghormati.

B. Bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan berdikari.

C. Pandai berbohong, mencuri dan membuang masa.

D. Menggunakan masa dengan baik.

34. Apakah kesan daripada penglibatan murid-murid dalam aktiviti

kokurikulum

kepada institusi kemasyarakatan?

A. Mewujudkan perpaduan kaum

B. Menggalakkan semangat kesukanan

C. Menyemaikan semangat kekitaan

D. Melahirkan generasi berbudi

35. Maksud perkataan cerdas dalam petikan di atas ialah ...

A. besar

B. lemah

C. pintar

D. bersih

SULIT

Page 16: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

SOALAN 36 - 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

20 Februari 2013

            Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi.

Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga

selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah

dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam di situ.

Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi  anjuran

kerajaan negeri Kedah.

21 Februari 2013

            Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul

10.00  pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan

kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu Hitam untuk

memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami

akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri

Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula,

ombak sangat kuat.  Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada

batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung

kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu  setelah sepuluh

kilometer berkayak.  Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan

bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu

terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir.

            Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk.

Pasukan dari negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk

muncul sebagai juara semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat

SULIT

Page 17: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau

itu.

23 Februari 2013

            Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran.

Kami berkayuh dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana

takut  kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti.

            Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu

Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali

pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat

dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan

kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.

36. Tomoi ialah........

A. nama sejenis seni pertahanan diri

B. nama sejenis silat yang berasal dari Kedah

C. nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand

D. nama sejenis permainan yang popular di Kedah

37. Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?

            A. Untuk menyaksikan pertandingan tomoi

            B. Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak

            C. Untuk menyertai pertandingan berkayak

            D. Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk

SULIT

Page 18: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

38. Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?

            A. Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian

            B. Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan

            C. Untuk memulakan pertandingan kayak itu

D. Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

39. Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?

A. Pasukan dari negeri Perak    

B.  Pasukan dari Negeri Sembilan

C.  Pasukan dari negeri Kedah

D. Pasukan dari negeri Selangor

40. Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?

           A. Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.

           B. Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam

pertadingan itu.

          C. Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan

dari negeri Kedah.

D. Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam

                pertandingan itu.

SULIT

Page 19: Set Soalan Bahasa Melayu

SULIT

Selamat Menjawab-Kejujuran Mencerminkan Keperibadian-

Disediakan oleh,

_____________________

(SHANGKARI A/P SIVABALAN)GURU PELATIH,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

SULIT