set 1 soalan 1 :rumusan (30 markah) baca petikan di bawah ... · pdf filesoalan 2 (b) -...

8
SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan kesan-kesannya kepada negara Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Industri pelancongan masih kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dari segi pendapatan tukaran asing. Pelbagai usaha dan strategi dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kemajuan sektor pelancongan di negara ini. Nampaknya, usaha mempromosikan sumber baru pertumbuhan dalam pelancongan kesihatan telah berjaya meningkatkan bilangan pelancong yang mendapat rawatan di negara ini. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negara-negara lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini. Malaysia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan kerana memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing. Keindahan yang dimiliki oleh negara ini menjadi penyumbang utama terhadap perkembangan dan peningkatan sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa pihak swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar sebagai satu usaha untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan negara.. Pelbagai langkah dilakukan untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan, antaranya, menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaras tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa. Selain itu, hospital-hospital digalakkan mendapat akreditasi antarabangsa dan mengadakan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Kerajaan juga menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional Malaysia oleh pihak swasta sebagai usaha meningkatkan sumbangan dalam sektor ini. Syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut dilonggarkan selain menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa menyokong dan mengalu-ngalukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2004 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination International Sdn. Bhd. (MSCI) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negara ini. Sememangnya pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak

Upload: vothu

Post on 08-Feb-2018

387 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

SET 1

Soalan 1 :Rumusan

(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan kesan-kesannya kepada negara Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan masih kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dari segi pendapatan tukaran asing. Pelbagai usaha dan strategi dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kemajuan sektor pelancongan di negara ini. Nampaknya, usaha mempromosikan sumber baru pertumbuhan dalam pelancongan kesihatan telah berjaya meningkatkan bilangan pelancong yang mendapat rawatan di negara ini. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negara-negara lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini. Malaysia sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan kerana memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing.

Keindahan yang dimiliki oleh negara ini menjadi penyumbang utama terhadap perkembangan dan peningkatan sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa pihak swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar sebagai satu usaha untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan negara.. Pelbagai langkah dilakukan untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan, antaranya, menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaras tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa. Selain itu, hospital-hospital digalakkan mendapat akreditasi antarabangsa dan mengadakan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Kerajaan juga menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional Malaysia oleh pihak swasta sebagai usaha meningkatkan sumbangan dalam sektor ini. Syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut dilonggarkan selain menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina kecemerlangan klinikal.

Kerajaan juga sentiasa menyokong dan mengalu-ngalukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2004 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination International Sdn. Bhd. (MSCI) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negara ini. Sememangnya pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 2: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya menjadi galakan kepada perkembangan industri ini di Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Sektor Pelancongan Kesihatan � Produk Perkhidmatan Kesihatan Pilihan yang berkualiti , oleh: Hj. Samat bin Buang,

Fokus, Julai, 2006)

Soalan 2 Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai prasarana kukuh. [2 markah]

ii) Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia dalam mengembangkan sektor pelancongan kesihatan negara ?

[3 markah]

iii) Industri pelancongan negara semakin berkembang pesat. Pada pendapat anda,

apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kerajaan bagi mengembangkan lagi industri pelancongan negara?

[4 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 3: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di

mana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. Pungguk itu ialah dirinya , rindu Si

pungguk ialah rindunya, derita si pungguk ialah penderitaan dirinya. Ingatannya kepada

Izwan, kepada Nuryani Iman, kepada Siti Nurhidayah tidak pernah luak, tidak pernah

bertukar seperti rambutnya yang sudah memutih, tidak pernah bertukar seperti kulitnya yang

berpintalan dengan seribu kedutan.

Angin malam terus bertiup, terlalu dingin, membawa bersama-sama bau cempaka dan

melur di halaman. Pak Itam terasa segar. Terasa semakin syahdu, kesepian malam ini kian

mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian mengecil, rumput-rampai, daun-

daunan, walaupun ditiup angin, tetapi tetap menunduk, sujud kepada Tuhan, berzikir dan

bertasbih. Bukankah Tuhan jadikan manusia, para malaikat, jin dan makhluk seisi alam ini

supaya sujud kepada-Nya?

(Dipetik daripada cerpen �Memori Seorang

Tua� oleh Zahari Affandi dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)

m/s 119

i) Apakah yang menyebabkan Pak Itam begitu sedih? [2 markah]

ii) Andaikan anda Pak Itam, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda lakukan untuk mendapatkan anak-anaknya kembali? [3 markah]

iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 4: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya, �Wahai

anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu

ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula.�

�Anakanda tidak mahu, ayahanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung

mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri.�

Mahu tak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan

seraya bertitah, �Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana

ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram

ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakandalah yang telah memelihara

geliung ini seisi-isinya!�

�Ampun Tuanku, titah Tuanku itu adalah benar, tetapi patik adalah menumpang teduh

di dalam geliung ini saja, patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi.�

(Dipetik daripada �Pelayaran yang Penuh Peristiwa� dalam antologi Harga Remaja, DBP)

(i) Berikan maksud memelihara geliung ini seisi-isinya. [2 markah]

(ii) Apakah alasan-alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung kepada Tuanku

Nakhoda Tua apabila baginda memujuknya? [3 markah]

iii) Pada pendapat anda, wajarkah orang seperti Tuanku Nakhoda Tua itu meneruskan

tugas sebagai seorang ketua? Berikan alasan anda. [3 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 5: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

Soalan 2 (d) � Pemahaman Sajak

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BANGKITLAH Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! Rejab F.I Langit di Tangan,1995. Dewan Bahasa dan Pustaka.

i) Mengapakah anak-anak muda diseru untuk �bangkit� oleh penyajak? [3 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh remaja untuk

mencapai aspirasi negara? [3 markah]

iii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak di atas? [3 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 6: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. jalan ii. makan

iii. pucuk [6 markah]

(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

i. Puan Ruslah berasal dari utara semenanjung.

ii. Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!

iii. Mengapa kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam?

iv. Jangan bermain di rumah yang usang itu.

v. Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Paroi Jaya.

vi. Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada guru kaunseling.

[6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kepulangan peninju negara yang memperolehi pingat emas dalam Sukan

Komanwel telah disambut dengan meriah. ii. Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia

sekiranya tidak dicegah dari awal.

iii. Pengusaha gerai satay itu telah memperisteri anak lelakinya dengan anak pengusaha Restoran Azizah.

[6 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 7: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Rumah mangsa angin ganas pada minggu lepas telah mereka bina semula.

ii. Saya suka menengok rancangan kartun dengan semua adik-beradik saya pada waktu lapang.

iii. Hakim mengenakan hukuman penjara selama lima tahun terhadap banduan itu

di atas kesalahannya memukul Wak Jani.

[6 markah]

(e) Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan-petikan tersebut.

i. Pengurus bank itu telah melakukan kesalahan pecah amanah dan akan didakwa di mahkamah.Dia merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap segala urusan bank tetapi dia pula yang melakukan perbuatan yang keji itu.

ii. Walaupun Asmadi telah lama tinggal di Australia, sebuah negara yang maju tetapi dia tetap berhasrat untuk kembali semula ke Malaysia dan menetap di sini walaupun Malaysia tidak semaju Australia.

iii. Adnan telah bergelar pelawak yang terkenal. Kini dia ingin pula menjadi seorang pelakon, namun bakatnya tidak terserlah dalam bidang lakonan malah jenakanya pula tidak lagi mendapat sambutan daripada peminatnya.

[6 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 8: SET 1 Soalan 1 :Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah ... · PDF fileSoalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (i) Papa � (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir (vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dikaitkan dengan persoalan maruah. [7 markah] (b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan cara-cara watak utama menyelesaikan konflik yang dialaminya. [8 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan