Ð buku-buku b sintaksis Ð penggambaran sesebuah filem ......baca petikan di bawah dengan teliti...

4
44 B SINTAKSIS Set 1 Tukar perbualan di bawah semula dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya. Mak Jah : Abang handak ke mana? Tergesa-gesa hendak keluar nampaknya. (Pak Ngah hanya membisu.) Mak Jah : Abang hendak ke mana? Pak Ngah : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Jah : Kalau sibuk dengan kerja pun, makanlah dulu, nanti lapar. Pak Ngah : Saya hendak meletakkan jawatan sebagai drebar bas koperasi. Mak Jah : Sudah tu, abang hendak kerja apa? Pak Ngah : Minta pinjaman daripada MARA. Beli sebuah bas. Mak Jah bertanyakan arah tuju suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Ngah hanya membisu. Mak Jah terus mengulangi pertanyaannya itu. Pak Ngah mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Jah menyarankan suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar. Pak Ngah memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai drebar bas koperasi. Mak Jah bertanyakan pekerjaan yang akan dilakukan oleh suaminya setelah berhenti kerja. Pak Ngah menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas. Set 2 Tulis petikan di bawah semula dalam bentuk perbualan dengan mengekalkan maksud asalnya. Leman memberitahu Murad bahawa dia tidak bersetuju. Perkara itu dianggapnya sebagai tidak adil. Murad bertanya kepada Leman tentang perkara yang tidak dipersetujuinya dan dikatakannya tidak adil itu. Leman menyatakan pendapatnya bahawa ada orang yang menghasut penghulu agar membatalkan pembinaan gelanggang sepak takraw di padang di hujung jalan itu. Murad menjelaskan bahawa sebenarnya tiada sesiapa pun yang mempengaruhi keputusan penghulu, sebaliknya penghulu mahu menjadikan padang itu sebagai gelanggang silat. Leman memberitahu Murad bahawa dia akan berjumpa dengan penghulu untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Murad mengajak Leman ke rumah penghulu pada masa itu juga.

Upload: others

Post on 02-Oct-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ð Buku-buku B SINTAKSIS Ð Penggambaran sesebuah filem ......Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan

44

(ii) jalan– Tolong tunjukkan jalan ke Tasik Titiwangsa.– Jalan cerita filem yang baru ditontonnya itu membosankan.

(iii) lama– Penggambaran sesebuah filem memakan masa yang lama.– Buku-buku lama itu disimpannya di dalam almari

B SINTAKSIS

Set 1

Tukar perbualan di bawah semula dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Mak Jah : Abang handak ke mana? Tergesa-gesa hendak keluar nampaknya.(Pak Ngah hanya membisu.)

Mak Jah : Abang hendak ke mana?Pak Ngah : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.Mak Jah : Kalau sibuk dengan kerja pun, makanlah dulu, nanti lapar.Pak Ngah : Saya hendak meletakkan jawatan sebagai drebar bas koperasi.Mak Jah : Sudah tu, abang hendak kerja apa?Pak Ngah : Minta pinjaman daripada MARA. Beli sebuah bas.

Mak Jah bertanyakan arah tuju suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendakkeluar. Pak Ngah hanya membisu. Mak Jah terus mengulangi pertanyaannya itu. Pak Ngah mengatakanbahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Jah menyarankan suaminyamakan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar. Pak Ngahmemberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai drebar bas koperasi. Mak Jah bertanyakanpekerjaan yang akan dilakukan oleh suaminya setelah berhenti kerja. Pak Ngah menjelaskan bahawa dia hendakmemohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Set 2

Tulis petikan di bawah semula dalam bentuk perbualan dengan mengekalkan maksud asalnya.

Leman memberitahu Murad bahawa dia tidak bersetuju. Perkara itu dianggapnya sebagai tidakadil. Murad bertanya kepada Leman tentang perkara yang tidak dipersetujuinya dan dikatakannyatidak adil itu. Leman menyatakan pendapatnya bahawa ada orang yang menghasut penghuluagar membatalkan pembinaan gelanggang sepak takraw di padang di hujung jalan itu. Muradmenjelaskan bahawa sebenarnya tiada sesiapa pun yang mempengaruhi keputusan penghulu,sebaliknya penghulu mahu menjadikan padang itu sebagai gelanggang silat. Leman memberitahuMurad bahawa dia akan berjumpa dengan penghulu untuk mengetahui kedudukan yangsebenarnya. Murad mengajak Leman ke rumah penghulu pada masa itu juga.

Page 2: Ð Buku-buku B SINTAKSIS Ð Penggambaran sesebuah filem ......Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan

45

Leman : Saya tidak setuju! Perkara ini tidak adil!Murad : Eh, Leman! Apa hal yang kamu tidak setuju dan kamu kata tidak adil?Leman : Saya fikir, ada orang yang menghasut penghulu agar membatalkan pembinaan gelanggang sepak

takraw di hujung jalan itu.Murad : Sebenarnya tiada sesiapa pun yang mempengaruhi keputusan penghulu, sebaliknya dia mahu

menjadikan padang itu sebagai gelanggang silat.Leman : Saya akan berjumpa dengan penghulu untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya.Murad : Jika begitu, kita ke rumah penghulu sekarang.

Set 3

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.(i) Dalila mengundang Amira dan Zakiah ke rumah bagi meraikan majlis hari jadi adik bongsunya.

Amira dan Zakiah diundang oleh Dalila ke rumah bagi meraikan majlis hari jadi adik bongsunya.(ii) Saya menyimpan telefon bimbit itu di dalam laci di dalam bilik.

Telefon bimbit itu saya simpan di dalam laci di dalam bilik.(iii) Pasukan Tingkatan 4 Budiman memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan kuiz Matematik.

Markah tertinggi dalam pertandingan kuiz Matematik diperoleh pasukan Tingkatan 4 Budiman.

Set 4

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.(i) Pemilihan Hisham sebagai bendahari Persatuan Sejarah disokong sebulat suara oleh semua ahli.

Semua ahli sebulat suara memilih Hisham sebagai bendahari Persatuan Sejarah.(ii) Kesesakan lalu lintas di bandar itu disebabkan oleh sistem pengangkutan yang kurang berkesan.

Sistem pengangkutan yang kurang berkesan menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.(iii) Peralatan tajam seperti pisau dan gunting serta kotak ubat diletakkan di tempat yang tinggi oleh

Puan Alin.Puan Alin meletakkan peralatan tajam seperti pisau dan gunting serta kotak ubat di tempat yang tinggi.

Set 5

Tukar ayat-ayat di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.(i) Syarikat pengedar komputer di Malaysia tumbuh dengan pesat kini.

Tumbuh dengan pesat kini syarikat pengedar komputer di Malaysia.(ii) Sudah dua tahun Azman menjadi jurutera setelah menamatkan pengajian di universiti.

Setelah menamatkan pengajian di universiti sudah dua tahun Azman menjadi jurutera.(iii) Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu.

Untuk memenangi pertandingan itu kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Set 6

Tukar ayat-ayat songsang di bawah kepada ayat biasa tanpa mengubah maksud asalnya.(i) Indah nian pemandangan sawah padi pada waktu petang.

Pemandangan sawah padi pada waktu petang indah nian.(ii) Di bawah pokok jambu mereka berehat sambil berbual.

Mereka berehat sambil berbual di bawah pokok jambu.(iii) Masih kurang pelanggan datang ke kedainya selepas seminggu dibuka.

Selepas seminggu dibuka masih kurang pelanggan datang ke kedainya.

Page 3: Ð Buku-buku B SINTAKSIS Ð Penggambaran sesebuah filem ......Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan

46

Set 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat sahajadengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya.

Main puteri ialah kaedah perubatan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayudi Kelantan. Cara pengamalannya berkait rapat dengan kepercayaan animisme, hasil pengaruhHindu. Mereka percaya bahawa kuasa ghaib mampu menyembuhkan penyakit. Main puterimerupakan jalan terakhir setelah kaedah perubatan lain tidak berkesan. Kini, main puteri hanyadigunakan oleh sebilangan masyarakat luar bandar. Permainan ini sedikit demi sedikit hilangakibat pengetahuan masyarakat tentang ajaran agama Islam.

(i) Main puteri ialah kaedah perubatan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantanyang cara pengamalannya berkait rapat dengan kepercayaan animisme, hasil pengaruh Hindu.

(ii) Mereka percaya bahawa kuasa ghaib mampu menyembuhkan penyakit dan main puteri merupakan jalanterakhir setelah kaedah perubatan lain tidak berkesan.

(iii) Kini, main puteri hanya digunakan oleh sebilangan masyarakat luar bandar kerana permainan ini sedikitdemi sedikit hilang akibat pengetahuan masyarakat tentang ajaran agama Islam.

Set 8

Baca petikan di bawah dengan teliti dan pisahkan ayat-ayat dalam petikan di bawah kepada enam ayat denganmengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan amatlah dialu-alukan. Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import, cumamentaliti segelintir rakyat yang belum berubah. Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian,alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial yang mampu memberi kepuasankepada pelanggan dan patut dikekalkan penggunaannya.

(i) Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan amatlah dialu-alukan.(ii) Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import.(iii) Mentaliti segelintir rakyat belum berubah.(iv) Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian, alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial.(v) Barangan tempatan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan.(vi) Barangan tempatan patut dikekalkan penggunaannya.

Set 9

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.(i) Saya dan kakak berbasikal ke sekolah.

Saya berbasikal ke sekolah.Kakak berbasikal ke sekolah.

(ii) Murid yang rajin sahaja akan berjaya.Murid rajin sahaja.Murid akan berjaya.

Page 4: Ð Buku-buku B SINTAKSIS Ð Penggambaran sesebuah filem ......Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan

47

(iii) Dia sedar bahawa sesuatu kejayaan bergantung pada usaha yang gigih.Dia sedar.Sesuatu kejayaan bergantung pada usaha yang gigih.

Set 10

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.(i) Dia mengambil perca kain untuk membalut luka pada tangannya.

Perca kain diambilnya untuk membalut luka pada tangannya.(ii) Pak Cik Imran membeli sebuah buku cerita untuk anaknya.

Sebuah buku cerita untuk anaknya dibeli oleh Pak Cik Imran.(iii) Kami memberikan sumbangan kepada mangsa banjir melalui tabung khas di sekolah.

Sumbangan kepada mangsa banjir kami berikan melalui tabung khas di sekolah.

C SISTEM EJAAN DAN IMBUHAN

Set 1

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkankesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.(i) Tanah yang kering itu merkah kerana terkurang air akibat musim kemarau.

Tanah yang kering itu merekah kerana kekurangan air akibat musim kemarau.(ii) Segelinter ibu bapa pada masa kini menghadapi masalah besar dalam didikan anak-anak remaja

mereka.Segelintir ibu bapa pada masa kini menghadapi masalah besar dalam mendidik anak-anak remaja mereka.

(iii) Perdana Menteri menurunkan tanda tangan pada plak itu sebagai tanda perasmian KempenBudi Bahasa.Perdana Menteri menurunkan tandatangan pada plak itu sebagai tanda merasmikan Kempen BudiBahasa.

Set 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkankesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.(i) Ezren mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang anjuran

oleh Persatuan Bahasa Inggeris.Ezren mendapat tempat ketiga dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan olehPersatuan Bahasa Inggeris.

(ii) Tukang rumah itu mendengari radio sambil memasang kikisi di rumah jirannya.Tukang rumah itu mendengar radio sambil memasang kekisi di rumah jirannya.

(iii) Kajian yang dijalankan menunjukkan betapa jerebu peninggalan kesan yang negativ terhadapkesihatan manusia.Kajian yang dijalankan menunjukkan betapa jerebu meninggalkan kesan yang negatif terhadap kesihatanmanusia.