serap 4 elemen lautan biru

2
Serap 4 elemen Lautan Biru: PM Serap 4 elemen Lautan Biru: PM Tuesday April 5, 2011 Berita Harian  Penjawat awam disaran cari rumusan kreatif, tak berfikir konven si onal atasi masalah PUTRAJAYA: Penjawat awam disaran menerapkan empat elemen penting Strategi Lautan Biru iaitu, 'kurangkan, hapuskan, wujudkan dan menambah peluang' ketika melaksanakan tugas supaya pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam terus meningkat. Kakitangan awam tidak sepatutnya hanya memerhatikan perancangan strategik negara selaku angg ota pentad biran saja, sebal iknya mesti berpa ksika n kepad a tafsiran objektif mengena i kehe ndak dan jang kaan rakyat terhad ap keraja an, kata Perdan a Ment eri, Datuk Seri Najib Razak.  “Kita anggap prinsip ini sebagai ‘empat suku atau quadrant’. Kalau nak dipercepatkan sistem peny ampai an, kita kena masuk suku ‘kurangk an’, sepert i dilaku kan Pasukan Petug as Khas Pemudahcara Pernia gaa n (PEMUDAH) dan Ket ua Set iausaha Ne gara (Tan Sri Mohd Sidek Hassan).  “Suku ‘hapuskan’ pula diguna pakai apabila ada ketirisan atau kerugian... kita cuba hapuskan. Umpamanya, isu yang gemp arkan kita, iaitu tindakan terhadap pegawai kastam, kita nak banteras salah guna kuasa, pembaziran dan rasuah.  “Mena mb ah pelu ang pul a ber mak na kita me mbe ri nil ai tambah dal am pen gur usan dan penta dbiran bagi mene roka peluang baru. Kita guna apa saja pend ekatan penguru san dan pemikiran lebih kreatif supaya pencapaian kita berhasil mencapai matlamat,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini semalam. Najib menega skan Strategi Lautan Biru turut meny okong agenda utama keraj aan melalui pelbagai pendekatan baru yang dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu mencari rumusan kreatif dan tidak lagi berfikir secara konvensional bagi menyelesaikan masalah. Katanya, kerja tambahan tidak seharusnya bermakna perlu ada penambahan bajet atau jumlah kakit angan, sebal iknya strategi harus menjad i pedoman bagi mengurang kan tenaga kerja den gan men gha pus kan apa yan g tid ak per lu, sek ali gus mew uj udk an pel uan g baru dan menambah bidang baru untuk diceburi. Beliau juga mengingatkan satu daripada tonggak utama pihak pentadbiran adalah berlandaskan kepada dasar bahawa kerajaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan penjawat awam mesti adil kepada segenap lapisan masyarakat. Misalnya, kata Perdana Menteri, apabila pelajar Malaysia terkandas di Mesir, kerajaan berusaha

Upload: nadia-ellia-ridzuan

Post on 06-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Serap 4 Elemen Lautan Biru

8/2/2019 Serap 4 Elemen Lautan Biru

http://slidepdf.com/reader/full/serap-4-elemen-lautan-biru 1/2

Serap 4 elemen Lautan Biru: PM

Serap 4 elemen Lautan Biru: PM

Tuesday April 5, 2011

Berita Harian

 

Penjawat awam disaran cari rumusan kreatif, tak berfikir konvensional atasi

masalah

PUTRAJAYA: Penjawat awam disaran menerapkan empat elemen penting Strategi Lautan Biru

iaitu, 'kurangkan, hapuskan, wujudkan dan menambah peluang' ketika melaksanakan tugas

supaya pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam terus meningkat.

Kakitangan awam tidak sepatutnya hanya memerhatikan perancangan strategik negara selaku

anggota pentadbiran saja, sebaliknya mesti berpaksikan kepada tafsiran objektif mengenai

kehendak dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Razak.

 “Kita anggap prinsip ini sebagai ‘empat suku atau quadrant’. Kalau nak dipercepatkan sistem

penyampaian, kita kena masuk suku ‘kurangkan’, seperti dilakukan Pasukan Petugas Khas

Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Sidek

Hassan).

 “Suku ‘hapuskan’ pula diguna pakai apabila ada ketirisan atau kerugian... kita cuba hapuskan.

Umpamanya, isu yang gemparkan kita, iaitu tindakan terhadap pegawai kastam, kita nak

banteras salah guna kuasa, pembaziran dan rasuah.

  “Menambah peluang pula bermakna kita memberi nilai tambah dalam pengurusan dan

pentadbiran bagi meneroka peluang baru. Kita guna apa saja pendekatan pengurusan dan

pemikiran lebih kreatif supaya pencapaian kita berhasil mencapai matlamat,” katanya berucap

pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini semalam.

Najib menegaskan Strategi Lautan Biru turut menyokong agenda utama kerajaan melalui

pelbagai pendekatan baru yang dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu mencari rumusan kreatif 

dan tidak lagi berfikir secara konvensional bagi menyelesaikan masalah.

Katanya, kerja tambahan tidak seharusnya bermakna perlu ada penambahan bajet atau jumlah

kakitangan, sebaliknya strategi harus menjadi pedoman bagi mengurangkan tenaga kerja

dengan menghapuskan apa yang tidak perlu, sekali gus mewujudkan peluang baru dan

menambah bidang baru untuk diceburi.

Beliau juga mengingatkan satu daripada tonggak utama pihak pentadbiran adalah berlandaskan

kepada dasar bahawa kerajaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan penjawat awam mesti

adil kepada segenap lapisan masyarakat.

Misalnya, kata Perdana Menteri, apabila pelajar Malaysia terkandas di Mesir, kerajaan berusaha

Page 2: Serap 4 Elemen Lautan Biru

8/2/2019 Serap 4 Elemen Lautan Biru

http://slidepdf.com/reader/full/serap-4-elemen-lautan-biru 2/2

membawa mereka pulang ke tanah air serta tindakan untuk menyelesaikan masalah berhubung

isu novel Interlok dan kitab Injil yang diterbitkan dalam bahasa Melayu.

Najib juga berkata, penjawat awam perlu mengenal pasti bidang yang diberi keutamaan oleh

kerajaan dan menyesuaikannya dengan apa yang hendak dilakukan berdasarkan penilaian

objektif terhadap persekitaran ekonomi dalaman, serantau serta global supaya strategi

ekonomi negara pada masa depan menepati senario dalam dan luar negara.

Katanya, ia perlu diperhebatkan kerana rakyat semakin menerima langkah kerajaan, malah

penilaian oleh mereka dari luar negara seperti Pengasas Bersama Kumpulan Transparency

International (TI), Michael Hershman, mengesahkan pencapaian negara adalah hakikat, bukan

sengaja diada-adakan.

  “Pada penghujung 2009, kita mulakan proses perancangan strategik. Lantaran itu lahirlah

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA) dan disusuli dengan analisis mendalam kedudukan ekonomi negara dalam konteks hala

tuju baru.

 “Maka tercetuslah Model Baru Ekonomi (MBE) dengan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara

(NKEA) dan 131 mengenai projek permulaan (EPP). Di samping itu, kita sudah kenal pasti

apakah kekangan struktur yang boleh menjadi hambatan kepada kita memacu ke hadapan

lebih pantas lagi,” katanya.