aadk · faktor tersebut, kerajaan melalui pengenalan pelan strategi lautan biru kebangsaan 3...

of 20 /20
Majalah AADK AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • NATIONAL ANTI-DRUGS AGENCY www.adk.gov.my BIL. 1 2016

Author: phamdien

Post on 07-Mar-2019

263 views

Category:

Documents


1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Ma

jala

h

AADKAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NATIONAL ANTI-DRUGS AGENCY

w w w . a d k . g o v . m y

BIL.

12016

1. 2016 TAHUN PERANGI DADAH BESAR-BESARAN

2. JELAJAH AADK: EKSPEDISI MEMBANTERAS DADAH

3. STRATEGI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DIPERHEBATKAN

4. PEMBUDAYAUPAYAKAN PERANAN KOMUNITI: JKKK, JPP, NGOs DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA DALAM PENGLIBATAN AKTIF PERANGI DADAH HABIS-HABISAN

5. NBOS7: INISIATIF MY BEAUTIFUL MALAYSIA

6. UBAH LANDSKAP TANAH DI INSTITUSI PEMULIHAN DADAH AADK

7. KE ARAH MEMBENTUK BELIA YANG SMART

8. PENERAPAN BUDAYA KECEMERLANGAN DEMI KEJAYAAN AADK

9. REHAT SANTAI BERSAMA KELUARGA

10. TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

11. KOLEKSI KERATAN AKHBAR

2

4

6

7

8

10

11

12

13

14

16

Kandungan

PENAUNGYBhg. Dato Azizan bin Ariffin

PENASIHATHj. Salehuddin bin Klewan

EDITORMohd Firdaus bin Mohd Zain

PENULIS JEMPUTAN1. Maizura binti Zakaria Unit MTMD, AADK Ibu Pejabat

2. Jackson Anak Vincent Tambang Cawangan Pendidikan Pencegahan, AADK Ibu Pejabat

3. Mohd Nasaruddin bin Ngah Ali Cawangan Kerjaya dan Vokasional, AADK Ibu Pejabat

4. AADK Negeri Melaka

5. AADK Negeri Perlis

REKABENTUK DAN CETAKANMN Sinar Niaga

1

Majalah AADK

2

Majalah AADK

2016 TAHUN PERANGI DADAH BESAR-BESARAN

3

Majalah AADK

YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan tahun 2016 sebagai Tahun Perangi Dadah Besar-Besaran. YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid membuat pengumuman tersebut ketika merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 yang telah berlangsung di Taman Awam Lawas pada 28 Februari yang lalu.

Dalam ucapannya, YAB Timbalan Perdana Menteri turut melahirkan kebimbangnnya berikutan peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar pada tahun 2015 iaitu seramai 26,668 orang dengan 76.1% merupakan penagih baru dan 23.9% adalah merupakan penagih berulang manakala 73.4% daripadanya merupakan mereka yang terdiri daripada golongan yang berumur 18 hingga 39 tahun. Menurut beliau lagi, peningkatan golongan muda termasuk murid sekolah dengan paling muda berumur tujuh tahun yang dikesan menjadi penagih dadah pada tahun lalu, memerlukan langkah baharu lebih berkesan bagi memerangi gejala itu.

Dalam majlis yang sama, AADK turut memeterai Nota Kerjasama dengan Harian Metro.

4

Majalah AADK

Dalam memeriahkan lagi Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016, telah berlangsungnya Program Jelajah AADK: Ekspedisi Membanteras Dadah melibatkan 12 negeri di Semenanjung Malaysia, bermula pada 11 Februari di Negeri Sembilan dan berakhir pada 17 Februari di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara objektif penganjuran ekspedisi yang melibatkan penyertaan 38 orang peserta dan 10 buah kenderaan ini adalah untuk:

- Mendapatkan sokongan daripada Menteri Besar / Ketua Menteri di setiap negeri dalam membanteras penagihan dadah;

- Menggerakkan masyarakat setempat supaya bertindak memerangi gejala dan ancaman dadah di tempat masing-masing;

- Meningkatkan kerjasama dalam kalangan pemimpin dan badan-badan NGO di kawasan yang berisiko tinggi untuk menggerakkan usaha menangani gejala dadah; dan

- Menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini senario masalah dadah dan peranan serta tanggungjawab semua pihak dalam masyarakat untuk membanteras dadah.

JELAJAH AADK: EKSPEDISI MEMBANTERAS DADAH

Berdasarkan maklumbalas yang diterima semasa sesi kunjung hormat, rata-rata Ketua Pentadbir Negeri begitu positif terhadap usaha AADK dalam membanters dadah dan sedia memberi sokongan. Semoga jalinan yang diwujudkan semasa sesi kunjung hormat dapat diteruskan oleh Pengarah-Pengarah Negeri supaya ruang atau laluan yang dibina tidak merupakan satu retorik semata-mata.

5

Majalah AADK

Sesungguhnya kita amat sedar bahawa Dadah Masih Merupakan Musuh No.1 Negara yang merentasi sempadan, tidak mengira sama ada negara maju mahupun negara mundur. Sekiranya masalah penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara. Justeru, melalui Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU), strategi hubungan dan kerjasama antara Kementerian, Jabatan dan Agensi perlu diperluaskan dan dipertingkatkan bagi menangani cabaran ini secara kolektif dan efektif.

Mesyuarat JPU Bil. 1/2016 telah berlangsung pada 3 Mac yang lalu dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato Sri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, mewakili YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

Dalam mesyuarat pada kali ini, empat Kertas Kerja telah dibentangkan untuk pertimbangan serta makluman ahli mesyuarat yang terdiri daripada pegawai kanan dari AADK dan PDRM. Kertas Kerja

tersebut adalah seperti berikut:i. Kertas Pertimbangan: Dasar Dadah Negara

oleh AADK; ii. Kertas Makluman : Hasil Sesi Brainstorming

oleh AADK;iii. Kertas Makluman : Pencapaian STING oleh

PDRM; daniv. Kertas Makluman: Operasi Mengesan Penagih

Dadah di Kelab Malam dan Impak Masalah Sosial oleh AADK

Selain itu, mesyuarat turut melihat pencapaian serta berbincang mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menangani isu-isu berkaitan permasalahan dadah dalam negara ke arah merealisasikan Tahun Memerangi Dadah Secara Besar-Besaran yang telah diumumkan oleh YAB TPM semasa Majlis Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang lalu.

6

Majalah AADK

STRATEGI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DIPERHEBATKAN

Baru-baru ini telah berlangsungnya Seminar Komuniti Unggul: Perangi Dadah Habis-Habisan yang mensasarkan komuniti seperti Penghulu, Ketua Mukim/Kampung/Sidang, Pengerusi JKKK, Pengerusi JPP, NGOs dan Ketua Jabatan Negeri Melaka di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Program yang berlangsung di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka,. Seramai 324 orang peserta telah menghadiri seminar yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehinga 5.00 petang ini.

Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah untuk menggerakkan (mobilize) agensi-agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti secara bersama dalam memerangi dadah bagi mengurangkan penawaran dan permintaan dadah dengan melalui tiga strategi teras iaitu pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan.

7

Majalah AADK

PEMBUDAYAUPAYAKAN PERANAN KOMUNITI: JKKK, JPP, NGOs DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA DALAM PENGLIBATAN AKTIF PERANGI DADAH HABIS-HABISAN

8

Majalah AADK

Tahun 2016 merupakan tahun kedua AADK melaksanakan projek NBOS melalui Inisiatif My Beautiful Malaysia (MyBM) selari dengan semangat NBOS7 bagi mewujudkan kawasan bersih dan selamat. Projek diselaraskan oleh AADK dan dilaksanakan oleh ahli SKUAD 1Malaysia secara kolaboratif bersama jabatan/agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, NGO dan komuniti setempat. Pelaksanaan inisiatif dilakukan setiap bulan di kawasan berisiko tinggi yang telah dikenalpasti di setiap negeri.

Bertemakan Bersih & Selamat, inisiatif ini menggunakan dua strategi iaitu:

i) Strategi pemusnahkan port-port penagihan dadah Maklumat risikan dan kerja lapangan dari pegawai AADK dan aduan dari masyarakat dikumpulan

terutama mengenai kewujudan port-port penagihan dadah di kawasan terlibat. Kemudian gerak kerja bersama pemimpin setempat digerakan bertujuan untuk memusnahkan port-port penagihan yang ada. Semasa kerja-kerja pemusnahan dijalankan, penyertaan komuniti dan pemimpin setempat disatukan agar mereka merasakan bertanggngjawab mengenai masalah yang ada disekitar. Pemusnahan port-port penagihan ini hendaklah berterusan kerana tabiat sedia ada penagih dadah ialah mereka tidak akan kekal di satu-satu port sahaja bagi mengelak kegiatan mereka dihidu. Penyertaan sukarelawan lain seperti RELA, JPAM, persatuan Belia, JKKK dan NGO juga tidak ketinggalan. Ini termasuklah PBT dan agensi penguatkuasaan seperti PDRM.

ii) Strategi Membersih / mengindahkan kawasan awam Makumat dari penduduk dan pemimpim setempat dikumpulkan terutama mengenai kewujudan

kawasan atau tempat awam yang dikatakan boleh mengundang ancaman keselamatan kepada penduduk. Antara tempat yang dimaksudkan ialah kawasan tempat riadah yang kotor dan tidak terurus, laluan pejalan kaki yang menakutkan namun penduduk terpaksa juga melaluinya kerana tiada pilihan. Taman / Flat perumahan yang kotor dan menjadi tumpuan penjual dadah serta penagih dadah termasuk tempat bagi kegiatan lain seperti hidu gam, arak, lepak, ponteng sekolah juga dimasukan sebagai tempat pelaksanaan inisitif. Semasa inisiatif dijalankan, penglibatan komuniti setempat bersama agensi kerajaan yang lain seperti PBT, PDRM, RELA, JPAM, Kesihatan dan sebagai juga dilibatkan.

NBOS7: INISIATIF MY BEAUTIFUL MALAYSIA

PERLIS KEDAH

9

Majalah AADK

P. PINANG

K. LUMPUR

NEGERI SEMBILAN

JOHOR

TERENGGANU

SABAH

PERAK

SELANGOR

MELAKA

PAHANG

KELANTAN

SARAWAK

10

Majalah AADK

Merakyatkan pekhidmatan awam serta berpandukan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah mewujudkan kerjasama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta agensi dan jabatan lain bagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Melihat kepada faktor tersebut, kerajaan melalui pengenalan Pelan Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 (NBOS3) memberi peluang kepada AADK untuk menguruskan tanah terbiar di Institusi Pemulihan Dadah AADK sekali gus memajukan kawasan tersebut dengan aktiviti ekonomi khususnya projek tanaman dan penternakan secara komersial.

Pelbagai impak positif dapat dirasai melalui projek NBOS3 ini yang bukan sahaja dapat membangunkan tanah terbiar di AADK bahkan memberi kesan positif kepada proses pemulihan klien di dalam institusi. Projek NBOS3 bukan sahaja dapat menggunakan sumber tanah secara lebih efektif malah latihan kemahiran pertanian yang diberi kepada klien merupakan salah satu komponen utama dalam program pemulihan untuk merawat serta memulihkan penagih dadah melalui konsep work therapy .Apa yang lebih menarik, melalui projek ini secara tidak langsung ianya telah mengubah landskap tanah di Institusi Pemulihan AADK yang dulunya dipenuhi semak samun kepada pemandangan menghijau .

Pelaksanaan projek NBOS3 ini dapat dilaksanakan dengan mudah dengan adanya bantuan teknikal, khidmat nasihat serta latihan kemahiran yang diberikan oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Malaysia serta bantuan pemasaran oleh pihak FAMA.

Diharapkan dengan kerjasama dengan rakan pintar dari jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya dan jabatan dan agensi di bawah kementerian kementerian lain amnya dapat mengukuhkan dan mengekalkan spirit of blue ocean.

UBAH LANDSKAP TANAH DI INSTITUSI PEMULIHAN DADAH AADK

11

Majalah AADK

Pada 27 dan 28 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis telah menganjurkan kem SMART yang telah disertai oleh 30 orang perserta yang terdiri daripada golongan belia berumur 18 sehingga 30 tahun dari seluruh Negeri Perlis.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem tersebut. Antaranya adalah seperti aktiviti menunggang All-Terrain Vehicle (ATV), jungle tracking dan bengkel mengenali potensi diri. Matlamat utama penganjuran kem ini adalah untuk member bimbingan dan didikan agar para peserta dapat mengamal dan mengekalkan cara hidup yang positif serta bebas dari dadah.

Majlis penutupan kem tersebut telah disempurnakan oleh YB Asmaiza binti Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping.

KE ARAH MEMBENTUK BELIA YANG SMART

12

Majalah AADK

Pada tahun ini, seramai 484 orang warga kerja AADK dari seluruh negara telah dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia AADK bagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang berupa Sijil Penghargaan serta Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000 dalam majlis yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN serta pegawai-pegawai kanan dari KDN dan AADK.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Tuan Masir menyeru agar seluruh warga AADK menerapkan Budaya Kecemerlangan yang kuat dalam diri bagi memacu AADK ke arah kejayaan serta menjamin prestasi yang lebih tinggi. Penerapan budaya ini mesti diperluaskan, dan penerimaan serta kesedaran setiap anggota terhadap konsep budaya kecemerlangan ini amat penting untuk menghalakan AADK ke tahap pencapaian yang lebih tinggi, jelas YB Tuan Masir.

Bagi meraikan penerima anugerah serta menghiburkan para hadiri, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan yang hebat dan memukau oleh kumpulan koir 1NADA Harmoni.

PENERAPAN BUDAYA KECEMERLANGAN DEMI KEJAYAAN AADK

13

Majalah AADK

Rehat Santai Bersama KeluargaKesibukan kerja seharian sering membataskan aktiviti kekeluargaan. Ia sedikit sebanyak memberi im-pak negatif terutamanya kepada anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Justeru, pada 30 Januari yang lalu, Kelab Kebajikan & Sukan AADK melalui Biro Sosial mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Family Day yang bertemakan Together We Make A Family di Sunway Lagoon, Theme Park.

Seramai 690 orang warga kerja AADK Ibu Pejabat beserta ahli keluarga telah memeriahkan program yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Suhaimi bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK merangkap Penaung Kelab Kebajikan & Sukan AADK.

Diharapkan usaha ini dapat mengeratkan hubungan yang semakin renggang dan mendekatkan hubungan yang semakin jauh.

14

Majalah AADK

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa baharu yang telah dilantik dalam Masyuarat Agong Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (PPAD) yang lalu. Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana harmoni serta penuh dengan semangat kekeluargaan itu telah dirasmikan pembukaannya oleh YBrs. Tuan Azizan bin Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK.

Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Tuan Azizan berharap agar PPAD akan menjadi platform dalam mengorak langkah yang lebih proaktif dalam mengetengahkan keperluan serta kebajikan ahli persatuan terutamanya warga kerja Skim Sosial (Antidadah). Mesyuarat yang dihadiri 245 orang ahli PPAD telah memilih jawatankuasa baharu seperti berikut:

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan jawatankuasa yang telah dipilih dalam mesyuarat tersebut. Diharapkan saf kepimpinan baharu PPAD ini mampu mendatangkan lonjakan berganda kepada PPAD dalam membela kebajikan ahli PPAD.

Jawatan Nama Tempat BertugasPresiden En. Zainudin bin Abdullah AADK Ibu Pejabat

Timbalan Presiden En. Azli bin Ubin AADK Negeri Johor

Naib Presiden

En. Mahadzir bin Elias AADK Negeri PerakEn. Mohd Rafidi bin Jusoh AADK Ibu Pejabat

En. Alam Shah bin Hamdan AADK Daerah Ampang, SelangorSetiausaha Cik Siti Mariam bin Mursidan AADK Ibu Pejabat

Penolong Setiausaha Cik Subaini binti Mohd Farid AADK Ibu PejabatBendahari Cik Merilyn Iven Rimbang CCRC Tiang Dua

Penolong Bendahari Pn. Wan Norliza binti Wan Din @ Yusoff AADK Ibu Pejabat

Ahli Jawatankuasa

En. Wan Donnie Khalid Fadillah AADK Ibu PejabatEn. Bakri bin Bibi AADK Negeri Sabah

En. Rosland bin Hussen CCRC Sg. RuanPn. Chong Siew Ngoh AADK Ibu Pejabat

YM Tg. Hanizar binti Tg. Awang AADK WPKLEn. Megat Khas bin Sulong AADK Ibu Pejabat

En. Asraf bin Ahmad AADK Daerah Barat Daya, Pulau PinangPn. Zaleha binti Abdullah @ Harun AADK Negeri Johor

Pn. Rumina binti Ismail AADK Negeri JohorEn. Azlan bin Ahmad AADK Daerah Cheras

Pemeriksa Kira-KiraEn. Aman bin Mustafa AADK Negeri Kelantan

En. Mohd Noor bin Musa CCRC Perlop

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

15

Majalah AADK

facebook.com/Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

facebook.com/SKUAD 1Malaysia

@AADK Malaysia

AADK Malaysia

AgenSi AntiDADAh KebAngSAAn Kementerian Dalam negeri Jalan Maktab Perguruan Islam 43000 Kajang, Selangor Tel : 03 - 8911 2200 Fax : 03 - 8926 2055 Email : [email protected] : www.adk.gov.my