serambi ustazah

Upload: ainurilmi

Post on 02-Mar-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

resepi ustazah

TRANSCRIPT

RESEPI NASI KOMOK USTAZAH

BAHAN-BAHAN : 1 kilo beras basmathi 2 sudu minyak sapi 2 inci halia 4-5 ulas bawang merah - dimayam 1 Inci halia - ditumbuk 4 ulas bawang putih ditumbuk 4 batang akar ketumbar 3 sudu besar rempah komok/kurma cawan susu cair

4 keping ayam Air secukupnya Garam secukup rasa Serbuk kunyit/ pewarna kuning 1inci kulit kayu manis 3 biji pelaga 2 kuntum bunga lawang 4 biji bunga cengkih 2 helai daun pandan disimpulkan. Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:

1. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.2. Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah 4 sekawan Kemudian masukkan halia bwg besar, bwg putih.3. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.4. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.RESEPI AYAM GORENG KOMOK5. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan serbuk cili, garam dan kunyit. Perap sebentar lebih kurang hingga 1 jam biar ia mesra.6. Goreng ayam yang diperap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.7. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.8. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.9. Masukkan pula beras yg telah di toskan , daun pandan, garam dan sedikit gula. 10. Pindahkan ke dalam rice cooker11. Apabila nasi hampir kering, masukkan bawang goreng.12. Tutup dan biarkan ia masak.BAHAN SOS CILI 1 Cawan air kuah nasi komok* 4 biji cili merah* 10 biji cili padi* 4ulas bawang putihh* 4 tangkai daun ketumbar* Gula, garam ,cuka (secukup rasa

Cara-caranya:-

1. Kisar semua bahan bertanda *.2. Masak hingga agak pekat.3. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa.4.Hidang bersama nasi komok.

Resepi Rempah Komok 2 sudu kecil rempah kari ayam 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk ketumbar sudu kecil serbuk jintan putih sudu teh serbuk kulit kayu manis 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula

##NOTA : Sekiranya menyediakan rempah komok sendiri tidak perlu memasukkan serbuk kunyit lagi di dalam beras yg dimasak.

RESEPI NASI BARYANI HYDERABADI INDIA RESEPI Chicken BeryaniBahan-bahan Untuk Perap AyamSeekor Ayam2 biji Cili hijau Sedikit Daun pudinaSedikit Daun ketumbar4 ulas Bawang putih ditumbukSedikit halia ditumbuk*1sdk Serbuk jintan putih*1sdk serbuk jintan manis*1sdm Serbuk ketumbar*1sdm serbuk cili*1sdm Serbuk kunyitAtau bahan-bahan bertanda * boleh diganti dengan Rempah Mandhy / Garam masala (lagi best)2sdm Garam2 helai DaunBay1 batang Kayu manis2 bji cengkih3 biji Buah pelaga 1 mangkuk kecil Bawang goreng 1 cawan Minyak zaitun 1 cawan Yoghurt. NOTA **Campur semua bahan dan Gaul Rata Pada Ayam dan Perap. jamMasakkan ayam separuh masak di dalam periuk

RESEPI MASAK NASI BERYANI HYDERABADIBahan-bahan ;1 kg beras. Air secukupnya. 2 sdm Garam (ikut suka pun blh), daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, sedikit saffron/ pewarna. Periuk Pengukus.Cara-caranya :1. Beras beryani di rendam sejam dan toskan2.Panaskan air didalam periuk, masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan beras. Masak separuh masak. Matikan api, keluar air/ toskan beras.3. Di dalam periuk pengukus, letakkan ayam beryani yang diperap pada lapisan bawah. Masukkan beras . Letakkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Letakkan saffron atau pewarna. Tutup periuk rapat dan biarkan sehingga nasi masak.Atau boleh juga ambil beras dan gaul dengan air rebusan ayam masak seperti cara no 2,letakkan beras dlm pengukus, titikkan pewarna, letakka kismis, bwg goreng, daun ketumbar dan daun pudina, dan ayam yg direbus diletak pada lapisan paling atas.13) ACAR BOMBAY

Bahan-bahan :100 gram karot, timun, ubi sengkuang potong batonnet (memanjang), cawan cuka, cawan gula, garam, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk rempah campuran (halba dan biji sawi),2sdm tepung kanji yang dibancuh dengan air, boleh ditambah udang kering yg ditumbuk/ kacang tanah.Cara-cara :Masak air mangkuk, masukkan kunyit 1sd, halba campur, garam, gula, cuka, tepung kanji yg dibancuh. Bila mendidih padamkan api. Masukkan sayur dan bahan lain. Gaul rata.

NASI BUKHARA KAMBINGKambing direbus 1KG BERAS (3 pot susu), 30 gram/ 1 sdb Rempah Masala, 500 ml air stok,500 ml air biasa, 40 gram minyak sapi

Bahan A Air stok kambing, tomato cincang/ potong dadu, daun pandan, daun bay, daun pudina, garam, gulabatu 2 ketul (untuk berkilat) .Masukkan semua bahan dalam periuk bersama air stok dan masak sehingga mendidih.

Bahan BTumis rempah 4 sekawan di dalam minyak sapi yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan halia yang dipotong spt batang mancis, bawang putih mayang, masukkan sedikit air stok, dan rempahmasala . Bila mendidih tambahkan gula.Masukkan Bahan B dalam Bahan A (di dalam periuk) . Bila mendidih masukkan beras. Masak nasi separuh masak. dan pindahkan ke rice cooker.

Bila nasi masak, masukkan daging kambing, badam / kismis dan gaul. Tabur bwang goreng/ daun ketumbar/ daun pudina

SEKARANG BOLEH LE MAKAN NASI BUKHARI KAMBING..SALAM SAYANG,CHEF USTAZAH

RESEPI BISTIK USTAZAH Bistik adalah makanan atau hidangan yang boleh dimakan dengan nasi atau roti. Isi atau lauknya adalah daging lembu atau daging ayam yang dicincang seperti begedil. Kuahnya rasa masam manis seperti sweet and sour dan diisi sayur campur. Sesuai dimakan tengahari, petang atau malam bersama keluarga. Anak-anak biasa akan menggemarinya kerana ia tidak pedas.Ustazah Cooking Classes ingin berkongsi resepi Bistik yang senang untuk disediakan.

Bahan-bahannyaBahan A1 kg isi ayam / daging dicincang kasar.2 labu bawang besar dipotong dadu.1 sudu besar garam1 sudu besar lada sulah 1 cawan tepung kanji atau tepung jagung

Step 1Kesemua bahan ini dicampur dan diuli. Bentukkan bulat-bulat ikut suka anda..

Bahan B2 biji telur dipukul biasa1 cawan tepung gandum2 cawan tepung jagung/tepung kanji1sudu teh garam1 sudu besar lada sulah/lada hitam

Step 2Kesemua bahan di gaul rata kecuali telur. (Bahan A) Bebola daging/ ayam yang siap dicelup ke dalam telur sebiji demi sebiji. Kemudian digolek dalam campuran Bahan B (tepung gandum, kanji, garam, lada sulah). Goreng bebola daging/ ayam sehingga masak.

Bahan C2 labu bawang besar dipotong dadu6 ulas bawang putih diketuk-ketuk1 mangkuk kecil sos cili2 mangkuk kecil sos tomato1 jug air5 sudu Sos Tiram2 sudu besar lada sulah1/2 cawan tepung kanji yang dibancuh dengan air biasa2 atau 3 sudu gula (ikut suka)1 atau 2 sudu besar garam (ikut suka)1 atau 2 mangkuk sayur campur 1/2 cawan minyak untuk menumissedikit daun sup atau bawang

Step 3Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan sos cili, sos tomato dan tumis lagi. Masukkan air, sos tiram, lada sulah. Bila mendidih masukkan garam, gula, bancuhan tepung kanji. Masak lagi hingga kuah betul-betul pekat dan masukkan sayur campur. Akhir sekali boleh dimasukkan bebola daging/ ayam. Juga boleh dicurahkan kuah sos ke atas bebola tersebut. Tabur daun sup dan daun bawang ke dalam hidangan.

Catatan : Sekiranya malas nak buat kuah sos boleh beli daripada Ustazah Pes Rempah Sweet Sour. Ia sangat senang disediakan cuma buka, masukkan air dan bancuhan tepung, sos tiram serta garam sahaja. Hubungi 013-9802465/ 013-9062465sekarang.