permit bagi pemasangan serambi (awning) kedai di … · permit bagi pemasangan serambi (awning)...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI
(AWNING) KEDAI DI DALAM KAWASAN
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
DISEDIAKAN OLEH
JABATAN BANGUNAN
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
2019
UNTUK KEGUNAAN
MBJB :
1.0 TUJUAN
1.1 Buku Panduan ini bertujuan menyediakan garis panduan untuk
pemilik kedai mandapatkan kelulusan secara permit bagi tambahan
serambi (Awning) sahaja.
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 1
2.0 CARA PERMOHONAN
2.1 Dapatkan Garis Panduan dan Borang Permohonan di kaunter Jabatan
Bangunan MBJB.
2.2 Pemilik hendaklah mengisi Borang Permohonan A/KD 1 dan
membuat lakaran pada ruang yang disediakan di dalam senarai
semak serta menyediakan dokumen yang diperlukan.
2.3 Pemilik hendaklah membuat semakan di kaunter Jabatan Bangunan
selepas mengisi Borang Permohonan A/KD 1 @ LAMAN WEB
MBJB
2.4 Setelah diperakukan oleh Jabatan Bangunan pemilik hendaklah
membuat bayaran di kaunter Jabatan Kewangan.
2.5 Hanya pemilik bangunan sahaja yang dibenarkan untuk
membuat permohonan permit ‘Awning’ kedai atau melampirkan
surat kuasa daripada pemilik bangunan.
Peringatan :
• Pemohon hendaklah mematuhi dasar awning MBJB yang telah
ditetapkan dan sekiranya tidak dipatuhi, pemohon diberi tempoh 6
bulan untuk mematuhi struktur awning ditapak. Sekiranya gagal bagi
tempoh yang ditetapkan, permohonan akan dibatalkan dan sebarang
rayuan tidak dibenarkan.
OKTOBER 2012
3.0 BAYARAN WANG PROSES DAN PERMIT
3.1 Bayaran Wang Proses untuk setiap pemohonan hendaklah
dibayar kepada MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
seperti berikut:-
3.1.1 Bayaran Wang Proses :
Luas x RM 3.50 = _____________( Minimum RM 100.00)
9
3.1.2 Bayaran Wang Permit :
Luas x RM 5.00 = ______________( Minimum RM 100.00)
9
3.1.3 Bayaran Patel Kelulusan : RM 10.00
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 2
OKTOBER 2012
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Lebar ‘Awning’ tertakluk kepada lebar bahu jalan sediada di hadapan
kedai dan lebar maksima yang dibenarkan adalah 2000mm tanpa
struktur tiang.
Ketinggian minimum 2100mm dari aras jalan atau tempat letak
kereta.
Bagi permohonan baru jenis ‘Awning’ yang dibenarkan hanyalah
dari jenis ‘Rectractable’ sahaja.
Cadangan ‘Awning’ adalah untuk tujuan estetik serta perlindungan
daripada panas dan hujan sahaja.
Laluan beranda tidak boleh dijadikan tempat berniaga, ruang masak
atau tempat meletak kekotak tanaman.
Bahan binaan yang dibenarkan adalah dari struktur keluli. Manakala
bahan tutupan/kemasan Awning yang dibenarkan hanyalah dari jenis
fabrik ,tensil dan jenis ‘Rectractable’ yang berkualiti dan mempunyai
nilai estetik.
Lokasi perletakan Awning tidak boleh menghalang paparan papan
iklan.
Bagi Struktur ‘Awning’ sedia ada yang dibuat menggunakan ‘Metal
Deck’ dan telah usang pihak Majlis memberi tempoh masa untuk
menukar kepada jenis ‘Retractable’ sebelum permit tahunan pada
tahun berikutnya diperbaharui. Sekiranya gagal menukar pihak
Majlis akan membatalkan permit bagi tahun yang berikutnya.
Pemilik hendaklah memastikan struktur sentiasa berada di dalam
keadaan selamat dan kemas.
Pemilik kedai hendaklah menanggung kerugian apa-apa tuntutan
dari pihak ketiga terhadap majlis jika berlaku sebarang tuntutan
undang-undang.
Permit hendaklah diperbaharui pada tiap-tiap 1 tahun sekali dan
diperbaharui pada atau sebelum 31hb Disember setiap tahun.
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 3
4.0 SYARAT-SYARAT PEMATUHAN
OKTOBER 2012
CONTOH PELAN LANTAI BAGI SERAMBI (AWNING) YANG
DIBENARKAN
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 4
OKTOBER 2012
END LOT
CONTOH PELAN LAKARAN BAGI SERAMBI (AWNING) YANG
DIBENARKAN BESERTA CONTOH GAMBAR
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 5
PANDANGAN SISI PANDANGAN HADAPAN
OKTOBER 2012
TIDAK
DIBENARKAN
DIBENARKAN
CONTOH GAMBAR ‘AWNING’ YANG DIBENARKAN & TIDAK DIBENARKAN
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 6
OKTOBER 2012
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 7
OKTOBER 2012
)
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 8
OKTOBER 2012
OKTOBER 2012
PERMIT BAGI PEMASANGAN SERAMBI (AWNING) KEDAI 2019 9
KAWALAN BANGUNAN, JABATAN BANGUNAN,MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU.LAMAN WEB : www.mbjb.gov.myEmel: [email protected] AM: 07 – 2282511 / NURUL