senioriti dan junioriti

1
SENIORITI DAN JUNIORITI Ramai orang mengenali istilah senior dan junior semasa di sekolah berasrama atau pusat pengajian tinggi. Istilah ini ada yang menghantui mereka sehingga tua terutama jika ia melibatkan penderaan fizikal atau mental oleh senior mereka. Pada bulan April 2015 yang lalu, kita dikejutkan oleh kematian seorang pelajar politeknik akibat disepak dikepala oleh seorang pelajar senior hanya kerana pelajar junior itu tidak hormatkan senior. Apakah ertinya peristiwa ini. Ini bermakna bahawa pelajar asrama telah pun sesat dalam sistem senioriti ini.Perasaan hormat bukannya boleh dipaksa-paksa hanya kerana kesenioran mereka. Kalau nak orang hormat kita, taburlah jasa dan sumbangan yang membawa kebaikan kepada junior mereka. Barulah mereka hormat, kalau hormat secara membuta tuli itulah tandanya mereka orang bodoh, jadi tak payahlah belajar tinggi-tinggi di asrama. Kes ini menampakan keiblisan budaya senioriti yang telah masuk kepada para pelajar. Memang benar nabi menyarankan agar umatnya menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua, itulah kerana ibu bapa dan orang-orang tersebut menpunyai jasa tertentu kepada kita, lebih-lebih lagi ibu bapa kita. Tanyalah kepada pelajar senior yang melakukan tendangan maut itu, adakah dia menghormati ibu bapanya. Nabi tak suruh pun memaksa orang untuk hormatkan kita apatah lagi mencederakan atau membunuh orang yang tak hormatkan kita. wassalam. AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Upload: muhammad

Post on 05-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MENGENAI BUDAYA SESAT SEKOLAH BERASRAMA DAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI

TRANSCRIPT

  • SENIORITI DAN JUNIORITI

    Ramai orang mengenali istilah senior dan junior semasa di sekolah

    berasrama atau pusat pengajian tinggi. Istilah ini ada yang menghantui

    mereka sehingga tua terutama jika ia melibatkan penderaan fizikal atau

    mental oleh senior mereka.

    Pada bulan April 2015 yang lalu, kita dikejutkan oleh kematian seorang

    pelajar politeknik akibat disepak dikepala oleh seorang pelajar senior

    hanya kerana pelajar junior itu tidak hormatkan senior.

    Apakah ertinya peristiwa ini. Ini bermakna bahawa pelajar asrama telah

    pun sesat dalam sistem senioriti ini.Perasaan hormat bukannya boleh

    dipaksa-paksa hanya kerana kesenioran mereka. Kalau nak orang hormat

    kita, taburlah jasa dan sumbangan yang membawa kebaikan kepada

    junior mereka. Barulah mereka hormat, kalau hormat secara membuta

    tuli itulah tandanya mereka orang bodoh, jadi tak payahlah belajar

    tinggi-tinggi di asrama. Kes ini menampakan keiblisan budaya senioriti

    yang telah masuk kepada para pelajar.

    Memang benar nabi menyarankan agar umatnya menghormati ibu bapa

    dan orang yang lebih tua, itulah kerana ibu bapa dan orang-orang

    tersebut menpunyai jasa tertentu kepada kita, lebih-lebih lagi ibu bapa

    kita. Tanyalah kepada pelajar senior yang melakukan tendangan maut

    itu, adakah dia menghormati ibu bapanya. Nabi tak suruh pun memaksa

    orang untuk hormatkan kita apatah lagi mencederakan atau membunuh

    orang yang tak hormatkan kita.

    wassalam.

    AL MAHDI AL MUNTAZAAR