seni yaakob

Upload: tachainee-vasu

Post on 14-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    1/29

    BIDANG : MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN

    Pengenalan

    Membentuk dan membuat binaan merupakan satu proses penghasilan

    objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri,

    kanan, atas dan bawah. Objek ini berupa objek semula jadi, objek buatan manusia

    atau bentuk ilusi. Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk

    dua dimensi seperti dari tanah liat kepada pasu bunga atau bentuk tiga dimensi

    iaitu daripada kota mancis kepada lori.

    Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid-murid

    terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

    Berpandukan aspek tersebut murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas bila

    mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk

    dan membuat binaan juga mendedahkan murid-murid dengan penggunaan

    pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid-

    murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan

    proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga

    dimensi merangkumi aktiviti seperti:

    3.1 Arca timbul

    3.2 Asemblaj

    3.3 Mobail

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    2/29

    3.4 Stabail

    3.5 Model

    3.6 Diorama

    3.7 Boneka

    3.8 Topeng

    3.9 Origami

    Kandungan

    Tajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan

    kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan.

    Semua hasil karya dalam unit ini adalah berbentuk tiga dimensi.Bidang Kegiatan

    Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan

    persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan

    dan kestabilan.Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan

    penting dalam perkembangan kanak-kanak.

    Alat dan Bahan

    Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan

    karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat

    dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    3/29

    sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan

    bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

    Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan

    Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau

    membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan,

    cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-

    teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

    Teknik Picitan

    Teknik Lipatan

    Teknik Potongan

    Teknik Cantuman

    Teknik Pembungkusan

    Teknik Guntingan

    Teknik Luakan

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    4/29

    Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan

    Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang

    Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca

    stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

    Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat

    perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan

    kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses

    penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-

    kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan

    peringkat perkembangan kanak-kanak.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    5/29

    Bidang

    Kegiatan membina dan membentuk

    Jenis Kegiatan

    Membina model bilik kanak-kanak

    Alat

    Gunting, Berus warna,pisau,jarum,pembaris,jarum peniti

    Bahan

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    6/29

    Gam,kertas warna,benang.kain perca,kain renda.

    Media

    Warna air, pensil warna

    Tema

    Fauna( Kumbang)

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    7/29

    Langkah-langkah penghasilan Model bilik kanak-kanak

    1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

    2.Tampalkan kertas warna pada papan kek.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    8/29

    3.Tampalkan kertas dinding berwarna merah di bahagian atas dinding

    4.Kumbang ditampal atas permukaan diding

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    9/29

    5. Papan nipis dipotong seperti kumbang dan diwarnakan dengan plaka

    warna putih untuk dijadikan katil.

    6. Kain berwarna merah dipotong dan dijahit sebagai cadar.Kain renda juga

    Dijahit.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    10/29

    7. Bantal juga dijahit dan gambar kumbang ditampal pada permukaannya.

    8. benang berwarna merah,putih dan hitam hitam dan dijadikan sebagai

    Langsir .

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    11/29

    9. Polistrin dijadikan sebagai tingkap dan kain renda dijadikan sebagai

    langsir.

    10 .Tapak dan dinding yang telah dihias bagi model bilik tidur kanak-kanak

    Ditampal.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    12/29

    12.Almari dperbuat daripada polistren dan dibalut dengan kain

    renda.Gambar kumbang dijadikan sebagai pemegang almari.

    11. Katil dan perabot yang telah siap dibina,ditampal pada permukaan tapak

    bilik.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    13/29

    Refleksi

    Pertama sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima

    kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan pensyarah Pendidikan Seni Visual, En.haji Yaakob

    serta bantuan dan kerjasama guru sekalian.

    Secara kesimpulannya, tugasan ini amat menyeronokkan dan mencabar kreativiti.

    Tugasan membina dan membentuk ini memerlukan setiap orang untuk mereka cipta dan

    menghasilkan reka bentuk berdasarkan tema yang dipilih. Pengalaman ini menambah ilmu

    guru yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa

    hadapan. Melalui tugasan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang bidang

    membuat dan membina dalam seni visual. Hasil karya ini boleh dijadikan sebagai bahan

    bantu mengajar di sekolah. Melalui tugasan ini, saya dapat mencipta sesebuah karya rekaan

    sendiri.

    Kegiatan ini dapat menegaskan perkembangan persepsi saya terhadap aspek seni

    dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut

    murid-murid dapat memahami lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu

    model. Bidang kegiatan membentuk dan membina juga mendedahkan guru dengan

    penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada sayaberinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan

    seni. Kegiatan membentuk dan membina ini dapat memberi peluang kepada saya untuk

    membuat rujukan kepada objek sebenar.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    14/29

    Rujukan

    http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html

    http://www.docstoc.com/docs/33583679/Nota-Ringkas-Dan-Padat-HBAE2203-

    Membentuk-Dan-Membuat-Binaan

    http://www.kidsgen.com/moral_stories/wind_and_sun.html

    http://www.slideshare.net/syazayasmin/origami-part-1

    http://www.storyit.com/Classics/Stories/windandsun.htm

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    15/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    16/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    17/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    18/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    19/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    20/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    21/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    22/29

    OLAHAN

    Tata hias untuk anak perempuan dan lelaki juga berbeza kerana minat dan cita

    rasa tidak sama.Anak perempuan lebih gemar penataan bercirikan elemen lembut

    sementara anak lelaki cenderung kepada suasana lasak dan mencabar.

    Memilih tema tertentu sebagai latar penataan lebih menceriakan suasana dan

    merangsang perkembangan minda anak anda.Saya telah memilih tema fauna iaitu

    sejenis kumbang bagi Saya memilih tema ini kerana ia sangat sesuai bagi kanak-

    kanak perempuan.Warna dan perabot boleh digunakkan untuk melaksanakan

    beberapa tema dan tiada had untuk bilik tidur kanak- kanak. Saya telah memilih

    warna merah,hitam dan putih.Saya juga telah memilih tema moden dan

    kontemporari.Warna merah jambu dijadikan sebagai latarbelakang bilik

    tidur.Selain daripada itu saya juga telah membuat perabot dengan menggunakan

    papan nipis( plywood),polistren dan sebagainya.warna yang saya gunakan ialah

    warna putih dan merah.Katil yang saya sediakan dijahit dengan renda berwarna

    hitam.Cermin dicipta dengan menggunakan kertas foil.Saya juga telah

    menggunakan span untuk dijadikan bantal dan alas kaki.camca ubat dijadikan

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    23/29

    sebagai lampu.Suasana ini memberikan ketenangan dan kanak-kanak akan

    berasa ceria.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    24/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    25/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    26/29

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    27/29

    TEKNIK

    Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan model

    bilik tidur.saya telah menggunakan teknik potongan,teknik pembungkusan,teknik

    cantuman dan teknik guntingan.Saya telah memotong papan nipis sebagai katil di

    bilik kanak-kanak.Setelah dipotong saya telah mencantumkanya dan

    mewarnakanya dengan warna plaka putih.Begitu juga dengan perabot perabot

    lain.Saya telah memotong kertas aluminium supaya menjadi cermin.Bagi almari

    pula saya menggunakan polistren.Saya telah memotong polistren dan

    membalutnya dengan renda kemudian ditampal pada permukaan almari.Saya

    telah menggunakan papan kek untuk dijadikan sebagai dinding.saya telah

    membalut papan kek dengan pembalut hadiah.Bagi tapak pula saya telah memilih

    sejenis span yang digunakan di dapur.Saya telah memilih kumbang sebagai tema

    bilik tidur kanak-kanak.oleh itu,Saya telah menampal gambar di sekeliling

    dinding.teknik guntingan yang digunakan ialah potongan polistren sebagai tingkap

    dan kain langsir.Selain daripada itu,saya telah menggunakan kain renda untuk

    ditampal di dinding sebagai wall paper.

    TEKNIK

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    28/29

    Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan model

    bilik tidur.saya telah menggunakan teknik potongan,teknik pembungkusan,teknik

    cantuman dan teknik guntingan.Saya telah memotong papan nipis sebagai katil di

    bilik kanak-kanak.Setelah dipotong saya telah mencantumkanya dan

    mewarnakanya dengan warna plaka putih.Begitu juga dengan perabot perabot

    lain.Saya telah memotong kertas aluminium supaya menjadi cermin.Bagi almari

    pula saya menggunakan polistren.Saya telah memotong polistren dan

    membalutnya dengan renda kemudian ditampal pada permukaan almari.Saya

    telah menggunakan papan kek untuk dijadikan sebagai dinding.saya telah

    membalut papan kek dengan pembalut hadiah.Bagi tapak pula saya telah memilih

    sejenis span yang digunakan di dapur.Saya telah memilih kumbang sebagai tema

    bilik tidur kanak-kanak.oleh itu,Saya telah menampal gambar di sekeliling

    dinding.teknik guntingan yang digunakan ialah potongan polistren sebagai tingkap

    dan kain langsir.Selain daripada itu,saya telah menggunakan kain renda untuk

    ditampal di dinding sebagai wall paper.

  • 7/29/2019 Seni Yaakob

    29/29