seni nyanyian dondang sayang di melaka

11

Upload: syarifah-sakinah

Post on 06-Jul-2015

1.091 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni nyanyian dondang sayang di melaka
Page 2: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Pendahuluan

Mendengar lirik dan menganalisa irama lagu-lagu

Melayu jelas menunjukkan betapa bijak dan kreatif

masyarakat Melayu sejak mulanya ia berkembang

hingga sekarang.

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu

tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar

pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan

kekadang lucu.

Bukan penyanyi Melayu saja petah berpantun secara

sepontan malah masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan

Chitti juga membuktikan bakat mereka.

Page 3: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Asal-Usul

o wujud di Melaka sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

o zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian itu dipersembah

untuk menghiburkan tetamu dan pedagang-pedangang yang singgah

di Melaka.

o Turut dinyanyikan oleh penduduk Singapura dan Indonesia terutama

di Sumatera, tetapi yang membezakan dondang sayang Melaka

dengan tempat lain ialah lenggok dan loghat penyanyi itu.

Page 4: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Definisi Dondang Sayang1. Disebut juga Dendang Sayang oleh orang Melaka

membawa dua pengertian, bila disebut berdendang

bermakna bernyanyi untuk bersuka-suka atau

menghibur hati. Apabila disebut sayang akan membawa

erti kasih iaitu melakukan dengan geraklaku yang

lembut dan penuh mesra.

2. Dari dua pengertian di atas maka bolehlah

didefinasikan Dondang Sayang atau Dendang Sayang

itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Ini bermakna

nyanyian Dondang Sayang merupakan satu media atau

satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi

dengan lembut dan penuh mesra.

Page 5: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Ahli-ahli

Biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik

Seorang pemain biola

Dua orang pemain rebana (gendang yang di

sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu

Seorang pemain tawak (gong kecil).

Page 6: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Peraturan

• Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli

muzik yang memainkan peranan utama dalam

dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter

untuk melodi vokal.

• Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-

alat muzik mereka antara persembahan tetapi

pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun

dibenarkan.

• Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika

terdapat pemain muzik yang berlebihan.

Kekadang, rebana boleh digantikan dengan

gendang atau kompang.

Page 7: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Rentak Inang

'Inang' merujuk pada seorang pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga seorang putri raja. Joget Inang untuk menghiburkan puteri tersebut.

Inang didendangkan semasa kedaulatan sultan-sultan Melayu untuk merayakan acara-acara yang berkaitan dengan kerajaan. Penari-penari Inang juga digabungkan sebahagian daripada muzik jika diperlukan.

Semasa zaman kegemilangan bangsawan, inang sangat popular.

TEMPO: Cepat. serta instrumen tradisional Melayu seperti rebana dan gendang.

IRAMA : Muziknya boleh dimainkan dengan instrumen Barat seperti mandolin dan biola.

LIRIK : Dalam bentuk seloka, menggambarkan keindahan alam, atau dalam memuji kecantikan seoarang perempuan.

PENGARUH : Menerima pengaruh elemen dangdut yang berasal daripada India

3

Page 8: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Rentak Masri

TEMPO : Pantas.

PENGARUH : Masri berasal dari Timur

Tengah.

Muzik jenis ini boleh dinyanyikan secara solo

atau berpasangan seperti pertukaran pantun

Jarang lagu-lagu Melayu yang menggunakan

rentak inang kerana ianya agak stereotaip.

4

Page 9: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Rebana ◦ Diperbuat daripada kulit kambing, berasal

daripada Timur Tengah

◦ Perkataan asal daripada bahasa Arab “rabbana”

◦ Ia sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri dan Zapin

Alat Muzik Melayu

• Biola- dibawa masuk ke Melaka dari Eropah iaitu Orang

Portugis.

- Kedatangan Portugis di Melaka sekitar tahun

1500 Masihi membuktikan kebenaran bahawa

Dondang Sayang mempunyai pengaruh seni muzik

Portugis.

Page 10: Seni nyanyian dondang sayang di melaka

Tawak

Alat Muzik Melayu

Page 11: Seni nyanyian dondang sayang di melaka