seni dalam pendidikan refleksi

3
Refleksi Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam Pendidikan peringkat sarjana muda kerguruan ini lebih menegeaskan kepada aspek pemahaman, penghyatan dan kritikan. Proses ini menyetuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, saya juga dapat belajar pelbagai ilmu daripada subjek Seni dalam Pendidikan. Sebelum ini, saya tidak minat dalam subjek ini. Selepas belajar selama tiga bulan, saya lebih minat dan suka subjek ini kerana subjek ini memberi saya ilmu yang lebih dalam dalam aspek seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Sepanjang pengetahuan saya, saya menggangap menghasilkan muzik dan menyanyi lagu adalah begitu senang. Selepas didedahkan oleh pensyarah, saya mulai menyedari kepentingan muzik di dalam kelas dan juga dalam kehidupan seseorang. Muzik dan iramanya dapat memberi perasaan dan juga dapat memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Apabila seseorang mendengar muzik, jiwa seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan gembira. Sessunggunhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang it. Manakala pula dalam kelas, melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar. Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang memberi kesan yang positif. Melalui kaedah penerapan unsur muzik, murid akan lebih terdorong untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan suasana dan mood kelas amat penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid. Muzik terdiri dari susunan irama dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah muzik mampu menaikkan semangat pendengar. Muzik instrumental

Upload: low

Post on 21-Feb-2016

2.563 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

Seni dalam Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Seni dalam Pendidikan Refleksi

Refleksi

Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik, dan seni

pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti teater, seni sastera, seni

fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam Pendidikan peringkat sarjana muda

kerguruan ini lebih menegeaskan kepada aspek pemahaman, penghyatan dan kritikan. Proses

ini menyetuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,

imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalankan aktiviti untuk

meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat

mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan

lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum,

menyeluruh dan menyeronokkan.

Pada masa yang sama, saya juga dapat belajar pelbagai ilmu daripada subjek Seni

dalam Pendidikan. Sebelum ini, saya tidak minat dalam subjek ini. Selepas belajar selama tiga

bulan, saya lebih minat dan suka subjek ini kerana subjek ini memberi saya ilmu yang lebih

dalam dalam aspek seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Sepanjang pengetahuan saya,

saya menggangap menghasilkan muzik dan menyanyi lagu adalah begitu senang. Selepas

didedahkan oleh pensyarah, saya mulai menyedari kepentingan muzik di dalam kelas dan juga

dalam kehidupan seseorang. Muzik dan iramanya dapat memberi perasaan dan juga dapat

memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Apabila seseorang mendengar muzik, jiwa

seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang

mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi

tenang dan gembira. Sessunggunhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan

lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang it.

Manakala pula dalam kelas, melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek

Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang

diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar. Penerapan unsur muzik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang memberi kesan yang positif. Melalui

kaedah penerapan unsur muzik, murid akan lebih terdorong untuk mengikuti proses pengajaran

dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan suasana dan mood kelas amat

penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid. Muzik terdiri dari susunan irama

Page 2: Seni dalam Pendidikan Refleksi

dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah muzik mampu menaikkan semangat

pendengar. Muzik instrumental iaitu susunan melodi tanpa vokal yang lebih bersifat sentimental

mampu untuk memberikan ketenangan kepada murid dan sesuai digunakan ketika sesi

membaca.

Selain itu, terdapat juga sesetengah lagu yang mempunyai unsur-unsur pendidikan

seperti lagu Anak Ayam dan Sepuluh Budak Hitam yang berunsurkan Matematik dan lagu

Bangau Oh Bangau yang mengandungi unsur-unsur Sains. Selain itu, guru juga boleh

menggubah lirik yang berunsurkan subjek yang diajar dan dipadankan dengan melodi yang

sesuai untuk proses pengajaran dan pmbelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran itu lebih menarik. Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan satu langkah yang baik dan wajar dilakukan oleh guru untuk

mewujudkan satu kaedah mendidik yang lebih menyeronokkan. Langkah ini dapat menarik

minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

Dari aspek Seni Visual, saya juga telah didedahkan kali pertama dalam kehidupan saya.

Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menegah, guru saya tidak menitikberatkan seni visual.

Subjek ini selalu dirompak oleh guru lain untuk menggantikan kelas mereka. Melalui beberapa

sesi melukis dan melakar, sebagai warga pendidik pada masa yang akan datang, saya rasa

seni visual dapat melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan

dan prosfessional. Menurut Lernardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan

saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan

kita menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang,

berketrampilan dan profesional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan

tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Seterusnya, dari seni visual

saya juga dapat belajar pelbagai teknik untuk melukis dan melakar. Guru hendaklah

menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid

mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

boleh menggunakan seni visual untuk membantu pemahaman murid dalam mana-mana subjek.

Secara menyeluruhkan, Seni dalam Pendidikan telah membina keyakinan saya dalam

pembelajaran. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai.

Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita

terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut,

ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk

Page 3: Seni dalam Pendidikan Refleksi

mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. Selain itu, pengetahuan tentang teori-teori kesenian

dapat membantu saya mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian

teori dalam pembelajaran dapat membantu saya memudahkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang

individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak

kanan, pada masa yang sama saya dapat belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui

seni, saya dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru

itu, seni dapat mempengaruhi saya untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.

Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu saya belajar dengan lebih menyeronokkan dan

mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan

di antara pemikiran dengan perlakuan saya.

Dalam semester ini, saya juga berpeluang untuk mengadakan satu pertandingan

nyanyian di dalam kampus. Dalam proses mengadakan pertandingan, saya telah belajar

seberapa banyak tentang muzik dan juga pengurusan. Pertandingan ini telah memberi banyak

pengajaran kepada saya sebagai guru dan juga diri sendiri. Sebagai guru pada yang akan

datang, saya harus melengkapi saya sendiri dengan ilmu pengetahuan muzik yang asas

supaya dapat mengendalikan pertandingan dengan adil dan lancar. Saya harus mengetahui

perbezaan kategori-kategori muzik yang sedia ada dan juga kategori yang boleh ditandingkan

oleh murid-murid. Selepas itu, saya haruslah membaiki kelemahan saya iaitu dalam

pengurusan masa dan pengurusan kerja. Saya haruslah membuat persiapan awal sebelum

pertandingan supaya dapat mengetahui masalah-masalah yang akan dihadapi. Saya juga

haruslah memaklumkan juri seawal tiga hari sebelumnya. Melalui pertandingan and subjek seni

dalam pendidikan, saya telah mendapat banyak input dan pengajaran. Subjek ini dapat

mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyenorokkan sekiranya guru

pandai mengaplikasikan mata pelajaran ini dalam mata pelajaran tersebut mahupun mata

pelajaran lain. Seni dalam Pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang unik kerana ia

mampu digunakan dalam mata pelajaran lain sekiranya digunakan pada waktu dan masa yang

sesuai. Oleh itu, satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan oleh

guru.