sendayu tinggi

3
Bahagian B [50 markah] 2(a) Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar barangan kecantikan serta kesihatan yang diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim. Selama sedekad beroperasi pelbagai dugaan dihadapi dan kini Sendayu Tinggi mempunyai 2000 pengedar, 14 butik, 25 rangkaian outlet dan 6 francaisi di seluruh negara. Pada mulanya, syarikat bergantung harap kepada para pengedar tetapi disebabkan tawaran margin lebih tinggi ditawarkan oleh pengeluar produk herba lain menyebabkan mereka mengenepikan produk Sendayu Tinggi. Maka dengan berani, pihak syarikat mengubah strategi meluaskan peluang perniagaan ini melalui sistem francais. Justeru, bagi memastikan farancaisi yang dipilih benar-benar berkualiti dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, pelbagai langkah diambil terutama menyediakan latihan selain mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli. Sendayu Tinggi memiliki lebih 1000 rangkaian produk berasaskan kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik. Antaranya set kosmetik seperti Fiber Mascara & Lipstik, Produk Slimming Set, Set Ibu Bersalin, Minuman Coklat Berkolagen, Nosygon untuk menyelesaikan masalah jerawat dan resdung dan Teh Uncang Jamu Wanita. Produk ini boleh dipesan oleh pelanggan secara online dan penghantaran dibuat melalui pos. Sendayu Tinggi telah memperkenalkan kad keahlian istimewa kepada pengguna setia dengan bayaran hanya RM25 sekali seumur hidup. Melalui pemilikan kad ini, ahli-ahli layak mendapat diskaun sehingga 30% dan dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah menarik. Pelanggan setia Sendayu Tinggi adalah pelbagai dan kebanyakannya adalah turun temurun daripada nenek hingga ke peringkat cucu. Walaupun menghadapi persaingan sengit yang sentiasa menggunakan perang harga, namun Sendayu Tinggi masih mampu bertahan kerana syarikat sentiasa menawarkan harga yang kompetitif dan sentiasa menekankan kualiti produk. Sendayu Tinggi juga mempelbagaikan pilihan dengan setiap tahun menghasilkan produk terbaru dengan kelainan dan keistimewaan tersendiri. Pada tahun 2012, satu rangkaian produk wangian khas telah diperkenalkan. Sendayu Tinggi juga sentiasa mengadakan promosi dan mendekatkan diri dengan pelanggan. Pembukaan cawangan yang berfungsi sebagai butik juga memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada perunding terlatih. Pelanggan juga boleh mendapat informasi terkini berkenaan produk secara khidmat pesanan ringkas(SMS). Malangnya pada 16 April 2012, dua produk pelangsingan badannya yang bernilai RM500 000 telah dirampas oleh penguatkuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia kerana didakwa mengandungi sibutramin yang berbahaya dan berita ini telah disiarkan dalam media massa. Ekoran itu, pihak syarikat telah memberi penjelasan dan memohon maaf. (Sumber Sinar harian 14/5/2012,18/4/2012, Berita Harian Online 23/12/2011,15/7/12, mymetro 25/1/12 dan bisneswirausaha.blogspot.com (i) Terangkan strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Sendayu Tinggi serta cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan strategi tersebut. [20] (ii) Huraikan keputusan campuran produk yang diamalkan oleh Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. [6]

Upload: mohd-fadzli-nazari

Post on 19-Oct-2015

830 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pp sem dua

TRANSCRIPT

Bahagian B [50 markah]

2(a)Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar barangan kecantikan serta kesihatan yang diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim. Selama sedekad beroperasi pelbagai dugaan dihadapi dan kini Sendayu Tinggi mempunyai 2000 pengedar, 14 butik, 25 rangkaian outlet dan 6 francaisi di seluruh negara. Pada mulanya, syarikat bergantung harap kepada para pengedar tetapi disebabkan tawaran margin lebih tinggi ditawarkan oleh pengeluar produk herba lain menyebabkan mereka mengenepikan produk Sendayu Tinggi. Maka dengan berani, pihak syarikat mengubah strategi meluaskan peluang perniagaan ini melalui sistem francais. Justeru, bagi memastikan farancaisi yang dipilih benar-benar berkualiti dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, pelbagai langkah diambil terutama menyediakan latihan selain mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli.

Sendayu Tinggi memiliki lebih 1000 rangkaian produk berasaskan kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik. Antaranya set kosmetik seperti Fiber Mascara & Lipstik, Produk Slimming Set, Set Ibu Bersalin, Minuman Coklat Berkolagen, Nosygon untuk menyelesaikan masalah jerawat dan resdung dan Teh Uncang Jamu Wanita. Produk ini boleh dipesan oleh pelanggan secara online dan penghantaran dibuat melalui pos.

Sendayu Tinggi telah memperkenalkan kad keahlian istimewa kepada pengguna setia dengan bayaran hanya RM25 sekali seumur hidup. Melalui pemilikan kad ini, ahli-ahli layak mendapat diskaun sehingga 30% dan dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah menarik. Pelanggan setia Sendayu Tinggi adalah pelbagai dan kebanyakannya adalah turun temurun daripada nenek hingga ke peringkat cucu. Walaupun menghadapi persaingan sengit yang sentiasa menggunakan perang harga, namun Sendayu Tinggi masih mampu bertahan kerana syarikat sentiasa menawarkan harga yang kompetitif dan sentiasa menekankan kualiti produk. Sendayu Tinggi juga mempelbagaikan pilihan dengan setiap tahun menghasilkan produk terbaru dengan kelainan dan keistimewaan tersendiri. Pada tahun 2012, satu rangkaian produk wangian khas telah diperkenalkan. Sendayu Tinggi juga sentiasa mengadakan promosi dan mendekatkan diri dengan pelanggan.

Pembukaan cawangan yang berfungsi sebagai butik juga memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada perunding terlatih. Pelanggan juga boleh mendapat informasi terkini berkenaan produk secara khidmat pesanan ringkas(SMS). Malangnya pada 16 April 2012, dua produk pelangsingan badannya yang bernilai RM500 000 telah dirampas oleh penguatkuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia kerana didakwa mengandungi sibutramin yang berbahaya dan berita ini telah disiarkan dalam media massa. Ekoran itu, pihak syarikat telah memberi penjelasan dan memohon maaf.(Sumber Sinar harian 14/5/2012,18/4/2012, Berita Harian Online 23/12/2011,15/7/12, mymetro 25/1/12 dan bisneswirausaha.blogspot.com

(i) Terangkan strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Sendayu Tinggi serta cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan strategi tersebut. [20](ii) Huraikan keputusan campuran produk yang diamalkan oleh Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. [6](iii) Bagaimanakah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd menguruskan saluran agihannya. [9](b) (i) Bincangkan faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam penentuan lokasi kilang. [10] (ii) Terangkan maksud analisis kerja dalam pengurusan sumber manusia. [5]Skema:2.(a)(i)Produk [1]Fakta kes: Sendayu Tinggi mempelbagaikan produk/ menawarkan 1000 rangkaian produk.[1] Memperkenalkan produk terbaru setiap tahun wangian[1] Menekankan kualiti produk[1] Cabaran : Sendayu Tinggi perlu mewujud dan mengekalkan pelanggan setia. [2][maksima 5m]Pengedaran[1]Fakta kes: Menggunakan 2000 pengedar, 14 butik, 25 rangkaian outlet dan 6 francaisi.[1] Menjalankan pengedaran secara langsung / online.[1] Cabaran : Pengedar syarikat yang tidak berpuas hati dengan margin yang diberi dan bertindak mengenepikan produk Sendayu Tinggi.[2][maksima 5m]Harga[1]Fakta kes : Sendayu Tinggi menawarkan diskaun sehingga 30%.[1] Menetapkan harga yang berpatutan/ kompetitif.[1] Cabaran : Persaingan harga yang sengit dengan pengeluar produk herba lain/ perang harga[2][maksima 5m]Promosi[1]Fakta kes : Memperkenalkan kad keahlian.[1] Memberi mata ganjaran untuk ditukarkan dengan hadiah istimewa.[1] Mendekatkan diri dengan pengguna/ sedia khidmat nasihat/informasi secara langsung/ SMS/ melalui pos.[1] Cabaran : Publisiti negatif rampasan 2 produk pelangsingan oleh penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.[2][F=1m. Definisi=1m, 2FK=2m, Cabaran=2m][Jumlah=20m](ii)Keputusan campuran produk:

Kelebaran produk [1] Huraian-bilangan lini produk yang ditawarkan oleh syarikat [1] Contoh: Sendayu Tinggi menawarkan barisan produk kesihatan, penjagaan diri, kosmetik. [1][Maksima 3m]Kedalaman produk [1] Kepelbagaian/ bilangan item produk dalam satu lini.[1] Produk kesihatan minuman coklat berkolagen, Teh uncang jamu wanitaKosmetik - fiber mascara & lipstik[1] Penjagaan diri - Produk Slimming Set, set ibu bersalin[1][Maksima 3m]Ketekalan produk[1] Kepelbagaian produk yang terhad.[1] Semua barisan produk Sendayu Tinggi iaitu produk kesihatan, kosmetik dan penjagaan diri mempunyai perkaitan yang rapat iaitu produk untuk penjagaan diri.[1][Maksima 3m][Mana-mana 2 Fakta: Fakta=1m, Def/Huraian-1m, Fakta kes-1m. Jumlah 6m]

(iii)Pengurusan saluran agihan:a) Memilih ahli saluran.[1] Pemilihan berdasarkan pengalaman, rekod prestasinya, reputasi, kerjasama dll.[1] Sendayu Tinggi hanya menawarkan francais kepada francaisi yang berpendidikan tinggi dan mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan ini. [1]

b) Memotivasi ahli saluran.[1] Aktiviti memberikan insentif untuk mendorong mereka memberi khidmat terbaik/kerjasama.[1] Sendayu Tinggi menyediakan latihan kepada pengedar dan menyediakan khidmat nasihat oleh perunding terlatih.[1]

c) Menilai/ audit ahli saluran[1] Memeriksa prestasi setiap ahli berdasarkan kuota jualan,perkhidmatan pelanggan dll.[1] Sendayu Tinggi menukar pengedar yang tidak setia/ tiada komitmen kepada francaisi / menukar strategi penggunaan pengedar kepada sistem francais.[1]

[F=1m, D=1m, K=1m][Jumlah=9m]