senarai tugasan2

3

Click here to load reader

Upload: magictawau-alif

Post on 12-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

Page 1: senarai tugasan2

Aktiviti 1 (T1A1) – Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format (template) yang disediakan.*

*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada bahagian Assignment (T1A1)

 

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) sebelum atau pada 4 Februari 2015 (5.00pm). Namakan fail tersebut sebagai T1A1.

 

Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum

Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).

 

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) sebelum atau pada 4 Februari 2015 (5.00pm). Namakan fail tersebut sebagai T1A2.

 

Aktiviti 3 (T1A3) –   Pelaporan Praktikum

Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti format dibawah:

BIL PERKARA

1.

Refleksi PdP lalu

·        Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP:

o   Guru

o   Murid

o   Isi kandungan pelajaran

o   Persekitaran

·        Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.

2.

Isu / Fokus Kajian

·        Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

·        Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.

3

Kumpulan sasaran

·        Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji

·        Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji4. Perlaksanaan inovasi PdP

·        Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh:

Page 2: senarai tugasan2

TEKNIK ‘COMIL’ : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI

SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON

·        Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat

5.

Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:

·        Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

·        Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.

·        Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja. Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, ‘pre-test’ dan ‘post-test’

Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.

6.

Lampiran

·        Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan

·        Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP

Laporan ini:

Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5

Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)

 

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) sebelum atau pada 25 Februari 2015 (5.00pm). Namakan fail tersebut sebagai T1A3.

 

Aktiviti 4 (T1A4) –   Jurnal Reflektif

Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).

 

 Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) sebelum atau pada 25 Februari 2015 (5.00pm). Namakan fail tersebut sebagai T1A4.