senarai tugas unit media

9
SENARAI TUGAS UNIT MEDIA PENGERUSI 1. Sebagai ketua pentadbir, pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK Induk PSS. 2. Memastikan PSS berjalan dengan berkesan demi mencapai objektif-objektif PSS yang diketengahkan. 3. Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan bantuan Unit Teknologi Pendidikan. 4. Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat atau media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif. 5. Menyelaras kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan. 6. Mengadakan perbincangan dengan para pegawai Unit Teknologi Pendidikan pelbagai peringkat mengenai program media pendidikan di sekolah. 7. Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS lain. 8. Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah. 9. Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baru dan yang selalu digunakan dengan kerjasama Unit Teknologi Pendidikan. 10. Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat- alat pengajaran dan pembelajaran. 11. Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru- guru dan para pelajar untuk menggunakan bahan-bahan dalam

Upload: jamal-musa

Post on 23-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

TUGAS

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Tugas Unit Media

SENARAI TUGAS UNIT MEDIA

PENGERUSI1. Sebagai ketua pentadbir, pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK Induk PSS.2. Memastikan PSS berjalan dengan berkesan demi mencapai objektif-objektif PSS yang

diketengahkan.3. Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan

menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan bantuan Unit Teknologi Pendidikan.

4. Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat atau media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif.

5. Menyelaras kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan.

6. Mengadakan perbincangan dengan para pegawai Unit Teknologi Pendidikan pelbagai peringkat mengenai program media pendidikan di sekolah.

7. Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS lain.

8. Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaranberasaskan sumber di sekolah.

9. Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baru dan yang selalu digunakan dengan kerjasama Unit Teknologi Pendidikan.

10. Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran dan pembelajaran.

11. Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan para pelajar untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS merentasi kurikulum.

12. Menyebarkan konsep PSS kepada guru-guru, para pelajar dan masyarakat tempatan.13. Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan dan maklumat terkini.14. Dapat menerima perubahan dalam perkembangan pendidikan dengan fikiran terbuka

dari masa ke semasa.

Page 2: Senarai Tugas Unit Media

PENYELARAS PSS

1. Menyelaras semua program media yang dirancang dan memastikan agar ianya dilaksanakan.

2. Membantu menggariskan matlamat, objektif dan perancangan dasar yang akan dilaksanakan oleh PSS.

3. Memantau dan memastikan program-program pembangunan serta perancangan aktiviti agar dilaksanakan dengan cemerlang.

4. Menyediakan senarai semak tugas untuk memastikan perkembangan dan tindak ikut perancangan dan pembangunan PSS.

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS dengan kerjasama semua AJK Kerja PSS.

6. Mengurus dan mengelolakan semua kemudahan fizikal dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.

7. Memilih dan memesan bahan-bahan perlu dan yang bersesuaian untuk keperluan masyarakat sekolah dengan kerjasama guru-guru.

8. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.9. Bekerjasama dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merancang dan

melaksanakan program perkembangan staf.10. Menggalakkan guru dan pelajar untuk menggunakan pelbagai media dalam pendidikan.11. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PSS.12. Menganjurkan sesi promosi yang bersesuaian untuk menggalakkan budaya penggunaan

perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.13. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan

swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.14. Memastikan penyediaan rekod-rekod yang lengkap untuk tujuan penyemakan oleh

pegawai-pegawai pendidikan yang melakukan lawatan.15. Menyediakan laporan tahunan PSS.16. Mendapatkan maklum balas dan cadangan-cadangan bagi meningkatkan mutu

perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.17. Membuat penilaian dan kaji selidik tentang keberkesanan penggunaan semua

perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.18. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang

berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.19. Menjalankan tugas-tugas berkaitan seperti diarahkan oleh Pengerusi atau pihak

pentadbiran sekolah.

Page 3: Senarai Tugas Unit Media

GURU PERPUSTAKAAN

1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.2. Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan

perpustakaan.3. Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teratur dan bersistematik.4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.5. Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.6. Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang

bersistem.7. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan para pelajar yang

memerlukan.8. Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan untuk mengetahui jenis-jenis dan

tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.9. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.10. Mengelas dan mengkatalogkan bahan-bahan dari koleksi.11. Menyediakan catalog yang kemas kini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan para

pelajar yang memerlukan.12. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan.13. Melantik pengawas PSS dan mengadakan program latihan yang bersesuaian dengan

keperluan.14. Membantu menguruskan semua program media PSS yang berkaitan dengan

perkhidmatan perpustakaan.15. Membantu para pelajar untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk

bacaan dan rujukan.16. Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang cara-cara memaksimumkan

penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik.17. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang

berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.18. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan

oleh pihak pentadbir.

Page 4: Senarai Tugas Unit Media

GURU BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Mencatat semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) Yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok BBM.

2. Mengelas dan mengkatalogkan semua bahan perisian yang dibeli atau diterima.3. Menyedia dan mengedarkan catalog BBM dari semasa ke semasa untuk pengetahuan

guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.4. Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal

serta untuk menggalakkan penggunaan media P&P yang bersesuaian oleh guru-guru dan para pelajar.

5. Menasihati dan membimbing guru-guru serta pelajar tentang kaedah memilih jenis-jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk P&P.

6. Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan BBM yang bersistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran guru-guru.

7. Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan BBM dari semasa ke semasa untuk makluman guru dan pelajar.

8. Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikan.

9. Menentukan bahawa semua peralatan BBM sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.

10. Menyedia buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai pendidikan yang memerlukannya.

11. Menentukan supaya buku rekod penggunaan disediakan untuk kemudahan para pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu.

12. Menyediakan senarai semak yang perlu untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

13. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir.

Page 5: Senarai Tugas Unit Media

GURU BILIK TAYANG

1. Menggalakkan pembudayaan penggunaan media teknologi pendidikan terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota yang bersesuaian untuk digunakan.

2. Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknologi pendidikan yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan para pelajar dalam P&P.

3. Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD.

4. Menyediakan jadual penggunaan, statistik atau pun mempamerkan bahan-bahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.

5. Menyedia dan mengedarkan katalog alat pandang dengar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru dan murid.

6. Melaporkan sebarang kerosakan alatan supaya segera di baik pulih .

7. Merancang anggaran belanjawan tahunan bagi menyediakan perkhidmatan TV Pendidikan dan radio pendidikan.

8. Merancang dan menjalankan program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan APD secara berkesan.

9. Menyediakan catatan dalam buku-buku laporan tentang sebarang aktiviti yang telah dijalankan untuk tujuan penyemakan dan rekod.

10. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

11. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.

Page 6: Senarai Tugas Unit Media

PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Membantu guru perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik BBM dan guru bilik khas yang lain.

2. Mengurus pinjaman dan pemulangan buku dan alat.

3. Memproses buku baru.

4. Membaik pulih buku dan alatan.

5. Mengatur dan menyusun buku-buku dan alatan.

6. Menjaga perpustakaan dan bilik-bilik khas yang lain.

7. Membantu melaksana aktiviti PSS.

8. Membantu menyemak stok.

9. Menguatkuasakan peraturan –peraturan PSS.

Page 7: Senarai Tugas Unit Media

GURU BILIK KOMPUTER

1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan komputer termasuk keperluan-keperluan semasanya.

2. Mempunyai catatan (buku stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian (software) seperti komputer, kertas, disket, ribbon, dakwat pencetak dll.

3. Bertanggungjawab untuk melatih dan membudayakan penggunaan komputer melalui program literasi komputer yang bersesuaian.

4. Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.

5. Berusaha mengelas dan mengkatalogkan cakera padat yang dimiliki.

6. Merancang aktiviti unit komputer.

7. Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod penggunaan dan lain – lain lagi.

8. Melaporkan sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baik pulih atau penggantian dengan kadar yang segera.

9. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

10. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pentadbir sekolah.