senarai-peribahasa-pmr.docx

4
PERIBAHASA SIMPULAN BAHASA MAKSUD ada angin Orang yang mempunyai sikap yang tidak tetap. ada hati Menaruh keinginan pada sesuatu. ajak-ajak ayam Mempelawa tanpa kesungguhan. alas perut Makan sedikit supaya tidak lapar. anak teruna Pemuda yang belum berkahwin. angin-angin Khabar yang belum dapat dibuktikan. angkat bakul Sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri. asam garam Susah senang dalam kehidupan. atas pagar Berkecuali / Tidak masuk campur / Tidak lulus dan tidak gagal (sederhana). batu api Penghasut . batuk-batuk kambing Batuk yang dibuat-buat dengan tujuan mengusik/menyindir . berat mulut Malas bercakap. berat kepala Pening kepala. berpaling tadah Bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang disokong. bertikam lidah Berdebat/berbahas tentang sesuatu. buah mulut Perkara yang dibualkan oleh orang ramai. bunga dedap Perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi tidak berkelakuan baik. cakar ayam Tulisan yang sangat buruk. cepat tangan Pantas atau cepat melakukan sesuatu/ suka mencuri. darah daging Kaum keluarga/saudara-mara sendiri. diam ubi Orang yang berusaha secara senyap tetapi menguntungkan. hati emas Seseorang yang hatinya terlalu baik. hati tikus Penakut atau pengecut. gendang besar Orang yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong. khabar angin Berita yang belum jelas. kacang hantu Budak yang nakal. kaki ayam Tidak berkasut. kera sumbang Orang yang selalu rnengasingkan diri . kucing bertanduk Perkara yang mustahil berlaku. lidah biawak Percakapan yang berubah-ubah. lidah pendeta Kata-kata hikmat yang dituturkan oleh bijak pandai. lipas kudung Cepat menyiapkan/membuat pekerjaan. makan angkat Suka dipuji. makan suap Menerima rasuah. otak cair Pandai atau cerdik. otak udang Orang yang bodoh. pasang telinga Mendengar dengan teliti atau bersungguh-sungguh. mulut tempayan Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia. mulut murai Orang yang suka bercakap/berbuat bising. mandi peluh/ keringat Bekerja kuat dengan sepenuh hati. senyum kambing Senyum mengejek. serkap jarang Meneka/menuduh dengan sembarangan sahaja. tajam akal Pintar. telinga lintah Orang yang baik pendengarannya. telinga nipis Orang yang lekas marah. telinga kuali Orang yang tahan hati walaupun dimarahi. telinga tempayan Orang yang tidak mahu mendengar. tangan terbuka Menerima/menyambut sesuatu/orang dengan sukacita. tin kosong Orang yang bercakap besar tetapi tidak berilmu pengetahuan. PERUMPAMAAN MAKSUD bagai ayam disambar helang Orang yang hilang dengan tiba-tiba. 1

Upload: whocynee

Post on 11-Jul-2016

40 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Senarai-Peribahasa-Pmr.docx

TRANSCRIPT

PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA MAKSUDada angin Orang yang mempunyai sikap yang tidak tetap.ada hati Menaruh keinginan pada sesuatu.ajak-ajak ayam Mempelawa tanpa kesungguhan.alas perut Makan sedikit supaya tidak lapar.anak teruna Pemuda yang belum berkahwin.angin-angin Khabar yang belum dapat dibuktikan.angkat bakul Sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.asam garam Susah senang dalam kehidupan.atas pagar Berkecuali / Tidak masuk campur / Tidak lulus dan tidak gagal (sederhana).batu api Penghasut.

batuk-batuk kambing Batuk yang dibuat-buat dengan tujuan mengusik/menyindir.

berat mulut Malas bercakap.berat kepala Pening kepala.berpaling tadah Bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang disokong.bertikam lidah Berdebat/berbahas tentang sesuatu.buah mulut Perkara yang dibualkan oleh orang ramai.bunga dedap Perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi tidak berkelakuan baik.cakar ayam Tulisan yang sangat buruk.cepat tangan Pantas atau cepat melakukan sesuatu/ suka mencuri.darah daging Kaum keluarga/saudara-mara sendiri.diam ubi Orang yang berusaha secara senyap tetapi menguntungkan.hati emas Seseorang yang hatinya terlalu baik.hati tikus Penakut atau pengecut.gendang besar Orang yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong.khabar angin Berita yang belum jelas.kacang hantu Budak yang nakal.kaki ayam Tidak berkasut.kera sumbang Orang yang selalu rnengasingkan diri .kucing bertanduk Perkara yang mustahil berlaku.lidah biawak Percakapan yang berubah-ubah.lidah pendeta Kata-kata hikmat yang dituturkan oleh bijak pandai.lipas kudung Cepat menyiapkan/membuat pekerjaan.makan angkat Suka dipuji.makan suap Menerima rasuah.otak cair Pandai atau cerdik.otak udang Orang yang bodoh.pasang telinga Mendengar dengan teliti atau bersungguh-sungguh.mulut tempayan Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.mulut murai Orang yang suka bercakap/berbuat bising.mandi peluh/ keringat Bekerja kuat dengan sepenuh hati.senyum kambing Senyum mengejek.serkap jarang Meneka/menuduh dengan sembarangan sahaja.tajam akal Pintar.telinga lintah Orang yang baik pendengarannya.telinga nipis Orang yang lekas marah.telinga kuali Orang yang tahan hati walaupun dimarahi.telinga tempayan Orang yang tidak mahu mendengar.tangan terbuka Menerima/menyambut sesuatu/orang dengan sukacita.tin kosong Orang yang bercakap besar tetapi tidak berilmu pengetahuan.

PERUMPAMAAN MAKSUDbagai ayam disambar helang Orang yang hilang dengan tiba-tiba.bagai aur dengan tebing Tolong-menolong antara satu sama lain.bagai bulan dipagar bintang Kecantikan seseorang bertambah cantik apabila diapit oleh pengapit-pengapit yang cantik pula.

bagai buluh ditarik songsang Susahnya mengajar orang yang bertentangan fahaman dengan kita.bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan/perkara, hanya berpegang pada pendapat sendiri/melakukan pekerjaan masing-masing.

bagai mencurah air ke daun keladi Sia-sia sahaja menasihati orang yang tidak mahu mendengar nasihat.bagai pucuk dilancarkan Menunjukkan kehebatan seseorang hulubalang/pahlawan menghunus pedangnya.

1

bagai pinang dibelah dua Pasangan yang sama cantik dan sama padan.bagai kumbang putus tali Lari segera apabila terlepas daripada kesusahan.bagai si buta kehilangan tongkat Keadaan seseorang yang dalam kesukaran kerana hilang tempat bergantung.bagai melepas batuk di tangga Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.bagai isi dengan kuku Persahabatan yang sangat erat.bagai kacang lupakan kulit Orang yang tidak tahu mengenang budi.ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

Perempuan yang disayangi semasa mudanya tetapi diceraikan apabila sudah tua.

Ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semua

Sentiasa semuafakat, susah dan senang tetap bersama.

ibarat burung, mata lepas badan terkurungseperti anjing dengan kucing

Tiada ada kemerdekaan / kebebasan.

Dua orang yang selalu berkelahi jika bertemu.seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Orang yang menasihatkan orang lain supaya membuat pekerjaan dengan betul, sedangkan dirinya sendiri tidak membuat pekerjaan yang betul.

seperti harimau menunjukkan belang Menunjukkan sifat sebenarnya setelah lama berdiam diri.seperti hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak dihargai/sesuatu kerja yang sia-sia.seperti kaca jatuh ke batu Berasa amat sedih.seperti katak di bawah tempurung Orang yang cetek pengetahuannya.seperti kera mendapat bunga Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.seperti pahat dengan penukul Orang yang hanya bekerja apabila diperintah.seperti rusa masuk kampung Orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke sesuatu kawasan.seperti api di dalam sekam Perbuatan jahat yang tersembunyi antara dua pihak.seperti Belanda minta tanah Orang yang tamak.sepert bumi dengan langit Perbezaan yang amat besar.padi masak jagung mengupih Keuntungan yang berlipat ganda.pelepah tua luruh pelepah muda jangan ketawa

Orang muda hendaklah insaf apabila melihat orang tua meninggal dunia kerana dia juga akan mati pada suatu hari nanti.

membuang garam ke laut Seseorang yang memberi pertolongan kepada seseorang yang tidak perlu ditolong.nasi sudah menjadi bubur Sesuatu perbuatan yang sudah telanjur dan tidak dapat diubah lagi.

BIDALAN MAKSUDada gula ada semut Orang yang berkumpul di tempat yang banyak keuntungan dan rezeki.ada udang di sebalik batu Mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan.air ditetak tidak akan putus Pergaduhan antara adik-beradik itu tidak akan berpanjangan, akhirnya akan berbaik

semula.air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Jangan disangka orang yang pendiam tiada bahayanya.

alah bisa tegal biasa Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi senang.alang-alang mandi biarlah basah Mengerjakan sesuatu kerja sehingga selesai.belakang parang diasah lagikan tajam Orang yang bodoh jika diajar, akan menjadi pandai juga akhirnya.belum duduk sudah belunjur Melakukan sesuatu kerja sebelum sampai masanya.bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku daripada satu pihak sahaja.

bumi mana tidak ditimpa hujan Setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.Jauhari juga yang mengenal manikam Orang yang pakar dalam sesuatu bidang itu sahajalah yang lebih mengetahui faedah sesuatu

benda kecil itu.melentur buluh biar daripada rebung Mendidik anak hendaklah dari kecil lagi.pelanduk dua serupa Dua orang yang serupa benar.sambil menyelam minum air Membuat dua pekerjaan dalam satu masa.sediakan payung sebelum hujan Hendaklah beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.segan bertanya sesat jalan Orang yang tidak mahu bertanya apabila berhadapan dengan masalah akan mendapat

kesusahan akhirnya.sudah jatuh ditimpa tangga Kesusahan/kecelakaan yang datang berturut-turut.tepuk dada tanya selera Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hendaklah baik-baik menurut keyakinan kita.Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan atau kebolehan diri sendiri.

PEPATAH MAKSUDbagaimana acuan, begitulah kuihnya Biasanya perangai seorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya.bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia.

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang Bersusah-susah dahulu supaya mendapat kesenangan pada kemudian hari.2

ke tepianberani kerana benar, takut kerana salah Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan bersedia

untuk menghadapi kenyataan.berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Suka duka sama-sama ditanggung.berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Betapa beratnya kita melihat kesusahan yang dialami oleh orang lain, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu.buang yang keruh, ambil yang jernih Buang yang jahat dan diambil yang baikbanyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Setiap orang mempunyai kehendak hati masing-masing.

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Kalau hendak membuat kebaikan biarlah berpatutan, tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jugacubit paha kanan paha kiri pun sakit juga

Pergaduhan antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

Jika seseorang itu mengatakan keburukan kaum kerabat kita sendiri, kita pun terasa marah juga.

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Pendiam yang bodoh langsung tidak membawa apa-apa faedah.

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Kita hendaklah mematuhi adat atau peraturan tempat yang kita diami itu.di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Kalau seseorang itu mempunyai cita-cita, tentu dia berusaha untuk mencapainya.gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik, sebaliknya orang yang jahat akan meninggalkan nama yang buruk pula.

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Susah senang dirasai bersama-sama.

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Dalam sebarang hal/pekerjaan, hendaklah berfikir dahulu supaya tidak mengalami kerugian atau kesusahan.

jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor Orang yang berketurunan baik ke mana-mana pun perginya akan baik juga.kalah jadi abu, menang jadi arang Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak akan menguntungkan mana-mana

pihak.kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Orang miskin harus bekerja setiap masa.

Lembu punya susu sapi dapat nama Orang lain yang berusaha, orang lain yang dipuji.Lain di mulut, lain di hati Apa-apa yang diperkatakan adalah tidak sama dengan apa-apa yang terdapat di hati.masuk telinga kanan, keluar telinga kiri Orang yang tidak mahu mendengar nasihat .masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Ke mana-mana kita pergi hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan adat resam di tempat itu.

KATA-KATA HIKMAT MAKSUDbahasa jiwa bangsa Bahasa mencirikan identiti sesuatu bangsa.bersatu teguh, bercerai kita roboh Dengan mengamalkan semangat bersatu, sesuatu bangsa itu akan teguh dari segi fizikal

mahupun mentalnya dan sekiranya sesuatu bangsa itu tiada kemuafakatan, maka kedudukan mereka senang goyah dan lemah. Oleh itu, keadaan yang semacam ini menyenangkan anasir-anasir negatif memusnahkan mereka.

hilang bahasa lenyaplah bangsa Jika sesuatu bahasa itu sudah tidak dituturkan lagi, maka keadaan ini menunjukkan bangsa yang menuturkannya itu mengalami kepupusannya.

ilmu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi pedoman kepada seseorang dalam membuat keputusan dan tindakan.

kata-kata lebih tajam daripada mata pedang

Melalui kata-kata, seseorang itu boleh tersinggung atau dijatuhkan.

keadilan tidak mengenal kawan Mengadili sesuatu perkara dengan seadil-adilnya adalah suatu kewajipan. Oleh itu, bersikap adillah dalam membuat suatu keputusan walaupun terpaksa berlaku adil terhadap orang yang paling rapat dengan kita.

masa itu emas Masa adalah sangat berharga.muafakat itu berkat Keputusan yang baik akan diperoleh jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan bersama dan

berpakat.otak yang cerdas ada pada badan yang sihat

Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.

pandu cermat jiwa selamat Jika memandu kenderaan secara berhati-hati nescaya nyawa seseorang itu tidak akan diancam bahaya.

3