senarai-dan-bidang-tugas.docx

7
SENARAI DAN BIDANG TUGAS PENDAFTARAN DAN PENGINAPAN Bidang Tugas : 1. Menyediakan borang pendaftaran yang lengkap dengan nama pelajar, sekolah, no. kad pengenalan, tingkatan dan no. telefon ibu bapa/penjaga. 2. Menyediakan tempat pendaftaran yang sesuai 3. Mendaftar pelajar mengikut sekolah masing-masing 4. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan yang telah ditetapkan 5. Menentukan fasilitator yang bertanggungjawab terhadap setiap kumpulan 6. Menyediakan fail yang secukupnya beserta dengan bahan-bahan yang diperlukan 7. Membuat blok / plate program untuk dilekatkan di atas pocket file 8. Mengagihkan fail kepada peserta 9. Mengagihkan name tag kepada peserta dan fasilitator 10. Menentukan bilik / khemah bagi setiap peserta berdasarkan kumpulan 11. Menyediakan penempatan bagi pegawai, fasilitator dan peserta 12. Menyediakan peraturan-peraturan 13. Membuat taklimat penginapan kepada peserta 14. Menyediakan borang untuk catatan kehadiran peserta dan fasilitator setiap acara / sesi program DISIPLIN (Kem Komandan) Bidang Tugas : 1. Mengetahui dan memahami tujuan, matlamat, objektif, aktiviti dan maklumat serta perkara yang berkaitan dengan program. 2. Bertanggungjawab memberi taklimat tentang perjalanan program secara keseluruhannya. 3. Memberi taklimat tentang peraturan am dan tatatertib program serta aktiviti yang akan dijalankan. 4. Mengeluarkan arahan kepada peserta dan fasilitator dari masa ke semasa bila difikirkan perlu. 5. Memastikan program berjalan dengan lancar mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan. 6. Menekankan kepentingan dan ketepatan masa. 7. Memastikan setiap hari program dimulakan dengan bacaan doa, zikir ma’thurat, lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku

Upload: nor-amin-lawisau

Post on 21-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SENARAI DAN BIDANG TUGAS

PENDAFTARAN DAN PENGINAPAN

Bidang Tugas :

1. Menyediakan borang pendaftaran yang lengkap dengan nama pelajar, sekolah, no. kad pengenalan, tingkatan dan no. telefon ibu bapa/penjaga.2. Menyediakan tempat pendaftaran yang sesuai3. Mendaftar pelajar mengikut sekolah masing-masing4. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan yang telah ditetapkan5. Menentukan fasilitator yang bertanggungjawab terhadap setiap kumpulan6. Menyediakan fail yang secukupnya beserta dengan bahan-bahan yang diperlukan7. Membuat blok / plate program untuk dilekatkan di atas pocket file8. Mengagihkan fail kepada peserta9. Mengagihkan name tag kepada peserta dan fasilitator10. Menentukan bilik / khemah bagi setiap peserta berdasarkan kumpulan11. Menyediakan penempatan bagi pegawai, fasilitator dan peserta12. Menyediakan peraturan-peraturan13. Membuat taklimat penginapan kepada peserta14. Menyediakan borang untuk catatan kehadiran peserta dan fasilitator setiap acara / sesi program

DISIPLIN (Kem Komandan)

Bidang Tugas :1. Mengetahui dan memahami tujuan, matlamat, objektif, aktiviti dan maklumat serta perkara yang berkaitan dengan program.2. Bertanggungjawab memberi taklimat tentang perjalanan program secara keseluruhannya.3. Memberi taklimat tentang peraturan am dan tatatertib program serta aktiviti yang akan dijalankan.4. Mengeluarkan arahan kepada peserta dan fasilitator dari masa ke semasa bila difikirkan perlu.5. Memastikan program berjalan dengan lancar mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.6. Menekankan kepentingan dan ketepatan masa.7. Memastikan setiap hari program dimulakan dengan bacaan doa, zikir mathurat, lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku8. Memastikan setiap peserta sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.9. Mengenakan tindakan dan menjatuhkan hukuman terhadap peserta yang melanggar peraturan.

KESELAMATAN DAN KEBAJIKANBidang Tugas :1. Memberi taklimat berkaitan keselamatan tempat dan peserta disepanjang program.2. Bertanggungjawab ke atas kawalan keselematan di sepanjang program.3. Menentukan jadual tugas kawalan keselamatan pada waktu malam.4. Menyediakan kotak bantu mula dan alatan rawatan kecemasan.5. Menyediakan peralatan kecemasan seperti lampu suluh, belerang dan sebagainya.6. Membuat tinjauan dan lawatan ke tempat aktiviti untuk memastikan ianya selamat dan sesuai untuk aktiviti tersebut.

KEROHANIAN

Bidang Tugas :1. Memastikan penceramah bagi setiap slot kuliah maghrib dan kuliah subuh.2. Memastikan pelajar menunaikan solat secara berjemaah.3. Memastikan qiyamullail dijalankan dengan sempurna.4. Memastikan semua peserta telah bersedia 10 minit sebelum ceramah bermula.5. Memastikan peserta menumpukan perhatian kepada ceramah yang disampaikan.

KEBERSIHAN

Bidang Tugas :1.Memastikan semua tempat dalam keadaan bersih setiap masa.2.Menyediakan jadual bertugas di tempat-tempat yang ditentukan.3.Memastikan pelajar menjalankan tugas yang telah ditetapkan.4.Menyediakan jadual gotong royong pada hari terakhir perkhemahan.5.Memastikan peralatan / bahan mencukupi untuk tugas-tugas pembersihan.

SIJIL, HADIAH DAN CENDERAMATA

Bidang Tugas :1. Menyediakan sijil penyertaan dan penghargaan.2. Menentukan kategori yang akan menerima hadiah.3. Membuat anggaran perbelanjaan untuk urusan yang berkaitan dengan hadiah4. Menempah, membeli, membungkus dan menguruskan hadiah.5. Menentukan kedudukan setiap hadiah untuk disampaikan.6. Menyediakan senarai nama peserta atau kumpulan yang akan menerima hadiah.7. Menyediakan kelengkapan penyampaian hadiah seperti tempat, alatan dan sebagainya.

SAMBUTAN, BUKU PROGRAM DAN BACKDROP

Bidang Tugas :1.Menyediakan buku cenderamata.2.Menyediakan backdrop yang sesuai dan mengikut kehendak penganjur.3.Menyediakan kelengkapan untuk majlis perasmian.4.Memastikan susunatur yang sesuai untuk majlis perasmian.

PERALATAN DAN SIARAYA

Bidang Tugas :1. Menyediakan P.A System di tempat yang ditentukan.2. Membuat rakaman video dan fotografi.3. Memastikan P.A System tersebut berfungsi sepanjang majlis berjalan.4. Menyediakan dewan atau tempat yang kondusif5. Menyusun atur kerusi meja yang secukupnya untuk peserta, fasilitator dan peserta6. Bertanggungjawab terhadap kebersihan, keceriaan dan perhiasan dewan7. Membuat dokumentasi

CERAMAH DAN BENGKEL

Bidang Tugas :1.Memastikan kesediaan penceramah bagi setiap slot yang ditetapkan.2.Menyambut dan mengiringi penceramah sebaik sahaja ketibaannya serta waktu kepulangannya.3.Memastikan pelajar membuat laporan kepada penceramah dan sidang dewan tentang kesediaan dan kedudukan terakhir peserta.4.Memastikan semua peserta telah bersedia 10 minit sebelum ceramah bermula.5.Memastikan peserta menumpukan perhatian kepada ceramah yang disampaikan.

RIADAH DAN REKREASI

Bidang Tugas :1.Membuat tinjauan dan lawatan ke tempat aktiviti untuk memastikan ianya selamat dan sesuai untuk aktiviti tersebut.2.Merancang, merangka dan menyediakan modul aktiviti yang akan dilaksanakan.3.Memastikan setiap aktiviti bersesuaian dan selari dengan matlamat program.4.Membuat taklimat kepada fasilitator tentang cara pelaksanaan aktiviti tersebut.5.Menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti tersebut.6.Membuat laporan perjalanan aktiviti kepada pihak urus setia dan Kem Komandan.

FASILITATOR

Bidang Tugas :1.Sebagai pemudahcara kepada peserta dalam sesuatu sesi / bengkel.2.Membantu peserta dalam menjelaskan sesuatu isu / permasalahan yang dibincangkan.3.Menjelaskan matlamat yang hendak dicapai dari sesuatu sesi / bengkel.4.Sentiasa mengawasi peserta dalam setiap sesi / bengkel.5.Mencatat markah / pemerhatian dan membuat laporan perkembangan ahli sesi / bengkel dari masa ke masa.6.Memastikan peserta sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan serta adab dalam setiap sesi / bengkel.7.Mengambil / mencatat kehadiran ahli setiap sesi / bengkel.8.Fasilitator hendaklah sentiasa menjaga tutur kata dan adab sopan sepanjang program.9.Fasilitator hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai bagi setiap sesi / bengkel sepanjang program.10.Fasilitator adalah role model dan qudwah hasanah kepada peserta di sepanjang program. Segala nilai dan roh Islam hendaklah terlebih dahulu diterapkan di dalam jiwa mereka sebelum diterapkan ke dalam hati peserta.11.Melaksanakan sesuatu tugas dengan sepenuh hati, ikhlas, faham dan mengharapkan keredhaan Allah.

PENGHULU

Bidang Tugas :1.Melantik petugas-petugas bagi melicinkan program seperti imam, bilal, pencatat sidang, pelapor, pengerusi majlis bagi setiap slot / ceramah dan lain-lain.2.Mengambil biodata penceramah untuk diumumkan sewaktu pembukaan majlis.3.Memastikan selepas setiap ceramah, seorang wakil peserta yang dilantik untuk pergi ke hadapan penceramah dan membuat ucapan hormat terima kasih.4.Melantik pencatat ceramah / bengkel dengan menggunakan borang yang telah disediakan.5.Melaporkan permasalahan peserta kepada pengarah program, mana-mana ajk program atau fasilitator.6.Mengendalikan perhimpunan pagi dengan arahan kawat, laporan, asmaulhusna, Negaraku, Doa Rabitah dan setiap perhimpunan sebelum program bermula.7.Memastikan kebajikan semua ahli terjaga.8.Menyediakan ucapan bersedia untuk berucap di Majlis Penutupan.9.Membuat keputusan segera apabila diminta berbuat demikian.10.Mencadangkan peserta yang layak menerima anugerah peserta terbaik.

PENGHULUNITA

Bidang Tugas :1.Membantu penghulu dalam melantik petugas-petugas terutamanya yang melibatkan peserta puteri.2.Melaporkan permasalahan peserta kepada Kem Komandan, mana-mana ajk program atau fasilitator.3.Mencadangkan kumpulan peserta yang layak menerima anugerah peserta terbaik.

KETUA KUMPULAN

Bidang Tugas :1.Menjaga kebajikan ahli kumpulan.2.Menjadi pelapor perhimpunan.3.Membantu tugas-tugas penghulu dan penghulunita.4.Mengetuai perbincangan dalam kumpulan.

PERATURAN AM DAN TATATERTIBKEM PEMANTAPAN AQIDAH MURID 2011

Para peserta diwajibkan menyertai semua aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini.

Peserta program hendaklah sentiasa bersedia, menepati masa dan berdisiplin.

Para peserta hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sesuai untuk setiap acara yang dijalankan.

Para peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan program kecuali selepas mendapatkan kebenaran daripada urus setia.

Para peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tempat program dan kekemasan tempat penginapan.

Para peserta hendaklah sentiasa patuh pada arahan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan arahan semasa oleh urus setia.

Para peserta dikehendaki bergerak dalam kumpulan dan dikawal oleh ketua kumpulan masing-masing.

Para peserta hendaklah melapor dengan SEGERA jika berlaku sebarang kecemasan.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekali.

Para peserta hendaklah berada di tempat program 10 minit sebelum sesuatu aktiviti atau acara bermula.

Para peserta hendaklah sentiasa menjaga adab sopan ketika berada dalam majlis ilmu, ketika berpakaian, adab bergaul, adab bersama guru dan lain-lain.

Makan hendaklah secara berjemaah dan dimulakan dengan bacaan doa.

Peserta hendaklah mengutamakan orang lain, tidak berebut-rebut serta tidak membazir.