› shared documents › treasury › presentations slides... · taklimat pengurusan dan peraturan...

18
TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PERATURAN KEWANGAN

Upload: others

Post on 27-Feb-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PERATURAN KEWANGAN

PENGENALAN

Lembaga Pemeriksa Tetap (LPT) ditubuhkan berasaskan kepada Peraturan Kewangan 1983

bilangan 589 dan menurut Surat Keliling Kementerian Kewangan bil:1/1993 bertarikh 27 Januari

1993.

Barangan stor dipohonkan penghapusan adalah seperti rosak yang tidak ekonomikal diperbaiki, tidak

selamat digunakan, merbahaya kepada orang ramai, alat ganti yang tidak lagi terdapat di pasaran dan

sebagainya.

Permohonan hendaklah dihadapkan kepada LPT bagi pemeriksaan barang-barang stor yang hendak

dihapuskan dari kira-kira dan pembuangan/pemusnahan hendaklah dilaksanakan mengikut cara-cara

yang telah dibenarkan menurut Peraturan Kewangan 1983 bilangan 304.

Pembuangan/pemusnahan harta benda Kerajaan hendaklah terlebih dahulu diperolehi kebenaran

daripada Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaras dengan Peraturan Kewangan 1983 bilangan

591

PERATURAN KEWANGAN BERKAITAN PENGHAPUSAN

DARI KIRA-KIRA

KENAL PASTI BARANG YANG DIPOHON

TEKNIKAL – Laporan Teknikal

BUKAN TEKNIKAL – Tidak perlu

GUNA HABIS – Kementerian/Jabatan sahaja dan tidak perlu ke Lembaga Pemeriksa Tetap

PK 304 – Laporan Teknikal

“ Ketua Jabatan yang mahu membuang barang-barang stor hendaklah, jika bersesuaian, mula-mula memperolehi suatu

laporan pemeriksaan teknikal daripada Jabatan Teknikal yang berkenaan. Selepas itu permohonan hendaklah

dihadapkan ke Lembaga Pemeriksa Tetap yang berkenaan bagi pemeriksaan barang-barang stor itu; mana-mana

laporan pemeriksaan teknikal yang berkenaan hendaklah dikembarkan bersama-sama dengan permohonan itu.”

CONTOH SENARAI BARANG DAN SOKONGAN

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LPT

(Surat Keliling Kementerian Kewangan Bilangan 1/1993 bertarikh 27/1/1993)

Memproses permohonan bagi penghapusan dari kira-kira dariKementerian dan Jabatan yang tidak mempunyai Lembaga Pemeriksa

Tetap sendiri

Menyusun jadual pemeriksaan berdasarkan “terima dulu-periksa dulu” atau berdasarkan keperluan keselamatan dan persekitaran alam

sekitar

Memeriksa bagi mempastikan butir-butir maklumat yang di dalam borang

permohonan adalah bersamaan dengan yang diperiksa; dan

Bagi menilai keadaan barang yang diperiksa dan kebergunaannya atau

Bahagian-Bahagian darinya

Menyediakan laporan lengkap berdasarkan pemeriksaan, kajian dan penelitian yang dibuat

Membuat sokongan yang terperinci dan cost-effective tentangkebergunaan sesuatu barang; dan

Cara-cara pembuangan yang paling selamat dan menguntungkanKerajaan selaras dengan PK 305

1

2

4

5

3

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LPT(Surat Keliling Kementerian Kewangan Bilangan 1/1993 bertarikh 27/1/1993)

Menghadapkan Laporan lengkap mengikut format khas besertasokongan dan cadangan kepada Jawatankuasa PenasihatPenghapusan Kira-Kira melalui Setiausaha Tetap, KKWE

Menerima kuasa kebenaran penghapusan kira-kira bagipermohonan-permohonan berkenaan dan memaklumkan terus

ke Ketua Jabatan

Memastikan Ketua Jabatan menghapuskan dari kira-kira dan membuat pembuangan barang-barang mengikut cara-cara yang

dibenarkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa PenasihatPenghapusan Kira-Kira dan mengikut Peraturan Kewangan

Menerima dan meneliti surat akuan pembuangan (mengandungiresit jualan) dari Ketua Jabatan yang telah menghapuskan dari

kira-kira dan membuang barang-barang mengikut cara yang dibenarkan

6

7

8

9

PROSES PERMOHONAN PENGHAPUSAN

(Kementerian yang Mempunyai Jawatankuasa Penghapusan)

JABATAN

JAWATANKUASA PENGHAPUSAN

LEMBAGA PEMERIKSA TETAP

JAWATANKUASA PENASIHAT PENGHAPUSAN (KKWE)

Pengerusi,

Lembaga Pemeriksa Tetap,

Jabatan Perbendaharaan,

Jalan Gadong BE 1110

Negara Brunei Darussalam

Tel: 2383666 / 2384545 Faks: 2383695

Surat/memo permohonan dan sebab-

sebab dihapuskan.

Keterangan barangan (Kuantiti, Harga

Membeli, Tarikh dibekalkan, No. Daftar,

Jenis, Tempat Kegunaannya,Tarikh terakhir

menggunakan).

Bagi barangan yang rosak,sila nyatakan

kerosakan dan sertakan dua (2)

sebutharga kos membaiki diperlukan.

Gambar barangan (berwarna).

Laporan Pemeriksaan Teknikal (TIR)

bagi barangan teknikal sahaja.

Sokongan penghapusan daripada

Jawatankuasa Penghapusan Dari Kira-Kira

bagi Kementerian Pertahanan,

Kementerian Pendidikan dan Kementerian

Pembangunan sahaja.

Nyatakan nama dan nombor pegawai

untuk dihubungi.

SENARAI SEMAK

• Kementerian Pertahanan

• Kementerian Pendidikan

• Kementerian Pembangunan

PROSES PERMOHONAN PENGHAPUSAN KE JAWATANKUASA

PENASIHAT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA (KKWE)

JABATAN/KEMENTERIAN

LEMBAGA PEMERIKSA TETAP

JAWATANKUASA PENASIHAT PENGHAPUSAN (KKWE)

PROSES PEMBUANGAN

SURAT AKUAN

o Pemeriksaan keatas barang yang akan dihapuskan

o Mesyuarat LPT

Surat/memo permohonan dan sebab-

sebab dihapuskan.

Keterangan barangan (Kuantiti, Harga

Membeli, Tarikh dibekalkan, No. Daftar,

Jenis, Tempat Kegunaanya,Tarikh terakhir

menggunakan).

Bagi barangan yang rosak,sila

menyatakan kerosakan dan sertakan dua

(2) sebutharga kos membaiki diperlukan.

Gambar barangan berwarna.

Laporan Pemeriksaan Teknikal (TIR)

bagi barangan teknikal sahaja.

Nyatakan nama dan nombor pegawai

untuk dihubungi.

SENARAI SEMAK

o Tawaran Am/Lelong/Serah agih/Dimusnahkan

Wakil yang Hadir

o LPT dan Kementerian/Jabatan Pemohon

o Mesyuarat bagi menimbangkan sokongan LPT

LAPORAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL

JENIS HARTA BENDA LAPORAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL

Peralatan Komputer dan assesori Pusat Kebangsaan E-Kerajaan

Peralatan, perkakas dan perabot pejabat

(mesin penggira, overhead projector, cabinet, mesin fotokopi, kerusi meja)

Jabatan Perbendaharaan

Peralatan kenderaan darat dan Kenderaan berat, Mesin

(Jentolak (bulldozer), Penyodok (shovel), Backhoe, draglines, motorsikal, Mesin

rumput, Mesin gergaji, Mesin Potong, Drill machine)

Pengarah Perkhidmatan Mekanikal, JKR

Vacuum, peti sejuk, mesin cuci, penghawa dingin, kipas, Lampu Pengarah Mekanikal dan Elektrikal, JKR

Pengangkutan air dan berkaitan

(Injin motorsangkut, perahu, Kapal)

Ketua Eksekutif,

Maritime and Port Authority of Brunei

Darussalam

Peralatan audio dan visual dan berkaitan

(CD player, Digital voice recorder, PA system portable, Microphone (USB, wired,

wireless), Speaker, Radio, Television, Digital camera

Pengarah Radio dan Televisyen Brunei

Peralatan Bomba dan yang berkaitan

(Smoke detector, Manual Pull Station, Alarm Sounder, Alat pemadam api )

Pengarah Bomba dan Penyelamat

Barang-Barang Guna Habis seperti:

Tayar kenderaan, Ink printer,gunting, stapler, jarum, Semua jenis battery dan lain-lain

Kementerian / Jabatan berkenaan

LAPORAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL

JENIS HARTA BENDA LAPORAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL

Semua jenis peralatan hospital dan berkaitan seperti:-

(CTG Machine, Endoscopy, Blood Pressure Meter)

Pengarah Teknologi Penjagaan Kesihatan,

Semua jenis peralatan sukatan dan timbangan dan berkaitan. Bahagian Sukatan Dan Timbangan,

Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga

Manusia) dan Perindustrian

Semua jenis peralatan dan mesin pengukur dan berkaitan seperti:-

(Trimble nomad 900B operating system, Triple geodetic single prism, Trimble M3

DR2-second total station)

Juruukur Agung

Semua jenis peralatan janakuasa tinggi dan berkaitan seperti:-

(Gas Turbine Generator, Transformer)

Pengarah Perkhidmatan Elektrik

Semua jenis peralatan keselamatan dan berkaitan.

Peti Besi (safe)

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri,

Semua jenis peralatan penerbangan awam dan berkaitan seperti:-

(Passenger boarding stairs, Air traffic control, Programmable logic control)

Pengarah Penerbangan Awam

Kitab-Kitab, Mushaf Al-Qur’an & semua jenis buku-buku termasuk buku Agama

Pengerusi,

Lembaga Pemeriksa Tetap,

PEMBUANGAN BARANG-BARANG STOR

PK 305“Pembuangan barang-barang stor berikutan dengan selesainya tatacara yang ditentukan di bawah

Peratoran Kewangan 304 hendaklah, melainkan sebaliknya diarahkan oleh Mentri Besar, dilakukan

dengan jalan jualan secara lelong kapada orang ramai atau pun tawaran awam, atau dimusnahkan

dengan dibakar atau dipecah-pecahkan, atau dengan ditanam di dalam tanah, atau dengan

mencampakkannya ke laut dalam atau di tempat-tempat longgokan besi burok yang terkawal.

Penjualan sekali sekala bagi longgokan besi burok yang terkawal hendaklah dilakukan secara

tawaran awam, walaupun demikian penggunaan rasmi besi burok tersebut adalah dibolehkan.”

Jadual Pembuangan (Tarikh, Jam dan Tempat) hendaklah dipersetujui bersama denganLembaga Pemeriksa Tetap

PEMUSNAHAN/PEMBUANGAN BARANG-BARANG STOR

• Dibuatkan iklan di Pelita Brunei.

• Maklumat diperlukan:

o tempat mengambil dan mengembalikan borang;

o tarikh tutup;

o tempoh bayaran bagi tawaran yang disokong; dan

o tempoh mengambil barangan tersebut (5 hari waktu berkerja dan Kerajaan berhak memiliki semula

barangan yang gagal dipindah selepas bayaran dibuat).

• Tawaran dibuka dan turut dihadiri oleh wakil LPT.

• Penilaian dan sokongan berdasarkan kepada tawaran tertinggi disokong

TAWARAN AM

Ke Badan-Badan

Kebajikan/Sekolah-Sekolah Kepada Orang Ramai

• Ditanam

• Dipecah-pecahkan

• Dibakar

• Dicampakkan ke laut dalam

• Di longgokan besi buruk

PEMUSNAHAN/PEMBUANGANLELONGSERAH-AGIH

NOTA:Hendaklah dihadiri oleh wakil dari Lembaga Pemeriksa Tetap

PROSES PEMUSNAHAN/PEMBUANGAN

DITANAM

DIBAKAR

SG.PAKU,DAERAH TUTONG DAN

KG. REBADA,DAERAH

TEMBURONG

Dibakar mengunakan

mesin khas di Kementerian

Kesihatan berdasarkan

tatacara "Guideline on

Management of Waste

from Healthcare Activites,

Kementerian Kesihatan

(2004)" berpandukan

kepada PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO)

UBAT-UBATAN

DIBUANG KE LAUT

DALAM

PROSES PEMUSNAHAN/PEMBUANGAN

BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

ALAT-ALAT PECAH BELAH YANG

MENGANDUNGI PANJI-PANJI KERAJAAN

Alat-Alat Pecah Belah yang mengandungi Panji-Panji Kerajaanhendaklah dipecahkan ataudihancurkan dan seterusnyadibuang ke laut atau ditanam kedalam tanah.

Bendera Negara Brunei Darussalam

hendaklah dihapuskan dengan cara

dibakar dan abunya dibuang ke

laut atau ditanam ke dalam tanah.

o Cara membakar adalah yang paling ringan dilakukan.

Dengan disertakan niat yang baik maka cara ini

dilakukan hanya semata-mata untuk menjaga kesucian

dan kemuliaan Al-Qur’an.

o Kitab-kitab hendaklah dihapuskan dengan cara dibakar

dan abunya dibuang ke laut atau ditanam ke dalam

tanah

o Jika Mushaf atau tulisan-tulisan ayat Al-Qur’an itu tidak

boleh dibaca atau tidak boleh digunakan lagi, antara

caranya, ia boleh dimusnahkan dengan membasuh

tulisannya sehingga tidak kelihatan lagi.

MUSHAF ATAU KITAB

AGAMA YANG MENGANDUNGI AYAT-AYAT

AL-QURAN

PEMUSNAHAN ATAU PENJUALAN BARANG-BARANG STOR

(SURAT AKUAN)

PK 567

o Apabila barang-barang stor yang dibenarkan supaya dihapuskan dari kira-kira menurut PK 301 hingga 305, dibuang

maka baucer keluarannya hendaklah disokong oleh satu rujukan kepada kuasa kebenaran yang telah diberi di

bawah PK 591 bersama-sama dengan suatu Surat Akuan pembuangan atau rujukan kepada resit penjualan yang

mana berkenaan.

o Surat Akuan pembuangan/penjualan hendaklah ditandatangani oleh Dua (2) orang Pegawai Kanan yang

menghadiri pemusnahan/pembuangan itu.

o Surat Akuan dihadapkan dalam tempoh Satu (1) bulan daripada tarikh kebenaran dari Kementerian Kewangan dan

EkonomiBil Penghapusan Dokumen Sokongan beserta Surat Akuan

1 Secara Tawaran(Lelong/Sebutharga)

Salinan resit pembayaran dan butiran nama dan KadPengenalan pembeli

2 Secara Serah/Agih Salinan surat serah agih kepada Penerima / tempatpenyimpanan besi buruk

3 Secara Bakar/Buang/Tanam Gambar berwarna semasapembakaran/pembuangan/penanaman

4 Meroboh Bangunan Gambar berwarna sebelum, semasa dan selepas meroboh

PROSES PERMOHONAN MEROBOH BANGUNAN

o Pemeriksaan dan Laporan Teknikal

o Pemeriksaan dihadiri oleh:

- Wakil Kementerian Pembangunan; dan

- Wakil dari Lembaga Pemeriksa Tetap

LEMBAGA PEMERIKSA TETAP

JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

Hadapkan:-

o Sokongan Penghapusan

o Laporan Teknikal Dari Perkhidmatan

Bangunan

o Gambar

URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN,

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

JAWATANKUASA PENASIHAT PENGHAPUSAN

(KKWE)

JABATAN/KEMENTERIAN PEMOHON

Setelah dibenarkan, kerja-kerja merobohdikendalikan seperti berikut:

o Menentukan skop kerja dan perkhidmatan yang dikehendakisebelum melaksanakan kerjameroboh;

o Melaksanakan kerja-kerja meroboh; dan

o Memastikan kerja-kerja merobohtelah selesai dan sempurnadilaksanakan.

SURAT AKUAN MEROBOH BANGUNAN KERAJAAN

o Kerja-kerja meroboh bangunan hendaklah dipantau oleh Pegawai Kanan dari Jabatan Pemohon.

o Sebaik saja kerja-kerja perobohan selesai dilaksanakan, Surat Akuan Pembuangan dan Penghapusanhendaklah :

Diisikan dan ditandatangani oleh saksi-saksi;

Disahkan dan ditandatangani oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemereksa Tetap; dan

Ditandatangani oleh Ketua Jabatan.

o Surat Akuan Asal dihadapkan ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi beserta gambar bangunan(sebelum, semasa dan sesudah), senarai kehadiran saksi-saksi dan dokumen-dokumen berkaitandengan kerja-kerja meroboh.

- Tiga (3) Salinan hendaklah dihadapkan kepada:

Jurukira Agung

Juruaudit Agung

Pengerusi Lembaga Pemeriksa Tetap.

PERTANYAAN

Pengerusi,

Lembaga Pemeriksa Tetap,

Jabatan Perbendaharaan,

Jalan Gadong BE 1110

Negara Brunei Darussalam

Tel: 2383666 / 2384545

Faks: 2383695