senarai bidang tugas

10
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LANJAN (ASLI) BANDAR DAMANSARA PERDANA, 47820 PETALING JAYA, SELANGOR. SENARAI TUGAS DAN BIDANG KERJA UNIT HAL EHWAL MURID (HEM ) 2015 1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1 (Pent.) 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama. 4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas. 5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah 1. Merancang agenda mesyuarat dan Menyediakan surat panggilan mesyuarat. 2. Mengedar surat panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat. 3. Mencatat minit mesyuarat . 4. Menyiapkan laporan/menyediakan minit mesyuarat. 5. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja HEM 6. Merancang bersama AJK HEM segala aktiviti HEM untuk sepanjang tahun PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID

Upload: laicisusu

Post on 25-Dec-2015

104 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: senarai bidang tugas

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LANJAN (ASLI) BANDAR DAMANSARA PERDANA, 47820

PETALING JAYA, SELANGOR.

SENARAI TUGAS DAN BIDANG KERJA UNIT HAL EHWAL MURID (HEM ) 2015

1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan

Penolong Kanan 1 (Pent.)

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan

dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan 

sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.

4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-

perkara di atas.

5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan

sekolah

1. Merancang agenda mesyuarat dan Menyediakan surat panggilan mesyuarat.

2. Mengedar surat panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat.

3. Mencatat minit mesyuarat .

4. Menyiapkan laporan/menyediakan minit mesyuarat.

5. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja HEM

6. Merancang bersama AJK HEM segala aktiviti HEM untuk sepanjang tahun

7. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan HEM

8. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang

berkenaan mengenai pengurusan HEM

9. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan

mengikut perancangan

10.Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan HEM dan

mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran HEM

11.Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun HEM bersama AJK HEM

12.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GPK HEM

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID

Page 2: senarai bidang tugas

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah dan diputuskan

bersama-sama.

2. Memastikan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.

3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

4. Memberi penerangan dan peringatan yang meluas kepada murid tentang

peraturan sekolah.

5. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku murid.

6. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh Guru Besar

kepadanya.

7. Mengatur program meningkatkan disiplin sekolah dan mengurangkan salah

laku murid ke tahap minima.

8. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa

berkaitan hal disiplin murid.

9. Merekodkan semua kes salah laku murid dalam buku laporan disiplin dan

dimasukkan ke dalam SSDM.

10. Menghantar laporan SSDM ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan

1. Melantik Pengawas

2. Memberi maklumat dan kefahaman mengenai peraturan dan undangundanng

sekolah kepada murid.

3. Mengadakan mesyuarat badan pengawas dan sidang percambahan minda.

4. Menyediakan jadual bertugas pengawas

5. Menguruskan bilik disiplin dan pengawas

UNIT BADAN DISIPLIN SEKOLAH

UNIT BADAN PENGAWAS SEKOLAH

Page 3: senarai bidang tugas

1. Mengedar dan mengumpul borang SMM/BMM

2. Memfailkan borang SMM mengikut tahun dan kelas

3. Menyemak maklumat murid yang telah di ‘key in’ oleh guru kelas  dalam program

SMM

4. Memastikan maklumat yang diberi adalah tepat

5. Menghubungi ibu bapa/penjaga murid jika maklumat yang diberi tidak betu/tidak

lengkap

6. Mengemaskini maklumat murid yang keluar/masuk

Menghantar maklumat SMM ke JPN mengikut tarikh yang telah ditetapka

7. Menerima kemasukan murid baru dan Tahun Satu dari pejabat dan GPK HEM

8. Mendaftar murid baru ke dalam buku pendaftaran untuk mendapatkan nombor

pendaftaran dan guru kelas bertindak melengkapkan maklumat murid dalam buku

tersebut.

9. Memaklumkan kepada guru yang berkaitan mengenai bantuan yang murid terima.

10.Membuat tempahan tanda nama (name tag) murid.

11.Mengurus pendaftaran dan penempatan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 dengan

bantuan Pembantu Tadbir Rendah

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks.

2. Mengagihkan buku teks kepada murid di awal tahun dan mengumpul semula borang

G mengikut jadual.

3. Mengedar, mengisi dan mengumpul semula borang G mengikut jadual.

4. Memesan buku teks melalui borang-borang buku teks ( BTBT 190 dan BTBT 170)

5. Menerima buku dari pembekal - pastikan bilangan dan jenis buku yang diterima

sama dengan SAP/Invois dan boring BTBTR 460 – buku dicop, ditulis bilangan

nombor siri dan nombor kodnya.

6. Mengurus rekod dan dokumen – mengemaskinikan fail, buku stok dan menyimpan

rekod buku hapuskira, pelupusan rosak dan hilang.

7. Mengambil langkah-langkah keselamatan mengenai buku teks untuk murid membeli

buku gantian.

8. Memasukkan maklumat buku teks ke dalam program sisteks

UNIT DATA MURID/ SSM / PENDAFTARAN

UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Page 4: senarai bidang tugas

1. Mencari seberapa banyak maklumat mengenai bahayanya dadah untuk disampaikan

kepada murid

2. Memberi taklimat dan merancang program pencegahan dadah.

3. Bekerjasama dengan agensi penguatkuasa untuk mengadakan program kesedaran.

1. Merancang dan melaksanakan program bimbingan dan kaunseling serta aktiviti

tahunan.

2. Mengumpul, menyimpan dan mengemaskinikan maklumat murid dan memastikan

sesi bimbingan dan kauseling dijalankan:

- Latar belakang dan peribadi pelajar

- Pelajar yang bermasalah

     -   Pelajar yang bermasalah dalam pelajaran

       - Pelajar yang bermasalah sosial

3.     Bertanggungjawab sepenuhnya dalam membimbing pelajar yang bermasalah

4.     Merancang dan melaksanakan majlis/hari orientasi tahun satu.

5.     Mengadakan kursus dalaman untuk murid, pengawas, ketua dan penolong ketua

kelas,pemimpin unit/kelab dan persatuan dan kursus kemahiran membuat

keputusan.

6.     Mengendalikan perkhidmatan pengumpulan dan memberi maklumat termasuk

yang berkaitan dengan kerjaya,risalah poster, buletin sekolah,dadah,aids,denggi dan

sebagainya.

7.     Perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.

8.     Melengkapkan sistem fail,rekod dan dokumentasi.

9.     Menyediakan laporan lengkap tentang perlaksanaan aktiviti dan perkembangan

unit bimbingan dan kaunseling kepada GPK HEM dan Guru Besar

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT ASET KERAJAAN, PERABOT & INVENTORI

Page 5: senarai bidang tugas

1. Menerima dan merekod senarai peralatan dan perabot  dalam buku stok/inventori.

2. Melabel nombor siri semua peralatan dan perabot.

3. Menyediakan borang dan mengedar kepada guru kelas senarai inventori di dalam

kelas.

4. Memantau dan melapor sebarang kerosakan peralatan atau perabot kepada pihak

pentadbir.

5. Membantu menguruskan pelupusan perabot.

6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.

7. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

1. Memantau perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua unit bantuan dan

kebajikan murid.

2. Membentuk tabung kebajikan murid dan Tabung kilat/kecemasan.

3. Menguruskan hal ehwal derma dari luar.

4. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan dan menguruskan kebajikan

mereka.

5. Mengenalpasti dan mengurus murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa,

KWAMP, derma dan bantuan peralatan / pakaian. Menyimpan rekod dan

menganalisis prestasi akademik / sahsiah mereka untuk tujuan rujukan dan

penyambungan bantuan.

6. Memastikan semua murid mempunyai pelan perlindungan insuran takaful.

7. Mengenalpasti murid yatim dan susah (miskin).

8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

UNIT KEBAJIKAN & BANTUAN

UNIT 3K (KESELAMATAN/ KECERIAAN/ KESIHATAN)

Page 6: senarai bidang tugas

Bidang Kebersihan

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan

sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan

kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid

dan sekolah.

4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program

kebersihan.

5. Menyedia dan membuat laporan berkala.

Bidang Kesihatan

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan

kesihatan murid.

2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan

murid di sekolah.

3. Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan program

kesihatan sekolah.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menengani kes-kes seperti

jerebu, keracunan makanan, jangkitan kudis buta dan lain-lain.

5. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

6. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program

kebersihan.

7. Menyedia dan membuat laporan berkala.

Bidang Keselamatan

1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan

sekolah.

2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid

dan sekolah.

3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis.

4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan

sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.

Page 7: senarai bidang tugas

5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut

piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan

dengan keselamatan.

RMT / Program Susu Sekolah

1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT dan Program Susu Sekolah

2. Pemilihan pembekal makanan.

3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT dan Susu Sekolah

4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.

5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.

6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma.

7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan

menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa.

Kantin Sekolah

1. Memastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari

semasa ke semasa.

2. Memastikan pihak kantin sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian

kantin.

3. Memantau kebersihan, kepelbagaian menu dan mutu masakan.

4. Memastikan perkhidmatan kantin mesra, cekap dan memuaskan pelanggan.

5. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua kelemahan

yang dapat dikesan.

6. Menyediakan laporan harian dan bulanan ke pihak terbabit/PK HEM.

7. Menceriakan kantin dengan lebih konduksif.

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan

minit mesyuarat berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

UNIT KANTIN SEKOLAH / RMT / PSS

Page 8: senarai bidang tugas

1. Menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

2. Menjalankan aktiviti kokurikulum dan lain-lain aktiviti luar bilik darjah.

3. Mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan

amalan selamat di tempat yang sesuai.

4. Mewujudkan sistem pelaporan bagi sebarang kes yang melibatkan isu-isu

keselamatan pelajar.

5. Mengenalpasti jenis kemalangan yang sering berlaku di kawasan sekolah

6. Memberi kesedaran kepada warga sekolah bagaimana mengelakkan

kemalangan.

7. Memberikan maklumat yang tepat tentang peraturan-peraturan semasa

berada di kawasan sekolah.

8. Membimbing warga sekolah menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran

atau bencana lain.

9. Membimbing warga sekolah menggunakan peralatankecemasan seperti

pemadam api, peti ubat dan sebagainya.

10. Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan

dan perkara yang tidak diingini.

UNIT GURU PENYAYANG