seminar & dialog cukai barangan dan · pdf file9.30 pagi kaedah pelaksanaan dan...

4
1 4.00 petang Bersurai SEMINAR & DIALOG CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) BAGI SEKTOR INDUSTRI SAWIT: SIRI 1 MASA PROGRAM 18 Disember 2014, Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi, Selangor Anjuran MPOB Dengan Kerjasama Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Fasilitator: Pegawai Kastam dan Pegawai MPOB Kumpulan 1: Pengeluar biji benih, pengusaha tapak semaian, pekebun kecil, estet, peniaga buah sawit, kilang buah sawit dan kilang pelumat isirong Kumpulan 2: Kilang Penapis, Pembungkus semula minyak masak, Pengeksport Kumpulan 3: Peniaga minyak sawit (pemborong, pembuat makanan haiwan, pengguna industri), peniaga Isirong kelapa sawit, pengeluar dan peniaga produk oleokimia, peniaga asid lemak sawit, makmal ujian minyak sawit, kemudahan simpanan pukal, kilang biodiesel, pengimport minyak sawit dan pengangkut dan pengalih minyak kelapa sawit. 8.00 pagi Pendaſtaran Peserta & Minum Pagi 9.00 pagi Kedatangan Tetamu Jemputan & VIP 9.05 pagi Bacaan Doa 9.15 pagi Ucapan Alu-Aluan Oleh Ketua Pengarah MPOB, Y Bhg Datuk Dr. Choo Yuen May 9.30 pagi Kaedah Pelaksanaan dan Undang-undang GST di Malaysia Penceramah: Pn. Aminah Abdul Manap, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia 10.30 pagi Minum Pagi 11.00 pagi Mekanisma Pelaksanaan GST Dalam Industri Sawit Malaysia Penceramah: Ayatollah Ab Rahman, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 12.00 t/hari Sesi Soal Jawab 1.00 t/hari Rehat 2.00 petang Sesi Dialog

Upload: truongcong

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMINAR & DIALOG CUKAI BARANGAN DAN · PDF file9.30 pagi Kaedah Pelaksanaan dan Undang-undang GST di Malaysia Penceramah: Pn. ... percukaian yang akan diperkenalkan ini adalah lebih

1

4.00 petang Bersurai

SEMINAR & DIALOG CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) BAGI SEKTOR INDUSTRI SAWIT: SIRI 1

MASA PROGRAM

18 Disember 2014, Ibu Pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi, SelangorAnjuran MPOB Dengan Kerjasama Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Fasilitator: Pegawai Kastam dan Pegawai MPOB

Kumpulan 1:Pengeluar biji benih, pengusaha tapak semaian, pekebun kecil, estet, peniaga buah sawit, kilang

buah sawit dan kilang pelumat isirong

Kumpulan 2:Kilang Penapis, Pembungkus

semula minyak masak, Pengeksport

Kumpulan 3:Peniaga minyak sawit (pemborong, pembuat makanan haiwan, pengguna

industri), peniaga Isirong kelapa sawit, pengeluar dan peniaga produk oleokimia, peniaga asid lemak sawit, makmal ujian minyak sawit, kemudahan simpanan

pukal, kilang biodiesel, pengimport minyak sawit dan pengangkut dan pengalih minyak kelapa sawit.

8.00 pagi Pendaftaran Peserta & Minum Pagi

9.00 pagi Kedatangan Tetamu Jemputan & VIP

9.05 pagi Bacaan Doa

9.15 pagi Ucapan Alu-Aluan Oleh Ketua Pengarah MPOB, Y Bhg Datuk Dr. Choo Yuen May

9.30 pagi Kaedah Pelaksanaan dan Undang-undang GST di Malaysia Penceramah: Pn. Aminah Abdul Manap, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia 10.30 pagi Minum Pagi

11.00 pagi Mekanisma Pelaksanaan GST Dalam Industri Sawit Malaysia Penceramah: Ayatollah Ab Rahman, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

12.00 t/hari Sesi Soal Jawab

1.00 t/hari Rehat

2.00 petang Sesi Dialog

Page 2: SEMINAR & DIALOG CUKAI BARANGAN DAN · PDF file9.30 pagi Kaedah Pelaksanaan dan Undang-undang GST di Malaysia Penceramah: Pn. ... percukaian yang akan diperkenalkan ini adalah lebih

2

GST sistem cukai yang lebih telusKetika ini, negara terlalu bergantung pada cukai pendapatan individu dan badan korporat, dimana dari 30 juta penduduk Malaysia sekarang, tidak sampai dua [2] juta adalah pembayar cukai pendapatan. Sistem percukaian yang akan diperkenalkan ini adalah lebih telus kerana pengguna mengetahui jenis cukai yang mereka bayar serta jumlahnya.

Penduduk yang berpendapatan rendah hanya membayar jumlah minimum, memandangkan mereka menggunakan barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja seperti makanan, pengangkutan dan pendidikan, yang mungkin sifar kadarnya dan pengguna tidak perlu membayar cukai tambahan. Cukai dikenakan terhadap mereka yang mampu berbelanja sahaja [pay as you consume]. Memandangkan golongan lebih berada dan kaya menggunakan lebih banyak barangan dan perkhidmatan, maka secara automatik, merekalah yang paling banyak dikenakan cukai di bawah GST, bukan golongan berpendapatan rendah.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

GST menjana pembangunanMelalui pelaksanaan GST, kerajaan akan memperoleh hasil mencukupi bagi menjana pertumbuhan dan membiayai lebih banyak projek pembangunan. Untuk membolehkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, kerajaan perlu melakukan reformasi terhadap sistem percukaian sedia ada bagi memacu perniagaan dan pembangunan.

Transformasi percukaian seperti memperkenalkan GST, mungkin mengundang banyak kritikan pada peringkat awalnya, namun dari segi ekonomi, ia merupakan suatu keputusan tepat. Malaysia, yang dianggap sebuah negara maju di rantau ini, akan ketinggalan jika masih mengguna pakai sistem cukai sedia ada memandangkan Indonesia, Singapura, Kemboja dan Vietnam telah lama melaksanakan GST. Pengguna harus sedar bahawa melalui pelaksanaan GST, harga sesuatu barangan dan perkhidmatan adalah rendah berbanding di bawah pelaksanaann sistem percukaian cukai sedia ada kerana ia mengelakkan cukai berganda.

PENDAHULUANPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan

mengumumkan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 lalu.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan satu sistem percukaian adil kerana ia mengagihkan beban percukaian dalam kalangan kelompok penduduk secara lebih

meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan jenis dan jumlah cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakannya.

Page 3: SEMINAR & DIALOG CUKAI BARANGAN DAN · PDF file9.30 pagi Kaedah Pelaksanaan dan Undang-undang GST di Malaysia Penceramah: Pn. ... percukaian yang akan diperkenalkan ini adalah lebih

3

Hanya satu cukai dikenakanCukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

Antara faedah pelaksanaan GST

KesimpulanPelaksanaan GST tepat pada masanya, sejajar dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. GST merupakan satu sistem percukaian yang menyeluruh, cekap dan komprehensif, yang mana ia dapat menjana pendapatan yang baik kepada negara, tapi pada masa yang sama, tidak membebankan rakyat.

• Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

• GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.

• Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jua l bel i dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.

• Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.

• Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.

• RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan 2015.

• Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST.

Sumber : Portal Pusat Maklumat RakyatJabatan Penerangan Malaysia

Page 4: SEMINAR & DIALOG CUKAI BARANGAN DAN · PDF file9.30 pagi Kaedah Pelaksanaan dan Undang-undang GST di Malaysia Penceramah: Pn. ... percukaian yang akan diperkenalkan ini adalah lebih