selamat ulang tahun uitm

58
Bil. 01 Jul-Dis 2016 Sambutan Ambang Kemerdekaan UiTM UiTM Iktiraf APEL Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-85 Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-60 UiTM Selamat Ulang Tahun UiTM ke Selamat Ulang Tahun UiTM ke

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selamat Ulang Tahun UiTM

Bil. 01 Jul-Dis 2016

Sambutan Ambang Kemerdekaan UiTM

UiTM Iktiraf APEL

Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-85

Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-60 UiTM

SelamatUlang Tahun UiTM ke

SelamatUlang Tahun UiTM ke

Page 2: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 2

Page 3: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM3

Page 4: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 4

Universiti Teknologi MARA (UiTM) buat julung kalinya mengadakan Konvensyen Nasional Penyatuan

Bangsa anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dan Institut Melayu Pemikiran dan Kepimpinan UiTM (IMPAK). Konvensyen ini telah berlangsung pada 8 hingga 10 November 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan menyempurnakan Majlis Titah Diraja dan seterusnya merasmikan konvensyen tersebut pada 8 November 2016.

Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari ini merupakan medan perkongsian ilmu yang menghimpunkan para ilmuan, pemimpin, pemikir dan tokoh-tokoh korporat. Bertemakan ‘Menyingkap Perjuangan Bangsa’, fokus utama konvensyen ini adalah ke arah memperkasa semangat solidariti Melayu yang bermatlamatkan perpaduan dan penyatuan bangsa.

Antara tajuk kertas kerja yang telah dibentangkan dalam konvensyen ini ialah Sistem Undang-Undang Melayu, Pendidikan, Ketamadunan Melayu, Kesultanan dan Pemerintahan Melayu, Islam dan Keintelektualan, Bahasa Melayu dan Asal-Usul Melayu: Sumber Genetik.

Konvensyen yang berakhir pada 10 November 2016 telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan penaung kepada Konvensyen tersebut. Turut sama hadir pada majlis penutupan, ialah YB Dato’ Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan Tinggi), Menteri-Menteri Kabinet, Pro-Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah serta dif-dif dari pelbagai kementerian, jabatan, syarikat kerajaan juga universiti awam dan swasta.Selain itu, enam resolusi telah dikenal pasti dan mencapai kesepakatan serta diluluskan hasil daripada tiga hari Konvensyen tersebut. Keenam-enam resolusi telah diserahkan oleh Naib Canselor, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said kepada Perdana Menteri pada penghujung acara tersebut.

Konvensyen Nasional

Penyatuan Bangsa

Page 5: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM5

Resolusi-resolusi Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016:

• Memperkasa peranan UiTM sebagai institusi dan pemangkin transformasi kepada penyatuan bangsa Melayu. • Memartabatkan pegangan nilai-nilai murni budaya Melayu berasaskan ajaran Islam yang syumul merangkumi segenap aspek kehidupan. • Menggesa kerajaan memberi penekanan terhadap kelestarian sejarah asal-usul dan kelangsungan bangsa Melayu melalui pendekatan saintifik. • Menggesa komuniti ekonomi bumiputera mengubah pemikiran, sikap dan menerap budaya keusahawanan serta menjadi peneraju agenda ekonomi negara. • Menyarankan kerajaan membangunkan konsep waqaf sebagai model rujukan ekonomi yang diyakini oleh masyarakat. • Mengangkat agenda penyatuan bangsa Melayu sebagai agenda tetap nasional bagi menjamin kemakmuran semua bangsa.

Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah

• Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (Pindaan) pada 18 Julai 1973, ahli Parlimen Batu, Yang Berhormat Dr Tan Chee Khoon, seorang ahli Parlimen bukan keturunan Melayu dan bukan wakil daripada parti pemerintah telah memberikan pengiktirafan terbuka terhadap pencapaian ITM.• Penubuhan UiTM, adalah salah satu tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam semangat menjunjung salah satu daripada tujuh titah wasiat Raja-Raja Melayu. • UiTM telah berjaya memenuhi visi dan misi untuk membangunkan sumber Melayu. Kejayaan yang dicapai telah menjadi sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang.• Peningkatan angka golongan menengah Melayu, setidak-tidaknya membantu menyediakan orang Melayu dengan satu angkatan baru yang memiliki modal insan dan modal budaya yang lebih tinggi.• UiTM bukan sebarang Universiti. UiTM ialah sebuah universiti yang dibangunkan berlatar belakang agenda Melayu mempunyai visi dan misi khusus untuk Melayu. Perlembagaannya menetapkan Canselor UiTM ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

• Graduan UiTM hendaklah memiliki identiti insan amanah, insan jujur, insan bertakwa, insan tawaduk dan insan berintegriti.

Page 6: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 6

Majlis Kemuncak Sambutan

ULANG TAHUN KE-60 UITMUiTM telah pun mencapai usia 60 tahun penubuhannya, sejak dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA hasil cetusan Allahyarham Tun Abdul Razak dengan matlamat untuk mengubah nasib anak bangsa melalui pemindahan ilmu pada tahun 1956. Kemudian, tahun demi tahun institusi ini bertukar nama kepada Maktab MARA (1965), Institut Teknologi MARA (ITM) (1967) dalam memperkasa agenda bangsa sehingga dinaik taraf menjadi sebuah universiti oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Ogos 1999.

Bagi meraikan enam dekad penubuhan UiTM, Majlis Kemuncak Ulang Tahun ke-60 UiTM bertemakan ‘Melonjak UiTM di Persada Global’ diadakan pada

14 Oktober 2016 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pameran UiTM sepanjang zaman, penganugerahan Ikon Alumni dan pelancaran Tabung Dana Keusahawanan adalah antara pengisian utama yang telah dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa UiTM selama 60 tahun tetap kukuh mengangkat martabat juga mengubah nasib kaum Melayu dan bumiputera melalui pemindahan ilmu. Tambah YAB Dato’ Sri lagi, UiTM juga telah menjana pembangunan dan sumbangan yang berterusan terutamanya dalam memenuhi tuntutan negara demi memperbaiki ketidakseimbangan landskap sosioekonomi masyarakat khususnya kaum Melayu dan bumiputera.

Page 7: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM7

Pada 8 Disember 2016, YBhg.Tan Sri Dato’ Academician Ir Dr Ahmad Zaidee bin Laidin, Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, bersama-sama Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor, Prof. Dr Hj Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni dan Puan Azida Azmi, Pendaftar telah hadir menghadap Tuanku Canselor di Istana Negara.

Tujuan utama menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah untuk menyampaikan cendera kenangan sempena pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun yang bermula pada 13 Disember 2011 sehingga pada 12 Disember 2016.

Sebagai tanda terima kasih kepada Tuanku Canselor, UiTM telah memohon perkenan Tuanku Canselor untuk menamakan bangunan kejuruteraan UiTM Shah Alam kepada Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Menghadap Yang di-Pertuan Agong

Page 8: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 8

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-85 telah disempurnakan oleh Tuanku Canselor, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Muta’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 22 Oktober 2016 bertempat di Dewan Agung. Pada Istiadat kali ini seramai 25,720 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai peringkat iaitu, Doktor Falsafah (PhD), Sarjana, Ijazah Sarjana, Ijazah Profesional, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Selain itu, UiTM turut menganugerahkan 12 Anugerah Graduan Terbaik (AGT) kepada 13 orang pelajar pada Istiadat Konvokesyen kali ini. Antara kategori Anugerah Graduan Terbaik adalah Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor, Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Anugerah Tun Abdul Razak, Anugerah Cemerlang Tan Sri Arshad Ayub, Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Cemerlang Pharmaniaga, Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM, Anugerah Cemerlang Alumni UiTM, Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim, Anugerah Kepimpinan Cemerlang dan Anugerah Hadiah Buku MTDC.

Dalam pada itu, Istiadat Konvokesyen kali ini turut menyaksikan pelantikan dua orang Pro-Canselor UiTM yang baharu, iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Haji Safri Awang Zaidell. Pelantikan ini dibuat berdasarkan sumbangan besar yang telah diberikan oleh kedua-dua tokoh ini kepada pembangunan bangsa dan negara

Page 9: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM9

YABhg. Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah merupakan anak kelahiran Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau. YABhg. Tun telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Indiana States University, Amerika Syarikat. Kariernya bermula dalam bidang perkhidmatan awam melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai Pegawai Kastam di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Mac 1968. Selain itu juga, YABhg. Tun pernah berkhidmat di jabatan–jabatan dalam perkhidmatan awam negeri Sabah dengan menyandang pelbagai jawatan termasuklah dalam bidang pentadbiran, perkhidmatan awam, penyelidikan mahupun agama Islam negeri. Pada tanggal 1 Januari 2003, YABhg. Tun telah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang ke-9 dan telah menerajui pucuk pimpinan negeri Sabah dengan jayanya sehingga 31 Disember 2010

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Safri Awang Zaidell telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Victory University, New Zealand pada 1962. YBhg. Tan Sri bukan sahaja dikenali di dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa. Ini terbukti apabila YBhg. Tan Sri adalah individu terpenting yang menghadiri sebuah program bagi pengurus kanan dalam kerajaan di John F. Kennedy School of Government, Harvard University, Amerika Syarikat pada tahun 1985. YBhg. Tan Sri telah memulakan perkhidmatan dalam sektor awam Sarawak pada tahun 1954 sehingga 1990 dan telah berkhidmat di pelbagai jabatan termasuklah dalam bidang pendidikan, pentadbiran mahupun di badan-badan berkanun negeri. YBhg. Tan Sri juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Yayasan Sarawak. Dalam masa yang sama, YBhg. Tan Sri telah menerajui Yayasan Sarawak menerusi Lembaga Aseambanker Berhad serta beberapa syarikat pembalakan di Sarawak. Selain itu juga, YBhg.Tan Sri kerap menulis untuk ‘Sarawak Gazette’ dan antara artikel yang diterbitkan oleh beliau ialah Recollections of an Ex-Government Officer Part 1&2, The Old Man of Baram, Under The Shadow of Rentap’s Sadok, Growing Up in War-Time Miri dan A Jolly Good Conference.

YABHG TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMADSHAH ABDULLAH

YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI SAFRI AWANG ZAIDELL

Perlantikan Pro Canselor Baharu

Page 10: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 10

Pada 9 Ogos 2016 yang lalu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) shah alam telah menganjurkan majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat uitm yang telah diadakan di foyer bangunan Tuanku Syed Sirrajuddin, program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama, Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat UiTM.

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan ke-59 peringkat UiTM ini, pelbagai program telah direncanakan sepanjang bulan ogos sehinggalah acara kemuncak seperti yang dinantikan seluruh warga uitm. Sambutan ini bakal direalisasikan pada 30 ogos 2016 bertempat di UiTM Selangor Kampus Dengkil.

Justeru, sambutan kemerdekaan ini begitu bermakna dan penting buat seluruh warga UiTM kerana UiTM juga bakal menyambut ulang tahun ke-60 penubuhannya sekaligus sebagai tanda penghargaan kepada negara kita yang bebas berdaulat dan mentadbir mengikut acuannya sendiri.

Bertepatan dengan itu, semangat patriotik dan cintakan negara juga perlu disemat di dalam hati setiap warga uitm agar semangat setia kawan dan semangat bekerja dalam satu pasukan dapat diterapkan nilainya bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini “ sehati sejiwa”.

Bertunjangkan kepada kekuatan bangsa melayu dan bumiputera, uitm merupakn sebuah universiti yang amat menekankan erti kemerdekaan terutamanya dalam mempertahankan dan memartabatkan hak pendidikan anak bangsa agar terus diperjuangkan nilainya. Laungan “UiTM Dihatiku” dan “Malaysia Dihatiku” perlulah disemat dalam hati setiap warga agar semangat cintakan negara itu akan terus bersemarak.

Majlis ini turut dihadiri naib canselor uitm iaitu Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said bagi merasmikan majlis pelancaran ini. Besar harapan beliau di dalam ucapannya agar semua warga dapat mengetepikan perbezaan yang boleh mengugat keharmoniaan negara dan memecahkan keutuhan ummah. YBhg. Dato juga menggalakkan warga uitm untuk bersama sama menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan uitm ke-59 ini dengan mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda penghormatan dan sokongan terhadap negara kita yang tercinta.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT UITM

Page 11: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM11

Pada 30 Ogos 2016 yang lalu, bertempat di Pusat Asasi UiTM Kampus Cawangan Dengkil Selangor telah berlangsung majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat UiTM.

Majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Asasi UiTM dan Bahagian Canseleri & Komunikasi Korporat ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. Yang Berbahagia Prof Emeritus Dato’ Hassan Said, Naib Canselor UiTM, dan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) turut sama hadir memeriahkan majlis.

Bertemakan “Sehati Sejiwa” bukan sahaja membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, malahan juga menyemai semangat perpaduan dengan mengenepikan perbezaan pandangan mahupun fahaman politik bagi membentuk jati diri dalam meraikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Selain itu juga, pelbagai program dan aktiviti dijalankan diperingkat universiti untuk menyuntik semangat kemerdekaan di kalangan mahasiswa UiTM. Antaranya, Pelancaran Bulan kemerdekaan, Kempen Pasang Bendera di Kenderaan, Pertandingan Bangunan Tercantik, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik, Program Mendaki Gunung, Treasure Hunt, Larian Kemerdekaan dan Kayuhan Kemerdekaan.

Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat UiTM 2016

Page 12: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 12

Pada 22 September yang lalu, majlis pelancaran Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi bertempat di ruang legar Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam.

CMT ini diilhamkan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh sendiri dengan tujuan untuk mewujudkan orientasi prospek serta menatar penglibatan bidang kreativiti, media dan teknologi ke arah pemacuan industri kreatif negara.

Hala tuju CMT ini adalah untuk memartabatkan nama UiTM dan identiti Malaysia dengan merintis peluang baharu dalam bidang media, seni, kreatif & teknologi melalui pengoptimuman kesepakaran sekali gus menyumbang kepada kemajuan masyarakat khususnya dalam bidang ini.

Semasa ucapan perasmian CMT tersebut, YB Dato’ Seri Idris Jusoh juga ada memaklumkan bahawa hala tuju ini mampu dimajukan bukan hanya di peringkat nasional tetapi juga sehingga ke peringkat negara serantau dan juga antarabangsa.

Pelancaran HAB MEDIA KREATIF & TEKNOLOGI (CMT)

Page 13: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM13

PROGRAM

ADVOKASI ILMUWANMajlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM),

dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Julai 2016 lalu telah menganjurkan Program Advokasi

Ilmuwan bertajuk “Keusahawanan Di Malaysia: Adakah Sudah Mencukupi?“

Objektif program ini adalah untuk mengupas isu semasa yang berlaku di dalam negara yang berkisar

kepada isu keusahawanan negara. Penganjuran program advokasi ilmuwan yang memasuki siri 7/2016

ini telah membariskan YBhg. Prof. Suhaimi Talib (TNC Akademik dan Pengantarabangsaan UiTM),

YBhg. Prof.Dr Razmi Chik (PNC Keusahawanan UiTM) dan En Ashran Dato Ghazi (CEO MAGIC).

Pemudah cara untuk program yang berlangsung selama satu jam ini menampilkan YBhg. Datuk Zaini

Hassan dari Utusan Malaysia.

Program yang berlangsung di Dewan Seri Budiman UiTM ini adalah berkonsepkan dialog dan forum

dengan sesi perbincangan dikendalikan oleh seorang pemudahcara dan melibatkan penyertaan tiga

panel yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Program ini terbahagi kepada

dua pusingan, pada pusingan pertama, semua panelis telah membincangkan isu, mengutarakan

permasalahan serta jalan penyelesaian berhubung sesuatu perkara. Pada pusingan kedua pula, sesi

perbincangan telah dibuka kepada sesi soal jawab bersama penonton.

Page 14: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 14

Majlis perasmian Bengkel Pemikiran Profesor Dalam Membentuk Bangsa Melayu Pasca 2020 telah berlangsung pada 23 Ogos 2016. Bertempat di Institute Of Leadership and Development (ILD) Bandar Baru Enstek, Nilai, majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh.

Penganjuran bengkel ini merupakan insiatif awal yang seiring dengan gelombang globalisasi, di samping terus kekal melonjak di persada global. Justeru, UiTM atas keprihatinan terhadap isu nasional ini mengambil tanggungjawab dengan meneliti dan mengupasnya bersama ahli-ahli akademik bagi menghadapi pelbagai cabaran menjelang 2020.

Turut berlangsung adalah perasmian Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM yang turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi UITM. Penubuhan ILD berperanan dalam menguruskan hal ehwal pembangunan staf secara menyeluruh, dengan memberi penekanan kepada penerapan kompetensi bagi memacu pemerkasaan organisasi, bakat, proses dan teknologi. Disamping prasarana dan kemudahan baharu yang disediakan, akan dapat menaikkan lagi semangat, demi melahirkan warga kerja yang berprestasi tinggi dan memantapkan kecemerlangan bakat.

BENGKEL PEMIKIRAN PROFESOR DALAM MEMBENTUK BANGSA MELAYU PASCA 2020 & PERASMIAN ILD

Page 15: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM15

Pada 24 September hingga 26 September 2016, telah diadakan Konferensi Antarabangsa Pentadbir Universiti kali ke-18 (ICUA 2016) di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Konferensi ini merupakan program dwi tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Penolong Pendaftar UiTM. Bertemakan Revitalising Leadership in Academic Institutions, konferensi ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga merupakan penceramah utama.

Objektif utama konferensi ini adalah untuk melihat dan menyemak kembali kedudukan semasa kepimpinan

institusi pendidikan tinggi. Di samping itu, memberi pendedahan kepada para pentadbir bagi memperbaharui gaya kepimpinan yang terbaik dalam menangani cabaran di peringkat global.

Selain itu, konferensi ini juga bertujuan untuk menjana idea dan pendekatan terbaik dalam memperkasa urus tadbir universiti yang dinamik melalui perkongsian pengalaman dengan organisasi luar. Konferensi yang dilaksanakan ini turut memberi kefahaman terhadap perubahan dan peranan pentadbir dalam menyokong transformasi pendidikan tinggi negara.

Konferensi Antarabangsa Pentadbir Universiti ke-18

SENARAI PEMBENTANG ADALAH SEPERTI BERIKUT.

PEMBENTANG TAJUK KERTAS KERJA1 Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Menteri Pendidikan TinggiThe Challenges And Commitment Of The Leaders In Higher Education Transformation

2 Tan Sri Dato’ Academician Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin, FascPengerusi Lembaga Pengarah Uitm

Importance Of Versatile Leadership In Higher Learning Institutions

3 Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan SaidNaib Canselor Uitm

Leadership And Driving Higher Learning Institutions To The Future: Role Of Administrators

4 Dato’ Profesor Dr Asma IsmailKetua PengarahKementerian Pengajian Tinggi

Roles Of Transformational Leadership

5 Profesor Ir Sr Dr SuhaimiTimbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Uitm

The Art Of Leading A Team

6 Profesor Dr Mohamad Kamal HarunPengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

Are You Still Relevant? : The Impact Of Global Transformation

7 Profesor Dr Alma HarisPengarah Institut Kepimpinan Pendidikan Universiti Malaya

Leadership Of The Future

8 Dato’ Mohd Zaini HassanPenolong Ketua Pengarang 1Utusan Melayu (M) Bhd

Issues And Crisis Management: Understanding The Media

9 Profesor Emeritus Dato’ Dr Syed Omar Abdul RahmanPerunding UtamaSoar Consulting Sdn Bhd

Leadership At All Levels: Empowering The Human Capital

Page 16: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 16

UiTM sentiasa peka terhadap pendidikan sepanjang hayat. Ini dapat dilihat dengan penubuhan InED dan juga pengiktirafan pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat kemasukan bagi meneruskan pengajian universiti ini. Maka, Satu sidang media telah diadakan pada 30 September 2016 di Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin bagi memaklumkan mengenai sistem Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau juga dikenali sebagai Accreditation of Prior Learning (APEL).

Turut hadir sama ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said (Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr Roslani Embi (Pengarah iNED) dan Prof. Suhaimi Abdul Talib (Timbalan Naib canselor Akademik dan Antarabangsa).

Program APEL ini merupakan satu inisiatif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam mendukung lonjakan ketiga daripada 10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi (Pendidikan Tinggi) 2015 hingga 2025. Program ini telah menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang mempunyai pendidikan formal mahupun tidak formal untuk berpeluang melanjutkan pelajaran di UiTM dalam pelbagai bidang sarjana muda dan pascasiswazah.

UiTM Iktiraf APEL Bekerja Sebagai Syarat Kemasukan

Page 17: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM17

UiTM telah menjadi tuan rumah bagi persidangan mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (MPLPU). Mesyuarat ini telah diadakan di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam pada 4 Ogos 2016. Turut berlangsung majlis makan malam yang telah diadakan pada 3 Ogos 2016 bertempat di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM Shah Alam.

Mesyuarat MPLPU ini merupakan salah satu inisiatif pengerusi serta ahli MPLPU ke arah merancakkan lagi pembudayaan ilmu, terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Selain itu, hasil positif daripada perkongsian idea, pendapat dan perbincangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua pihak demi memperkasakan pendidikan tinggi negara.

Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM berharap kesepakatan yang terjalin ini akan terus meningkatkan kemajuan sektor pengajian tinggi selaras dengan saranan pihak kementerian menerusi perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(Pengajian Tinggi).

Mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam Malaysia

Page 18: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 18

UiTM sentiasa menghargai alumninya yang selama ini menjadi tonggak kegemilangan dan kekuatan universiti dengan berlangsungnya Malam Simfoni Kasih 2016 yang diadakan khas sebagai terjemahan rasa terima kasih dan penghargaan kepada alumni UiTM. Majlis ini telah diadakan pada 19 November 2016, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam. Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh dan juga ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Budiman UiTM.

Bagi UiTM, alumni merupakan sebahagian aset penting dan juga berperanan sebagai jenama serta duta kepada universiti ini. Justeru itu, jaringan antara UiTM dengan alumni melalui Yayasan Budiman UiTM akan terus dikukuhkan yang secara tidak langsung menaikkan lagi imej universiti dan seterusnya memperkukuhkan jenama UiTM di persada global.

Dalam majlis ini juga, Naib Canselor UiTM telah menyatakan harapannya kepada para alumni agar terus memberi sumbangan baik dari segi kepakaran, pengalaman, idea bahkan kewangan kepada UiTM. Penglibatan kolaborasi antara alumni dengan kampus-kampus cawangan juga sangat digalakkan bagi melahirkan graduan berminda global, menjana pendapatan sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

Malam Simfoni Kasih 2016

Page 19: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM19

Bertempat di anjung Seri Budiman, bengkel Majlis Profesor Negara UiTM-Bajet 2017 telah diadakan pada 5 Disember 2016. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah taklimat Bajet 2017 oleh Dr Mohd Anuar Marzuki, Bendahari UiTM dan forum bajet UiTM oleh Prof. Dr Azni Zain Ahmed, Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD).

Bengkel ini disertai oleh 160 peserta yang bertujuan untuk membincangkan implikasi Bajet 2017 terhadap UiTM secara menyeluruh. Di samping itu, turut diadakan rundingan mengenai perlaksanaan dan pengurusan belanjawan universiti supaya dapat dikendalikan secara optimum dan efektif mengikut perancangan aktiviti yang ditetapkan.

Bengkel Majlis Profesor Negara UiTM-Bajet 2017

Page 20: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 20

Pada 29 Julai 2016 yang lalu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan CEO @ Faculty Programme kepada YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad sebagai CEO Faculty Programme(CFP). Pada majlis yang sama turut berlansung sesi khas Soaring Upwards with Shazalli bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Program yang disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi ini dihadiri lebih kurang 1,500 termasuk pelajar UiTM, pensyarah dan alumni. Majlis ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memperhebatkan penyertaan sektor industri dalam sistem pendidikan tinggi negara melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran tokoh-tokoh industri.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Ahmad Zaidee Laidin, Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said dan Ahli Lembaga Pengarah UiTM merangkap Presiden Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM), Datuk Zaini Hassan.

CEO@FACULTY PROGRAMME DAN SOARING UPWARDS WITH SHAZALLI

Page 21: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM21

Pada 6 Disember yang lalu, telah diadakan program Professional Talk oleh Honorable Sir Graeme John Davies bertempat di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM. Program ini telah dihadiri oleh pengurusan eksekutif universiti, pengurusan kanan UiTM Shah Alam, dekan-dekan dan ketua-ketua jabatan.

Ceramah yang bertajuk ‘Future University: Sustainable Strategic Framework’ bermatlamat untuk memberi maklumat terkini mengenai isu dan cabaran universiti bagi menghadapi perubahan global masa hadapan. Di samping berkongsi pendapat mengenai isu-isu berkaitan pembangunan universiti serta dapat memantapkan kefahaman mengenai pengurusan universiti pada masa hadapan.

Sir Graeme John Davies merupakan mantan Naib Canselor University of Liverpool, University of Glasgow serta University of London. Beliau terkenal dalam kepakaran kerja-kerja perintis seperti menggabungkan politeknik dan sektor universiti di United Kingdom serta menubuhkan Majlis Pembiayaan Pendidikan Tinggi di England.

Page 22: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 22

Pada 6 Disember yang lalu, telah diadakan program Professional Talk oleh Honorable Sir Graeme John Davies bertempat di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM. Program ini telah dihadiri oleh pengurusan eksekutif universiti, pengurusan kanan UiTM Shah Alam, dekan-dekan dan ketua-ketua jabatan.

Ceramah yang bertajuk ‘Future University: Sustainable Strategic Framework’ bermatlamat untuk memberi maklumat terkini mengenai isu dan cabaran universiti bagi menghadapi perubahan global masa hadapan. Di samping berkongsi pendapat mengenai isu-isu berkaitan pembangunan universiti serta dapat memantapkan kefahaman mengenai pengurusan universiti pada masa hadapan.

Syarahan Perdana Yayasan Arshad Ayub

Page 23: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM23

Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah bercemar duli berangkat ke UiTM Shah Alam bagi menyempurnakan Pelancaran Buku Ikat Limar dan Pameran Seni Tekstil. Majlis tersebut telah berlangsung pada 20 Oktober 2016 bertempat di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ).

Buku Ikat Limar – The Ancient Malay Textile merupakan hasil kajian, pendokumentasian dan garapan oleh Profesor Madya Dr Norwani Md Nawawi, pensyarah kanan tekstil dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Buku ini adalah mengenai kesenian kain tenun limar, kain warisan Melayu terdahulu yang kian hilang dan dilupai oleh masyarakat Melayu masa kini.

KDYTM Tengku Puan Pahang telah menzahirkan harapan agar buku ini dapat mengembalikan kegemilangan kain limar serta dapat menyumbang kepada wacana estetika seni tenun negara hingga ke persada dunia. Menurut KDYTM Tengku Puan Pahang keunikan dan kualiti seni tenun ini mampu mengukir keunggulan dan menaikkan imej negara dalam industri rekaan tekstil di arena antarabangsa.

Majlis ini diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh Nora dan pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) dengan lagu terbaharu ‘Selendang Limar Kain Pusaka’ yang ditulis sendiri oleh Profesor Madya Dr Norwani Md Nawawi dan Abbas Alias dan digubah khas melodinya oleh Johan Nawawi.

Pelancaran Buku Ikat Limar dan Pameran Seni Tekstil

Page 24: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 24

Pada 23 September 2016, bertempat di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam telah berlangsung majlis perasmian penutup Invention, Innovation and Design Exposition (IIDEX) 2016.

Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Sri Zukri Samat, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, YBrs. Prof. Dr Hadariah Bahron, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan YBrs. Prof. Dr Nooritawati Md Tahir, Pengarah Research Innovation Business Unit (RIBU) UiTM.

Pertandingan anjuran RIBU bagi tahun yang ke-12 ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan penyertaan lebih daripada 745 peserta. Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said menzahirkan rasa bangga terhadap usaha RIBU dalam menggerakkan kecemerlangan inovasi dan pengkomersialan.

Penganjuran IIDEX 2016 ini dilihat sebagai medan bagi para penyelidik mendedahkan segala pengetahuan dan idea mereka dalam bentuk produk yang sedia untuk dipasarkan. Tambahan lagi, pertandingan seperti ini juga dilihat mampu memberi peluang kepada pihak industri untuk mengenali hasil penyelidik UiTM.

Perasmian Penutup IIDEX 2016

Page 25: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM25

Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengurusan Mampan (IIESM) telah menganjurkan Hari Kecemerlangan IIESM bersama industri pada 10 Oktober 2016 yang bertempat di Dewan Annex, UiTM Shah Alam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM dan turut dihadiri oleh Dato Dr Jalaluddin Harun (Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia) dan Datuk Dr Abd Rahim Hj Nik (CEO Malaysia Timber Council).

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pihak industri yang telah banyak memberi sumbangan dan kerjasama dalam mempertingkatkan kecemerlangan IIESM seterusnya dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab antara IIESM bahkan UiTM dengan industri bagi pelaksanaan aktiviti bersama.

Program ini turut menyaksikan sumbangan mesin torsion yang bernilai RM2.2 juta daripada Lembaga Kayu Malaysia (LKM) dan juga sumbangan peralatan bernilai RM250,000 daripada Malaysia Timber Council (MTC). Selain itu, pertandingan reka bentuk bangunan menggunakan produk kayu turut dianjurkan oleh pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan UiTM dengan sokongan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Kemuncak hari kecemerlangan IIESM bersama industri berakhir apabila termeterainya perjanjian persefahaman antara UiTM bersama empat industri iaitu, MTIB, Tanjung Pauh Sdn Bhd, Terra Pave (M) Sdn Bhd dan Universiti Semarang Indonesia.

Hari Kecemerlangan IIESM bersama Industri

Page 26: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 26

Bertempat di Kompleks IRMI, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam, telah diadakan Majlis Pelancaran Research Garden IRMI dan Hari Penyelidikan UiTM. Majlis yang berlangsung pada 30 Ogos 2016 itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM.

Inisiatif Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) mewujudkan Research Garden bertujuan melonjakkan prestasi penyelidik dan penyelidikan UiTM dan mewujudkan kelestarian ekosistem penyelidikan di kalangan penyelidik muda. Projek Research Garden ini ditempatkan di bawah tanggungjawab IRMI.

Dalam usaha mencorak budaya penyelidikan yang unik dan berdaya saing, Research garden merupakan satu konsep inovasi yang dapat mentransformasikan pembangunan dan perkhidmatan penyelidikan IRMI yang sedia ada. Antara jenis perkhidmatan yang ditransformasikan oleh pihak IRMI adalah;

1. IRMI Dropbox2. Laluan Stairs to Soar - Research Garden UiTM3. Sudut Paparan Penyelidikan (Research Display Corner) 4. Pasar Penyelidikan (Research Souq)5. Pusat Sehenti Komuniti Penyelidikan (OSRCS - One-Stop Research Community Services) 6. Sudut Pembicara (Speaker’s Corner)7. Sudut Jaringan (Networking Corner); dan8. Taman Penghargaan (Garden of Fame)

Naib Canselor dalam ucapan beliau melahirkan rasa bangga terhadap inisiatif oleh IRMI melalui konsep inovasi ini dalam memperkasa hala tuju penyelidikan. Selain itu, IRMI juga sedang giat mengusaha projek Lembah Ilmu yang akan menjadi lokasi perkongsian strategik penyelidikan UiTM dengan penyediaan prasarana penyelidikan sepunya, terancang dan setanding dengan universiti-universiti lain di Malaysia.

Research Garden

Page 27: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM27

Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Persatuan Nuklear Malaysia (MNS),

Women in Nuclear Malaysia (WiN) dan disokong oleh beberapa universiti tempatan telah mengadakan Persidangan Antarabangsa

Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Nuklear 2016 (NuSTEC 2016) dan Persidangan WiN. Persidangan yang bermula dari 8 hingga 10 Ogos ini diadakan di kampus Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Shah Alam, Selangor, bertemakan “ Pembangunan Mampan (Lestari) melalui Sains dan Teknologi Nuklear”.

Persidangan NuSTEC 2016 kali ke-8 ini, diadakan buat julung kali di UiTM, telah dihadiri oleh 150 peserta tempatan dan juga antarabangsa. Di antaranya daripada Jepun, Indonesia ,Thailand dan Iraq. Persidangan ini merupakan platform bagi penyelidik dalam bidang berkaitan membentangkan dan berkongsi hasil penyelidikan dalam bidang sains nuclear dan teknologi. Persidangan ini juga memberi faedah dan pendedahan tentang kebaikan sains nuklear kepada golongan pelajar sama ada sarjana muda dan juga peringkat sarjana.

Persidangan yang dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr. Hassan Said ini melibatkan 2 Syarahan Planery dan 7 ucapan utama daripada pakar penyelidik tempatan dan juga antarabangsa. Di samping itu 100 kertas penyelidikan turut dibentangkan di persidangan ini.

NuSTEC dan WiN 2016

Page 28: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 28

Pada 26 Julai yang lalu, Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat (BCKK) telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Kesayanganku, sebuah rumah kebajikan yang bertempat di Bukit Beruntung, Rawang.

Rumah kebajikan ini dihuni oleh sejumlah anak-anak yatim, Asnaf, anak-anak kurang berkemampuan serta Orang Kelainan Upaya (OKU). Program lawatan sempena meraikan Syawal ini yang disertai oleh 13 orang pegawai dan staf BCKK.

Program lawatan ini adalah satu inisiatif serta usaha Corporate Social Responsibility di mana kutipan amal yang dikumpulkan oleh semua staf bahagian ini telah diserahkan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut bagi membantu meringankan perbelanjaan harian serta keperluan yang berkaitan.

Semoga usaha murni sebegini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang bagi meringankan beban serta membantu mereka yang memerlukan.

BAHAGIAN CANSELERI DAN KOMUNIKASI KORPORAT Prihatin

Page 29: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM29

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) telah mencipta rekod Malaysia apabila menganjurkan penyertaan terbesar taska dalam latihan keselamatan, kebakaran dan pertolongan cemas. Program ini telah diadakan pada 24 November 2016 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Persatuan Taska Negeri Selangor dan Kembara Event Management Sdn Bhd.

Latihan kebakaran yang disertai seramai 1,903 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dari 66 buah taska yang melibatkan empat daerah telah dijalankan secara serentak pada pukul 10.30 pagi.

Penyerahan sijil rekod Malaysia tersebut telah disempurnakan oleh YB Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pejabat Canseleri, UiTM Shah Alam dengan disaksikan oleh Prof. Ir Dr Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM.

Turut hadir, Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS), Mahanom Basri, Pengarah Operasi MBOR, Christopher Wong serta Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul.

Kerjasama dalam perlaksanaan program ini telah membuktikan kepelbagaian fungsi UiTM, bukan sahaja sebagai sebuah universiti bahkan sebagai pusat rujukan dan khidmat masyarakat.

FKE Catat Nama di Buku Rekod Malaysia

Page 30: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 30

Bertemakan “Kearifan Budaya Lokal Sebagai Kekuatan Bangsa Asia Tenggara” telah berlangsung Pameran Pendidikan Seni Rupa ASEAN kali ke-2 anjuran UiTM dengan kerjasama Fakultas Pendidikan Seni dan Desain, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) serta Fakultas Bahasa dan Seni Universitas Negeri Yogyakarta (UNY). Pameran ini adalah bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) menerusi pendidikan.

Selain itu, pameran ini juga menyasarkan matlamat menjalin kerjasama meluas dalam

Pameran Pendidikan Seni Rupa Asean kali ke-2 bidang seni dan warisan dalam kalangan warga pendidikan tinggi universiti ASEAN UiTM. Pameran kali kedua ini dianjurkan di Gedung Muzium Pendidikan Nasional Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung Indonesia pada 21 Oktober 2016.

Sebanyak 110 karya seni rupa daripada pelbagai bentuk dihasilkan menerusi kreativiti pensyarah, guru seni reka, guru seni visual dan siswa turut dipamerkan. Pameran ini turut dilaksanakan sempena Bandung ISOLA Performing Arts Festival (BIPAF 2016) yang membabitkan penyertaan beberapa universiti dari Korea. Seramai 15 siswa dari Fakulti Pendidikan UiTM di bawah Creative Media & Technology Hub (CMT) UiTM telah menyertai delegasi Malaysia dalam pameran ini.

Page 31: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM31

Pada 11 Oktober 2016 yang lalu, Majlis Perasmian Penutup Mahrajan Semarak Hijrah 2016 dan Pelancaran Wakaf UiTM telah diadakan di Dewan Muktamar 1, Masjid UiTM Shah Alam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said.

Majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ini turut menyaksikan penyampaian tiga Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah peringkat UiTM, iaitu Anugerah Tokoh Al-Farabi, Tokoh Umar Abdul Aziz dan Tokoh Al-Fateh.

Anugerah Tokoh Al-Farabi dianugerahkan kepada Prof. Ir Dr Hj Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Manakala Tuan Haji Abdul Halim Mohd, Penolong Jurutera Kanan Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM diiktiraf sebagai Tokoh Umar Abdul Aziz dan Saudara Mohd Aiman Adam, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat yang juga Naib Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM terdahulu bagi sesi 2015/2016 telah menerima Anugerah Tokoh Muhammad Al-fateh.

Majlis Perasmian PenutupMahrajan Semarak Hijrah 2016 & Pelancaran Wakaf UiTM

Page 32: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 32

Program Career, Halal, Innovation & Entrepreneurship Festival (CHIEF) 2016 merupakan program perdana bagi UiTM Puncak Alam yang telah menggabungkan empat (4) aktiviti iaitu karnival kerjaya JCorp, karnival keusahawanan, pertandingan young innovate 2016 dan karnival halal MITRANS.

Program anjuran bersama Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE), Fakulti Kejuruteraan Elektrik serta Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UiTM pada 27 September 2016.

Program yang bertujuan untuk memberikan maklumat, pendedahan serta peluang kerjaya kepada pelajar, ini juga dapat menjadi platform kepada pelajar bagi mengaplikasikan bakat keusahawanan serta dapat menjalinkan hubungan dengan pihak industri.

CHIEF 2016

Page 33: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM33

Majlis Kemuncak Inovasi UiTM Hari inovasi UiTM 2016 telah dilaksanakan selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda pembangunan negara dalam usaha mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Di bawah pimpinan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka sebagai pihak penganjur, majlis kemuncak inovasi UiTM telah diadakan pada 9 Disember 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Bertemakan ‘Invention and Innovation Through Design’, majlis kemuncak inovasi 2016 ini telah dirasmikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor. Majlis ini turut meraikan seramai 674 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2015 serta penyampaian enam kategori anugerah. Anugerah ini diberikan sebagai perhargaan atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh staf selain menjadi pembakar semangat kepada warga UiTM untuk terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam organisasi.

Kategori Anugerah PemenangJuara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor 2016

Pejabat Pendaftar

Anugerah Kualiti Naib Canselor 2016 kategori bahagian/ unit

Tempat pertama: Pejabat PendaftarTempat kedua: Bahagian Hal Ehwal PelajarTempat ketiga: Pejabat Bendahari

Anugerah Kualiti Naib Canselor 2016 kategori fakulti

Tempat pertama: Fakulti Kejuruteraan KimiaTempat kedua: Fakulti Kejuruteraan MekanikalTempat ketiga: Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Anugerah Kualiti Naib Canselor 2016 kategori kampus negeri

Tempat pertama: UiTM PerakTempat kedua: UiTM MelakaTempat ketiga: UiTM Pahang

Anugerah Kolej Cemerlang 2016 Kolej Melati

Anugerah Integriti UiTM 2016 Pejabat Bendahari

Page 34: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 34

SHAH ALAM, 02 Ogos - Penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya memenangi anugerah Gangsa bagi kategori Hak Cipta pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN 2016), bersempena Hari Harta Intelek Negara 2016.

Kumpulan yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Shah Alam; Prof. Madya Dr Anitawati Mohd Lokman, Azhar Abd Aziz, Afiza Ismail, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir serta Fateen Faiq Mislan Moganan, menghasilkan reka cipta ‘ITourism Travel Buddy Mobile Application’ iaitu aplikasi dalam talian yang menawarkan informasi berkaitan industri pelancongan di Malaysia dalam bentuk interaktif dan mudah difahami.

Pemenang berjaya membawa pulang piala, wang tunai bernilai RM 5,000 dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir, Timbalan Menteri KPDNKK, YB Dato’ Henry Sum Agong serta Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Dato’ Shamsiah Kamaruddin.

ITourism Travel Buddy Mobile Application merupakan aplikasi dalam talian yang menawarkan kandungan informatif berkenaan destinasi pelancongan di Malaysia. Pengguna boleh mendapatkan maklumat seperti Hotspots iaitu senarai destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Selain fungsi Utilities yang dapat membantu pelancong khususnya dari luar negara untuk mempelajari bahasa tempatan. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store untuk pelantar Android atau Apple Apps Store bagi pengguna pelantar IOS. Maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini boleh dilayari melalui laman web http://itourism.com.my.

Majlis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN 2016)

Page 35: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM35

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Institusi Pengajian Tinggi, Industri dan Komuniti Islam di Tokyo, Jepun selama 7 hari bermula 1 Ogos sehingga 7 Ogos 2016, anjuran bersama Persatuan Sarjana Sains Teknologi Maklumat (MScIT) dan Kelab Teknologi Maklumat (ITEC), FSKM. Lawatan akademik tersebut telah disertai oleh 22 orang mahasiswa serta 2 orang pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Maklumat, FSKM, UiTM Shah Alam.

Lawatan dimulakan dengan berkunjung ke Pusat Siswazah Sains Maklumat dan Teknologi, Jabatan Sains Komputer, Universiti Tokyo Kampus Bunkyo. Kedatangan lawatan disambut oleh Dr. Daisuke Sakamoto, pensyarah kanan di universiti tersebut. Dr. Daisuke Sakamoto telah berkongsi maklumat mengenai penyelidikan di universiti beliau. Kemudian, lawatan diteruskan dengan mengunjungi beberapa pusat sains dan teknologi di Odaiba seperti Muzium Miraikan, Toyota Mega Web dan Pusat Sains Sony Explora bagi memperoleh pengalaman yang lebih praktikal. Di Muzium Miraikan, lawatan berpeluang menyaksikan persembahan daripada robot serta terdapat pelbagai pameran dan aktiviti di muzium ini tersebut. Setelah itu, lawatan diteruskan dengan berkunjung ke Toyota Mega Web yang terletak di Kompleks Diver City. Para peserta telah diberi peluang melihat, menaiki dan menguji model kenderaan Toyota yang terbaru dan juga diberi kesempatan mempelajari industri kenderaan hibrid keselamatan dan mesra alam. Seterusnya, lawatan di Odaiba berakhir di Pusat Sains Sony Explora yang terletak di Aqua City. Pusat sains ini dibina bertujuan untuk menerangkan kepada pelawat mengenai penggunaan prinsip asas sains dengan teknologi terkini. Lawatan terakhir adalah kunjungan ke Masjid Tokyo. Para peserta berpeluang melihat kehidupan komuniti Islam di Tokyo dan juga berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang Jepun yang sudah memeluk Islam dan juga yang berminat dengan Islam.

Lawatan Akademik ke Tokyo, Jepun

Page 36: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 36

Bersempena kemasukan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda, Minggu Destini Siswa (MDS) telah diadakan pada 28 Ogos 2016 hingga 1 September 2016. MDS atau juga lebih dikenali sebagai program orientasi tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Program orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar baharu berkenaan alam universiti serta kehidupan para pelajar bagi memudahkan perjalanan pengajian mereka berjalan dengan baik.

Para pelajar juga telah melafazkan ikrar dan akujanji untuk tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan oleh kerajaan dan harapan ibu bapa serta keluarga semasa program tersebut berlangsung. Naib Canselor mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu ke UiTM dan berharap UiTM dapat menjadi medium dalam pembangunan diri mereka kelak.

MDS Sesi September 2016

Page 37: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM37

Penyelidik Sarjana Muda UiTM telah menjadi kebanggaan kepada Universiti apabila memperoleh kejayaan dalam Pertandingan “Innovate Malaysia Design Competition 2016” yang berlangsung di Penang selama dua hari iaitu pada 8 Ogos sehingga 9 Ogos 2016. UiTM telah berjaya merangkul gelaran juara bagi anugerah Keysight Technologies industry track, Anugerah video terbaik, tempat kedua bagi Anugerah Microsoft track, tempat ketiga bagi Anugerah MDEC’s IoT dan hadiah sagu hati untuk Anugerah Intel and National Instruments industry track.

Innovate Malaysia Design Competition (IMDC) merupakan pertandingan reka bentuk kejuruteraan yang merangkumi pelbagai disiplin. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Sarjana Muda Kejuruteraan atau Sains Komputer di Malaysia. Penganjur bagi pertandingan ini terdiri daripada sembilan syarikat multinasional elektrik dan elektronik di Malaysia (Altera, Intel, Keysight, Mathworks, Microsoft, Motorola, National Instruments, Silterra and Vitrox). Penganjuran pertandingan ini mendapat kerjasama hebat daripada Dreamcatcher Consulting sebagai secretariat yang telah dibawa ke negara ini oleh TalentCorp dan MDEC serta disokong oleh pelbagai badan kerajaan dan profesional.

Motivasi program ini adalah untuk menerapkan penyelidikan, reka bentuk dan inovasi dalam kalangan graduan universiti. Lima kumpulan wakil dari UiTM telah dipilih untuk menyertai dalam pertandingan akhir yang berlangsung pada bulan Oktober dengan penglibatan lebih daripada 200 penyertaan kumpulan dari 29 institusi awam dan pengajian tinggi swasta. UiTM sentiasa menjadi pesaing yang kuat dalam IMDC sejak 2013, dengan rekod prestasi yang baik apabila sering memenangi hadiah utama dan menerajui Anugerah Trek.

UiTM unggul dalam Pertandingan Innovate Malaysia Design 2016

Page 38: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 38

P a d a N o v e m b e r lepas, empat pelajar undang-undang UiTM telah berjaya mewakili rantau asia pasifik pada pusingan akhir dunia dalam pertandingan Foreign Direct Investment Moot 2016 (FDI Moot 2016). Acara yang diadakan di Buenos Aires, Argentina ini, menyaksikan pasukan moot UiTM telah meraih tempat ketiga, mengikuti Universiti Harvard dan Paris Bar School.

Pasukan moot UiTM disertai oleh Amiza Murad (Ketua Pasukan), Izzudin Zahidi, Fathan Alfian dan Iffah Yahya di bawah pimpinan Encik Sarilnezam Salleh dan Profesor Madya Dr Irwin UJ Ooi. Walaupun

tewas dalam pusingan separuh akhir apabila berentap dengan juara

keseluruhan Paris Bar Law School namun, kejayaan

pasukan UiTM hingga ke peringkat antarabangsa

merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila

telah berjaya meletakkan nama UiTM sebaris dengan universiti terkemuka

dunia.

Pasukan moot UiTM sebelum ini telah berjaya mewakili rantau ini apabila merangkul tempat pertama

dalam 4th Asia Pacific Rounds yang diadakan di Seoul National University School of Law, Korea selatan pada 16-19 Ogos 2016 anjuran The Korean Commercial Arbitration Board (KCAB) dan Center for International Legal Studies (CILS). Mereka juga telah memonopoli tiga anugerah iaitu, Best Claimant Brief, Best Oral Team dan Best Oralist (Izzudin Zahidi) yang akhirnya melayakkan mereka ke pusingan akhir.

Moot merupakan simulasi prosiding undang-undang yang dinilai oleh pengamal undang-undang. Para peserta perlu mematuhi peraturan mahkamah, prosedur undang-undang dan menonjolkan diri seperti peguam sebenar berdasarkan ‘Moot Problem’ yang dikeluarkan beberapa bulan sebelum pertandingan.

Debat Ekonomi Peringkat Dunia Debat Ekonomi Peringkat Dunia

3Pasukan Moot UiTM Tempat

ke3Pasukan Moot UiTM Tempat

Keputusan Akhir:1. Paris Bar Law School2. Harvard Law School3. UiTM Faculty Of Law

Page 39: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM39

UiTM Chamber Choir (UCC) telah mewakili Malaysia ke International Choir Competition

Praga Cantat-Grand Prix pada 27 sehingga 30 Oktober 2016 di Prague, Czech Republic. Walaupun UCC pertama kali menyertai festival tersebut, namun UCC telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang apabila berjaya menggondol dua pingat emas dan satu anugerah. UCC menjuarai koir kategori wanita dan kategori campuran lelaki dan wanita di samping menerima anugerah Martin Foundation Special Award for Performance.

UCC telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Pensyarah Kanan Fakulti Muzik UiTM, Dr Masashi Kishimoto dan terdiri daripada pelajar program diploma dan sarjana muda Fakulti Muzik UiTM. UCC telah pun berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila meraih dua pingat emas iaitu “Champion of Mixed Youth Choir

Category” dan “Winner of Mixed Youth Choir Category” di 4th Bali International Choir Festival pada tahun 2015.

Fakulti Muzik UiTM dan kumpulan UCC juga telah menyertai “Culture Exchange Concert” yang diadakan pada 3 dan 4 November 2016 bertempat di Vienna, Austria. Program ini dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Vienna dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negara. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan budaya Malaysia sekali gus dapat mengangkat muzik koir Malaysia.kepada penduduk tempatan di Vienna.

Di samping itu juga, UCC juga bakal menjalinkan kerjasama dengan Akashi City, Akashi International Association. Kerjasama tersebut melibatkan aktiviti pertukaran budaya serta melawat sekolah-sekolah awam sekitar Jepun bagi tujuan persembahan.

UiTM Chamber Choir Cemerlang di Praga Cantat 2016

Page 40: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 40

Pada 23 Ogos 2016, telah termeterainya jalinan kerjasama antara UniversitiTeknologi MARA (UiTM) bersama Petronas. Majlis yang diadakan di Institute of Leadership And Development (ILD) Bandar Baru Enstek, Nilai telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

Terdapat lima buah fakulti yang terlibat dengan kerjasama ini iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Perundangan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta Fakulti Pengurusan Maklumat. Jalinan ini merupakan transformasi dan isnisiatif bagi melahirkan graduan yang terulung, bukan sahaja di peringkat negara, malah di persada global. Selain mengukuhkan jaringan industri, yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kolaborasi ini dapat dimanfaatkan melalui pengisian dan aktiviti seperti perkongsian ilmu, kursus jangka pendek, kemahiran menerusi latihan praktikal dan pembangunan inovasi serta teknologi, yang mampu melahirkan bakat yang serba boleh dalam pasaran kerja.

Majlis Menandatangani MoU antara UiTM dan Petronas

Page 41: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM41

Majlis Menandatangani

MoU antara UiTM Dengan KPTM

21 JULAI 2016 – Majlis Perjanjian Memorandum antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah berlangsung di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajudin, UiTM Shah Alam. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Dr Mohammad Nawawi Dato’ Haji Seroji, Dekan Institut Pengajian Siswazah UiTM dan juga Timbalan Presiden Akademik Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) , YBrs. Encik Ismail Haji Junuh.

Perjanjian ini dilihat sebagai jalinan kerjasama strategik ke arah mencapai matlamat pembangunan modal insan negara, khususnya bagi melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang pendidikan. Selaras dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSTPN), untuk melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama yang berpegang teguh kepada agama, bekerja kuat, bertanggungjawab dan berdaya saing.

Diharapkan dengan termeterainya MoU ini, akan memberi impak dan manfaat kepada kedua-dua institusi dan meningkatkan lagi bidang-bidang kerjasama yang sedia ada antara UiTM dan KPTM untuk lebih maju pada masa hadapan.

Page 42: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 42

Majlis Menandatangani

MoU antara UiTM dengan

MARA

22 Julai 2016 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UiTM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) khusus dalam bidang pengurusan Pusat Sumber. Hala tuju memorandum persefahaman ini adalah untuk mengadakan satu usaha sama pintar dan perkongsian kepakaran bagi pembangunan dan penyelidikan (R&D) khususnya dalam bidang pengurusan Pusat Sumber.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said Naib Canselor UiTM dan YBhg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Prof. Madya Dr Mohd Sazili Shahibi, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan MARA, En. Kamaruzaman bin Jaffar, Ketua Penolong Pengarah MARA Knowledge Centre, Pn. Hazlina binti Jaafar, para pensyarah dan kakitangan MARA.

Kerjasama yang telah dipersetujui merangkumi aktiviti seperti berikut: • mengadakan kerjasama Projek Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) dalam bidang Pusat Sumber,• membangunkan modul latihan lanjutan dalam bidang pengurusan Pusat Sumber,• mengadakan perkongsian kepakaran dalam bidang Pusat Sumber; dan• penempatan pelajar latihan industri di Pusat Sumber Pembelajaran (IPMa) Diharap dengan termeterainya MoU ini, akan merancakkan lagi bidang-bidang kerjasama yang sedia ada antara UiTM dan MARA, di samping menjana bidang kerjasama baharu yang memberi impak dan manfaat kepada kedua-dua institusi.

Page 43: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM43

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pada 2 September 2016.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman anjuran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi berlangsung di aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam dan telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, dan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM.

Perjanjian yang dimeterai ini adalah salah satu usaha yang dapat memberi manfaat kepada graduan Bumiputera dalam menjana dan meningkatkan ekonomi negara. Mereka juga dapat mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan kerjaya setiausaha

syarikat yang mencabar menerusi pelaksanaan Program ‘Melestari Setiausaha Syarikat Bumiputera’. Program ini dibahagikan kepada tiga (3) sesi, iaitu:

• Sesi pembelajaran menggunakan 13 modul Company Secretaries Training Programme (CSTP) yang dijalankan selama 5 hari;• Sesi ujian bertulis; dan• Sesi temuduga bagi peserta yang layak. Pihak UiTM dan SSM berharap dengan kolaborasi yang terjalin akan dapat melahirkan lebih ramai Setiausaha Syarikat dalam kalangan golongan muda Bumiputera.

Majlis Menandatangani MoA antara UiTM Dengan SSM

Page 44: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 44

Majlis Menandatangani MOU ANTARA UiTM DENGAN STMIK AMIKOM JOGJAKARTA, INDONESIA

Dalam usaha menyahut dasar kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menerusi pengeluaran kumpulan sumber manusia kreatif dan berkemahiran, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bekerjasama dengan Sekolah Tinggi Manajemen Informatika & Komputer (STMIK AMIKOM Jogjakarta) bagi melatih para pelajar menerusi program pertukaran dan mobiliti, selain daripada kolaborasi penyelidikan dan projek dalam bidang filem dan animasi.

Sehubungan dengan itu, pada 16 september 2016, UiTM menerusi Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoU) selama dua (2) tahun dengan STMIK AMIKOM Jogjakarta. MoU ini bakal memperkukuhkan jalinan kerjasama antara dua negara, selain daripada meningkatkan kolaborasi projek dan penyelidikan antarabangsa, pertukaran staf dan pelajar termasuk penerbitan dan inovasi produk komersial dalam displin filem serta animasi.

MoU ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said dan Presiden STMIK AMIKOM Jogjakarta, Professor Dr Mohammad Suyanto M.M. disaksikan oleh Dekan FiTA, YBhg. Dato’ Profesor A. Razak Hj. Mohaideen and Ketua Bidang Akademik STMIK AMIKOM, Drs. Bambang Sudaryatno M.M.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ir Woro Indah Widiastuti, dari Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia dan juga dihadiri oleh delegasi UiTM yang terdiri daripada Encik Khairul Anwar Mat Kassim (Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri FiTA), Encik Ahmad Faizul Abd. Rashid (Ketua Pusat Pengajian Filem FiTA), dan Encik Muhammad Azhar Abdullah (Ketua Pusat Pengajian Animasi FiTA).

Naib Canselor UiTM berkata, kolaborasi istimewa tersebut akan menyediakan satu landasan yang besar kepada jaringan yang mampan antara kedua-dua institusi pengajian tinggi dan penjanaan pendapatan dalam bidang multimedia kreatif. FiTA UiTM dan STMIK AMIKOM Jogjakarta juga bakal memulakan kolaborasi penjanaan pendapatan menerusi penghasilan satu projek khas animasi 13 episod yang bertajuk “Cheng Ho”.

STMIK AMIKOM Jogjakarta, Indonesia merupakan sebuah universiti swasta berpusat di Jogjakarta dan bernaung di bawah Yayasan AMIKOM yang juga merupakan institusi pendidikan tinggi Indonesia yang pertama menerbitkan filem cereka animasi berjudul “Battle of Surabaya” menerusi syarikatnya, MSV Pictures.

Page 45: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM45

Pada 22 September 2016, telah berlangsung majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dengan Jabatan Muzium Malaysia, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESPORT), Nikon Malaysia dan Global Innovation & Entrepreneur Foundation (GIEF). Majlis yang bertempat di dewan Annex, UiTM Shah Alam ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut sama hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Encik Kamarul Baharin A.Kassim (Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia), YBhg Dato’ Latt Shariman (Presiden ESPORT Malaysia), Encik Mahfooz Rasool (Pengarah NR Nikon Malaysia) dan YBhg Dato’ Ghazi Sheikh Ramli (Pengasas dan Pengerusi GIEF).

Objektif MoU ini adalah bagi menggalak dan mempromosi kerjasama dalam bidang media, seni kreatif & teknologi bagi pertukaran staf akademik dan bukan akademik dengan staf kerajaan; memberi latihan industri kepada pelajar UiTM; menubuhkan rancangan penyelidikan bersama dan menyusun serta menerbitkan hasil penyelidikan bersama.

Perjanjian yang dimeterai merupakan salah satu usaha yang dapat memberi manfaat kepada graduan UiTM dalam menjana dan meningkatkan ekonomi negara, di samping memudahkan perlaksaan proses pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang media, seni kreatif & teknologi khususnya.

Majlis Menandatangani MoU antara UiTM dengan 4 Organisasi

Page 46: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 46

UiTM Terengganu telah menjalin perjanjian persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Rajamangala pada 14 November 2016 sebagai salah satu inisiatif untuk menyahut matlamat penubuhan ke-60 tahun UiTM, iaitu melonjak UiTM di persada global. MoU ini juga merupakan titik permulaan bagi melaksanakan kerjasama dalam masa jangka panjang seterusnya dapat meningkatkan lagi kolaborasi UiTM dengan universiti luar negara.

Sebelum ini, UiTM Terengganu telah menghantar para pelajar menyertai ‘Asean Youth Camp’ yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Rajamangala. Program tersebut bukan sahaja telah memberi ilmu malahan pengalaman kepada peserta terutamanya mengenai budaya dan cara hidup rakyat dari seluruh Asia Tenggara.

Sebelum ini, UiTM Terengganu juga telah menandatangani MoU dengan Universiti Ekonomi Karaganda, Kazakhstan dalam bidang hotel dan pelancongan bagi memantapkan lagi usaha pengantarabangsaan UiTM Terengganu.

Majlis Menandatangani MoU – UiTM Terengganu bersama Universiti Teknologi Rajamangala

Page 47: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM47

Majlis Menandatangani MoU Antara UiTM dan Tokyo Denki Universiti

Pada 10 Ogos 2016, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKJE) UiTM telah menerima kunjungan daripada delegasi Tokyo

Denki Universiti (TDU), Jepun. Kunjungan tersebut dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Pengajian Kejuruteraan (CECES)

daripada FKJE sendiri bersempena dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi

tersebut. TDU diwakili oleh Prof. Dr Hiroshi Yasuda (Presiden TDU) dan Prof. Dr Takehiko Kobayashi (Pengarah Pusat Antarabangsa TDU).

Sebelum MoU dimeterai, TDU, perbincangan singkat telah diadakan dengan Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM di Pejabat Naib

Canselor UiTM di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.. Di samping itu, satu kuliah khas daripada Presiden TDU bertajuk ‘Future Prospects in the

Era of Web 3.0’ turut diadakan anjuran FKJE.

Kerjasama ini akan bermula dengan penghasilan penyelidikan bersama khususnya dalam bidang Kejuruteraan Gelombang Mikro dan Kejuruteraan Maklumat di samping

pertukaran pelajar, simposium, persidangan, kursus pendek serta mesyuarat mengenai isu-isu penyelidikan yang berkaitan.

Page 48: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 48

MOA UiTM & Talent Corp

dan CPA Australia

MoU antara UiTM dan Samsung Electronics (M) Sdn. Bhd

MoU antara UiTM dan

D.G.KOM Sdn. Bhd

MoU antara UiTM dan FanLi Marine and Consultancy Sdn. Bhd

Page 49: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM49

Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Pesta Sukan Antarabangsa UiTM (UiSF) pada 25 hingga 28 Ogos 2016, bertempat di UiTM Shah Alam dan sekitar Lembah Klang. Sebanyak tujuh acara telah dipertandingkan, antaranya futsal, rugbi 7 sebelah, tenis, tenpin bowling, badminton, bola keranjang dan tenis meja. UiSF kali ini telah disertai oleh 30 buah universiti termasuklah dari Sindhi College (India), Philippine College Foundation (Filipina) serta Private Chartered Universities Forum (Pakistan) yang turut bersama buat pertama kalinya.

Universiti Bangkok Thailand telah mengadakan persembahan kebudayaan semasa majlis perasmian dan penutup UiSF 2016. UiSF ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Mentor UiTM) pada 24 Ogos 2016 manakala majlis penutupan UiSF ke-11 telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) pada 27 Ogos 2016.

Page 50: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 50

Sukan Antara Fakulti (SAF) UiTM Shah Alam 2016 telah melabuhkan tirainya pada 22 Oktober yang lalu. Majlis Perasmian Penutup SAF kali ini telah disempurnakan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said yang bertempat di Stadium UiTM Shah Alam.

Sebanyak 30 acara telah dipertandingkan dalam kejohanan yang berlangsung selama 16 hari, bermula pada 7 Oktober sehingga 22 Oktober 2016. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi telah berjaya merangkul juara keseluruhan SAF pada tahun ini manakala Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menduduki tempat kedua.

Naib Canselor sangat menyokong penganjuran kejohanan ini kerana dapat membentuk modal insan selain menjadikan warga UiTM lebih sihat, cergas dan cerdas. Di samping itu, Naib Canselor juga mezahirkan harapannya agar elemen-elemen positif daripada aktiviti sukan ini dapat melahirkan pelajar yang proaktif dan produktif.

Perasmian Penutup Sukan Antara Fakulti UiTM 2016

Page 51: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM51

Kejayaan Zulfadli Zulkifli yang telah meraih kejuaraan dalam acara badminton perseorangan lelaki di kejohanan Grand Prix Rusia, Vladivostok amat membanggakan UiTM. Pada 9 Oktober 2016, graduan jurusan Sains Sukan dan Rekreasi tersebut telah menewaskan pemain India, Siril Verma dengan keputusan 16-21, 21-19, 21-10 dalam masa 63 minit.

Kejuaraan tersebut merupakan gelaran kedua pada kejohanan berstatus Grand Prix selepas beliau memenangi kejohanan terbuka Brazil pada September lepas. Pemain kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat itu memegang ranking ke-30 terbaik dunia dalam acara perseorangan lelaki.

Seluruh warga UiTM mendoakan kejayaan beliau yang akan mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Rio de Jeneiro di Brazil pada tahun hadapan.

Juara di Grand Prix Rusia

Page 52: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 52

Tahniah Dan Syabas

Page 53: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM53

Page 54: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 54

Page 55: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM55

Page 56: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 56

Page 57: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM57

Page 58: Selamat Ulang Tahun UiTM

• SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 58