selamat ulang tahun uitm · pdf filementeri-menteri kabinet, pro-canselor, ... seorang ahli...

Download Selamat Ulang Tahun UiTM · PDF fileMenteri-Menteri Kabinet, Pro-Canselor, ... seorang ahli Parlimen ... tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh

If you can't read please download the document

Upload: vuongtruc

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • Bil. 01 Jul-Dis 2016

    Sambutan Ambang Kemerdekaan UiTM

    UiTM Iktiraf APEL

    Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa

    Istiadat Konvokesyen UiTM ke-85

    Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-60 UiTM

    SelamatUlang Tahun UiTM ke

    SelamatUlang Tahun UiTM ke

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 2

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM3

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 4

    Universiti Teknologi MARA (UiTM) buat julung kalinya mengadakan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dan Institut Melayu Pemikiran dan Kepimpinan UiTM (IMPAK). Konvensyen ini telah berlangsung pada 8 hingga 10 November 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan menyempurnakan Majlis Titah Diraja dan seterusnya merasmikan konvensyen tersebut pada 8 November 2016.

    Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari ini merupakan medan perkongsian ilmu yang menghimpunkan para ilmuan, pemimpin, pemikir dan tokoh-tokoh korporat. Bertemakan Menyingkap Perjuangan Bangsa, fokus utama konvensyen ini adalah ke arah memperkasa semangat solidariti Melayu yang bermatlamatkan perpaduan dan penyatuan bangsa.

    Antara tajuk kertas kerja yang telah dibentangkan dalam konvensyen ini ialah Sistem Undang-Undang Melayu, Pendidikan, Ketamadunan Melayu, Kesultanan dan Pemerintahan Melayu, Islam dan Keintelektualan, Bahasa Melayu dan Asal-Usul Melayu: Sumber Genetik.

    Konvensyen yang berakhir pada 10 November 2016 telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan penaung kepada Konvensyen tersebut. Turut sama hadir pada majlis penutupan, ialah YB Dato Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan Tinggi), Menteri-Menteri Kabinet, Pro-Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah serta dif-dif dari pelbagai kementerian, jabatan, syarikat kerajaan juga universiti awam dan swasta.Selain itu, enam resolusi telah dikenal pasti dan mencapai kesepakatan serta diluluskan hasil daripada tiga hari Konvensyen tersebut. Keenam-enam resolusi telah diserahkan oleh Naib Canselor, Prof. Emeritus Dato Dr Hassan Said kepada Perdana Menteri pada penghujung acara tersebut.

    Konvensyen Nasional

    Penyatuan Bangsa

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM5

    Resolusi-resolusi Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016:

    Memperkasa peranan UiTM sebagai institusi dan pemangkin transformasi kepada penyatuan bangsa Melayu. Memartabatkan pegangan nilai-nilai murni budaya Melayu berasaskan ajaran Islam yang syumul merangkumi segenap aspek kehidupan. Menggesa kerajaan memberi penekanan terhadap kelestarian sejarah asal-usul dan kelangsungan bangsa Melayu melalui pendekatan saintifik. Menggesa komuniti ekonomi bumiputera mengubah pemikiran, sikap dan menerap budaya keusahawanan serta menjadi peneraju agenda ekonomi negara. Menyarankan kerajaan membangunkan konsep waqaf sebagai model rujukan ekonomi yang diyakini oleh masyarakat. Mengangkat agenda penyatuan bangsa Melayu sebagai agenda tetap nasional bagi menjamin kemakmuran semua bangsa.

    Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah

    Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (Pindaan) pada 18 Julai 1973, ahli Parlimen Batu, Yang Berhormat Dr Tan Chee Khoon, seorang ahli Parlimen bukan keturunan Melayu dan bukan wakil daripada parti pemerintah telah memberikan pengiktirafan terbuka terhadap pencapaian ITM. Penubuhan UiTM, adalah salah satu tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam semangat menjunjung salah satu daripada tujuh titah wasiat Raja-Raja Melayu. UiTM telah berjaya memenuhi visi dan misi untuk membangunkan sumber Melayu. Kejayaan yang dicapai telah menjadi sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Peningkatan angka golongan menengah Melayu, setidak-tidaknya membantu menyediakan orang Melayu dengan satu angkatan baru yang memiliki modal insan dan modal budaya yang lebih tinggi. UiTM bukan sebarang Universiti. UiTM ialah sebuah universiti yang dibangunkan berlatar belakang agenda Melayu mempunyai visi dan misi khusus untuk Melayu. Perlembagaannya menetapkan Canselor UiTM ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

    Graduan UiTM hendaklah memiliki identiti insan amanah, insan jujur, insan bertakwa, insan tawaduk dan insan berintegriti.

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 6

    Majlis Kemuncak Sambutan

    ULANG TAHUN KE-60 UITMUiTM telah pun mencapai usia 60 tahun penubuhannya, sejak dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA hasil cetusan Allahyarham Tun Abdul Razak dengan matlamat untuk mengubah nasib anak bangsa melalui pemindahan ilmu pada tahun 1956. Kemudian, tahun demi tahun institusi ini bertukar nama kepada Maktab MARA (1965), Institut Teknologi MARA (ITM) (1967) dalam memperkasa agenda bangsa sehingga dinaik taraf menjadi sebuah universiti oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Ogos 1999.

    Bagi meraikan enam dekad penubuhan UiTM, Majlis Kemuncak Ulang Tahun ke-60 UiTM bertemakan Melonjak UiTM di Persada Global diadakan pada

    14 Oktober 2016 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pameran UiTM sepanjang zaman, penganugerahan Ikon Alumni dan pelancaran Tabung Dana Keusahawanan adalah antara pengisian utama yang telah dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung.

    YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa UiTM selama 60 tahun tetap kukuh mengangkat martabat juga mengubah nasib kaum Melayu dan bumiputera melalui pemindahan ilmu. Tambah YAB Dato Sri lagi, UiTM juga telah menjana pembangunan dan sumbangan yang berterusan terutamanya dalam memenuhi tuntutan negara demi memperbaiki ketidakseimbangan landskap sosioekonomi masyarakat khususnya kaum Melayu dan bumiputera.

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM7

    Pada 8 Disember 2016, YBhg.Tan Sri Dato Academician Ir Dr Ahmad Zaidee bin Laidin, Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, bersama-sama Prof. Emeritus Dato Dr Hassan Said, Naib Canselor, Prof. Dr Hj Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni dan Puan Azida Azmi, Pendaftar telah hadir menghadap Tuanku Canselor di Istana Negara.

    Tujuan utama menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah adalah untuk menyampaikan cendera kenangan sempena pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun yang bermula pada 13 Disember 2011 sehingga pada 12 Disember 2016.

    Sebagai tanda terima kasih kepada Tuanku Canselor, UiTM telah memohon perkenan Tuanku Canselor untuk menamakan bangunan kejuruteraan UiTM Shah Alam kepada Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

    Menghadap Yang di-Pertuan Agong

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM 8

    Istiadat Konvokesyen UiTM ke-85 telah disempurnakan oleh Tuanku Canselor, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mutatasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 22 Oktober 2016 bertempat di Dewan Agung. Pada Istiadat kali ini seramai 25,720 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai peringkat iaitu, Doktor Falsafah (PhD), Sarjana, Ijazah Sarjana, Ijazah Profesional, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

    Selain itu, UiTM turut menganugerahkan 12 Anugerah Graduan Terbaik (AGT) kepada 13 orang pelajar pada Istiadat Konvokesyen kali ini. Antara kategori Anugerah Graduan Terbaik adalah Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor, Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Anugerah Tun Abdul Razak, Anugerah Cemerlang Tan Sri Arshad Ayub, Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Cemerlang Pharmaniaga, Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM, Anugerah Cemerlang Alumni UiTM, Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim, Anugerah Kepimpinan Cemerlang dan Anugerah Hadiah Buku MTDC.

    Dalam pada itu, Istiadat Konvokesyen kali ini turut menyaksikan pelantikan dua orang Pro-Canselor UiTM yang baharu, iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato Sri Haji Safri Awang Zaidell. Pelantikan ini dibuat berdasarkan sumbangan besar yang telah diberikan oleh kedua-dua tokoh ini kepada pembangunan bangsa dan negara

  • SELAMAT ULANG TAHUN UiTM9

    YABhg. Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah merupakan anak kelahiran Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau. YABhg. Tun telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Indiana States University, Amerika Syarikat. Kariernya bermula dalam bidang perkhidmatan awam melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai Pegawai Kastam di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Mac 1968. Selain itu juga, YABhg. Tun pernah berkhidmat di jabatanjabatan dalam perkhidmatan awam negeri Sabah dengan menyandang pelbagai jawatan termasuklah dalam bidang pentadbiran, perkhidmatan awam, penyelidikan mahupun agama Islam negeri. Pada tanggal 1 Januari 2003, YABhg. Tun telah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang ke-9 dan telah menerajui pucuk pimpinan negeri Sabah dengan jayanya sehingga 31 Disember 2010

    YBhg. Tan Sri Dato Sri Haji Safri Awang Zaidell telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Victory University, New Zealand pada 1962. YBhg. Tan Sri bukan sahaja dikenali di dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa. Ini terbukti apabila YBhg. Tan Sri adalah individu terpenting yang menghad