selamat hari guru kepada cikgu

Upload: dexter-adam

Post on 01-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DOA

TRANSCRIPT

Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, sifu-sifu, pensyarah-pensyarah, mentor-mentor dan sesiapa sahaja yang menyumbang ilmu untuk pembangunan diri kami secara langsung atau tak langsung.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.Terima kasih kerana menjadikan kami insan yang sangat bertuah dan beruntung terutama sekali dapat mengenal kalimah tauhid Allah dan menyebar-luaskannya. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa guru-guruku sekiranya adakalanyamereka telah mengabaikanMu. Engkau berkatilah mereka di akhirat dengan syurga, atas jasa dan budi mereka mendidik sehingga kami menjadi insan yang berjaya Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah segalas dosa guruku. Kau berikanlah segala. kebaikan kepada guruku yang telah bersusah-payah mengajar dan mendidik kami. "Ya Allah, berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajarkan kami di mana-mana sahaja. Rahmatilah guru-guru yang mengajarku ilmu-ilmu al-Quran. Semoga Allah tempatkan roh guru-guru kami yang telah pergi ke alam baqa bersama-sama orang-orang yang beriman. Semoga Allah membalas jasa kalian semua dengan sebaik-baik ganjaran. Amin."Selamat Hari Guru 16 Mei 2015.