selamat datang ke hari bersama pelanggan

34
SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN Pihak Hospital Pitas mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan- puan ke Hari Bersama Pelanggan Hospital Pitas. Di sini, pihak Hospital Pitas berharap tuan-tuan dan puan-puan lebih mengenali Hospital Pitas dengan mengunjungi kaunter- kaunter yang disediakan. Dr. Francis Paul Pengarah Hospital Pitas

Upload: galvin-montoya

Post on 30-Dec-2015

96 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pihak Hospital Pitas mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Hari Bersama Pelanggan Hospital Pitas. Di sini, pihak Hospital Pitas berharap tuan-tuan dan puan-puan lebih mengenali Hospital Pitas dengan mengunjungi kaunter-kaunter yang disediakan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

SELAMAT DATANGKE

HARI BERSAMA PELANGGAN

Pihak Hospital Pitas mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Hari Bersama Pelanggan Hospital Pitas.

Di sini, pihak Hospital Pitas berharap tuan-tuan dan puan-puan lebih mengenali Hospital Pitas dengan mengunjungi kaunter-kaunter yang disediakan.

Dr. Francis PaulPengarah Hospital Pitas

Page 2: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Kejururawatan

Perkhidmatan Memberi Penjagaan Perawatan Holistik yang berkualiti dan selamat kepada pesakit. Membantu pesakit yang kurang upaya dan menentukan keperluan pesakit mengikut penyakitnya. Memberi ubat dan suntikan seperti yang diarahkan oleh Doktor. Memberi orientasi dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarganya untuk menikmati

kehidupan yang lebih bermutu dan menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai. Bertugas atas panggilan.

AnggotaBilangan Jururawat yang terdapat di Hospital Pitas ialah seramai 95 orang yang merangkumi :

Penyelia Jururawat - 1 Orang

Ketua Jururawat - 3 Orang

Jururawat Terlatih - 51 Orang

Jururawat Masyarakat Kanan - 3 Orang

Jururawat Masyarakat - 37 Orang

Waktu Perkhidmatan7.00pagi-2.00petang (Syift Pagi)2.00petang-9.00malam(Syift Petang)9.00malam-7.00pagi (Syift malam)Bekerja 24 jam dalam 7 hari

Page 3: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

PerkhidmatanWad ini menyediakan perkhidmatan perawatan dan pengurusan untuk pesakit yang baru lahir sehingga pesakit yang berumur 12 tahun sahaja yang dimasukkan ke wad ini. Di antara perkhidmatan yang diberikan:-Kemasukan pesakit Discaj pesakitPendidikan kesihatan kepada pesakitTranfusi darahPhototherapi untuk bayi JaundisPerawatan Bayi IncubatorPerawatan KejururawatanPerawatan Pengasingan untuk penyakit berjangkit.Perawatan untuk Pesakit Thalassemia

Anggota20 orang kakitangan yang terdiri dari 1 orang Pegawai Perubatan U42, 1 orang Ketua Jururawat U32, 8 orang Jururawat U29, 1 orang Jururawat U24, 6 orang Jururawat U19 (termasuk seorang Jururawat Thalassemia) , 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

Waktu PerkhidmatanKakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan Wad ini beroperasi selama 24 jam.

Wad Kanak-Kanak

Page 4: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Wad Perempuan

PerkhidmatanWad ini menyediakan perkhidmatan perawatan dan pengurusan untuk pesakit yang Berumur 12 tahun keatas. Diantara perkhidmatan yang diberikan:-

Kemasukan pesakit

Discaj pesakit

Perawatan Kejururawatan

Perawatan ibu mengandung dan selepas bersalin

Perawatan pengasingan untuk penyakit berjangkit

Perawatan untuk pesakit thalassamaemia

Perawatan sebelum dan selepas pembedahan

Perawatan sakit puan

Pendidikan kesihatan termasuk penyusuan susu ibu

Pemindahan darah

AnggotaWad ini mempunyai seramai 24 anggota. 1 orang Pegawai Perubatan U42, 1 orang ketua jururawat U32,102 orang Jururawat U29, 1 orang jururawat U24, 6 orang jururawat U19 dan 5 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

Waktu PerkhidmatanKakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan wad ini beroperasi selama 24 jam.

Page 5: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Wad Lelaki

PerkhidmatanWad ini menyediakan perkhidmatan perawatan dan pengurusan untuk pesakit yang berumur 13 tahun dan keatas.Di antara perkhidmatan yang diberikan:-

Kemasukan pesakit,

Discaj pesakit,

Pendidikan Kesihatan kepada pesakit,

Transfusi darah,

Perawatan Kejururawatan,

Perawatan Pengasasingan untuk penyakit berjangkit,

Perawatan untuk pesakit Thalassemia,

Penjagaan Luka.

Anggota20 orang kakitangan yang terdiri dari 1 orang Pegawai Perubatan U42, 1 orang ketua jururawat U32, 1 orang jururawat (KUP)U32, 7 orang Jururawat U29, 6 orang Jururawat U19,dan 6 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

Waktu PerkhidmatanKakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan Wad ini beroperasi selama 24 jam.

Page 6: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

PerkhidmatanWad ini menyediakan perawatan dan pengurusan untuk pesakit

yang mahu bersalin. Di antara perkhidmatan yang diberikan :-

Kemasukan pesakit

Menyediakan kemudahan untuk ibu bersalin dengan selesa dan selamat

Menyediakan suasana perlaksanaan Hospital Rakan Bayi

Memberikan imunisasi awal kepada bayi baru lahir ( Hepatitis B dan BCG)

Pendidikan kesihatan kepada pesakit

Perawatan pengasingan untuk penyakit berjangkit

Discaj pesakit

Anggota20 orang kakitangan terdiri dari 1 orang ketua jururawat U32, 6 orang jururawat Bidan Terlatih U29, 2 orang Jururawat Terlatih U29, 1 orang jururawat U24, 6 orang jururawat U19 (termasuk seorang jururawat Laktasi) dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

Waktu PerkhidmatanKakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan wad ini beroperasi selama 24 jam.

Dewan Bersalin

Page 7: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Kecemasan

PerkhidmatanUnit ini menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan 24 jam. Di antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh unit ini adalah seperti berikut :-Perkhidmatan Ambulans CallMenerima rujukan kes kecemasan dari klinik kesihatan Perkhidmatan rujukan pesakitRawatan kes penderaan & rogolPembedahan ringan

Anggota29 orang anggota yang terdiri dari 1 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 sebagai ketua unit, 1 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP), 5 orang Penolong Pegawai Perubatan U29, 7 orang Jururawat U29, 2 orang Jururawat Masyarakat U19, 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12, 5 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3, 2 orang Pemandu Kenderaan Bermotor R6 dan 5 Orang Pemandu Kenderaan Bermotor R3.

Waktu PerkhidmatanKakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan unit ini beroperasi sepanjang 24 jam.

Page 8: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Jabatan Pesakit Luar

Page 9: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

ObjektifMemberikan perkhidmatan rawatan dan pencegahan dengan cekap, tepat, berkesan dan berkualiti berpandukan perkhidmatan yang cemerlang dengan berorientasikan prinsip budaya korporat supaya membolehkan penyembuhan awal serta mengekalkan perhubungan pelanggan yang baik dan mesra.

Skop Perkhidmatani. Perkhidmatan / Rawatan Kes Baru / Kes Ulanganii. Pengendalian Lawatan Pakariii. Perkhidmatan Pembedahan Kecil (e.g. Removal of F/B)iv. Perkhidmatan Pengambilan Darah dan Suntikanv. Mengiringi dan menghantar pesakit untuk dirujuk ke Unit Kecemasan ataukemasukan pesakit di wad.vi. Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-Up)vii. Perkhidmatan klinik Permakanan, klinik Diabetig, klinik Mata dan klinik Pgjciatent.

Jabatan Pesakit Luar

Page 10: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Polisi Operasii Unit ini menyediakan perkhidmatan kaunter dan rawatan dari jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari, kecuali cuti am, Hari Sabtu dan Hari Ahad.ii Mengamalkan sistem kaunter yang prihatin di mana warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi keutamaan.iii Semua pesakit hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Pendaftaran Unit Pesakit Luar.iv Semua pesakit akan diperiksa oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan, di mana pesakit yang memerlukan pemeriksaan lanjut akan dibuat pemeriksaan makmal, radiologi dan ECG.v Bagi kes temujanji oleh Pegawai Perubatan hendaklah dilaksanakan mengikut “Block Appointment“ yang ditetapkan dan hendaklah mengikut masa yang ditetapkan dalam Kad Temujanji.Vi Pesakit yang memerlukan pemeriksaan lanjut akan dibuat pemeriksaan makmal, radiologi dan ECG.vii Pesakit yang dimasukkan ke dalam wad hendaklah diiringi oleh kakitangan di Unit Pesakit Luar.viii Semua kes‚ ’Medico-legal’ hendaklah dirujuk ke Unit Kecemasan untuk mendapat rawatan oleh Pegawai Perubatan. x Semua kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut hendaklah dirujuk kepada Pegawai Perubatan.xi Semua kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut hendaklah dirujuk ke hospital rujukan seperti Hospital Likas, Hospital Queen Elizabeth atau melalui ‘Visiting Specialist‘ oleh Pegawai Perubatan.xii Semua kes tenat atau yang memerlukan pemerhatian (observe) hendaklah dirujuk ke Unit Kecemasan untuk perawatan lanjut.xiii Semua pesakit/keluarganya hendaklah diberi penerangan berkaitan ubat-ubatan yang akan diberikan demi mengelakkan komplikasi dan mempastikan penggunaan ubat dengan betul.xiii Semua pesakit/pelanggan yang mendapat rawatan secara individu hendaklah diberikan pendidikan kesihatan.

Jabatan Pesakit Luar

Page 11: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Piagam PelangganI Hendaklah menjadi tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih untuk memberi penjelasan kepada pesakit/pelanggan di mana ada kemusykilan yang timbul dengan penuh sopan.ii Hendaklah menjadi tanggungjawab oleh semua kakitangan di Unit Pesakit Luar untuk merujuk sebarang kemusykilan yang timbul kepada Ketua Unit Pesakit Luar untuk tindakan selanjutnya.iii Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan santun serta jujur dan ikhlas.iv Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin dan secara profesional.v Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang selamat dan kondusif.vii Semua pesakit akan diberi layanan mengikut nombor giliran.viii Setiap pelanggan akan dibekalkan dengan maklumat temujanji dan surat rujukan jika perlu.ix Mempastikan program promosi kesihatan dijalankan setiap masa di samping memberi khidmat nasihat kepada pesakit tertentu dan keluarga mereka jika perlu.

Tanggungjawab Pelanggan/PesakitSemua pesakit hendaklah membawa salah satu daripada dokumen-dokumen asalseperti yang berikut:a) Kad Pengenalanb) Sijil Kelahiran / Surat Beranak (Kanak-Kanak Sahaja)c) Pasportd) Surat Majikan (GL)e) Sijil Nikah

Jabatan Pesakit Luar

Page 12: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Jabatan Pesakit Luar

Page 13: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Jabatan Pesakit Luar

Page 14: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Jabatan Pesakit Luar

Page 15: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Patologi

Perkhidmatan

Unit Patologi Hospital Pitas menawarkan perkhidmatan ujian-ujian makmal seperti ujian patologi kimia,

hematologi, mikrobiologi dan transfusi darah. Selain dari ujian makmal, unit ini juga telah menyediakan

sebuah unit Tabung Darah dan Pasukan Tabung Darah bergerak serta menawarkan kepada orang

ramai untuk turut serta menyumbang darah bagi membantu mereka yang memelukannya.

Anggota

Unit ini dianggotai oleh 6 orang Juruteknologi Makmal Perubatan, seorang Jururawat, seorang

Mikroskopi Malaria dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Waktu Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan setiap hari Isnin dan Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang dan beroperasi

24 jam untuk mengendalikan kes-kes kecemasan sahaja.

Page 16: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Perkhidmatan

Unit Farmasi Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan sepenuh masa bagi Farmasi Pesakit Luar,

Farmasi Bekalan Wad serta Stor Perubatan manakala perkhidmatan Farmasi Klinikal hanya bagi Wad

Perempuan sahaja.

Anggota

Perkhidmatan Unit Farmasi Hospital Pitas diketuai oleh Pegawai Farmasi U41 (Y/M) dan dibantu oleh

beberapa orang anggota terdiri daripada seorang Pegawai Farmasi U41, seorang Penolong Pegawai

Farmasi U32, 4 orang Penolong Pegawai Farmasi U29, seorang Pembantu Tadbir (P/O) N17, 2 orang

Pembantu Perawatan Kesihatan U3 serta 3 orang Pekerja Awam R1.

Waktu Perkhidmatan

Waktu perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar adalah 7.30 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin hingga

Jumaat manakala Farmasi Bekalan Wad dan Stor Perubatan adalah bermula 8.00 pagi hingga 5.00

petang hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum). Farmasi Bekalan Wad juga dibuka pada hari

Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Tugas atas panggilan (on-

call) dijalankan oleh seorang Penolong Pegawai Farmasi pada setiap hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan

selepas waktu pejabat namun bagi kes-kes kecemasan sahaja.

Unit Farmasi

Page 17: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit X-Ray

PerkhidmatanUnit Pengimejan Diagnostik Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan x-ray konvensinal yang biasa seperti x-ray dada, abdomen & KUB ( Kidney Ureter Bladder ), ekstremiti atas& bawah,serta spinal vetebra. Selain itu, terdapat juga perkhimatan portable X-ray terhadap pesakit yang tenat di wad dan juga Unit Kecemasan.

Anggota

Unit ini mempunyai kakitangan seramai 4 orang yang terdiri daripada 3 orang Juru X-ray U29 dan

seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12..

Waktu Perkhidmatan

Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm ( waktu pejabat ) 

pada setiap isnin- jumaat ( kecuali cuti umum). Tugas

atas panggilan ( On- Call ) adalah pada setiap hari

sabtu, ahad dan cuti umum namun hanya untuk 

kes- kes kecemasan sahaja..

Page 18: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Rehabilitasi

UNIT PEMULIHAN CARAKERJA 

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan pemulihan terapi tangan dan

anggota atas, terapi kanak-kanak, terapi orthopedic (kepatahan tulang, sakit bahu, tendon cut), terapi

psykiatrik, terapi medical (stroke, diabetis mellitus, spinal cord injury) dan juga terapi untuk warga emas.

Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm ( waktu pejabat ) pada setiap isnin- jumaat ( kecuali cuti umum).

Unit ini hanya mempunyai seorang kakitangan Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29.

UNIT FISIOTERAPI 

Unit fisioterapi hospital pitas terdiri daripada 3 orang kakitangan. 2 orang

jurupulih perubatan anggota u29 dan seorang pembantu perawatan

kesihatan U3. Unit fisioterapi menyediakan perkhidmatan elektroterapi,

light terapi, thermal agents, exercise terapi, cryoterapi, support, special

technique, chest physioteharpy, stroke rehabilitation, sport rehabilitation,

special test/diagnostic procedure, education dan home visit. waktu

perkhidmatan adalah 8.00am-5.00pm (waktu pejabat) pada hari isnin-

jumaat (kecuali cuti umum).

Page 19: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Sajian

Perkhidmatan

Unit Sajian Hospital Pitas hanya menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pesakit

dalam sahaja. Makanan juga disediakan untuk doktor atas panggilan (On Call) dan juga MAC (Mother

Accompanying Child) di wad kanak - kanak. Unit ini dilengkapi dengan peralatan memasak yang terkini

dan berkualiti bagi memastikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar. Sistem perhidangan

berpusat (Centralized Plating) adalah sistem hidangan yang diamalkan disini, dimana setiap pesakit

menerima tray makanan masing-masing mengikut jenis diet yang telah ditentukan oleh Pegawai

Perubatan.

Anggota

Unit ini mempunyai 4 orang kakitangan iaitu terdiri daripada 1 pen.peg.penyediaan makanan dan 3

orang tukang masak sambilan.

Waktu Perkhidmatan

Waktu Operasi unit ini adalah pada jam 6 pagi- 5.30petang pada setiap hari termasuk cuti umum.

Page 20: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Rekod

PerkhidmatanUnit Rekod Perubatan Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan:-1) memproses semua bentuk Laporan Perubatan    a) Laporan Insuran    b) Laporan Kes-kes Medico Legal    c) Laporan Perubatan* Dalam pemprosesan Laporan insuran (contohnya, Takaful, Etiqa dll), Laporan Buruh dan PERKESO, borang bagi pemprosesan disediakan oleh pemohon sendiri yang mana borang tersebut boleh dipohon di pejabat insurans tersebut.Unit Rekod Perubatan tidak menyediakan borang-borang insuran tersebut.* Laporan Perubatan yang telah siap boleh diperolehi semula selepas 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan Laporan Perubatan yang lengkap.* Bayaran bagi proses penyediaan Laporan Perubatan adalah RM40.00 bagi Warganegara, manakala RM80.00 bagi Bukan Warganegara. 2) Mengumpul dan memproses data-data statistik Hospital

AnggotaUnit ini mempunyai kakitangan seramai 4 orang yang terdiri daripada 1 Penolong Pegawai Rekod Perubatan, 2 orang Pembantu Tadbir Rekod Perubatan dan 1 Pembantu Am Pejabat. 

Waktu PerkhidmatanWaktu perkhidmatan adalah 8am-5pm ( waktu pejabat ) pada setiap isnin- jumaat ( kecuali cuti umum). Tugas atas panggilan ( On- Call ) adalah pada setiap hari sabtu, ahad dan cuti umum.

Page 21: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Dewan Bedah

Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan pembiusan dan pembedahan.

Melakukan prosedur-prosedur seperti:

LSCS

D&C

MRP

Excision

I&D

DLL

Anggota

Mempunyai 7 orang anggota dan 2 orang sokongan iaitu 1 penolong pegawai U32, 1 PPP U29, 2 SN, 1

JM, 2 PPK.

Waktu Perkhidmatan

Bertugas mengikut masa pejabat dan menjalankan kerja on-call selama 24 jam secara bergilir-gilir.

Page 22: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit CSSD

Perkhidmatan-Menyediakan peralatan/ instruments yang steril untuk

digunakan oleh anggota Hospital Pitas dalam

menjalankan prosedur. 

-Menyediakan peralatan perubatan seperti ‘soft dressing’

( contoh ; cotton pack, gauze pack, gamgee pack,

abdominal mop) dan linen pack secukupnya. 

-Menjalankan perkhidmatan pensterilan peralatan

perubatan, ‘soft dressing’dan bahan-bahan lain yang berkenaan. 

-Bersedia menerima permohonan perkhidmatan pensterilan dan lain – lain hospital atau klinik kesihatan yang beredekatan.

AnggotaUnit ini mempunyai 8 orang kakitangan iaitu terdiri daripada 3 jururawat U29, 1 jururawat U19, 1 pembantu perawatan kesihatan U3, 2 pembantu perawatan kesihatan U12 (KUP) dan 1 orang operator otokleb R3.

Waktu PerkhidmatanWaktu Operasi unit ini adalah pada jam 7.30 pagi- 5.00 petang pada Isnin sehingga Jumaat.

Page 23: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Kebajikan

PerkhidmatanUnit Kerja Sosial Perubatan Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan kebajikan. Perkhidmatan kaunseling bermaksud penyelesaian kes krisis individu, kelamin, keluarga dan kaunseling am. Manakala perkhidmatan perkhidmatan sosial pula bermaksud memberi bantuan keperluan selepas mengalami kecederaan / penyakit dan perancangan discaj. Seterusnya adalah pekhidmatan kebajikan bermaksud membantu pesakit yang mempunyai masalah kewangan, masalah keperluan asas (penginapan, makanan dan pakaian) dan pengurusan penghantaran pesakit bagi penyiasatan dan rawatan lanjut perubatan.

Unit ini mempunyai satu tabung khas yang di wujudkan oleh Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat iaitu Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) yang bertujuan untuk amal dan kebajikan semua orang warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan khususnya untuk pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan yang memerlukan seperti bantuan tambang dari / ke tempat rawatan, bantuan kos rawatan bantuan, kos pembelian ubat-ubatan dan bantuan kos pembelian peralatan perubatan sahaja.

Anggota

Unit ini mempunyai seorang kakitangan iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27.

Waktu PerkhidmatanWaktu perkhidmatan adalah 8am-5pm (waktu pejabat) pada setiap isnin- jumaat (kecuali cuti umum). Hanya warganegara sahaja yang akan diberi perkhidmatan sosial dan perkhidmatan kebajikan.

Page 24: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Pengurusan

PerkhidmatanUNIT PENGURUSAN

Unit pengurusan merupakan unit sokongan bagi perkhidmatan di hospital pitas ini. Unit pengurusan

terbahagi kepada beberapa seksyen iaitupentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan akaun, hasil dan

khidmat pelanggan. Unit pengurusan menyediakan tenaga sumber manusia yang cukup mahir dan

berkelayakan supaya setiap amanah dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

Pada masa sekarang pengisian perjawatan di unit pengurusan adalah seramai 18 orang anggota yang

terdiri daripada seorang ketua unit penolong pegawai tadbir , 3 orang pembantu tadbir

(perkeranian/operasi) perkhidmatan, 4 orang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) pentadbiran, 2

orang pembantu tadbir (kewangan) w17 di kewangan dan akaun dan seorang pembantu tadbir

(kewangan) w17 hasil , 5 orang anggota pegawai khidmat pelanggan dan 2 orang anggota pembantu

am pejabat.

Setiap seksyen menjalankan perkhidmatan yang berbeza.

Page 25: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Pengurusan

Unit perkhidmatan

kemudahan perkhidmatan seperti :-

Peraturan pentadbiran bagi urusan pengesahan perlantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan

atau pelanjutan tempoh percubaan.

Peraturan pentadbiran bagi memproses kemasukan ke dalam perjawatan berpencen.

Peraturan pentadbiran bagi urusan persaraan.

Peraturan pentadbiran bagi memproses pergerakan gaji tahunan.

Peraturan penyelenggaraan buku perkhidmatan.

Memberikan latihan kepada anggota.

Unit pentadbiran menyediakan kemudahan seperti :-

Memproses buku perkhidmatan anggota hospital

Penyelenggaraan sistem fail induk.

Peraturan cuti

Perjawatan hospital

Hrmis

Mycpd

 

Page 26: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Unit Pengurusan

 Unit kewangan dan akaun kemudahan adalah seperti berikut :-

Peraturan perbendaharaan bagi memproses gaji dan semua kelayakan elaun anggota hospital.

Peraturan perbendaharaan bagi membuat semuapembelian perolehan hospital.

Peraturan perbendaharaan bagi memproses semua kelayakan tuntutan anggota.

Pemproses panjar wang runcit

 

Unit hasil kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

Peraturan akta fee perubatan dan peraturan perbendaharaan dengan mengutip hasil bagi hospital.

Membuat pendaftaran bagi pesakit luar dan pesakit dalam

 

Perkhidmatan operator

Menyediakan perkhidmatan seperti :-

Menjadi sumber rujukan samada di dalam atau diluar bagi rujukan maklumat berkenaan hospital

Memberikan perkhidmatan telefon dengan menyambut panggilan dari luar dan menyambungkan kepada

pegawai yang diminta.

Page 27: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Pengiktirafan Perkhidmatan Kualiti

 Baby Friendly Hospital Initiative Global Criteria

Telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan bayi pada 24 Julai 2009.

Page 28: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Pengiktirafan Perkhidmatan Kualiti

 Akreditasi Hospital

Telah mendapat pentauliahan Akreditasi Hospital pada 7hb Oktober 2010.

Page 29: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Kualiti 2010

 

KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF

Tajuk Projek : Tempat penggantungan botol drip dalam kenderaan ambulan.Kategori : Teknikal.

Kedudukan botol drip yang kurang kukuh,tidak selamat dan mudah jatuh.

Cangkuk yang di gunakan untuk menyangkuk botol drip

Hasil projek yang dicipta untuk mengatasi masalah.

Page 30: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Kualiti 2010

 

INOVASI

Tajuk Projek : Rak Penyimpanan Buku Log

Sebelum

Selepas

Page 31: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Kualiti 2010

 

INOVASI

Tajuk Projek : Tempat penyimpanan cop

Sebelum

Selepas

Page 32: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Kualiti 2010

 

INOVASI

Tajuk Projek : Penyimpanan rak kasut

Sebelum Selepas

Page 33: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Kualiti 2010

 

INOVASI

Tajuk Projek : Pump Blood

Sebelum Selepas

Page 34: SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Kualiti 2010

 

HOME VISIT UNIT REHABILITASI

Tangga rumah pesakit yang perlu di ubahsuai dengan membuat pemegang (grab rail).

Tandas pesakit yang terlalu tinggi memerlukan ramp dan pemegang(grab rail). Perlu meletakkan ‘non slip mat’ pada lantai yang licin.

Gambar pesakit sedang menjalankan senaman semasa home visit.