selamat datang3-9)januari_2020.pdfpemudi tiang negara. dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara...

24
KWP bentang laporan kejayaan laksana enam teras Inisiatif Wilayah Peduli: Harapan Dipenuhi 2019 M ENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad (gambar kecil) membentangkan laporan kementeriannya dengan menggariskan sekurang-kurangnya 25 inisiatif yang berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2019. Dengan memperkenalkan enam teras Inisiatif Wilayah Peduli: Harapan Dipenuhi, ia memberi impak kejayaan besar kepada Kemen- terian Wilayah Persekutuan (KWP) dan tujuh agensi di bawahnya. Perkara tersebut melibatkan usaha mewujudkan Wilayah Persekutuan yang bersih, selamat, mempunyai sistem pengangkutan awam efisien, sosio ekonomi mapan, persekitaran hijau dan komuniti inklusif. BERITA PENUH DI MUKA 2 Rakyat nikmati manfaat SELAMAT DATANG 2020... Orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyambut Tahun Baru 2020 dengan penuh ceria baru-baru ini. Sambutan itu dimeriahkan lagi dengan persembahan Light Show in The Sky sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Persembahan berwarna-warni itu turut diserikan dengan percikan bunga api yang menerangi dada langit Kuala Lumpur.

Upload: others

Post on 02-Sep-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

KWP bentang laporan kejayaan laksana enam teras Inisiatif Wilayah Peduli: Harapan Dipenuhi 2019

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad (gambar

kecil) membentangkan laporan kementeriannya dengan menggariskan sekurang-kurang nya 25 inisiatif yang berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2019.

Dengan memperkenalkan enam teras Inisiatif Wilayah Peduli: Harapan Dipenuhi, ia memberi impak kejayaan besar kepada Kemen-terian Wilayah Persekutuan (KWP) dan tujuh agensi di bawahnya.

Perkara tersebut melibatkan

usaha mewujudkan Wilayah Persekutuan yang bersih, selamat, mempunyai sistem pengangkutan awam efisien, sosio ekonomi mapan, persekitaran hijau dan komuniti inklusif.

BeritA PenUH Di MUKA 2

rakyat nikmati manfaat

Selamat Datangke Malaysia#VisitMalaysia2020 #VM2020

SeLAMAt DAtAnG 2020... Orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyambut Tahun Baru 2020 dengan penuh ceria baru-baru ini.

Sambutan itu dimeriahkan lagi dengan persembahan Light Show in The Sky sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Persembahan berwarna-warni itu turut diserikan dengan percikan bunga api yang menerangi dada langit Kuala Lumpur.

Page 2: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

Oleh nAZWin [email protected] nAZirUL rOSeLAn

PUtrAJAYA – Pelaksana-an enam teras inisiatif Wilayah Peduli: Harapan

Dipenuhi sepanjang tahun ini memberi impak kejayaan besar kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan tujuh agensi di bawah-nya.

Menterinya, Khalid Abd. Samad berkata, dasar itu juga berjaya meningkatkan ke-telusan serta kebertanggung-jawaban dalam pentadbiran kerajaan sekali gus mewujud-kan komuniti yang inklusif se-jajar dengan harapan rakyat.

“Seperti program tanggu-ngjawab sosial korporat (CSR) Projek Perumahan Rakyat (PPR) anak angkat pemaju, ia dapat meningkatkan mutu kehidupan penduduk PPR.

“Masalah dulu, pemaju banyak beri sumbangan te-tapi sumbangan itu tidak tahu pergi mana. Kita mahu s u m b a n g a n - s u m b a n g a n yang diberikan jangan beri kepada menteri, pegawai atau kakitangan sebaliknya dalam bentuk CSR.

“Pemaju terlibat akan menjalankan program dan kerja -kerja penyelenggaraan, pengindahan dan segalanya di kawasan PPR angkat, me-reka juga boleh berinteraksi dengan penduduk supaya dapat ubah suasana kualiti kehidupan di situ seterus-nya mengeluarkan kelompok tersebut daripada belenggu kemiskinan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pen-capaian KWP dan agensinya sepanjang 2019 baru-baru ini.

Menurut Khalid, pen-demokrasian dalam pen-tadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga merupakan pencapaian uta-ma kementeriannya kerana berjaya memaksimumkan penglibatan Ahli Parlimen da-lam proses membuat keputu-san serta dasar melalui pem-bentukan Majlis Menteri dan Ahli Parlimen sebagai ang-gota jawatankuasa kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Selain itu ujar beliau, pengambilalihan perkhid-matan bas percuma Go KL daripada Kementerian Pen-gangkutan dan menambah tiga laluan baharu dari ka-wasan PPR ke bandar antara

pencapaian yang dibangga-kan berikutan objektif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas turut berjaya dilak-sanakan.

“Kajian berhubung lalu lin-tas dan kaedah penyelesaian-nya dilancarkan pada perten-gahan 2019 dan dilakukan serentak dengan kajian draf Pembangunan Bandaraya 2040. Kita minta pihak pe-runding mengkaji Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2021-2040 yang bukan seka-

dar pembangunan, peruma-han, kawasan industri dan perniagaan malah meliputi masalah kesesakan lalu lintas.

“Bagi program pembangu-nan binaan rumah, insentif diberikan untuk bina rumah mampu milik. Banyak pemaju datang hendak bina rumah, kita kata boleh walaupun tanah persendirian. Kita beri insentif dengan sebahagian harga rumah adalah bebas manakala sebahagian lagi ru-mah mampu milik.

“Kita kawal dari segi itu, ada kira-kira 300 rumah mi-lik DBKL disewa pada kadar bawah harga pasaran malah DBKL turut membantu dalam penyelenggaraan PPR swasta bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB),” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pencapaian ke-menteriannya diperoleh te-rus kepada warga kota, Khalid menyatakan, perkara penting adalah pembangunan dilak-sanakan secara terancang.

Jelas beliau, sekira nya ia dilaksanakan dengan baik maka warga kota akan mendapat manfaat seperti isu kesesakan lalu lintas, kualiti kehidupan, kehijauan, komu-niti inklusif dan sebagainya.

“Kita mahu tentukan warga Kuala Lumpur dapat manfaat secara terus bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dari sudut kualiti kehidupan. Bila kita rancangkan bandar pintar, Perbadanan Putrajaya berjaya melaksanakannya.

“Semuanya berhubung dengan kualiti kehidupan di ibu kota, Putrajaya dan La-buan,” kata beliau.

KWP berjaya laksana enam teras Inisiatif Wilayah Peduli: Harapan Dipenuhi

KHALiD (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk rosida Jaafar menunjukkan Buku Laporan Kejayaan KWP pada tahun 2019 dalam sidang akhbar khas di Putrajaya baru-baru ini.

tingkat kualiti hidup rakyat

PUtrAJAYA – Tun Dr. Maha-thir Mohamad berkata, seluruh rakyat disarankan mengambil peluang untuk bersama-sama kerajaan bagi memajukan diri mereka da-lam menghadapi pelbagai cabaran baharu pada masa hadapan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus mem-bantu rakyat untuk berhada-pan dengan cabaran-cabaran baharu berkenaan menerusi program yang telah disedia dan akan diperkenalkan.

‘’Kita telah lihat bagaimana kemajuan teknologi digital telah mengubah cara pernia-gaan dan perkhidmatan.

‘’Mereka yang memahami perubahan ini telah men-cari peluang untuk kerja dan pendapatan. Yang tidak ber-ubah telah kehilangan punca

kehidupan,’’ kata beliau dalam perutusan sempena Tahun Baru 2020.

Dr. Mahathir berkata,

meskipun negara tidak dapat mencapai sasaran negara maju sepenuhnya tetapi ada beberapa perisian negara

maju yang boleh dilakukan.‘’Nilai-nilai seperti rajin,

berdisiplin, menjaga kebersi-han, bersifat tolak-ansur, hor-mat menghormati, berbudi bahasa dan berjiwa besar adalah ciri-ciri yang mem beza kita dari mereka yang tidak maju dan mundur.

‘’Sifat-sifat mulia ini me-wakili kesemua budaya, ag-ama dan bangsa dan kepel-bagaian Malaysia seharusnya membuat kita lebih peka ke-pada nilai-nilai tersebut,’’ kata-nya.

Dr. Mahathir berkata, tahun 2020 agak signifikan dalam hatinya kerana semasa mener-ajui pentadbiran negara pada kali pertama, kerajaan me-nerusi Wawasan 2020 ketika itu telah menyasarkan tahun ini sebagai tahun bagi negara mencapai taraf negara maju.

‘’Namun begitu, sejak be-berapa tahun kebelakangan ini, kita sedar bahawa sasa-ran itu tidak dapat kita capai sepenuhnya dan kerana itu kita telah menyediakan blue-print yang baharu yang kita kenali sebagai Wawasan Ke-makmuran Bersama 2030,’’ katanya.

Dalam pada itu, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Dr. Mahathir bersama Tim-balan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mo-hamaddin Ketapi dan Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad melancarkan Ambang 2020 dan Tahun Melawat Malaysia 2020 sebelum menyaksikan persembahan bunga api dan Light Show In The Sky melibat-kan 300 buah dron.

terapkan nilai-nilai negara maju dalam diri

2 BERITA 3 - 9 JANUARI 2020

LAGi LAPOrAn Di MUKA 9-14

Dr. MAHAtHir, Dr. Wan Azizah (dua dari kanan), Mohamaddin (kiri) dan Khalid (kanan) pada majlis Ambang 2020 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar - DJOHAn SHAHrin SHAH

Page 3: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

terapkan nilai-nilai negara maju dalam diri

3BERITA

DBKL bantu mangsa kebakaran Pasar Sentul

15 peniaga dipindah ke tapak sementaraSentUL – Susulan

kebakaran yang memusnahkan lap-

an unit deretan gerai di Pasar Sentul, Jalan Sentul Pasar di sini Selasa lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menye-diakan tempat berniaga sementara kepada penia-ga terlibat di tempat letak kereta belakang Pasar Sentul.

Datuk Bandar Kua-la Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tempat bernia-ga sementara untuk 15 peniaga yang terlibat itu akan dibina dalam tem-poh lima hari dengan menggunakan konsep pasang siap.

“Kita akan memindah-kan kesemua penjaja (kira-kira 150 orang) ke bahagian depan tanah kosong sebelah jalan ber-depan pasar sekarang.

“Mereka akan berada di situ dalam tempoh lap-

an hingga 12 bulan secara sementara kerana kita dalam proses membina pasar baharu di tapak se-karang,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nor Hisham memberita-hu, pihaknya sedang menunggu laporan fo-rensik Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membolehkan taksiran keseluruhan kerugian diperoleh.

Jelasnya, tempoh yang diperlukan pihak JBPM adalah selama tiga hari.

Di saat rakyat Malaysia gembira menantikan de-tik Tahun Baru 2020 pada Selasa lalu, Pasar Sentul dilaporkan terbakar pada pukul 9.25 malam.

Ekoran kebakaran itu, 14 gerai melibatkan ke-dai makan, plastik, buah yang bersaiz 20x100 kaki persegi musnah dijilat api.

3 - 9 JANUARI 2020

Buah pinang gugur di semak, Buah durian gugur berkira;

Anak tenang didakapi emak, Itulah belaian kasih mesra.

Makan kuih berwajah girang, Hati menguntum cergas berguling, Berlari bersenam sama menjadi; Bermain buih memupuk sayang, Ukir senyum rohani dibimbing, Merangsang otot menguatkan sendi.

Kuih di talam susun sejajar, Bingka ubi sedap dinikmati;

Memberi salam sunah diajar, Akhlak Nabi haruslah diikuti.

Mari berlari kejar bayang-bayang, Pintar berusaha berjayalah jua;

Apabila mencari kasih dan sayang, Seri Manja - Saleha terbuka untuk semua.

HALUS PERIBUDI; MANIS PERILAKU; TANGKAS BERFIKIR

Inilah falsafah kami

JKM NO: PUTRAJAYA / TI – 008/2019

Kami menunggu di sini, hubungilah kami: Kak Radzi: 012 208 0801 Mazuin : 012 331 6214 Farah : 019 697 1353 Seri Manja Saleha Seri Manja Saleha

Carilah kami di alamat: 10-A, Jalan Pahang P15, Nadi 15, Prescint Diplomatik 62150 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Dimiliki oleh Ayu Manja Sdn Bhd (167040M)

Emas tempawan cantik bitara, Lama tertawan di hati tersemat; Dalam limpahan nur sejahtera, Anak asuhan dipastikan selamat.

naufa mahu stabilkan ekonomi Oleh Aini [email protected]

BAK kata peribahasa Melayu, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan.

Bersetuju dengan hal tersebut, gadis yang dikenali sebagai Nor Fatihah Taib, 24, atau mesra dengan panggilan Naufa ini turut memiliki cita-cita besar dalam mengharungi cabaran mendatang.

Menurut anak keenam daripada lapan orang adik beradik, sempena tahun baharu ini, dia berazam untuk menstabilkan ekonomi diri bagi membantu

keluarga besarnya. “Saya berasal dari keluarga

sederhana dan sudah tentu saya ingin menyenangkan hidup mereka dengan menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa.

“Itu merupakan azam saya untuk tahun ini yang ingin digapai. Tidak dinafikan, ia bukanlah perkara yang mudah namun

saya percaya tiada yang mustahil seandainya kita rajin dan komited bekerja ke arah itu,” ujarnya.

Memilih untuk berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, pemenang tempat kedua Pertandingan Nyanyian Solo Jalan-jalan Sepahtu Sinar Johor tahun 2016, Naufa mengakui dia tidak gentar untuk mencuba nasib biarpun sedar banyak saingan di luar sana.

Baru sahaja muncul dengan

single pertama berjudul Tiada Untukmu, dia berharap lagu tersebut yang sudah berada di YouTube dan kesemua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox itu dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

“Saya mula meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian dan kini saya serius untuk mencuba nasib dalam industri muzik,” ujarnya.

Selain bidang nyanyian, Naufa juga berhasrat untuk mengorak langkah dalam bidang perniagaan kerana ingin membina empayar sendiri suatu hari nanti.

“Jika diberi peluang, saya lebih suka berniaga sendiri daripada makan gaji kerana bebas untuk menentukan keputusan sendiri tanpa dibelenggu orang lain,” ujarnya yang pernah berlakon dalam Cerita Hantu Malam Raya.

nOr HiSHAM (kanan) bertemu peniaga yang terlibat dalam kebakaran unit kedai di Pasar Sentul.

Page 4: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

Oleh MOHAMAD HAFiZ YUSOFF [email protected]

KUALA LUMPUr – Nasib 13 keluarga mangsa kebakaran

Kampung Kovil Hilir di sini yang tinggal sehelai sepinggang terbela apa-bila diberi penempatan sementara selama enam bulan di Projek Peruma-han Rakyat (PPR) atau Pe-rumahan Awam (PA) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keceriaan jelas terpan-car apabila semua mangsa yang kehilangan tempat tinggal pada 20 Disember lalu itu turut dikecualikan bayaran sewa selama tiga bulan bagi meringankan bebanan mereka.

Menteri Wilayah Perse-kutuan, Khalid Abd. Samad berkata, tempoh masa un-tuk tinggal di penempatan terbabit boleh dilanjutkan berdasarkan faktor terten-tu.

“Bagaimanapun, kita beri enam bulan dahulu tetapi kalau masih memer-lukan mereka boleh sam-bung untuk tinggal di situ lebih-lebih lagi kejadian itu membabitkan kerugian besar. Apa yang kita tidak

mahu apabila ada yang sudah mampu (menyewa) tetapi tidak mahu berpin-dah keluar.

“Mereka (mangsa) per-lu faham bahawa sena rai menunggu untuk men-dapat kemudahan PPR terlalu ramai tetapi sebab rumah terbakar, kita bagi kelonggaran. Walau apa pun, keputusan tertakluk pada DBKL,” katanya ke-pada pemberita selepas menyampaikan sumba-ngan kepada mangsa ke-bakaran tersebut di Pusat Komuniti Sentul Perdana di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Setiau-saha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar; Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Da-tuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. Pada majlis terse-but, semua mangsa men-erima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 un-tuk berkeluarga manakala RM300 bagi yang masih bujang daripada Yayas-an Wilayah Persekutuan (YWP).

Khalid berkata, semua mangsa turut diberikan baucar persekolahan ber-

nilai RM120 dan beg se-kolah kepada keluarga mangsa yang mempunyai anak.

KUALA LUMPUr – Seramai 150 kanak-kanak dari golongan keluarga B40 di ka-wasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai di sini menerima bantuan berupa beg dan peralatan per-sekolahan serta manfaat gunting rambut percuma.

Program yang di-adakan menjelang pembukaan sesi perse-kolahan minggu ini dapat membantu me-ringankan bebanan perbelanjaan golon-gan terbabit.

Timbalan Pengerusi Persatuan Jalinan Amal Kuala Lumpur, Mohd. Azhari Ayob berka-ta, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM3,500 bagi melaksanakan program bagi tahun kedua itu.

‘’Kami pilih kawasan Projek Perumah-an Rakyat (PPR) Kerinchi kerana ada ra-mai keluarga golongan B40. Malah, ada yang berpendapatan di bawah RM 3,500 dengan jumlah ahli keluarga yang ramai,’’ katanya ketika ditemui dalam Program Gunting Rambut Percuma di sini baru-ba-ru ini.

Program tersebut turut melibatkan Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Mohd. Azhari berkata, pihaknya juga bersedia menambah kuota dan jumlah bantuan pada masa hadapan bagi me-mastikan perbelanjaan golongan B40 dapat diringankan terutama menjelang sesi pembukaan persekolahan.

Hadir sama Ahli Parlimen Lembah Pan-tai, Fahmi Fadzil.

4 BERITA

KUALA LUMPUr – Seramai 3,500 peserta bakal menyer-tai larian ‘Resolution Run’ 2020 anjuran Sun Life Malay-sia yang akan berlangsung di D’ Sun Zone, Taman Tasik Per-dana pada 12 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Sun Life Ma-laysia, Raymond Lew ber-kata, larian tersebut dapat mengeratkan hubungan kekeluarga an dan bersa-ma-sama merealisasikan res-olusi untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Saya gembira melihat ra-

mai yang telah mula menye-dari keperluan kepada gaya hidup lebih sihat dan ber-harap kesedaran ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang lebih bermak-na pada tahun ini.

“Dengan penganjuran aca-ra sebegini, kami berharap perubahan dapat dilakukan dan dilihat bukan sahaja sekadar larian ma syarakat di pelbagai peringkat usia malah untuk mengubah persepsi orang ramai yang ingin memulakan kehidupan ke arah yang lebih sihat,”

ujarnya ketika ditemui di pe-jabatnya di sini baru- baru ini.

Raymond menjelaskan, ‘Resolution Run’ 2020 me-rupakan edisi keempat di-anjurkan dengan matlamat menggalakkan masyarakat memulakan tahun baharu dengan gaya hidup sihat dan sejahtera di samping kekal aktif.

Larian tersebut bukan sa-haja akan diadakan di Ma-laysia malah di unit perniag-aan Asia Sun Life yang lain se perti Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Vietnam.

3,500 bakal berentap dalam resolution run 2020

150 kanak-kanak dapat gunting rambut percuma

Mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir dibantu

MOHD. AZHAri

13 keluarga diberi sewa PPr tiga bulan percuma

????????

reSOLUtiOn run 2020 anjuran Sun Life Malaysia galak gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Gambar hiasan

KHALiD melawat mangsa kebakaran Kampung Kovil Hilir, Sen-tul yang ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

3 - 9 JANUARI 2020

WALAU-PUN rumah sementara, sekurang-ku-rangnya ada tempat berteduh dan kami dapat menyambut Tahun Baru Cina di sini nanti

GOH HenG LAi, 45Pemandu

PENEMPA-TAN sementara banyak mem-bantu. Saya langsung tidak terfikir untuk membeli per-alatan seperti

peti sejuk atau televisyen kerana hanya duduk untuk beberapa bulan sahaja

tHAM KAU HUA, 70Pesara

TERIMA KASIH kepada semua teruta-ma Kement-erian Wilayah Persekutuan dan DBKL yang sudi memberi pelbagai bantuan

G. AUGUStine, 50Bekerja sendiri

reAKSi Penduduk

Page 5: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

PUtrAJAYA – Ratusan ribu rakyat berbilang kaum termasuk pelan-

cong asing membanjiri dua lokasi utama di Dataran Pu-trajaya di sini dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi memeriahkan sambutan Ta-hun Baru 2020.

Tidak ketinggalan, sambu-tan penuh gilang-gemilang itu juga diadakan di Menara Kuala Lumpur yang mana orang ramai dihiburkan den-gan persembahan silap mata daripada Presiden Silap Mata Antarabangsa, Kenny Yas.

Lebih meriah apabila aca-ra di kedua-dua lokasi utama sambutan itu dihadiri Per-dana Menteri, Tun Dr. Ma-hathir Mohamad dan isteri-nya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sebaik detik pukul 12 ten-gah malam, pengunjung di Putrajaya dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api dan bunga api digital sekali gus menandakan pe-nutup tirai 2019 dan Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019.

Sebelum itu, pengunjung dihiburkan dengan lapan segmen yang menceritakan sejarah dan kejayaan negara seperti kisah Parameswara, Thomas Cup dan Proton Saga yang dipaparkan me-nerusi pemetaan cahaya di

Bangunan Istana Kehakiman.Di Dataran Merdeka pula,

selain dentuman bunga api, sambutan tahun baha-ru lebih bersejarah apabila diserikan dengan pelancar-an kempen Tahun Melawat Malaysia (MM) 2020 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Kehangatan suasana di-warnai persembahan 300 dron yang dikendali tiga agensi kreatif menerusi 11 formasi dengan setiap satu-nya mempunyai makna ter-sirat kepada MM2020.

Dilengkapi kilauan lam-pu pelbagai warna di se-genap penjuru, dron yang dikendalikan menerusi alat

kawalan jauh itu antaranya membentuk logo MM2020, burung enggang dan bunga kebangsaan di dada langit, wau serta beca yang meru-pakan identiti serta tradisi di Malaysia juga dipertonton-kan dalam formasi yang ber-langsung selama 10 minit sejurus selepas pelancaran Kempen Perdana MM2020 disempurnakan Tun Ma-hathir.

Dalam pada itu, semasa berucap pada perasmian Ambang 2020@ Kuala Lum-pur, Perdana Menteri mahu seluruh memainkan peranan bagi memastikan sasaran 30 juta pelancong antarabang-sa dan pendapatan RM100

bilion dapat diraih menerusi MM2020.

Beliau berkata, industri pelancongan perlu dijadikan misi nasional selepas dilihat berupaya melibatkan setiap lapisan masyarakat dan tidak mempunyai had kepada se-siapa yang menceburinya.

“Sumbangan industri pelancongan kepada Ke-luaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2018 telah me-ningkat kepada 15.2 peratus dengan nilai RM220.6 bilion, berbanding 14.6 peratus dengan nilai RM201.4 bilion pada tahun 2017.

“Dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, industri pelancongan kekal kompeti-tif. Pada tahun 2018, guna tenaga di dalam industri ini meningkat sebanyak 4.9 pe-ratus kepada 3.5 juta orang dan menyumbang 23.5 pera-tus kepada jumlah keseluru-han guna tenaga negara ber-banding 22.9 peratus pada tahun 2017,” katanya.

Turut hadir Timbalan Per-dana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Men-teri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad; Menteri Pelancongan, Seni dan Bu-daya, Datuk Mohammadin Ketapi serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

5BERITA

OrAnG ramai menunjukkan kepingan kad yang memaparkan simbol tahun baru 2020 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.

Ketua Pegawai eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman (empat dari kanan) melepaskan burung merpati pada sambutan Am-bang 2020 di Dataran Labuan.

PertUnJUKKAn dron membentuk formasi tahun 2020 pada program Ambang 2020 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

3 - 9 JANUARI 2020

Ratusan ribu rakyat penuhi Dataran Merdeka, Putrajaya dan Labuan

tahun Baru 2020 disambut meriah, penuh warna-warni

Peraturan, inisiatif baharu bermula Januari 2020

info

Larangan merokok di restoran dan premis makanan tetap dengan saman dikeluarkan serta pendakwaan di mahkamah

Pengecualian visa pelancong China dan India dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan

Cukai 30 peratus golongan berpendapatan RM2 juta

Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama seluruh negara

Larangan penggunaan straw plastik

Dakwa syarikat terbabit rasuah di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 bermula Jun

Kutipan cukai digital

Pelaksanaan cukai petak menggantikan cukai tanah ke atas setiap hak milik strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Wajib guna kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), tali pinggang keledar

Projek perintis syarikat e-hailing motosikal seperti Gojek Indonesia dan produk tempatan, Dego Ride beroperasi.

Levi pekerja asing pelbagai sektor

Nilai ambang kediaman pemilikan asing dikurangkan

Sarapan Pagi Percuma (PSP) kepada murid B40

Program e-Tunai Rakyat, sebanyak RM30 akan dimasukkan ke dalam akaun e-dompet bermula 15 Januari

Petrol RON95 berkualiti tinggi (Petrol berkualiti setanding RON97, EURO4M (E4M) diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara menggantikan standard E2)

Skim Perumahan Belia dilanjutkan

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja kontrak, penggiat seni.

SKSPS Pertubuhan Keselamatan Sosial diperluas membabitkan 18 kumpulan bekerja sendiri seperti nelayan, petani, pemilik tunggal dan perkongsian

Pemansuhan aliran sains dan sastera tingkatan empat, pelajar dibenar memilih subjek mengikut minat mereka

Air percuma di Sarawak dan Selangor (Di Sarawak, penduduk menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik manakal di Selangor membabitkan penduduk berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah)

RFID dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya

Suntikan vaksin pneumococcal secara percuma kepada semua bayi baru lahir

Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7

Kenaikan elaun anggota RELA sebanyak RM2 sejam

Program Back for Good (B4G)

Laporan nAZWin nAZri, Aini MAWAWi, AZLAn ZAMBrY dan MOHAMAD HAFiZ YUSOFF BAKri Foto nAZirUL rOSeLAn dan DJOHAn SHArin

Page 6: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

6 ANALISIS

tAHUn ini ialah 2020. Bermakna 100 tahun dahulu ialah 1920. Pada

tahun Perang Besar yang kini dikenali sebagai Perang Dunia Pertama baru selesai. Perang itu bermula pada tahun 1914 dan berakhir pada 1918. Ia bermakna pada tahun 1920, dunia lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan perang itu sedang sibuk membina kembali negara masing-masing.

Perang itu tidak berlaku di bumi Malaya, hanya pertempuran laut antara Jerman dan British di luar pantai Pulau Pinang pada tahun 1914. Maka umumnya Malaya tidak terjejas.

Namun oleh kerana Malaya pada tahun 1920 adalah sebahagian daripada Empayar British, maka wilayah ini turut terlibat dengan peperangan itu.

Oleh kerana Britain berada pada pihak yang menang, maka Malaya terus kekal berada di bawah pemerintahan London.

British Malaya ketika itu terdiri daripada tiga sistem iaitu Negeri-Negeri Selat (SS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (UFMS). Ibu kota British Malaya adalah Singapura tetapi ibu kota FMS adalah Kuala Lumpur yang juga merupakan ibu negeri Selangor.

Pada tahun 1920, Putrajaya merupakan sebahagian daripada hutan luas dipanggil Ayer Hitam. Hanya pada tahun 1921, sebahagian kawasan ini dijadikan ladang getah daripada tanah yang diberikan kepada pegawai-pegawai tentera British veteran Perang Dunia Pertama. Kawasan itu diberi nama Prang Besar iaitu sebelum ia menjadi Putrajaya.

Bagi menghargai sumbangan tentera-tentera dari Malaya, mereka dirikan sebuah tugu memorial yang dipanggil Cenotaph. Batu ini diletakkan di tengah-tengah

dataran berhampiran stesen keretapi.

Jalan antara stesen keretapi dan bangunan ibu pejabat FMS Railway dinamakan Victory Avenue atau Lebuh Kemenangan bagi meraikan kejayaan British dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertama.

Selepas merdeka, ia menjadi Jalan Sultan Hishamuddin sempena Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor keenam dan Yang di-Pertuan Agong Kedua. Cenotaph itu pula dipindahkan ke kawasan Tugu Negara.

Dalam masa 100 tahun, Kuala Lumpur mengalami banyak detik bersejarah. Ia kemudian turut dilanggar Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Semasa Jepun, dari tahun 1942 hingga 1945, Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Marai.

Kemudian ia menjadi ibu kota Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia. Mula-mula sebagai sebuah bandar raya diikuti sebagai Wilayah Persekutuan.

Jangka masa 100 tahun adalah jangka masa panjang. Kalau menurut perancangan sepatutnya tahun 2020, Kuala Lumpur sudah menjadi ibu kota sebuah negara maju yang digariskan dalam Wawasan 2020, kini ia diubah menjadi Kemakmuran Bersama untuk dicapai pada tahun 2030.

Peristiwa paling buruk yang dialami Kuala Lumpur dalam tempoh 1920-2020 ialah pendudukan Jepun dari 12 Januari 1942 hingga 13 September 1945 iaitu tiga tahun.

Ketika itu Empayar Jepun menjanjikan Perkesemakmuran Bersama Asia Timur Raya.

Tetapi peristiwa itu membawa pula pada kedudukan terbaik Kuala Lumpur dalam sejarahnya, iaitu menjadi ibu kota negara merdeka pada tahun 1959.

Sebagai ibu kota negara merdeka, ia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bandar raya utama bekas penjajahnya, London dan Tokyo.

Tetapi 100 tahun selepas

2020 ialah 2120. Adalah tentu tidak dapat dijangkakan apa yang akan berlaku pada tahun 2120 seperti mana tiada siapa pada tahun 1920 dapat menjangkakan apa yang berlaku pada pada tahun 2020.

Cumanya apa yang hampir pasti ialah pada tahun 2120, pemanasan global telah membawa perubahan iklim yang menyebabkan banyak tanah di pesisiran laut akan tenggelam selamanya.

Maka dijangkakan bahawa sebahagian Selangor turut terlibat. Walaupun Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terlibat, tetapi pasti ada kesannya.

Sejauh mana pulau Labuan ditenggelami air tidak dapat dijangkakan.

Pada tahun 1920, setelah menanggung banyak kerugian semasa Perang Dunia Pertama, Britain mahu kembali bangkit.

Maka untuk itu Malaya mempunyai peranan besar untuk mendatangkan pendapatan bagi Empayar British terutamanya melalui bijih timah dan getah. Kuala Lumpur adalah antara kota

bijih timah terbesar di dunia bersama Ipoh.

Dengan kedudukan Empayar British yang unggul itu, maka Malaya adalah juga merupakan sebahagian daripadanya. Kuala Lumpur adalah ibu kota bagi FMS, suatu entiti terpenting dalam British Malaya.

StrategikMalaya

mempunyai kedudukan strategik dalam rangkaian hubungan empayar itu.

Kekuatan Empayar British terletak pada penguasaannya terhadap laut.

Untuk itu, ia dikhidmati oleh kapal-kapal komersial yang membawa barangan dan penumpang serta dilindungi oleh Tentera Laut Diraja (RN) British.

Kini, 100 tahun kemudian, Empayar British sudah tiada. Kuasa utama dunia adalah Amerika Syarikat dengan dicabar oleh Rusia dan China yang menganjurkan projek kemakmuran global Satu Jalur Satu Jalan (OBOR).

Pengangkutan kapal telah sebahagian besarnya digantikan dengan pesawat di

udara. Pada tahun 1952, Kuala Lumpur memiliki lapangan terbang pertamanya di Sungei Besi.

Kini Kuala Lumpur dikhidmati oleh lapangan terbang Sepang dan Subang.

Di atas jalan Kuala Lumpur pada tahun 1920, masih ada lanca dan kereta lembu. Pada tahun 2020, Kuala Lumpur sudah penuh dengan kereta dan keretapi. Tetapi apa yang akan ada di Kuala Lumpur pada tahun 2120 tentulah tidak dapat diramalkan seperti mana bahawa pada tahun 1920, tidak ada siapa dapat ramalkan Kuala Lumpur mempunyai Menara Berkembar tertinggi dunia.

Pada tahun 1920, tiada siapa boleh sangka bahawa Empayar British akan berkecai dan ia digantikan dengan pelbagai negara baharu, salah satunya ialah Persekutuan Malaysia yang merdeka. Kini, tidak ada lagi empayar.

Jadi pada tahun 2120, belum tentu Amerika terus menjadi kuasa unggul atau akan digantikan dengan China. Malah sama ada konsep negara bangsa boleh berterusan boleh berlaku. Kalau konsep empayar boleh hilang, entiti negara bangsa juga boleh lebur. Mungkin juga ia digantikan dengan Asean atau konsep wilayah serantau. Atau mungkin juga perkara sebaliknya berlaku, negeri-negeri berpecah.

Apapun yang berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2120, perkara utama ialah elakkan berlakunya peperangan. Pengalaman Kuala Lumpur yang terlibat dengan Perang Dunia Kedua wajar menginsafkan. Antara bangunan yang musnah akibat peperangan itu ialah Muzium Selangor. Di tapak bangunan itulah kini terletak Muzium Negara. Bom itu digugurkan oleh pesawat British ketika Jepun masih menguasai Kuala Lumpur.

Mungkin elok kalau ada pihak menganjurkan pameran Kuala Lumpur 1920-2020 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur yang baru dibuka semula pada November lalu.

Jangka masa 100 tahun

adalah jangka masa panjang. Kalau menurut

perancangannya sepatutnya tahun 2020,

Kuala Lumpur sudah menjadi

ibu kota sebuah negara maju yang digariskan dalam

Wawasan 2020, kini ia diubah menjadi

Kemakmuran Bersama untuk

dicapai pada tahun 2030

CATATANZIN MAHMUD

UNDANG-UNDANG & MASYARAKAT

ZULQARNAIN LUKMAN

BICARA KOTAZULQARNAIN LUKMAN

ZAINI HASSAN

MINDA PENGARANG

BICARA KOTA

BICARA KOTA

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

BICARA KOTA

ROZAIS AL-ANAMY

PANDANGANAHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI

PANDANGANDR. MOHD. ANUARRAMLI

PANDANGANDR. SUHAILI SARIF

PANDANGANDR. MOHD. SHAHIDMOHD. NOH

JOM MEMBACAMOHD. AJIB ISMAIL

PANDANGANDR. ISMAIL IBRAHIM

BICARA KOTAHASIFULLAH IBRAHIM

BICARA KOTAMOHD. NASIR ZAKARIA

Kuala Lumpur tahun 1920-2020

OrAnG ramai menyambut tahun baru 2020 di Dataran Merdeka.

3 - 9 JANUARI 2020

Page 7: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

DALAM dunia moden pada hari ini, kemerdekaan bererti pemerintahan

berdasarkan demokrasi berparlimen. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula terdapat banyak ciri penting yang disalin bulat-bulat daripada sistem pemerintahan dan definisi Barat yang amat liberal dan luas, antaranya kebebasan bersuara.

Namun dalam ajaran Islam, setiap kebebasan mempunyai batas dan had tertentu. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa saja yang mereka mahu tanpa mempunyai prinsip dan asas yang tertentu.

Voltaire mengisytiharkan bahawa; ‘’Saya tidak menerima segala apa yang anda katakan tetapi saya akan bermati-matian mempertahankan kebebasan anda untuk bersuara.’’

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt ketika mengemukakan empat perkara dalam gagasan kebebasan menegaskan bahawa ‘’Hak pertama ialah kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat di mana saja mereka berada di dalam dunia ini.’’

Medan terbaru yang dimasuki manusia moden pada hari ini ialah medan teknologi dan komunikasi maklumat yang telah dipergunakan dengan seluas-luasnya oleh mereka untuk mencari keuntungan kebendaan seperti berdagang dan berniaga termasuk memperniagakan bahan-bahan lucah dan tidak bermoral.

Laman baharu ini juga dimasuki oleh orang yang ingin memberikan pandangan dan pendapat peribadi tentang agama, politik dan sosial sehingga pandangan tentang hal ini menjadi terlalu banyak disebarkan ke seluruh dunia tanpa sempadan ini.

Dalam kalangan masyarakat

Islam sendiri hal ini menjadi duri dalam daging yang amat menyakitkan. Dalam sejarah kebebasan bersuara yang berbangkit di dalam negara Islam umpamanya terdapat beberapa kes yang dilakukan oleh penganut Islam sendiri dalam memanisfestasikan kebebasan ini.

Novel hasil karya Salman Rushdie The Satanic Verses (terbit tahun 1988) telah menimbulkan kontroversi dan menggemparkan masyarakat Islam, sehingga pengarang dan buku ini telah menimbulkan banyak krisis dalam dunia Islam dan dalam kalangan penganut Islam di dalam dunia.

Pejuang kebebasan wanita Bangladesh, Taslima Nasrin, dalam masa sama telah menurut jejak langkah Salman Rushdie ketika menerbitkan tulisan dan bukunya yang banyak mengemukakan pemikirannya yang amat sinikal tentang kitab suci al-Quran dan undang-undang syariah.

Kedua-dua penulis ini telah dihukum oleh fatwa yang kadang-kadang agak keterlaluan oleh pemimpin agama dan para ulamak

sebagai murtad yang seharusnya menerima hukuman mati.

tafsirMalah dalam demonstrasi

besar-besaran yang dilakukan di dalam dunia Islam, ramai pula yang tercedera dan mati kerana bertempur dengan pasukan keselamatan yang saya rasa amat tidak wajar sekali dialami ketika para penunjuk perasaan diledak oleh emosi dan sentimen yang hebat itu.

Memang kedua-dua penulis ini telah menggunakan pemikiran yang agak liberal dalam pentafsiran mereka tetapi reaksi terhadap penulisan itu seharusnya telah diberikan dalam bentuk yang lebih berhikmah dan hujah yang membina serta berilmu.

Bagaimanapun, keghairahan para penulis dan penggiat media dan seni yang terdiri dari orang Islam sendiri yang mentafsirkan ajaran agama secara negatif amatlah merugikan masyarakat.

Segala pentafsiran negatif tentang Islam itu mungkin mendorong dan menggalakkan orang bukan Islam yang menaruh permusuhan kepada Islam untuk melahirkan rasa permusuhan mereka kepada umat dan agama Islam melalui hak dan kebebasan bersuara ini.

Datuk ismail ibrahim merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi

7ANALISIS

Sempadan hak bersuara

HAPPY NEW YEAR

HAPPY NEW YEARSELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT TAHUN BARU

Di sebalikkegembiraan

hidup kita,jangan lupakankeperitan hidup

orang lain.

SELAMAT TAHUN BARU 2020

Oleh

Berazam majukan diri, negara

Medan terbaru yang dimasuki manusia moden pada hari ini ialah medan teknologi dan komunikasi

maklumat yang telah dipergunakan dengan

seluas-luasnya oleh mereka untuk mencari

keuntungan kebendaan

CATATANZIN MAHMUD

UNDANG-UNDANG & MASYARAKAT

ZULQARNAIN LUKMAN

BICARA KOTAZULQARNAIN LUKMAN

ZAINI HASSAN

MINDA PENGARANG

BICARA KOTA

BICARA KOTA

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

BICARA KOTA

ROZAIS AL-ANAMY

PANDANGANAHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI

PANDANGANDR. MOHD. ANUARRAMLI

PANDANGANDR. SUHAILI SARIF

PANDANGANDR. MOHD. SHAHIDMOHD. NOH

JOM MEMBACAMOHD. AJIB ISMAIL

PANDANGANDR. ISMAIL IBRAHIM

BICARA KOTAHASIFULLAH IBRAHIM

BICARA KOTAMOHD. NASIR ZAKARIA

HAMPir 30 juta rakyat Malaysia menyambut tahun baru 2020 dengan mengingati bahawa negara ini masih tidak dapat memenuhi Wa-wasan 2020 yang digariskan tiga dekad lalu un-tuk mencapai status negara maju.

Meskipun begitu, ia bukan bererti usaha un-tuk mencapai kemajuan berhenti setakat itu malah seluruh masyarakat - bermula dari tam-puk kepimpinan negara, pemimpin masyarakat, syarikat korporat dan rakyat di akar umbi, mesti meningkatkan usaha untuk memastikan cita-ci-ta itu tetap dapat dicapai suatu hari nanti.

Seperti kata Per-dana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, meskipun tidak dapat mencapai wawasan itu, pengisian untuk maju tetap perlu ada termasuk nilai-nilai murni sebuah masyarakat maju.

Tidak perlu pergi jauh, lihatlah sahaja bagaimana sikap rakyat masih belum berubah apabila selesai sambutan Ambang 2020, tabiat membiarkan sampah berselerakan di padang Dataran Merdeka amat menyakitkan mata me-mandang.

Sedangkan tahun ini merupakan Tahun Mela-wat Malaysia. Ia perlu dianggap sebagai misi na-sional yang perlu dijayakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sasaran kedatangan 30 juta pelancong seper-ti yang disasarkan sudah pasti akan merancak-kan ekonomi negara sekali gus boleh menjana pendapatan untuk rakyat.

Tahun 2020 merupakan satu era yang pent-ing dalam negara agar rakyat dapat mengubah minda yang menjadi salah satu elemen menjadi rakyat negara maju.

Seperti kata Dr. Mahathir; ‘’Kita tidak perlu kepada resolusi tahun baru yang sukar, cukup sekadar kita bertekad mahu berusaha lebih tekun untuk memastikan kejayaan diri kita.”

Kita tidak boleh sekadar berpeluk tubuh dan menyalahkan orang lain sedangkan jalan dan peluang untuk memajukan diri terbentang luas.

Cabaran-cabaran yang mendatang teruta-manya dari sudut ekonomi menuntut anak-anak muda khususnya membuka langkah lebih jauh untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi lebih tinggi. Moga kejayaan mereka turut dapat dikongsi bersama negara.

CATATANZIN MAHMUD

UNDANG-UNDANG & MASYARAKAT

ZULQARNAIN LUKMAN

BICARA KOTAZULQARNAIN LUKMAN

ZAINI HASSAN

MINDA PENGARANG

BICARA KOTA

BICARA KOTA

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

BICARA KOTA

ROZAIS AL-ANAMY

PANDANGANAHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI

PANDANGANDR. MOHD. ANUARRAMLI

PANDANGANDR. SUHAILI SARIF

PANDANGANDR. MOHD. SHAHIDMOHD. NOH

JOM MEMBACAMOHD. AJIB ISMAIL

PANDANGANDR. ISMAIL IBRAHIM

BICARA KOTAHASIFULLAH IBRAHIM

BICARA KOTAMOHD. NASIR ZAKARIA

3 - 9 JANUARI 2020

Page 8: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

8 URBAN

Oleh nAZWin [email protected]

KUALA LUMPUr – Walaupun sudah melangkah ke tahun 2020, masalah haiwan ter-

nakan berkeliaran masih lagi ber-laku.

Lebih mendukacitakan apabila kejadian tersebut terjadi di seki-tar Kuala Lumpur yang merupa-

kan ibu negara. Pengerusi Per-

satuan Penduduk Kampung Bukit Lanjan, Abdul Halim Halid ber-kata, haiwan pe-liharaan yang berkeliaran di

sekitar penempatannya itu ber-larutan sejak awal tahun 2014.

Ujarnya, haiwan itu akan dile-paskan pemiliknya bermula pukul 9 atau 10 malam sehingga subuh.

“Ada lima ekor kerbau yang dipelihara di kawasan kediaman penduduk berdekatan Lot 3141 Jalan Bukit Lanjan. Kita pernah berjumpa dengan pemiliknya dan surat kompaun juga dikel-uarkan tetapi haiwan itu masih dibela.

“Sejak 2014 lagi pihak persatu-an telah mengutarakan masalah ini kepada Jabatan Kesihatan Parlimen Segambut dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Segambut.

‘‘Namun sehingga kini, mas-alah tersebut tidak dapat diatasi,” katanya kepada Wilayahku ba-ru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, perka-ra berkenaan juga dimaklumkan kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh supaya tindakan penyelesaian dapat dilakukan.

Ujarnya, selepas dimaklumkan, pada 9 Januari lalu, lawatan tapak dilakukan wakil pejabat Ahli Parlimen dan Jabatan Kesihatan namun keadaan tetap berlarutan.

Malah katanya, dua minggu lepas, dia bermesyuarat dengan Jabatan Kesihatan mengenai isu berkenaan tetapi malangnya

haiwan ternakan tersebut masih berkeliaran di kawasan kediaman.

Jelasnya, masalah itu sewajarn-ya diberi perhatian serius kerana dibimbangi mengakibatkan ke-malangan kepada penduduk ser-ta pengguna jalan raya yang lain.

Tambahnya, selain memba-hayakan, kebersihan di kawasan persekitaran perumahan juga di-jejaskan dengan najis kerbau se-lain bau busuk ketika panas.

“Kita sudah dengar banyak ke-jadian kemalangan membabitkan haiwan peliharaan yang berkeli-aran. Harap ia dapat dibasmi bagi mengelakkan kejadian itu ber-laku di Bukit Lanjan,” ujarnya

Masalah kerbau ternakan berkeliaran di Bukit Lanjan

Pemilik ‘pekak telinga’

BeBerAPA ekor kerbau dilihat berkeliaran di tepi jalan di Bukit Lanjan baru-baru ini.

Penduduk Kelompok Cemperling tarik nafas legaKUALA LUMPUr – Penduduk di perumahan Kelompok Ce-mperling A dan B, AU3, Taman Keramat di sini menarik na-fas lega apabila lima batang pokok besar yang be-rusia lebih 30 tahun ditebang Dewan Ban-daraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Setiausaha Persat-uan Penduduk dan Kebajikan Kelompok Cemperling A dan B Kuala Lumpur, Abdul Karim Mokhtar berkata, kes-emua pokok berkenaan dite-bang dalam beberapa siri op-erasi pembersihan.

“Operasi bagi fasa perta-

ma dijadualkan pada 18,19 dan 20 November lalu ber-mula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Penebangan dilaku-kan kontraktor DBKL.

“Bagi fasa kedua pula, penebangan dilakukan di Blok A pada 2 hingga 6 Dis-ember. Sebanyak lima pokok besar ditebang,” katanya kepada Wilayahku ba-ru-baru ini.

Menurut Abdul Karim, susulan operasi pen-ebangan itu, penduduk mengucapkan terima kasih kepada DBKL kerana priha-tin dan membantu menjaga

kemaslahatan di perumahan Kelompok Cemperling A dan B.

Ujarnya, tindakan DBKL juga wajar dipuji kerana men-gurangkan risiko bencana di kawasan rumah.

Sebelum ini, Wilayahku mel-aporkan kebimbangan pen-duduk setempat ekoran beber-apa pokok besar yang berusia lebih 30 tahun tumbuh ber-hampiran rumah penduduk malah lebih tinggi daripada bangunan empat tingkat itu.

Selain itu, keadaan pokok yang semakin tua menye-babkannya mula reput dan menghempap bumbung di kawasan sekitar.

ABDUL KAriM

ABDUL HALiM

Ke mana kita?

4 Januari: Kursus Umrah Percuma 1441H 2019-2020 Tabung Haji Travel PTH di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya (9 pagi - 12 tengahari) Peserta dapat memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan Ibadah Umrah. (PERCUMA) 5 Januari: New Year Heroes Charity Run 2020 di Padang Merbok Kuala Lumpur (6 pagi) 11 Januari: Kelas 20 Jenis Rempah Saudagar Rasa di Rempah dan Pes Saudagar Rasa di Telok Panglima Garang, Selangor (11 pagi) Peserta bakal memperoleh ilmu penghasilanan makanan menggunakan 20 jenis rempah antaranya kerutuk, kuzi, gulai darat dan kari kambing. 11 Januari: JomRun 2nd Year Anniversary Run di Dataran Putrajaya, Putrajaya (7 pagi) 12 Januari: Bubble Milk Color Run 2020 di DPulze Shopping Centre, Cyberjaya (7 pagi) 12 Januari: Mega Run Malaysia di Padang Merbok Kuala Lumpur (6.30 pagi)

3 - 9 JANUARI 2020

OPerASi penebangan pokok-pokok besar dilakukan di Kelompok Chemperling Blok A dan B pada 19 november lalu.

Page 9: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

REALITI KEHIDUPAN

Anzalna mahu buat kemunculan

semula 2020MUKA 16

WILAYAHKU • 3 — 9 JANUARI 2020

Inisiatif Wilayah Peduli HARAPAN DIPENUHI

Page 10: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

3 — 9 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

KEMENTERIAN Wilayah Perseku-tuan (KWP) memandang serius terhadap setiap pencapaian yang

diperoleh sepanjang tahun 2019 terma-suklah agensi-agensi di bawahnya.

Bagi mengukur sejauh mana pelak-sanaan yang telah dilaksanakan serta dirancang, KWP mengambil pendeka-tan dengan membentangkan lapo-ran tahunan bagi memaklumkannya kepada umum.

Awal tahun 2019, KWP telah mel-ancarkan dasar yang dikenali seba-gai Inisiatif Wilayah Peduli, Harapan Dipenuhi yang telah diguna pakai oleh semua agensi di bawahnya.

Dasar ini terbahagi kepada enam paksi utama iaitu Wilayah Bersih, Teras Keselamatan Awam, Pengang-

kutan Awam Efisien, Sosio Ekonomi Mampan, Persekitaran Hijau dan Komuniti Inklusif.

Menurut Menteri Wilayah Perseku-tuan, Khalid Abd. Samad, setiap agensi di bawah kementerian berjaya melak-sanakan setiap program yang diren-canakan dengan jayanya.

WK2UTAMA10 l

Oleh AINI [email protected] NAZIRUL ROSELAN

KWP penuhi Inisiatif Wilayah Peduli Tingkat kualiti kehidupan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Mengkaji semula projek dan kontrak yang meragukan

Penubuhan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP)

Program CSR PPR Anak Angkat Pemaju

Kajian kepada semua 97 transaksi tanah yang mana hasilnya KWP berjaya mendapatkan RM481 juta untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Peranan MPPWP dikemas kini di setiap Kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk mewujudkan komuniti yang inklusif.

Tanggungjawab sosial korporat (CSR) dijalankan yang mana system anak angkat bagi Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh syarikat-syarikat swasta dalam menaik taraf fasiliti yang sedia ada oleh syarikat-syarikat pemaju antaranya pengindahan dan penyelenggaraan.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)

Page 11: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

WILAYAHKU • 3 — 9 JANUARI 2020 WK2UTAMA l 11

Van Wilayah

Akhbar Wilayahku diterbitkan

Pelancongan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020

Beg plastik biodegradasi dan larangan straw plastik

Kemudahan dan kegunaan Van Wilayah dijalankan untuk memberi khidmat kepada penduduk di kawasan-kawasan Parlimen.

Akhbar mingguan untuk warga kota dilancarkan khusus kepada warga wilayah. Kini 50,000 naskah diedarkan setiap minggu termasuklah melalui platform media sosial.

Bajet sebanyak RM4 juta bagi aktiviti promosi dan pengiklanan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai destinasi pelancongan terkemuka di peringkat antarabangsa.

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca (KLWBC 2020). Penekanan diberi kepada persediaan program KLWBC 2020 dengan sambutannya bermula pada 23 April 2020.

Penguatkuasaan sepenuhnya dimulakan pada 1 Januari 2020 demi kelestarian alam dan kesejahteraan penduduk di ibu negara.

Page 12: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

3 — 9 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

Pendemokrasian

WK2UTAMA12 l

Memaksimakan penglibatan Ahli Parlimen pilihan rakyat dalam proses membuat keputusan dan dasar melalui pembentukan Majlis Menteri dan Ahli Parlimen turut dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kecil DBKL.

Memaksimakan penglibatan Ahli Parlimen pilihan rakyat dalam proses membuat keputusan dan dasar melalui pembentukan Majlis Menteri dan Ahli Parlimen turut dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kecil DBKL.

Kajian masalah lalu lintas dan kaedah penyelesaian sedang dilaksanakan serentak dengan kajian draf Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2040.

• Jawatankuasa Kecil Kesenian dan Kebudayaan WP ditubuhkan.

• Diadakan persembahan kesenian yang bersifat ‘membumi’ dengan adanya pertunjukan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) termasuk di Dataran Merdeka. Pementasan teater Uda dan Dara di Padang Merbuk satu usaha yang membanggakan.

• Pemulihan beberapa bangunan warisan dimulakan dengan kerja-kerja baik pulih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad, Panggung Bandaraya dan bangunan berhampiran.

• Pecahkan monopoli orang tengah melalui penyusunan semula Bazar Ramadan dan pasar malam. Perkhidmatan permohonan lessen perniagaan secara dalam talian.

• Dewan-dewan DBKL diserah kembali untuk diurus tadbir oleh DBKL sendiri.

Seminar Membasmi Kemiskinan Bandar telah diadakan pada 5 Disember 2019. Hasilnya dalam masa enam bulan hingga sembilan bulan dari tempoh tersebut, satu Pelan Induk Membasmi Kemiskinan Bandar akan dihasilkan.

Peningkatan kemudahan pengangkutan awam

Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan

Hapuskan Monopoli Basmi Kemiskinan Bandar

TERAS 1

Wilayah Bersih

TERAS 3

Pengangkutan Awam Efisien

TERAS 2

Keselamatan Awam

TERAS 4

Sosio Ekonomi Mampan

TERAS 6

Komuniti Inklusif

TERAS 5

Persekitaran Hijau

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Page 13: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

WILAYAHKU • 3 — 9 JANUARI 2020

Program vibrant Putrajaya

Peningkatan ekonomi sektor pelancongan

Transformasi Hab Halal Labuan

Festival Layang-Layang

Putrajaya Smart City

Blueprint Masyarakat Sejahtera

WK2UTAMA l 13

• Pelaksanaan 212 acara bertaraf antarabangsa dan kebangsaan seperti World Cup FIT Touch, Kejohanan Sukan Air Antarabangsa, Floria DiRaja, Powerman, PIACUFF, LAMPU yang mencatat hamper enam juta pengunjung.

• Pelbagai aktiviti sukan air termasuk Putrajaya Boat Race dan Karnival Sukan Air Putrajaya dalam menjadikan Tasik Putrajaya sebagai pusat sukan air serantau yang terunggul.

• Pertambahan 60 peratus sektor pelancongan berdasarkan maklum balas persatuan dan pemilik hotel di Wilayah Persekutuan Labuan.

• Produk pelancongan diperbanyakkan untuk menarik pengunjung termasuk penyediaan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf Taman Burung Labuan.

• Tapak Hab Halal Labuan dimanfaatkan dengan suntikan pelaburan baharu sebanyak RM60 juta oleh syarikat Nam Cheong Dockyard Sdn. Bhd. menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan industi pembinaan dan penyelenggaraan kapal.

• Bakal menyediakan 1,500 pekerjaan baharu pada awal tahun 2020.

Edisi pertama Festival Layang-Layang Antarabangsa 2019 dengan 34 penyertaan dari luar negara, seperti Jerman, Australia, Jepun, Korea, China, Brunei, Sweden, New Zealand dan lain-lain.

Putrajaya sebagai perintis Smart City dengan adanya Blueprint Smart City merangkumi 93 pelan tindakan. 72 green buildings, Command Centre yang canggih, system OSC 3.0 (inisiatif terbaik sektor awam oleh MPC), bas EV pertama dengan kerjasama NEDO Japan.

• 121 pelan tindakan yang menyasarkan program merakyatkan aktiviti dan program komuniti termasuk 147 program dengan kerjasama penuh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya.

• 38 program kebajikan juga telah memberi manfaat dan menjadi touch point kepada sebilangan besar penduduk Putrajaya.

TERAS 1

Wilayah Bersih

TERAS 3

Pengangkutan Awam Efisien

TERAS 2

Keselamatan Awam

TERAS 4

Sosio Ekonomi Mampan

TERAS 6

Komuniti Inklusif

TERAS 5

Persekitaran Hijau

Perbadanan Putrajaya (PPj)

Perbadanan Labuan

Page 14: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

3 — 9 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

Agenda Smart City

Penubuhan Majlis Negara Taman

Pewartaan Taman

Cukai Petak menggantikan Cukai Tanah

Mempertingkatkan kesukanan dan mutu sukan atlet

Penyediaan Sistem Maklumat Perancangan dan Sistem Sokongan Keputusan Ke arah Big Data iaitu Sistem Maklumat Perancangan Guna Tanah Bersepadu (I-Plan), Sistem Pemantauan Bandar Selamat (iSelamat.my), Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets), Malaysia Urban Observatory (MUO) dan Characteristics of Rural Malaysia System (CHARMs).

Memandu hala tuju pembangunan landskap dan keindahan negara. Matlamat menjadikan Malaysia Negara Taman terindah di dunia diterima sebagai matlamat kebangsaan.

• Taman Awam Persekutuan Bukit Kiara diwartakan (274.313 ekar). Bagi mengekalkan Kawasan hijau.

• Taman Tugu diserahkan kepada Amanah Warisan Negara.

• Mengenal pasti tanah milik PTGWP dan Kerajaan Persekutuan setelah didapati banyak tanah kerajaan diduduki secara mencurigakan. Tindakan secara berperingkat diambil.

• Cukai Petak bukan cukai yang baharu. Kadar cukai berbeza berdasarkan kegunaan, tempoh dan corak pajakan serta keluasan lantai.

• Program sukan peringkat Parlimen dalam mencari dan mengasah bakat baharu Wilayah Persekutuan.

• Memberikan anugerah, pengiktirafan dan sumbangan kepada atlet cemerlang.

PLAN Malaysia

Jabatan Landskap Negara

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWP)

WK2UTAMA14 l

Page 15: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

WILAYAHKU • 3 — 9 JANUARI 2020

LAMP and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019 yang memasuki edisi ke-7 merupakan satu acara

yang dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat untuk berkunjung ke Putrajaya.

Festival ini merupakan acara tahu-nan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember 2019 dan disambut ber-sama dengan ambang tahun baharu 2020.

LAMPU 2019 ini mengangkat tema kepelbagaian etnik dan budaya Malaysia dan bertemakan “Beautiful Malaysia” yang menekankan kepada perpaduan serta menerapkan kepel-bagaian budaya dan etnik seba-gai identiti Malaysia.

Selain itu, melalui pengan-juran ini juga menjadi bukti rakyat berbilang kaum yang datang menyaksikan persem-bahan ini bersama-sama dan menepati konsep LAMPU 2019 ini.

Antara keunikan Lampu 2019 ini, para pengunjung akan disajikan dengan per-sembahan projektor video di fasad Bangunan Istana Ke-hakiman, yang membawakan penceritaan mengenai sejarah daripada Kesultanan Melaka sehing-galah kemodenan yang dikecapi pada hari ini.

Selain itu, festival ini turut menampilkan beberapa tarikan baharu antaranya struktur berbentuk kubah berukuran 20 meter radius dan tinggi

10 meter itu dihiasi pertunjukan visual 360 darjah dengan kesan bunyi yang menarik.

Di dalam kubah tersebut, dipamer-kan pancaran visual dan beberapa permainan yang interaktif serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Antara keunikan Lampu 2019 ini adalah model sebuah rumah tradision-al Melaka dan Kedah yang dicantum-kan menjadi satu binaan yang menarik di Laman Kampung Melayu, selain itu turut diketengahkan China Town Street yang dan Little India Street.

Menariknya, terdapat aktiviti di setiap laman tersebut mengi-kut tradisi dan budaya kaum masing-masing seperti persem-bahan tarian singa, bangra, silat dan zapin pada sepanjang Lampu berlangsung.

Turut diadakan persemba-han kumpulan muzik jalanan, wayang kulit, wayang pacak, pemakan api dan aktiviti kanak-kanak Selain itu, lebih 1,000 menu juadah turut disediakan dengan lebih 100 gerai dibuka kepada pengunjung.

WK2ACARA l 15

LAMPU 2019 tonjol pencapaian MalaysiaLAMPU 2019 tonjol pencapaian MalaysiaOleh AZLAN [email protected] NAZIRUL ROSELAN

PERTUNJUKAN mapping light di bangunan Istana Kehakiman.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang bergambar di sudut The Avatar Garden. INDIAN Walk turut dibina pada Festival LAMPU 2019.

Page 16: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

3 — 9 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

SUDAH agak lama kelibat pelakon wanita jelita ini tidak kelihatan dalam mana-mana

drama mahupun telefilem tempatan. Selepas melahirkan zuriat sulung-nya, Mohamad Eidress pada Mei lalu, Anzalna Nasir dilihat lebih menum-pukan perhatian kepada keluarga.

Namun tatkala ditanya, adakah dia tidak lagi berminat untuk kembali berlakon, wanita kacukan Melayu, Cina, Pakistan dan Bugis ini membe-ritahu, minat lakonannya masih ada dalam diri namun mahu memberikan tumpuan pada keluarga dahulu.

“Alhamdulillah, masih ada penga-rah berminat untuk ambil saya ber-lakon dan peminat pun ada merindui kemunculan saya di kaca televisyen. Terkejut juga kerana selepas saja ha-bis pantang, dalam hari ke-45, saya sudah dihujani tawaran berlakon.

“Apapun, buat masa sekarang, saya masih belum bersedia kerana menjaga sepenuh-nya Eidress tanpa bantuan pembantu. Walaupun kadang-kadang ibu dan mertua datang membantu, saya tetap menjaga sendiri Eidress.

“Kelahiran Eidress adalah anugerah terindah dalam hidup saya, jadi saya kena har-gai apa yang Allah bagi pada saya dan suami. Memang kalau boleh, saya mahu menikmati sebanyak yang boleh momen tumbesarannya sejak dia dilahir-kan,” ujar pelakon berasal dari Pulau Pinang ini.

Ditanya pan-dangannya ten-tang kemunculan bakat baharu dalam dunia seni,

isteri kepada ahli perniagaan, Hanif Zaki ini mengakui tidak pernah be-rasa cemburu atau tergugat dengan kemunculan mereka kerana dia per-caya dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Merancang mahu membuat kemu-nculan semula dalam dunia lakonan pada tahun 2020, buat masa ini, finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini tidak mahu membebankan fikirannya

dengan perkara-perkara nega-tif kerana ingin menjalani ke-hidupannya dengan gembira.

“Sudah tentulah dalam hidup ini, tidak semua per-kara yang kita nak akan dapat. Allah itu maha adil. Jika bukan itu reze-ki kita, pasti ada yang lain Allah akan bagi. Kita perlu percaya de-ngan ketentuan-Nya.

“Walaupun ada ke-tikanya apa yang saya nak tidak dapat, con-tohnya ‘job’ lakonan ke, saya tidak sampai menangis atau me-ngalami kemuru-ngan. Saya anggap itu bukan rezeki saya dan ‘move on’ saja,” ujar Anzalna.

Mengulas tentang komen-komen segelin-tir netizen yang sering menghantui selebriti di media sosial, Anzalna

mengakui ia memang agak menakutkan.

Namun dia ti-dak pernah berasa tertekan kerana dia melayan hal-hal se-begitu kerana baginya hidup ini perlu dike-lilingi dengan perkara positif.

“Tidak dinafikan ada yang mengalami kemu-rungan kerana komen-komen dalam media sosial. Jika ia terjadi, lupakan sahaja kerana bagi saya, kita saja tahu diri kita macam mana,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini, pengikutnya di me-dia sosial sentiasa positif dan dia jarang menerima komen-komen negatif yang membuatnya tertekan.

“Sebab itu, media sosial ini kita perlu gunakan de-ngan cara kebaikan. Jangan tunjuk benda yang boleh buat orang datang pada kita untuk kutuk kita,” ka-tanya.

WK2SELEBRITI16 l

Walaupun ada ketikanya apa

yang saya nak tidak dapat, contohnya ‘job’ lakonan ke, saya tidak sampai menangis atau mengalami kemurungan. Saya anggap itu bukan rezeki saya dan ‘move on’ saja.”

Oleh IBNATIE-AZIZA MAT ROFF

Anzalnamahu buat kemunculan semula 2020

ANZALNA bahagia menikmati momen indah bergelar ibu.

Page 17: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

173 - 9 JANUARI 2020 SANTAI

Tun Jugah kunci penubuhan MalaysiaOleh AZLAN [email protected] NAZIRUL ROSELAN

PENUBUHAN Malaysia kira-ki-ra 57 tahun yang lalu pastinya menjadi rahmat buat generasi

pada hari ini yang menikmati kebe-basan dan kemakmuran bersama.

Jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang berusaha sehingga tertubuhnya Malaysia amatlah diin-gati. Ketabahan pejuang-pejuang tersebut pasti terpateri kukuh dalam lipatan sejarah negara ini.

Berkunjung ke Memorial Negar-awan Tun Temenggong Jugah anak Barieng, tokoh dari Bumi Kenyalang ini membolehkan generasi muda kini menghayati peranan yang telah di-mainkan tokoh tersebut sehingga ter-tubuhnya Malaysia.

Sebagai seorang pemimpin pribumi kaum Iban, Tun Jugah amat dihormati malah turut dilantik sebagai ketua ke-pada kaum tersebut dan diberi gelaran ‘Apai’ atau bapa di dalam bahasa Iban.

Di Memorial yang terletak di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur, potret Tun Jugah memenuhi ruangan hadapan yang membuatkan pengunjung ter-tarik untuk mengenali dengan lebih dekat tokoh ini.

Satu ruangan garis masa dipapar-kan sejarah lengkap mengenai Tun Jugah dan salasilah keluarganya yang amat dihormati oleh kaum Iban.

Walaupun beliau tidak mendapat pendidikan secara formal kerana keti-ka pemerintahan keluarga Brooke ke-tika itu, pendidikan secara formal tidak ditekankan. Namun beliau menimba ilmu daripada ibu bapanya men-genai budaya masyarakat Iban dan mewarisi sifat kepimpinan moyangnya yang juga seorang pahlawan Iban yang disegani pen-duduk peribumi.

Di satu sudut, dipaparkan men-genai penglibatan aktifnya di dalam perbincangan mengenai penubuhan Malaysia. Pada 15 No-vember 1962, beliau berjaya meng-umpulkan 51 ketua kaum Iban dan penghulu di Kapit untuk mendapat persetujuan mereka menyertai Tanah Melayu, Sabah dan Singapu-ra dalam membentuk penggabungan negara menjadi Malaysia.

Di satu ruangan, turut dipaparkan sebahagian koleksi peribadi milik Tun Jugah yang dipelihara sehingga kini antaranya, pedang, cermin mata dan kamera.

Di dalam memorial itu juga, pelbagai

potret dan bahan sejarah yang dipa-parkan di ruangan garis masa berke-naan pembabitan Tun Jugah dari era perjuangan untuk kemerdekaan Sar-awak sehingga ketika beliau dilantik sebagai Menteri Persekutuan.

Selain itu, terdapat sepasang pa-

kaian istiadat milik beliau yang ter-simpan rapi di dalam almari kaca bagi tatapan orang ramai untuk me-ngenali tokoh itu.

Di satu sudut, keratan akhbar dan beberapa foto berkenaan kematian pemimpin masyarakat Iban dipapar-kan sehinggalah kepada perjalanan terakhirnya sebelum disemadikan di Kucamat.

Pada 8 Julai 1981, Tun Jugah meninggal dunia pada usia 78 ta-

hun akibat masalah kesihatan terma-suk penyakit angin ahmar.

Tun Jugah terkenal dengan kata-ka-tanya, “Anang aja Malaysia tu baka tebu, manis di pun, tabar di ujung” yang bermaksud, “Semoga Malay-sia tidak akan berakhir sebagai tebu, manis pada mulanya, tetapi kurang manis pada akhirnya.”

INFO Memorial Negarawan Tun Temenggong Jugah

• Alamat: Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur

• Selasa hingga Khamis: 9 pagi - 5 petang

• Jumaat: 9 pagi - 12 tengah hari

• Sabtu & Ahad : 9 pagi - 5 petang

• Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cauti sekolah): Tutup

• Masuk: Percuma

POTRET Tun Jugah di pintu masuk ke memorial.

RUANGAN dalam memorial yang menempatkan koleksi peribadi Tun Jugah.

KERATAN akhbar berkenaan kematian Tun Jugah.

POTRET Tun Jugah berpakaian istiadat ketika bergelar Menteri Persekutuan Hal Ehwal Sarawak.

ALATAN tradisional kaum Iban turut dipamer.

KOLEKSI peribadi Tun Jugah berupa kaca mata, cermin mata, pedang dan kamera.

Page 18: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

18 3 - 9 JANUARI 2020

Oleh NAZWIN [email protected] NAZIRUL ROSELAN

‘ONE STOP CENTER KELANTAN’. DJJ Restaurant Putrajaya yang dibuka di Presint 15 Diplomatik, Putrajaya me-

rupakan destinasi khusus untuk warga Che Siti Wan Kembang mendapatkan kesemua hidangan dari Kelantan.

Dibuka sejak Ogos 2019, restoran yang memperkenalkan konsep terbu-ka dan suasana dari Negeri Kelantan itu terkenal dengan hidangan Nasi JJ, Nasi Khoumuk dan Nasi Dagang.

Pemiliknya, Datin Syazwani Halim berkata, konsep kedai adalah makanan Kelantan yang mana semua makanan yang dihidangkan adalah kegemaran orang Pantai Timur con-tohnya menu utama, Nasi JJ. 

“Nasi JJ seperti nasi ayam cincang dan sangat terkenal di Kelantan di samping Nasi Dagang Terengganu.

“Untuk pengetahuan semua, Nasi Dagang yang disajikan di sini agak istimewa kerana menggu-nakan kuah yang original Kelan-tan. Kat Kelantan, Nasi Dagang berwarna merah dan putih di-makan bersama kuah kuning tetapi di Terengganu, nasi putih bersama kuah merah. Saya olah mengikut cita rasa sendiri,” katanya kepada Wilayah-ku baru-baru ini.

M e n u r u t Syazwani, hida-ngan lain yang disediakan

bermula pulul 8 pagi sehingga 3.30 petang adalah Nasi Ker-

abu Tumis, Nasi Khoumuk iaitu Nasi Beriani Thailand (hujung minggu sahaja). 

Di samping itu, katanya, roti yang terkenal di Kelan-

tan seperti Baby Bun, Roti Manja atau Roti Titab

turut disediakan di DJJ Restaurant.

Mencerita tentang resipi Kaya yang disediakannya sendiri olehnya, dia berka-ta, kesemua bahan men-tah diperoleh dari Kelantan dan disediakan secara segar yang mana tiada bahan pen-

gawet atau pewarna dimasukkan.

“Semua bahan mentah ter-masuk roti diambil dari Kelantan, kerana saya mahu orang luar khu-susnya mengetahui sua-sana makan di Kelantan.

“Semua yang terke-nal di negeri Che Siti

Wan Kembang akan ada di

sini, bagi

warganya yang tidak berkesemapa-tan balik atau merindui kampung halaman, boleh la datang ke sini dan merasainya,” katanya.

Menurut Syazwani lagi, restorannya turut dibuka sehingga pukul 12 te-ngah malam yang mana, menu siang disediakan bermula pukul 8 pagi se-hingga 3.30 petang.

Katanya, bagi hidangan panas pula, waktu operasi adalah bermula pukul 3.30 petang sehingga 12 tengah malam.

Tambahnya, menu yang mena-rik pada waktu malam adalah Maggi Udang, Maggi Sotong dan Maggi Ke-tam di samping Jus Manja yang baik untuk detoks dan Kopi KB.

MAKAN DI SINI

INFO DJJ Restaurant Putrajaya

• Lokasi: No 8, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

• No Telefon: 019-911 0605

• Waktu operasi: 8 pagi - 12 tengah malam (8 pagi - 3.30 petang: makan siang)(4.30 - 12 malam: masakan panas)

• Facebook/Instagram: DJJ Restaurant Putrajaya

Nostalgia Che Siti Wan Kembang di DJJ Restaurant Putrajaya 

HARTINI melayan pelanggan yang mengunjungi BJJ Restaurant.

HARTINI menunjukkan menu yang terdapat di Bjj Restaurant.

NASI KERABU NASI KAK WOK NASI DAGANG ROTI MANJA

Page 19: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

19BIZ

Ourshop pasarkan produk jenama animasi tempatan itu ke pasaran global

AirAsia bekerjasama dengan Ejen AliKUALA LUMPUR –

Syarikat penerban-gan tambang murah,

AirAsia melalui platform e-dagangnya, Ourshop.com menjalinkan usaha sama dengan jenama Ejen Ali bagi mengetengahkan barangan keluaran terki-ninya untuk membawa jenama tempatan itu ke peringkat global.

Ketua Pegawai Ekse-kutif Ourshop, Lalitha Sivanaser berkata, Ejen Ali mempunyai pengikut yang ramai dalam segmen keluarga AirAsia yang pasti akan memperoleh manfaat daripada tawaran istimewa ke atas penjual-an barangannya menerusi platform itu.

“Kami memang meng-utamakan perniagaan

jenama tempatan di per-ingkat global menerusi Ourshop. Peminat dari seluruh dunia tidak lama lagi akan memiliki baran-gan Ejen Ali yang menjadi kegemaran mereka dihan-tarkan ke rumah walau di mana mereka berada,” kata nya kepada pember-ita selepas mengumum-kan kerjasama itu di kedai sementara pertama Our-shop di Lot 10, Bukit Bin-tang di sini baru-baru ini.

Peminat Ejen Ali boleh membeli barangan, ter-masuk skuter bergaya, walkie-talkie, barangan terkini kembali ke sekolah serta buku komik rasmi Ejen Ali The Movie dalam kuantiti terhad, sama ada di kedai sementara atau di laman web Ourshop.

Hadir sama Ketua Pega-wai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar dan Presiden Redbeat Ventures AirAsia, Aireen Omar.

Filem Ejen Ali The Mov-ie baru-baru ini mencipta fenomena dalam kalan-gan peminat animasi tem-patan apabila Primeworks Studio mengumumkan filem animasi itu meng-utip lebih RM28.5 juta di pawagam sejak ditayang-kan pada 28 November lepas di Malaysia, Sin-gapura dan Brunei.

Filem tersebut juga bakal ditayangkan di pawagam Indonesia ber-mula 1 Januari 2020 dan kisah animasi itu sedia untuk menembusi negara ASEAN yang lain.

Mr. DIY raikan pembukaan kedai ke-1,000 di Asia

Tingkat hubungan jaringan, dagang usahawan ASEAN

KUALA LUMPUR – Pe-runcit perkakasan rumah terbesar Malaysia, Mr. DIY Group (M) Bhd. (Mr. DIY) meraikan pembukaan premisnya yang ke-1,000 di Asia dengan menawar-kan diskaun khas selama tujuh hari di semua kedai di seluruh negara.

Naib Presiden P e m a s a r a n n y a , Andy Chin ber-kata, diskaun 10 dan sehingga 30 peratus untuk ba-rangan dengan tag merah terpakai untuk produk yang dijual di Mr. DIY dan Mr. TOY mulai 1 hingga 7 Januari.

Pelanggan layak me-nikmati diskaun di ma-na-mana kedai Mr. DIY di seluruh negara atau se-cara dalam talian ke atas lebih 14,000 produk dalam pelbagai kategori seperti perkakasan, barangan ke-diaman, elektrik, aksesori kereta, alat tulis dan su-kan.

‘’Kami akan terus me-ngekal kan slogan ‘Harga Sentiasa Rendah’ yang membuktikan komitmen kami untuk menawar-kan pelanggan produk berkualiti pada harga mampu milik.

“Promosi diskaun tujuh hari istimewa itu merupakan cara kami untuk meng-hargai pelanggan, berterima kasih kepada pelanggan kerana menjadikan kami sebagai pe-

runcit perkaksan rumah kegemaran mereka,” kata-nya dalam satu kenyataan.

Mr. DIY baru-baru ini membuka kedai ke-1,000 di Asia di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.

Sempena sambutan ke-dai ke-1,000 di Asia, syari-kat tersebut menganjur-kan pelbagai promosi dari 3 Januari (Jumaat) hingga 5 Januari (Ahad) di pusat beli belah AEON Mall Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Dewan Perdagangan ASEAN mahu kerajaan memberikan per-hatian kepada sektor min-yak, tekstil, perladangan dan makanan bagi memantapkan pasaran usahawan tempatan di rantau ini.

Presiden Dewan Perdagan-gan ASEAN, Datuk Moeha-mad Izat Emir berkata, perk-ara tersebut telah dinyatakan kepada pihak Menteri Kewan-gan, Lim Guan Eng dalam satu pertemuan dengan beli-au di Putrajaya baru-baru ini.

“Perjumpaan bersama Menteri Kewangan dilakukan bagi memastikan kemajuan perdagangan negara ini. Kita telah diberi pelbagai tunjuk ajar dengan jelas berhubung hala tuju untuk memantap-kan kredibiliti usahawan tem-patan sehingga ke peringkat ASEAN.

“Dewan Perdagangan ASE-AN akan mengatur langkah lebih luas untuk mengadakan beberapa siri lawatan ke neg-ara-negara ASEAN bagi me-mantapkan interaksi perniag-

aan,” katanya.Turut hadir dalam sesi per-

temuan tersebut ialah Presi-den MOFAZ Group, Mohamed Fauzy Abdul Hamid yang juga Pengerusi Kerjasama antara International Association of Is-lamic Business (IAIB) yang me-wakili Dewan Perdagangan ASEAN dan Ahli Jawatankuasa ASEAN, Datuk Tan Choon Hwa merangkap Pengerusi Biro Pelaburan dan Hartanah.

Moehamad Izat member-itahu, Dewan Perdagangan ASEAN yang kini berusia dua tahun telah mengadakan la-

watan misi dagang ke luar negara antaranya Jakarta dan Pekan Baru, Indonesia, Rusia, Kazakhstan serta Qatar.

“Menerusi lawatan ke Ja-karta, pihak kami telah men-emui Gabenor Jakarta, Anies Baswedan untuk rapatkan hubungan perdagangan den-gan pedagang di Jakarta.

“Ramai pedagang Qatar juga ingin bekerjasama den-gan pihak kami. Qatar telah calonkan Naluri Alam untuk mengaturkan gabungan ker-jasama pedagang Malaysia dan Qatar,” jelasnya.

AIREEN (baris kedua, kiri) bersama Ahmad Izham dan Lalitha pada majlis pelancaran Ejen Ali Misi: Ourshop bersama AirAsia di Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

GUAN ENG bergambar dengan Moehamad Izat (dua dari kiri) dan ang-gota Dewan Perdagangan ASEAN di Putrajaya baru-baru ini.

3 - 9 JANUARI 2020

Page 20: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

20 KOMUNITI

SYIAR. Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya berjaya menubuhkan sebuah koperasi yang dikenali Koperasi Kariah Surau Al-Furqan Putrajaya Bhd. (Kosaf).

Didaftarkan mengikut Akta Koperasi 1993, Kosaf yang merupakan koperasi masjid atau surau pertama di Putrajaya bertujuan mewujudkan semangat bekerjasama dalam kalangan jemaah.

Penubuhan koperasi itu membolehkan Surau Al-Furqan dijadikan

pusat menjana ekonomi umat Islam serta pembangunan aset atau dana yang milik surau untuk manfaat para jemaah.

Pada 22 Disember lalu, Kosaf mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ketiga di Bayu Lounge

Kelab Tasik, Putrajaya. Kini Kosaf mempunyai 133 ahli

dengan menjalankan perniagaan seperti Al-Furqan Minimart, jualan air mineral jenama Al-Furqan, Kafe Al-Furqan, jualan sarapan pagi dan perkhidmatan katering.

Program kepimpinan Permata rapatkan ukhuwahUKHWAH. Bagi beramah mesra dan merapatkan silaturahim antara mahasiswa Terengganu seluruh Universiti Teknologi Mara (UiTM), satu program Permata Leadership and Team-

Building dianjurkan pada 7 Disember lalu di Padang Seroja, UiTM Shah Alam, Selangor.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) UiTM itu dirasmikan

Pegawai Sekretariat Permata Zon Tengah, Mohamad Aswat Shamsudin.

Bertemakan “Back to School’s Sports Day”, program sehari itu berlangsung dengan

meriah menerusi beberapa acara antaranya sukaneka, cabutan bertuah dan barbeku.

Program tersebut disertai 100 peserta terdiri daripada wakil Permata Universiti

Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), mahasiswa UiTM kelahiran Terengganu dan mahasiswa UiTM Shah Alam.

P EMBACA Wilayahku boleh kongsikan foto-fo-to dan aktiviti menarik untuk siaran ruangan

ini. Hantarkan e-emel foto berserta keterangan mengenai aktiviti atau program tersebut ke-pada kami di [email protected].

Lampirkan juga nama pengirim dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya perlu.

komuniti

DANA. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin baru-baru ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Yayasan Amanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Khalid Al-Walid, Kuala Lumpur.

Yayasan itu diwujudkan bagi menyalurkan dana secara efektif bagi manfaat warga ATM.

Sehingga 27 Disember lalu, sumbangan yang diterima Tabung Yayasan ATM adalah RM1.18 juta.

Turut memberikan sumbangan sempena majlis itu ialah Markas ATM,

ketiga-tiga cabang ATM; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amanah ATM; Koperasi Tentera; Tabung Zakat ATM; SCS Sdn. Bhd. dan Sapura Secured Technologies.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Kamalruzaman Mohd. Othman dan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Mejar Jeneral Kamarudin Mamat.

Tabung Yayasan ATM bantu warga tentera

AHLI Kosaf bergambar kenangan selepas mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ketiga di Bayu Lounge Kelab Tasik, Putrajaya baru-baru ini.

Kosaf wujud semangat kerjasama antara jemaah

ZULKIFLI menandatangani plak pelancaran Yayasan Amanah ATM di Dewan Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PESERTA Permata Leadership and Team-Building bergambar sele-pas mengikuti program itu di UiTM, Shah Alam baru-baru ini.

3 - 9 JANUARI 2020

Page 21: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

Oleh MD. KHAIRUL AZAD YUNUS

LABUAN – Program Ba-himpon Jasa Bakanang anjuran Biro Wanita

Persatuan Kadayan Labuan (Wakal) menyajikan keunikan tradisi dan budaya suku kaum Kedayan di pulau ini.

Ketuanya, Zurinah Ma-tali, berkata, Bahimpon Jasa Bakanang diisi dengan pertandingan Kubamban (bu-sana) etnik Kedayan Labuan bagi kategori Alai Kapoo (12 tahun ke bawah), kategori Indong Kapoo (dewasa dan ibu-ibu) dan kategori Kapala Kapoo (remaja).

‘‘Kita juga mengadakan pertandingan menghias bun-ga telur dahulu kala, gubahan hanjalai pinglas serta persem-bahan bamukun oleh kumpu-lan Watan Labuan yang diang-

gotai golongan belia Kedayan.“Selain itu, kita boleh mem-

promosikan Tamu Bukit Kuda sebagai pusat pengumpu-lan dan jualan hasil tani serta produk kampung sekali gus mengeratkan hubungan sira-turahim antara warga kam-pung yang terdiri daripada pelbagai etnik di Labuan se-lain menaikkan taraf ekonomi warga kampung,” kata nya.

Katanya, acara santai per-tama kali itu dianjurkan bagi mengenang jasa ahli-ahli persatuan yang berjaya me-melihara serta membawa nama etnik kedayan dan Wilayah Persekutuan Labuan ke seluruh kepulauan Bor-neo demi memelihara legasi turun temurun khazanah pu-saka melalui konsep padian (saudara) dalam rumpun etnik Kedayan.

Sementara itu, Ahli Parli-men Labuan, Datuk Rozman Isli yang juga Yang Dipertua Wakal berkata, program terse-but amat baik dijadikan tari-kan pelancong ke Labuan.

“Saya harap Wakal dapat menjalankan pelbagai pro-gram sebegini sebagai salah

satu tarikan utama pelancong ke Labuan terutama pada Ta-hun Melawat Malaysia 2020 seperti acara ‘Makan Tahun’ yang menjadi majlis tahunan bagi masyarakat Kedayan di tempat lain seperti di Sarawak, Sabah dan Brunei.

“Kita mampu menarik pe-

lancong tempatan dan luar jika ‘Makan Tahun’ dapat kita laksanakan dengan pelbagai pengisian atau pertandingan berasaskan tradisi suku kaum Kedayan,’’ katanya.

Beliau turut berharap ada penyelidikan atau penulisan mengenai keunikan suku kaum Kedayan di Labuan.

“Kita perlu ada penulisan berbentuk kajian terhadap ke-budayaan atau tradisi Kedayan agar ia boleh menjadi rujukan akademik mahupun sebagai rujukan pelancong lebih-le-bih lagi apabila kita menuju ke zaman moden kini,” jelasnya.

Program itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan, Simsudin Sidek dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kam-pung Bukit Kuda, Omar Tang-kim.

Oleh AZLAN [email protected]

LABUAN – Fiesta Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Labuan yang berlangsung di Ujana Ke-wangan di sini baru-baru ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan usahawan-usahawan AIM yang mempunyai produk sendiri.

Pengerusi Kelab Sahabat AIM Blok Labuan, Marianah Tompil, 43, berkata, pro-gram fiesta julung-julung kali di adakan itu mengum-pulkan Sahabat Usahawan AIM dari 26 buah Pusat AIM dari seluruh Labuan dengan kehadiran 300 Sahabat AIM.

“Program itu juga mem-berikan peluang kepada Sahabat AIM yang mempu-nyai produk sendiri untuk dipasarkan kepada orang ramai.” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Ujar Marianah, program ini dapat mengasah bakat menjual dalam kalangan Sahabat AIM dan mening-katkan kemahiran dalam perniagaan.

“Ia juga dapat me rapatkan ukhuwah dalam kalangan Sahabat AIM dan menyemai sikap bantu-membantu dan seterus nya meningkatkan sosio ekonomi mereka yang rata-rata merupakan golo-ngan B40,’’ katanya.

Marianah berkata, pro-gram siri jelajah itu juga bertujuan mempromosikan peranan dan perkhidmatan AIM kepada golongan B40.

“Produk yang ditawar-kan AIM amat sesuai untuk golongan wanita dan suri rumah untuk memulakan perniagaan.

“Para peserta akan diberi

pinjaman modal perniaga-an bawah RM3,000 dan sekiranya dapat membayar pinjaman mengikut ja dual, mereka boleh mening-katkan jumlah pinjaman mengikut kemajuan perni-agaan masing-masing se-cara berperingkat,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang merasmi-kan program itu berkata, skim pinjaman mikro yang disediakan oleh kerajaan bertujuan untuk mera-maikan dan membangun-kan usahawan kecil teruta-ma kaum wanita.

21KHABAR LABUAN

Fiesta Sahabat AIM bantu perkenal produk usahawan

Wakal anjur program Bahimpon Jasa Bakanang

Pamer adat, tradisi suku Kedayan

ROZMAN merasmikan Fiesta Sahabat AIM 2019 di Ujana Kewangan baru-baru ini. Turut kelihatan Marianah (kiri). Warga Bukit Kuda terima

cermin mata percumaLABUAN - Seramai 48 orang warga Kampung Bukit Kuda dan kampung-kampung berdekatan menerima cermin mata secara percuma dalam satu majlis anju-ran Spectruck Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Wilayah Perse-kutuan (YWP) serta Perbadanan Labuan yang diadakan di Balai Raya Bukit Kuda baru-baru ini.

Pakar Optik, Mohammad Halyasri Mohd. Yassim yang ter-libat secara langsung dalam pro-gram ini berkata, pemeriksaan dan pemberian cermin mata dilakukan secara percuma kepada

pelajar dan warga emas di seluruh Labuan.

Ujarnya, program itu bertujuan untuk meringankan beban perbe-lanjaan keluarga serta meningkat-kan kualiti hidup pelajar.

“Di samping itu, program ini dapat membantu warga emas memperoleh penglihatan yang lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, warga Kam-pung Bukit Kuda berharap bantuan seperti itu akan terus dilaksanakan setiap tahun seja-jar dengan slogan ‘Mataku, Hara-panku’.

PESERTA Kubamban Indong Kapoo memperagakan busana etnik Kedayan pada program Bahimpon Jasa Bakanang di Kampung Bukit Kuda baru-baru ini.

SALAH seorang penduduk Bukit Kuda, Mustaffa Tangkim gembira mendapat pemeriksaan dan cermin mata percuma.

3 - 9 JANUARI 2020

Page 22: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

KUALA LUMPUR – Pengu-rusan tertinggi pasukan The City Boys, Kuala Lumpur FA (KLFA) menetapkan sasaran menyertai Liga Super 2021 menjelang saingan Liga Per-dana musim hadapan. Pengendali baharu KLFA, Nidzam Adzha Yusof dilihat mempunyai misi jelas bagi musim depan iaitu mengem-balikan kegemila ngan skuad warga kota itu dalam kancah bola sepak negara.

Beliau juga optimis mahu kembali ke saingan Liga Su-per apabila membawa masuk 16 muka baharu bagi mem-perkuatkan pasukan. Antara nama-nama besar yang di-bawa masuk adalah S. Sub-ramaniam, Akram Mahinan, Fandi Ahmad dan juga perta-hanan kental, Shukor Adan.

Menurut Nidzam Adzha, dia yakin dengan pemain-pe-main sedia ada dan sasaran yang diletakkan pihak pen-gurusan mampu direali-sasikan pemain-pemain.

“Saya sejujurnya enggan terburu-buru dalam pemi-lihan pemain import dan ketika ini hanya Paulo Jos-ue sahaja yang dikekalkan,” ujarnya.

Dalam masa sama, pihak pengurusan juga sedang

dalam perancangan untuk mengadakan jelajah pra-musim bagi mempersiapkan pasukan sebelum bermu-lanya saingan Liga Perdana musim hadapan.

“Kita akan mula mengada-kan perlawanan persahabat-an pada Januari nanti dan pihak pengurusan juga se-dang merancang jelajah pra-musim pada penghujung Januari yang berkemung-kinan besar di Vietnam atau Korea Selatan,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan baharu KLFA, S. Subramaniam yang mempu-

nyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak Malaysia turut berasa teruja dengan persiapan pasukan bahar-unya dan mengakui saingan amat sengit dalam perebutan kesebelasan utama pasukan.

“Terdapat dua pemain ber-pengalaman dalam pasukan iaitu Shukor Adan dan Indra Putra Mahyuddin. Mereka yang akan menjadi penanda aras buat semua pemain.

“Saya sendiri memandang tinggi kemampuan mere-ka kerana prestasi yang di-tampilkan sangat baik dan harus dicontohi,” katanya.

Oleh MUHAMAD NABEEL [email protected]

KUALA LUMPUR – Ce-merlang! Itu gred yang diberikan kepada skuad

silat negara sebelum melabuh tirai 2019 apabila berjaya mer-angkul emas, lapan perak dan lapan gangsa dalam Kejohan-an Silat Asia Edisi ke-5 di Yanji, China pada 26 hingga 29 Dis-ember lalu.

Setiausaha Agung Perseku-tuan Silat Kebangsaan Malay-sia (Pesaka), Datuk Megat Zu-lkarnain Omardin nyata amat berbangga dengan kejayaan pesilat negara dalam Kejo-hanan Asia kali ini walaupun menyedari mereka terpaksa bertarung dalam cuaca sejuk

yang mencecah hampir 15 dar-jah selsius.

“Kejayaan ini merupakan satu perkara yang dibangga-kan kerana empat daripada 10 pesilat yang mara ke peringkat akhir berjaya menggenggam emas.

“Saya turut mengingatkan pesilat negara agar tidak leka dengan kejayaan ini meman-dangkan banyak lagi kelema-han yang perlu diperbaiki bagi menghadapi kejohanan pada tahun hadapan,” ujarnya.

Selain memuji aksi ce-merlang bekas juara dunia, Mohd. Al-Jufferi yang sentiasa memberikan aksi konsisten dalam saingan antarabangsa, beliau turut memuji semangat luar biasa yang dipamerkan

beberapa pesilat negara kera-na berjaya menewaskan lawan yang lebih berpengalaman dari skuad Vietnam dan Thai-land.

“Saya turut berbangga den-gan persembahan yang dipa-

merkan Muhammad Robial kerana berupaya menunduk-kan pesilat berpengalaman dari Singapura, Sheik Ferdous Sheik Alauddin,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Al-Jufferi Jamari mengetuai senarai

penyumbang emas dalam kejohanan tersebut apabila menewaskan lawannya da-lam kategori Putera E 65-70 kilogram diikuti Mohamad Hazim Amzad (Putera C 55-60 kilogram), Muhammad Robial Sobri (Putera I 85-90 kilogram) serta gandingan Nor Hamizah Abu Hassan dan Nur Syazreen Abdul Malek dalam acara silat seni ganda puteri.

Skuad silat negara akan ter-us menjalani latihan seperti biasa bagi menghadapi tiga kejohanan besar antarabangsa pada tahun hadapan iaitu Kejo-hanan Silat Terbuka Uzbekistan di Tashkent pada Januari, Kejo-hanan Empat Negara di Kuala Lumpur (Febuari) dan Kejohan-an Silat Terbuka Belgium (Mac).

22 SUKAN

Tutup tirai 2019 dengan cemerlang

KLFA diperkuat dengan 16 muka baharu

Skuad silat cipta kejayaan di Kejohanan Silat Asia ke-5 di Yanji, China

PASUKAN silat negara cipta rekod membanggakan di Yanji, China.

Impian Khatul AnuarCEMERLANG. Penjaga gol Khatul Anuar Md. Jalil merupa-kan antara pemain yang akan kembali menyarung jersi skuad The City Boys, Kuala Lumpur FA (KLFA) dalam saingan Liga Perdana bagi musim 2020 sekali gus turut sama bekerja keras dalam misi kembali ke Liga Super 2021.

Selepas mencipta rekod meyakinkan ketika dipinjamkan ke UKM FC musim lalu sehingga dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam final Kejo-hanan Piala Cabaran, dia lantas yakin dengan kelebihan yang dimiliki untuk bersaing dengan penjaga gol berpengalaman,

Zamir Selamat.Peluang beraksi yang sangat

banyak ketika mewakili UKM FC sedikit sebanyak membantu dir-inya memperbaiki dan menyer-lahkan potensi sebagai penjaga gol muda.

Khatul Anuar merupakan sebahagian anggota pasukan KLFA yang menjuarai Liga Perdana pada musim 2017 dan dinaikkan ke Liga Super musim 2018 sebelum dipinjamkan ke UKM FC kerana lambakan penjaga gol di dalam skuad itu pada musim 2018 yang kemu-diannya menyaksikan KLFA tersingkir semula ke saingan Liga Perdana.

KELINCAHAN Khatul Anuar membuka mata banyak pihak.

THE City Boys dilihat bakal bersinar dalam kancah arena bola sepak tempatan. Gambar kecil: Nidzam Adzha.

3 - 9 JANUARI 2020

Page 23: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

23SUKAN

Kunci kejayaan Khuzairi AzimLatihan ketat setiap minggu, joging sejauh 10km untuk stamina

Oleh AINI [email protected] NAZIRUL ROSELAN

BIARPUN baru berusia 18 tahun namun pen-capaian atlet Wilayah

Persekutuan, Khuzairi Azim Mohd. Kamal dalam sukan Muay Thai dilihat semakin menyerlah.

Pernah menyandang gelaran juara sebanyak dua kali dalam Kejohanan Muay Thai Junior Kebang-saan pada 2017 dan 2019, aksi ‘ganas’ Khuzairi ketika di gelanggang sering mencuri perhatian penonton.

Bakal beraksi dalam Kejo-hanan Kuda Merah di S t a d i u m Titiwang-sa, Kuala L u m p u r F e b u a r i i n i , dia kini se-dang giat menjalani latihan lima kali sem-inggu.

“Setiap hari saya akan memperun-tukkan masa lebih kurang empat jam untuk menjalani lati-han. Itu penting bagi

membolehkan saya mencapai kejayaan yang diidamkan.

“Jika tidak terlibat dalam latihan, saya akan berjoging sejauh 10 kilometer pada sebelah pagi dan petang. Ia membantu menguatkan

stamina ketika berla-wan,” ujarnya.

K a t a n y a lagi, dia juga banyak menghabis-kan masa dengan me-lakukan lati-

han menggu-nakan beg tinju

(pun ching bag) bagi menam-bah kecergasan mental dan fizikal.

“Teknik tumbukan dan ha-dangan terhadap lawan mer-upakan perkara paling sukar dilakukan. Ia memerlukan latihan yang konsisten.

“Paling penting, jangan sesakali putus asa jika ber-depan dengan kekalahan. Jadikan ia pengalaman yang berharga untuk memperbaiki kekurangan diri,” ujarnya.

Berpandangan jauh, dia bertekad mahu bergelar pen-inju Muay Thai profesional dan disegani di peringkat an-tarabangsa seperti lagenda peninju dari Thailand, Buak-aw Banchamek.

“Saya cuba untuk mel-akukan rutin latihan seperti yang pernah dilakukan beliau dan memperbaiki diri sedikit demi sedikit supaya menjadi ganas dan padu.

“Sama seperti beliau, saya cuba menjalani latihan yang mengandungi 15 pusin-gan dengan beg tinju yang menumpukan kestabilan ser-ta kekuatan dan sparing,” ujar peninju muda berasal dari Kuala Lumpur ini.

Berkongsi kenangan man-is dalam sukan Muay Thai, menurutnya, dia tidak dapat melupakan saat pertama kali beraksi dalam gelanggang

ketika berumur 13 tahun.

BakatMula berjinak dalam su-

kan Muay Thai ketika usia 10 tahun, bakatnya dalam seni mempertahankan diri mula dikenal pasti bapa saudaranya.

“Ketika itu, dia bawa saya menyaksikan kejohanan an-juran kuda merah. Dia juga orang pertama yang melihat minat tersebut dalam diri saya,” ujarnya.

Tambah pelajar jurusan Di-ploma Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini lagi, dia bertuah kerana ibu dan ayahnya turut menyokong.

“Saya akan teruskan sukan ini dan dalam masa terdekat mengimpikan untuk berak-si pada Kejohanan Remaja

Dunia Muay Thai Persekutuan Antarabangsa Muay Thai Am-atur (IFMA),” ujar anak ketiga daripada enam orang adik beradik ini.

Kejohanan Muay Thai Junior Kebangsaan 2019, Seri Kembangan (Juara)Kejohanan Pelapis 2019, Seri Kembangan (Juara)Kejohanan Kuda Merah 2019, Stadium Titiwangsa (Juara)Kejohanan Riverside, Melaka, 2019 (Juara)Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Perak (Naib Juara)Kejohanan Muay Thai Junior Kebangsaan 2017, USJ, Subang (Juara)

Pencapaian Khuzairi AzimInfo

Empat pemain cilik bola sepak terbang ke luar negara PUTRAJAYA – Selepas men-yambung kontrak penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, Kelab Bola Sepak Fagiano Okaya-ma berhasrat mem-bawa empat orang pemain cilik negara untuk menjalani la-tihan bersama kelab tersebut di Okayama, Jepun.

Pemilihan em-pat pemain terbaik negara bawah 12 tahun ini diada-kan melalui program Klinik Bola Sepak Akar Umbi Fagia-no Okayama yang diadakan di empat lokasi utama iaitu

Stadium Batu Kawan, Pu-lau Pinang; Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bha-ru, Kelantan; Padang Majlis

Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Stadium Hang Tuah, Melaka yang bermula 21 hingga 27 Disember lalu.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hi-roshi Hamada yang

juga merupakan penganjur bersama program ini menyi-fatkan sambutan yang diter-ima daripada orang ramai sangat menggalakkan.

“Sambutan yang diteri-

ma cukup menggalakkan yang mana lebih 1,000 orang dari seluruh negara telah mendaftar bagi menyer-tai program ini. Pun begitu, kami hanya mengambil 200 orang di setiap lokasi.

“Saya lihat pemain cilik negara ini mempunyai bakat yang tinggi. Perkara ini turut diakui jurulatih-jurulatih dari kelab Fagiano Okayama yang mana mereka melihat bakat peserta boleh diketengah-

kan di setiap lokasi,” ujarnya. Pihak Yakult Malaysia juga

akan menaja empat pemain terbaik yang dipilih di setiap lokasi bagi menjalani lati-han bersama Kelab Fagiano Okayama pada Mac ini.

HIROSHI SEBAHAGIAN pemain cilik yang hadir menyertai ujibakat Klinik Bola Sepak Akar Umbi Fagiano Okayama.

KHUZAIRI (kanan) memberi sepenuh perhatian ketika di gelanggang.

3 - 9 JANUARI 2020

Page 24: Selamat Datang3-9)Januari_2020.pdfpemudi tiang negara. Dek kerana itu, sempena tahun 2020, negara berhasrat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bijak mencorak masa hadapan

8

8-16

8

29