pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/pnchim.doc · web viewperbincangan...

27
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BIL. 2/2015 PENOLONG NAIB CANSELOR (HUBUNGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT) LAPORAN BULAN MAC DAN APRIL 2015 PEJ. PENOLONG NAIB CANSELOR (HIM) Bi l. Tarikh Aktiviti Penglibatan (Pelajar/Staf/Orang Awam dan sebagainya) 1. 15 Mac 2015 (Ahad) Pertemuan DwiMingguan Eksekutif dan Pengurusan Tertinggi UTHM bil. 2/2015 Pertemuan membincangkan hal-hal pentadbiran Universiti dan setiap PTj yang hadir akan membentangkan laporan aktiviti masing-masing untuk makluman semua ahli. Pertemuan di adakan di Blk Mesy Eksekutif, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang pegawai terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Pengarah Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan, Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti, Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat NC, Pengarah Urusan UTHM Holdings Sdn Bhd dan Timbalan Pendaftar. 2. 15 Mac 2015 (Ahad) Pertemuan bersama Pengarah IKWAS Institut Tadbiran Awam Cawangan Kluang membincangkan untuk mengadakan MoU bersama IKWAS. Hal utama yang Pertemuan bersama Pengarah IKWAS Cawangan Kluang dengan wakil dari UTHM iaitu Prof. Dato’ Dr. Abdul Razak bin Haji Omar, Prof. Madya Dr 1

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BIL. 2/2015PENOLONG NAIB CANSELOR (HUBUNGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

LAPORAN BULAN MAC DAN APRIL 2015PEJ. PENOLONG NAIB CANSELOR (HIM)

Bil.

Tarikh Aktiviti Penglibatan (Pelajar/Staf/Orang Awam dan sebagainya)

1. 15 Mac 2015 (Ahad) Pertemuan DwiMingguan Eksekutif dan Pengurusan Tertinggi UTHM bil. 2/2015

Pertemuan membincangkan hal-hal pentadbiran Universiti dan setiap PTj yang hadir akan membentangkan laporan aktiviti masing-masing untuk makluman semua ahli. Pertemuan di

adakan di Blk Mesy Eksekutif, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang pegawai terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Pengarah Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan, Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti, Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat NC, Pengarah Urusan UTHM Holdings Sdn Bhd dan Timbalan Pendaftar.

2. 15 Mac 2015 (Ahad) Pertemuan bersama Pengarah IKWAS Institut Tadbiran Awam Cawangan Kluang membincangkan untuk mengadakan MoU

bersama IKWAS. Hal utama yang dibincangkan ialah kerjasama mewujudkan Diploma Pentadbiran Awam di antara UTHM &

IKWAS. Pertemuan diadakan di IKWAS, Kluang.

Pertemuan bersama Pengarah IKWAS Cawangan Kluang dengan wakil dari UTHM iaitu Prof. Dato’ Dr. Abdul Razak bin Haji Omar, Prof. Madya Dr David Martin dari FPTP, Puan Hatijah binti Basri dari FSTPi, Dr. Rosmaini bin Tasmin, Encik Hairul Nizat bin Md Siban, Penolong Pendaftar Kanan dari Pejabat Pendaftar dan Encik Abd. Hamid bin Yusof

3. 16, 17 & 18 Mac 2015

(Isnin, Selasa & Rabu)

Pembentangan Kajian Semula KPI mengikut Fakulti/Bahagian/Pejabat bertempat pembentangan ialah di Blk Mesy Eksekutif, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Pembentangan dari PNC (HIM) adalah pada 17 Mac 2015. Disertai oleh Dr. Rosmaini bin Tasmin, PM Kamarudin bin Khalid, Encik Abd Hamid bin Yusof dan Puan Hidayawati binti Ahmad. Taklimat berakhir pada jam 8.30 malam.

1

Page 2: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

4.

18 Mac 2015

(Rabu) Mesy Berkenaan Pembangunan Teknologi Hijau. Perbincangan bersama Encik Nik Ahmad Faizul bin Abd Malek, Timbalan Presiden, Malaysian Industry-Government Group for High Technology berkenaan pembangunan teknologi hijau yang diadakan di UTHM Kampus Pagoh

Antara ahli mesyuarat yang hadir ialah Dr. Rosmaini bin Tasmin, Encik Zaifazol bin Said, Dr. Nor Azizi bin Yusof dari Pusat Pendidikan Berterusan, Dr Nik Hisyamuddin bin Muhd Nor dari Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan, Dr. Ng Kim Soon dan Puan Hidayawati binti Ahmad.

5. 21-22 Mac 2015

(Sabtu & Ahad)

Kursus Pengendalian KgStay & HomeStay . Kursus ini dihadiri oleh lebih kurang 36 orang peserta luar. Kursus dijalankan di Homestay Parit Bugis, Parit Yusof, Muar. Pengisian kursus disampaikan oleh Tuan Syed Shikh bin Syed A. Kadir dari Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru. Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Razak bin Haji Omar, PNCHIM.

36 orang peserta luar daerah Pagoh

6. 21 & 22 Mac 2015

(Sabtu & Ahad)

Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 Zon 6 Negeri Johor. Majlis ini dihadiri oleh PNC(HIM) untuk majlis perasmiannya pada 21 Mac 2015. Program dirasmikan oleh Puan Mazula binti Sabudin, Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM merangkap ahli LPU UTHM.

Penolong Naib Canselor (HIM)

7. 22 Mac 2015

(Ahad)

Taklimat perkembangan Geoportal bersama Gates IT. Taklimat disampaikan oleh wakil dari Gates IT, Encik Mohd Tarmizi bin Ahmad Nizam dan Mohd Al Hadi Ali Akhbar akan perkembangan projek Geoportal. Taklimat disampaikan di UTHM Kampus Pagoh.

Penolong Naib Canselor (HIM)

2

Page 3: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

8. 23 Mac 2015

(Isnin)

Mesy. JK Kerja Jaringan Industri & Korporat bil. 2/2015 Mesyuarat diadakan di Anjung UniMAP Kuala Lumpur. Dihadiri oleh PNCHIM bersama Encik Zaifazol bin Said.

9 25 Mac 2015

(Rabu)

Mesy Bengkel Pra SKT 2015 Pej PNCHIM. Pra perbincangan diadakan di Bilik Jamuan, PKSK membincangkan akan proses kerja, carta organisasi, norma kerja dan SKT individu. Perbincangan diketuai oleh Encik Abd Hamid bin Yusof.

Semua staf Pej. HUI, HUM dan Pej. PNCHIM

10 29 Mac 2015

(Ahad)

Mesy. JK Eksekutif bil. 4/2015 Mesy dihadiri oleh PNCHIM di Blk Mesy Eksekutif, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

11 30 Mac 2015

(Isnin)

Perbincangan Penentuan Konsep Paradigma Tauhid bagi Blueprint UTHM 2015-2025 . Salah satu syor yang diterima dalam Audit Autonomi pada 2-4 Mac yang lepas adalah supaya UTHM dapat memperjelaskan konsep paradigma tauhid yang digunakan dalam Misi UTHM dan intergrasinya dalam pengurusan dan pentadbiran universiti.

Perbincangan dihadiri oleh PNCHIM di Bilik Seminar 2, Kompleks FKEE.

12 30 Mac 2015

(Isnin)

-

Perbincangan bersama Prof. Datin Dr. Maryati binti Mohamed berkenaan perkara-perkara berikut :-

- Germplasm Project in UTHM Campus Pagoh

Perbincangan diadakan bersama PNCHIM, PM Dr Alona Cuevas Linatoc, Dr. Mohamad Zaky bin Noh, Encik Abd Hamid bin Yusof dan Puan Hidayawati binti Ahmad. Tempat perbincangan ialah di Bilik Perbincangan Pejabat PNC.

3

Page 4: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

- Royal Ledang Project- ICUN Project

Other items in the MoU between FRIM and UTHM

13. 01 April 2015

(Rabu)

Perbincangan berkenaan Geran KTP bersama Naib Canselor USM

Perbincangan diadakan di Bilik Pejabat NC, USM. Dihadiri oleh PNCHIM, Dr. Rosmaini bin Tasmin dan Zaifazol bin Said dari Pejabat Hubungan Universiti dan Industri.

14 10 April 2015

(Jumaat)

Perbincangan bersama RISDA – UTHM

Perbincangan diadakan bersama Pengarah Bahagian Pelaburan & Pembangunan Syarikat dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat RISDA diadakan di Pejabat RISDA, Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah PNCHIM dan Dr. Rosmaini bin Tasmin.

15 12 April 2015

(Ahad)

Mesy. JK Eksekutif bil. 5/2015 Mesy dihadiri oleh PNCHIM di Blk Mesy Eksekutif, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

16 13 April 2015 Majlis Menandatangani MoU

- UTHM dan Dong Fang International Center for

Dihadiri oleh PNCHIM.

4

Page 5: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

(Isnin) Educational Exchange- UTHM dan Ho Hai University, China

Tempat di Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah.

17 13 April 2015

(Isnin)

Bengkel kepada Pengurusan Risiko UTHM

Bengkel dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti dan dikendalikan oleh SIRIM TRAINING SDN BHD. Tempat di Dewan 3, UTHM

Dihadiri oleh PNCHIM.

18 16 April 2015

(Khamis)

Mesyuarat Pelancaran UCTC Kampus Pagoh bil.3/2015 Mesyuarat dipengerusikan oleh PNCHIM di UTHM Kampus Pagoh. Antara yang dibincangkan ialah Buku Program UCTC dan lagu UCTC untuk majlis Pelancaran.

Penolong Naib Canselor (HIM), AJK Pelaksana dari UiTM Johor, Melaka, Kolej Komuniti Pagoh, Pejabat Daerah Muar, IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan Kolej Matrikulasi Johor.

19. 20 April 2015

(Isnin)

Mesy. JK Eksekutif bil. 6/2015 Mesy dihadiri oleh PNCHIM di Blk Mesy Eksekutif, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

20 23-25 April 2015 Mesy/Bengkel Pengurusan Kemajuan Kampus Pagoh di Hotel Kings Green, Melaka. Dihadiri oleh 40 orang staf dari pelbagai

40 orang staf UTHM yang mewakili setiap PTj yang terlibat dengan pembangunan kampus Pagoh.

5

Page 6: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

PTJ untuk membincangkan berkenaan peralatan, shared facilities, IT, Bangunan, Perjawatan, Landskap, Asrama, Perumahan, Pelajar dan Teaching Factory

21 27 April 2015 Mesy Penyelarasan Pengurusan dan Pengoperasian Shared Facilities di HPTP di Putrajaya. Dipengerusikan oleh Dato’ Mohamed bin Husain, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Pendidikan Tinggi, KPM.

Dihadiri oleh Penolong Naib Canselor (HIM) dan Timbalan Pendaftar, Pej. PNCHIM.

22 30 April 2015 Majlis Pemakaian Pangkat RELASIS di DSI, UTHM Penolong Naib Canselor (HIM).

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BIL. 2/2015PENOLONG NAIB CANSELOR (HUBUNGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

LAPORAN BULAN MAC DAN APRIL 2015(PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI DAN MASYARAKAT)

6

Page 7: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

Bil.

Tarikh Aktiviti Penglibatan (Pelajar/Staf/Orang Awam dan sebagainya)

1 24 Mac 2015 Lawatan Tapak Rumah Komuniti Mangsa Banjir Lawatan tapak bertujuan untuk melihat perkembangan pembinaan rumah bantuan kepada mangsa banjir yang bertempat di Kampung Aur Gading, Kuala Lipis Pahang. Selain daripada itu, perbincangan dengan pihak kontraktor dan pembekal juga turut diadakan bagi mendapatkan kualiti yang terbaik.

2 29 Mac 2015 Lawatan Ke Jabatan Kemajuan Orang asli (JAKOA) Batu Pahat Untuk Program Pembangunan Orang Asli

Lawatan PHUM ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Mersing telah disambut oleh staf di sana. PHUM diketuai oleh Ketua Pejabat dan dua (2) orang staf.

Staf JAKOA Batu Pahat menyatakan kesudian mereka untuk mambantu UTHM dalam memajukan orang asli di sana. Selain itu, pihak PHUM telah mendapatkan statistik jumlah perkampungan dan bilangan orang asli yang terdapat di sekitar Daerah Batu Pahat untuk membuat perancangan aktiviti yang boleh dijalankan bersama warga orang asli di sana.

3 06 April 2015 Sesi Perbincangan Kerjasama dengan Pejabat Daerah Kluang

Perbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar Kluang sebagai bandar angkat kepada UTHM.

Perbincangan lebih berkisar kepada perancangan Pegawai Daerah Kluang dalam meletakkan Kluang ke dalam peta pelancongan Negeri Johor dan merancang untuk mewujudkan ikon yang menjadi pengenalan kepada daerah Kluang. Pihak UTHM bersedia untuk membantu dalam mejayakan projek tersebut. Walaubagaimanapun, satu penyelidikan perlu dilakukan untuk menentukan pilihan dan kekuatan produk yang bakal dijadikan identiti bagi daerah Kluang.

4 12 April 2015 Untuk Program Pembangunan Orang AsliLawatan Ke Jabatan Kemajuan Orang asli (JAKOA) Batu Pahat

Lawatan PHUM ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Mersing telah disambut oleh staf di sana. PHUM diketuai oleh Ketua Pejabat dan dua (2) orang staf.

Staf JAKOA Batu Pahat menyatakan kesudian mereka untuk mambantu UTHM dalam memajukan orang asli di sana. Selain itu, pihak PHUM telah mendapatkan statistik jumlah perkampungan dan bilangan orang asli yang terdapat di sekitar Daerah Batu Pahat untuk membuat perancangan aktiviti yang boleh dijalankan bersama warga orang asli di sana.

5 12 April 2015 Perjumpaan Bersama Pegawai Daerah Muar Perjumpaan bersama Pegawai Daerah Muar diketuai oleh wakil Pegawai Daerah. Pihak

7

Page 8: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

UTHM diwakili oleh dua (2) orang staf yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar PNC (HIM), En. Abd. Hamid bin Yusuf. Perbincangan berkaitan Program Pelancaran Aktiviti UCTC di Kampus Sementara UTHM Pagoh. Perbincangan lebih menjurus kepada bantuan yang boleh diberikan oleh pihak Pejabat Daerah di dalam menjayakan program pelancaran memandangkan YAB Timbalan Perdana Menteri dijadualkan akan merasmikan program tersebut.

6 15 April 2015 Sesi Lawatan Ke Perkampungan Orang Asli Sejagung

Lawatan diketuai oleh Ketua Pejabat HUM bertujuan untuk melihat program-program yang telah dijalankan di perkampungan orang asli yang dilawati. Secara keseluruhan didapati perkampungan Orang Asli Sejagung telah pesat membangun dan cara kehidupan penduduk disini dilihat sudah moden. Penduduk telah menjalankan aktiviti yang boleh menjana ekonomi seperti bercucuk taman dan membela binatang ternakan untuk dijual kepada penduduk sekitar.

7 16 April 2015 Mesyuarat Majlis Pelancaran Program Khas Pusat Transformasi Universiti Komuniti (UCTC) Kampus Pagoh

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abd Razak Omar, PNC (HIM) dan dihadiri oleh Ketua Pejabat PHUM, PM Hj. Kamarudin Khalid.

Mesyuarat susulan mengenai progres ahli jawatankuasa yang terlibat di dalam majlis pelancaran tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh semua IPTA dan agensi yang terlibat di dalam majlis pelancaran tersebut.

8 16 April 2015 Mesyuarat Bersama Pegawai Penyelaras IPTA Berkaitan Program Jalinan Antara Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA)

Mesyuarat bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ab. Rahim bin Bakar, Penyelaras Utama Program SKK-IPTA.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan Jalinan antara SKK dan IPTA bagi Fasa ke 9 dan penukaran SKK antara IPTA yang bersesuaian. Selain daripada itu, satu pelaksanaan bengkel jalinan SKK-IPTA 2015 yang dijadualkan pada 19 dan 20 Mei 2015 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan diadakan.

9 20 April 2015 Lawatan Muhibah UTHM ke Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia

Lawatan yang bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Wisma Selangor Dredging Jalan Ampang ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKOA Malaysia , YBhg Dato' Hasnan Hassan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, En. Suhaimi Mahmud dan empat (4) orang ketua unit Ibu Pejabat JAKOA Malaysia. Wakil dari pihak UTHM pula seramai tiga (3) orang staf diketuai oleh Ketua

8

Page 9: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

Pejabat PHUM, Prof. Madya Kamarudin Khalid dan dua (2) staf PHUM.

Perbincangan meliputi hala tuju penduduk orang asli di Malaysia yang telah disasarkan oleh JAKOA dan perkara-perkara yang boleh dibantu oleh UTHM dalam merealisasikan hala tuju tersebut. Pihak JAKOA Malaysia juga bersetuju untuk melibatkan UTHM di dalam aktiviti anjuran mereka kelak. Selain daripada itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membangun dan memartabatkan penduduk orang asli di Malaysia.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BIL. 2/2015PENOLONG NAIB CANSELOR (HUBUNGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

LAPORAN BULAN MAC DAN APRIL 2015(PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI DAN INDUSTRI)

Bil.

Tarikh Aktiviti Penglibatan (Pelajar/Staf/Orang Awam dan sebagainya)

1. 1 Mac 2015 Taklimat Sistem e-Latihan Industri untuk Fakulti Seramai 20 orang pelajar FPTP terlibat dalam sesi ini.9

Page 10: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Sesi taklimat ini telah diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai proses kerja latihan industri UTHM kepada para pelajar Tahun 3 yang akan menjalani penempatan latihan industri pada Sem. 3 Sesi 2014/2015 menerusi Sistem Latihan Industri Atas Talian yang dikenali sebagai Sistem e-LI. Sesi ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Hubungan Universiti dan Industri dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan bertempat di Makmal Harta Tanah, FPTP.

2. 4 Mac 2015 Taklimat Pusat Penataran Industri UTHM Sesi taklimat ini telah diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai fungsi dan peranan Pusat Penataran Industri UTHM yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Eksekutif.

Seramai 30 orang staf akademik UTHM yang mempunyai pengalaman industri telah menyertai sesi ini bertempat di Dewan 5, UTHM. Seramai 20 orang pelajar FPTP terlibat dalam sesi ini. Sesi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Abdul Razak bin Hj Omar, Penolong naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan telah dikendalikan oleh Dr. Hj. Rosmaini Tasmin, Ketua PHI.

3. 10 Mac 2015 Sesi Temuduga Program Latihan Industri di Nagaoka University of Technology, Japan.Seramai lima (5) orang pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan telah disenaraipendek untuk sesi ini. Tempoh penempatan latihan industri ini selama 9 minggu bermula 28 Jun hingga 29 Ogos 2015.

Sesi ini telah dikendalikan panel penilai yang dilantik iaitu Dr. Ng Kim Soon, Dr Nabilah Ibrahim dan Pn. Hiyama Junko bt Abdullah.

4. 11 Mac 2015 Taklimat e-LI Taklimat Sistem e-Latihan Industri untuk Fakulti Sains Komputer dan Teknologi

Seramai 120 orang pelajar FSKTM terlibat dalam sesi ini.

10

Page 11: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

Maklumat. Sesi taklimat ini telah diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai proses kerja latihan industri UTHM kepada para pelajar Tahun 3 yang akan menjalani penempatan latihan industri pada Sem. 3 Sesi 2014/2015 menerusi Sistem Latihan Industri Atas Talian yang dikenali sebagai Sistem e-LI. Sesi ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Hubungan Universiti dan Industri dan Fakulti Saisn Komputer & Teknologi Maklumat bertempat di DKA, Kompleks Kuliah G3

5. 15 Mac 2015 Majlis Penyerahan MoU UTHM – Think Plus Consulting Sdn Bhd. Pada 15 Mac 2015, satu Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan Think Plus Consulting Sdn Bhd bertempat di Makmal Biodiesel, Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Kerjasama ini bagi menjalinkan hubungan dalam bidang kebolehkerjaan pelajar.

Pihak UTHM pula telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Ishak bin Baba, Dekan FTK manakala pihak Think Plus telah diwakili oleh Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan, Pengarah Urusan.

6. 17 Mac 2015 Perbincangan Bersama University of Science & Technology, Yemen

Dr. Hj. Rosmaini Hj Tasmin telah dijemput oleh Pejabat Naib Canselor untuk menghadiri sesi perbincangan kerjasama penyelidikan bersama University of Science & Technology, Yemen. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, UTHM.

7. 29 Mac 2015 Taklimat e-LI Taklimat Sistem e-Latihan Industri untuk Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Sesi taklimat ini telah diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai proses kerja latihan industri UTHM kepada para pelajar Tahun 3 yang akan menjalani

Seramai 120 orang pelajar FSKTM terlibat dalam sesi ini.

11

Page 12: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

penempatan latihan industri pada Sem. 3 Sesi 2014/2015 menerusi Sistem Latihan Industri Atas Talian yang dikenali sebagai Sistem e-LI. Sesi ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Hubungan Universiti dan Industri dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat bertempat di DKA, Kompleks Kuliah G3.

8. 30 Mac – 22 April 2015 Kursus ‘ Cabin Refurbishment’

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Furniture Industry Technology Centre (FITEC) iaitu anak syarikat MARA bertempat di UTHM Kampus Pagoh.Seramai dua (2) orang tenaga pengajar FITEC yang mengendalikan kursus ini yang melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada penduduk warga sekitar Pagoh. Antara objektif kursus adalah :-

a) Meningkatkan kemahiran vokasional peserta

b) Memupuk nilai-nilai dan potensi sebagai usahawan dalam rantaian bekalan sesuatu

15 orang peserta terdiri daripada penduduk sekitar Pagoh

12

Page 13: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

industri kotej (cottage industry) setempat.c) Menyuntik kesedaran peluang kerja kepada

anak-anak muda yang masih tidak terarah dan kurang motivasi.

d) Memotivasikan para peserta kursus dengan keyakinan diri dan keazaman yang kuat untuk menjadi para usahawan Bumiputera berjaya di bawah payung industri MARA, selaras dengan penubuhan MARA.

9. 7 - 9 April 2015 Sesi Penilaian dan Permohonan Geran Knowledge Transfer Programme (KTP) Pelan Rolling Kelima dan Projek KTP-KPM-PSDT-Melaka

Bengkel anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan melaksanakan penilaian terhadap permohonan Skim Geran KTP Rolling Kelima IPTA. Pihak UTHM telah diwakili oleh Dr. Hj. Rosmaini Hj Tasmin dan Dr. Ng Kim Soon daripada Pejabat Hubungan Universiti dan Industri yang turut dilantik sebagai Ahli Panel Penilai KTP IPTA. Sesi ini telah diadakan bertempat di Concorde Inn KLIA, Sepang.

Pihak UTHM telah menghantar sebanyak (12) dua belas projek cadangan untuk permohonan Geran KTP (Industri & Komuniti). Senarai penuh projek adalah sepertimana di lampiran.

Dihadiri oleh Dr. Rosmaini bin Tasmin

10. 13 April 2015 Majlis Menandatangani MOU UTHM – Malaysia Division of China Scholarship Council Dongfang International Center for Educational Exchange & Ho Hai University, China

Pada 13 April 2015, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pihak UTHM pula telah diwakili oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor manakala pihak Malaysia Division of China Scholarship Council Dongfang International Center for Educational Exchange (CSC) telah diwakili oleh En. Song Hang, Ketua Pengarah, Bahagian Malysia

13

Page 14: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

dengan – Malaysia Division of China Scholarship Council Dongfang International Center for Educational Exchange & Ho Hai University, China bertempat di Dewan Jamuan, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Majlis MoU ini diadakan ini bagi menjalinkan hubungan kerjasama di antara kedua belah pihak terutama dalam bidang akademik melalui program pertukaran staf & pelajar, program khidmat pakar dan bidang penyelidikan sains & teknologi.

(China). Manakala pihak Ho Hai University, China telah diwakili oleh Prof. Dr. Tang Hongwu, Naib Presiden.

Pejabat Antarabangsa telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras program/aktiviti universiti bersama pihak CSC, manakala Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras program universiti bersama pihak Ho Hai University, China.

11. 15 April 2015 Perbincangan Penyelarasan Draf Memorandum Perjanjian (MoA) UTHM – University of College Technology Sarawak UCTS

Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras kandungan draf MoA UTHM – UCTS bertempat di Bilik Mesyuarat PHI

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr Ng Kim Soon yang telah dihadiri oleh Dr Rosli Omar dan En. Abbdul Ahmad Farid (FKEE), Dr Khairul Ahmad (MiNT-SRC), Pn. Saliza Samad (ORICC) dan En, Zaifazol Said (PHI). Draf MoA yang telah lengkap akan dibentangkan kepada Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) sebelum dibawa ke Mesyuarat Eksekutif.

12. 15 April 2015 Perbincangan Bersama syarikat ESI Konsultant Dr. Hj. Rosmaini Hj Tasmin telah dijemput oleh Pejabat Naib Canselor untuk menghadiri sesi perbincangan kerjasama penyelidikan bersama syarikat ESI Konsultant. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, UTHM.

13. 23 & 26 April 2015 Audit Dalaman Sesi Penilaian Tapak (Auditan) Bagi Penarafan Bintang MYRA. Sesi ini telah dianjurkan oleh pihak ORICC sebagai persediaan Sesi Penilaian Tapak (Auditan) MYRA oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Staf yang terlibat adalah En. Zaifazol Said sebagai auditee bagi Seksyen H iaitu Networking & Linkages .

Sesi ini telah dijalankan bertempat di Bilik Persidangan ORICC yang telah dikendalikan oleh auditor dalam UTHM.

14

Page 15: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

14. 26 April 2015 Mesyuarat Penyelarasan Program Latihan Industri Bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras program latihan industri bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan bertempat di Bilik Mesyuarat PHI

. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr Hj Rosmaini Hj Tasmin yang telah dihadiri oleh Prof Madya Dr Abdul Mutalib Leman dan Pn. Dalila Mohd Harun (FTK), En. Azamuddin Rasidi, Pn. Maziah Naman, En. Onn Ismail (PTM) dan Pn. Zailiya Suradi (PHI).

15. 27-28 April 2015 Sesi Penilaian Bagi Penarafan Bintang MyRA UTHM. Sesi ini telah dianjurkan oleh pihak Task Force MyRA, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menilai penarafan bintang MYRA oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Staf yang terlibat adalah En. Zaifazol Said sebagai auditee bagi Seksyen H iaitu Networking & Linkages .

Sesi ini telah dijalankan bertempat di Bilik Persidangan ORICC yang melibatkan seramai 5 orang panel yang telah diketuai YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abu Bakar bin Salleh.

16. 29 April 2015 Industrial Talk on Green Building Index and Green Technology. Program ini telah dilaksanakan bertempat di Dewan Jemaah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM dan telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Rosmaini bin Hj. Tasmin mewakili Y Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Razak Hj Omar, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat).

Program ini telah dihadiri oleh seramai 205 orang yang terdiri daripada 50 orang penyelidik dan staf UTHM, 10 orang rakan industri dan 145 orang pelajar UTHM. Di Antara Keynote Speaker yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut :-

a) En. Tee Choon KiatPengarah Kejuruteraan dan Pembuatan

15

Page 16: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

Pihak PHI juga telah menyediakan ruang booth kepada syarikat AUO Sunpower Sdn Bhd bagi mempromosi program kebolehkerjaan graduan kepada pelajar UTHM.

AUO Sunpower Sdn Bhd

b) Prof. Dr. Josu TakalaUniversity of Va’asa, Finland

c) Dr. Goh Kai ChenPensyarah Kanan, UTHM

17. 30 April 2015 Lawatan Kerja ke Halton Manufacturing Sdn Bhd & PROTON Holdings Berhad

Lawatan yang diketuai oleh Dr. Hj. Rosmaini Hj Tasmin bersama prof. pelawat iaitu Prof. Dr. Josu Takala daripada University of Va’asa, Finland, Prof. Madya Dr. Norzelawati Asmuin Dan Dr. Norashikin Mohd Isa daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan ke Halton Manufacturing Sdn Bhd dan Proton Holdings Berhad yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Wawasan, Batu Pahat. Tujuan lawatan adalah untuk mengukuhkan kerjasama universiti-industri selain membincangkan potensi kerjasama penyelidikan yang boleh dijalankan antara kedua-dua belah pihak.

16

Page 17: pendaftar.uthm.edu.mypendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/ukpk/2-2015/PNCHIM.doc · Web viewPerbincangan diadakan bersama Pegawai Daerah Kluang di mana beliau berhasrat untuk menjadikan bandar

17